SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Monday, June 23, 2014

TJP37067: MALAM SEMBANG-SEMBANG 37 FELDA VILLA

 MALAM 
SEMBANG SEMBANG S37 

Tahun 2014, warga S37 belum lagi menganjurkan apa-apa majlis (gathering) secara formal. Pertemuan memang selalu berlaku semasa menghadiri majlis perkahwinan anak-anak skot yang boleh dikatan setiap bulan sejak awal tahun ini. Namun ia melibatkan kumpulan kecil kerana masa ketibaannya berbeza-beza mengikut keselesaan masing-masing. 

Cadangan untuk mengadakan gathering banyak kali diperbualkan di kalangan skot yang concerned semasa majlis-majlis pertemuan, khususnya majlis perkahwinan. Akhirnya kata putus dibuat semasa menghadiri majlis perkahwinan anak skot Hj Mohd Saiful di Country Height, Kajang pada 7 Jun 2014.

Iklan di paparkan dalam facebook pada 8 Jun 2014. Majlis akan diadakan pada 23 Jun 2014 (malam)

Aku ditugaskan untuk menguruskan tempat. Beberapa tempat dipertimbangkan seperti Restoran Nelayan dan Restoran Melayu. Akhirnya D'Saji Felda Villa telah dipilih. Aku membuat tempahan pada 13 Jun 2014. Buffet, RM42 se kepala)

Seperti biasa, sebagai co-organizer (bersama skot Razak Presiden), cabaran yang paling besar ialah untuk mendapat renponse dari kaum skot ni. Masing-masing amat busy tak sempat nak bagi jawapan. Berapa nak booking seat ni? D'Saji mintak 50% deposit. Nak tempah 100 (RM42 x 100 = RM4200), kena deposit RM2100. Dibuatnya yang datang cuma 30 orang, tak pulang modal pulak. Nak booking 50 seat, nanti sambutan hangat, tak sempat nak tambah pulak.

Dilemma Melayu. 

Pakat dengan Razak, kita book 60 seat je, take the risk.

Tinggal 3 hari, cuma dapat dalam 18 orang (x 2) jadi 36 orang. D'Saji dah mintak 100% dah. So, kena dahulukan RM2520.00 pada 18 Jun 14.

Hari akhir, 21hb dapat 28 pasang. Itu pun ada yang masih 45 - 60% confirmed. Whatever la skot. Last minute, 22hb ada 3 skot yang tarik diri. Komitmen yang tak dapat dielakkan.

Namun, JADI mesti JADI.



  

Waktu aku sampai lebih kurang jam 1950H, yang dah ada situ ialah skot Ahmad Nasir (Kapt (B) KAD). Aku tak pernah jumpa Nasir sejak keluar dari SPK tahun 1981. Ini adalah kali pertama Nasir join aktiviti S37. Menggembirakan.

Selepas itu baru satu persatu skot yang datang.

x
 sembang-sembang dulu sebagai preamble
walaupun selalu jumpa, kena berlakun macam dah lama tak jumpa

x
Gambar sebelum makan 

 
bawa anak dan cucu untuk carikan jodoh 


 
dua Dato' yang sama-sama meluahkan perasaan pasal kerja

Nasir tengah cerita pasal dia dengan sorang kawan telah salah masuk rumah untuk majlis jemputan kahwin.  


Shahrin, mana ada cerita lain. Mesti pasal pengemabaraan dia mengelilingi dunia. Kesah dia tak keluar modal sewa bilik dan makan sebab squat rumah Affendi di Melbourne. 


Tuan Presiden ni, berucap pun gaya macam berkaraoke 




Zamrose sudah pecahkan rahsia Alias.....bila dia cakap, dia pegang tangan aku... pastuuuuu dia tarik tangan akuuuu.....


