SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, July 21, 2013

TJP37040 MY SKOT KOMANDO


edisi khas
BUAT SKOT KOMANDO TJP37


Tajuk ini aku tujukan khas untuk warga skot TJP37 yang ditauliahkan ke Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGK). RGK atau Komando merupakan unit elite dalam ATM. Warga RGK menjunjung BERET HIJAU (GREEN BERET) sebagai lambang kebanggaan mereka. Kebanggaan ini lahir dari kesukaran dan derita yang mereka terpaksa lalui untuk mendapat anugerah Green Beret tersebut.

Walaupun aku telah melalui latihan pegawai kedet di SPK sama seperti rakan Tentera Darat yang lain, dan aku rasa aku ammpu melalui latihan Asas Komando untuk mendapat Beret Hijau namun aku tidak sanggup untuk menawarkan diri untuk mengikuti latihan tersebut. Andainya aku ditawarkan, kalau boleh tolak, aku akan tolak.


Dari maklumat yang diterima dari kawan-kawan, dari seramai 279 skot yang ditauliahkan pada 24 Jan 81, hanya 9 sahaja yang terpilih untuk menyertai RGK.  Mereka ialah:
  • 3001481 PK Khairul Anuar bin Yaacob
  • 3001491 PK Mohd Nor bin Diwi
  • 3001495 PK Mohd Shariff bin Yahya
  • 3001519 PK Mohd Azam bin Mohamad
  • 3001521 PK Mohamad Hanafiah bin Hamzah 
  • 3001548 PK Sazali bin Abdul Rauf 
  • 3001557 PK Syed Azhar bin Syed Abu Bakar
  • 3001566 PK Zainudin bin Abdul Ghani 
  • 3001780 PK Mohd Idrus bin Musa 
Daripada 9 orang di atas, hanya 3 orang sahaja yang masih berkhidmat sehingga tarikh blog ini ditulis, mereka ialah:
  • Lt Kol Khairul Anuar bin Hj Yaakob - sekarang bertugas sebagai PS1 Teknikal di Jabatanarah Gerakhas, Markas Tentera Darat, KEMENTAH.
  • Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar - telah bertukar ke Kor Risik DiRaja (KRD) semasa berpangkat Kapten dan sekarang bertugas sebagai PS2 di BSPP, dan
  • Lt Kol Sazali bin Abd Rauf - sekarang bertugas sebagai PS2 Latih di Markas Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, Johor.
    
Lt Kol Khairul Anuar bin Yaakob, Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar dan Lt Kol Sazali 
bin Abd Rauf

Al Fatihah untuk dua skot Komando telah meninggal dunia iaitu:
  • Allahyarham Kapt (B) Idrus bin Musa - menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan meninggal dunia di Melaka pada tahun 2007.
  • Allahyarham Mej Zainudin bin Abd Ghani - meninggal dunia pada tahun 2009 semasa masih dalam perkhidmatan, ketika bertugas dengan Majlis Sukan ATM di pantai Telok Chempedak, Pahang.
  
Allahyarham Kapt (B) Idrus bin Musa dan Allahyarham Mej Zainudin bin Abd Ghani

Baki lagi 4 orang telah meninggalkan perkhidmatan sebelum tempoh persaraan, iaitu:
  • Skot Mohd Nor bin Diwi - meninggalkan perkhidmatan semasa berpangkat sama ada Mej atau Kapt (tahun tidak diketahui)
  • Skot Mohamad Hanafiah bin Hamzah (meninggalkan perkhidmatan semasa berpangkat Kapt (tahun tidak diketahui)
  • Skot Mohd Azam bin Mohamad (berhenti dari perkhidmatan semasa berpangkat Leftenan)
  • Skot Mohd Shariff bin Yahya (gagal melapor diri ke unit selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda- tidak dapat dikesan sehingga kini)
  
Mej (B) Mohd Noor bin Diwi dan Kapt (B) Mohd Hanafiah bin Hamzah

  
bekas Lt Mohd Azam Mohamad dan bekas LtM Shariff Yahya

Dalam perkhidmatan TLDM dan TUDM mereka mempunyai unit Komando sendiri, iaitu:
  • Pasukan Khas Laut (PASKAL)
  • Pasukan Khas Udara (PASKAU)
Di peringkat awal penubuhan PASKAL dan PASKAU, kelayakan untuk menyertai kedua pasukan khusus mendapat latihan bersama pelatih-pelatih dari TDM di PULPAK, Sungai Udang. Apabila keduanya telah mempunyai keanggotaan/pasukan yang mencukupi serta tenaga jurulatih yang berkelayakan, TLDM dan TUDM melaksanakan latihan asas komando masing-masing.

