SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, August 30, 2015

TJP37087 SELEPAS MUSIM RAYA


MUSIM-MUSIM SELEPAS MUSIM RAYA

Sebaik sahaja selesai musim jamuan Eidil Fitri yang bermula 1 Syawal (17 Jul 15), maka musim majlis perkahwinan pun bermula. Banyak kad jemputan mula diterima untuk majlis berselang seli dengan majlis jamuan raya di sepanjang bulan Ogos dan September. Antara jemputan majlis perkahwinan yang diterima selepas hari raya ialah:

  1. Dato Seri Hj Ismail bin Ahmad (mantan KSU MINDEF) pada 1 Ogos 15. Aku tak dapat pergi kerana pulang ke kampong untuk menyampaikan ceramah kerjaya di sekolah menengah lamaku.
  2. Laksda Dato Syed Zahiruddin Putra (TLDM) di Dewan Seri Setia pada 7 Ogos 15. Pergi.
  3. Lt Kol Mohd Fakhry TUDM di Dewan Merak Kayangan pada 7 Ogos 15. Pergi
  4. Dr Raimey Azmy di Taman Melawati pada 8 Ogos 15. Pergi. Selepas majlis ini bergegas menuju ke majlis hari raya di kediaman Dato Khalilul Rahman (SCS) di Janda Baik, tetapi terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kawasan MRR2 dan Gombak, langsung buat U Turn dan pulang ke rumah.
  5. Zulkifly Taha di Batu Pahat pada 8 Ogos 15 (tidak hadir dan diwakili oleh anak-anak)
  6. Lt Kol Hj Mohd Amin di Wardieburn pada 16 Ogos 15. Pergi.
  7. Lt Kol Shafie Mahat TUDM (B) di Wisma LJT Melawati pada 22 Ogos 15. Aku TERLUPA majlis ini kerana terlupa catat dalam diari dalam handphone.
  8. Brig Jen Dato Nordin Salleh di Dewan Seroja pada 29 Ogos 15. Hadir.
  9. Lt Kol Roslan Kadak (B) di Dewan Sapura at Mines pada 30 Ogos 15. Hadir
  10. Lt Kol Khamis Sanwani TUDM di PUKL pada 30 Ogos 15. Sampai di dewan, setelah majlis selesai, tapi dapat juga bertemu tuan rumahnya.

Bagi warga S37, majlis terakhir sebelum hariraya ialah perkahwinan anak skot Datuk Mohd Azam bin Mohamad di Taman Bukit Cheng, Melaka pada 6 Jun 15.

Skot 37 ada merancang mengadakan Majlis Hari Raya S37 di Dewan Kem Trendak, Melaka pada 16 Ogos 15 tetapi hasrat tersebut telah dibatalkan kerana skot Mej Jen Dato Zamrose yang telah bersetuju untuk tuan rumah penganjuran majlis tersebut telah kehilangan ayahanda tercinta beberapa hari sebelum majlis tersebut.

Manakala majlis pertama S37 selepas hariraya ialah perkahwinan anak skot Lt Kol Hj Rosman Hj Kadak (B), ex RAMD pada 30 Ogos 15.




Majlis Perkahwinan Farhana binti Hj Roslan
(anak skot Lt Kol Hj Roslan bin Kadak (B)
di Dewan Sapura @ Mines, Jalan Tasik, Seri Kembangan
(30 OGOS 15)




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 














Tuesday, July 21, 2015

TJP37086 EID MUBARAK 1436H




.........selaku administrator kepada BLOG ini dan administrator kepada group whatsapp dan telegram untuk S37 (juga bagi pihak ahli keluargaku) ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada skot semua serta ahli keluarga di atas apa jua kesalahan tingkahlaku, penulisan, tuturkata yang tidak menyenangkan hati semua.

juga untuk semua insan di luar sana, sesiapa sahaja yang mengenali aku, aku pasti dosa yang aku perbuat kepada kelian sama ada nyata atau tidak nyata, ampunkanlah aku, aku menyesali dan menginsafi segala perbuatan salahku di masa lalu.

sampaikan salam permohonan maafku kepada sahabat-handai, rakan-taulan, pasangan dan ahli keluarga dan saudara-mara kalian.

aku tahu, tanpa kemaafan kelian, taubatku tidak akan selesai dan Allah tidak akan memaafkan aku bagi pihak kelian.
.

