SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, August 24, 2014

CHAPTER 071: MORE MAJLIS AND MORE GATHERING

DARI SYAWAL KE ZULQAEDAH

Syawal 1435 bukan setakat dipenuhi oleh Majlis Sambutan Hari Raya oleh beberapa organisasi dan juga perseorangan tetapi juga majlis perkahwinan. Tidak seperti dulu, musim majlis perkahwinan tertumpu dalam musim cuti sekolah, kini boleh dikatakan setiap minggu ada jemputan majlis perkahwinan.

Manusia (penduduk) semakin ramai, maka semakin ramai orang kawin. Kalau semua tunggu musim cuti sekolah yang tak seberapa hari itu, mungkin tetamu tak terkejar kerana setiap hari minggu mungkin setiap orang menerima 10 ke 20 jemputan.

Kita lupakan soal itu, let 'whom may concern' itu untuk menguruskan majlis mereka. We have 365/366 days in a year, pandai lah mereka menetapkan hari yang sesuai. Yang penting majlis akad nikah.

Affendi Balik Australia

Pada 22 Ogos 14, skot Affendi Yahya yang pulang berhari raya (dari Australia) sejak seminggu sebelum Raya telah pulang ke pangkuan keluarganya di Melbourne. Dalam percutian singkat, Affendi telah menghadiri hampir kesemua jemputan skot-skot.

Semoga kita dapat ketemu semula di masa akan datang.


Satu Perjalanan Yang Panjang

Kebetulan pada hari Sabtu (23hb) aku menghadiri majlis perkahwinan sepupuku Mohd Hamidy Abd Manap di Kg Charuk Mengkuang Ladang, Temerloh, Pahang. Dari Temerloh aku bersama isteri dan anakku Heikal terus balik ke rumah Seremban. Kami melalui perjalanan yang agak jauh dan mencabar (banyak sekali selekoh maut) yang belum pernah aku lalui sebelum ini. Dari Temerloh-Mentakab-Lanchang-Mempaga ke Karak, masuk ke jalan arah Kuala Pilah, melalui Kg Seri Telemong-Gapoi-Simpang Felda Chemomoi-Kg Safie-Mancis-Simpang Pelangai (sempadan Pahang/NS) - Durian Tipus-Simpang Durian- Simpang Pertang-Batu Kikir-Juasseh-Jemapoh dan sampai Kuala Pilah dan seterusnya jalan ke Seremban melalui Seri Menanti, Tg Ipoh dan Ulu Bendul (jarak keseluruhan hampir 200km atau mungkin lebih)




Masjid Sultan Ahmad Shah, Simpang Pelangai

 
Pekan Kg Telemong
sebahgian besar jalan dilalui mempunyai pandangan kiri-kanan seperti ini

Kampung Durian Tipus

Simpang Pertang 



Pekan Juasseh
  
Bandar Kuala Pilah

Majlis Perkahwinan Anak Skot Che Jamal

Pada hari Ahad, 24 Ogos 2014, skot Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah dan isteri Puan Nina Abu Bakar telah mengadakan Majlis perkahwinan anak perempuan mereka Inna Malissa di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban.
.
 
 
 
 
  

 
 

Antara skot yang hadir ialah Razak Presiden, Ganese, Hamzah Hassan, Mazhar, Lod Atan dan pasangan Rahim dan Siti Hajar.

Tahniah Skot Che Jamal dan isteri!


Majlis Pernikahan Puteriku, Atikah

Pada 29hb Ogos 2014, berlaku sejarah lagi dalam keluargaku apabila anakku ke empat (puteri ke 3) Atikah Nur Ezzaty telah selamat dinikahkan. Aku sendiri yang menikahkan puteriku. Majlis akad nikah dilangsungkan di Surai Luqman Hakim, Kem KEMENTAH.

Antara skot yang hadir ialah Hj Abdul Razak Presiden dan isteri, Shohemi dan isteri, Dato Hazizan & isteri, Hj Mohd Saiful dan isteri, skot Norzahari dan isteri dan skot Hj Mohamad Yatim dan isteri. Maaf ye skot-skot yang lain. Memang aku tak maklumkan kepada semua kerana majlis resepsi akan adakan pada 6hb September.

Kebetulan grup ini akan mengikuti rombongan peminangan untuk skot Hazizan pada 30hb esok. Jadi, pertemuan malam ini sebagai platform untuk berbincang.





 





 

 
 

antara skot 37 yang hadir

Skot Hazizan Bakal Terima Menantu Sulung

Pada 30hb Ogos 2014, walaupun masih kepenatan menguruskan majlis eprnikahan anak aku, aku dan isteri masih berkesempatan untuk memenuhi hasrat skot Dato Hazizan dan isteri meneyrtai rombongan peminangan untuk anak sulung beliau Izham Firhad.

Rombongan berkumpul di Masjid Khalid al Walid KEMENTAH pada jam 1000H. Bertolak ke destinasi (Taman Ampang Indah) pada jam 1030. Rombongan yang besar, dah macam romboganmmenghantar pengantin untuk majlis pernikahan. Skot yang ikut serta bersama isteri masing-masing ialah; Hj Abd Razak (selaku ketua rombongan dan wakil keluarga lelaki), Mustapha, Norzahari, Yatim, Shohemi, Azmi Hamid, dan Sabari.




