SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, July 14, 2013

TJP37039 KEM PARADISE KOTA BELUD



sEKOLAH tEMPUR pEGAWAI mUDA 
kem paradise
kota belud
dan
"AMIR GUNTUR KAMPARPUTRA"

Bagi Pegawai-pegawai Muda Pasukan Tentera Darat, Young Officers Tactic Course atau YO All Arms Tactics Course atau Kursus Muslihat Asas Ketua platun (MAKP) di PULADA adalah kursus wajib. Pada penguhujung tahun-tahun 1970an, terdapat juga pegawai-pegawai muda TUDM yang dipilih untuk mengikuti kursus ini bersama-sama rakan Tentera Darat mereka. Mereka yang terpilih ini lazimnya dari kalangan pegawai muda yang sedang menunggu (tempoh yang lama) untuk melapor diri ke kursus asas penerbangan di TUDM Alor Setar. Daripada melapor ke unit-unit tanpa apa-apa kemahiran/kepakaran dan jadi mangsa buli (ragging) seniors, lebih baik mereka dihantar berkursus.

Aku sendiri tak tau apa kandungan kurus tersebut apa lagi merasainya.  Tapi aku pasti ia mendalami ilmu peperangan (especially insurgency warfare) khususnya dalam bidang pengendalian senjata, muslihat perang, ikhtiar hidup dan sebagainya. Dan pastinya jauh lebih teruk dan lebih mencabar berbanding dengan latihan di Pre-OCTU atau SPK. 

Latihan di Pre-OCTU/SPK dirasakan amat teruk kerana mereka tiada pengalaman. Dari remaja yang dimanjakan dengan kehidupan keluarga tetiba bertukar kepada kehidupan latihan ketenteraan yang keras. Cultural shocked. Tapi bagi pegawai muda yang mengikuti kursus di PULADA mereka sudah dibekali dengan ilmu tipu-helah (muslihat) dan telah boleh memfokas apa yang bakal berlaku dalam setiap latihan.

Kali pertama dalam tahun 1981, dan Intake TJP37 telah menjadi perintis apabila kursus YO di PULADA telah dipindahkan ke kem baru di Kota Belud, Sabah. Pusat latihan tersebut dinamakan Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kem Paradise, Kota Belud. Dan Komandan pertama STPM ialah Lt Kol Amir bin Baharudin yang dikenali dengan gelaran yang amat menggerunkan (pada masa itu) 'AMIR GUNTUR KAMPARPUTRA'. Guntur bermaksud 'guruh' atau 'halilintar'. Bayangkan seseorang yang mendapat gelaran seperti itu. Aku difahamkan gelaran itu ada kaitan dengan lambang kebanggan beliau yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Indonesia.



Semasa latihan kedet di SPK, kami ada pernah membuat lawatan ke Kem 23 RAMD (tidak ingat di Kem mana) dan Pegawai Memerintahnya ialah Amir Guntur. Pada masa itu 23 RAMD merupakan Batalion RAMD yang amat digeruni oleh mana-mana pegawai muda yang baru berkhidmat. Nama sahaja Batalion Askar Melayu, tapi lebih teruk dari masuk Rejimen Gerak Khas.  Itu persepsi yang aku dengar pada waktu itu. Maafkan aku jika ia tidak betul. Apa pun cara beliau mentadbir 23 RAMD, PULADA dan juga STPM aku difahamkan nama Amir Guntur yang berhati waja itu sentiasa meniti di bibir bekas-bekas anggota di bawah perintah dan anak-anak muridnya. Tetap menjadi kebanggaan mereka.

Jadi, cuba bayangkan, bila diketahui oleh pegawai-pegawai muda ini bahawa Komandan STPM ialah Bapak Amir Guntur.


