SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, August 3, 2013

TJP37043 JEMPUTAN PERKAHWINAN S37 (SIRI 1)


  ACHTUNG!!  
JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN
oleh
SKOT 37

Tahun 1980 kita sama-sama melapor diri ke SPK Kem Segenting dan Sebatang Karah dengan satu cita-cita untuk menjadi seorang pegawai tentera.  Sama ada Tentera Darat atau Tentera Udara (TUDM).

Pada bulan pertengahan Jan 1981, kumpulan Pegawai Kedet (Udara) Kanan (termasuk yang empunya diri ini) yang dicalonkan untuk menjadi juruterbang telah bertolak meninggalkan rakan-rakan TJP37 yang sedang berpeluh-peluh menjalankan raptai akhir (rehearsal) bersama rakan-rakan dari KD Pelandok TLDM (aku tak pasti dari pengambilan siri ke berapa) untuk perbarisan pentauliahan yang akan dihadiri oleh DYMM Sultan Perak (almarhum Sultan Idris Shah 'Afifullah) pada 24 Jan 1981.
Setelah PK dari Tentera Darat ditauliahkan, mereka kalut atau haru-biru dengan kehidupan sebagai Pegawai Muda di pasukan masing-masing. Masa itu budaya 'ragging' masih menjadi pegangan kesemua mes pegawai di semua unit ATM. Semua pegawai muda yang baru melapor ke unit pertama pasti akan melalui tempoh  'ragging' yang amat menyakitkan ini. Lebih menyakitkan dari latihan 9 bulan di SPK.  Di SPK hanya sakit badan sahaja. 'Ragging' di mes ni sakit badan dan jiwa.  Malah ada terdengar kes 'ragging' yang membawa kematian akibat kecederaan dan deraan teruk, kematian membunuh diri, mengalami psikis (sakit mental), kecederaan fizikal, dan sebagainya.  Budaya  'ragging' ini dibawa secara turun temurun oleh 'sang senior' dan dijadikan 'mess tradition'.  Malah 'ragging' dijadikan pelantar untuk para senior membalas dendam kerana mereka telah kena teruk semasa menjadi pegawai muda.  Ada juga kes senior yang tak suka me'ragging' terpaksa juga membuat kerana tekanan dari 'super-senior' yang mahu melihat tradisi ini dikekalkan. Malah, budaya menjijikkan ini turut menyerap dalam Mes PTBK malah blok bujang yang dihuni oleh anggota berpangkat Prebet atau yang setaraf dalam TLDM dan TUDM.

Lupakan hal 'ragging' bodoh itu. Disamping itu, pegawai muda juga yang dalam peringkat awal proses pembangunan diri dalam perkhidmatan atau Kor/Rejimen masing-masing.  Bagi anggota TD mereka terpaksa mengikuti kursus Taktik dan Senjata di STPM Kota Belud, kemudian mengikuti kursus-kursus YO Kor/Rejimen masing-masing.  Apatah lagi yang mengikuti kursus Asas Komando yang amat terkenal dengan tersangat 'tough'nya. Pegawai muda TUDM pula terpaksa menjalani kursus asas penerbangan yang sangat panjang sehingga hampir 2 tahun.  'Kami' semua tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal rakan-rakan seangkatan di SPK.  Kalau dapat jumpa pun secara kebetulan menghadiri kursus yang sama.

Masa itu, tahun lapan puluhan masih tiada 'mobile phone'.  Nak 'call' keluar unit (keluarga atau girl friends) kena dial guna telefon di mess atau 'public phone'.  Masa terhad atau memang tak ada masa.  Langsung tidak teringat tentang skot-skot.

Pertemuan biasanya bermula apabila kalangan skot sama-sama membuat tugas SO3 atau SO2 di MINDEF. Atau mengikuti kursus 'tri-services' atau kursus 'tertiary' seperti di MAFCA, MTAT, ITM, UTM dan sebagainya.

Perkembangan dan pembangunan diri berterusan.  Selepas memiliki kestabilan dalam kerjaya masing-masing, satu demi satu skot-skot ini memasuki gerbang perkahwinan.  Memang tak teringat nak jemput skot masing-masing.  Kalau ingat pun kalau kebetulan skot itu dalam unit atau kursus yang sama. Bukan kawan tak rapat masa kedet dulu, satu capoi, tinggal bersesak satu blok, sama-sama berkawad, meredah hutan, jalan lasak, guard duty dan sebagainya. Tapi tak tau di mana mereka berada. Nak telefon jauh sekali.  Tak larat nak dial dan minta operator tolong sambung extension.

