SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 8, 2013

TJP37005 IMBAU MENGIMBAU SIRI 1



di bawah lambang sakti ini
anak-anak muda alirkan keringat, airmata
dan rela untuk alirkan darah satria 
  SESSI IMBAU MENGIMBAU 
KESAH-KESAH SILAM

Usaha aku membuka blog ini telah menjana lebih banyak idea dan memberi rangsangan atau motivasi kepada aku untuk menulis lebih banyak lagi untuk dikongsi bersama.  Maklum balas yang aku terima sama ada melalui ruangan komen dalam blog, melalui emel, melalui persembangan dalam fesbuk (facebook) serta perjumpaan dengan beberapa individu yang berminat membaca blog aku telah memberi banyak maklumat baru dan menarik untuk aku tulis.  The snowball is rolling.  It is different with rolling stone. When the stone rolling, it will be getting smaller and smaller (or broken) due to the friction but the snowball is getting bigger and bigger.

Sejak aku membuka group SPK Intake 37 dalam fesbuk aku, semakin hari semakin ramai keahliannya. Semakin lama semakin rancak. Kalau 30 tahun dulu, IT merupakan satu bendasing dalam hidup kita, sebagaimana henfon hari ini setelah berusia melebihi setengah abad, ramai yang telah bersara, mereka semakin banyak masa untuk IT.  tapi WALAUPUN TIADA HENFON, masing-masing pakar (especially Army guys) dalam menhendel alat komunikasi (semboyan) - radio PRC yang terpaksa dipikul ke mana sahaja apabila pergi exercise.  Aku tak pasti mana lebih berat antara PRC dengan biawak.  Aku memang paling tak suka berkomunikasi dengan radio PRC tu.  Paling tak seronok bila salah hantar mesej atau bahasa (callsign) yang tak betul, instruktur suruh kena buat star jump atau kena ambik 20 melalui radio je.  Kan ke pelik tengah bercakap melalui radio tetiba buat press-up!.

Dimulakan hanya dengan lebih kurang 12-15 hali, kini dalam masa 2-3 bulan sahaja, hari ini 22 Dis 2011, keahliannya mencapai 57 orang. Welldone and tenkiu skot!

Sedih bila teringat balik skot-skot yang  telah terlebih dahulu meninggalkan kita, tidak dapat sama menceriakan fesbuk ini, tidak dapat bertemu dalam majlis-majlis reunion yang diadakan. Buat Skot Chin dan Skot Bala Chandra, kamu dikenangi sebagai sahabat seperjuangan kami.

Marilah kita sentiasa membacakan Fatihah untuk disedekahkan kepada skot-skot yang beragama islam (kita pun bila-bila masa sahaja- tak akan ditangguhkan walau sedetik pun). Semoga kita dan mereka sentiasa mendapat keampunan dari Allah subhanahu wataala dan RUH mereka yang beragama islam dihimpunkan di kalangan orang mukmin. Al Fatihah untuk arwah Shaharudin, Ahmad Zamanhuri Alang Ahmad, Haldin Sudin, Badrul Hisham Abdullah, Hisham Ahmad, Khairi Othman, Abd Halim Sudin, Isha manap, Zainal Rashid, Kamarudin Ibrahim, Mohd Khairi, Zainal Abidin Ahmad, Idris Musa, Zainudin Abd Ghani dan Kamar Manja.

Aku anggap laman fesbuk ini menjadi pelantar jejak kasih untuk mengumpulkan warga tua keluarga besar Skot TJP 37.  Banyak cerita-cerita yang pada masa itu sangat-sangat menyakitkan hati nurani, menyakitkan telinga dan sudah tentu menyakitkan tubuh badan, kini menjadi bahan lawak hingga terbahak-bahak.  Semuanya tinggal kenangan.

Dibawah tajuk ini aku akan cuba memaparkan semula kesah-kesah lama sama ada yang suka atau duka atau nestapa.  Selain dari mendapat sumber dari ingatanku sendiri yang sudah semakin pudar, entri-entri dalam fesbuk aku sungguh menarik untuk dijadikan bahan.

Kali ni, aku kena berterima kasih kepada Skot Affendi Hj Yahya atas sumbangan kartun 'nostalgiathon'nya yang aku kategorikan sebagai standard dengan kartunis Malaysia yang dah popular seperti Rossem, Lat, Mishar, Mojo, Din, Kerengge, Hussain Saad dan Usop Sontorian.  Aku harap Skot Afffendi mengizinkan kartunnya untuk yang bakal menghiasi dan melengkapkan  cerita-cerita kenangan yang bakal aku coretkan.

Orientasi 

Untuk tajuk orientasi ini, sila kembali ke TAJUK 9 dalam blog ini.  Tapi kalau ada cerita-cerita baru dari kalangan skot 37, aku akan tambah dari masa ke semasa.

Cuma pada hari pertama sampai dari Stesen Keretapi Seremban, semua muka BERSEMANGAT belaka.  Maklumlah semua orang kampung dah tau, anak si polan anak si anu pergi latihan kedet jadi pegawai tentera, nanti keluar dari sana pakai satu paku., gaji sebulan $700.  Masa tu Yop, dengan kelulusan SPM kalau masuk government sector gaji cuma $370 je.  Gaji guru lepasan Maktab masa tu pun lebih kurang $400 lebih sahaja.

Selepas sahaja 'Tragedi' Salam Pengenalan, segala SEMANGAT yang berKOBAR hampir terKUBUR .  Hanya darah satria sahaja yang menahan dari bendera putih diKIBAR.

Dengar- apa yang aku dengar sendiri, atau dengar dari cerita skot-skot lain, malam itu (selepas orientasi), macam-macam hal. Ada yang menangis mengongoi menyesali diri kerana masuk kedet, ada yang meracau macam kena rasuk, ada katanya yang bersilat kuntau (tapi kena pelempang oleh staf) adayang diam macam batu, jadi dumbo.

Esoknya, dua tiga hari  Satu badan sakit-sakit, sendi semua bengkak, yang paling seksa ialah tak boleh nak mencangkung. Adushhhhhh


Lakaran kasar yang aku buat untuk mengimaginasikan sebahagian dari Kem Segenting yang menempatkan SPK khususnya Bn Jebat dan Bn Kasturi


Ini adalah simpang jalan masuk ke Kem Segenting (lihat tanda X dalam peta lararan di atas) - gambar sekarang. 


