SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, August 4, 2013

TJP37045 TERBILANG DARI S37

THE HIGH FLYERS 
OF SSC37

1
Leftenan Jeneral Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi PJN SPTS DCSM PSAT DGMK DPMK DSAP DPMS PAT JSM KAT KMN AMK PJM PPS PPA usawc mpat plsc (Canada) MA(Lancaster) MSS (USAWC)
Timbalan PTD

Markas Tentera Darat Malaysia



Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.  Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau menyertai latihan asas Pegawai Kadet Tauliah Jangka pendek (TJP) Panggilan ke 37 di Sekolah Pegawai Kedet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada bulan April 1980. Di atas kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan semasa menjalani latihan di SPK, beliau telah dipilih mengikuti latihan kedet di Officer Cadet School, Portsea, Australia selama satu tahun. Beliau telah  ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Disember 1981.

Sepanjang kerjayanya dalam ATM, Ahmad Hasbullah telah melaksanakan  pelbagai tugas-tugas pemerintahan dan  staf di Markas Formasi serta tugas operasi dan jurulatih di unit operasi dan latihan. Beliau berpengalaman  terlibat secara langsung memerangi ancaman komunis di sempadan tanah air sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989.
  
Di awal kerjayanya Ahmad Hasbullah pernah bertugas sebagai Ketua Platun di 2 RAMD, Ketua kompeni, jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1986 dan Juruarah di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) pada tahun 1993.
Ketokohan Ahmad Hasbullah telah dapat dikesan oleh pucuk pimpinan TDM apabila pada usia di awal 30an beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel dan  diberi kepercayaan dan amanah untuk memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pada tahun 1995. Selepas meninggalkan 2 RAMD beliau terus diberikan amanah menjawat pelbagai jawatan penting sebagai langkah untuk mempersiapkan diri beliau sebagai pemimpin pelapis TDM.  Antara jawatan yang disandang ialah Pegawai Staf 1 Tadbir di Markas Tentera Darat, Ketua Staf Markas 11 Briged.
 
Pada 1 April 2001, Ahmad Hasbullah telah dinaikkan ke pangkat Kolonel dan dilantik menyandang jawatan Pengarah Pelajaran ATM dan merupakan satu-satunya Pegawai Infantri yang pernah dilantik ke jawatan itu dengan misi untuk membuat reformasi di Jabatan Arah Pelajaran ATM. Semasa menjadi Pengarah Pendidikan ATM, beliau telah sama-sama berperanan dalam mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan kepada warga ATM untuk semua tahap pengajian dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia mula diperkenalkan. Beliau juga terlibat secara langsung dalam proses mewujudkan Skim Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) yang boleh dinikmati oleh warga ATM sehingga kini.


Pada 17 April 2003 beliau ditukarkan ke jawatan Kol Latih dan  seterusnya memangku jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Cawangan OPLAT Markas Tentera Darat.  Pada tahun 2005 beliau dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan dilantik sebagai Panglima 11 Briged Infantri, Kem Sungai Buluh dan kemudian dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada tahun 2007 untuk menjawat jawatan Panglima 3 Div Infantri pada tahun 2007 dan seterusnya sebagai Panglima Medan Tentera Darat pada tahun 2009 sebelum . Beliau seterusnya telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat pada 1 Ogos 2011 sehingga kini.

Ahmad Hasbullah telah mengikuti pelbagai kursus profesional di dalam dan luar negara. Antaranya ialah di Australia Infantry Centre Singleton, US Army Infantry School Fort Benning Georgia (USA),  Land Forces Command and Staff College (Canada) dan Army War College (USA). Beliau mempunyai kelulusan Diploma in Training and Development (Leicester University UK),  Master in International Relations and Strategic Studies (Lancaster)  dan Master of  Strategic Studies (USAWC).  Semasa mengikuti kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada tahun 2000, beliau telah terpilih sebagai Peserta Terbaik Akademik dan dianugerahkan Hadiah Lembaga Maktab.
 
Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:
  • Panglima Jasa Negara (PJN)- Persekutuan - membawa gelaran Datuk.
  • Seri Panglima Taming Sari (SPTS) - Sultan Perak - membawa gelaran Dato' Seri.
  • Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - YDP Melaka - membawa gelaran Datuk Wira
  • Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKAT Kelas II
  • Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) - Sultan Kedah membawa gelaran Dato'
  • Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK) - Sultan Kedah- membawa gelaran Dato'
  • Dato' Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP)- Sultan Pahang - membawa gelaran Dato'
  • Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Sultan Selangor - membawa gelaran Dato'
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
  • Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan
  • Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT Kelas IV
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
  • Ahli Mahkota Kedah (AMK) - Sultan Kedah
  • Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan

Ahmad Hasbullah ttelah berumahtangga dengan Datin Seri Noor Akmar binti Yaacob dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan.  Hobi beliau ialah membaca, menembak dan bersukan...... dan mengutuk skot-skot...terutamanya Mat Kiwi, Hamdan dan Mahadzir.




 


SKOT-SKOT 37 yang mempunyai maklumat tambahan tentang DS Hasbullah sila emelkan kepada saya untuk dimasukkan dalam blog ini. TERUTAMAnya skot Mohd Azmi Abd Hamid yang sama-sama duduk dalan satu Batalion semasa 'young officer's days'




2
Mejar Jeneral Dato' Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman PSAT DSAP DIMP PAT SAP DJN KMN AAP PJM PPS PPA PNBB awc (USA) psc NZ) jt TUDM
AKS Operasi dan Strategi
Markas Tentera Udara





Kamalruzaman dilahirkan pada 26 Jul 60 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Pulau Pinang. Setelah menamatkan latihan asas ketenteraan di SPK, Kem Segenting dari 5 April hingga Dis 80 beliau telah terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang I (No. 1 FTC) di TUDM Alor Setar sehingga berjaya mendapat sayap penerbangan pada 16 Jul 82 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Udara.

Setelah mendapat sayap penerbangan beliau telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan CL41G) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sehingga 24 Jan 83 dan kemudiannya pesawat MB339A dan PC7 di No 3 FTC Kuantan  sehingga 17 Dis 83. Beliau kemudiannya bertugas di No 6 Skn (Skyhawk) sehingga 16 Jul 85. Beliau mengikuti Kursus QFI di No 1 FTC  dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Kapt TUDM menjadi jurulatih terbang mulai 1 Jan 88 sehingga Nov 90. Pada 1 Sep 92 dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan bertugas sebagai jurulatih di No. 3 FTC TUDM Kuantan sehingga Sep 93.

Beliau menyertai misi pengaman PBB di Bosnia Herzegovina dari Sep 93 hingga Ogos 94. Sepulangnya dari Bosnia Kamalruzaman dirtukarkan ke No 11 Skn untuk menerbangkan pesawat RF5E sehingga ditukarkan ke No 17 Skn, PU Kuantan (MiG29) pada bulan Mac 97. Pada 7 Feb 2000 dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM untuk menjawat jawatan Pegawai Memerintah No 19 Skn. Pada 18 Feb 03 ditukarkan kepada Pegawai Memerintah No 15 Skn PU Butterworth dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.

Pada 18 Okt 04 ditukarkan semula ke No 17 Skn juga sebagai Pegawai Memerintah sehingga ditukarkan ke jawatan Komander PU Kuantan pada 3 Apr 06. Pada 2 Apr 07 bertukar ke jawatan Pengarah Rancang dan Operasi di Markas TUDM (P & P). Pada 1 Okt 09 dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM.

Pada bulan 20 Ogos 2010 ditukarkan ke jawatan Panglima Logistik Udara dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 1 Jan 2011. Pada 1 Ogos 13 beliau telah ditukarkan ke Markas ATM untuk menyandang jawatan AKS Perancangan Pertahanan.

Sepanjang perkhidmatannya beliau telah menghadiri beberapa kursus penting di Squadron Officer Course di Kinrara (1991), MiG Conversion di India (1995), Senior Command and Staff College, Auckland, New Zealand (1997), Air War College, Alabama, USA (2002) dan Kursus JUSA di INTAN (2010).


Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:
  • Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKAT Kelas II
  • Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Sultan Pahang (membawa gelaran Dato')
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)  - Sultan Pahang (membawa gelaran Dato') 
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
  • Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (SAP) - Sultan pahang
  • Darjah Johan Negeri (DJN) - YDPN Pulau Pinang
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
  • Ahli Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (AAP) - Sultan Pahang
  • Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan
  • Pingat Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) (Bosnia)
Beliau telah berumahtangga dengan Datin Zubaidah binti Abdullah dan dikurniakan dengan lima orang cahayamata, 3 lelaki dan dua perempuan.


3
Mejar Jeneral Dato' Abdul Halim bin Hj Jalal PSAT DPKK  PAT JMN JSM JSM SDK KAT KMN BCK PJM PPS PPA PNBB fdssc (Australia) psc MSc Glob Sec(UM) MA(Deakin) LLB Dip Strat Studies(UM)
Ketua Staf
Markas Tentera Darat




Abdul Halim dilahirkan di .....dan ditauliahkan pada 24 Jan 1981 ke Batalion ke .... Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)................. 

Memegang pelbagai jawatan penting dalam TDM seperti Kol Perancangan di Bahagian P & P Markas TD, Panglima 11 Briged sebelum terpilih mengikuti kursus di Australia selama setahun.  Sekembalinya dari Australia pada tahun 2010 beliau dilantik menjadi Panglima 5 Briged, Kota Kinabalu sehingga Jul 12.  Kemudiannya beliau ditukarkan ke Markas Latihan TDM sebagai Pengarah Pengurusan Latihan.

Pada bulan April 2013, lanjutan dari penubuhan Markas Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM), Abdul Halim telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen untuk menyandang jawatan Pengarah Pertahanan ESSCOM. Kini Halim memegang jawatan Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Darat.

Beliau berpeluang mengikuti kursus Diploma dan juga Ijazah dalam bidang Undang-Undang dari UITM. Beliau juga berkelulusan Diploma dari MTAT dan mengikuti kursus staf tinggi di Defence and Strategic Studies Course Australia (2009).





Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:
  • Darjah Paduka Kesatria Kelantan (DPKK) - Sultan Kelantan membawa gelaran Dato'
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
  • Johan Mangku Negara (JMN) - Persekutuan
  • Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan
  • Setia Diraja Kedah (SDK) - Sultan Kedah
  • Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT Kelas IV
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
  • Bintang Cemerlang Kedah (BCK) - Sultan Kedah
  • Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan
(maklumat ada yang kurang tepat, sedang diusaha untuk dilengkapkan)


.
4
Mejar Jeneral Dato' Zamrose bin Mohd Zain  PSAT DIMP DCSM PAT JMN JSM KAT KMN PJM PPS PPA PNBB dssc (Thailand) mpat psc
Head of Mission
International Monitoring Team (IMT)
Davao. Mindanao


,
Zamrose dilahirkan pada tahun 1962 di Tampin, Negeri Sembilan. Beliau merupakan pelajar Sek Men Tunku Besar Tampin sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja (RMC) pada tahun 1978. Beliau ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 24 Jan 1981.

Antara jawatan penting yang disandang ialah Pegawai Memerintah 1 RAMD, Ketua Staf Markas 11 Briged, Komandan Kolej Tentera Darat (KTD) dan Panglima Briged ke 4 Mekanisme.

Jawatan sekarang ialah Ketua Staf Am (merangkap Timbalan Panglima Markas Medan TD), Kem Perdana, Sg Besi.

Kursus tertinggi ketenteraan yang dihadiri ialah Kursus Staf di National Defence College of Thailand.


Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:
  • Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKAT Kelas II - 2015
  • Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira -2015
  • Darjah Indra Mahkota Pahang (DIMP) - Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' - 2012
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
  • Johan Mangku Negara (JMN) - Persekutuan
  • Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan 
  • Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT Kelas IV
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
  • Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan 

(maklumat ada yang kurang tepat, sedang diusaha untuk dilengkapkan)



5
Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Hj Yahya  PSD DSAP DIMP PAT JSD SMP KSD AMN PJM PPS PPA ndc (Thailand) mpat psc (Jordan) jt TUDM
Panglima Pendidikan Udara
Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara

Romlee




6
Brig Jen Dato'  Hj Azlan bin Abd Rahman DSPN PAT KMN AMN PJM PPS PPA mpat psc
Pengarah Infantri
Markas Tentera Darat, MINDEF