Kini, setelah lebih 30 tahun, usia masing-masing telah mencecah ke angka lima puluhan atau setidak-tidaknya di akhir 40an- keinginan untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan semakin memuncak. Kami jadikan majlis perkahwinan skot kami sebagai pelantar untuk 'reunion' dan berjumpa dan merapatkan persahabatan dengan skot-skot yang lain. Tuan rumah memang sibuk dan tidak berkesempatan untuk melayani kami, tapi kami datang bukan nak makan, kami datang untuk meraikan majlis serta menemui rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama semakin tua dan semakin tipis peluang untuk bertemu semula.

Sebelum 2008, mungkin belum ada skot kita yang menerima menantu. Kalau ada pun mungkin seorang dua sahaja.  Itu pun di luar pengetahuan skot yang lain. Masa itu tiada facebook, kalau kenal pun sesama dalam perkhidmatan atau tinggal berhampiran sahaja. Kalau terdengar berita pun, tidak terlintas untuk pergi. Tidak kenal atau telah lupa. Tak jemput, mana boleh datang? 

Berikut adalah antara Majlis Walimah al Urus skot-skot (terdahulu) yang dapat aku rekodkan. 

TAHUN 2008 
  • Kapt Abu Zahrem bin Che Daud - 25 Dis 2008 di Kg Lubuk Merbau, Jalan Selising-Kok Lanas, Pasir Puteh, Kelantan.
JUMLAH: 1

TAHUN 2009 
  • Lt Kol Nordin bin T. P Kunjipathy - 29 Mac 2009 di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney- anak lelaki-   AKU TIDAK HADIR kerana ada tugas di Alor Setar. Bagaimanapun sempat menemui beliau semasa membuat persiapan di dewan sebelum bertolak ke Alor Setar.
  • Mej Suhaimi bin Saad (Bersara) -7 Jun 2009 di Puncak Alam, Selangor - anak perempuan   AKU TIDAK HADIR .
  • Lt Kol Zulkhurnain bin Hj Ahmad- 29 Nov 2009 di Dewan Dato' Jamil, Kem Sungai Besi (1100-1600)- anak lelaki.   AKU TIDAK HADIR.
JUMLAH: 3

 TAHUN 2010 
.
Ramai juga yang buat kerja kawin pada tahun 2010 ini antaranya:
  1. Brig Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM di Dewan Ababil, PU Subang pada Jun 2010 - anak lelaki   AKU HADIR .
  2. Kol Toharudin Abd Rasid TUDM - 25 Sep 2010 di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (1200 - 1700) - anak perempuan   
  3. Mej (B) Aini bt Hitam - 9 Okt 2010 di Surau Taman Wawasan, Puchong (1200-1700) - anak perempuan   AKU HADIR .
  4. Lt Kol Zulkhurnain bin Hj Ahmad- 4 Dis 2010 di Dewan Dato'  Jamil, Kem Sungai Besi (1100-1600)- anak perempuan   AKU TIDAK HADIR - sedang menunaikan fardhu Haji.
  5. Lt Kol Roslan Hj Shaari - 18 Dis 2010 di Dewan PULNORD, Kem Batu Kantonmen (1200-1600)- anak perempuan   AKU TIDAK HADIR - tidak maklum kerana menunaikan fardhu Haji.
JUMLAH: 5

INI PUN ACHIEVEMENT JUGA...
kata pepatah, PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI
tapi yang ini, YANG PATAH TERUS DIGANTI
Ni skot satu capoi dengan aku..... tapi senyapppppp je tak bagi tau..tahniah skot!
(Lt Kol Nazli bin Alias - RAMD)
"11 Nov 2011"

