SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, October 30, 2015

TJP37091 BERKUNJUNG KE PEKAN SERI MENANTI

OKTOBER PUNYA CERITA

24 Okt 2015

Majlis "House Warming" oleh skot Sabari Said di rumah barunya di Taman Selayang Mutiara. 

Kumpulan Penanggah S37 membuat reunion di rumah baru skot Sabari. Sebenarnya majlis ini adalah majlis doa selamat dan membaca Yaasin sempena perpindahan skot Sabari dan isteri Sarifah ke rumah barunya di Taman Selayang Mutiara. Majlis ini melibatkan ahli keluarga dan jiran tetangga sahaja.

Namun jemputan diperluaskan kepada saudara skot seberadik yang dikenali sebagai Kumpulan Penanggah S37.

Hari itu, aku dan isteri ada jemputan majlis perkahwinan Lt Kol Khairudin (Setia Usaha Surau Luqman Hakim) di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana, Sungai Besi. Selesai majlis di Sg Besi aku dan isteri terus ke Selayang Mutiara untuk menemui kawan-kawan yang lain.

Yang hadir ialah skot Shohemi dan isteri, skot Hazizan dan isteri, skot Razak dan isteri, skot Azmi dan isteri dan skot Norzahari dan isteri.


  
  
  
  
  
  
  
  
  

.
SERI MENANTI
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT ABD GHAFFAR IBRAHIM

Ini bukanlah kali pertama aku berkunjung ke pekan Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kali pertama berjalan-jalan ke pekan ini aku lupa pada tahun berapa tetapi pada waktu itu lebuh raya Seremban Ulu Bendul masih belum dalam rancangan pun. Mungkin lebih 20 tahun yang lalu.

Kemudian, di awal tahun 2000an, pernah Jabatan tempat aku bertugas (BPPK Kementerian Kewangan) mengadakan Hari Keluarga di Hutan Lipur Ulu Bendul.

Sejak aku membeli rumah di Seremban pada tahun 2012, aku telah beberapa kali membawa keluarga berpusing-pusing kawasan sekitar Kuala Pilah. Kali terakhir aku sampai ke Pekan Seri Menanti ialah pada 4 Oktober 2015. Hari itu adalah hari Ahad, aku bersama isteri dan seorang anak pergi ke Pasar Tani, Tg Ipoh. Selepas itu aku memandu ke Kuala Pilah dan Seri Menanti. Boleh dikatakan setiap bulan aku akan pergi ke Pasar Tani Tanjung Ipoh.


 
 
 

Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.

Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.

Walaupun namanya Bandar DiRaja, tetapi Seri Menanti bukanlah sebuah bandar. Ia hanya sebuah pekan kecil lama yang mempunyai sederet dua bangunan lama rumah kedai. Mungkin ia sengaja dikekalkan untuk memelihara persekitaran semula jadi pekan ini dari pengaruh pembangunan.

Pekan ini hanya mempunyai kemudahan ameniti yang paling asas seperti masjid, pejabat pos dan balai polis sahaja.

Pekan ini masyhur kerana di sinilah terletaknya istana rasmi persemayaman DYMM Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan Darul Khusus.


Pintu gerbang masuk ke pekan Seri Menanti

Muzium DiRaja (istana Yamtuan yang lama)
 
 

jalan masuk ke Istana Besar sekarang

Istana Besar Yamtuan


Masjid Tuanku Munawir
 
 
Makam DiRaja di perkarangan Masjid Tuanku Munawir


Makam almarhum Tuanku Jaafar, Yamtuan NSDK ke 3 selepas merdeka. Almarhum adalah Yang DiPertuan Agong ke 10 Malaysia yang bersemayam di Istana Negara dari tahun 26 Apr 1994 - 25 Apr 1999. Baginda mangkat pada 27 Dis 2008.

almarhum Tuanku Jaafar Alhaj


Makam DiRaja. Disinilah persemadian jasad Raja-Raja (Yamtuan) dan sebahagian besar ahli Kerabat DiRaja NSDK.

Sebahagian lagi pemandangan Makam DiRaja.


SERI MENANTI RESORTS

Di sinilah lokasi Majlis Perkahwinan anak skot Kapt Abd Ghaffar bin Ibrahim (B). Skot ini tidak pernah lagi aku temui sejak ditauliahkan pada bulan Januari 1981. Gambarnya yang terkini pun hanya ku lihat dalam tahun 2014 semasa beliau menghadiri pengkebemumian salah seorang pegawai kanan Tentera Darat di Seremban.

Skot Ghaffar ditauliahkan ke dalam Kor Ordnans DiRaja (dulu dikenali sebagai Kor Kelengkapan). Skot Ghaffar menetap di Taman Melang Jaya, Kuala Pilah. Kad jemputan perkahwinan anak beliau dipaparkan oleh Presiden S37 pada awal bulan September lagi.


 
Seri Menanti Resorts (pandangan hadapan)
 
pandangan belakang
  
ruang lobby
  
kolam renang
  
chalet


Seri Menanti Resort, merupakan satu-satunya hotel penginapan (yang boleh diterima sebagai bertaraf hotel) di pekan Seri Menanti. Ia dikelilingi beberapa tarikan pelancongan seperti Istana lama Seri Menanti yang kini telah dijadikan muzium, Kelab Golf DiRaja Seri Menanti dan istana Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beberapa kilometer ke kiri terletak sebuah tarikan baru, Ladang Alam Warisan.

Resort ini juga menyediakan dorm dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau nak buat majlis kenduri kahwin pun sesuai juga dengan pemandangan indah Gunung Angsi. kekuatan resort ini adalah pada lokasinya di Bandar DiRaja dan keenakan masakan di Cafe Berlado.

Majlis Perkahwinan
31 OKT 15



bersama skot Ghaffar dan isteri

yang kanan sekali bukan skot, tapi Kol (B) Zubir, mantan Pengarah Ord di tahun 90an

masa aku nak balik, skot Jaudin baru sampai. Join masuk baris

selepas aku meninggalkan majlis, skot Che Jamal dan Ahmad Kamal sampai

kemudian skot hamzah hassan dan Razak Hussain


Saturday, October 24, 2015

TJP37090 DI MANA MEREKA?



Dimana skot-skot aku sekarang?

Boleh duduk sorang-sorang ni, naik la angin boring. Mulalah kepala otak berpusing merata dunia, kembali zaman kanak-kanak, zaman sekolah, zaman kedet dan teringat kawan-kawan lama.

Memang tak akan boleh dikembalikan. Aku cuba untuk mengimbau kembali, di mana kawan-kawan SPK aku berada. Aku cuba mengingat satu persatu. Sebahagian besarnya aku gagal untuk mengingati nama dan rupa wajahnya. Maklumlah hampir 300 orang dengan keadaan masa itu masing-masing sibuk mengurus survival diri sendiri.
Kenangan pun banyak yang mula luput dari ingatan, seiring dengan usia dan kelemahan fizikal. Sesekali bila berjumpa kawan-kawan dalam majlis perkahwinan, baru satu persatu timbul kesah lama. Jadi bahan ketawa atau gurauan. Ini baru kawan yang pernah aku jumpa atau pernah dengar cerita melalui kawan-kawan skot yang lain. Sebahagian kecilnya selalu ditemui kerana mereka rajin menghadiri majlis jemputan perkahwinan sahabat-sahabat yang lain.
Sebahagian besarnya tidak pernah kutemui lagi sejak meninggalkan SPK pada awal bulan Januari tahun 1981. Terus hilang, entah hidup entah telah meninggalkan dunia ini. Masa tetap pantas berjalan yang membawa usia yang semakin tinggal sedikit. Entah berapa tahun lagi, entah berapa bulan lagi, entah berapa minggu lagi, entah berapa hari lagi?
Peluang untuk bertemu juga semakin sempit dan pudar. Malah satu ketika, memang tidak mengharapkan lagi untuk bertemu dengan mereka.
Satu demi satu hilang dari pandangan dan ingatan benak yang semakin lama semakin dhaif dimamah usia ini...
Setakat hari ini, inilah antara rakan-rakan seangkatan yang diketahui di mana mereka berada.


Masih berkhidmat dan tinggal di Kem MINDEF/PUKL
  1. Lt Jen Dato Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi
  2. Mej Jen Dato Abd Halim bin Jalal.
  3. Brig Jen Dato Hj Azlan bin Abd Rahman
  4. Kol Toharudin bin Ab Rasid TUDM
  5. Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM
  6. Lt Kol Fanashim Benson bin Mohd Hashim

Masih berkhidmat dan tinggal di Kem Batu Kantonmen
  1. Kol Roslan bin Hj Shaari
  2. Lt Kol Lod bin Atan
Masih berkhidmat dan tinggal di Quarters ATM, PU Subang
  1. Mej Jen Dato Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman
  2. Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Hj Yahya
  3. Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashari
  4. Kol Hj Mohd Sabri bin Shamsudin

Masih berkhidmat di luar Lembah Klang
  1. Mej Jen Dato Zamrose bin Mohd Zain - Kem Trendak, Melaka
  2. Lt Kol Roslan bin Ali - Kem Trendak


Telah Bersara dan tinggal di sekitar Lembah Klang


KL Wangsa Maju/Setiawangsa/Keramat/Melawati
  1. Mej Datin Hamidah Hamidin - Wangsa Maju
  2. Kapt Holilul Shukri Md Jais - Wangsa Maju
  3. Mej Zamani bin Johar - Wangsa Maju
  4. Lt Kol Hjh Nor Sabrina Abdullah - Wangsa Maju
  5. Mej Hjh Zaleha Che Rus - Wangsa Maju
  6. Lt Aizan bt Idris - Wangsa Maju
  7. Lt Kol Azemi Mat Saud TUDM - Setia Wangsa
  8. Kapt Azrul Hardav Abdullah TUDM - Keramat Permai
  9. Lt Ros Sanani binti Othman - Taman Melawati
  10. Kol Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM - AU2 Lembah Keramat
  11. Kapt Fadzil bin Abdullah
  12. Kapt Hashim Hamzah

Ampang
  1. Bekas PK Ahmad Natar - Ampang
  2. Kapt Radzi Yassin - Taman Bukit Indah

Kepong
  1. Mej Zolkeple Ayob TUDM -Bdr Manjalara, Kepong.
  2. Lt Kol Abd Razak Hussain - Bdr Manjalara
Gombak/Batu Caves/Selayang
  1. Kapt Shohemi Hashim - Taman Koperasi Polis, Batu Caves
  2. Mej Dato Hj Adnan Hashim - Taman Seri Gombak
  3. Mej Mohd Husin Abdullah - Taman Pinggiran Gombak
  4. Lt Kol Hj Ir Mohd Nasir Sulaiman - Kg Batu Muda
  5. Lt Kol Abd Razak Salim TUDM - Taman Melati
  6. Mohd Sabari Saaid - Selayang Mutiara


Ulu Langat
  1. Bekas PK Abu Bakar Kamarudin

Puchong/Putra Height

  1. Kapt Mustapha Ahmad


Pinggiran Putra/Seri Kembangan
  1. Lt Kol S. Hamid bin Mohd Yusof TUDM - Puchong
  2. Lt Abd Wahid Yusoff
  3. Lt Kol Ahmad Zaini TUDM

Shah Alam/Subang Jaya/Klang
  1. Kapt Dato Hazizan Ahmad - Kayangan
  2. Lt Kol Hjh Sarkiah Zenadin Hipney TUDM - S11 Shah Alam
  3. Mej Nor Azmi bin Abd Karim - Sek 11, Shah Alam
  4. Kapt Azman bin Ali - Shah Alam
  5. Mej Ahmad bin Ali TUDM - Taman Bunga Negara, Shah Alam
  6. Kapt Mohd Nasir bin Abdullah - Sek 12, Shah Alam
  7. Mej Hj Lokman bin Abdullah - S11, Shah Alam
  8. Mej Hj Othman Md Jahim TUDM - UEP Subang Jaya
  9. Lt Muda Mohd Zuki bin Abd Rahman - UEP Subang Jaya
  10. Mej Manisegaran a/l Vadivel - Pelabuhan Klang
  11. Kapt Hasnah Hashim - Taman Megah
  12. Kol Mohd Aseri bin Ismail - Shah Alam
  13. Brig Jen Jumali bin Salamat TUDM - Shah Alam
  14. Mej Raja Zakaria - Subang Perdana
  15. Brig Jen Dato Hj Sanusi bin Hj Samion - Kayangan Height

Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
  1. Lt Kol Baharudin bin Hussein
  2. Kapt Lukman bin Abd Rahman TUDM
  3. Lt Kol Mohd Hanafiah Mohd Ramli

Kajang, Semenyih
  1. Kapt Hjh Marmilah Munajat - Alam Damai, Kajang
  2. Lt Kol Azman Daud  - Sg Chua
  3. Kapt Mohd Saiful Abd Rashid
  4. Mej Rahim Ahmad - Kajang
  5. Mej Azmi Ismail - Sg Merab
  6. Kapt Daud Salleh TUDM
  7. Mej Frizan Ali Sapi Mohamed 
  8. Kapt Hamdan Abdullah
  9. Brig Jen Hj Jaafar Marlan

Bangi/Bandar Putra Mahkota
  1. Lt Noraini Ahmad - Bukit Putra
  2. Kapt Hj Ahmad Razlah Ahmat TUDM
  3. Kapt Mahamad Bokhari Mohamad - BB Bangi
  4. Lt Kol Khalid Hamid - BB Bangi
  5. Lt Kol Khairudin Mohd Zahari TUDM - Sek 2 BB Bangi
  6. Mej Mohd Rahim Osman dan Kapt Siti Hajar Syed Hasan - BB Bangi
  7. Kapt Azmi Abd Hamid - S15, BB Bangi
  8. Lt Kol Hj Ahmad Ismail - Bkt Mahkota
Salak Tinggi
  1. Bekas PK Hazman Ahmad - Bandar Salak Tinggi
  2. Kapt Kadari Yaakob - Bandar Salak Tinggi
  3. Kapt Jaafar bin Pangat

Rawang, Bukit Beruntong, Bukit Sentosa, Kuala Kubu
  1. Mej Ann Marie Ng Mui Lee - Rawang
  2. Mej Mazlan bin Yusof - Bandar Bukit Beruntung
  3. Mej Hjh Aini bt Hitam - Bandar Tasik Puteri, Rawang
  4. Bekas PK Norhaili bin Abd Latif - Bandar Sg Buaya
  5. BGen Dato Yohanez Ahmad - Kuala Kubu Baru
  6. Mej Amran Baharom - Taman Anggerik, Serendah
  7. Kapt Ahmad Nasir Majid - Bkt Beruntong
Telah Bersara dan tinggal di Negeri Sembilan

Seremban
  1. Lt Kol Kamarudin Ibrahim - Taman Seri Pulai
  2. Lt Kol Ahmad Ghazali Puteh - 
  3. Kapt Zainal Abidin Ahmad (Allahyarham 2009) - Taman Panchor Jaya
  4. Lt Kol Saifulbahri Abdullah - Taman Panchor Jaya
  5. Kapt Zaleha bt Haron - Taman Rasah Jaya
  6. Lt Rohani bt Kasim - Garden Homes, Seremban 2
  7. Lt Kol Mohd Shafie Arshad
  8. Lt Kol Che Jamal Othman Shah - TJ Golf Resort
  9. Lt Kol Abd Razak Siran - Taman Tuanku Jaafar, Seremban
  10. Mej Hamzah bin Hassan - 
  11. Kapt Mahadzir Ibrahim - Taman England, Seremban
  12. Lt Kol Zulkhurnain bin Ahmad - 
  13. Kol Toharudin Ab Rasid TUDM - Taman Ampangan (mulai 2019)
  14. Lt Kol Majdi Kamarudin - Senawang

Nilai
  1. Kapt Jaudin Mat Saad  - Nilai Impian
  2. Mej Alias Hamdan TUDM  - Nilai Impian
  3. Mej Ajmain Harith TUDM - Desa Seriemas, Nilai
  4. Kapt Siti Jamiah Satiman - Kg Jijan, Nilai
  5. Kapt Zuraimi Mohamad (Allahyarham 2015)- Taman Melati, BB Nilai
Lain-lain
  1. Kapt Abd Ghaffar Ibrahim - Taman Melang, Taman Melang, Kuala Pilah
  2. Lt Kol Azlan Shah Abd Aziz - Port Dickson
  3. Mej Syed Ahmad Abdullah TUDM - Lukut
  4. Mej Saleh Amil TUDM - Lukut
  5. Kapt Mazlan Shamsudin (almarhum 2016) - Pekan Juasseh
Telah Bersara dan tinggal di Negeri Melaka
  1. Lt Kol Jasni Md Noor - Paya Rumput
  2. Lt Kol Hj Mohamad Yatim bin Mohd Noor - Masjid Tanah
  3. Kapt Khairul Anuar Ismail - Kg Bukit Darat
  4. Datuk Azam Mohamad - Taman Bukit Cheng
  5. Lt Kol Sazali Rauf
  6. Lt Kol Hj Mohd Hairudin bin Mokri - Kuala Linggi
  7. Lt Kol Hj Salihudin Daud (Bukit Beruang)
  8. Kapt Hanafiah bin Ahmad
  9. Bekas PK Kamaruzaman bin Karim
  10. Lt Kol Hairudin Mokri - Air Molek
  11. Lt Kol Robert Foo - Bukit Katil

Telah Bersara dan tinggal di Negeri Johor
  1. Kapt Che Harun Hashim - Mersing
  2. Lt Kol Rizal Tan Abdulah - Gelang Patah
  3. Bekas PK Bahari bin Harun (almarhum 2006)  Skudai


Telah Bersara dan tinggal di Negeri Perak

Ipoh
  1. Lt Kol Sam Foong Sow - Ipoh
  2. Kapt Hj Shafri Mohammad  - Meru Jaya
  3. Kapt Hasnol Abdullah - Ipoh
  4. Mej Mardzuki Shukor dan Kapt Zawiah Ariffin - Chemor
  5. Kapt Asmah Mustapha - Batu Gajah
  6. Lt Kol Hj Shamsudin Sulaiman - Ipoh
Taiping
  1. Kapt Syazarina Monica bt Abdullah - Taiping
  2. Kapt Lokman bin Abdullah - Taiping
  3. Lt Kol Hj Mohd Yusof Saidi - Taiping
Lain-lain
  1. Lt Kol Nazli Alias - Telok Muroh, Lumut
  2. Kapt Abu Zahrem bin Daud - Kuala Kangsar
  3. Kapt Azahri Zainal- Gopeng


Telah Bersara dan tinggal di Negeri P.Pinang
  1. Mej Fadzil Ibrahim
  2. Kapt Hj Asran Borhan - Balik Pulau/Seberang Jaya
  3. Lt Kol Rahman Tarmiji - Kepala Batas
  4. Kapt Ishak Mat Isa - Simpang Ampat
  5. Kapt Azhari bin Sidek - Bukit Mertajam

Telah Bersara dan tinggal di Negeri Kedah dan Perlis
  1. Lt Kol Miswan Bujang - Bandar SP Saujana, Sg Petani
  2. Lt Kol Ku Ahmad Khir bin Ku Abdullah - Sg Petani
  3. Kapt Ishak bin Hashim - Sg Petani
  4. Lt Kol Pazil bin Mat - Jitra
  5. Mej Nazlan Abul As - Alor Setar
  6. Mej Lee Man Tat - Sg Petani
  7. Mohd Noor bin Diwi - Perlis
  8. Kapt Azhar Abas - Sg Petani
Telah Bersara dan tinggal di Negeri Pahang
  • Kapt Mazlan Shamsudin (B) - Pekan - almarhum Nov 2016
  • Lt Kol Abd Mubin bin Othman (B)
Telah Bersara dan tinggal di Negeri Kelantan
  • Lt Kol Mohd Shah Abd Rahman (B) - Pengkalan Chepa
  • Lt Kol Che Ruzlan Che Daud (B) - KB
Telah Bersara dan tinggal di Negeri Terengganu
  1. Lt Kol Din bin Ali
  2. Kapt Jamil bin Alang Abdul Aziz
  3. Mej Isa Hassan - Kenyir
Telah Bersara dan tinggal di Negeri Sabah dan Sarawak
  1. Mej Ahmad Nordin bin Roslan - Kuching
  2. Kapt Hj Bakeri bin Hj Bakee - Kuching
  3. Kapt John anak Gila