TAHUN INI, 1 Syawal 1436 jatuh pada Hari Jumaat 18 Julai 2015, aku memulakan sambutan Eid Syawal di rumah sendiri (quarters).

Mulai tahun 2013, aku telah menyusun program Hari Raya untuk keluarga aku yang bertambah besar. Tahun itu aku sudah ada tiga menantu dan 3 cucu (sepatutnya empat).

Tahun 2013, pada Hari Raya pertama mesti beraya di rumahku. Selepas solat Eid Fitri dan menjamah juadah Raya, masing masing akan menyusun program masing-masing. Pada petang atau malam Raya pertama aku akan pulang ke kampung untuk berhariraya dengan kedua ibu bapaku. Jadi anak-anakku ada pilihan sama ada pulang ke rumah mertua masing-masing atau mengikut aku balik ke Batu Pahat.

Tahun 2014, aku bebaskan anak-anak aku yang telah berumah-tangga untuk pulang ke rumah mertua masing-masing. Aku pulang ke kampung sehari lebih awal.

Pada tahun ini (2015), kaedah tahun 2013 diguna pakai. Begitulah selanjutnya yang akan berlaku sehingga aku pergi mengadap Allah Azzawajalla nanti. Semoga anak-anak aku menerima kaedah ini demi keadilan semua.

.
aku dan isteri, Adibah

anakanda sulong (Hafeez) , isteri Musfirah dan anak, Sayf

anakanda kedua Fazeera, suami Mohd Farihan dan anak-anak Aqeef, Aariq dan Raisya

anakanda ketiga Aisyahnur, suami Noor Hafiz dan anak Auny Humayra

.anakanda keempat Atikah dan suami Muhd Asyafiq

bersama anakanda kelima, Heikal dan anakanda bungsu Nurul Azyan

.
.
.
.


Selepas pulang dari kampung kelahiran (Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor) tidak banyak program Hari Raya aku ikuti. Aku pulang ke KL pada Hari Isnin, 21 Jul 2015. Hari Selasa, aku masih bercuti lagi. Aku masuk kerja pada 23 Jul (Rabu).




SKOT HJ MOHAMAD YATIM MENGADAKAN RUMAH TERBUKA PADA MALAM 2 OGOS 15.
BLOK 4-1-2 KPTOJ


 
 
 
 
 
 
 


RUMAH TERBUKA DYMM SULTAN PAHANG DAN PTU PADA 3 OGOS 15.
HANGAR NO 3 SKN, PUKL


Pada 3 Ogos 2015, DYMM Sultan Pahang selaku Kolonel YDP TUDM telah mengadakan Majlis Santapan Hari Raya di Hangar No 3 Skn (Detasemen) di Pangkalan Udara KUL. Majlis bermula pada jam 1100H sehingga 1500H.

Kemudian diikuti pula oleh Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PTU yang bermula jam 1500H hingga 1700H.

Malangnya aku tidak menerima berita mengenai majlis tersebut. Mungkin pihak Sekretariat TUDM terlepas pandang. Aku hanya mengetahui majlis tersebut melalui beberapa rakan dari Tentera Darat yang pergi ke majlis tersebut. Biasanya pegawai-pegawai TUDM berpangkat Kol TUDM ke atas akan menerima kad jemputan rasmi. Bila aku hubungi beberapa pegawai TUDM yang berkhidmat di luar TUDM, ada yang menerima nasib seperti aku. Terlepas pandang juga. Perkara biasa.

Gambar-gambar yang ada ini adalah kiriman skot BGen Dato Hj Sanusi melalui telegram.

.



SKOT NORZAHARI MENGADAKAN RUMAH TERBUKA 
PADA MALAM 7 OGOS 15.
BLOK 2-1-2 KPTOJ










-


LEPAS RAYA PUNYA CERITA


semasa menghadiri Seminar GSR NCO di Syeun Hotel, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh aku sempat bertemu dua skot (S37) yang tangga di Ipoh. 

