MENGIMBAU KENANGAN
MELALUI KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR LAMA
Awal mula pertama mula, aku ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada skot-skot yang menyimpan gambar-gambar lama ini, mengambil (snap) semula dan menyimpan dalam laman facebook untuk dikongsi bersama
SEBELUM MELAPOR KE SPK
5 dari kumpulan bakal Pegawai Kedet Udara ketika menjalani pemeriksaan perubatan aviasi di Institut Perubatan Penerbangan di TUDM KL pada bulan Feb/Mac 1980- iaitu sebelum melapor diri ke SPK Port Dickson.
dari kiri: Lokman Abd Rahman, Syed Ahmad, Lokman Abdullah, Toharudin dan Raveentheran
.
sebahagian dari Pegawai Kedet wanita yang baru melapor diri dan belum di'issue' dengan pakaian seragam. Gabungan city girls dan kampung girls.
KEHIDUPAN DALAM BEREK
sebelum menerima Planters Order rasmi
Bermula dari hari melapor diri mulai 30 Mac hingga 2 April 1980, tiada Tuah, Jebat dan Kasturi. Semua dikenali sebagai Intake TJP37 ditempatkan di Kem Segenting kerana Kem Sebatang Karah masih diduduki oleh senior kami, TJP36 yang ditauliahkan pada bulan Mei 1980.
Pada masa itu, TJP dibahagikan kepada Kompeni A, B dan C sahaja.
di peringkat awal tempoh latihan, PK belum menerima planters order yang rasmi- masing-masing memakai baju milik sendiri
(dari kiri: PK Hussin Mohd Tahir (allahyarham), PK Mohd Nazri Isa, PK Azman Anuar, PK Fadzil Ibrahim, PKU Wahid Yusoff dan PK Azhari Sidek.
rutin harian, setiap petang mesti mengilatkan kepala kasut kawad dan jungle boots
berhampiran blok kediaman
di tepi blok kediaman, balik dari kelas malam
di dalam blok kediaman- ada yang single bed ada yang dapat double deckker
walaupun dhaif tetapi tetap gumbira
.
di Kantin Kem Segenting
BELUM SEMPAT NAK SUSUN SEMULA IKUT URUTAN TAJUK DAN BUAT KOMEN. TENGOK JE LA GAMBO2 TU DULU YE SKOT....
sudah ada Planters Order rasmi
Setelah menerima dua pasang Planters Order, sepasang berwarna biru dan sepasang lagi berwarna cokelat.
.
Inilah sebahagian dari PK non-muslim TJP37 SPK (ketika itu)- mereka dapat berkumpul semasa kawan skot yang Islam pergi ke Masjid untuk Solat Jumaat.
berdiri dari kiri: PKU Selvaraj, PK Quah Boon Hock (Firdaus Quah), PK Vasuthevan, PKU Raveentheran, PKW Lolly Maisie Joel (Nor Sabrina), PK Manisegaran, PK Vijayan, PKU Felix Gonsalvez, PK Subramaniam, PK Balachandran dan PK See Kum Chong
Squatting dari kiri: PK Harbajhan Singh, PK Raja Kandan dan PKU Hardav Singh.
Tiada dalam gambar: PK Raphael Tan (Rizal Tan), PK Lee Man Tat, PK Goh Choon Peng, PKW Usha Panikkar, PKW Monica Mowe (Shazarina), PK Sam Fong Seow, PKW Ann-Marie, PK D.Swami, PK John ak Gila, PK Chuah Chin Aun, PK THian Pian Khong, dan PK Juan Chow Huat (Johan Juan).
LATIHAN KAWAD
.
LATIHAN MENEMBAK DI LAPANG SASAR
berposing berhampiran lapang sasar Segenting di belakang blok kediaman
dari kiri PK Vijayan, PK Ariffin, PK Zakaria dan PK Toha
'
JALAN LASAK
.
.
RIVER CROSSING
ESCAPE AND EVASION
EX WIRA JAYA DI BUKIT BROGA
.
AKTIVITI SUKAN
DINNERS
nak pegi makan malam punnn susahhh... banyak obastacle
.
.
GAMBAR-GAMBAR KOMPENI DAN BATALION
BN TUAH
BN JEBAT
BN KASTURI
KOMPENI WANITA
MESS NIGHT
PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA
24 JAN 1981