Sayu melihat kesepian di simpang jalan ini. Dulu masjid di sebelah kiri ni belum ada, yang ada pada masa itu di sebelah kanan  hanya kebun getah terbiar yang sudah jadi belukar - menjadi tempat kami belajar IMP.  Manakala sebelah kiri baru diratakan (tanah merah) untuk membina Kompleks SPK yang baru.  Kami belajar 'section battle drill' -  kalau kena forward roll- habis satu pakaian loreng bertukar jadi warna kuning tanah merah. Sekarang kem sebelah kiri ini dioperasikan oleh Pusat Latihan Armor (PULAMOR).


Inilah keadaan tangga dalam tahun 2009, kem telah terbiar begitu lama, Bayangkan, pokok dah tumbuh sebesar ini di pangkal tangga (source:www.braderafats22.blogspot.com

Betapa huru-haranya keadaan semasa hari orientasi di satu lereng  curam berhampiran dewan makan Kem Sebatang Karah diimbau melalui lukisan kartun oleh: Skot TJP37 Affendi Hj Yahya. Kat sinilah, aku dah tak boleh nak tahan nak kencing- lalu aku lepaskan dalam seluar yang telah oleh basah peluh.  Semuanya kembali kering sesampainya kami di berek di Segenting.


Sessi mengecam mencari yang dituduh (PTI) yang menyebabkan kematian 2 orang pegawai kedet TJP37


Skot Affendi membawa kenangan tahun 1980 di 'obstacle course' Sebatang Karah


Sememangnya, sebaik sahaja selesai 'camp orientation' selama dua jam itu, dunia bagaikan telah sampai di penghujung.  Semua bertanya diri sendiri, masih hidupkah aku ini?. Hilang maya, hilang daya, hilang upaya.  Tak mampu nak melangkah, tak mampu nak menggapai, peluh dan kencing berbaur kering bersama.  Merangkak mencari air.  Ada yang meneguk habis air dalam baldi 'API'.  Nasib baik mata boleh buka lagi, kalau tidak baldi pasir sebelah tu pun di togok.

Apa ke jadah eeee?.  Nak bina kem tentera pun jadi isu politik?

Section Battle Drill (SBD) 

Dalam latihan peperangan konvensional, SBD adalah satu silibus yang penting dalam subjek Taktik. Soldadu memerlukan arahan yang jelas dan tepat dari Komander Platun untuk mempastikan serangan ke sasaran musuh tepat.  Dari aspek teori yang lebih detail, memang aku dah lupa langsung apa yang aku belajar di SPK lebih 30 tahun lampau.

Elemen penting dalam SBD yang aku ingat ialah jarak, tanda sasaran, sudut tembakan, nickname, dan jenis tembakan. Contoh (if i am not wrong):

"Seksyen- pandang hadapan - 200 meter - pukul 2 - pokok daun kuning - Jessica (nickname) - tubi-tubi tembakkkkkk!"

Cerita yang ini aku ingat sangat, sebiji-sebiji perkataan yang dikeluarkan oleh jurulatih (PW Mohamad) kepada Peg Kedet Goh Choon Peng yang susah sangat menghafal bahasa hukuman.  Kebetulan Goh menggunakan nickname 'Sarimah' -  aktres Melayu yang amat popular pada masa itu.

"Seksyen- pandang hadapan - 200  - pukul 12 - pokok kelapa - Sarimahhhhh..."

Sampai je perkataan Sarimah, Goh tak tau nak sambung.. berulang-ulang dia tersangkut.  Lama-lama jurulatih pun naik angin.  Enche Mat menjerit kat sebelah Goh.

"Gohhh!... dah berbuih burit Si Sarimah kau panggil, kau tak tembak jugaaaaa......"

Anggota seksyen di bawah arahan Goh tak dapat menahan gelak.  Tapi kedet mana berani nak gelak kuat, karang kena belasah instruktor.  Senak perut kami menahan ketawa.





Jalan Lasak 

Jalan lasak adalah antara program latihan yang menguji kekuatan mental dan fizikal. Bermula dengan jarak 3 batu, kemudan 5 batu, 10 batu, 15 batu dan 20 batu dan yang terakhir ialah 25 batu.


jalan lasak - lukisan oleh: Skot Affendi Hj Yahya

Acara jalan lasak yang paling mencabar ialah larian dengan FSMO pada jarak 25 batu (bukan km).  Selain dari jaraknya yang amat jauh- bertolak waktu malam dan tamat keesokan harinya. Dalam larian ini aku terpaksa menghabiskan 'the last 10k dengan membawa dua 'fullpack' kerana salah seorang ahli group aku dah piwai. Dia pun kena papah oleh another person, aku tukang bawak pack dia. kawan yang lain bawa senjata dia.  Apa-apa hal, kawan yang piwai tu, sekarang pun dah Lt Kol juga.

Untuk mengelakkan pegawai kedet letih, lemah semangat kerana terlalu menumpukan perhatian kepada larian, staf PTI mengajarkan kita beberapa buah lagi sebagai pembakar semangat.  Kebanyakan lagu ini adalah mereka pelajari semasa mengikuti latihan di Indonesia.  Antara lagu yang dinyanyikan semasa berjalan lasak (tapi Tajuk dan sebahagian liriknya aku dah lupa) ialah:


LAGU 1

Ole Ole Bandung
Ibu kota Periangan 
Ole Ole Bandung 
Kota kenang-kenangan

Sudah lama kita
Tidak berjumpa dengannya
Sekarang, sudah menjadi lautan api
Mari bung rebut kembali


LAGU 2

Satu ribu, dua ribu
Tiga ribu, belum tentu
Empat ribu, pasti kembang
Kalau tidak payung cadangan

Lari-lari kita lari
Agar kuat urat kaki
Badan sihat, ......
Esok boleh lari lagi

Oh adik ku, kau dengarlah
abang pergi tidak lama
cukup bulan dapat gaji
boleh kita jumpa lagi

jalan lasak - lukisan oleh: Skot Affendi Hj Yahya

LAGU 3

Tiada gunung terlalu tinggi
Boleh kami daki di siang hari, siang hari
Tiada jurang terlalu dalam
Boleh kami turun di malam gelap, malam gelap

Hutan rimba, padang lalang
Dusun sunyi, jalannya jauh
Panas terik, hujan berangin
Majulah ayuh maju, kami pantang menyerah

Musim Kemarau 

Kemarau bukan satu bencana.  Ia adalah aturan alam. Tapi air adalah amat penting kepada pegawai kedet. Bayangkan kalau pukul 0630 dan mula PT (latihan jasmani), lepas tu nak breakfast dan ke padang kawad. Sejam kawad nak masuk kelas. Bayangkan kalau lepas PT tak mandi??. 