 
AMIR GUNTUR KAMPARPUTRA
(bersara Mej Jen Dato')
gambar diambil dari facebook beliau

Menurut alkesahnya, kesemua warga Tentera Darat yang baru sehari bergembira merayakan pengurniaan tauliah dari DYMM Sultan Perak di SPK telah diarahkan untuk mengikuti Kursus Muslihat Asas Ketua Platun (MAKP) di Sekolah Tempur Pegawai Muda di Kem Paradise, Kota Belud, Sabah selama 6 bulan.  Mereka disertai oleh beberapa puluh lagi para senior dari pelbagai intake terdahulu yang masih belum mengikuti kursus MAKP di PULADA.

Tahun 1981, enam buah pesawat C130H baru dua tahun beroperasi dan terpaksa melaksanakan pelbagai misi airlift. Pada masa itu kesemua unit/batalion roulement di seluruh negara dilaksanakan oleh pesawat C130H dari No 14 Skn yang berpangkalan di TUDM KL. Oleh itu tugasan untuk mengangkut lebih 200 pegawai muda ini tidak mampu digalas oleh No 14 Skn. Oleh itu, mereka dihantar menggunakan perkhidmatan kapal laut. SANG FAJAR.



MV Sang Fajar


Pegawai Muda S37 dalam Sang Fajar

Keperitan sudah mula dirasai sepanjang perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Kota Kinabalu dengan menaiki Kapal Laut 'Sang Fajar'. Perjalanan mengambil masa seminggu. Di dalam perut Sang Fajar mereka bagaikan dilepaskan dalam Stadium Colliseum di zaman Kerajaan Rome.  Para senior adalah bak singa garang yang sedang kelaparan bersedia untuk membaham mangsa. 

Sepanjang perjalanan mereka menjadi mangsa permainan (ragging) sang senior yang menjadi bertambah ganas akibat kebosanan dalam perut kapal. Keliling lautan luas manakala sebelah atas hanya langit yang tidak kelihatan kainya. Siang malam pagi petang, dalam bilik, luar bilik mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah senior. Kehidupan semakin sukar. Mabuk laut akibat dihayun ombak Laut China Selatan (LCS) satu perkara, dihayun singa yang sedang mabuk pun satu lagi hal.

Ingatkan, lepas latihan teruk di SPK bolehlah berehat atas kapal menikmati udara bersih LCS sementara menanti balak bencana yang menanti di STPM Kota Belud.  Mereka sudah dapat membayangkan bagaimana Amir Guntur dan anak-anak buahnya tidak sabar menanti ketibaan mereka.

pelbagai reaksi muka pegawai muda di atas kapal MV Sang Fajar menuju ke KK, ada yang sedih, ada yang confused ada yang senyum, ada yang blank.
(dari kiri: LtM Jasni, LtM Khalid, LtM Mohd Nor Diwi, LtM Jamil, LtM Hanafiah, LtM John ak Gila dan LtM Goh CP

Cerita menarik dari skot-skot mengenai pergerakan ke KK ialah, sebelum dihantar ke pelabuhan Klang (dari SPK), semua pegawai muda ini ditempatkan di Hotel Malaya KL untuk penginapan satu malam. Hampir 100% adalah budak kampong (walaupun antaranya pernah duduk di sekolah berasrama penuh) kali pertama menginap di hotel. Maka pada hari mereka bertolak, diberitakan pihak hotel mengadu kehilangan sebahagian besar dari tuala dari bilik-bilik hotel yang diduduki oleh pegawai muda ini.  Malah ada antaranya yang cuba menyeludup keluar peti televisyen milik hotel ke KK. Nampaknya mereka ini berpandangan jauh. Agaknya kalau duduk dihotel di KK sebelum balik semenanjung, katil di hotel pun akan di'dismantled' dan dimasukkan dalam beg atau kotak untuk dibawa balik.