Pada siang 20hb itu aku mengeposkan dalam group Whatsapp mengatakan aku berada di Ipoh. Skot Hasnol terus menghubungi aku ajak minum teh tarik. Setelah membuat temujanji ringkas pada, lebih kurang jam 2220H, Hasnol datang ke hotel menjemput aku.

Destinasi kami ialah Hotel Casuarina @ Meru. Di sana skot Shafri sedia menunggu. Kami makan cucur kodok dan Salmon Grill. Ada kugiran, lagu2 60an dan 70an. Restoran ditutup pada jam 2330, kami pun bergerak keluar.



Hotel Casuarina @ Meru, Taman Meru Raya


sembang di Coffee House hingga jam 2330H


sambung pula di D'Arab Restaurant hingga jam 0230H


.


.





.

Saturday, May 23, 2015

TJP37085 JUN 2015 RAMADHAN 1436H

RAMADHAN MUBARRAK

Sepanjang bulan Jun 2015 memang banyak sekali jemputan majlis perkahwinan, tapi hanya satu sahaja yang melibatkan warga S37, iaitu skot Datuk Mohd Azam bin Mohamad di Cheng, Melaka.

Skot Azam ditauliahkan dalam Regimen Gerakhas (RGK) dan berhenti dari perkhidmatan pada tahun 1988 semasa berpangkat Leftenan. Selepas menamatkan perkhidmatan beliau menetap di Melaka dan menjalankan perniagaannya sendiri.

Aku tak dapat pergi ke Majlis beliau di Taman Baru Cheng (TBC) pada 6 Jun 2015 kerana aku ada jemputan di Seremban. Aku hanya menerima satu sahaja gambar dari skot Che Jamal dan skot Jasni yang hadir dalam majlis tersebut. Kelihatan bersama ialah skot Khairul Anuar Ismail yang kebetulan tinggal di Melaka.

  



Aku bertolak dari KL untuk pulang ke rumah Seremban lebih kurang jam 1400H. Sampai di Seremban lebih kurang sejam sahaja. Majlis yang aku hadiri ialah perkahwinan anak Tuan Haji Abd Rahman bin Hassan, rakan sekolah di STMI Batu Pahat.

Rahman junior setahun dari aku. Dia berasal dari Kg Pt Kemang, sama-sama berpengakap semasa sekolah menengah dulu. Selepas aku meninggalkan STMI dalam tahun 1976, aku tak pernah bersua dengannya. Malah namanya pun tak pernah tercatat dalam radar pemikiranku. Kalau bertembung di mana-mana pun tak mungkin aku kenal. Bila dah sampai, tengok muka dekat2 baru perlahan-lahan dapat recall wajahnya masa muda. Alhamdulillah, daya ingatan masih kuat lagi.

Pertemuan ini bermula dengan kumpulan watsapp Batch STMI 1973/77 (aku Batch 72/76). Aku sebagai ahli jemputan dalam group mereka. Dari situlah bermula jejak rakan-rakan lama dan beliau menyampaikan jemputan juga melalui watsapp.

turut bertemu dengan Hj Zaini Kosnan (juga orang Pt Kemang yang sekarang menetap di Kajang.

bergambar bersama pasangan masing-masing

Laporan ringkas dari skot Nazli Alias yang kini menetap di Telok Muroh, Lumut telah bertemu dengan skot yang telah sekian lama menghilang, iaitu Mej Amran bin Baharom (B) di satu majlis perkahwinan di Seri Manjong, Perak pada 7 Jun 15.

Inilah penampilan pertama skot Amran sejak berpisah beliau meninggalkan perkhidmatan. Amran ditauliahkan dalam Rejimen Renjer DiRaja.



Skot Hasnol dari Ipoh juga menyampaikan laporan pertemuannya dengan skot Mohd Tahar pada 11 Jun 2015.



Pada malam 15 Jun 2015, skot Mohd Zuki Abd Rahman dan isteri Hjh Norhayati yang kini menetap di Subang Jaya telah mengunjungi rumahku.




Pada 13 Jun 2015, skot Azmi Abd Hamid mengadakan majlis Aqiqah, Tahniq dan doa selamat untuk cucunya yang pertama di rumahnya di Garden Homes Terrace, Sek 5 Bangi.