 TAHUN 2011 
  1. Kapt Azmi Abd Hamid (B) (RAMD) mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di No 109, Jalan Hj Siraj, Sirusa, N.Semblan pada 1 Jan 2011  (jam 1200- 1600)JemputanTiada menerima kad- jemputan disebarkan melalui yahoogroups. AKU TIDAK HADIR.
  2. Lt Jen Dato' Seri Ahmad Hasbullah (Panglima Medan TD)mengadakan majlis perkahwinan puteranya di Dewan Dato' Jamil, Kem Perdana Sungai Besi, pada hari Sabtu, 7 Mei 2011  jam 1200H - 1700H. JemputanTiada menerima kad. Tetapi skot DS telah membuka jemputan pada tahun sebelumnya sebagai amaran awal.  Disahkan melalui sms.  AKU HADIR.
  3. Mej Suhaimi bin Saat (B) exKJLJD- menjemput ke majlis perkahwinan anakandanya Dewan Orang Ramai, Presint 6, Putrajaya pada 29 Mei 2011 antara  jam 1100H hingga 1600H.   Jemputan melalui sms dan disiarkan dalam facebook/yahoogroups.  AKU HADIR.
  4. Mej Hj Adnan bin Hashim (B) exRAJDDewan Millenium, UIAM Gombak pada 30 Mei 2011 - jam 2000H - 2200H. Jemputan- Ada kad jemputan dan sms dan yahoogroupsAKU HADIR.
  5. Kapt Siti Jamiah bt Satiman (B) (exKKD)  mengadakan majlis perkahwinan anakandanya di Lot 3097, Kampung Jijan, Nilai, NS pada 4 Jun 2011 antara jam 1200H - 1600H. JemputanTiada jemputan atau pesanan jemputan secara formal- hanya maklumat dari skot yang lain melalui yahoogroups.
  6. Kol Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM  mengadakan bertempat di Aras 3,  Wisma LJT, Jalan Perak, Bandar Melawati - 10 Jun 2011 -  jam 2000H - 2300H. Jemputan melalui kad dan mulutAKU HADIR.
  7. Mej Abd Razak bin Abd Majid TUDM (B) - Dewan Dato Harun, Kem Wardieburn pada 18 Jun 2011 - jam 1200H - 1600H. JemputanAda jemputan terbuka melalui yahoogroups. AKU TIDAK DAPAT HADIR.
  8. Lt Kol Saiful Bahri bin Abdullah (RAMD) mengadakan majlis perkahwinan puteranya pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 1200 - 1600 di Pondok KRT, Jalan Semarak 14, Taman Panchor Jaya Fasa 3, Seremban. Jemputan dibuat secara terbuka melalui yahoogroups. AKU TIDAK DAPAT HADIR.
  9. Mej Aini binti Hitam TUDM (B)- Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)- Jam: 1100 - 1600- Tempat Dee Dee Villa, Batu 8, Jalan Pantai Telok Kemang, Port Dickson. JemputanAda menerima kad jemputan dan diwar-warkan dalam yahoogroupsAKU TIDAK DAPAT HADIR
  10. Lt Kol Nazli bin Alias  (RAMD) melangsungkan perkahwinan dengan Maziah binti Rafie pada 11 Nov 2011. Jemputantak dengar cerita pun, tau-tau dah keluar gambar dalam facebook.
  11. Kol Hj Toharudin Ab Rasid TUDM mengadakan ada 19 Nov 2011 (Sabtu) jam 1200 - 1700H di Dewan Seroja KEMENTAH. Jemputan dibuat melalui kad, sms, facebook dan yahoogroups. Amaran awal telah dibuat semasa majlis perkahwinan anak Lt Jen DS Hasbullah.
  12. Lt Kol Hairudin bin Mukri (RAMD) mengadakan majlis perkahwinan puterinya pada 20 Nov 2011 (Ahad) - jam 1200 - 1600 di Kg Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Melaka.  Jemputan  diwarwarkan melalui yahoogroups.  TIDAK DAPAT HADIR.
  13. Kol Abdul Malek bin Ali (RAMD) - mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada 26 Nov 2011 di Dewan Seroja, KEMENTAH- Masa 2000H. JemputanHanya mendapat maklumat tidak rasmi dari skot yang lain dalam facebook dan yahoogroups.  
  14. Mej Mohd Hussin bin Abdullah (B) exKJLJD mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada 4 Disember 2011 (Ahad) jan 1200 - 1600H di  Dewan Seroja, KEMENTAH. Jemputan diterima melalui sms dan juga dimaklumkan dalam facebook.   AKU HADIR.
  15. Mej Mohd Rahim Osman (B) (exKJLJD) dan Kapt Siti Hajar (B) (exKRD) mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu, 17 Dis 2011 di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi  jam 1200-1600H. JemputanTiada jemputan formal atau pesanan untuk menjemput sama ada melalui kad/sms/facebook dari empunya majlis. Hanya mendapat maklumat dalam facebook dari skot lain.
  16. Kapt Hasnah  bt Hashim (B) (exKOD) mengadakan majlis perkahwinan puterinya Lailatul Diyana pada........ Dis 2011 di Taman Alam Megah, Shah Alam.  Jemputan- hanya mendapat maklumat dari skot Kol Yohanez yang menerima kad jemputan. 
  17. Lt Kol Abdul Razak bin Hussain (KAD) - Juruarah MTAT mengadakan majlis perkahwinan dua orang puteranya Muhammad Zulfadhli dan Muhammad Faris pada 31 Dis 2011 jam 1200 -1600H  di Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kepong. Jemputan- amaran awal semasa majlis perkahwinan anak skot Lt Jen DS Ahmad Hasbullah), kad terima, sms terima, jemput mulut terima, dan disiarkan dalam facebook.  AKU HADIR
JUMLAH: 17

Selepas 2011, keadaan mula berbeza. Setelah beberapa kali diadakan reunion dan wujudnya facebook sebagai alat komunikasi utama, perhubungan antara skot menjadi semakin rapat. Apabila ada yang mengadakan majlis perkahwinan, skot berkaitan akan menghubungi salah seorang skot kenalannya untuk dihebahkan kepada skot-skot yang lain.  Sama ada melalui SMS atau facebook.