Manakala PDRM juga mempunyai pasukan elitnya sendiri yang dikenali sebagai Komando 69. Mereka juga telah membuktikan ketangkasan dan keperwiraan dalam menjaga keselamatan negara. Cuma yang tak sedapnya nickname untuk Komando 69 PDRM ini iaitu VAT 69 adalah jenama sejenis arak (whisky) buatan Germany.

Di kalangan kumpulan elit ini tidak sesekali dibenarkan merendah-rendahkan pasukan elit yang lain. Setiap pasukan elit mempunyai keistimewaan masing-masing.

PASKAL
PASKAU

Kenapa RGKM, PASKAL dan PASKAU dianggap unik berbanding dengan Kor dan Rejimen yang lain di dalam ATM? Sebelum itu marilah kita merungkai sejarah berkaitan dengan sejarah penubuhan RGKM.

.
Rejimen Gerak Khas

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.




Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 5 Pegawai dan 8 anggota dari lain-lain pangkat telah berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama Komando ATM. Mereka adalah :
  1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail 
  2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah - bersara Lt Kol
  3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail - bersara Mej Jen, Dato - allahyarham
  4. Leftenan Muda Ghazali bin Ibrahim - bersara Mej Jen, Dato'
  5. Leftenan Muda Hussin bin Awang Senik - bersara Kol
  6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
  7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
  8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
  9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
  10. 202072 Koperal Silva Dorai
  11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
  12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
  13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.

Gerup Gerak Khas ditubuhkan secara rasmi di Kem Majidee, Johor Bahru pada 1 Ogos 1965. Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Pemerintah pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Sarjan Mejar Skuadron yang pertama. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.

Anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.

GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.

Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas Pertama telah ditubuhkan.

Perkembangan


Anggota 11 RGK lengkap dengan kelengkapan yang hampir menyamai 22 SAS British. Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.

Peranan dan tugas prima GGK ialah:

  • Unconventional Warfare.
  • Foreign Internal Defence.
  • Special Reconnaissance
  • Direct Action.
  • Counter Terrorism
  • Asymmetric Warfare
Dalam Rancangan Malaysia Ke-3 dan pembesaran ATM, Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK) telah mula dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. 

Rejimen Kedua RGK ditubuhkan pada 1 Jan 1977 juga ditempatkan di Kem Sg Udang. Pada 1979, PLPK telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan yang pertama.


Pada 4 Apr 1980 Jabatanarah Gerak Khas ditubuhkan di Markas Tentera Darat, MinDef dan selanjutnya Markas Gerup Gerak Khas ditubuhkan pada 1 Jan 1981 dan ditempatkan di Kem Imphal, KL.  Dengan penubuhan ini, semua unit RGK mempunyai Markas Pemerintahannya yang mendiri. Markas GGK ini diletakkan terus dibawah perintah Panglima Tentera Darat.


Pada 1 Apr 1981, unit-unit Komando telah dirombak semula seperti berikut:

  • Rejimen Pertama GK menjadi Rejimen ke 21 Para Komando.
  • Rejimen Kedua GK menjadi Rejimenke 22 Para komando.
  • Rejimen ke 11 GK ditubuhkan.
  • Rejimen ke 12 GK ditubuhkan.
  • Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK kemudiannya PULPAK)
Namun dalam penyusunan semula ATM di penghujung tahun 1980, Rejimen ke 12 GK telah dimansuhkan dan kekuatannya diserapkan ke unit-unit Komando yang lain.