keadaan 'classrooom' di STPM hampir sama dengan classroom Rejimen No 10 CPM di dalam hutan sempadan Thailand
(depan sekali Roslan Kadak; baris kedua, Zainudin Ghani (allahyarham), Tahar, Bala Chandran (mendiang) dan Raphael Tan CS (Rizal Tan); baris belakang: Zainal Tompok, Nik Abd Rahman Fathil, Jaafar Marlan dan Mohd Husin)
gambar: ehsan skot Husin Abdullah

salah satu latihan conventional warfare di Kota Belud- pooooh nun jauh mata memandang padang lalang
(dari kiri: Azman, Khalid, Salihuddin, x dan Yusof)
gambar: ehsan skot Khalid Hussein

Lt Hanley (Husin) dan Lt Hansem (Khalid)
gambar: ehsan skot Husin Abdullah dan skot Khalid Husin

PERSEKITARAN BLOK BUJANG


skot Mustapha
bangku dan meja kayu dibina atas inisiatif penghuni berek yang diabaikan kemudahan awam. dibuat dari bahan guna semula.

 
keadaan dan rupa bentuk berek dan kawasan sekitar kediaman pegawai muda di STPM
gambar: ehsan skot Ariffin Saimon

kanan itu ialah bilik air yang jarang ada air. walaupun mereka dalam gambar ini hanya mandi 1/7 kali seminggu, namun dengan pakaian walking dress dan lanyard merah menyala ini mereka tetap kelihatan macho. gambar: ehsan skot Ariffin Saimon

Hanya di STPM seorang Askar Melayu dibenarkan membuka satu butang baju sebelah atas sekali semasa bergambar. Itu pun tatkala ketiadaan Amir Guntur dalam kem. 
(kiri: Husin dan kanan: Ariffin)
gambar: ehsan skot Ariffin Saimon
 
Kesihan. Kedua-dua Pegawai Muda STPM kekurangan zat makanan dan didera kerja lebih masa (kiri: Mustapha dan kanan: Abdul Razak
gambar: ehsan skot Mustapha Ahmad dan Abdul Razak

Semua binaan diperbuat finishingnya dari zink. Kalau di kampung zink ini hanya digunakan sebagai dinding bilik mandi atau tandas di luar rumah sahaja. Bayangkan bagaimana keadaan dalam berek ketika siang (tengahari) malah bahangnya akan kekal sehingga jam 12 malam ataupun sehingga embun membasahi bumbungnya. Menurut kata Shohemi, macam mana nak menggambarkan kepanasan suhu di kawasan ini ialah, dia meletakkan lilin di waktu pagi dan bila tengahari lilin itu cair.

Untuk menggambarkan bagaimana keadaan TOILET (sama ada layak dipanggil toilet atau tidak), kata skot Mustapha, ia adalah lubang yang digali dan diletakkan di atasnya dua batang kayu. Tanpa penutup. Maka di atas batang kayu itulah pegawai muda kita mencangkung melepaskan bahan-bahan yang tidak diperlukan. Mungkin, melihat kepada saiz dan rupa bentuk pegawai muda yang kurus kering itu, aku rasa tak la banyak sangat bahan kotora yang dibuang.  Tapi untuk 300 orang selama sebulan..... usah dibayangkan la. Bagaimana keadaan kalau waktu musim hujan???.

Antara jurulatih STPM yang berkhidmat di bawah Pak Guntur di STPM pada masa skot-skot intake pertama MAKP STPM ialah Kapt Zulkifeli bin Mohd Zain (sekarang PAT) dan Kapt Raja Mohammad Afandi (sekarang PTD). Antara senior intake SPK/RMC yang turut menyertai intake pertama STPM ialah Lt M Razali Ahmad (sekarang Mej Jen) dan Lt M Sheikh Mohsin (sekarang Brig Jen).

Cerita Capt John

Diceritakan oleh beberapa orang skot yang mengikuti MAKP di STPM ini. Semasa zaman Jepun menyerang Asia Tenggara, Kem Paradise ini masih diduduki oleh tentera British.  Pada malam askar Jepun menyusup masuk ke dalam kem, Duty Officer malam itu bernama Capt John. Ketika itu beliau sedang menjalankan tugasnya macam biasa iaitu memeriksa setip blok-blok bujang, memadamkan mana-mana lampu yang masih terpasang dan memeriksa semua askar yang tidur memasang kelambu. 