 








  



Triangle discussion. Bila KP, Ordnans dan Renjer bertemu, entah apa pulak yang mereka cerita, sapa kelentong sapa pun tak tau 



RMR, RMAF, SSR, RMAF, RMR, RAC, RMR and RMAF




x
 Semua eager nak dengar citer Pak Pin nak pecahkan rahsia pasal Che Gayah dan Che Det, lama punya tunggu, taik kuda pun tak da.


x
Rahim kecewa kerana Asran tak sampai. Sampai ke habis dia mengeluh tak dapat makan durian 


x
Nasir Chong tengah chong Dato' Azlan.


tengok muka Dato Hazizan. Bengang je tunggu Asran bawa durian. Hj Azemi dok tengok pintu gerbang, kalau-kalau Asran sampai. Azmi Hamid buat bodo sebab dah kenyang makan durian kat rumah aku minggu lepas.



Skot Asran janji datang nak bawa durian Balik Pulau, tapi kecundang untuk menyeberangi jambatan kedua Pulau Pinang. Maka ramai yang hampir kempunan makan durian Udang Merah. Nasib la kawan. Nanti lah kita tunggu durian Jelebu jatuh, aku jemput korang datang rumah makan durian.


Sabari, Shohemi, Nasir dan Pak Pin 


Gelojohnya Rahim... ni bahana bini dah 3 hari demam.... 3 hari x dapat makan masakan bini la niii


skot Noor Sabrina @ Lolly, the only ladies squad appeared in the gathering, dia pun macam Hazizan, kempunan nak makan durian




Gathering kali ni, kaum BAKAT pulak yang ada banyak perubahan. Selalu kalau ada gathering, pukul 10 depa dah terkenyit, terlambai, termuncung, terbisik-bisik nak ajak balik. Kali ni, depa bukan main lekat. Entah apa yang disembang pun tak tau. 

Cik-cik abang esok nak kerja, cik-cik abang dah mula bangun nak balik. Cik-cik abang dah mula bersalam-salaman nak berpisah. Tapi depa buat deekkkkkk je, melekat kat kerusi masing-masing.

Selalu nak ajak bergambar, bukan main berat. Masing malas nak bangun dan malas nak susun tempat duduk. Kali ini, amboii, bukan main, tak ada yang bagi arahan, tak ada yang ajak, pandai pulak susun kerusi, ambik tempat duduk, yang tinggi di tengah yang rendah ke kanan dan ke kiri...caomeiiii je, ambik gambar. Cari corner sendiri.Tak ajak cik-cik abang pulak tu. 






Ramai juga yang janji nak mai, tapi sampai ke ujung tak nampak batang hidung. Siapa agaknya?... Tak payah la nak habaq. Itu adt la. Last-last minutes banyak benda yang tak duga yang boleh menghalang program yang ditetapkan. Ada juga yang tak jawab mesej, tetiba muncul. Jadi penyelamat pulak dah. Kalau tak, pasti banyak makanan yang terbazir.

.Skot yang hadir malam itu (54 orang termasuk kanak-kanak):
  1. Abdul Razak Hussein dan isteri
  2. Adnan Hashim dan isteri
  3. Azlan Abdul Rahman
  4. Ahmad Nasir Abd Majid (ini adalah kali pertama skot Nasir muncul dalam mana-mana aktiviti S37, tahniah skot dan teruskan bersama....)
  5. Alias Hamdan dan isteri
  6. Ahmad Sabari dan isteri
  7. Azemi Mat Saud dan isteri
  8. Azmi Abd Hamid dan isteri
  9. Hamdan Abdullah dan isteri/anak
  10. Hazizan Ahmad dan isteri
  11. Khairul Annuar Yaacob dan isteri
  12. Muhd Shuairi Abdullah dan anak-anak
  13. Mustapha Ahmad dan isteri
  14. Mohd Ariffin Saimun dan isteri
  15. Mohd Husin Abdullah dan anak
  16. Mohd Nasir Abdullah dan isteri
  17. Mohd Jaudin Saad dan isteri
  18. Noor Sabrina @ Lolly Abdullah dan anak-anak saudara (wakil tunggal skot wanita)
  19. Rahim Osman
  20. Shohemi Hashim dan isteri/anak
  21. Shahrin Osman
  22. Toharudin Ab Rasid dan isteri/anak-anak
  23. Zamrose Mohd Zain dan isteri/anak-anak



akan datang

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT
LT KOL (B) HJ AZEMI BIN MAT SAUD TUDM
DI DEWAN MERAK KAYANGAN
ANJUNG FELDA, JALAN GURNEY
17 OGOS 2014