Dengan itu, mana-mana skot yang berkelapangan akan hadir tanpa walaupun tanpa kad. Banyaklah terjadi, muka-muka yang tidak pernah ditemui, tetiba muncul dalam majlis perkahwinan. Malah tuan rumah pun tidak ingat, tidak terlintas untuk bertemu, apa lagi menjemput!!!.  Namun atas dasar S37, segala-galanya beres. Malah tuan rumah amat-amat bergembira bila ramai skot yang hadir.

TAHUN 2012 

  1. Mej Frizan Ali bin Safi Mohamed (RRD) (ex-Tuah) - mengadakan majlis perkahwinan puterinya pada: Sabtu, 28 Jan 2012 - Masa 1200 -1600H - Lokasi: Dewan Sri Endon, Bangunan PUSPANITAPURI, Lot PT 2280, Pesiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya. Jemputan- amaran awal  dalam facebook disampaikan melalui skot Lt Kol Ariffin kemudian kad jemputan dipapar dalam facebook oleh skot Sohemi AKU HADIR.
  2. Kapt Jaafar bin Pangat (B) (KJLJD) (ex-Jebat) - mengadakan majlis perkahwinan anak pada 6 Feb 2012 di Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi. TIDAK HADIR. Jemputan- dalam facebook oleh Skot Lt Kol Abdul Razak Hussin.
  3. Lt Kol Hj Hamdan bin Abd Rahim (KOD) (ex-Kasturi) - mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Dewan Dato' Yaacob,Depot Pusat Bekalan,Jalan Kuching  pada  hari Sabtu, 11 Mac 2012 (sedang menunggu maklumat rasmi). Jemputan- melalui dalam facebook. AKU HADIR.
  4. Mej Hj Aminuddin bin Dato' Abdul Samad (B) (ex-Jebat) (exRAMD)- mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara KL pada 18 Feb 2012. Jemputan- amaran awal dalam facebook. Menerima panggilan telefon sendiri dari Aminuddin. Kad jemputan juga dipaparkan dalam facebook TJP37.  AKU HADIR.
  5. Lt Mahadzir bin Hashim (B) (RAMD) (ex-Jebat) - mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Dewan Seroja MinDef pada hari Sabtu, 31 Mac 2012.  Jemputan- amaran awal oleh skot lain dan diikuti paparan kad dalam facebook. AKU HADIR.
  6. Mej Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Osman TUDM (ex-Jebat) - mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang pada hari Sabtu, 5 Mei  2012.   Jemputan: Kad.  AKU HADIR.
  7. Lt Kol Salihuddin bin Daud (ex-Tuah) (RAMD)- mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di Kompleks Kesatria, UKM Bangi pada hari Ahad, 3 Jun  2012.  TIDAK DAPAT HADIR - ada sambutan HUT TUDM di Subang. Jemputan: Kad.
  8. Mej (B) Raja Haji Zakaria bin Raja Mohamed (ex-Kasturi) (ex-KPD)- mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya Raja Zafri di No 60, Jalan Desa Subang Permai U6/8, Shah Alam pada hari Ahad, 8 Julai 2012.  AKU HADIR. Jemputan: Facebook.
  9. Lt Kol Salihudin bin Daud (ex-Tuah) (RAMD)- mengadakan majlis perkahwinan BELIAU  di Kompleks KESATRIA, UKM Bangi pada hariSabtu, 22 Sep 2012 - jam 1100H - 1400H. Jemputan: Jemputan disampaikan sendiri oleh Skot Salihudin semasa Majlis Jamuan Hari Raya di Kem Sebatang Karah (31 Ogos 12). AKU HADIR. 
  10. Lt Kol Hj Hamdan bin Abd Rahim (ex-Kasturi) (KOD)- mengadakan majlis perkahwinan anak  beliau di No 857, Jalan Samudera Selatan 1, Taman Samudera, Batu Caves, Selangor pada hari Sabtu, 29 September 2012 - jam 1200H - 1600H. JemputanJemputan disampaikan melalui facebook pada 2 Sep 2012. AKU TIDAK HADIR kerana menghadiri majlis pernikahan anak saudara di BBSB.
  11. Lt Kol (B) Hj Azemi bin Mat Saud TUDM (ex-Kasturi)- mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, off Jalan Semarak, KL pada hari Ahad, 7 Okt  2012- jam 1100H - 1600H. Jemputan: Kad jemputan disampaikan oleh beliau sendiri di pejabat pada 27 Sep 2012. AKU HADIR.