Di antara pegawai-pegawai ATM dari pelbagai Kor/Rejimen yang menyertai Komando (RGKM) atau ditauliahkan dalam RGKM dan kemudiannya menjawat jawatan tinggi dalam ATM ialah:
  • Jen Tan Sri Borhan bin Hj Ahmad (B) (mantan PTD dan PAT)
  • Lt Jen Dato' Seri Zaini bin Mohd Said SP (B)
  • Lt Jen Dato' Awie bin Subuh (B) dari Rej Renjer (1977)
  • Mej Jen Dato' Ramli bin Ismail (B) dari RAMD (1965) - allahyarham
  • Mej Jen Dato' Ghazali bin Ibrahim (B) dari RAMD (1965)
  • Mej Jen Ahmad Rodi bin Zakaria (B) dari RAMD
  • Mej Jen Dato' Abdul Samad bin Yaacob - masih berkhidmat
  • Brig Jen Dato' Hasbullah Mohd Yusof dari RAMD - (allahyarham) 
  • Brig Jen Dato' Daud bin Ariffin (B)
  • Brig Jen Dato' Shamsudin bin Abas (B)
  • Brig Jen Dato' Mohd Yasin bin Yahya (B)
  • Brig Jen Dato' Mohd Shahrin bin Abd Majid (B)
  • Brig Jen Dato' Harun bin Hitam (B)
  • Brig Jen Dato' Affendi bin Abd Karim - masih berkhidmat
  • Brig Jen Dato' Ahmad Daniel @ Damien bin Abdulah - masih berkhidmat
  • Brig Jen Fadzil bin Tajuddin  - masih berkhidmat
  • Brig Jen Haji Hasan bin Ali - masih berkhidmat
  • Brig Jen Jamaluddin bin Jambi - masih berkhidmat
Nota: kurang pasti di antara yang di atas, yang mana yang merupakan pegawai RGKM asli.

Perwira dan pahlawan RGKM yang menerima pingat keberanian tertinggi:


Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)
  • 19151 Lance Corporal Rusli Bin Buang
  •  Lt Jen Dato Seri Zaini bin Mohd Said
Panglima Gagah Berani (PGB)
  • Major Ahmad Bin Rashid (410336)
  • Major Baharin Bin Abd Jalil (410560)
  • 14812 Warrant Officer II Maamor Bin Said
  • 23852 Sergeant Ali Bin Ahmad
  • 16075 Corporal Zaki Bin Nordin
  • 901370 Trooper Sigal s/o Nawan
  • 928133 Sergeant Moid Bin Mohamad
Motto Rejimen: Cepat Dan Cergas

Lambang Rejimen: Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota rejimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.

Beret Hijau: Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.

Lanyard Biru: Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.



PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS
(PULPAK)
 


Cerita pasal Komando ni, teringat aku masa aku di sekolah rendah dahulu. Kampung aku di Jalan Pt Hamid - Pt Botak dalam daerah Batu Pahat merupakan laluan wajib bagi kumpulan-kumpulan kecil anggota tentera yang menjalani latihan Komando yang bermula di Kem Sg Udang dan berakhir di Landasan Terbang Tanjung Labuh. Jarak Tg Labuh dengan kampung aku lebih kurang 15km. Masa itu aku tak tau lah yang mereka itu menjalani latihan Komando. Ada kumpulan yang bersembunyi dan ada kumpulan yang menangkap kumpulan lain. Kami anggap kumpulan yang menangkap itu adalah musuh. Jahat.

Mereka berjalan melalui kebun-kebun getah dan bermalam di dalam kebun. Kami budak-budak kampung memang lah seronok melihat askar lalu di kampung kami. Bila tengok kumpulan yang bersembunyi dan mengelak diri dari tertangkap, kami orang-orang kampong pun kesihan.  Kami pun tolong mereka, hantar lauk pauk untuk mereka makan.  Ada yang menolong mereka membelikan bahan makanan seperti sardin dan sayur-sayuran di kedai.

