SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, March 14, 2015

CHAPTER 081 MAJLIS S37 BULAN MAC


EVENTS IN MARCH



 14 MAC 15 
MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK SAUDARA SKOT SHOHEMI HASHIM
DI LAMAN PENGANTIN, MELAWATI


Ini adalah majlis perkahwinan anak saudara skot Shohemi, jadi hanya skot tertentu sahaja yang menerima jemputan, khususnya untuk skot-skot yang hadir semasa majlis perkahwinan di rumah Jaudin pada 28 Feb yang lepas.

Aku tidak dapat hadir majlis ini kerana berada di Seremban dan kebetulan anak cucu aku ada di sini nak makan masakan Tok Ki dia. Tok Wan dia pulak nak rehat-rehat sambil main whatsapp.
.
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 21 MAC 15 
MAJLIS PERKAHWINAN
AMARUL REDZUAN BIN ADI MAZLIN
&
AFIQ SYAZWAN BIN ADI MAZLIN

DI DEWAN BALLROOM, MBSA SHAH ALAM
PADA 21 MAC 2015

















 

 



 28 MAC 15 
MAJLIS PERKAHWINAN
AIMAN AZFAR BIN HJ ABDUL WAHID
DI 14, JALAN PP 2/2
DESA PINGIRAN PUTRA
KAJANG
PADA 28 MAC 2015

Jemputan di bulan Mac diakhiri oleh Majlis Resepsi perkahwinan putera kepada skot Hj Abdul Wahid bin Yusoff dan Puan Hjh Rahana binti Abdullah.

Hari ini pergerakan aktiviti diriku agak padat. Pagi jam 0745H aku menghantar isteriku ke PLPE Kem Paya Jaras untuk aktiviti BAKAT KOMLEK. Ini adalah aktiviti pertama dia sejak aku ditukarkan ke MK ATM-KOMLEK pada 16 Mac 2015.

Jam 1100H aku menghadiri Majlis Menyambut Menantu Lt Kol Tofroweh (JIL TJP38) di Surau Luqman Hakim KPTOJ. Dalam majlis ini aku bertemu beberapa skot seperti Yatim, Benson, Norzahari, Baharudin, Suhaimi Saad, Dato Halim, Husin dan Badrul Hisham.

Jam 1200H aku mengambil anakku (Nurul) di Sekolah ILMI (ada aktiviti kokurikulum) dan dari sekolah kami terus bergerak ke Kem Paya Jaras (KPJ) untuk mengambil Adibah yang selesai aktiviti di sana. Sampai di PLPE lebih kurang jam 1330H.

Dari KPJ kami singgah di Masjid Paya Jaras untuk solat Zohor dan kemuadian meneruskan perjalanan ke Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri Majlis skot Hj Abdul Wahid. Sampai di sana lebih kurang jam 1515H.

Masa aku sampai beberapa skot yang masih tinggal ialah Hazman, Sabari, Ariffin, Hazizan, Mustapha, Zainal, Zuki, Che Jamal.  Beberapa skot lain yang datang lebih awal telah meninggalkan majlis seperti Nordin TPK, Yatim, Azman Daud, Norzahari, Mazhar, Suhaimi Saad, Jaafar Pangat, Raja Zakaria, Dato Sanusi dan lain-lain.
.
 

 
 
 
 
 
 
 


Bergerak keluar dari rumah Wahid lebih kurang jam 1615H dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Taman Ampangan, Seremban.

Maka selesai sudah majlis skot-skot untuk bulan Mac 2015. Menanti kehadiran warga S37 untuk bulan April adalah:

  • Majlis Perkahwinan anak Skot Kapt (B) Hjh Marmilah di CIDB Convention Centre, Jalan Cheras pada 4 Apr 15;
  • Majlis Perkahwinan anak Skot Kapt (B) Dato' Hazizan di Seksyen 11, Shah Alam pada 4 Apr 15 ; dan
  • Majlis Perkahwinan anak Skot Haji Mohammad Zuki di Shah Alam Convention Centre pada 18 Apr 15.