SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, November 16, 2013

TJP37057: LAGI JEMPUTAN NOVEMBER

MENERUSKAN KEMERIAHAN BULAN NOVEMBER

Oleh kerana bulan November ini terdapat 4 majlis perkahwinan anak-anak skot, aku terpaksa membuka dua laman tajuk untuk bulan ini. Laman sebelum ini mungkin sudah terlalu panjang dan menjemukan pembaca.



TAHNIAH 
KONVOKESYEN ANAK-ANAK SKOT


Skot Zulkarnain Abu Bakar di UITM Shah Alam
   
 Skot Mazhar di UITM Pulau Pinang (16 Nov 13)

Mohammad Azriff bin Skot Azmi bin Abd Hamid (UITM Shah Alam- 20 Nov 13)


BERSYUKUR 
DAN ELAKKAN PEMBAZIRAN

Sebelum kembali ke berita-berita S37, marilah kita sambung sikit Tazkirah berkaitan dengan pembaziran serta keperluan bersyukur kepada Allah dan sesama manusia. Sebagai manusia kita selalu lalai, setelah lama menerima kesenangan dan kemewahan kita anggap kemewahan itu hak kita, bila menerima sedikit sahaja ujian seperti kerugian atau penyakit kita cepat kecewa dan menyalahkan sana sini. 

Walau hanya sedikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh kita sentiasa bersyukur. Lagi banyak rezeki, sepatutnya lagi banyak kita patut bersyukur. Bersyujur bukan setakat solat syukur atau berdoa mengucapkan alhamdulillah syukur kepada Allah. Tetapi bersyukur melalui amal jariah seperti menderma dan bersedekah kerana Allah.

Kita juga selalu kalah dengan hawa nafsu. Dalam melahirkan kesyukuran dan membuat sedekah jariah kita terperangkap dengan pembaziran. Kalau kita lihat dalam majlis-majlis perkahwinan, terlalu banyak pembaziran sama ada dari aspek makanan atau hiasan. Malah ada yang terlebih membazir sehingga membelanjakan ratusan ribu untuk perkara yang melalaikan seperti hiburan yang melalaikan dan juga haram.


Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad (Hanbali), Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab"

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: 
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Agama Islam amat menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).  

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luas skopnya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.


antara bentuk hiburan yang mengkhayalkan semasa majlis perkahwinan

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, ilmu, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah S.W.T. yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah S.W.T, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T (kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: 
"...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Oleh itu kita yang beragama islam mesti menghayati dan mengamalkan sifat terpuji dan suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir walaupun hanya sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah S.W.T, insya Allah.

Rujukan: www.ikim.gov.my


BERITA DARI LABUAN
.
 
Skot Kol Hj Khairil Asri Baharin TUDM menyerahkan tugas Komander Pangkalan Udara Labuan kepada Lt Kol Raja Ikram TUDM pada 14 Nov 13.


Pada 17 Nov 13, terdapat dua jemputan perkahwinan yang melibatkan S37, iaitu Kapt Hashim bin Hamzah TUDM (Bersara) dan Lt Kol Nazli bin Alias (RAMD). Majlis Hashim dekat sahaja dengan rumahku, tak sampai setengah jam dah sampai.

Aku keluar dari rumah selepas menunaikan solat Zohor.

17 november 
DEWAN SERBAGUNA 
TAMAN TASIK AMPANG HILIR
SKOT KAPT HASHIM HAMZAH TUDM (B) 
'

Yang awal sampai. Skot Shuairi. Skot Lokman membantu sedara seflying jadi penyambut tetamu

Skot Khairul Anuar, bekas Renjer dari Melaka. Pak Pin tersengih dapat mendahului kawan-kawan lain hari ini. Mantan instructor SPK, Kapt Fazlurrahman Mohd Irfan (Oic B Coy Kasturi Bn)- bersara Mej Jen Dato'. dan Lokman

Bapak pengantin yang serba biru, hari ini telah mengambil kesempatan untuk mengiklankan diri

 dah mula ramai yang datang; Jaudin, Halim, dan Othman Jahim.

Kain sampin tuan rumah dah terlondeh, dok layan tetamu terlupa makan tengahari

Skot-skot mencari tempat port di luar dewan. Nak balik awal lagi, skot lain belum sampai lagi

Ingatkan belakang aku tadi Samad Ismail....tapi orang tua tu dah meninggal...ghopanya orang Melaked (Melaka kawin dengan Kedah)

Azmi tengah buat pertunjukkan lawak. Tengah makan pun nak gyomi.