  12. Puan Azizah binti Ismail balu kepada Allahyarham Kapt Zainal Abidin bin Ahmad (ex-Jebat) (ex-JLJ)- mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau di No 877, Jalan Pesiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya, Ampangan, NS pada hari Sabtu, 6 Oktober 2012 - jam 1100H - 1600H. Jemputan: Jemputan disampaikan melalui skot Hj Aminuddin via Mohd Ariffin (thru facebook) pada 01 Okt 2012.
  13. Mej (B) Hj Aminuddin bin Abd Samad (ex-Jebat) (ex-RAMD)- mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Dewan Sapura, The Mines pada hari Sabtu, 10 November 2012- jam 1100H - 1600H. Jemputan: Jemputan disampaikan sendiri semasa Majlis Jamuan Hari Raya di Kem Sebatang Karah (31 Ogos 12) dan terima kad jemputan. Aku tidak dapat hadir.kerana ada Bengkel MLU di Petaling Jaya.
  14. Lt Kol Din bin Ali (RAMD)- mengadakan majlis perkahwinan anak beliau di Wakaf Tapai, Terengganu pada hari Sabtu, 1 Disember 2012. Jemputan: tiada jemputan hanya maklumat diterima dari skot LtKol Hj Hairudin Mukri.
  15. Lt Kol Hj Ahmad bin Ismail (JLJ) - mengadakan majlis perkahwinan anakperempuan beliau di Bukit Mahkota Club House, Bandar Bukit Mahkota pada hari Sabtu, 8 Disember 2012- jam 1130H - 1530H.  Jemputan: Jemputan disampaikan melalui facebook pada 7 Nov 12 dari tuan punya diri. Aku tak dapat hadir kerana sedang bertugas di Moscow 7-18 Dis 12.
  16. Mej (B) Hjh Siti Zaliha binti Che Rus (ex-KPA)- mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn, Setapak, KL pada hari Ahad, 9 Disember 2012- jam 1100H - 1600H. JemputanJemputan disampaikan sendiri oleh beliau semasa terjumpa di HAT Tuanku Mizan pada 2 Okt 2012 serta kad jemputan. Aku tak dapat hadir kerana sedang bertugas di Moscow 7-13 Dis 12.
  17. ex-Pegawai Kedet Mohd Salleh Haji Kasim - mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki beliau di alamat RS11, Jalan Kim Kee off Jalan Hashim, Muar pada hari Ahad, 9 Disember 2012- jam 1100H - 1600H. JemputanJemputan disampaikan sendiri oleh beliau melalui perbualan saya dalam facebook pada 7 Nov 12. Aku tak dapat hadir kerana sedang bertugas di Moscow 7-13 Dis 12.
  18.  Kapt (B) Aizan binti Idris (ex-KPTD)- dan suami Lt Kol (B) Mokhtar bin Mustapha mengadakan majlis perkahwinan anak  pada hari Ahad, 16 Disember 2012 di Dewan Dato Othman harun, Kem Wardieburn- jam 1100H - 1600H. JemputanAku menerima maklumat awal dari skot Monica pada 29 Nov 12 semasa bertandang ke rumah beliau di Taiping dan disahkan oleh skot Yohanez pada 3 Dis 12 dan kemudiannya diikuti oleh kad jemputan yang dipanjangkan oleh Presiden S37 (LtKol Abd Razak) melalui FB pada 9 Dis 12). Aku tak dapat hadir kerana sedang bertugas di di Paris 14-16 Dis 12. 
  19. Brig Gen Dato Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM (ex-Kasturi)- dan isteri mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka pada hari Sabtu, 22 Disember 2012 di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang- jam 1200H - 1600H. Jemputan: Jemputan dipanjangkan oleh skot Pres S37 pada 12 Dis 12AKU HADIR
  20. Kapt (B) Hajjah Marmilah binti Munajat (ex-KPD)- dan suami Lt Kol Nik Rahimi mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka pada hari Sabtu, 29 Disember 2012 di Dewan Dato Jamil Ahmad, Kem Seri Perdana, Sg Besi- jam 1200H - 1600H. Jemputan: Kad jemputan dipaparkan oleh skot Pres S37 pada 9 Dis 12AKU HADIR.
JUMLAH: 20