Masalah di SPK jika tiba musim kemarau ialah ketiadaan air. Paip di bilik mandi tidak keluar air. Kedet buang sisa makanan dari perut tapi bila flush tak keluar air.  Kalau dapat air dalam baldi pun cukup untuk beristinjak saja.  Jadi, tak ada siapa yang mahu masuk toilet untuk qadha' hajat. Tapi, bakal pegawai mesti ada initiatif.  Principle of Admin.

Allah Maha Kaya. Dia anugerahkan Selat Melaka untuk pegawai kedet SPK. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya. Manusia juga ada pilihan.  Tak boleh siang kita buat waktu malam. Setiap malam, kedet akan melaksanakan operasi memasang mines di tepi pantai.  Jebat dan Kasturi ada kelebihan, pantai betul-betul tepi berek.  Tak sampai 50 meter pun.  

Usaha sikit je,  korek sikit pasir pantai.  So, berbaris la sambil sembang-sembang dan menikmati asap rokok. Nyamannya menikmati tiupan malam angin Selat Melaka. Kalau orang Kuala Selangor datang mesti heran, patutlah kelip-kelip (fire fly) di Kuala Selangor makin pupus, rupanya berhijrah ke pantai PD. Tak ada pokok berembang pun kelip-kelip datang jugak ye.

Esok pagi, segala-galanya seperti sedia kala. Pasir pantai Port Dickson tetap bersih. Sekali lagi kedet tahu menghargai nikmat Allah yang menjadikan air pasang dan surut.


lakaran kartun adalah ikhsan dari Skot Affendi Hj Yahya

Apek Jual Eskrim 

Tengah penat lepas kawad, peluh membasahi seluruh  badan. Tekak kering kerana sejam lebih terbakar di bawah terik matahari ditambah dengan panasnya tarmac di padang pawai. Apek dengan tong aiskrem sedia menanti ditepi padang kawad. Berbaris kedet. Tapi apek tak offer buku lima (buku hutang macam kantin SPK). Aku tak pasti, satu tong tu mencukupi atau tidak. Kalau apek tu bubuh air kecing, bubuh biji asam bouy dan gula yang dah dibekukan, aku rasa kedet pun beli jugak.


lakaran kartun adalah ikhsan dari Skot Affendi Hj Yahya

Rembat Bukan Curi 

Bayangkan setiap satu Bn Kedet SPK dianggotai oleh 100 Pegawai Kedet memakain pakaian yang sama, warna sama dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, semua pakaian 'issue' (Hak Kerajaan Malaysia).  Kasut (entah berapa jenis kasut- drill boot, jungle boot, kasut potong, dan kasut sukan), setokin, seluar (seluar PD Green, No 3, seluar loreng, track bottom, PT Bodoh dan swimming trunk), drawers green (nama saitifik kepada seluar dalam), baju (macam seluar juga- sepasang contoh: pasangan seluar PT Bodoh ialah T-Shirt PT Bodoh), pakaian kepala (topi loreng, topi PD green dan beret). Apa yang boleh membezakan empunyanya selain dari saiz (itu pun sukar kerana saiz kedet lebih kurang je) ialah jika ada tulis "service no" (nak hantar dobi kena tulis Svc No. Dalam keadaan biasa, kalau dijemur di perkarangan berek, petang-petang, masing akan angkat pakaian masing-masing 'di jemuran' yang sudah kering.  Sendiri basuh sendiri jemur sendiri angkat dan sendiri lipat. 

Masalah akan berlaku bila berlaku 'change parade' malam itu. Sebahagian pakaian dalam locker sebahagian di jemuran.  Bila jam 12 malam kena change parade, masing-masing main rembat sahaja.  Tak kira sapa punya.  Kenapa jadi macam ni?  Sebab setiap pertukaran pakaian hanya diberi masa TIGA MINIT sahaja. Bayangkan setiap 3 minit tukar dari entah berapa jenis pakaian dan yang akhir sekali 'swimming trunk' dan pastinya lepas itu dalam masa 3 minit semua tenggelam dalam air - Selat Melaka.

Solution- kalau nampak memang jadi gaduh la... tapi biasanya, tunggu je kawan tu basuh dan jemur. kat situ juga.masa tu kita ambik balik la kita punya. kan ada tulis nombor.


lukisan oleh: Skot Affendi Hj Yahya

Jurulatih Kawad 

"Angkat kaki, lutut paras, hentak padat,dua, tiga satuuuup!.  Bahasa hukumankawad ada gaya tersendiri, skrip standard (tak boleh diubah suai)- mesti ada harakat dan mesti berakhir dengan tepat, tegas dan sentap.   Perbuatan pun sama.  Masa hukuman diberi kerana fokus, jurulatih bagi hukuman atas kaki mana? silap dengar, salah kaki, bersepah, akibatnya semua kena lari keliling padang kawad atau press up.


 
gaya pemakaian seorang jurulatih kawad di SPK (bukan gambar pada 1980) (gambar ehsan dari facebook skot Nazli Alias)

Jurulatih kawad mempunyai penampilan yang sama.  Tegap, tegas, serius dan segak. Uniform mereka juga fit to the body dan beza utama antara jurulatih kawad (JLK)dengan jurulatih yang lain ialah mereka memakai 'white belt' dan selempang merah. Sarjan Mejar Kawad pula memakai tali pinggang kulit bersama selempang tali kulit (Sam Browne Belt) berkilat.

Antara JLK  yang disukai oleh semua kedet ialah SSjn Mohd Ali.  Bukan dia lembut atau mesra. Tegas macam rimau juga macam yang lain-lain.  Cuma wajahnya sentiasa manis walaupun marah. Kedet tak la tertekan sangat walaupun kena juga lari keliling padang atau kena press up. Dia kalau marah, contohnya; "kedet.... kau buat betul-betul kedet, kau jangan buat aku marah kedet, karang aku lempang kau, sampai ke Singapura kang!".  tapi satu hari, tengah sedap dia demo kawat, kanan pusing kiri pusing, angkat kaki, lutut parasss..prakkkkkkkk...., abis jahitan seluar dia terburai... dengan bersahaja.... "skuadddd....sediap!, senagggggg drip!"  dia pun minta JLK lain ambil alih dan dia jalan terkepit-kepit keluar padang kawad.

