SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Wednesday, March 26, 2014

TJP37064 IMBAU MENGIMBAU 4: YOUNG OFFICERS ALBUM

reminiscing 
Y.O. LIFE
WHEN I WAS.......

Setiap kita yang memanjat usia tua (melebihi separuh abad) telah melalui zaman muda. Zaman muda dikatakan zaman kita berusia dua puluhan hingga 35 tahun. Masa zaman muda dalam ATM adalah waktu kita berpangkat Lt Muda hingga Kapt. Bagi pegawai-pegawai TJP, di tahun-tahun 60an atau 70an  biasanya mereka pangkat Lt hanya dipakai kurang dari 6 bulan. Waktu itu banyak kekosongan jawatan Kapt. Bila sahaja seseorang Lt Muda layak untuk dinaikkan ke substantive Lt, mereka terus dinaikkan ke pangkat Lokal Kapt dan 6 bulan kemudian jika mereka lulus peperiksaan kenaikan pangkat mereka terus diberi pangkat Pemangku Kapten sehinggalah mereka layak ke pangkat hakiki pada tahun ke 8 perkhidmatan. Biasanya bila masuk ke tahun ke 9 mereka telah untuk dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar.

Bila masuk tahun 90an, perjawatan sudah dipenuhi maka peluang untuk mengisi jawatan lebih tinggi semakin terhad dan lewat. Lt atau Kapt yang sudah lulus peperiksaan masih terpaksa menunggu kekosongan untuk dinaikkan ke pangkat Pemangku. Malah ramai yang mencapai ke tempoh maksima terus dinaikkan ke pangkat hakiki Kapt atau Mejar.

Dalam abad ke 21, persaingan semakin hebat. Khususnya untuk kenaikan ke pangkat Mejar. Pegawai TJP terpaksa bersaing dengan pegawai-pegawai dari Skim Graduan (dari IPTA), graduan ATMA (UPNM), graduan KTD/KTL/KTU serta pegawai Tugas Khas (SD).

Sekarang ini, kalau pegawai berkhidmat memasuki tahun ke 17atau 18masih berpangkat Kapt adalah satu fenomena biasa. Dalam tahun 60an atau 70an, waktu ini mereka sudah berpangkat Lt Kol.

Kembali bercakap tentang zaman muda. 

Mengenang zaman muda membuatkan fikiran seseorang memikirkan pelbagai perkara dan senario:
  • keindahan zaman muda yang dikaitkan dengan kebebasan, hiburan, pergaulan sosial, dan sebagainya.
  • kesukaran dan kesulitan kerana baru membina rumah tangga seperti masalah kewangan, masalah menyesuaikan diri dengan cara hidup baru serta mengenal keperibadian sebenar pasangan.
  • memikirkan kerugian kerana betapa banyaknya masa dan usaha yang terbuang dalam hidup kita dalam mencari ilmu pengetahuan khususnya ilmu keagamaan (akhirat).
  • penyesalan memikirkan dosa-dosa yang telah kita buat kepada individu tertentu yang kita tidak dapat temui untuk meminta maaf atau tidak ada kekuatan untuk meminta maaf.
  • penyesalan kerana tidak mengambil berat kebajikan ibu bapa. dalam keadaan usia sekarang masa semakin sempit kerana dibebani dengan masalah keluarga sendiri yang tak kunjung selesai sehingga kita mati.
Bagi yang telah diresapi keinsafan, segala dosa dan kesilapan masa lalu terus menghantui pemikiran. Adakah baki usia sekarang mencukupi untuk menebus dosa yang lalu. Bagaimana kalau orang yang kita berbuat dosa enggan memaafkan kita.

Itu tadi, sedikit tazkirah.

Apa pun mengimbau zaman-zaman muda adalah zaman yang tak akan datang dua kali. Hari ini kita melihat zaman muda dilalui oleh anak-anak kita dalam keadaan yang berbeza sekali.

KALANGAN SKOT 37, zaman muda dilalui oleh skot-skot dengan suasana yang berbeza. Selepas menamatkan latihan di Sekolah Pegawai Kedet, skot Army meneruskan 'comradeship' mereka di STPM Kota Belud selama 6 bulan lagi.

Bagi skot TUDM, mereka bersatu di PULATIBANG 1 atau 2 (bagi mereka yang terpilih), manakala yang lain berpecah mengikuti kursus asas Cawangan masong-masing.

Setelah menamatkan MAKP atau PULATIBANG inilah perpisahan jangka panjang bermula. mat sedikit yang dapat bertemu kembali kecuali mereka dari satu Kor yang menjalani kursus yang sama atau ditukarkan Batalion atau Rejimen yang sama.

Mari kita tengok gelagat skot-skot kita melalui zaman muda.