 TAHUN 2013 
  1. Lt Kol Mohd Rizal (Raphael) Tan bin Abdullah (RRD)-  mengadakan majlis perkahwinan anak mereka pada hariSabtu, 11 Januari 2013 di Dewan Seroja, MinDef. Tiada khabar berita mengenai majlis ini.  Aku hanya tahu seminggu selepas itu apabila diberitahu oleh salah seorang rakan yang hadir dalam majlis itu.
  2. Kapt Haji Mohd Azman bin Anuar (B) (ex-KPD- Penembak Terbaik TJP37)- dan isteri Hj Nor'azilah Hj Jonit mengadakan majlis perkahwinan anak mereka  pada hari Ahad, 3 Februari 2013 di No 85, Jalan TTS 4, Taman Tasik Semenyih, Kajang mulai jam 1130 hingga 1600. Jemputan melalui kad yang diserahkan kepada Presiden S37 semasa majlis perkahwinan anak Skot Siti Zaliha dan seterusnya diposkan dalam fb. AKU HADIRTERDAPAT KEISTIMEWAAN tersendiri dengan majlis ini kerana rumah skot Azman berhampiran dengan Bukit Broga tempat kami semua menjalani latihan Ex WIRA JAYA semasa ltihan pegawai kedet tahun 1980.
  3. Mej Mazlan bin Yusoff  (B) (ex-RAMD)- dan isteri Faridah Osman telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka  pada hari Sabtu, 16 Februari 2013 di No 31 Jalan Melor 1C, Seksyen BB3, 48300 Bukit Beruntung mulai jam 1100 hingga 1600. Jemputan melalui kad yang disampaikan semasa Reunion HUT32 TJP37 di Wisma Perwira 4 Div pada 2 Feb 13 dan dipanjangkan dalan laman facebbok. AKU HADIR
  4. Kapt Mustapha bin Ahmad (B) (ex-KPD)- dan isteri Hanita bt Ahmad mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka  pada hari Sabtu, 2hb Mac  2013 di No 22, Jalan Putra Mahkota 7/3C, Sek 7, Putra Heights, 47650 Subang Jaya mulai jam 1120 hingga 1600. Jemputan melalui tuan rumah sendiri, seterusnya kad jemputan yang dihantar melalui pos dan juga siaran dalam laman facebook. Aku tidak dapat hadir kerana sedang menjalani tugas rasmi di Kota Kinabalu.
  5. Kol Jumali bin Salamat TUDM  dan isteri Puan Salina Hj Sahat mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka pada 9 Mac 13 di Dewan Ababil PU Subang. Jemputan melalui kad yang dihantar melalui pos dan seterusnya disiarkan dalam laman facebook TJP37. AKU HADIR
  6. Lt Jen Dato Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi (RAMD)- dan isteri Datin Seri Hjh Noor Akma  mengadakan majlis perkahwinan anak mereka  pada hari Ahad, 10 Mac 2013 di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn mulai jam 1200 hingga 1600. Jemputan melalui kad yang disampaikan semasa Reunion HUT32 TJP37 di Wisma Perwira 4 Div pada 2 Feb 13. AKU HADIR
  7. Kapt Khairul Anuar Hj Ismail (B) (RRD)- dan isteri  mengadakan majlis perkahwinan anak mereka  pada hari Ahad, 24 Mac 13 di Ballroom Stadium (Kompleks Sukan) Hang Jebat, Melaka mulai jam 1200 hingga 1600. Jemputan melalui tuan rumah sendiri semasa reunion pada 2 Feb 13 dan majlis perkahwinan anak TPTD.  Diikuti oleh siaran dalam laman facebook. AKU HADIR.
  8. Kapt Asmah binti Mustapha (B) (ex-KRD) mengadakan majlis perkahwinan anak pada hari Sabtu - 6 Apr 13 di Ipoh.  Ini hanya untuk catatan sahaja kerana tiada pesanan untuk memanjangkan jemputan.
  9. ex PK Abu Bakar bin Kamarudin (ex-AFATS) dan isteri akan  mengadakan majlis perkahwinan anak mereka  pada hari Ahad - 7 April 13 di Satay Station, Ampang Waterfront, Jalan Ampang, KL dari jam 1100 hingga 1600. Jemputan melalui kad yang disampaikan sendiri oleh skot Abu Bakar kepada Presiden S37 di rumah Presiden dan seterusnya disiarkan dalam laman facebook. AKU HADIR.
  10. Mej  Hjh Siti Zaliha bt Hj Che Rus (B)  (ex-KPA)  dan suami Mej (B) Hj Mohd Aminuddin bin Mohd Yusof  mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka Kapt Siti Norfarhana pada hari Sabtu, 4 Mei 13 di Dewan Kompleks KDN, Jalan Sri Hartamas 1 off Jalan Duta KL dari jam 1200 hingga 1600. Maklumat awal disampaikan sendiri oleh skot Siti dalam bulan Feb 13 di HAT Mizan.  Jemputan rasmi melalui kad yang dipaparkan dalam fb oleh Presiden S37 pada 25 April 13. AKU HADIR.
  11. Lt Kol  Shamsudin bin Sulaiman (B)  (ex-RAMD)  telah  mengadakan majlis perkahwinan anak  pada hari Sabtu, 1 Jun 13 di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Ipoh.  Masa: 1200 - 1600H. Jemputan dipanjangkan melalui sms kepada skot Lt Kol Mohd Ariffin Saimon pada 30 April 13.
  12. Lt  Rohani binti Kasim (B) (ex-RSD)  telah  mengadakan majlis perkahwinan anak pada hari Sabtu, 1 Jun 13 di No 934, Jalan S2/25D, Garden City Homes, Seremban 2.  Masa: 1200H - 1600H. Maklumat awal dari skot Noorzahari pada 17 Mei 13.  AKU HADIR.
  13. Lt Kol Hamdan bin Othman (RRD)  telah mengadakan majlis perkahwinan anak pada hari Sabtu, 8 Jun 13 di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.  Masa: 1200H - 1600H. Maklumat melalui event facebook oleh Presiden S37 pada 17 Mei 13.