Sapa berani nak ketawa atas padang kawad? Nak mampusssss!


Lelap, lelap dan lelap 

Prinsip pegawai kedet ialah gunakan masa senggang untuk merehatkan diri.  Ada saja masa untuk duduk, sistem urat punggung dengan urat mata akan synchronised. Tak kira dalam kelas ke dalam hutan ke, atas padang kawad ke, di squad hut ke, malah tengah menembak ketika menunggu giliran untuk mara dari 200 ke 100 pun sempat kun (lelap).

Terlalu letih, itu sahajaalasannya. Lepas PT pergi kawad, lepas kawad masuk kelas. masuk kelas duduk, kadang tak dan intsruktor masuk mata dah lelap.  Nak elakkan kun maka usaha, hisap rokok. Tapi tak abis rokok sebatang, mata dah lelap. Tau-tau api dan sampai ke jari.  Pernah satu hari dalam kelas Kapt Dahari (dia bersara Mej Jen, Dato), aku terlelap. Kena kompang sekali dan lari keliling bangunan 12 kali. Kenapa 12 kali. Sedar-sedar je dia tanya, what's time now? Konfiden aku jawab "12 sir". Pada hal masa tu dah pukul satu tengahari.

Dalam hutan, masa tengah buat ambush, hujan turun, setia menunggu musuh, tau-tau musuh dah lepas lalu. Semua lelap. Hadiahnya diterima dalam hutan tu jugak. Apa lagi slide roll dan forward roll.

Waktu yang paling senang lelap ialah di squad hut. Pelajaran teori tentang senjata, kaedah membuka dan memasang senjata. M-16, Pistol Browning, GPMG, SLR dan Carl Gustav. Amat membosankan- tu yang sonang je lolap.

Lagi satu waktu yang paling seronok nak lelapkan mata serta tanpa gangguan ialah waktu mendengar khutbah solat Jumaat. Masa tu, khutbah tak ada value langsung kepada kedet. Yang paling penting ialah masa duduk tu. Walaupun kedet tak berminat dengan khutbah, namun setiap kedet amat mengharapkan supaya khutbah lebih panjang lagi. Lagi panjang lagi bagus.

Merempuh Halangan 

Rasanya tak payah cerita lah pasal merempuh halangan (obstacle) ni.  Kesah biasa sahaja. Kalau ada kesah lucu pun kes kedet yang montel-montel yang susah nak lepas bila kena latihan panjat tali, mengeberang halangan (bergayut) dan turun dengan tali.  Tak larat nak tampung badan lalu jatuh dalam kolam. Atau pun melepasi kolam dengan menggunakan tali macam tarzan.  ramai juga yang tak lepas.



gambar hiasan: mongkey rap


lakaran kartun adalah ikhsan dari Skot Affendi Hj Yahya


Keluar 'Weekend' 

Tiga bulan pertama latihan di SPK kami tidak dibenarkan keluar dari kem walapupun pada hari minggu. Dari bangun pagi sampai ke bangun keesokan harinya kami hanya tau berek, dewan makan, kantin, padang kawad dan padang tembak sahaja.

Kalau masa ini diberi peluang keluar weekend, rasanya ramai yang jadi 'prisoner of war'.   Selepas tempoh 'confinement' , masuk penggal dua, pakai dua 'balak' atau bahu, barulah kami diberi peluang untuk keluar weekend secara bersyarat:
  • Sebulan hanya sekali sahaja.
  • Mesti pakai uniform No 3 (working dress). Bayangkan  dengan uniform complete, berjalan-jalan di Kota PD, ke pantai Telok Kemang.  
  • Tidak dibenarkan melebihi pekan PD hingga ke Pasir Panjang. Maknanya nak ke Seremban pun tak dibenarkan.  
  • Mesti tulis dalam buku weekend dan balik sebelum jam 5 petang.
  • Keluar weekend bukan satu mandatory, kalau ada buat hal masa week day, atau kalah dalam acara sukan, menembak atau apa-apa hal masuk kategori buat 'fuck-up' - punahlah harapan untuk keluar weekend.  
  sempat singgah kedai foto untuk mengabdikan kenangan

Masuk penggal 3, kami dibenarkan keluar weekend memakai 'Planters Order'. Pernah sekali aku tak baca Part One Order, aku keluar weekend, kalau tak silap masa tu hari Raya Haji (lebih kurang Oktober 1980), selepas Solat Raya Haji di atas padang kawad SPK Segenting, aku pun keluar bersama kawan-kawan ke pekan PD, beraya ke rumah salah seorang Staf Bn Kasturi (Sjn Ramli) di Telok Kemang. Hari tu kami dibenarkan pulang ke Kem lewat, sebelum jam 10 malam. Semasa menunggu bas untuk balik ke Kem, berhampiran Telok Kemang,  satu bas arah ke PD, seorang kawan aku menjenguk kepala dari bas sambil menjerit'

"Toha, kau duty guard malam ni!!!"

Berderau darah aku masa tu, pucat.  Patut kena lapor jam 5 petang. masa itu dah jam 6 lebih. Mampus la aku.  Kawan aku Razak dah ambil alih tugas, tapi aku tetap kena 'charge for absent from the place of duty".Silap-silap haribulan aku boleh kena 'expel' dari SPK!

Keesokan harinya aku dibawa masuk (oleh Bn Sgt Major, PW2 Mohd Som) menghadapi perbicaraan terus ke hadapan Pegawai Memerintah (CO) Bn Kasturi, Mej Fathulzaman. Keputusannya aku dijatuhi hukuman 'kawad tambahan selama 7 hari - satu jam setiap hari'.  Puhhhhh...pengalaman pertama dan terakhir kena charge dan dihukum dalam kerjaya aku dalam ATM.

lakaran kartun adalah ikhsan dari Skot Affendi Hj Yahya

Lubang Beruang  

Cerita lubang beruang ini amat popular di kalangan pegawai ATM keluaran (produk) Sebatang Karah. Ia adalah sebuah kolam terbiar berlumpur yang bersaiz lebih kurang 10 x 10 kaki. Bukan sahaja kotor dan busuk, dalam tu entah apa yang ada.  Tapi dalam keadaan tertentu lebih 100 orang kedet boleh masuk dalamnya. Semasa aku di SPK, aku pun tak tau mana satu lubang beruang ini. Yang ada cuma sebuah kolam bersaiz 20 x 10 kaki. Di atas kolam tersebut ialah tali yang terentang untuk latihan fizikal, setiap kedet perlu melepasinya- ia menguji kekuatan tangan. Sesiapa yang gagal melepasi tali itu akan jatuh dalam kolam. Jebat dan Kasturi di Segenting selamat sebab sesekali sahaja kena ke sana tapi Tuah di Sebatang Karah, mesti ada cerita sendiri.  


