SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 22, 2013

TJP37027 IMBAU MENGIMBAU 2




di bawah lambang sakti ini
anak-anak muda alirkan keringat, airmata
dan rela untuk alirkan darah satria 

 MENGIMBAU 
 PERISTIWA SILAM 
 SIRI  2 

Kedet Wanita - Bunga-bunga Penyeri 

Kehadiran Kedet Wanita sebenarnya mencipta sejarah sendiri kepada TJP37.  Mereka adalah kumpulan wanita pertama menjalani latihan sepenuh masa sebagai kedet TJP di SPK.  Seramai 22 serikandi telah terpilih sebagai perintis kepada kumpulan ini.  Antara kedet pertama aku temui semasa menaiki keretapi dari Stesen Kluang ke Seremban untuk melapor ke SPK ialah Yohanez dan Marmilah.  Mereka naik dari stesen Segamat.

Aku tidak banyak cerita mengenai kedet wanita ini kerana kami dari Bn Jebat dan Kasturi diletakkan jauh dari mereka.  Semasa bulan pertama kami melapur (sebelum TJP36 ditauliahkan), semua kedet TJP37 ditempatkan di Kem Segenting. Manakala  kedet wanita di tempatkan di Kem Sebatang Karah. Bila  kedet TJP36 meninggalkan Kem Sebatang Karah, TJP37 dibahagikan kepada 3 batalion; Bn Tuah mengambil-alih berek TJP36, manakala Bn Jebat dan Bn Kasturi kekal di Kem Segenting.  


 
 
Blok Tempat Tinggal Pegawai Kedet Wanita

Jadi, Kedet Bn Tuah lebih rapat dengan Kedet Wanita. Mereka PT pagi bersama (lain PTI laaaa- bukan kena darling carry bersama) berkawad bersama, merempuh halangan bersama, makan satu dewan.  Kami (Jebat dan Kasturi) hanya berpeluang dekat dengan kedet wanita semasa latihan luar seperti latihan hutan, menembak di lapang sasar, dan Wira Jaya (of course not sitting in the same trench). Itu pun biasanya kalau ada sindiket kecil, seorang kedet wanita akan dimasukkan dalam mana-mana sindiket Pegawai Kedet lelaki. 

img032
gambar: ehsan dari tjp37.yahoogroups

Walaupun di Kem Sebatang Karah, Bn Tuah diserikan dengan Kedet Wanita, aku dengar juga cerita bahawa mereka juga menghadapi tekanan perasaan.  Mereka bengang bila kedet wanita diberi keistimewaan oleh Tuan Komandan dan jurulatih lain.  Walaupun pada aku mereka (wanita) melalui kesukaran dan 'toughness' yang sama, mungkin lebih lagi sebab mereka wanita.

Aku rasa geng Tuah bengang bila mereka kena 'dera dan deril' di depan kedet wanita kot.
Apanak buat skot, tak kan nak dapat semua. Ada kala happiey ada kala sediey....

Bab kedet wanita ni, geng Jebat dan Kasturi memang agak jeles jugalah dengan abang Tuah.  Dalam kerinduan kepada emak dan keluarga, ada juga kedet wanita yang boleh mengubat mata. Walaupun keadaan mereka masa itu lebih kurang sama dengan kita juga, namun isu endeng-mengendeng tetap berlaku. Frankly, aku sendiri bukan main susah nak ingat nama mereka sebab bila pakai loreng atau PD Green, semua lebih kurang sama je, rambut pendek dan muka gelap (kena bakar matahari di padang kawad). Yang pasti tak boleh tak kenal ialah Usha Pannikar (sebab dia adalah sorang dari kaum India dan setelah ditauliahkan aku kenal ayahnya adalah pegawai Pelajaran di TUDM Alor Setar. PKW Sam Foong Sow selalu keliru dengan Ann-Marie- cuma Ann lebih feminine berbanding Sam.  Lolly juga mudah dikenali kerana satu-satunya gadis Iban. Monica 'gadis Serani' pun famous kerana paling 'comelote' di kalangan PKW- semuanya ada minat tapi tak berani dekat.  Dia pulak jenis pemalu. Yang lain-lain tu ingat-ingat lupa mukanya, mungkin jumpa pun tak kenal.  Yang ada jumpa lepas tauliah hanya Siti Zaliha, Hamidah dan Sam F S sahaja.   Che Gayah pernah jumpa dalam satu mesyuarat masa dia aku dan dia sama-sama Kapt, tapi macam tak kenal je, tegur pun jawab macam bukan skot je. Yang lain tak pernah jumpa. 