  14. Kapt Hasnah binti Hashim (B)  (ex-KPD)  dan suami Kapt (B) Ismail telah  mengadakan majlis perkahwinan anak  pada hari Sabtu, 15 Jun 13 di Dewan Tiba, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.  Masa: 1200H - 1600H.  Maklumat jemputan diperolehi dari skot Ros Sanani melalui sms pada 17 Mei 13.
  15. Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM  dan isteri Datin Umi Kalsom  mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan beliau, Nurain binti Mohd Shari pada hari Sabtu, 6 Jul 13 di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Suban. Masa: 1130H - 1630H. AKU HADIR.
  16. Mej Alias bin Hj Hamdan (B)  (exTUDM)  dan isteri Nor Asniah Hj Razali mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya, Noor Idyana Eliany pada 24 Ogos 13 di Nilai Convention Centre, Bandar Baru Nilai. Masa: 2000H. Maklumat awal diterima sendiri dari skot Alias melalui fb pada 25 Jun 13. Kad mula diedarkan pada 27 Jun 13. AKU HADIR.
  17. Kapt Hamdan bin Abdullah (B)  (exRRD) dan isteri Sharifah Mudihah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya Nur Thaiyibah pada 31 Ogos 13 di Dewan As Syafie, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Masa: 1200H - 1600H. Kad mula diedarkan pada 27 Jun 13. AKU HADIR.
  18. Puan Salasiah binti Ahmad  (balu kepada Almarhum Skot Kol Ajhman bin Hj Bakur)   mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya Kapt Kamarul Ariffin bin Ajhman pada 15 Sep13 di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn. Masa: 1200H - 1600H. AKU HADIR.
  19. Lt Kol Sahar bin Said  (RAMD) melangsungkan perkahwinan pada 28 Sep 13 di Kompleks Kolam Renang, Kuala Kangsar Masa: 1200H - 1600H. Jemputan dari yang punya diri melalui fb pada 18 Sep 13. 
  20. Mej Hj Ahmad bin Ali TUDM (B) dan isteri Puan Fauzah Abd Samad akan mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan mereka pada hari Ahad, 27 Okt 13 di alamat No 6, Jalan Ampang Satu 27/20A, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam. Masa: 1200H hingga 1630H. Maklumat jemputan diterima melalui sms skot Lokman Abdullah pada 4 Okt 13. 
  21. Lt Hj Abdul Wahid bin Yusoff TUDM (B) dan Puan Hjh Rahana telah  mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan mereka pada hari Ahad, 03 Nov 13 di alamat No 14, Jalan Pinggiran Putra 2/2, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya.  Masa: 1200H hingga 1630H. Maklumat awal diterima sendiri dari skot Wahid sendiri pada 17 Ogos 13. AKU HADIR.
  22. Mej Dato' Hj Adnan bin Hj Hashim (B) (RAJD)  dan YBhg Datin akan  mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka Siti Syazana pada hari Ahad, 10 Nov 13 di Dewan Utama CAC, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak Masa: 1100H hingga 1700H. Maklumat awal diterima sendiri dari skot Tok Nan pada Jul 13. AKU HADIR.
  23. Kapt Hashim bin Hamzah  TUDM (B)   akan  mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada hari Ahad, 17 Nov 13. Masa: 1100H hingga 1600H. Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Tasik Ampang, Jalan Kedondong, Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang (hampir dengan TESCO Jalan Ampang). Masa: 1100 - 1600H. AKU HADIR
  24. Lt Kol Nazli bin Alias (RAMD)  dan Puan Maziah bt Rafie akan  mengadakan majlis perkahwinan anak  lelaki mereka Lt Mohd Nizam bin Azhan TLDM pada hari Ahad, 17 Nov 13 di Dewan Dato Jamil, Kem Perdana Sungai Besi.  Masa: 1300H hingga 1700H. Maklumat awal diterima sendiri dari skot Nazli sendiri pada Jun 13. Majlis ini adalah di sebelah pengantin perempuan. AKU HADIR
  25. Lt Kol Roslan bin Shaari (KOD) dan isteri akan  mengadakan majlis perkahwinan anak mereka pada hari Sabtu, 23 Nov 13 di alamat Dewan Pusat Latihan Ordnans (PULNORD), Kem Batu Kantonmen, Jalan Ipoh, KL.  Masa: 1130H hingga 1600H. Jemputan disiarkan dalam facebook pada 5 Nov 13. AKU TIDAK HADIR (ada seminar di Bangi).
  26. Mej Hj Othman bin Md Jahim TUDM (B)  dan Puan Hjh Siti Mariam bt Siekh Othman telah mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan mereka  pada hari Sabtu, 7 Dis 13 di Dewan Masjid Besi, Putrajaya.  Masa: 1200H hingga 1630H. Maklumat awal diterima sendiri pada 16 Ogos 13 dan kemudiannya dipaparkan dalam fb. AKU HADIR.
  27. Lt Kol Abdul Razak bin Salim TUDM (B)  dan isteri akan mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan mereka, Nur Farah Zahidah  pada hari Sabtu, 28 Dis 13 di Dewan Orang Ramai Taman Melati.  Masa: 1200H hingga 1600H. Kad jemputan dipaparkan dalan fb pada 27 November 13. AKU HADIR. 
  28. Kapt Azrul Hardav bin Abdullah TUDM (B)  dan Puan Fadzilah binti Kamudin akan mengadakan majlis perkahwinan anak  lelaki mereka, Insp Afiq Azhar  pada hari Sabtu, 28 Dis 13 di Dewan Berlian, Aras 4, Wisma LJT, Jalan Perak, Pusat Bandar Melawati. Masa: 1200H hingga 1600H. Jemputan melalui kad yang dipaparkan dalam fb pada 05 Dis 13. AKU HADIR.
JUMLAH: 28