keadaan Lubang Beruang setelah lebih 30 tahun...
(gambar ehsan dari skot Abdul Razak Hussain)

River Crossing  

Satu lagi latihan yang mencabar kekuatan minda dan fizikal ialah river crossing 'with complete FSMO (plus weapon)' dengan menggunakan peralatan asas tentera sahaja. Pack kena jadi pelampung.  Kena balut dengan ponco, dan ada tekniknya supaya tidak bocor atau air tidak meresap ke dalam pack.  Latihan dilaksanakan di Sungai Lukut. Orang kata sungai tu ada buaya. Tapi sebelum latihan dimula, staf SPK meletupkan dinamite di beberapa bahagian sungai - aku rasa untuk menghalau buaya la kot. Bagi membantu kedet supaya tidak dibawa arus sungai, tali direntangkan menyeberangi sungai. 

 

Apa yang jadi kenangan di sini ialah bermacam-macam kerenah dan gaya kedet apabila satu persatu (secara berpasangan) kedet dilepaskan menyeberangi sungai.  Mana yang datang dari kampong dan tahu berenang, tak de masalah, tenang, enjoy the crossing hingga menyentuh tanah seberang. 


kartun oleh kot Affendi Yahya dari facebook

Yang jadi cerita ialah anak-anak kota yang tak tahu berenang atau anak-anak kampung yang tak ada sungai. Tak tahu berenang.  Masuk je dalam air dah mula terkial-kial, tercungap-cungap, terkinja-kinja, belum mula berenang lagi dah tenggelam timbul macam dah nak mati. 


gambar: ehsan dari skot Sohemi Hashim

Sebenarnya aku pun dah lupa siapa partner aku menyeberang pada hari itu.  Tetapi Allah Maha Kuasa, setelah 30 tahun, melalui facebook, seorang bekas PK mengaku masih ingat berenang bersama aku. Dia ialah PK Hazman.  Hazman tidak meneruskan kerjaya dalam ATM tetapi menyertai Jabatan Kastam DiRaja.

Antara peristiwa lucu yang aku ingat ialah salah seorang skot aku, PK Rajakandan yang berenang berdekatan dengan aku. Dia punya panik dan kecoh, lain macam je. Bukan sahaja terkial-kial, tapi mulut dia juga bising entah apa punya bahasa dia cakap.  Nak tergelak aku. Dengan itu, maka baru lah aku faham dan menerima kenapa ada simpulan bahasa (yang aku belajar di sekolah rendah dulu) 'Keling Karam". Macam mana rupanya kalau mereka karam, kalau baru cecah air dalam keadaan yang selamat, ada float, ada tali dan ada pengawal pun masih kecoh.  Aku pun tak tahu kenapa orang India sekarang marah sangat dengan perkataan Keling.  Pada hal, tanyalah siapa sahaja, dalam tahun 60n-80an,  kami sebut perkataan tersebut dengan bebas tanpa apa niat buruk atau prasangka untuk menghina atau memperendahkan kaum tersebut.  Masa itu, kata kias seperti keling karam, keling botol, rojak keling, keling mabuk, pisang keling,  keling jual roti tak menjadi hal.  Malah banyak tempat diabadikan dengan nama Keling seperti Tanjung Keling dan Jalan Masjid Kapitan Keling. 

Ikhtiar Hidup (Survival) 

Salah satu subjek dalam Ilmu Medan Perang ialah ikhtiar hidup. Di SPK (sebelah belakang Kem Sebatang Karah) ada satu kawasan yang dipanggil 'Survival Village'.  Di kampung ini kebanyakan staf yang bertugas ialah keturunan Iban dari Rejimen Renjer. Kami diajar cara bagaimana membuat perangkap binatang, burung dan ikan di dalam hutan.



Bau asap dan masakan amat sensitif dan mudah dikesan.  Musuh boleh mengesan lokasi pasukan dari bau masakan. Oleh itu kami juga diajar cara memasak di dalam hutan secara taktikal supaya bau dan asap masakan tidak dapat dikesan oleh musuh.

Kebetulan pada hari itu ada seekor ular sawa yang sebesar peha dapat ditangkap. Hari itu, staf survival mengajar kami cara menyembelih ular sawa (walaupun sembelih tetap tak jadi halal pun) dan melapah kulit.  Lepas itu, mereka memasak sup dari daging ular sawa.  Dan hampir 300 kedet hari itu diarah untuk merasa menu spesel "SUP ULAR SAWA".

Kalau dah commissioned, duduk pejabat asyik "mengulo" je, tandanya masa kedet dulu terlebih makan daging 'ulo' sawa ni laaa.


x
dua skot yang di tengah-tengah gambar telah meninggal dunia, yang sedang membetulkan topi ialah allahyarham Lt M (U) Badrul Hisham dan mencangkung dihadapannya ialah allahyarham Mej Zainudin.


Escape and Evasion (E&E)  

E & E merupakan satu program latihan yang benar-benar mencabar minda dan fizika.  Ia juga menguji kecerdikan dan inisiatif, taktik dan teknik untuk hidup (survival), pada masa yang sama mengelak dari dijejaki atau diperangkap oleh pihak musuh.

Oleh itu, pantang kepada semua kumpulan ialah melalui jalan, apa-apa jalan la, sama ada jalan raya atau jalan kampung.  Kerana musuh (jurulatih) sentiasa berkeliaran di mana-mana.

Sekiranya- mana-mana sindiket atau kumpulan dapat ditangkap oleh musuh (jurulatih), barang milik mereka akan dirampas, tertakluk kepada pihak musuh.  Mungkin tangkapan pertama mereka akan dirampas baju sahaja, untuk tangkapan kali kedua kasut mereka akan dirampas dan seluar mereka dikoyak-koyakkan. Atau mungkin hanya ditinggalkan seluar dalam sahaja.  Kedet terpaksa berusaha sama ada meminta pertolongan orang kampung atau menggunakan daun-daun kayu untuk menutup bahagian tubuh.