Yang di Jebat dan Kasturi kalau ada peluang masa 'joint-exercise' seperti map reading, firing (shooting), tactics etc akan mencuba nasib juga.  Comot-camit masa itu tetap sedap dipandang.  Ye la, masa tu usia di awal dua-puluhan. Prinsip 'lelaki' di usia ini adalah di tahap pertama iaitu 'pandangan hidup'. Maksudnya 'baru pandang dah hidup!. Kalau usia 30an- menentukan pegangan hidup (kena pegang baru hidup), usia 40an adalah fasa 'urutan hidup' - kena urut baru hidup. Sekarang ni di usia 50an pegang prinsip 'cabaran hidup'.  Kena cabar baru hidup. Ada juga yang memegang prinsip 'tamparan hidup'- kena tampar baru hidup.

Ops, lupa pulak bercerita tentang kedet wanita tadi. Melencong dari tajuk.  Kalau buat appreciation buat macam ni, memang kepala dah kena lantun dengan kayu sebesar lengan (pastinya oleh Kapt Rahmat atau Lt Amirudin).
gambar: ehsan dari tjp37.yahoogroups

Kebanyakan kedet wanita diserapkan ke Kor Perkhidmatan (KPD), Kor Ordnans (KOD). Mankala yang lain masuk RSD, KPTD, KRD dan KPA. Sebahagian besar menamatkan perkhidmatan TJP mereka dalam pangkat Kapt dan Mejar sahaja. Setahu aku yang kekal beberapa orang sahaja yang meneruskan perkhidmatan ke Tauliah Tetap. Yang masih kekal dalam perkhidmatan sehingga tarikh ini (31/12/2011) ialah Kol Yohanez TUDM, Lt Kol Noor Sabarina (Loly) (KKD) dan Lt Kol Sam Foong Sow (RSD).  Hanya dua sahaja kedet wanita untuk TUDM, seorang lagi ialah Sharkiah, yang bersara wajib (2009) dalam pangkat Lt Kol TUDM. Skot Sam FS bersara pada tahun 2012 manakala Noor Sabarina pada tahun 2014.

Berikut adalah beberapa gambar blok PKW 1980 yang diambil oleh skot Marmilah dan skot Asmah yang menghadiri reunion SSC31 di Kem Sebatang Karah pada 13 Dis 2014:


satu blok yang masih dalam bentuk asal
satu blok sudah dibaikpulih
bilik mandi/tandas PKW
skot marmilah dan Asmah bergambar di hadapan blok yang menempatkan mereka 34 tahun yang lalu
.

Kesah Monica 

Macam aku sebut di atas, di kalangan 'guys', Monica jadi macam celebrity. Abang Tuah banyak lah cerita, Kami di Segenting, meleleh air lior je.  Kalau pergi exercise jauh, 3 ton atau bas yang bawa kedet wanita dari Sebatang Karah dah penuh awal-awal lagi oleh budak-budak Tuah. Ehhh..ada bas ke masa tu? aku pun dah lupa.....

Tapi ada satu kesah, kedet Salihudin ni, bila naik bas je dia mesti 'cup' duduk sebelah Monica. Tak tau la, berani ke dia tegur Monica tu, atau saja syok nak duduk sebelah, nak pandang dan bagi hidup. Atau nak dapat 'heat' Monica untuk bawa balik blok buat bekal semangat pertandingan gusti lima lawan satu.

Bila setiap kali Salihudin asyik tutup pintu, satu hari skot Wahid pun naik hangin la....Dia pun lama juga berniat tapi tak dapat chance.  Maka hari itu, si Wahid pun pergi dekat dan tepuk bahu Salihudin dan jerkah Salihudin.

"Din, asyik engkau je duduk sebelah Monica, engkau bangunlah, aku pun nak rasa duduk dengan dia jugak"...

Maka, Salihudin dengan muka doposen (atau lebih murah dari itu) pun bangun cari tempat lain.

Kesah Mat Kiwi 

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf (zahir dan batin) kepada individu yang ada kaitan dengan cerita-cerita ini. Sesekali tidak bertujuan untuk menghina atau memperkecilkan, hanya sekadar mengimbau kenangan lalu (nostalgia) dalam lipatan sejarah TJP37. ok kan skot???

Ada seorang dari kalangan skot kami yang menerima gelaran sebagai 'Mat Kiwi'. Aku pun tak pernah tanya bagaimana dia dapat gelaran itu.  Aku sendiri pun segan nak panggil gelaran itu kerana bila dah tua-tua macam ni mungkin ada yang sensitif.  Tapi bila saja ada reunion, geng-geng TD masih panggil dia dengan gelaran Mat Kiwi. 