Dalam S237 dialah yang paling kurus...tapi tentang dia makan Ya Allah, kalo tak percaya dah berapa kali ganti skot bertukar kat belakang dia, dia tak abis lagi

Penuh atas meja dengan bekas kosong.... tu Azmi punya la tu

Haji Hirudin baru sampai dari Kuala Sg Baru, Melaka

Jimat cermat. Satu pinggan kongsi dengan anak dan isteri. Sabo je laaa Mak Aji

Haji Wahid kelihatan amat berdisiplin

Jaudin...yang hang dok azan belum masuk waktu tu apa hal????, Halau setan ke halau hantu geletek?

Wahid: Mata duit aku, ko kata nak datang hari ni bayar hutang aku, bukan sebulan bukan setahun tau, ini hutang beli aiskerim dengan Apek dekat tepi padang kawat SPK dulu tau....
Hazizan: Oooomak kau...kau nampak penampor ni, aku dah bayar, aku letak dalam poket PD Green ko. Aku tengah kawad ko pergi lari pergi Alor Setar, tak nak commission dengan kami sapa suruh...ko cempak je PD Green tu kat depan berek, abis la duit tu Mat sabun dah sapu.

Wahid: Jodin, kat mana toilet dewan ni??
Jaudin: Haaa. mintak maaf skot, kat dewan ni tak de toilet. Ko nampak tasik depan tu tak? ko pergi tepi tasik tu, ko pancut la la sorang, baru ko tau sapa PKK sebenarnya....

Hashim (tuan rumah) lupa nak sediakan skot corner... depa ni tak nak balik lagi... tempat duduk tak de, tu yang bersenggeh sana sini.....kan mengganggu lalu lintas.

kesian diaorang ni kan...kata ada jemputan lagi satu, tapi dok bergebang tak abis-abis... nak kata tak pernah jumpa, tiap2 minggu jumpa....

BAKAT S37 pun nak berposing juga

baru siap-siap nak bergambor tapi orang dah ambik gambo. Tengok si Azmi tu tengah tarik suo

haaaa..yang ni baru betul-betul bergambo... kenderaan berat rapat ke kanannnnnnnn (ni kat US sebab kalau kat Malaysia kena rapat ke kiri)

Tuan Presiden S37 merasmikan acara penutup mewakili Kumpulan terakhir S37.

Ramai juga yang hadir walaupun tidak bersaing kerana masing-masing ada urusan yang tersendiri.  Skot Lokman Abdullah yang sama-sama terbang dengan Hashim bertugas sebagai penyambut tetamu. Dari gambar-gambar di atas, yang hadir ialah skot-skot Shuairi, Khairul Anuar, Jaudin, Halim Idris, Mustapha, Hamdan, Azmi, Hazizan, Othman Jahim, Wahid, Nasir, Shohemi, Ariffin, Razak Siran, Husin, Hairudin, Lod dan Razak Presiden. Mungkin antara 20 - 25 skot yang muncul. Sebahagiannya tidak dapat ditemui.

Turut sama ialah mantan instruktor kami di SPK, Mej Jen (B) Dato' Fazlurrahman bin Mohd Irfan.

Lebih kurang jam 1500, aku ebrtolak ke Kem Perdana Sungai Besi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak angkatku (semasa dia study di UPNM) iaitu Kapt Siti Zubaidah bin Mohd Shukri yang kebetulan berkahwin dengan Lt Nizam bin Azahan TLDM, anak tiri kepada skot aku Lt Kol Nazli bin Alias (RAMD).

17 november 
DEWAN JAMIL AHMAD 
KEM PERDANA, SUNGAI BESI
SKOT LT KOL NAZLI ALIAS (RAMD) 
.

Dato Sanusi dan Datin sampai awal
Bapak pengantin pompuan adalah STAF (SO1) beliau, manakala bapak pengantin lelaki pulak adalah SKOT.

antara yang datang awal; dari kiri: Suhaimi Saad, Nazli (co-host), ariffin Saimun, tetamu lain dan Adi Mazlin

Husin juga datang awal, takut kalau skot rimua yang lain datang, boleh miss soru dia

Husun, Ni baju batik terbaru nampak..... ada sekali skot pak Pin dan Halim

TAR dan isteri bersama co-host skot Nazli dan isteri

Ketika kumpulan S37 dari Taman Tasik Ampang Hilir sampai, dewan dah kosong, atas meja semua pun dah bersih... tapi kami datang bukan nak makan, untuk menghormati jemputan skot. Datang tetap datang.