Pegawai kedet juga dilarang membawa apa-apa makanan dan DUIT.  Tapi ramai yang bijak dengan pelbagai inisiatif, berjaya menyeludup wang kertas.  Cara bagaimana? itu inisiatif masing-masing. Kami diberi masa 3 hari 3 malam untuk kembali ke kem pangkalan.

Apa pun, mana-mana sindiket yang mempunyai anggota 'ladies cadet' lebih bernasib baik, especially dari Tuah Bn kerana mereka duduk satu Kem, boleh merancang. Kedet Wanita diberi peranan sebagai Bendahari Kehormat sindiket. Semua not (RM50) diserahkan kepada mereka untuk disimpan. Kat mana mereka simpan, itu RAHSIA mereka.  Mereka ada advantage kerana instruktor tak akan kelebek tempat-tempat khusus. Apa yang sahabat lelaki tau, bila dah keluar dari kawasan kem, Bendahari akan keluarkan wang simpanan untuk dibelanjakan apabila diperlukan.

CUMA, walaupun sindiket aku mendapat seorang ahli dari kalangan kedet wanita, kami tak terlintas untuk mengoptimakan beliau. OTAK kurang cerdik masa itu. Walaupun sindiket aku ada bekas BOY (RMC), tapi dikurniakan OTAK yang kurang cerdik juga, tak boleh menasihati sindiket. Mungkin kebijaksanaannya telah dihabiskan di RMC dulu.

Semua cerita mengenai E & E disimpulkan dengan dua gambar yang masih diperolehi di bawah.  Terima kasih Skot Sohemi kerana masih menyimpan gambar-gambar ini.  Kenapa kami jadi seperti ini, terlalu banyak pengalaman yang boleh di ceritakan. Lebih 30 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai pengalaman sendiri.


antara yang tinggal semasa sampai di base camp
(dari kiri Jaudin, Vasuthevan, x, Kamarudin, Jamari, Manisegaran, Hashim dan Raphael Tan)

Musuh yang tertawan - gambar ehsan dari fb skot Sohemi Hashim


Antara pengalaman yang aku lalui sepanjang perjalanan:
  • Meredah belukar paya yang dalamnya paras pinggang - biasanya tempat seperti ini adalah tempat persembunyian ular sawa.
  • Menyeberangi sungai yang dalamnya paras bahu dalam kegelapan malam kerana di jambatan ada musuh menunggu,
  • Menumpang lori-lori sayur untuk mempercepatkan perjalanan
  • Melalui kawasan estet, mendapat ehsan dari penduduk estet- diberi makan nasi daun pisang (kebetulan ada majlis perkahwinan) - dalam keadaan pakaian yang compang camping dan berbau busuk- apa lagi kedet yang kebuluran - hilang malu hilang segan - belasahhhhh.
  • Ada anggota skuad yang hilang semangat juang, menangis mengongoi di tengah malam, menyesali kesukaran  yang dilalui.
  • Kebetulan dalam skuad aku ada kedet wanita (PK Hasnah)- tapi aku kagum dengan ketabahan dia - tidak pernah merungut langsung. Begitu juga dengan kedet wanita dalam kumpulan lain.  Walaupun mereka hanya menurut apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kedet lelaki, mereka melalui segala kesukaran yang dilalui. Tabah bersama, meredah semak samun, panas terik, terpaksa tidur di mana-mana dalam kegelapan malam dalam hutan atau kebun untuk mengelak dari jejakan musuh.
  • Jika tertangkap musuh, sebelum diambil pakaian, kedet akan dibuli dahulu seperti press up, star jump, slide roll dan forward roll.
  • Bayangkan, apabila tertangkap, kasut dirampas, sementara memohon ihsan (jika ada melalui kampung) kedet akan membalut kaki dengan kain buruk untuk berjalan meredah semak, kebun dan hutan.
  • Ada yang telah hampir sangat dengan kem tetapi telah tertangkap, mereka akan di bawa semula ke check point yang pertama.

Sekarang: Sama ada subjek E & E ini masih dilaksanakan di mana-mana pusat latihan kedet dalam ATM atau tidak.  Kalau ada mungkin subjek survival yang dibuat macam majlis rekreasi Hari Keluarga. Bawa khemah dan katering sekali macam kerja kawin.  Nak masuk hutan pun, banyak hutan dan bukit yang dah kena tarah.  Nak masuk hutan betul, jauh sangat, nanti keluar hutan calar-balar, luka sana sini, komplen hantar MMS kat parents, parent lapor pulak kat wakil rakyat.  Maka heboh pulak dalam Parlimen, kata pegawai kedet didera. Jenuh Komandan nak jawab kat PAT atau Menteri.  Komandan, CI dan jurulatih akan kena tukar.

Exercise WIRA JAYA 

Ex-Wira Jaya adalah latihan kombinasi terakhir yang meliputi peperangan insurgency dan conventional.  Bermula dengan latihan peperangan insurgency, meredah lembah dan bukit dan hutan belantara - kebanyakan pergerakan dilakukan di tengah malam- meliputi advance party, rear party, attack dan withdrawl, ambush, camping dan macam-macam lagi.  Yang paling tak tahan ialah memikul GPMG dan Carl Gustav naik bukit turun bukit.  Otak tak boleh nak fikir, jadi zombi- berjalan-berjalan-berjalan. 

Aku tak ingat sangat kat mana point kami diturunkan kerana pada masa tu tak ada rasa nak tahu.  Yang kita tau, bila trak berhenti, kami turun, kat situ kita buka map- plot untuk next check point. Antara kawasan yang dilalui (seingatanku) ialah Ulu Sepri, Titi dan Kg Gagu Ulu... (kalau baca buku Samad Idris- Sejarah Askar Melayu)- kawasan ini dulu ialah sarang pengganas komunis.

AKU RASA PASAL INILAH BANYAK INSTRUCTOR KEDET JADIK GILA.  Tiap-tiap tahun ikut kedet buat benda yang sama.  Bayangkan, selepas kami (TJP37), tiap-tiap tiga bulan ada intake kedet masuk. Aku rasa antara mereka dah mencapai kegilaan ke tahap gaban.  Kalau instruktor boleh naik heli ke lokasi exercise, aku rasa Kapt Rahmat G, Kapt Hamid G dan Lt Amiruddin tak akan jadi macam itu punya G. The first 2G is Gunner (Artilery Corps)

Jumlah perjalanan entah berapa puluh km pun kami tak tau. Destinasi akhir ialah Bukit Broga di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.  Pekan Broga dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Betul-betukl dibelah oleh sempadan negeri Selangor-N.Sembilan.  Tapi Bukit Broga dalam Negeri Sembilan. 



