SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Tuesday, June 4, 2013

TJP37037 GILA-GILA BERPANTUN



GILA BERBALAS PANTUN

KALI INI @ INI KALI LAH
aku akan merekodkan pantun-pantun 'impromptu' yang dituliskan oleh skot-skot dalam laman facebook

penyumbang utama
Skot Hj Wahid @ Haji One
Skot Azmi Abd Hamid
Skot Haji Zakaria
Skot Hazen Man
Skot Razak @ Lanchangboy

LIHATLAH
rakan-rakan kita sememangnya berjiwa Melayu tulin
bijak berpantun


AKU MEMULAKAN PEMBUKAAN GELANGGANG BERPANTUN PADA 28 APR 13

Toharudin Rashid
PRU13 dah dekat,
semua x sempat nak berpantun,
saham affendi nampak meningkat,
semua sibuk komen dia punya kartun.

HajiOne Yusoff
Berjalan lenggok biarlah santun
Jangan jalan melelong lelong
Macam mana nak berpantun
Towkey Azmi Hamid mabok di kelong

Toharudin Rashid
Azmi Hamid mabuk di kelong,
yang masuk pukat ikan jerong,
pasti jalan melelong-lelong,
badan kurus berat karong.

HajiOne Yusoff
Kalu marah kena lelong
Sebab orang semua tak ingin
Penat aje dapat di kelong
Perut buncit masuk angin

Azmi A. Hamid
Bismillah sbg pembuka kata...
Langkah longlai penat keladang....
Berat karong bagai dikata....
Mabok dikelong belum lagi hilang...

Toharudin Rashid
Ali, Tong Seng dan Ramasami,
3 sahabat tahun enampuluhan,
Tuuu dia Azmi sudah mari,
akan meriah pesta pantunan.

Azmi A. Hamid
Perut buncit makan dikelong....
Disapu minyak.. lega sedikit...
Pengalaman berharga dapat dikeong....
Tak dspat dibeli.. dgn wsng ringgit....

HajiOne Yusoff
Siang di kelong bercermin mata
Mata kail berbesi waja
Kalu begitu bagai di kata
Wa tabik lu itu saja

Azmi A. Hamid
Aminah... Amoi...dan juga Kumari..
Tiga dara zaman enampuluhan....
Tak guna cakap kalau belum pergi...
Bila naik boat.. baru tau kejantanan....

Azmi A. Hamid
Buah pala...buah keranji...
Masak ranum dihujung dahan....
Rancangan di diusul tak ada yg sudi.
Rancangan ke Kenyir tak jdi kenyataan...

Azmi A. Hamid
Santun sigadis jadi tanggungjawab...
Si Ibu menangis.. pinangan tsk jadi...
Pantun dijual ... tidak dijawab...
Soo. . maaf dipinta... ku undur diri...

Toharudin Rashid
Hasil kelong tambah banyak,
tambah pula pukat tarik,
Perut buncit disapu minyak,
angin menurun benda lain naik.

Toharudin Rashid
Ramai-ramai tenguk kartun,
ikut sama si Jaafar pangat,
bukan tak sudi menjawab pantun,
hang berpantun laju sangat.

HajiOne Yusoff
Jaafar Pangat Lutut kelemahan
Berjalan jauh juga meniti
Mengundur cepat ikut arahan
Betara Guru lama menanti

Azmi A. Hamid
Anak dara berbogel dibawah shower...
Terasa sejuk .. mandi di kali...
Pantun ku laju.. saja nak test power...
Hj Wahid meneka...tepat sekali...

HajiOne Yusoff
masih sejuk
Mandi sebab sakit gigi
Betara Guru pandai memujuk
Bila habis dia kata nak lagi

Azmi A. Hamid
terus mengerja
Sampai budak hampir mati
Hari ni dan esok kena kerja
Hari rabu boleh cuti

Mahadzir Hashim
memang ketegak
Kerja sikit lebih nya letih
Ingat boleh tak agak agak
Petang selasa kita mengeteh

Toharudin Rashid
masa sekolah fungkeong jd kegemaran.
bila kedet pakai lotto.
tak jawab pantun Azmi kata alasan.
sebenarnya betaraguru dah bentang toto.