Ceritanya begini, PK Ahmad bin Ismail adalah pegawai kedet yang sebelum ke SPK merupakan pelajar AFATS (SPPAT) Port Dickson.  Students AFATS ni macam juga exPutra RMC, tubuh mereka kecil-kecil tapi ligat dan pantas. Maklumlah dah 2 tahun kena lanyak berbanding dengan fresh cadet SPK.

Di SPK, Ahmad dari Bn Jebat. Pengalaman amat membantu. Itu pasal Ahmad (kita panggil Mat sahaja) cekap dalam mengilat kasut. Bila free dia akan duduk di tepi berek tekun mengilat kasutnya.  Biasalah kilatkan kasut guna kiwi cap burung kiwi dengan kain pengilatnya. Kalangan kedet kasut Mat lah yang paling mengerlip, kalau tersengih kat 'kepala but' dia boleh nampak gigi satu persatu.  Kalau masuk parade atau roll-call, memang nampak sangat beza kasut Mat dengan PK yang lain.

Itu pasal lah kita orang panggil Mat Kiwi.

Dalam kedet Jebat ni, orang yang paling suka menggelar orang lain ialah Ishak. Ada sorang ni pulak, gelaran Cipan.  Nanti aku cerita SIAPA dia Cipan ni? dan macamana dia dapat gelaran ini. Kena dapat pandangan pakar-pakar rujuk dalam Facebook TJP37.  Ye la, kadang-kadang walaupun hanya kenangan, takut juga kalau menyinggung perasaan kerana cerita ini mungkin dibaca oleh anak, cucu atau sedara mara mereka.

Ada satu lagi gelaran 'THREE STOOGEs'. Yang ini aku tak akan sebut namanya langsung kerana ia melibatkan 'maruah dan keperibadian'.

Operasi 'Nite Mine Laying'  

Biasalah bila musim kemarau, SPK memang menghadapi masalah air.  Mandi-manda bukan satu masalah kerana air laut hanya beberapa langkah sahaja.  Yang menyiksakan ialah untuk 'qadha' hajat'. Nak masuk tandas, memang tak ada selera. Dah penuh. Boleh muntah.

Maka, terpaksa tahan. PK (Pegawai Kedet bukan Pengganas Komunis) terpaksa menunggu waktu malam untuk melakukan operasi.  Bila malam menjelang, selepas waktu prep dan selepas room inspection, maka satu persatu atau secara kumpulan kecil PK akan membuat espionage dan penyelinapan masuk ke kawasan operasi. Memasang 'mine' and 'yours'.  Askar, mesti sentiasa dalam keadaan berbaris.  Ada yang beroperasi sendirian, ada yang berkumpulan sambil bersembang sambil mengasap.

Mengelakkan dikesan musuh? Ah Mudah. sebelum lay out, korek sedikit pasir, selepas selesai, sepak pasir, kambus semula. Selesai. Cuci hadas kecil? just 4-5 step behind.  tak perlu bimbang 'mine' akan ditemui oleh orang awam atau musuh kerana pantai SPK adalah exclusive untuk PK sahaja.

Pasal hal ini aku ada satu cerita yang diceritakan oleh salah seorang skot aku.  Ini berlaku semasa exercice 'E & E'.  Tengah 'si PK sekor ni' ni berendam dalam air mencuci- selepas selesai tugas- tetiba seorang instruktor (satu-satunya instruktur wanita- Lt N) mengajukan senjata di kepala sambil menyergah "Bangun cepat- kamu telah ditawan!".  "Puan, saya tak pakai apa-apa ni Puan!, malu Puan, Puan janga tengok Puan!!".  "Okay, pakai cepattttt!, perintah Lt N, sambil memlingkan mukanya ke arah lain. Apa lagi, si PK ni pun bangun, tak sempat pakai apa pun, lalu bingkas dan cabut lari, hilang dalam kegelapan!.  Selamatkan diri dulu, pakai seluar kemudian.!


Kaki Busuk!! 

Jangan salah anggap, kaki busuk bukan ada kene menegne dengan siapa yang busuk hati dan menganiaya sesama kawan. Ini memang betul-betul punya kaki yang bau busuk. Kenapa? Why? Why? Why??