Friday, May 30, 2014

CHAPTER 066: BULAN JUN BULAN TUDM

jun 2014

Dalam bulan ini (Jun) 2014 mengikut percaturan asal, aku sepatutnya bertukar tempat kerja. Sebagai amalan biasa dalam perkhidmatan, setiap pegawai perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman supaya lebih matang dan berwibawa.

Setelah berkhidmat sebanyak dua kali di Markas Logistik Udara (MLU) sebagai PS1 Khidmat Pembaikan, KSK dan Pegawai Memerintah memang sudah sewajarnya aku berubah angin. Kali pertama aku diberi peluang berkhidmat di MLU ialah pada bulan April 2007 sebagai PS Pembaikan (ketika berpangkat Lt Kol TUDM) sebelum mengambil-alih jawatan KSK pada Julai 2008. Aku dinaikkan pangkat Kolonel pada 1 Jun 2009. Pada 1 Jan 2011 aku ditukarkan ke MTU-BPS sebagai Pengarah Pengurusan Transformasi, satu perjawatan (adhoc) yang baru diwujudkan selari dengan wawasan AIR FORCE NEXT GENERATION. Pada Feb 2012 aku sekali lagi dikembalikan ke MLU untuk menyandang jawatan lama sebagai KSK dan Pegawai Memerintah.

Sehingga 31 Mei 2014, tempoh khidmatku di MLU sudah mencapai ENAM tahun DUA bulan. Satu tempoh yang terlalu lama bagi penyandang jawatan bertaraf Kolonel ke atas. Apa lagi jawatan yang bersifat amat SENSITIF seperti KSK ini.

Bunyi dan suara untuk perubahan jawatan telah bermula sejak Feb 2014 dan diperkuatkan dengan berita yang disampaikan kepadaku oleh bossku pada April 2014. Jawatan baru pun sudah dinyatakan. Namun pada minggu terakhir Mei 2014, harapan tersebut kembali pudar apabila berita menyatakan cadangan pertukaran tersebut ditangguhkan. SEBAB?

Hari ini aku masih menunggu.

Bulan TUDM

1 Jun bukan sahaja hari kelahiran TUDM, tarikh ini juga tarikh kuatkuasa aku dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM (1 Jun 2009). Ini bermakna, hari ini merupakan genap 5 tahun aku menyandang pangkat ini.

Bulan Jun merupakan bulan yang paling sibuk bagi TUDM kerana 1 Jun 2014 adalah Hari Ulangtahun ke 56 TUDM. Bermula pada 29 Mei 14, majlis Tahlil dan Doa Selamat HUT diadakan di Masjid Jame' PUKL dengan menghadirkan penceramah @ pendakwah bebas kontemporari Ustaz Muhamamd Kazim bin Elias.

Pada 31 Mei 14, Khutbah Khas HUT 56 di Masjid PUKL juga dengan mencipta sejarah tersendiri apabila Khutbah dibacakan oleh seorang pegawai TUDM iaitu Mejar Jeneral Dato Hj Mazlan bin Hj Abas TUDM (AKS Sumber Manusia).

Pada 01 Jun 14, Perbarisan HUT ke 56 TUDM telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK). Inilah julung kali pangkalan ini dipilih menjadi tuan rumah. Lazimnya perbarisan HUT TUDM diadakan di PU Kuala Lumpur atau PU Subang. Pada tahun 2011, PU Butterworth telah dipilih menjadi hos.

Jam 0400, aku sudah bangun bersiap-siap untuk ke PUGK kerana mesti berada di Terminal PUSUB sebelum jam 0600. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 0535 (pemandu lewat sedikit) dan tiba di PUSUB tepat jam 0600.  Pesawat berlepas jam 0645 dan tiba di PUGK lebih kurang jam 0800.