HajiOne Yusoff
Dari basikal baik lagi motto
Cuma kuyup bila hujan
Aiiik siang hari atas toto
Sah peluh meleleh lenjan

Azmi A. Hamid
Tinggi insurance. . banyak risiko...
Fernanfo Alonso.. Team Minardi...
Atas Toto.. mads young ciko....
La ni.. atas sofa dpn TV pun jadi...

Azmi A. Hamid
Bukan sengaja nak cari alasan...
Dah memang tugas sebagai suami..
Kita berpantun.. berbalas kiasan...
Saling mengutuk..saling memahami...

Azmi A. Hamid
Petang hari pasang pelita
Biar menyala sampai ke subuh...
Dari pagi skot Wahid duk buat bekerja...
Betaraguru balik.... terus nak tutoh...

Toharudin Rashid
anak badak pijak kaca.
kaki luka samp ke pagi.
gelak badak aku membaca.
ganaz leftenan wahid tak ilang lagi.

Azmi A. Hamid
Puri Masala hidangan berlada....
Lepas makan terasa leteh..
Hari Selasa teman tak ada...
Kalau Khamis... boleh lah ngeteh..

Azmi A. Hamid
Panas terik sinaran mentari....
Guruh berdentum hujan tak jadi...
Ganas Lt Wahid kekal abadi...
Hanya tukar nama. . jadi Haji...

Azmi A. Hamid
Pohon rendang..pilihan kenari...
Helang mengeloh penat menanti..
Mohon perkenan mengundur diri....
Zohor sudah lama menanti...

Toharudin Rashid
Sulu menyerang felda Sahabat.
Orang kampong terkulat2.
silakan wahai sahabat
Jangan berpantun dalam solat.

HajiOne Yusoff
Anak ikan balik johor
Bawa bola dan juga ragi
Cepat 2 tunaikan zohor

Lepas isyak jumpa lagi


TUAN HJ WAHID YUSOF MEMULAKAN BICARA
PADA 9 MEI 13

HajiOne Yusoff
Hujan rintik jumaat malam
Razak dan Azmi asah buah pelaga
Toharudin pun tiada salam
Semua tengah beradu tenaga

Toharudin Rashid
Cabut paku guna pelaya,
pelaya diputar seperti giro,
baru pulang dari putrajaya,
ada dinner di MAEPS Bistro.

Toharudin Rashid
kereta tersadai bateri kaput,
bateri berkarat tak ada harga,
perut kenyang penuh seafood,
tak larat beta nak beradu tenaga

HajiOne Yusoff
Kenyang perut banyak sumbat
Nanti keluar berjela jela
Jangan takut jika tak buat
Pasang niat dapat pahala

Toharudin Rashid
ikan seluang ikan puyu,
tertelan biji buah celagi,
perut kenyang mata pun kuyu,
patik nak beradu esok kita jumpa.

HajiOne Yusoff
Ikan patin dalam kolam
Selamat malam

Abdul Razak
Ikan patin kena baling
aku pun nak baring

Toharudin Rashid
Budak muda bersilat kuntau
Lepas berkuntau duduk beriba
Baring tu baring je tau
Tangan tu jangan pulak meraba-raba

Mahadzir Hashim
Buah pelam ayaq serbat
Assalam..selamat pagi sahabat

RJ Zakaria Al Haj
belanja barang di Pasaraya segi,
ayam kampong nak di panggang,
salam sahabat selamat pagi,
bangun tido terus sakit pinggang.

Toharudin Rashid
Kontraktor mengecat jenama Jotun,
Cat disapu di besi berkarat
Korang yang dah pencen  teruskan berpantun.
Aku makan gaji nak pergi mesyuarat.

Azmi A. Hamid
Buah kundur.. buah labu....
Tidak sama buah melaka...
Hamba tidur di K.Bharu. ..
Betaraguru ada di Melaka...

Hazen Man
kalu selalu tidur berjauhan,
nikah je lagi satu...
kalu dah tak tahan,
ambil berus dawai buat pembantu....

Azmi A. Hamid
Buah ciku buaj mempelam..
Buah muda dibuat jeruk...
Berjauhan... itu semalam...
La ni .. tengah duk peluk...