Malam itu ketika bertugas beliau ditangkap dan dipancung kepalanya oleh askar Jepun. Selepas tamat pendudukan Jepun, kem tersebut diambil semula oleh Tentera British. Namun mayat Capt John yang tidak disempurnakan didapati kerap merayau di waktu malam dan menjalankan tugas rutin sebagai Duty Officer.

Di salah satu blok di mana mendiang dipancung itulah blok yang menempatkan pegawai-pegawai muda yang mengikuti kursus MAKP.

Beberapa kali di waktu sunyi tengah malam tetiba ada satu lembaga tanpa kepala akan merayau di dalam kem dan memeriksa blok-blok dan memadamkan satu persatu lampu yang masih terpasang.  Ada waktunya 'hantu Kapt John' ini akan memeriksa katil-katil pegawai dan membetul-betulkan kelambu yang terpasang.

Diceritakan, suatu malam, Lt M Chuah sedang mengilatkan kasut dengan bercahayakan lilin sahaja. Tetiba ada suatu lembaga di hadapannya. Bagaikan kilat beliau melompat atas katil dan mulutnya meracau membaca ayat-ayat Qur'an.

dari kiri: Azahari, Mustapha, Kamar Manja (allahyarham) dan Shohemi
Beginilah keadaan sangkar 'oven @ microwave' para pegawai muda semasa menjalani di STPM.  Dalam rumah zink ni pun si Mus masih boleh pakai jersey tebal lagi....
gambar: ehsan skot Mustapha Ahmad
walaupun panas kontang dan gersang, skot Mustapha masih mampu melayan mimpi indah... mengharap wajah Mak We datang, tetapi wajah Amir Guntur yang menjelma
gambar: ehsan skot Mustapha Ahmad

 
gambar atas: bersantai di pekan kota Belud. dari kiri: skot Ishak Johar, skot Yusri Azhar 
dan skot Mustapha
bawah: skot Mustapha di hadapan Masjid Jame' Kota Belud
gambar: ehsan skot Mustapha

Melihat kepada gambar-gambar di atas, keadaan blok kediaman dan fasilitet latihan untuk pegawai muda ATM di STPM teramat-amat dhaif dan menyedihkan.  Bangunan hasil peninggalan tentera British semasa Perang Dunia II ataupun kem sementara pelarian Askar British.

Bertuah kerana pada masa itu tiada internet atau handphone. Di STPM mungkin pondok telefon pun tiada.  Kalau tidak aku pasti perkara ini akan menjadi isu politik negara. Pasti pihak pembangkang akan menwar-warkan bahawa askar-askar kita hidup dalam sangkar anjing.

Itu cabaran sebenar. Masih ada bumbung kira okay. Masih ada katil dan tilam adalah mewah. Mungkin salah satu fasa dalam latihan pegawai di UPNM memerlukan mereka tinggal dalam keadaan sebegini selama 2 minggu atau sebulan. Sebulan dari 4 tahun.

Adalah dikhuatiri kelak, akan tiba suatu masa, pegawai tentera kita tidak tahu bagaimana hendak mengikat tali jungle boot, tak tahu apa itu kayu api. Pada mereka survival adalah ketika blackout (ketiadaan api elektrik) selama satu malam.

Aku berharap ramai skot-skot yang sama-sama meredah zaman di STPM ini sudi menurunkan ilmu medan perang mereka untuk aku abadikan dalam blog ini. Aku juga memerlukan gambar-gambar ketika di sana.  Terima kasih skot Husin, Khalid, Mustapha dan Ariffin kerana sudi mengirimkan gambar-gambar untuk diabadikan di sini.

Namun setelah beberapa tahun STPM ini telah ditutup dan semua latihan YO berpindah semula ke PULADA.