REZ_0866 
REZ_0991 
REZ_1044 

Majlis selesai lebih kurang jam 1030. Selepas menikmati jamuan kami berlepas pulang ke PUSUB dengan menaiki pesawat C130H lebih kurang jam 1115 dan tiba di PUSUB jam 1230.

Sebaik sahaja meletakkan punggung di tempat duduk (para seats) pesawat masing-masing melepaskan kepenatan dan melelapkan mata. Masing-masing keletihan kerana pagi tadi kesemuanya rata-rata bangun sebelum jam 0400. Penerbangan satu jam ini diambil kesempatan sebaik-baiknya walaupun keadaan tempat duduk yang sesak (terpaksa duduk bersilang lutut) dan tidak selesa.

Selain dari HUT TUDM, 1hb Jun adalah Hari Raya bagi suku kaum Iban dan Dayak di Sarawak, iaitu Hari GAWAI DAYAK. Awal bulan Jun juga adalah Hari Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda YDP Agong. Acara bermula dari 5hb Jun dengan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Masjid Negara (selepas Solat Maghrib). Dalam majlis tersebut aku bertemu dengan skot Razak (Presiden S37), skot Dato' Zamrose dan skot Dato' Azlan.

Sebaik sahaja selesai Solat Isyak di Masjid Negara, aku bergegas ke Surau Luqman Hakim kerana malam itu rakan sejemaah Lt Kol Nasarudin mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan anak beliau yang baru dinikahkan pada siang tadi.

Pada 6hb Jun pula adalah Khutbah Khas Keputeraan YDP Agong di Masjid Putra, Putrajaya. Walaupun aku dah siapkan pakaian No 2 bersama songkok No 1, aku tidak pergi ke Putrajaya kerana hanya pegawai yang dijemput sahaja perlu ke sana. Jadi, aku bersolat Jumaat di Masjid PUKL. 

Skot Razak ada hantar gambar beliau di Masjid Putra bersama skot Dato' Azlan.



Jemputan Majlis Perkahwinan anak Skot Mohd Saiful di Country Height, Kajang
7 Jun 2014

Bulan Jun 2014 seiring dengan bulan Syaaban tahun Hijriyah 1435. Ini bermakna, sebulan lagi kita akan menyambut bulan besar dalam kalendar Islam, iaitu bulan Ramadhan. Biarpun begitu, ramai yang mengambil bulan ini untuk menyelesaikan majlis perkahwinan sebelum tiba bulan puasa.


Pada 7 Jun 14, giliran skot Kapt Mohd Saiful Abd Rashid (B) bekas pegawai RAMD dan Puan Rahimah binti Sulaiman untuk mengahwinkan anak perempuan mereka Azza Sofya.

Hujung minggu ini aku tak dapat balik ke rumah Seremban lantaran program yang padat. Pada siang 7hb aku ada jemputan perkahwinan. Sebelum ke rumah skot Mohd Saiful, aku dan isteri menghadiri jemputan perkahwinan anak Lt Kol Nasarudin Che Om (dan Puan Norjannah) rakan jemaah surau Luqman Hakim. Majlis dia adakan di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn. Setelah keluar dari majlis jemputan di situ dan menyempurnakan solat Zohor di Masjid Kem Wardieburn kami terus menuju ke rumah skot Saiful di Jalan Cinta Alam F, Country Height, Kajang.

Semasa aku tiba, skot-skot yang telah ada di sana ialah Razak Hussain, Dato Hazizan, Hamdan Abdullah Shohemi Hashim , Azmi Hamid, Lod Atan dan Razak Siran. Selepas aku sampai, beberapa skot lagi turut sampai, antaranya skot Husin Abdullah, Norzahari Zeelan, Hazman, Hj Hairudin dan Nazli. Manakala skot yang sampai setelah aku pulang ialah Hjh Marmilah. Skot yang telah sampai awal dan telah pulang semasa aku sampai ialah skot Mubin Othman dan Halim Idris.