7
Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion  DIMP PAT SMP KAT KMN AMN AMP PJM PPS fndu (PRC) psc jt TUDM
Timbalan Ketua Misi
International Monitoring Team (IMT)
Cotabato, Mindanao




8
Brigadier Jeneral Dato' Yohanez binti Ahmad DIMP PAT KAT KMN PJM PPS PPA psc Dip Strat Studies (UM) TUDM 
LPK- Latihan Peralihan (16 Sep 16 - 4 Apr 17)
(mantan AKS Materiel)




Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad TUDM, kumpulan wanita pertama dalam pengambilan pegawai kedet wanita TJP bersama Panggilan TJP37 telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Pegawai Wanita TUDM yang pertama dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 22 Ogos 2015.

Yohanez ditauliahkan ke dalam Cawang Logistik TUDM pada 24 Januari 1981 juga merupakan pegawai dari kumpulan  pengambilan siri pertama Pegawai Kedet Tauliah jangka Pendek Wanita ATM yang menjalani latihan bersama Pegawai Kedet Pengambilan TJP ke 37 di Kem Sebatang Karah, Port Dickson yang mula menjalani latihan pada 5 Apr 1980. Sebelum melapor diri ke SPK beliau telah mempunyai Diploma dalam bidang Business Studies dari ITM.

Beliau yang dilahirkan di Segamat, Johor pada 4 April 1957 sebelum ini juga merupakan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM (2004) dan Kol TUDM (2011) dilantik menjadi Assisten Ketua Staf Materiel di Markas Tentera Udara (MTU). Juga merupakan wanita pertama dalam ATM yang menyandang jawatan AKS dalam ketiga-tiga perkhidmatan.

Antara jawatan penting beliau sebelum ini ialah:
  • Pengarah Materiel, Markas TUDM
  • Pengarah Belanjawan, Markas TUDM
  • PS1 Belanjawan, Markas TUDM
  • PS1 SISGP F, Markas No 3 Div Udara
  • Ketua Cawang Logistik, TUDM Butterworth
  • Jurulatih SOC di SITU, Pulau Pinang
Beliau telah dianugerahi dengan pingat-pingat berikut:
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - membawa gelaran Dato' (2015)
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) - DKAT (2012)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
  • Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT
  • Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
  • Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan

9
Brig Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin  DIMP PAT KAT PPT AMP PJM PPS PPA MA(UKM) dssc (Aust) mpat psc TUDM
Pengarah  Cawangan Latihan
Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan
Markas ATM




10
Brig Jen Hj Hasaza bin Hanafiah PAT KAT KMN PJM PPS MBEM (Warwick) MA(UKM) mpat psc TUDM
Ketua Staf
Markas Pemerintahan Bantuan Udara



11
Brig Jen Dato' Hj Jaafar bin Marlan PAT KAT BCK PJM PPS PPA PNBB dssc (Aust) psc jt TUDM
Pengarah  Cawangan Latihan
Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan
Markas ATM





12
Brigadier Jeneral Jumali bin Salamat PAT KAT KMN AMN PJM PPS MSc MA mpat psc TUDM
Komander

Pangkalan Udara Butterworth





Kolonel

Kol Abdul Malik bin Ali (Tuah)
Kol Hj Muhammad Shuhaimi bin Hj Ashari TUDM (Kasturi)
Kol Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM (Kasturi)
Kol Zulkarnain bin Abu Bakar (Jebat)
Kol Mohd Asri bin Ismail TUDM (Kasturi)
Kol Abd Halim bin Idris (Tuah)
Kol Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM (Tuah)
Allahyarham Kol Ajhman bin Hj Bakor (Tuah)
Kol Hj Sabri bin Shamsudin TUDM (Tuah)
Kol Mohd Tahar bin Abd Razak (Tuah)
Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM (Tuah)


DIRGAHAYU SKOT
SEMOGA TERUS MAJU JAYA DAN SENTIASA MENDAPAT KERAHMATAN ALLAH SWT



PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:

coltoras1959.blogspot.com
&
tohairforce81.blogspot.com

No comments:

Post a Comment