Berikut adalah gambar-gambar yang diberi oleh skot kita yang mengikuti Kursus Muslihat Asas Ketua Platun di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Kota Belud Sabah selama 6 bulan mulai dari 27 Jan 1981.  Penyumbang gambar dari STPM ialah skot Razak Hussain, skot Mohd Husin Abdullah, skot Ariffin Saimun, dan skot Mustapha Ahmad.

They said that, six month MAKP course in STPM was another HELL of their life after Officers Cadet training in SPK.
.
 
skot Lt M Ahmad Azan dan Lt M Abd Razak Hussain on the Sang fajar ship on the way  from Port Klang to Kota Kinabalu.

 
tercapai cita-cita skot Lt M Mohd Hussain Abdullah menjadi Lt Hanley, pelakun filem Combat yang jadi puajaannya semasa di kampong
 
keadaan bungalow pegawai muda di STPM
 
 
sukar sekali untuk mengukir senyuman.. melambangkan penderitaan skot-skot di MAKP 
 
macam classroom Rejimen ke 10 PKM. Barisan tengah no 2 dari kanan ialah mendiang skot Bala Chandran yang meninggal dunia semasa mengikuti kursus MAKP
 
Skot Lt M Mohd Ariffin Saimun, Penyesalan yang tiada penghujung kerana meninggalkan kampung untuk menyertai ATM
 
keadaan hiasan dalaman bungalow kediaman skot2 di MAKP
memang lazat makan ramai2 begini... amat menyelerakan

 
skot Lt M Zainal Abidin (allahyarham) dan skot Lt M Mohd Husin Abdullah sedang menikmati makan tengahari
Yang hitam kulitmu, yang putih kulitku.....

Ini pula gambar dari skot-skot Kor Perkhidmatan yang mengikuti Kursus Asas Pegawai KP di Sekolah KP, Taiping, Perak. Gambar adalah sumbangan dari skot Mustapha Ahmad.

 
skot Lt M Norzahari, Lt M Affendi, Lt M Mustapha, Lt M Marilah dan Lt M Lokman
 
Lt M Marzuki, Lt M Azman, Lt M Radzi dan Lt M Mustapha
 
 
 
 

Gambar dari album skot Haji Zakaria semasa menghadiri Kursus Pegawai Kenderaan (MTO) di Sekolah KP.

 
 
.
Gambar-gambar dari album skot Hj Abdul Wahid Yusof semasa mengikuti latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1), TUDM Alor Setar dari Jan 1981 hingga Julai 1982.

 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar-gambar dari album skot Hj Abdul Wahid Yusof setelah menamatkan latihan asas penerbangan dan berkhidmat sebagai co-pilot di No 1 Skn, TUDM Kuala Lumpur.

 

Gambar-gambar dari album skot Lukman Abd Rahman semasa mengikuti latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang 2 (PULATIBANG 2), TUDM Kluang dari Jan 1981 hingga Julai 1982.

 

Gambar-gambar dari album skot Lukman setelah menamatkan latihan asas penerbangan dan berkhidmat sebagai co-pilot di No 3 Skn, TUDM Butterworth.


 
 

Gambar-gambar dari album skot Azrul Hardav (Hardav Singh) semasa bertugas sebagai instruktor di Pusat Latihan Rekrut, TUDM Ipoh.


Gambar-gambar dari album skot Mohd Nordin Kunjipathy, Rejimen Askar Jurutera.


Gambar-gambar dari album skot Chuah Chin An yang bertugas di Rejimen Renjer.

   

Gambar-gambar dari album skot Hj Adnan Hashim yang bertugas di Skn Jurutera

 
 
 

Ini adalah kenangan diriku semasa berkhidmat di unit pertama setelah ditauliahkan, sebagai Pegawai Pergerakan Udara, Pangkalan TUDM Kuching.

 
 
 
 
 
 
 
 

Ini adalah kenangan diriku semasa mengikuti kursus Asas Pegawai Logistik di TUDM Kinrara dari April hingga Okt 1983.

 
  
  
 
 

gambar dari skot Khalid Ismail semasa mengikuti Kursus Asas Pegawai Semboyan

Ini pula gambar-gambar zaman muda dari album skot Mustapha.
.
Skot...nama hang sebenar-benarnya ni Mustafa ke Mustapha??.

Gambar dari album skot Haji Zakaria semasa bertugas di Markas Gerup Gerakhas, Sungai Udang.


 
.
Gambar dari album skot Affendi Yahya meraikan sempena majlis pemakaian pangkat ke Leftenan pada 24 Jan 1985.

skot Affendi bersama skot Marzuki


CABARAN BARU
MEMASUKI ALAM RUMAHTANGGA

 
 
 
 


 
 


 

.







YOU ARE ALSO INVITED TO VISIT MY OTHER BLOGS
coltoras1959.blogspot.com
and
toharudinairforce81.blogspot.com
.