Bermigrasi ke Australia
  1. Kapt Usha Panikkar - Melbourne
  2. Mej Raveentheran TUDM - Perth
  3. Kapt Harbhajan Singh Shandu - Sydney
  4. Kapt Affendi bin Yahya - Melbourne
Bermigrasi ke Jerman
  1. Kapt Rosli Md Yassin 





Friday, October 2, 2015

TJP37089 HILANGNYA SEORANG LAGI WARGA S37

AL FATIHAH
UNTUK ALMARHUM SKOT ZURAIMI


Setahun belalu. Pada bulan Dis 14, warga S37 kehilangan skot Kepten (Maritim) Abdul Rashid bin Suhaime (bekas pegawai TUDM). Pada 30 Sep 15, S37 kehilangan seorang lagi warganya iaitu skot Zuraimi bin Mohammad.

Sebelum itu, aku nak cerita sikit beberapa peristiwa skot-skot 37 sepanjang minggu mutakhir bulan September ini.

JUMPA JAUDIN DI MiDAS TALK


Pada malam 28 Sep 2015 Aku menghadiri MiDAS Talk 2015 'International Security" di Royale Chulan, Jalan Conlay. Dalam majlis itu aku bertemu dengan skot Jaudin (yang mewakili Sunway Grp). Kelihatan juga dalam majlis itu, skot Lt Kol Khairul Anuar Yaacob (RGKM).




PERMULAAN UNTUK MAJLIS ALIAS
AKTIVITI KUMPULAN PENANGGAH S37


Pada malam 29 Ogos 2015 telah diadakan satu perjumpaan di kalangan S37 di rumah skot Alias Hamdan di Laman Dahlia, Nilai Impian. 

Aku tak dapat hadir kerana masih terlalu letih. Aku baru pulang dari bercuti di kampung pada 28 Sep 2015. 29hb baru masuk kerja, jadi balik dari kerja dan pergi ke Nilai agak menyulitkan pada hari tersebut.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan Majlis Perkahwinan puteri skot Alias dan isterinya Puan Asniah Razali yang bakal diadakan pada 29 Nov 2015 di Dewan Toh Puan Endon, Putrajaya.

Skot yang hadir bersama pasangan pada malam tersebut ialah:
  • Abd Razak Hussain
  • Hazizan Ahmad
  • Mustapha Ahmad
  • Shohemi Hashim
  • Azmi Abd Hamid
  • Norzahari Zeelan
  • Sabari Saaid
  • Jaudin Mat Saad
















.
SKOT ZURAIMI MENINGGAL DUNIA.
.
Pada 30 Sep 2015, ketika aku sedang bermesyuarat di pejabat, aku menerima berita dari whatsapp group S37 tentang kematian salah seorang skot 37 iaitu, Kapt Zuraimi bin Mohamad (B) (No. Tentera 3001568). Zuraimi ditauliahkan ke Kor Armor Diraja (dulu dikenali sebagai Kor Kavalri Diraja). Beliau meninggal dunia di rumahnya di Pt 10242, Jln BBN 11/3D, Taman Desa Melati, 71800 Nilai, N.Sembilan lebih kurang jam 0800H akibat sakit jantung.

Almarhum Zuraimi sebenarnya telah menderita lumpuh akibat serangan STROKE lebih 3 tahun yang lalu. Sejak itu beliau hanya bergerak atas bantuan orang lain dan kemudiannya mendapat bantuan kerusi roda. Beliau menjalani pisioterapi beberapa tahun, namun ditaqdirkan Allah telah menetapkan ajalnya pada 30 Sep 2015. Jenazah almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran dengan kediaman almarhum.

AL FATIHAH buat skot Zuraimi dan salam taaziah untuk ahli keluarganya. Semoga ruh almarhum dilimpahi rahmat dan pengampunan dari Allah swt.


 
 
 
 
 
.