Orang kerana kanak-kanak ini lurus bendul, ketika membeli barangan di kedai, mereka di tanya oleh askar lain untuk apa beli makanan ini. Mereka pun jawablah untuk siapa dan di mana. Kawan yang suruh beli tadi pun tak pesan apa-apa supaya jawab begini-begini bila ada orang tanya. Sekejap sahaja, kumpulan yang menyuruh membeli barangan tadi kena serbu, ada yang kena tangkap ada yang bersembunyi. 

Budak-budak seronok dengan abang-abang askar ni ialah kerana mereka boleh dapat biskut dan jem rangsum kombat mereka.  Pada askar makanan tu dah muak, tapi kami sesekali dapat memang seronok.

Soalan yang biasa ditanyai oleh abang-abang askar ini ialah 'ada kakak tak?. kalau jawab 'ada', seterusnya ialah 'balik kirim salam kat akak ye'.  Masa itu orang kampung kalau dapat menantu askar rasa megah. Mana taknya, selain gagah dan tampan, bini askar kan dapat gaji!!!! (rupanya potongan gaji).


DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG


Kursus Asas Komando

Kursus asas komando dibahagikan kepada 4 peringkat utama iaitu:

  • LATIHAN PEMANAS BADAN
  • IKHTIAR HIDUP
  • LAUT
  • UJIAN AKHIR

LATIHAN PEMANAS BADAN 

Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu. Latihan di sini disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh. Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi. Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:
  • Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12jam.(Jumlah larian 152km)
  • Jalan lasak/laju 25km
  • Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km) 
 


IKHTIAR HIDUP 

Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan. Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan bersama. Pelatih hanya tidur di kawasan-kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan. Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km (tidak boleh lebih dari 3 hari) Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan kecuali buang air dan makan. Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya. Teknik bekukan kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajarkan. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup. Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.

 
 
 


LAUT 

Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas. Lain-lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan. Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20km dan pandu arah laut hanya 10km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas komando.


UJIAN AKHIR 

Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai apakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik mungkin. Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia dipecahkan kepada 3 peringkat utama:
  • Peringkat Perjalanan/Air Gelap.  Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.
  • Peringkat Operasi.  Tiba dikawasan operasi yg telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih besar dan kompleks.
  • Peringkat Pelarian.  Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras-kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata). Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan. Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan-rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri. Sekiranya pelatih memberitahu apa-apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan yang dikenakan. Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut nyawa. Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah & lain-lain. Sebagai tambahan, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.
Pelatih yang berjaya dan disahkan layak bergelar komando, mereka diberi kerehatan di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berkhirnya proses E&E yang telah diterangkan sebelumnya. Juga memberi peluang kepada rekrut-rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.








CUBA MENJEJAKI TAPAK PAHLAWAN-PAHLAWAN GERAKHAS

PANGLIMA GRUP GERAK KHAS

Brig Jen Dato’ Harun bin Taib (1 Jan 1981 - 31 Dis 1984)
Brig Jen Dato’ Borhan bin Ahmad (1 Jan 1984 - 18 Dis 1985)
Brig Jen Datuk Hasbullah bin Yusof (19 Dis 1985 - 30 Jun 1989)
Brig Jen Dato’ Mohd Ramli bin Ismail (1 Jul 1989 - 2 Mac 1993)
Brig Jen Dato’ Paduka Ghazali bin Ibrahim (3 Mac 1993 - 2 Nov 1995)
Brig Jen Dato' Daud bin Ariffin (3 Nov 1995 - )
Brig Jen Dato' Ahmad Rodi bin Zakaria
Brig Jen Dato' Abdul Samad bin Yaacob
Brig Jen Dato' Awie bin Subuh
Brig Jen Dato' Harun bin Hitam
Brig Jen Dato' Affendy bin Karim