YB-YB ahli rombongan meminang. Sama ramai dengan rombongan marhaban

ketibaan YB Hazizan di rumah bakal besan

YB Sabari tak dapat pinggan, makan dalam plastik je

YB Mus bersilang kaki. Berbaju biru tu batman, dan yang berbaju ungu tu Setiausaha Sulit


Penyambut tetamu yang dibawa oleh rombongan keluarga peminang

ahli rombongan lain tension dan resah tunduk kepala, dia pulak sorang-sorang yang seronok

Tuan rumah tengah cari ilham untuk menjawab pantun

Ehhh..betul ke apa yang laki aku cakap, malam tadi laki ko nikah Dibah?

ooooo... lega, laki aku silap cakap la Dibahhhhh

Pantun apa yang si Razak baca tu, nak meminang ke nak menikah.... patut lah wakil tuan rumah tadi sebut pihak pengantin perempuan....macam konfiden je

bakal besan lega.... satu lagi anak aku lepas dari tanggungan, pas ni Tok Zizan ambik alih

woitttt dah perasan jadi pengantin niii...baru bertunang yopppp

haaaaaa... yang ni yang kita tunggu dari tadi

entah apa yang si Zahari kolom ni.... mkan la satu-satu... ni rambutan, dokong dan longan sekali masuk

yang ni penyebab darah tinggi, yang tu banyak kolesterol, yang tu manis sangat....aduiii..makan nasi kosong saja la aku macam niiii

aaaaahh, ubat kan ada..... belasah dulu, sakit kemudian, pandai-pandai laaaa

dah 3 lauk, ayam, daging, ikan....masih tak cukup, ulam tak ambik laiiiii

hemmmmm..makan lauk ni, lepas geram penat berpantun tadi

depa posing dengan Tiz Zaqiyah

Zahari, ko kan tau pungkoq aku besaq, satu kerusi mana cukuppp....hang cari la kerusi lagi satuuu...
(biasa la, batman kena detail)



Friday, August 15, 2014

CHAPTER 070: MAJLIS EID FITRI SKOT 37 SYAWAL1435

SAMBUNGAN BERITA SEKITAR 
SYAWAL 1435 HIJRIYAH

Syawal 1435 tahun ni banyak rumah terbuka oleh skot-skot 37. Ye lah mungkin rezeki dah semakin bertambah, maka sambil bersyukur dan meraikan sahabat yang semakin bertambah.
  • Hj Abd Razak Hussain: 3 Ogos 14.   (sudah diceritakan dalam CHAPTER 070)
  • Shohemi Hashim: 3 Ogos 14. (sudah diceritakan dalam CHAPTER 070)
  • Dato Hazizan Ahmad: 8 Ogos 14.  (sudah diceritakan dalam CHAPTER 070)
  • Azmi Abd Hamid: 9 Ogos 14.  (sudah diceritakan dalam CHAPTER 070)
  • Marzuki Shukor & Zawiah Ariffin: 11 Ogos 14  (sudah diceritakan dalam CHAPTER 070)
  • Jaudin Mat Saad: 16 Ogos 14.
  • Alias Hamdan: 16 Ogos 14.
Majlis Open House Skot Jaudin 
Di Desa Melati, B.B. Nlai 
Tarikh: 16 Ogos 14 (1400-1800) 
.









.

Small Group Dinner
TGI Friday Wangsa Walk
(16 Ogos 14: 2100 - 2300)


meraikan skot Affendi yang akan berangkat pulang ke sarangnya di Melbourne, Australia
.


 Open House Skot Alias 
 Di Laman Dahlia, Nilai Impian 
Tarikh: 16 Ogos 2014 (2030- 2330) 

 
 
 
  


Tiga skot juga mengadakan majlis jamuan sempena perkahwinan anak masing-masing:
  • Shafri Mohammad (sudah diceritakan dalam CHAPTER 070)
  • Hj Azemi Mat Saud
  • Che Jamal Othman Shah
Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Hj Azemi bin 
Mat Saud TUDM (B) di Dewan Merak Kayangan 
Jalan Perumahan Gurney, KL 
Tarikh: 17 Ogos 14 
  MAJLIS HARI RAYA S37 2014  



Pada 17 Ogos 14, skot Hj Azemi dan isteri Hjh Rusiah bte Abd Rahman pula mengadakan majlis walimatul urus puteri kedua mereka Nur Asyikin.

Majlis Perundingan Impromptu S37 juga telah mengisytiharkan hari ini sebagai Majlis Hari Raya S37 untuk tahun 2014.
.
 
  
 
  
3 wakil skot wanita; Marmilah, Zaliha dan Sabrina

 
 
 
 
 
 
 
 
 
bertuah sungguh couple Mus & Nita ni...sejak dari semalam, tak habis orang celeberate birthday depa

 
gelang si paku gelang, gelang si rama-rama,
pulang marilah pulang, marilah pulang, bersama-sama



Golf Raya & Small Group Dinner S37 
Di Tropicana Golf Resorts 
Tarikh: 19 Ogos 14 (2000-2300) 

.











Reminder: Next events

Majlis Perkahwinan anak Lt Kol (B) Che Jamal 
Di Dewan Orang Ramai, Taman Tasik Jaya, Seremban 
Tarikh: 24 Sep 14 (1100-1600) 

Majlis Perkahwinan anak Kol Toha 
Di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH 
Tarikh: 06 Sep 14 (1100-1630) 
.