Pada 7 Julai 13, skot Presiden S37 telah berangkat ke KK untuk menghadiri Perbarisan Pengurniaan Tauliah kepada Pegawai PALAPES di UMS.  Beliau sempat membuat lawatan ke Kem Paradise yang menyimpan terlalu banyak kenangan PAHIT, MASAM dan sedikit sahaja yang MANIS dengan merakamkan beberapa gambar.

Setiap gambar di bawah ini mempunyai kenangan tersendiri....


Wisma Perwira STPM


Di hari pertama ketibaan, semua pegawai muda (peserta MAKP) dengan penuh ghairah ingin mencari bilik di Wisma Perwira. Standard la jugak. Namun dengan penuh kehampaan diberitahu bahawa pelatih tidak layak tinggal dalam Mes Perwira. Mereka ditempatkan di berek zink di belakang mes ini. Di Wisma Sengsara. Walaupun telah ditauliahkan oleh YDP Agong, nampaknya taraf mereka adalah seperti Hai Hong di Pulau Bidong.



Padang Tepuk Bumi

Padang Tepuk Bumi. Dikatakan, di atas padang ini penuntut STPM menjalani latihan free fall dari pesawat Caribou/C130 dan repelling dari helikopter Nuri. Amir Guntur kata sapa yang boleh lompat turun One Go, dapat kelepasan tak payah compass marching waktu weekend.

Di padang ini juga para pegawai muda menjalani latihan Tempor Tanpa Senjata (TTS) pada waktu petang. Kata skot Ariffin, latihan akan diteruskan selagi boleh nampak bumi. sehingga malam.  Hingga lepas masuk waktu Isyak. Belum makan lagi tu. Ringkasnya keluar dari berek waktu pagi sebelum nampak cahaya matahari, balik berek malam selepas hilang matahari. Pasti Amir Guntur ada jawapannya. Dharurat.

Depa kata dalam 6 bulan di STPM, berapa kali pergi solat Jumaat boleh dikira jari sebelah tangan sahaja. Untuk ke masjid di Kota Belud kena tahan pick-up (kira kereta sapu) bayar seringgit pergi balik. Halangan pun ye, iman belum kuat pun ye. Kalau di SPK, kena masuk baris, roll call, dan baris bertiga-tiga cepat jalan. Susah nak corner.  Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami semua.

Nasib mereka baik. Tak solat pun dapat masuk syurga Paradise.

Skot Hazizan mengalami kecederaan (kerana over weight- payung tak larat nak kawal speed) dan di bawa ke Hospital Kota Belud.  Skot Razak sebagai pengiring terselamat dari menjalani free fall.


Balai Bomba Kota Belud


Di menara ini, peserta Kursus MAKP membuat latihan abseiling. Macam-macam perangai dan kerenah ketika merentasi laluan tali akibat ketakutan.  Bukan takut jatuh tapi takut dihukum Komandan buat compass marching di hari minggu. Ada yang One Stop, ada dua tiga kali stop baru sampai, ada yang tutup mata sampai ke sudah. Ad juga yang jatuh dan masuk sepital. Walaupun begitu, Balai Bomba ini tak lah secantik dalam gambar ini.

Ini adalah lembah peranginan para pegawai muda dipandang dari Mess Perwira Sengsara. Indah khabar dari rupanya.

Lembah dalam gambar di atas kelihatan aman dan permai. Bila berjalan ke Mess Perwira (dari atau pulang ke blok) pegawai muda pelatih dikehendaki bukit dan lembah ini. Sengsara. Kata skot Affendi, masa tahun 1981 dulu, bukit bukau ini botak tidak berumput dan tak berpokok. Pastinya batu merah sahaja. Macam Gurun Kalahari.  Ia juga salah satu laluan ke obstacle course dihujung sana. Tidak kelihatan dalam gambar. 

Mana-mana pegawai muda yang balik blog lebih awal dari Komandan Amir Guntur, akan menerima hadiah lumayan, membuat road march sebelum subuh.mereka menyayiHanya yang merasainya boleh bercerita untuk memberitahu pengalaman ini. Aku tak tahu. Kata skot Husin, lagu yang popular di Wisma perwira ketika itu ialah Kamelia, nyanyian Abiet G. Ade.

 

Padang, pagar kayu dan bukit nun jauh di belakang sana juga membawa banyak kenangan pahit dan masam yang di alami oleh penuntut MAKP. Semasa latihan Escape and Evasion, tempat ini menjadi tempat penuntut ditangkap kerana padang yang lapang menyebabkan mereka mudah kelihatan apabila melalui kawasan ini. Bila kena kejar mereka lari lintang pukang dan merentasi pagar dan padang ini.

Cerita E & E ini banyak lagi. Kali ini (di STPM) mereka sudah semakin bijaksana berbanding dengan SPK dulu. Kali ini. inisiatif meningkat tinggi, walaupun kelihatan pergi dengan tangan kosong serta bekas semua kosong, rupanya mereka mempunyai MOU dengan pihak Bank di Switzerland bagi tujuan pelaburan jangka pendek tanpa faedah dan dividen.
  • Sindiket W: Anggota 9 orang, sorang telan RM50, esok pagi lapor ke counter pengeluaran untuk mengambil semula wang pelaburan. Ada yang cepat ada yang slow tapi dari 9, hanya 7 yang pulang modal RM50, 7 orang dapat kumpul RM350.  Mewah ketika itu, boleh makan besar. Lagi dua orang gagal dan tak keluar keluar sehingga passing out dari STPM.
  • Sindiket X: Guna kaedah lain, masukkan wang dalam kapsule dan jolok masuk (liwatkan) dalam jubuq. Bila sampai satu tempat, melepasi kawasan larangan, semua masuk dalam sungai, teran kuat supaya lubang jubuq kembang dan dapat tarik kapsul balik. 100% berjaya.
  • Sindikey Y: Buat dua strategi, pertama: melabur separuh dengan memasukkan kapsul melalui lubang jubuq seperti sindiket X, kedua: separuh lagi di tanam di luar pagar kem. Bila bekalan pertama habis, hantar pasukan gempur, malam menyusup ke kem, gali balik lubang tempat simpan pelaburan kelmarin. Juga sukses.
Diberitakan ada juga jurulatih yang memang mangkok hayun.  Betul-betul kaki bodek. Arahan Komandan setiap sindiket mesti kena tangkap, kalau tidak jurulatih akan kena buat obstacle course. Bila ada sindiket yang bijak dan tidak tertangkap, maka jurulatih datang melutut, merayu minta baju dan jungle hat sebagai bahan bukti tangkapan. takut kena lutu dengan Amir Guntur.

Macam-macam kerenah makhlok yang bernama manusia.

Di atas bukit itu juga pegawai muda ditelanjangkan seperti di bawah.  Namun complete pouches tetap terpasang gagah.
.
Salah satu risiko yang dilalui oleh pegawai muda dalam Kursus MAKP. Apabila sindiket dapat ditangkap oleh jurulatih (musuh) inilah jadinya.  Baju dan seluar akan jadi gadaian. Yang ini mungkin sindiket ini gagal mencapai sasaran atau objektif peperangan yang diekspektasikan oleh jurulatih mereka.
gambar: ehsan skot Azmi Hamid

Perjalanan pulang ke Semenanjung, naik Sang Fajar lagi...
.
skot Ahmad Azan dan skot Presiden Razak. Ahmad Azan ni jumpa semula dalam tahun 1999 semasa kami sama-sama mengikuti kursus staf di MTAT
 
inilah nasib anak muda di perantauan, termenung mengenang nasib 'kena lanyak' yang tak berkesudahan. soalan yang sentiasa berada dalam kepala masa itu ialah, kenapa lah aku masuk askar niii?.  Sebelah skot Presiden (pakai selipar) ialah Kapt (B) Mazlan Shamsudin (exKAD)- sekarang berkerja di DEFTECH, Pekan Pahang.
dalam kapal Sang Fajar pun ada Duty Officer. Satu jaga kepala kapal, satu jaga bahagian ekor kapal. 
mana satu yang betul, pakai bush jacket ni, sama ada duty officer atau dah kehabisan pakaian, catuan air atas kapal, tak dapat basuh pakaian....
Keadaan dalam Sang Fajar, makan apo pun sodapppp