Jungle boot merupakan pakaian wajib PK dalam banyak jenis latihan seperti IMP, taktik (latihan peperangan), jalan lasak, senjata, PT kombat dan sebagainya. Jungle boot dipakai bersala seluar loreng. Mula2 memakai memang rasa keras kerana masih baru dan tak biasa. Tapi lama-lama kaki dah menyesuaikan diri dan kasut mula menadi lembut akibat dipakai setiap hari.

Oleh kerana stokin cuma dapat dua pasang kadang bila masuk hutan sampai dua hari tak bertukar. Bau busuk/bacin mula timbul. Apatah lagi kalau kasut basah akibat masuk dalam paya atau sungai. Basah lembab kering balik, terus pakai. Bau tak payah kira. Kalau exercise dalam hutan, jarang dapat rehat buka kasut kerana takut kena 'hayak' oleh instruktor, tak sempat [akai kasut. Nayaaaaa...


kulat air
bedak anti-septik

Bila selalu sangat pakai kasut dan stokin lembab dan basah, lama-lama celah-celah jari kaki akan pecah dan gatal, timbul penyakit yang dinamakan 'kulat air'. Walaupun dibekalkan dengan bedak kaki (antiseptic powder). Bedak kaki tak sempat kering dah pakai balik.

Kulat air ini akan hidup kalau kaki basah atau lembab. ia makan kaki dan berbau tak menyedapkan. Gatal dan pedih. Yang menyedihkan ia hidup bertahun-tahun. Selepas dua pulh tahun dalam perkhidmatan, sakit tersebut belum hilang. Malah setelah bersara bertahun-tahun pun kesan kulat air masih kekal.



PKW X Minta Keturunan 

Semasa latihan pegawai kedet ada diceritakan bahawa salah seorang Peg Kedet wanita yang telah meminta keturunan?

Salah satu dari acara dalam program latihan kedet ialah terjun junam maut (abseiling) menggunakan tali.  Kemahiran ini perlu untuk anggota tentera merentasi sungai tanpa perlu membina jambatan atau menuruni bukit yang curam serta banyak halangan.

Kedet perlu menaiki menara menggunakan tangga dan akan menggelongsor turun dengan menggunakan tali yang dilengkapi dengan aksesori keselamatan. Kedet juga diajar teknik menjaga keselamatan semasa turun.  Sebelum turun, kedet perlu meminta kebenaran kepada pegawai (jurulatih) yang mengawasi latihan itu;

"Saya ....(Nombor, Pangkat dan Nama) minta kebenaran untuk turun Tuannnnnnnn"

Maka tibalah giliran seorang Pegawai Kedet Wanita ni untuk terjun turun'

"SAYA......3001578 PEGAWAI KEDET WANITA X X MINTA KETURUNAN TUANNNNNNNNN"

Oleh itu sesiapa yang ingin tau siapa PK Wanita tersebut, inisiatif sendiri laaaa. Nombor dah bagi dah tuuuuu....


PK Norhaili @ Mat Sabun 

Kenapa Norhaili digelar Mat Sabun?

Kebiasaannya gelaran Mat Sabun ini diberikan kepada prebet bujang yang tinggal dalam berek.  Kenapa Mat Sabun?.  Mat Sabun dikaitkan dengan kegemaran melepaskan syahwat kelakian secara masturbation menggunakan sabun sebagai bahan pelicin.  Biasalah orang bujang, tenguk video biru dan sebagainya.  Yang ada duit tu akan cari bahan pelepas di luar sana (faham-faham je la), bila ujung bulan, dalam poket tinggal sen sen je, maka sabun jadi bahan pelepas..... Jadinya, perebet bujang selalu dikaitkan dengan Mat Sabun. Dan, mana-mana pegawai bujang yang mempunyai kegemaran yang sama akan turut digelar Mat Sabun. Tapi dah jadi kebiasaan kemudian, bila Prebet sahaja depa panggil Mat Sabun.  Kadang panggil Mat Ca'i (yang ni aku tak tau dari mana datang gelaran ni).

Masa latihan kedet di SPK dulu, semua 'other rank' tanpa kira pangkat kita orang panggil STAF.  jadi kalau bertemu di mana sahaja, kita akan bagi hormat, PAGI STAPPPP, PETANG STAPPPPP....Mamat ni (PK Norhaili) suka menyamar jadi Prebet.  Malam-malam bila habis waktu kelas (prep) dia akan duduk di kantin.  PK lain pakai 'planters order' lengkap. Dia dengan selamba akan pakai kemeja lengan panjang dengan lengan  berlipat. Duduk di kantin sedap-sedap hisap rokok. Tujuan dia ialah supaya staff SPK tak kacau dia. Apalagi, semua PK yang masuk kantin (dan tak kenal dia) akan bangun hormat kat dia. PETANG STAPPPP... 