Majlis bermula pada jam 1130H dengan Tahlil dan Doa Selamat, Selawat Marhaban, dan Tahniq. Ramai juga skot 37 yang hadir.
.


 
 
 




Aku terpaksa pulang awal lebih kurang jam 1400 kerana telah merancang untuk menziarahi skot Che Jamal yang baru selesai menjalani pembedahan lutut akibat kemalangan jalanraya di Senawang Medical Centre. Selesai menziarahi skot CJ aku terus pulang ke rumah Seremban. Begitulah perjalanan pada 13 Jun 2015.


Pada 18 Jun 2015, Awal Ramadhan 1436 bermula, semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih banyak barkat dan rahmat.

Pada 1 Ramadhan 1436 juga aku dianugerahi seorang lagi cucu, iaitu cucu yang keenam. Nur Aralyn Raisya binti Mohd Farihan.


MAJLIS IFTAR S37
DI NO 8 JALAN ISTANA, SHAH ALAM

AGENDA S37 yang dirancang untuk bulan Ramadhan ini ialah Majlis Iftar S37 dan Solat Tarawikh berjemaah di rumah skot Mohd Nasir Chong di Jalan Istana, Shah Alam.

Beberapa hari sebelum masuk Ramadhan aku memulakan inisiatif bagi mencadangkan penganjuran Majlis Iftar S37 melalui group Watsapp dan Telegram. Aku sengaja mencadangkan lokasi tahun ini di rumah skot Nasir.

Kenapa aku pilih rumah Nasir?. Pertama lokasinya amat sesuai dengan ruang solat yang besar dan di kawasan perumahan yang tidak crowded. Kedua, skot Nasir tidak akan menolak. Aku tau dia tak akan menolak. Nasir walaupun agak cerewet dalam pelbagai hal, dalam hal bersedekah ni dia amat mudah berunding.

Acara yang dicadangkan:




  • 1830 - 1900H Ketibaan warga S37
  • 1729 - Azan Maghrib, berbuka puasa ringan dan Solat Maghrib (sehari sebelum majlis, dimasukkan agenda baru, iaitu Solat hajat untuk keselamatan skot Hj Zaleha Harun yang akan menjalani pembedahan/rawatan jantung di IJN pada 13 Jul 15)
  • 2000 - Sambung berbuka utama
  • 2050 - Solat Isyak dan Tarawikh
  • 2215 - Moreh
  • 2330 - Majlis bersurai

Hidangan dipersetujui dibuat secara POTLUCK. Tapi sebahagian besar menu utama ditaja oleh tuan rumah, Skot Nasir.

Kali pertama, S37 mengadakan iftar di rumah beliau ialah pada tahun Hijrah 1434. Tahun 1435 majlis di buat di rumah skot Mohd Saiful (Abd Rashid) di Country Height, Kajang.

Tahun-tahun sebelum itu, kebanyakan majlis Iftar dituani oleh skot Dato Adnan sama ada di CTOne Forze Cafe, Wangsa Maju atau di lokasi yang lain. Namun dalam dua tahun mutakhir ini beliau amat sibuk dengan kerja-kerja amal di CIC Kuala Krai, Kelantan, beliau jarang menyertai majlis-majlis skot di KL. Beliau telah terlalu banyak menghulurkan bantuan untuk S37 sejak bertahun yang lalu. Semoga Allah swt terus melimpahi beliau serta keluarga dengan rahmat, rezeki dan keberkatan di atas usaha-usaha beliau itu.

Memang meriah, dan seronok melihat kemesraan di kalangan keluarga S37 yang semakin erat.

Kita masih mencari lokasi baru yang bersesuaian untuk tahun-tahun akan datang.
.