Pada 15 Dis 13, skot Mohd Husin bin Abdullah telah menziarahi Kem Paradise, tempat tumpah peluhnya dan tempat yang menukar dirinya dari seorang Pegawai Muda yang masih confused kepada seorang Pegawai Muda ATM yang lebih berani menghadapi cabaran yang menanti.

Bersama ini disertakan gambar-gambar keadaan terkini Kota Belud serta Kem Paradise setelah 32 tahun ditinggalkan. Ini adalah sebagai tambahan kepada gambar-gambar yang diberikan oleh skot Lt Kol Abdul Razak Hussein pada 07 Julai 2013 yang lalu.

Disamping mengenang nostalgia pahit dan manis selama 6 bulan dalam kem penyiksaan beliau juga melahirkan kekaguman ke atas pembangunan di pekan Kota Belud yang masa itu (1981) rata-rata dipenuhi bangunan kedai yang diperbuat dari papan sahaja.
.
simpang jalan ke arah Kota Belud... masih jauh lagi...44 km
 menghampiri Pekan (bandar) Kota Belud

Di sini aku perturunkan coretan skot Husin yang mengimbau kenangan semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kota Belud (KB). Aku terpaksa buat banyak suntingan kerana penulisan skot aku yang seorang ini kerana ketika dia menulis (dalam facebook) ini, seolah-olah  dia dalam keadaan complete FSMO dan sedang berlari sejauh 25km. Grammar 3/10, ejaan 4/25 dan penyusunan ayat 8/15.

"Perjalananku dari KK ke KB memakan lebih kurang sejam setengah. Satu perjalanan yang tidak membosankan kerana jalan yang luas dan lurus, jauh berbanding dengan keadaan tahun 1981 yang memakan masa 3 jam perjalanan dengan menaiki naik bas mini atau pick up. Sesampainya di pinggir pekan KB kelihatan satu mercu tanda 'kuda padi' yang seolah-olah menunggu kedatangan pengunjung. Bersebelahan dengan mercu tanda itu ada sebuah bangunan Balai Bomba tempat kita buat abseiling."  


mercu tanda Kota Belud
Gerbang pasar Tamu Kota Belud

"Aku terus pergi ke Pasar Tamu melihat pelbagai jualan orang kampung. Di sini juga telah banyak berubah, Tiada lagi jualan lembu kerbau atau babi. Gerai tempat mereka berniaga juga telah tersusun rapi. Aku terus menjelajah ke pekan KB dan berhenti bergambar di tepi padang bola."


padang bola yang penuh kenangan

"Padang bola ini mengingatkan aku akan satu perlawanan bola sepak antara siswa dengan jurulatih STPM. Antara jurulatih kita ialah Kapt Zulkifli Mohd Zain (PAT sekarang) yang bermain forward dan Kapt Raja Afandi (PTD sekarang) sebagai goalkeeper. Team mereka telah tewas. Aku yang menyumbat gol untuk tim siswa. Amir Guntur (Komandan) ajak lawan balik. Lepas itu semua instructor kena obstacle course." 

Skot Affendi dari Australia mencelah. "Pernah pada satu ketika, sewaktu diadakan satu perlawanan bola sepak, ada sekumpulan orang kampung yang datang menaiki kereta tiba-tiba turun di tepi padang dan masing-masing berPARANG, mengajak mereka berlawan". Tapi tidak diendahkan. Tak pasti sama ada mereka ajak lawan main bola atau ajak lawan gaduh?.