Berdasarkan rekod di atas, saban tahun terdapat peningkatan anak-anak skot yang mendirikan rumah tangga. Ini yang diketahui dan menjemput, mungkin ramai skot2 lain yang telah terputus hubungan juga mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka dan berita tersebut tidak tersampai kepada skot-skot yang mengikuti aktiviti S37.
    JEMPUTAN 2014

    Inilah kelebihan dan simbol keakraban tali persaudaraan warga TJP37. Walaupun masih peringkat peminangan dan tarikh pernikakan dan majlis kendurinya masih jauh namun berita telah dapat dimaklumi.  Pada 17 Apr 13, skot Ros Sanani Othman telah memberi notice in advance atau early warning supaya aku memastikan ramai skot akan hadir dalam majlis perkahwinan anak sulungnya pada 23 Feb 2014 nanti.

    Dia khuatir sangat kalau skot tak mau datang majlis dia sebab dia tidak pernah sekalipun hadir dalam mana-mana reunion S37.

    Do not worry skot. Kami bukan jenis itu.  Skot kami adalah saudara kami. Kami faham had pergerakan seseorang yang bergelar isteri.  Tidak sebebas kami semua kaum Adam yang sebahagiannya masih mampu melepaskan diri walaupun  dikurung dengan kaki berantai. 
    InsyaAllah kalau umur kami panjang dan masih hidup pada masa itu, kami akan datang.

    Didoakan semoga segala perancangan dan urusan ke arahnya dipermudahkan Allah dan berjalan lancar.

    Berikut adalah senarai program jemputan perkahwinan yang telah diisytiharkan oleh rakan S37 untuk tahun 2014:


    1. Mej Saib bin Sain TUDM (B)  dan Puan Shamsiah bt Hassan akan mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan mereka Ardalisa pada hari Sabtu, 18 Januari 2014 di No 30, Jalan Pulau Angsa U10/28, Taman Puncak Perdana, Shah Alam. Masa: 1200H hingga 1630H. Jemputan melalui kad yang dipaparkan dalam fb pada 03 Jan 14.
    2. Lt Kol Hj Mohd Hairudin bin Hj Mokri (RAMD)  dan Puan Norhaidah bt Hj Ali akan mengadakan majlis perkahwinan anak  lelaki kedua mereka pada hari Sabtu, 15 Feb 2014 di Km 25, Kg Ayer Molek. Kuala Sg Baru, Melaka. Masa: 1200H hingga 1630H. Jemputan melalui kad yang dipaparkan dalam fb pada 23 Dis 13.
    3. Lt Ros Sanani binti Othman (B) ex KPA  akan mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki mereka, Insp Afiq Azhar  pada hari Sabtu, 223 Feb 2014 di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn, KL Masa: 1200H hingga 1600H.

    SELAIN SENARAI JEMPUTAN DI ATAS, AKU PERCAYA RAMAI LAGI (MUNGKIN LEBIH SERATUS) SKOT YANG 'HILANG DARI KAWALAN' TELAH MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK MASING-MASING.  TETAPI ATAS DASAR 'LOST CONTACT', 'NO INTENTION TO INVITE'  ATAU  APA JUA MASALAH LAIN, MAKA KITA MENDAPAT MAKLUMAT MENGENAINYA.

    APA PUN KITA DENGAN IKHLAS HATI SENTIASA MENDOAKAN SEMUA MAJLIS YANG DIANJURKAN OLEH SKOT-SKOT KITA AKAN MENDAPAT KERAHMATAN DARI ALLAH SWT.



    TO BE CONTINUED IN CHAPTER 60


    PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
    coltoras1959.blogspot.com
    toharudinairforce81.blogspot.com

    No comments:

    Post a Comment