Aku terpaksa pulang lebih awal kerana pada malamnya aku perlu menghadiri Majlis Makan Malam sempena HUT TUDM ke 56 di Oriental Mandarin, KLCC.

Berikut dipaparkan beberapa foto kemeriahan di rumah skot Saiful.

.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
   
bersama ibu pengantin perempuan, Puan Hjh Rahimah 

 
 
bersama pasangan pengantin 
  
 
berat betul kaki kakak-kakak ni nak melangkah pulang
teringin memiliki rumah seperti mahligai milik keluarga Saiful

TAHNIAH  UNTUK
SKOT HJ MOHD SAIFUL DAN HJH RAHIMAH!
.


Seperti aku sebut tadi, walaupun belum puas bersembang dengan skot-skot di rumah Saiful, aku terpaksa meninggal majlis kerana untuk bersiap menghadiri Majlis Makan Malam sempena HUT TUDM ke 56 di Mandarin Oriental, KL. Majlis bermula jam 1930.

Aku bertolak dari rumah jam 1900 dan bersolat magrib di hotel. Majlis turut dihadiri oleh DYMM Sultan Pahang selaku Kolonel YDP TUDM.

Bagi yang masih gemarkan hiburan, malam itu memang menyeronokkan mereka. Seperti yang dilalui sejak aku menyertai TUDM lebih 30 tahun yang lalu, hiburan masih tetap menjadi agenda utama dalam mana-mana Majlis Makan Malam rasmi. Masih ada yang menjadi dansa sebagai hobi ataupun terapi diri melepaskan tekanan kerja atau meluahkan rasa kegembiraan. Masih banyak yang belum berubah dari warisan penjajah Barat. Malam itu ada artis-artis seperti Fauziah Latiff, Zehra Zambri, Eja, Dato Siti Norhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Dato Khaty Ibrahim.

Melalui whatsapp, aku juga menerima berita dari skot Dato Zambrose yang mengikuti rombongan YB MENHAN ke kawasan Operasi ESSCOM. 

Pada 8hb Jun, aktiviti hujung minggu ini diteruskan dengan menghadiri Majlis Jamuan Teh DiRaja di Istana Negara yang baru.  Inilah kali pertama aku memasuki istana baru bernilai lebih RM800 juta yang mula didiami oleh SPB YDP Agong XXIII mulai 15 November 2011. Semasa menikmati jamuan aku bertemu dengan skot Mej Hj Othman Md Jahim TUDM (B) bersama isteri dan anaknya.

Pada malam 12 Jun 2014 Kor Armor DiRaja (KAD) mengadakan majlis makan malam meraikan pegawai-pegawai kanannya yang telah bersara. Dalam majlis itu skot Abdul Razak (Presiden) telah bertemu dengan skot Lt Kol Ganese (B).



18 Jun 14 
Taklimat PERHEBAT kepada bakal Pesara di Port Dickson

Aktiviti ini melibatkan beberapa skot yang bakal menjalani latihan peralihan tahun hadapan seperti Lt Kol Hj Mohd Hairudin bin Mokri, Lt Kol Mohd Kamal Hassan dan Lt Kol Mohamad Yatim bin Mohamad Noor (kesemuanya RAMD). Dalam acara tersebut mereka bertemu dengan skot Mej (B) Aini yang kini bertugas dengan PERHEBAT.


Pertemuan-pertemuan lain di bulan Jun


Pada 23 Jun 2014, skot Dato Hj Adnan Hashim yang terbang ke Miri atas urusan perniagaan telah bertemu dengan skot Lt Kol Johan Juan di Ruang lobi, Terminal Lapangan Terbang Miri.


Pertemuan di kantin MPAT 25 Jun 14


Pertemuan di Air Movement Terminal, PU Subang pada 27 Jun 14

next news:
MALAM SEMBANG-SEMBANG S37
FELDA VILLA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
222000H JUN 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH
LOT 512, JALAN CINTA ALAM F
COUNTRY HEIGHT
KAJANG
121830H JULAI 2014