Bukit Broga juga dipanggil Bukit Lalang

Ketibaan pasukan infantri ( kami -askar jalan kaki) di kaki Bukit Broga disambut dengan berpuluh buah trak 3 tan yang berisi syarat dengan peralatan perang konvensional.  Berpuluh-puluh gulung kawat duri, beratus batang iron picket, guni, cangkul, shovel, dan entah apa-apa lagi, skot Darat je yang boleh ingat terminologi itu.  Semua kena bawa naik ke puncak bukit.  ATM mesti menakluki puncak bukit sebelum musuh tiba.  Dalam perang konvensional siapa yang dapat menawan kawasan yang tinggi, dia ada advantage.




Sekarang kita dengar PETIKAN rintihan insan-insan terpilih, yang kekeringan peluh untuk mengalir, sepanjang beberapa hari bermastautin di puncak Bukit Broga.  Petikan ini aku pungut dari yahoogroups TJP37.  Sejak aku buka kedai fb ni, yahoogroup dah kurang pelanggan.


Adegan 1.....satu lagi perkara kat broga yg tak boleh dilupakan adalah bila waktu malam dengar bunyi cangkul dan mess tin tengah korek kubu.... macam lagu dan irama.... sayu betul bunyinya.... sampai sekarang masih berdengung bunyi tersebut. Roslan Shaari










Adegan 2....tak bolih lupa capt rahmat "bantai" kaki saya semasa nak marching keatas bukit. Terduduk,sepatut tak bolih step on the road ( jalan raya) semasa marching, tapi akibat penat terbabas berjalan gak atas jalan raya.....apa lagi jerit lah Capt Rahmat, kedet..itu kenangan, mengajar kita disiplin n to be tough. Norhaili Abd Latif

Adegan 3.  Yang paling tak dapat aku lupa di Broga ni bila sahabat kita LOD tiba-tiba muncul di trench aku dengan 4 gulung D10 Cable dengan airmuka yg paling sayu... Rupanya dia kena pasang cable tu untuk line `Set K' ke semua defence position dari bukit ke bukit. Tapi lepas tu, cable tak habis pasang, dah kena withdraw pulaak. Hanya yg keluar dari mulut LOD ketika itu...."Man. ....Ada air tak??" Malangnya aku pun kekeringan ketika itu. Anyway LOD, for that nostalgia, you can have a crate of Coca Cola the next time we see each other (Itu pun kalau kau bagi aku `stroke' OK). Azman Daud


Adegan 4.  actually, ko bukan orang pertama aku mintak air, dah baper bukit aku naik, xsilap aku, takes me more than 6 hr to completed the job .. siap tgh mlm kot.. at least aku tahu hows defence has been laid.. and bn mana yg paling efficient.. kalao x pandai ikut kompas jln tgh mlm mahu aku sesat.. but juz imagine masa withdrawl abandone position b4 midnite n no movement b4 last light... take me another round utk tarik. semula cable. yg xbest nya.. tiap2 position ada password yg lain masa nak enter. asyik kena tahan jer..sabor jer lar.. tgh mlm derang ingat musuh demo nyusup nak curi senjata...bnyk lagi citer aku ble share... masa tu aku angkat tangan kat signal corps and it will b my last priority to join. hahahaha. thanks azman for reminding me. Lod Atan.

"Bygkan aku kena pasang g10 cable n then tanggalkan di semua lokasi. Mmg mcm hamba tebusan . Tapi aku happy tgk muka skot yg aku jumpa. Berapa kali jatuh n kutip cable kat bwh bukit. Bila fikir semula. Bnyk kenangan aku. Pasal kapt rahmat tu, dia yg buat kita semua ada cerita utk d kongsi bsama. Maafkan lah saja." - Lod Atan

Adegan 5. buat trench tak siap-siap. Pakai pix axe utk korek lubang.... Lepas tu fitik pulak angkat def equipt kat bawah bukit. Seksa...Mohamad Shuairi.

"apa kurangnya, skot kita D.Swami kat Broga. Dah cakap (merapu) sorang-sorang atas busut (batu), maca lah kita semua tak penat".

Tapi kes yang berikut (yang diperkesah dalam kartun Affendi di bawah) ini, aku sendiri tak tau perkara ini berlaku. Hanya diceritakan oleh salah seorang dan disokong (saksi) oleh beberapa skot yang lain. Skot-skot pun tak bagi tau 'exactly who is the guys' sebab melibatkan maruah seseorang. (Walaupun akhirnya aku tahu siapa- namun ia tetap satu rahsia).  Lagi pun Erra Fazira pun dah pesan, Biarlah Rahsia. Tapi masa itu, si pembuat ni memang kena maki hamun dan  'lahanat' sepanjang malam. 


Kata mereka, skot yang buat kerja ni dah pun pakai Lt Kol dan masih berkhidmat ketika aku tulis kesah ini. Dan dengarnya 'kena relegate' (turun skot).  Yang tau diam-diam atau gelak sorang-sorang je la, dan yang tak tau, tak payah lah nak tau.
.

 SPECIAL CORNER: KAPTEN RAHMAT 

.....antara kenangan yang paling tragis tetapi paling melekat dalam jiwa setiap warga TJP37 (mungkin beberapa intake yang lain ialah perihal Kapt Rahmat.  Sebut sahaja nama Kapt Rahmat, semua tak akan dua kali tanya..... lebih terkenal dari Komandan dan CI.  Terkenal dengan muka yang tak pernah senyum, tak pernah ada good mood (dari hari pertama sampai melangkah keluar dari SPK) dan yang membuat namanya terpaku dalam dada setiap kedet ialah ideologi 'sadisme' nya.

Aku rasa, walaupun semua kedet telah maafkan dia atas semua tindakan sadisnya, namun kalau jumpa dia di mana-mana tak akan ada yang mahu memperkenalkan diri sebagai anak didikannya semasa di SPK.