HajiOne Yusoff
Buah muda buat jeruk
Makan banyak perut senak
La ni tengah duk peluk
Tahun depan timang anak

Toharudin Rashid
makan kenduri dalam bangsal,
bawah bangsal merangkak si labi-labi;
jgn la skot pulak cari pasal,
tua nak ibadah dah jadi sibuk jaga baby.

HajiOne Yusoff
Bawah bangsal rangkak si labi
Lalu terkena cat biru
Bukan nya saja nak jaga baby
Nak tunjuk seanapang ada peluru

Toharudin Rashid
tajam sungguh si pisau belati,
direndam dalam nasi basi;
orang lelaki tak payah bukti,
selagi lidah bergerak senapang tetap berfungsi.

Azmi A. Hamid
Tajam sungguh pisau belati..
Dipakai perwira pergi beradu..
Senjata tembakbaik..kadang2 henti...
Kenalah selalu makan madu...

Azmi A. Hamid
Senja nan merah nama lagu..
Nyanyian enak si anak muda...
Peluk betaraguru bukanya selalu..
Hanya sesekali..bila air naik kepala

Hazen Man
semalam dua berjauhan,
tanda kasih buat rindu2an.....
sibuk kan cucu utk manja2kan,
pelukan bentaraguru legakan yg tak karuan...

Lanchangboy Razak
Tajam sungguh pisau belati
Tajam lagi pisau cukur
Cakap siang hati-hati
Merapu kat sini, nanti tidur kat dapur

HajiOne Yusoff
Pisau cukur kena lapur
Sebab selalu tibai pisang
Razak selalu tidor dapur
Sebab perangai macam musang

Azmi A. Hamid
President X37,, Lt Col Razak ....
Keluar beraya sampai ke puchung....
Kesian lah sikit kat skot Lancangboy Razak ....
Baru keluar dari pertapaan...dah Wahid pancung...

Azmi A. Hamid
Musang berjanggut.. Nama cerita...
Arahan dan lakonan... seniman P.Ramli...
Kena tidur kat dapur...perkara biasa...
Asalkan jangan...tak dapat nak menguli...

Abdul Razak
Yoko Yoko pujaan ku......
Buat mengurut pelikat ku......
Hati hati sahabat ku.......
Jangan terpancung Lanchangboy Razak ku.......

Azmi A. Hamid
Sungguh pahit buah ketuhar...
Mana si Wahid n col tohar...

Azmi A. Hamid
Kilauan Emas..tajaan poliden...
Bila menyanyi,, gigi terkeluar....
Panjang umur,,, bapak president,,,,
Baru sebut nama,,, dah pun keluar...

RJ Zakaria Al Haj
Ubat gigi poliden gam gusi,
takut makan dodol tp perigi,
skot semua keluar lps main besi,
jap lagi nak belaga gigi....

Abdul Razak
Keluar bukan sebarang keluar
Keluar ini bermakna
Bapak President saje nak keluar
Kot kot boleh mencari calon yg lebih bermakna

Azmi A. Hamid
Mengkuang layu...lusuh..sukar dibentuk...
Penat menganyam,,,rumah bersepah,,,,
Si HajiOne Yusoff....penat dan ngantuk..
Hari ni,dari pagi, lepas subuh, kemas umah

Azmi A. Hamid
Kapak dinding,, dipekan Mentalon...
Lemak merdu,, alunan irama...
Bapak Presiden keluar nak cari calon,,,,
Dah dapat green light ke dar Tok Ma.....

RJ Zakaria Al Haj
Anak itik lari-lari,
anak ayam kena patuk,
skot kat katil kena gari,
jab lagi bentara guru datang mengetuk

RJ Zakaria Al Haj
anak cina cium belacan,
bdk melayu mkn jeruk,
bila mkn aku tk bg can,
semua nya aku taruk.

HajiOne Yusoff
Naik motor potong lori
Badan letih bau bachin
Wa cakap lu I'm sorri
Bukan sengaja nak kencin

Rj Zak memang baru bercukur
Bayangan ayu dan ceria
Nanti KPI bila di ukur
Semuga betaraguru 'gumbira ria'

RJ Zakaria Al Haj
Anak ikan anak itik,
bersama berendam dlm tempayan,
HajiOne tu memang suka mengusik,
tak lame mlm jadi bentayan....