oooo..masih ada teh tarik, tpi pelayan semua dah balik, jadi kena self service

selalu Tok Zizan yang rajin layan tetamu...petang ni dia dah tak larat bangun...tu yang Shohemi ambik alih tu

tetap ceria walaupun dengan segelas sirap
BAKAT di sini, BAHKOT di hujung dewan sana.....mesti ada yang tak kena niiiiiii

apa Shohemi dok godek kat belakang wife dia tu?

ehhh Shohemi ni, tak abis-abis lagi. Apa agaknya yang diseluk kat belakang Rosnah tu...sampai geli geleman, abis orang kanan kiri jadi kecoh

ANDAIAN dan ANDAIAN
1. Tetamu tak sedor diri, orang dah kemaih abis, masih tak nak balik.
2. Semeja tapi tak sekata (muka masing-masing ada interest tersendiri)
3. Ada satu gelas sirap, empat orang nak sergap. 3 tangan dah hulur tapi muka buat tak nampak. Sorang lagi tunggu lepa.

Pengantin kenalkan diri kepada tetamu

 skot bergambar dengan pengantin

BAKAT pun nak bergambo dengan pengantin juga

Last pose, sisa-sisa laskar pajang - kumpulan tetamu terakhir

Sebahagian dari skot yang datang ke sini lebih awal ialah Suhaimi Saad, Hamdan, Husin, Halim, Dato Sanusi, Ariffin, dan Roslan Shaari. Manakla skot yang bertolak dari Dewan Taman Tasik Ampang Hilir ke Sungai Besi bersama aku ialah; Khairul Anuar, Jaudin, Azmi, Hazizan, Wahid, Nasir, Shohemi, dan Razak Siran.

Arabian nite mplDtd 
port dickson

Pada 21 Nov 13, pegawai-pegawai di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD di Port Dickson telah mengadakan Majlis Makan Malam berkonsepkan Arab. Ramai warga S37 yang bertugas di PD yang menyertai majlis ini.
dari kiri skot Mej Mohd Norzuki, Lt Kol Rizal Tan, Lt Kol Lod Atan, Lt Kol Abdul Razak Hussein, Lt Kol Hj Hairudin Mokri dan Lt KolAbd Razak Siran.  
kanan sekali, Lt Kol Mubin Othman 

 TAKZIAH ANN MARIE

Pada jam 2223H, 17 Nov 13, aku telah menerima mesej melalui WhatsApp dari skot Shazarina (Monica Mowe) di Taiping yang menyatakan bahawa ibu kepada skot Ann Marie Ng Mui Lee telah meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 1800H. Ann yang menetap di Rawang sempat menemui ibunya sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhirnya.

Takziah untuk skot Ann sekeluarga.

May memories of your beloved mom and the love of family surround you and give you strength in the days ahead.



 hari keputeraan


Hari ini 22 Nov 2013 merupakan hari ulang tahun kelahiranku ke 54. Sejak semalam berpuluh-puluh utusan 'Happy Birthday' masuk melalui facebook, sms dan whatsapp. Terima kasih ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakan kenalan yang mengingatiku serta mendoakan diriku agar mendapat kerahmatan Allah, dimurahi rezeki, diberikan kesihatan yang baik, panjangkan usia dan sebagainya. Sebenarnya utusan dan ucapan seperti inilah yang boleh mengingatkan diriku tentang hari lahirku.

Sejak ada hari jadi, aku memang tidak pernah menyambutnya secara formal. Kalau ada di rumah cukup setakat menerima ucapan dan hadiah hari jadi dari isteri dan anak-anak sahaja. Cuma sejak 3 ke 4 tahun ini apabila anak-anakku sudah besar dan mempunyai pekerjaan, mereka ada membelikan hadiah hari jadi untukku.

Kadang-kadang aku sendiri lupa kepada tarikh ulang tahun ini. Sejak tahun 2010, apabila Tunku Ibrahim Ismail menaiki takhta Kerajaan Johor, setiap tahun aku diingatkan tentang tarikh hari jadi kerana baginda memiliki tarikh lahir yang sama denganku. Daulat Tuanku.

23 november 
DEWAN PULNORD
KEM BATU KANTONMEN
SKOT LT KOL ROSLAN HJ SHAARI (KOD)
.
Aku tak dapat hadir majlis skot Roslan kerana terpaksa menghadiri Bengkel 'Perfomance-Based Contract' di Equatorial Hotel Bangi. Hari kerja dah tak jumpa untuk buat bengkel, terpaksa buat weekend. Aku checked in hotel  pada hari Jumaat 22hb Nov. jam 2030 malam. Keadaan lalu-lintas petang itu amat sesak bemula aku keluar dari Smart Tunnel. Dari rumah ke hotel mengambil masa lebih dari dua jam.

Pada 23hb Nov, bengkel bermula jam 0830. Majlis berehat pada jam 1200 hingga 1430. Aku mengambil kesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabatku, Lt Kol Rosli bin Samsudin TUDM di Dewan Angkasaraya, PU KL. Itu sahaja yang sempat aku pergi. Hari itu, selain dari Rosli dan skot Roslan, aku ada dua lagi jemputan di Taman Seri Mahkota, Kuantan iaitu perkahwinan anak saudaraku Umi Humaira binti Amer. Satu lagi jemputan ialah dari rakan sekelas semasa di UTM Jalan Gurney, Hj Mohd Fuad Ahmad di Taman Metropolitan, Batu Caves.

Sampai semula di hotel jam 1430 dan selepas menunaikan solat Zohor terus masuk kembali ke dewan seminar sehingga jam 1830.


Melalui laman facebook TJP37, kelihatan yang hadir dalam majlis perkahwinan skot Roslan Shaari ialah skot Dato Hj Adnan Hashim, Razak Siran, Dato Zamrose, Mohd Jaudin, Mohd Husin Abdullah dan Mazhar Hj Palil.


 aktiviti disember '13  

07 DISember 
DEWAN MASJID BESI
(MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN) 
PUTRAJAYA
SKOT MEJ (B) HJ OTHMAN BIN MD JAHIM TUDM
(1100H - 1600H)

28 DISember 
DEWAN ORANG RAMAI
TAMAN MELATI, SETAPAK
SKOT LT KOL (B) ABD RAZAK BIN SALIM TUDM
(1200H - 1600H)

Amnan Azan Makkah di Masjid Negeri Shah Alam



.
.
.

Thursday, October 31, 2013

TJP37056: NOVEMBER IS MY MONTH


NOVEMBER PENUH AGENDA
 .
TAJUK INI AKU BUKA DAN MULA MENULIS PADA 1 NOV 13 dan disiarkan dalam laman blog pada 12 Nov 13 setelah selesai majlis perkahwinan anak skot Dato' Adnan pada 10 Nov 13. Tapi pada 16 Nov ketika aku sedang membuat beberapa pembetulan dan pelarasan kandungan blog ini, entah macam mana aku tersalah tekan...habi semua kandungannya hilang dan tak dapat dikembalik. Punya lah hangit aku.

Tetapi dengan berbekalkan kesabaran, aku mulai menaip cerita dan mencari dan meletakkan semula gambar-gambar dari sumber facebook satu persatu dari A sampai Z. Akhirnya balik dari Surau malam itu aku meneruskan kerja-kerja ini sehingga selesai semula pada jam 12.55. Kalau tak 100% sama kandungannya dengan yang sebelum ini, setidak-tidaknya mencapai 98%.

Bulan November merupakan bulan istimewa pada diriku kerana bulan ini aku akan menyambut hari ulangtahun kelahiranku ke 54. Sama tarikh dengan hari keputeraan Sultan Johor sekarang. Aku berdoa agar diriku serta seluruh ahli keluargaku dan rakan-rakanku sentiasa dilimpahi rahmat dan keampunan Allah swt. Semoga Allah akan mengampunkan segala dosa dan kesalahanku yang lalu dan aku mampu untuk terus meningkatkan amal dan ibadahku.

.....pada waktu aku menulis tajuk ini, aku sedang bercuti rehat selama seminggu selepas menjalani rawatan Angiogram di IJN pada 25 Okt 13. Pakar kardio telah menemui dua 'nearly blockages di salah satu dari 3 saluran darah utama ke jantungku. Sekarang saluran darah ke jantungku telah terpasang dua STENT sehingga akhir hayat.



antara ubat berkaitan darah yang terpaksa aku makan sepanjang hayatku

Mulai sekarang aku perlu serius dalam menjaga permakanan khususnya makanan yang emngandungi banyak kolesterol dan lemak. Kandungan kolesterol dalam badan sekarang (sejak beberapa tahun lalu) ialah 7 +. Aku juga perlu menurunkan ukuran BMI sekarang (26.9) ke tahap yang lebih sihat dan stabil iaitu 23. Begitu juga kandungan asid urik dalam darah yang agak membimbangkan. Tekanan darah juga kurang stabil kadang-kadang mencapai tahap boarderline case.


makanan berzat

CABARAN DAN CABARAN

Apa yang bakal menduga aku ialah di hujung tahun ini banyak jemputan majlis perkahwinan, kuhusus-nya dari skot-skot aku. Ia pasti satu cabaran.

Memenuhi jemputan adalah wajib kecuali ada halangan atau terdapat unsur-unsur kemungkaran dalam majlis tersebut seperti hiburan yang melampaui batas, pergaulan bebas yang tidak terkawal atau unsur khurafat yang bertentangan dengan islam.

Memenuhi jemputan akan meningkatkan hubungan silaturrahmi sama ada di kalangan jiran tetangga, saudara-mara dan sahabat handai. Rasulullah s.a.w dalam sabdanya juga menyentuhi mengenai perkara ini.

Hadis riwayat Muslim, dari Anas bin Malik r.a. Rusulullah saw bersabda maksudnya, "barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturrahmi".



Menghadiri jemputan dan menerima serta melayan kehadiran tetamu adalah satu ibadah yang mulia. Menjamu tetamu adalah juga kerja mulia. Bagaimanapun kita jangan lupa, segalanya perlu dilaksanakan dengan kesederhanaan. Jangan membazir. Allah berfirman yang maksudnya:

"makan dan minumlah, jangan berlebih-lebihan" - (Surat al A'araf: Ayat 31)


Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal”Sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar ialah kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan.


Dalam satu lagi hadisnya, Rasulullah saw yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya”  Tatacara yang dianjurkan Rasulullah SAW ketika makan ialah dengan ‘makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’.

Ibn Qaiyim al-Jauziyah telah menjelaskan di dalam kitab At-Tib an-Nabawi, “Sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi oleh minuman, ia menyempitkan ruang untuk nafas dan ketika itu ia terdedah kepada kesakitan dan keletihan. Keadaan seperti ini tidak ubah seperti seorang yang terpaksa memikul barang yang berat dan kesannya menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan beribadah"


.
Antara cabaran yang akan dilalui sepanjang bulan November dan Disember ini ialah pelbagai juadah semasa menghadiri majlis perkahwinan:


  
  


Beberapa hari lepas menerima mesej whatsapp dari abang aku menyatakan bahawa buah durian di keliling rumah bapak/emak di kampung pun sedang menanti waktu untuk gugur ke bumi. Ini pun cabaran juga. Doktor kata, durian tak ada kolesterol. dan tak ada lemak. Tapi banyak kandungan gula. Lagi satu panas. Ancaman untuk diabetes dan juga darah tinggi. Boleh makannnnn..tapi berpada-pada la.

 



2 november 
hari deepavali & DIWALI

Sabtu 2 Nov 13 merupakan Hari Deepavali yang dirayakan oleh penganut ugama Hindu di Malaysia. Skot Manisegaran a/l Vadivel (berhenti dari ATM dan berkhidmat dengan PDRM) telah mengadakan rumah terbuka di Taman Aman Perdana, Klang. Kebetulan hanya skot Ariffin (UPNM) sahaja yang menerima maklumat mengenai majlis ini. Mungkin kerana kebetulan anak perempuan skot Manisegaran sedang mengikuti pengajian di UPNM.




3 november 
DESA PINGGIRAN PUTRA
SKOT LT HJ WAHID HJ YUSOF TUDM (B) 
.
Skot Hj Abdul Wahid bin Hj Yusoff berasal dari Pahang dan selepas sama-sama menjalani latihan di SPK kami bersama-sama juga melapor diri ke Pulatibang I di TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan penerbangan. Tetapi kami hanya dua minggu lebih sahaja dapat bersama di sana kerana aku terpaksa melapor diri ke Pulatibang II TUDM Kluang kerana menjalani latihan penerbangan helikopter.  Setelah itu aku tidak lagi pernah berjumpa Wahid sehingga dia berhenti dari TUDM ketika berpangkat Leftenan. Dia berjaya mendapat sayap penerbangan dan menerbangkan pesawat Caribou.

Kali pertama aku bertemu Wahid (setelah dia berhenti) ialah semasa Reunion Skot 37 di Mes Pegawai RSD Jalan Ampang dalam tahun 2006.

Skot Hj Wahid dan isteri Hajjah Rahana sekarang menetap di Jalan Pinggiran Putra, Desa Pinggiran Putra, Kajang.

Malam Ahad itu aku tidur di Seremban. Aku bertolak dari Seremban lebih kurang jam 1130 ke Putrajaya. Walaupun aku tak pernah sampai ke Desa Pinggiran Putra, aku mudah mencari kawasan ini berpandukan kepada tanda jalan.


antara kumpulan yang datang awal di majlis Hj Wahid. Kelihatan di belakang ialah skot Mazhar Hj Palil, Azman Daud, Lokman Abdullah dan duduk ialah TAR dan Syed Azhar SAB

Lokman Abdullah, TAR, Hashim Hamzah, Othman Md Jahim, Jaudin Saad, Syed Azhar SAB dan Dato Romlee Yahaya
bergambar dengan bapak pengantin sebelum pulang. Turut sama ialah skot Mustapha (bersongkok), Suhaimi Saad (baju biru), Shuairi (belakang Suhaimi) dan Halim Idris (kanan sekali)
yang datang setelah aku balik. Kelihatan Dato Azlan Abd Rahman, Hazman Ahmad, Jaafar Pangat,Lod Atan, Hamdan Abdullah dan Razak Hussin

Yang baru masuk nampaknya ialah skot Dato Hj Adnan Hashim

Yang baru kelihatan dalam gambar ini ialah skot Hj Yatim Mohd Nor, Dato Hazizan Ahmad dan Nasir Chong

Tuan rumah bersama skot Mohd Ariffin Saimon. Kali pertama dapat melihat skot Hj Wahid berpakaian kemas. Ini pun aku rasa dekat 4 jam Mak Aji Ana puas memujuk supaya pakai baju Melayu. Sekaaaaaaaali je bangggg. Kalau tak, dia belasah pakai baju Benggali atau seluar jeans dia je.

Skot Yatim dengan Norzahari sentiasa datang bersama. Alasan utama ialah rumah berdekatan. Bagus car pool. Jimat minyak. Kalau pergi sorang tersesat..kalau cerita pasti kena kutuk. Tapi kalau pergi dua orang, kalau sesat, dua-dua sesat, so tak ada sapa boleh disalahkan.
skot Mustapha, paling berdisiplin dan sentiasa memakai pakain kebangsaan lengkap dalam semua majlis perkahwinan yang dihadiri

Nampaknya ramai juga yang hadir dalam majlis skot Wahid. Beberapa lagi skot yang hadir dan dapat ditemui tidak ada gambar yang dirakamkan, seperti skot Razak Siran, Salleh Amil, Abu Bakar Kamarudin dan Dato Kamalruzaman Othman.

TAHNIAH SKOT HJ WAHID!

Sementara menunggu majlis di rumah Dato Hj Adnan pada 9 Nov 13, beberapa peristiwa telah dicatatkan.

Pada 5 Nov, skot Presiden Razak bermain golf bersama skot Dato Seri Ahmad Hasbullah di Port Dickson.

Pada 7 Nov 13, skot-skot Noraini Ahmad, Marmilah Munajat dan Siti Hajar Syed Hassan telah menziarahi skot Ann Marie di wad Institut Onkologi & Radioterapi HKL.

Skot Ann-Marie diberitakan amat terharu dan menangis menerima kunjungan rakan skot yang berpuluh tahun tidak ditemui.


Pada 9 Nov 13, skot Razak yang sedang dalam tugas di Kuching telah sempat menemui skot kita, Ahmad Nordin bin Roslan sebelum berlepas pulang pada petang hari itu. Nordin kini bermastautin di Kuching. Nordin yang menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 dan berumahtangga dengan orang Kuching kini mengusahakan sebuah syarikat keselamatan di Kuching. Diberitakan juga skot Nordin baru seminggu menjalani rawatan angiogram di IJN Kuching.


puteraku menawan 
puncak broga 

Pada pagi 9 November, tanpa aku ketahui, anakku Muhammad Heikal Fawwaz (18 tahun) telah berjaya mendaki puncak Bukit Broga bersama beberapa rakan sekelas dari Madinah International University. Aku sendiri tidak diberitahunya, hanya setelah selamat pulang baru dia bercerita. Dia pun tidak tahu bahawa 33 tahun dahulu ayahnya telah berada di puncak Broga ini dengan penuh keperitan. Bukan mendaki secara sukarela tetapi dipaksa, hanya untuk melayakkan diri menjadi seorang Leftenan Muda.
.


10 november 
DEWAN CAC, UIAM GOMBAK
SKOT MEJ DATO HJ ADNAN HASHIM (B) 
.
Skot Dato Hj Adnan Hashim, tokey jambatan besi yang banyak beropearsi di negeri Bujang Senang telah mengadakan majlis perkahwinan puteri keduanya, Syazana.

Aku dan isteri dijemput untuk datang ke rumah sehari sebelum majlis resepsi di Dewan CAC UIAM Gombak untuk majlis pernikahan.

Majlis yang bermula jam 1715 itu diiringi dengan hujan lebat. Aku juga sampai ketika hujan baru mula turun. Walaupun dalam keadaan lebat, majlis berjalan lancar. Skot yang turut ada dalam majlis ialah Azmi Abd Hamid dan Shohemi Hashim. Husin tidak hadir hanya menghantar wakil, isterinya. Majlis selesai hampir Maghrib.

 
  
Skot yang tak tau balik walaupun hari dah gelap. Tengok kerusi kat belakang tu dan lama tersusun, anak Shohemi tu pun nampak dah tersadai bermimpi atas kerusi tapi depa dua orang ni tak faham-faham. 
.
Pada 10hb Nov, majlis resepsi dijalankan di Dewan CAC, UIAM, Gombak. Aku bersama skot Razak Presiden dan Mohd Nordin TPK telah dijemput untuk membantu tuan rumah menjadi penyambut tetamu. Maklumlah dewan amat besar, tuan rumah pulak jauh ke dalam, kalau tak kena gaya tetamu boleh sesat ke majlis lain.

Kami dihadiahi dengan sepasang pakaian khas untuk penyambut tetamu.




pasti penonton terpesona dengan kumpulan nasyid 5 siri ini.... lepas ni pasti ramai nak minta sign autograf dan nak add in dalam facebook.

Tuan rumah menyediakan satu ruang khas di luar dewan untuk skot-skot bergebang.  Kalau tak bagi, nanti penuh meja makan dalam dewan, kesian tetamu lain tak dapat tempat duduk.

Nasir garu kepala....jenuh nak mengingat nama skot yang baru pertama kali hadir dalam mana-mana majlis skot di KL, skot Ishak Mat Isa yang datang jauh dari Seberang Perai. Kelihatan juga Dato Zamrose dan Shohemi

Pertemuan sahabat lama- skot-skot yang pertama kali jumpa sejak 33 tahun Dato Sanusi dan Ishak. Diperhatikan oleh Mufti Guangzhou.

kiri sekali ialah skot Noor Azmi Karim, yang jarang sekali ditemui. Kelihatan bersama skot-skot Hashim Hamzah, Ishak Mat Isa, TAR, Salihudin Daud dan Razak Presiden.

Razak dan TAR bersama Salihudin dan isteri serta Dato Sanusi dan Datin

Ishak dan Hashim bersama tetamu yang datang dari Melaka iaitu skot Khairul Anuar dan isteri/anak.

mengambil catatan kehadiran

Dato Sanusi, Hashim, Ishak dan Presiden

skot Azmi abru sampai

Nasir tengah kelentong skot Lod Atan. Caya sangat lah tu. Halim Idris, Hamdan dan Ishak tak ambik kesah.

Dato Romle dah setengah jam kata nak balik tapi tak bergerak jugak, seronok jumpa kawan-kawan lama

Nasir dah menggeliat boring bila sorang pun tak layan dia.

Tengah ialah skot Hashim Muhamad (exRAD)  (3 dari kanan) yang pertama kali muncul dalam majlis S37

Haji Wahid (Chief Ragger S37) sedang mengorietasi skot Hashim

Skot Razak Siran dengan gaya manjanya bersama Jasni Mohd Noor dan Nasir Sulaiman

Hashim (kiri sekali) tengah bersemangat memberi taklimat tentang aturcara majlis perkahwinan anaknya seminggu lagi.

Yang makan di dalam dewan

Awat la beso sangat meja ni. Nak ambik makanan pun susah. Malas betui aku nak bangun.

skot Nasir melepaskan kerinduan kepada skot Raja Hj Zakaria

sejak terlepas dari belenggu memandu pesawat VVIP ni baru lah Dato Romlee dapat senyum lebar

dari kanan skot Tahir Said, Norhaili, Hashim Mohamad, Mazhar, Raja Zakaria dan Rahim (S38)

skot Razak sekeluarga sedang menemuduga skot Datin Hamidah (agaknya nak cari menantu la tu kot)

Dua dari 3 skot PKW yang hadir. Skot Noraini Ahmad dan Datin Hamidah Hamidin. Noraini datang bersama suaminya Kdr Nasir (B) dan seorang anaknya.

Skot Hjh Marmilah Munajat kelihatan masih anggun, datang dengan dua orang anaknya

Mentang-mentang laki dia tak ikut, semua menyebok nak bergambar dengan Marmilah
Belakang, dari kiri ialah Abu Bakar, Hazman, Razak dan TAR. Duduk ialah Marmilah, Mustapha, Dato Hazizan dan Nasir Chong

bersantai sebelum pulang

masih bersantai. yang lain dah bangun. skot Mazhar dan skot Roslan masing bercerita pasal sakit lutut.

macam bergambar waktu seminar

skot Jaudin sorang yang tak boleh duduk macam yang lain. Dah biasa duduk dengar ceramah kat surau bersila berjam-jam, macam ni la jadiknya

Opppocot P%$#*@ mak kaooo.......Haji Wahid, macam biasa la...asyik nak sakat Jaudin

DEPA PUN JUMPA SKOT


Wajah Mak Aji Ana masih kelihatan ceria walaupun penat kerja menerima menantu minggu lepas (3hb) masih belum hilang
antara wajah-wajah PERITBT S37.....Persatuan Isteri Tak Boleh Tinggal

Muka masing-masing dah boring tahap gaban menunggu suami bila nak abis bersembang

Haaaa....Datin nak dengar tak, kelmarin laki aku sembelih ayam utan. Dia kata banyak khasiatnya. Ye laaaa..tak kan datin tak tau, ayam utan punya perangai. Tenggek kokok, kokok je nak tenggek.

Ehhh, suami kita semua kan satu skot..jadi kita semua ni pun satu skot jugak la kan?... lain kali kalo kita buat majlis laki kita tak nak ikut, kita semua boikot majlis skot diorang.

skot barisan belakang S37

aku nak balik dah niiiii..ehh mana bunga teloq aku?....alamakkk..baru aku ingat, tertinggal atas meja makan tadi... tu la.. dok asyik berbual, sampai lupa bunga telor....

Masih bergaya...tiru macam sayaaaaaa

peragawati handbag

cuba tengok etul-betul...haaaa, siapa yang paling....kembanggggg

inilahhhhhhh barisan kita, yang selesaiii berjuang

cuba kira, mana ramai, yang masih berkhidmat atau yang dah pencen??

beraksi ramai sebelum pulang

Dato Kamalruzaman dan Datin datang lewat ketika hampir semua skot dah balik

Tuan Presiden merasmikan penuaian ladang anggur

bergambar dengan pasangan pengantin dan tuan rumah
makan sudah, minum sudah, jubah free, dapat hadiah lagi.
Dato Kamalruzaman antara tetamu di penghujung majlis


Keseluruhannya seramai 48 skot yang hadir. Inilah rekod yang paling ramai hadir dalam mana-mana majlis perkahwinan anak-anak skot setakat ini.

TAHNIAH SKOT DATO' ADNAN


WELCOME TO THE CROWD  
SKOT JAMIL AZIZ

Pada 13 Nov 13, laman facebook S37 telah menerima tawaran seseorang untuk add in dalam group menggunakan nama Jamil Aziz. Setelah diselidiki dalam senarai Intake 37 memang ada nama PK Mohd Jamil bin Alang ABd Aziz (3001511). Setelah mendapat pengesahan dari beberapa rakan skot maka mereka mengesahkan bahawa beliau adalah skot Jamil Aziz dari Bn Tuah SPK.




Berita dari Skot Razak (Presiden) di PD diterima pada pagi 17 Nov 13 menunjukkan beliau bersama S37 Cawangan PD sedang meraikan jemputan warga ATM beragama Hindu yang mengadakan Hari Terbuka Deepavali di Pusat latihan Asas TD (PUSASDA), Kem Sirusa, Port Dickson.


 
 
 

Apabila bertembung dengan majlis perayaan agama lain ini kita selalunya kita tersepit (dilemma) antara ugama dan kawan serta perintah ketua. Biasanya (malah selalunya- khususnya kita yang berkhidmat dalam ATM) kita sanggup meminggirkan hukum agama atas dasar mematuhi arahan ketua.


Kita dilatih seperti itu, apa-apa majlis yang dianjurkan oleh pasukan adalah satu PARADE. Menghadiri parade dalam ATM adalah wajib (bukan fardhu ain dan bukan fardhu kifayah). Pastinya kehadiran kita (kita ni termasuk apa yang pernah aku lakukan) adalah semata-mata parade, bukan untuk sama-sama mengagungkan hari perayaan ugama mereka.

Kalau TANYA Ustaz KAGAT, jawapannya ialah "Betul, hukumnya haram, tapi err...err...eerrr...".

Berikut adalah petikan yang aku perolehi dari satu lamanweb.

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”




COMING SOON............. 


17 november 
DEWAN SERBAGUNA 
DESA AMPANG HILIR
SKOT KAPT HASHIM HAMZAH TUDM (B) 
(1200H - 1430H)

17 november 
DEWAN JAMIL AHMAD 
KEM PERDANA, SUNGAI BESI
SKOT LT KOL NAZLI ALIAS (RAMD) 
(1500H - 1600H)

23 november 
DEWAN PULNORD
KEM BATU KANTONMEN
SKOT LT KOL ROSLAN HJ SHAARI (KOD)
(1200H - 1600H)