PENGARAH GERAK KHAS

Lt Kol Shamsudin bin Abbas (1 Sep 1980 - 28 Feb 1981) - bersara Brig Jen
Lt Kol Zainuddin bin Taib (1 Mac 1981 - 31 Mei 1982) - bersara Kol
Lt Kol Shamsudin bin Abbas (1 Jun 1982 - 5 Ogos 1984) - bersara Brig Jen
Lt Kol Zaini bin Said (6 Ogos 1984 - 31 Dis 1985) -  bersara Lt Jen Dato' Seri
Lt Kol Zainuddin bin Taib (1 Jan 1986 - 25 Jul 1986) - bersara Kol
Lt Kol Daud bin Ariffin (26 Jul 1986 - 31 Mei 1990) -  bersara Brig Jen Dato'
Lt Kol Ahmad Rodi bin Zakaria (1 Jun 1990 - 31 Jul 1991) -  bersara Mej Jen Dato'
Lt Kol Mohd Muzzamil bin Hj. Abd Rahman (1 Ogos 1991 - 17 Dis 1992)
Lt Kol Muhamad Yassin bin Yahya (18 Dis 1992 - 13 Feb 1994) - bersara Brig Jen Dato'
Lt Kol Che Hashim bin Ishak (14 Feb 1994 - 30 Nov 1994) - bersara Kol
Lt Kol Muhamad Yassin bin Yahya (1 Dis 1994 - 31 Jan 1996) - bersara Brig Jen Dato'
Lt Kol Mohd Muzzamil bin. Hj. Abd Rahman (1 Feb 1996 - bersara Lt Kol
Lt Kol Ahmad Daniel @ Damien bin Abdullah - sekarang Brig Jen Dato'
Kol Affendi bin Abd Karim - sekarang Brig Jen Dato'
Kol Hj Hassan bin Ali - sekarang Brig Jen.
Brig Jen Fadhil bin Tajuddin
Brig Jen Hj Hasan bin Ali ( - 2014)
Brig Jen Fadhil bin Tajuddin (2014 - kini)

KOMANDAN PULPAK

Kol Hussin bin Awang Senik (1 Jan 1977 - 28 Feb 1978) - bersara Kol
Kol Borhan bin Ahmad (1 Mac 1978 - 31 Dis 1980) - bersara Jeneral Tan Sri
Kol Hasbullah bin Yusof (1 Jan 1981 - 15 Nov 1983) - meninggal dunia Brig Jen Dato'
Kol Mohd Ramli bin Ismail (16 Nov 1983 - 15 Jan 1987) - bersara Mej Jen Dato'
Kol Ghazali bin Ibrahim (16 Ja 1987 - 15 Jan 1990) - bersara Mej Jen Dato'
Kol Zainuddin bin Taib (16 Jan 1990 - 31 Jul 1991) - bersara Kol.
Kol Ahmad Rodi bin Zakaria (1 Ogos 1991 - 30 Apr 1995) - bersara Mej Jen Dato'
Kol Mohd Shahrin bin Hj. Abd Majid (1 Mei 1995 - 15 Mei 1995)
Kol Muhamad Yasin bin Yahya (16 Mei 1997 - ) - bersara Brig Jen Dato'
Kol Abas bin Mat (   ) - bersara Kol
Kol Fadhil bin Tajuddin ( - 9 Jan 2011) - sekarang Brig Jen
Kol Jamaluddin bin Jambi (10 Jan 2011 - 2013) - sekarang Brig Jen
Kol ....


Brig Jen Haji Hasan bin Ali
salah seorang pegawai kanan dalam RGKM adalah classmate aku semasa mengikuti Kursus Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) di UITM dari 1994 - 1996
..

.



3 comments:

  1. Rindu ayah saya. Al fatihah buat arwah ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Lynn. Boleh uncle tau siapa arwah ayah Lynn?. Terima kasih,

      Delete
  2. bukit mentago tanjung laboh
    bangga sungguh bapakku komando

    kem segenting kem sungai udang
    kudrat dibanting agar tak kecundang

    tuan lias cek ripin
    latihan tak culas tinggi disiplin

    zainal pay tuan minhat
    tinggal yang dikasih curah keringat

    new zealand tujuh puluh satu
    ketepikan kepentingan arahan digenggam padu

    cameron highland kuala kubu bharu
    aku tak heran itulah bapakku

    z squadron quarter master
    setiakawan dikendong akur pada ketua

    tuan borhan hasbullah bond
    sedikit cetusan sekadar bagi respond

    AD3757 MK3904
    bapakku komando pasti sentiasa kuingat

    ReplyDelete