"Pekan KB telah banyak berubah setelah lebih 30 tahun kita tinggalkan. Deretan kedai-kedai papan kini telah bertukar kepada bangunan konkrit. Masjid KB yang terletak di persimpangan jalan tempat kita semua bersembahyang Jumaat jalan masih megah lagi di situ. Aku menyusuri jalan-jalan di pekan KB dan semuanya telah berturap dengan tar.  Tiada lagi jalan batu kerikil yang berdebu."


Masjid Jamek Kota Belud
 Bandar Kota Belud (Bangunan USNO)
 Pejabat Majlis Daerah Kota Belud

Skot Ahmad Fadzil mencelah di sini, dan bertanyakan sama ada sebuah kedai jam (milik orang China) yang sanggup membeli cek dari pegawai-pegawai muda yang perlukan cash money. Tapi tak dinyatakan berapa persen caj yang mereka kenakan untuk setiap cek. Skot Husin pun tidak dapat mengingati  di mana kedudukan kedai tersebut dan pastinya sudah diroboh dan dibangunkan dengan bangunan batu.

"Aku menemui jambatan Sungai Tempasuk yang dulu adalah jambatan kayu tetapi kini telah bertukar menjadi jambatan konkrit."

jalan lama ke arah jambatan kayu menyeberangi Sg Tempasuk

 
jalan dan jambatan sekarang
sampai di papan tanda ke Kem Paradise. Paradise sangat la tuuuu

"Aku menghampiri dan seterusnya memasuki Kem Paradise. Aku menyusuri bukit ke arah Mes Pegawai. Aku terkenang keadaan kita sebaik sahaja tiba dengan trak dari pelabuhan. Kita berbaris di hadapan mess yang mempunyai dua blok kediaman. Waktu itu, hatiku tertanya-tanya boleh muat ke dua blok ini untuk menampung lebih 200 siswa pegawai muda ini?".

 
di hadapan Balai Pengawal Kem Paradise
  
jalan rentas ke Mes Pegawai
bangunan Mes Pegawai
Mes Pegawai dari dekat. Mes ini menyimpan banyak kenangan khususnya kesah kemunculan 'Capt John' menjadi igauan para pegawai muda di STPM

"Rupa-rupanya kita telah dihambat turun bukit ke blok kediaman yang menakutkan rupanya. Rasanya tidak layak untuk dihuni oleh pelarian Vietnam sekali pun." 

"Dari anjung mess aku terkenang waktu kita menyusuri bukit naik ke mess untuk menemui jumpa jurulatih yang sebahagian besarnya adalah bengis bak singa. Kawasan sekitar bukit dulu masih ada pokok-pokok yang besar. Mess ini telah di tinggalkan kosong. Mungkin Capt John pun telah bosan dan meninggalkan tempat ini. Mess ni tidak berubah macam dulu juga, tetapi telah agak usang." 

"Seterusnya aku menyusuri turun ke Sg Tambulion tempat kita bermandi-manda dan membasuh pakaian.  Tempat ini telah dipenuhi dengan rumah-rumah penduduk tempatan tetapi yang menghairankan aku ialah aku tidak menjumpai seekor pun kuda padi seperti dulu. Aku berhenti di tepi padang yang luas diseberang jalan Sg Tambulion. Di sinilah aku terkenang bagaimana Amir Guntur mengajar kita semua TTS sehingga malam gelap dan hanya bercahayakan sinar bulan. Motto kita pada masa itu ialah: Sasaran Ku Langit."



Begitulah kenangan pahit manis yang sempat diluahkan oleh skot Mohd Husin sepanjang perjalanan singkatnya di Kem Paradise pada 16 Dis 13.

Semoga kenangan pahit ini akan dapat mengingatkan skot kita dan juga skot-skot lain yang telah melalui perjalanan yang sama sebelum menggalas tanggungjawab sebagai seorang pegawai muda ATM yang layak untuk ditugaskan di mana-mana sahaja pada sebilang masa.

PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com & toharudinairforce81.blogspot.com

2 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih Maisarah... komen yang simple tetapi amat tinggi nilainya

      Delete