Wah apa lagi, dia naik seronok pulak...dalam hati ketawa berdekah-dekah dan kutuk kawan sendiri "bongok betul skot aku ni...."  Bila pecah tembelang tu yang skot semua panggil Mat Sabun kerana menyamar menjadi Mat Sabun.  Tapi sama ada dia betul-betul praktis apa yang dikaitkan dengan hobi asal Mat Sabun tadi, Wallahu A'lam bissawabbbb.


Cerita PK Azrul Dapat Naik Kereta Percuma 

Antara cerita menarik ialah bagaimana PK Azrul (dulunya Hardav Singh) bersama PK Malik ALi dan seorang lagi PK  (dari Tuah Bn)  keluar ke bandar Port Dickson semasa weekend. 

Semasa menunggu bas di tepi jalan, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depan mereka dan mempelawa mereka masuk.  Maka kedet bertiga tu dengan rasa penuh serba-salah campur takut-takut pun masuk lah.  Bila tiba satu tempat yang agak sunyi, jauh dari kawasan orang ramai, tetiba pemandu kereta itu memberhentikan keretanya dan berkata,

 "all of you, get off!!!!!".

Maka tiga sekawan tu dengan penuh kebodohan dan persoalan pun kelam kabut keluar dari kereta itu.  Mana tau dibuatnya pemandu tu orang gila. Mampus dia pukul atau dia tembak ke.  Walaupun 3 lawan satu ada kemungkinan boleh menang TAPI mereka bertiga mengambil jalan terbaik untuk keluar dan tahan kereta lain.

Kenapa mereka tak membantah arahan pemandu itu walau sepatah perkataan pun??? 

Jawapannya amat mudah.  Sebenarnya mereka amat mengenali pemandu kereta itu- iaitu Kapt RAHMAT.


YANG TINGGAL HANYA KENANGAN
.
Salah satu berek tempat Pegawai Kedet Lelaki di Bn Tuah, Kem Sebatang Karah

Seperti yang aku tulis di awal muka surat ini, segala-galanya tinggal hanya cerita untuk generasi akan datang.  Bagi yang telah melaluinya ia adalah satu kenangan yang hanya akan luput bersama kematian.  Buat generasi anak dan cucu, mereka hanya akan percaya jika mereka mempunyai bahan bukti untuk di lihat.  Selain dari beberapa gambar yang mampu di buat koleksi, aku bersyukur kerana ada individu dari kumpulan penghuni Kem Segenting lain yang berusaha merakamkan kenangan ini dalam bentuk video.

Menonton video ini mampu membuatkan air mataku mengalir mengenangkan pahit manis perjalanan hidupku.

Terima kasih kepada bekas pelatih AFATS yang menghuni Kem Segenting selepas zaman kami di atas video ini.  Yang tinggal, hanya kenangan.
.
.
Deruan angin malam 
deburan  ombak pantai Port Dickson
memecah kesunyian malam
tidak mampu memberi ketenangan 
tidak mampu mengubat rindu
tidak mampu mengembalikan kebebasan

Terbayang kegembiraan bersama adik-adik
terbayang kebebasan berlibur bersama kawan sekampung
terbayang masakan ibu
terbayang herdikan ayah kerana kenakalanku

Sakit-sakit segala tubuh badanku
sengal seluruh ototku
calar balar tubuhku
pedih celah-celah jari kakiku
hancur luluh hatiku

Mengapa aku ada di sini
untuk apa aku ke sini

Ingin saja aku bangkit dari capoiku
menyusup di celah-celah samun
menahan lori malam
kembali ke desaku

Ahhhh... mana bole aku begitu
kemana harus aku tuju
sudikah ayah ku menerimaku sebagai pelarian
sebagai pengkhianat negara

Ahhh..tak mungkin aku lakukan
malu aku kepada seluruh warga kampungku
waktu aku meninggalkan mereka dahulu
janjiku untuk mengharung apa jua halangan
janjiku untuk membela keluarga
janjiku untuk menjadi perwira negara

Aku tidak selemah itu
aku tidak pondan
aku bukan Mat Jenin

Teruskan cita-citamu
harungi cabaranmu

buktikan kegagahanmu
tunjukkan kecekalanmu
tamatkan larianmu

LAGU KEGEMARAN CO BN KASTURI


Lt Kol (B) Fathol Zaman bin Bokhari
.
.
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:

coltoras1959.blogspot.com
dan
tohairforce81.blogspot.com

No comments:

Post a Comment