 
Kalau suka ambik gambar curi ni biasanya Azmi Hamid


Ketibaan Tuan Presiden

Isteri dan anak-menantu Presiden






Walaupun ada lagi setengah jam, semua nak duduk dekat dengan kambing

Wak Saib (kanan sekali), pertama kali dalam aktiviti S37


Datuk Romlee (bercuti dari Bangkok) dan Presiden

Bapak taukeh kambing panggang sedang memberi taklimat tentang khasiat kaki kambing

anak-anak membantu menyediakan persiapan untuk tempat solat

bila dah lama tak jumpa, bukan lapar makan tapi lapar potpet


berbaris untuk terjun ke kolam renang




Presiden sedang beri taklimat selepas maghrib
(diimamkan oleh Datuk Romlee)

Solat Isyak diimamkan oleh skot Hj Wahid al Mutawwif

ahli jemaah

Belum start Tarawikh Pak Hj Raja Z dah mula urut kaki



berbuka puasa








Pawang Azmi (Nor Azmi) sedang mengubati kaki Mazhar
tapi yang sakit tak sedo diri, dok melantak laksa

Pak Jasni sedang beri taklimat khasiat Air Kangen

Entah apa yang tuan rumah tak puas hati dengan skot Burn, sampai dihalaunya balik kawan tu

Giliran taklimat khasiat Air LEGA pulak

Aksi, teh tarik pun nak tayang jugak...aikssss, tayang gelas kosong puan aderrr

Mak Aji pingitan... baik-baik Mak Aji....ulat bulu panjat durian

Aikkkk..Pak Imam al Mutawwif pun nak cari peluang...mentang-mentang lah Mak Aji Ana tak ikut

Waktu2 akhir nak pulang

Ramai juga skot yang sebelum ini mengesahkan untuk hadir, tetapi telah menarik diri di saat akhir kerana terdapat masalah keluarga dan komitmen lain yang lebih perlu diberi keutamaan. Antaranya, Mahadzir Ibrahim, Othman Jahim, Suhaimi Hj Ashaari, Azman Daud, Azemi Saud, Hairudin Mokri, Norzahari Zelan, Lod Atan dan Lukman Abd Rahman. Mohd Husin pula berada di luar negara (Belfast) kerana menghadiri majlis konvo anaknya.

Kemunculan dua muka baru, yang kali pertama muncul dalam aktiviti S37 (selain majlis perkahwinan) ialah Saib Saiin dan Amran Baharom.

Alhamdulillah syukur, majlis berjalan dengan lancar. Skot yang hadir ialah:
  1. Mohd Nasir Chong (tuan rumah)
  2. Abd Razak Hussin dan keluarga
  3. Toharudin dan keluarga
  4. Azmi Abd Hamid dan isteri
  5. Abd Razak Siran dan keluarga
  6. Abd Razak Salim dan keluarga
  7. Abu Bakar Kamarudin dan isteri
  8. Raja Zakaria dan keluarga
  9. Jasni Mohd Noor dan keluarga
  10. Khalid Ismail dan isteri
  11. Hazman Ahmad dan anak
  12. Mazhar Palil dan keluarga
  13. Shohemi Hashim dan keluarga
  14. Alias Hamdan dan keluarga
  15. Dato Hazaizan Ahmad dan isteri
  16. Dato Romlee Yahya dan keluarga
  17. Mustapha Ahmad dan keluarga
  18. Mohamad Yatim Mohd Noor dan keluarga
  19. Mohamad Shuairi Abdullah dan keluarga
  20. Amran Baharom
  21. Sain Saiin
  22. Noor Azmi Abd Karim
  23. Lokman Abdullah dan keluarga
  24. Abd Wahid Yusoff
  25. Aini Hitam dan anak-anak
  26. Saiful Bahari Abdullah dan keluarga
  27. Jaafar Marlan
  28. Sabari Said dan isteri


Solat Maghrib dan Solat Hajat diimamkan oleh skot Brig Jen Datuk Hj Romlee bin Yahya TUDM; Solat Isyak diimamkan oleh skot Hj Abd Wahid Yusoff TUDM dan Solat Tarawikh/Witir diimamkan oleh saya sendiri.

Sebagaimana yang dirancang, setiap skot membawa sedikit juadah (potluck) untuk juada berbuka dan moreh, namun sebahagian besar juadah adalah disediakan (ditaja) skot Nasir (tuan rumah yang dermawan).

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SKOT NASIR YANG BERMURAH HATI MENJADI TUAN RUMAH MAJLIS IFTAR TAHUN INI
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI KEPADA SKOT SEKELUARGA

SEMOGA TAHUN HADAPAN
KITA DIKURNIAKAN USIA UNTUK BERTEMU BULAN RAMADHAN KEMBALI
.