Sampai la ni,tak ada siapa yang ada jawapan yang lebih 50% tepat sebab musabab dia jadi macam itu.  Tapi beberapa assumption yang boleh dibuat ialah dia:
  • Dia nak balas dendam kerana masa dia latihan kedet atau masa dia di AFATS dulu dia kene lanyak teruk oleh instruktor kerana dia lopong sangat; atau
  • Dia nak balas dendam kena ragging teruk semasa melapor di unit pertama dia, sebab dia idle, tak boleh cooperate dan suka mengasingkan diri; atau
  • Masa kecik dulu dia teruk kena dera oleh emak atau bapak dia, atau (kalau ada), emak atau bapak tiri dia.  Masa dera pulak kena belasah dengan kayu api. Itu pasal, dia suka belasah kedet dengan kayu.
Antara petikan berkaitan Kapt Rahmat. Tak payah aku nak mengingat semua peristiwa dan tragedi, cukup meletakkan apa yang skot-skot tulis dalam fb sebagai testimonial.

"Masa tu ada ke istilah 'ration party?.  aku kena pelangkong dek Kapt rahmat tu masa aku 'incas' ration party', "ko mari sini, pandai engko ye!"..Pelepukkk... Ramai juga skot yang kena guling (forward roll) sampai ke bawah bukit.  Sampai sekarang aku ingat beno tempat tu"   Norhaili.

"Aku kena tetak kepala (oleh Kapt Rahmat) dgn kayu sbsr lengan masa fitik tolak bulk wire naik bukit broga la...sbb tgh mengah2, musuh tembak, lewat take cover...apa lagi si rahmat yg membawa rahmat ada situ....nasib baik helmet ikut spek..kalau tak, pocah kepalo den". - Toha

"Saya pun pernah merasa penangan Kapt Rahmat tu dgn kayu...thn aje la...at the same time kpt tu bg pulak kat kepala ladies... ladies tu tak menangis, tapi air matanya meleleh....sedih & kesian...." - Hazman


 
kartun lakaran: skot Affendi Hj Yahya

"...yang aku ingat aini kena ketuk dengan Kapt Rahmat masa latihan section battle drill kat kebun getah depan kem sebatang karah, masa tu tak pakai helmet, pakai jungle hat je sebab module ciw. Tentu aini ingat lagi sebab aku ngan Hazeman pun tak lupa...some people are just being sadist...dia wack sekuat hati." - Mustapha

"Si Rahmat ni dengor cerita berhenti kapt je tak sempat pakai mej..dia ni X-afats intake 2...kena ragging teruk kut tu yang balas masa kat Kedet..." - Suhaimi

"Mi hang la ni baru berani citer dia ex afats la. dulu jgn kata nampak muka dia dengan nama pun hang dah lari... Sapa yang tumpang kheta dia nak pi PD kena turun tengah jalan pasai banyak mulut sgt??? pak pin tau kut....." - Sohemi

"Saya satu dari kadet yg kena turun tengah jalan tanpa apa2 sebab dia berhenti kereta turun kan kami..kami tak tahan dia pun ,dia yg berhenti suruh kami naik..tak salah dua orang lagi Malik dan Dswami dah lupa detail, sapa pun tak pernah lepas dari dia kena ketuk sampai patah kayu..kayu dia suruh kita cari pulak tu". - Azrul Hardav

"Recall my memory kat Broga tu, puhhhhh, Kapt Rahmat!  Sapa tak ingat dia!. Aku masih ingat lagi masa dia suruh Razak Kiran forward roll dalam longkang, Memamng zalim - Razib Atan

"Tak bolehlupa, dia pukul kepala aku dengan kayu besar. Nasib baik masa tu dalam hutan aku pakai helmet. Kalau tak...- Monica Mowe.

"Kapt Rahmat ni dok mana sekarang?. Dulu aku nampak kat Kg pasir, JB.  Dia kendali stesen minyakPetronas or Shell (tak ingat).  Tu la, kita orang Kasturi jarang kena pelangkong si Rahmat ni." - Zakaria Mohamad.

"Masa aku kat KTD Ulu Tiram (1996-2000) kebetulan aku menyewa rumah sebelah sedara dia. Khabarnya dia bukak stesen minyak Petronas.  Sedara dia pun tak percaya bila aku cerita kesah masa di SPK.  Khabarnya masa itu dia pun membujang lagi." - Ariffin Saimon.


Cerita dari Skot Shohemi Hashim.  Skot aku berasal dari Kedah dan hobbynya mengajuk cakap orang. Antara yang menarik ialah bila dia mengajuk cakap SSjn Eliap (Iban).  Tapi ini bukan cerita pasal dia mengajuk cakap Eliap tapi cerita pasal dia kena penampau Jepun dari  Kapt Rahmat.



Peristiwa berlaku semasa ujian Semboyan di kawasan  lapang sasar Kem Segenting. Skot hohemi kena penampar Jepun dengan Abang Rahmat (yang langsung tak membawa rahmat) apabila dia kata Kapt Rahmat telah salah menyebut 'Victor' padahal sepatutnya dia menyebut 'Whisky' jadi bila dia (skot) encode telah menjadi ayat lain.  Lepas kena penampaq tu Rahmat kata "saya tak pernah silap  tapi kamu yang pekak dan bangang". Lepas tu dia kata "Kamu tak payah jawab soalan lain, kamu pergi forward roll sampai ke bilik kamu!". Masa tu berek Jebat memang bersebelahan dengan lapang sasar Segenting. Jurulatih Semboyan, Kapt Lim Eng Tai  tenganga tengok. Dan skot kita ni failed paper Semboyan.



Kapt Lim Eng Tai ni pelat sikit, kalau dia cakap, kat hujung mesti ada 'tek'. Sampai ada yang gelar dia Kapt Lim 'Tek'.  Lagi satu, dia punya favourite caption ialah "kak chik hang!".  Masa aku kerja di Mindef dalam tahun 96-99 dia masih Mejar lagi. Tapi kemudian masa aku dah Lt Kol, aku jumpa dia dah pakai Lt Kol.


Moral of the story, kalau boss atau jurulatih salah, jangan sesekali kata dia salah. Pelajaran ini perlu dipegang sehingga kita hidup tak ada boss. 

There are only TWO rules of the military officer; RULE No. 1- the boss is always right.  RULE No. 2 - If you think that your boss is not right, please refer to RULE No. 1.

Macamana rupa Kapt Rahmat niiii?

dari kiri: Kapt Suthakaran, Kapt RAHMAT, Kapt Hasbullah, Kapt Ganeson, Kapt Kamarudin dan Kapt Vincent Sinnapan

akhirnya 'permata' dalam lumpur telah ditemui oleh skot Affendi pada 7 Sep 2013
(pertemuan Affendi dengan Kapt Rahmat (B) di Ampang Park)


PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com dan
toharudinairforce81.blogspot.com

No comments:

Post a Comment