Suhaimi Saad
Pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik tiga juga cabang,
hancur badan dikandung tanah.....
budi baik tak de sape pandang..

HajiOne Yusoff
Dari jauh ku kirom(bahasa eliap) salam
Nak jerit tak boleh sakit kerongkong
Bentayan kejap je awal malam
Jangan sampai jadi jerangkong..



RJ ZAKARIA ALHAJ MEMULAKAN PANTUN
PADA 10 MEI 13

Esok berangkat ke Permatang Pauh
Hantar Puteri balik belajar
Ku dapati skot skot banyak yang menjauh
Adakah semua terkena cili lesung pun pijar..

Toharudin Rashid
permatang pauh tidak jauh;
naik kereta lambai tangan;
tidak timbul bukan menjauh;
sedang merayakan kemenangan.

RJ Zakaria Al Haj
Anak itik anak ikan,
ikan sardin kena press,
kena pukul dgn sibuluh galah,
mana tak tertekan dengan stress,
parti di tak sokong dah kira kalah

Toharudin Rashid
Negeri Selangor ada keris,
keris tajam berbilah-bi;ah,
tak perlu tegang tak perlu stress,
redha dengan ketentuan Allah.

RJ Zakaria Al Haj
Hj one dan Azmie di tegur pak pin,
Mahadiaq dan Jaffar Pangat sedang gumbira,
jgn sedih tk jd pemimpin,
takut semua orang lari kerna belakang pun kira...

HajiOne Yusoff
Anak sardin jual dipasar
Dibalut dulu dengan papers
Ko tu lalu markas besar
Takut balik pakai pampers

Hazen Man
Hikmah bertanding kalah dan menang,
walaupun kecewa berbunga2.....
yg menang kot jadi badang,
yg kalah pula tak jadi naga

Toharudin Rashid
abang polis pegang belantan,
belantan dibalut kain kapan,
hari ini aku ada di kuantan,
mesy bajet tahun depan.

Azmi A. Hamid
Masyarakat terpuji menjadi taruhan...
YB berkhidmat jujur dan ikhlas...
Mesyuarat lah Tn.Haji kami doakan...
Semoga skot mendapat tempias..

Jaafar Pangat
Pergi ke Kuantan mencari lokan.
Lokan yg cari yg dpt ikan haruan.
Kata nya dah janji nak jamu makan.
Tapitarikhnya masihtak ketahuan

Toharudin Rashid
tak ada kad jemputan,
datanglah kalau tak mengah,
hari kamis 23 haribulan,
datang la jam 11 setengah.

HajiOne Yusoff
ikan haruan tiada sengat,
Gulaikan dengan pucok paku.
Kalau ko pergi Jaafar Pangat,
Singgah rumah ambik aku.

Toharudin Rashid
ada belantan,
Panjang tiada tapi senak.
Kalu sudah sampai kuantan,
ikan masin batu 3 memang enak.

Azmi A. Hamid
tidor bermimpi,
Balik meronda di chokit.
Dia masih lagi menyepi,
Jadi ke tidak...u strory sikit

Azmi A. Hamid
Buah mempelam ranum didusun..
Dibuat jeruk oleh cik zaitun.
Maaf ku pinta..jari ku susun
Terlalu sibuk..tak sempat nak pantun..

Azmi A. Hamid
Hari minggu menyidai baju..
Hari Isnin mengecat pagar..
Gini lah skot.. tak yah tggu..
Jom lepak kat kayu nasi kandar..

Toharudin Rashid
Petang-petang pakai kain,
bila malam kain berguguran,
besok pagi basuh kain,
petang angkat kain di jemuran...

Azmi A. Hamid
Pagi-pagi makan roti masalah...
Petang-petang baca Quran..
Skot HajiOne Yusoff jgn lah marah...
Anggaplah ianya satu hiburan..

HajiOne Yusoff
Lipat kain masam mencuka
Sebab telekong kena basuh
Hiburan diterima sentiasa suka
Selagi bernyawa no hal ,tiada musuh


PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment