SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, May 30, 2014

CHAPTER 066: BULAN JUN BULAN TUDM

jun 2014

Dalam bulan ini (Jun) 2014 mengikut percaturan asal, aku sepatutnya bertukar tempat kerja. Sebagai amalan biasa dalam perkhidmatan, setiap pegawai perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman supaya lebih matang dan berwibawa.

Setelah berkhidmat sebanyak dua kali di Markas Logistik Udara (MLU) sebagai PS1 Khidmat Pembaikan, KSK dan Pegawai Memerintah memang sudah sewajarnya aku berubah angin. Kali pertama aku diberi peluang berkhidmat di MLU ialah pada bulan April 2007 sebagai PS Pembaikan (ketika berpangkat Lt Kol TUDM) sebelum mengambil-alih jawatan KSK pada Julai 2008. Aku dinaikkan pangkat Kolonel pada 1 Jun 2009. Pada 1 Jan 2011 aku ditukarkan ke MTU-BPS sebagai Pengarah Pengurusan Transformasi, satu perjawatan (adhoc) yang baru diwujudkan selari dengan wawasan AIR FORCE NEXT GENERATION. Pada Feb 2012 aku sekali lagi dikembalikan ke MLU untuk menyandang jawatan lama sebagai KSK dan Pegawai Memerintah.

Sehingga 31 Mei 2014, tempoh khidmatku di MLU sudah mencapai ENAM tahun DUA bulan. Satu tempoh yang terlalu lama bagi penyandang jawatan bertaraf Kolonel ke atas. Apa lagi jawatan yang bersifat amat SENSITIF seperti KSK ini.

Bunyi dan suara untuk perubahan jawatan telah bermula sejak Feb 2014 dan diperkuatkan dengan berita yang disampaikan kepadaku oleh bossku pada April 2014. Jawatan baru pun sudah dinyatakan. Namun pada minggu terakhir Mei 2014, harapan tersebut kembali pudar apabila berita menyatakan cadangan pertukaran tersebut ditangguhkan. SEBAB?

Hari ini aku masih menunggu.

Bulan TUDM

1 Jun bukan sahaja hari kelahiran TUDM, tarikh ini juga tarikh kuatkuasa aku dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM (1 Jun 2009). Ini bermakna, hari ini merupakan genap 5 tahun aku menyandang pangkat ini.

Bulan Jun merupakan bulan yang paling sibuk bagi TUDM kerana 1 Jun 2014 adalah Hari Ulangtahun ke 56 TUDM. Bermula pada 29 Mei 14, majlis Tahlil dan Doa Selamat HUT diadakan di Masjid Jame' PUKL dengan menghadirkan penceramah @ pendakwah bebas kontemporari Ustaz Muhamamd Kazim bin Elias.

Pada 31 Mei 14, Khutbah Khas HUT 56 di Masjid PUKL juga dengan mencipta sejarah tersendiri apabila Khutbah dibacakan oleh seorang pegawai TUDM iaitu Mejar Jeneral Dato Hj Mazlan bin Hj Abas TUDM (AKS Sumber Manusia).

Pada 01 Jun 14, Perbarisan HUT ke 56 TUDM telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK). Inilah julung kali pangkalan ini dipilih menjadi tuan rumah. Lazimnya perbarisan HUT TUDM diadakan di PU Kuala Lumpur atau PU Subang. Pada tahun 2011, PU Butterworth telah dipilih menjadi hos.

Jam 0400, aku sudah bangun bersiap-siap untuk ke PUGK kerana mesti berada di Terminal PUSUB sebelum jam 0600. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 0535 (pemandu lewat sedikit) dan tiba di PUSUB tepat jam 0600.  Pesawat berlepas jam 0645 dan tiba di PUGK lebih kurang jam 0800.

REZ_0866 
REZ_0991 
REZ_1044 

Majlis selesai lebih kurang jam 1030. Selepas menikmati jamuan kami berlepas pulang ke PUSUB dengan menaiki pesawat C130H lebih kurang jam 1115 dan tiba di PUSUB jam 1230.

Sebaik sahaja meletakkan punggung di tempat duduk (para seats) pesawat masing-masing melepaskan kepenatan dan melelapkan mata. Masing-masing keletihan kerana pagi tadi kesemuanya rata-rata bangun sebelum jam 0400. Penerbangan satu jam ini diambil kesempatan sebaik-baiknya walaupun keadaan tempat duduk yang sesak (terpaksa duduk bersilang lutut) dan tidak selesa.

Selain dari HUT TUDM, 1hb Jun adalah Hari Raya bagi suku kaum Iban dan Dayak di Sarawak, iaitu Hari GAWAI DAYAK. Awal bulan Jun juga adalah Hari Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda YDP Agong. Acara bermula dari 5hb Jun dengan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Masjid Negara (selepas Solat Maghrib). Dalam majlis tersebut aku bertemu dengan skot Razak (Presiden S37), skot Dato' Zamrose dan skot Dato' Azlan.

Sebaik sahaja selesai Solat Isyak di Masjid Negara, aku bergegas ke Surau Luqman Hakim kerana malam itu rakan sejemaah Lt Kol Nasarudin mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan anak beliau yang baru dinikahkan pada siang tadi.

Pada 6hb Jun pula adalah Khutbah Khas Keputeraan YDP Agong di Masjid Putra, Putrajaya. Walaupun aku dah siapkan pakaian No 2 bersama songkok No 1, aku tidak pergi ke Putrajaya kerana hanya pegawai yang dijemput sahaja perlu ke sana. Jadi, aku bersolat Jumaat di Masjid PUKL. 

Skot Razak ada hantar gambar beliau di Masjid Putra bersama skot Dato' Azlan.



Jemputan Majlis Perkahwinan anak Skot Mohd Saiful di Country Height, Kajang
7 Jun 2014

Bulan Jun 2014 seiring dengan bulan Syaaban tahun Hijriyah 1435. Ini bermakna, sebulan lagi kita akan menyambut bulan besar dalam kalendar Islam, iaitu bulan Ramadhan. Biarpun begitu, ramai yang mengambil bulan ini untuk menyelesaikan majlis perkahwinan sebelum tiba bulan puasa.


Pada 7 Jun 14, giliran skot Kapt Mohd Saiful Abd Rashid (B) bekas pegawai RAMD dan Puan Rahimah binti Sulaiman untuk mengahwinkan anak perempuan mereka Azza Sofya.

Hujung minggu ini aku tak dapat balik ke rumah Seremban lantaran program yang padat. Pada siang 7hb aku ada jemputan perkahwinan. Sebelum ke rumah skot Mohd Saiful, aku dan isteri menghadiri jemputan perkahwinan anak Lt Kol Nasarudin Che Om (dan Puan Norjannah) rakan jemaah surau Luqman Hakim. Majlis dia adakan di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn. Setelah keluar dari majlis jemputan di situ dan menyempurnakan solat Zohor di Masjid Kem Wardieburn kami terus menuju ke rumah skot Saiful di Jalan Cinta Alam F, Country Height, Kajang.

Semasa aku tiba, skot-skot yang telah ada di sana ialah Razak Hussain, Dato Hazizan, Hamdan Abdullah Shohemi Hashim , Azmi Hamid, Lod Atan dan Razak Siran. Selepas aku sampai, beberapa skot lagi turut sampai, antaranya skot Husin Abdullah, Norzahari Zeelan, Hazman, Hj Hairudin dan Nazli. Manakala skot yang sampai setelah aku pulang ialah Hjh Marmilah. Skot yang telah sampai awal dan telah pulang semasa aku sampai ialah skot Mubin Othman dan Halim Idris.

Aku terpaksa pulang lebih awal kerana pada malamnya aku perlu menghadiri Majlis Makan Malam sempena HUT TUDM ke 56 di Oriental Mandarin, KLCC.

Berikut dipaparkan beberapa foto kemeriahan di rumah skot Saiful.

.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
   
bersama ibu pengantin perempuan, Puan Hjh Rahimah 

 
 
bersama pasangan pengantin 
  
 
berat betul kaki kakak-kakak ni nak melangkah pulang
teringin memiliki rumah seperti mahligai milik keluarga Saiful

TAHNIAH  UNTUK
SKOT HJ MOHD SAIFUL DAN HJH RAHIMAH!
.


Seperti aku sebut tadi, walaupun belum puas bersembang dengan skot-skot di rumah Saiful, aku terpaksa meninggal majlis kerana untuk bersiap menghadiri Majlis Makan Malam sempena HUT TUDM ke 56 di Mandarin Oriental, KL. Majlis bermula jam 1930.

Aku bertolak dari rumah jam 1900 dan bersolat magrib di hotel. Majlis turut dihadiri oleh DYMM Sultan Pahang selaku Kolonel YDP TUDM.

Bagi yang masih gemarkan hiburan, malam itu memang menyeronokkan mereka. Seperti yang dilalui sejak aku menyertai TUDM lebih 30 tahun yang lalu, hiburan masih tetap menjadi agenda utama dalam mana-mana Majlis Makan Malam rasmi. Masih ada yang menjadi dansa sebagai hobi ataupun terapi diri melepaskan tekanan kerja atau meluahkan rasa kegembiraan. Masih banyak yang belum berubah dari warisan penjajah Barat. Malam itu ada artis-artis seperti Fauziah Latiff, Zehra Zambri, Eja, Dato Siti Norhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Dato Khaty Ibrahim.

Melalui whatsapp, aku juga menerima berita dari skot Dato Zambrose yang mengikuti rombongan YB MENHAN ke kawasan Operasi ESSCOM. 

Pada 8hb Jun, aktiviti hujung minggu ini diteruskan dengan menghadiri Majlis Jamuan Teh DiRaja di Istana Negara yang baru.  Inilah kali pertama aku memasuki istana baru bernilai lebih RM800 juta yang mula didiami oleh SPB YDP Agong XXIII mulai 15 November 2011. Semasa menikmati jamuan aku bertemu dengan skot Mej Hj Othman Md Jahim TUDM (B) bersama isteri dan anaknya.

Pada malam 12 Jun 2014 Kor Armor DiRaja (KAD) mengadakan majlis makan malam meraikan pegawai-pegawai kanannya yang telah bersara. Dalam majlis itu skot Abdul Razak (Presiden) telah bertemu dengan skot Lt Kol Ganese (B).



18 Jun 14 
Taklimat PERHEBAT kepada bakal Pesara di Port Dickson

Aktiviti ini melibatkan beberapa skot yang bakal menjalani latihan peralihan tahun hadapan seperti Lt Kol Hj Mohd Hairudin bin Mokri, Lt Kol Mohd Kamal Hassan dan Lt Kol Mohamad Yatim bin Mohamad Noor (kesemuanya RAMD). Dalam acara tersebut mereka bertemu dengan skot Mej (B) Aini yang kini bertugas dengan PERHEBAT.


Pertemuan-pertemuan lain di bulan Jun


Pada 23 Jun 2014, skot Dato Hj Adnan Hashim yang terbang ke Miri atas urusan perniagaan telah bertemu dengan skot Lt Kol Johan Juan di Ruang lobi, Terminal Lapangan Terbang Miri.


Pertemuan di kantin MPAT 25 Jun 14


Pertemuan di Air Movement Terminal, PU Subang pada 27 Jun 14

next news:
MALAM SEMBANG-SEMBANG S37
FELDA VILLA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
222000H JUN 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH
LOT 512, JALAN CINTA ALAM F
COUNTRY HEIGHT
KAJANG
121830H JULAI 2014

Monday, May 19, 2014

CHAPTER 066: AIR FORCE CADETS FROM SSC 37

SKOT 37 
 -T-u-d-M
TAULIAH TANPA SEJARAH



Sebenarnya aku sendiri tidak ingat berapa jumlahnya SKOT TUDM dalam TJP 37. Semasa aku menjalani temuduga peringkat awal di Kem Majidee calun dari TUDM yang datang dari negeri Johor dan berjaya melepasi Temuduga Lembaga No. 3 ialah Lukman Abdul Rahman (Muar), Lokman Abdullah (JB), Abd Rahman Mohamed (Segamat), Kamarulzaman Wagiman (JB), Hashim Hamzah (JB),  Raveentheran (Segamat) dan Saleh Amil (Kulai).

Semasa melapor diri ke SPK pada bulan April 1980, kami semua diletakkan dalam Batalion Jebat di Kem Segenting. Masa itu masih kurang mengenali antara satu sama lain kerana tak sempat berkenalan lantaran semua kelam kabut dengan latihan ketenteraan. Hanya kenal yang duduk satu berek atau satu Kompeni sahaja. 

Setelah dua bulan berlatih, datang pula pegawai kedet (PK) Udara dari RMC seperti Romlee, Khairil Asri, Daud, S. Hamid, Shafie, Sanusi, Mohd Rahim, Mohd Asri, Badrul Hisham, Tamilenthy, Mohd Sabri, Razak Salim, Razak Mat dan lain-lain.

Kemudian kami dipecahkan kepada TIGA Batalion (Tuah, Jebat dan Kasturi). Perhubungan semakin sukar kerana kedudukan berek yang berjauhan. Tiada tanda pengenalan yang membezakan antara PK Darat dan PK Udara. Setelah masuk penggal kedua, baru dapat mengenali rakan skot Udara semasa kami memakai Pakaian No 3 (working dress).

Di penghujung tempoh latihan kedet (awal januari 1981), kami dipecahkan lagi. PK Udara yang telah dikenal pasti sebagai calun Juruterbang telah dibawa ke TUDM Alor Setar ketika rakan PK yang lain sedang bertungkus lumus membuat rehearsal untuk perbarisan tamat latihan dan penganugerahan tauliah.

PK (Udara) yang lain meneruskan raptai perbarisan bersama PK Darat. Di antaranya ialah Khairudin, S. Hamid, Mohd Asri, Sabri, Razak Salim, Razak Mat, Mohd Fadzil, Amin Nudin, Daud dan lain-lain. Termasuk juga dua PK (U) Wanita, Yohanez dan Sarkiah.

Semasa menjalani latihan asas penerbangan pula kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Calun juruterbang sayap kaku mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar, manakala calun juruterbang helikopter dihantar ke PULATIBANG 2 di TUDM Kluang. Kami terpisah jauh dan hubungan semakin renggang.

PK (Udara) yang ditauliahkan pada 24 Jan 1981 terus melapor ke unit atau menjalani kursus-kursus kerjaya masing-masing.

PK (Udara) yang menjalani latihan penerbangan pula menghadapi cabaran yang lebih besar. Selain dari tempoh orientasi (ragging) yang panjang oleh senior intake, mereka (termasuk aku) menghadapi risiko untuk gagal dalam latihan penerbangan.

Satu persatu terpaksa meninggalkan latihan penerbangan kerana gagal memenuhi tahap kecekapan dan kompetensi yang ditetapkan. Termasuk diriku yang hanya mampu mengunci hanya 19 jam penerbangan.

Mana-mana yang gagal latihan penerbangan telah diberi peluang untuk terus ditauliahkan ke Cawangan seperti Kejuruteraan, Logistik dan Urusetia. Sungguh malang bagi kami dari kategori ini kerana tidak merasai APA ITU PERBARISAN TAMAT LATIHAN atau PERBARISAN PENGANUGERAHAN TAULIAH. Kami dipakaikan pangkat Leftenan Muda (Udara) di dalam pejabat Pegawai Memerintah masing-masing, tanpa perbarisan, tanpa kehadiran ibu bapa, tanpa apa-apa yang boleh dibanggakan sebagai seorang PEGAWAI BERTAULIAH Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Lebih menyedihkan ialah, WATIKAH TAULIAH kami pun diambil dari Kerani di Pejabat Tadbir sahaja. Bukan dari YDP Agong atau mana-mana DYMM Sultan/Raja yang mewakili YDP Agong.

Skot kami yang berjaya menamatkan latihan penerbangan, lebih bernasib baik kerana mereka ada perbarisan tamat latihan dan penyampaian sayap penerbangan.

Pegawai Kedet (Udara) yang berjaya ditauliahkan dalam pelbagai kategori adalah:


ALLAHYARHAM
KEPTEN (MARITIM) ABDUL RASHID BIN SUHAIME (371215)


Skot Abdul Rashid bin Suhaime dilahirkan pada tahun 1959 di X. Semasa menjalani latihan PK di SPK, skot Abd Rashid adalah dari Bn JEBAT.

Setelah menamatkan latihan Pegawai Kedet di SPK, Abd Rashid mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Abd Rashid bertukar ke Cawangan Jurumalim dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) setelah lulus Kursus Asas Navigator di New Zealand dalam tahun 1982 dan bertugas di skuadron Airlift/Maritime seperti No 4 Skn, No 14 Skn dan No 16 Skn serta di MINDEF.
Beliau bersara secara pilihan dari TUDM dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2006 kerana bertukar ke perkhidmatan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sebagai kumpulan pioneer APMM yang baru ditubuhkan.

Skot Rashid telah meninggal dunia akibat sakit pendarahan usus di Damansara Specialist Centre pada 8 Dis 2014 dan disemadikan di Sri Damansara.

Jawatan terakhir semasa berkhidmat ialah Ketua Penolong Pengarah Operasi Udara, APMM. Almarhum meninggalkan seorang balu, Puan Long Kamariah dan .....orang anak.

Semoga Allah swt melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.




KAPTEN AHMAD ADLAN BIN ABDUL KADIR TUDM (BERSARA) 
(371216)




Setelah menamatkan latihan di SPK (Bn TUAH), skot Adlan mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Adlan bertukar ke Cawangan Kejuruteraan. Aku tidak berapa ingat pertemuan dengan skot Adlan sejak kami berpisah apabila aku ditukarkan ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang. 
Skot Adlan bersara dalam pangkat Kapten dalam tahun 1990.

SEHINGGA TARIKH INI KAMI TIDAK DAPAT MENGESAN DI MANA SKOT ADLAN.



MEJAR AHMAD BIN ALI TUDM (BERSARA) (371217)


Skot Ahmad bin Ali dari Bn JEBAT semasa di SPK dilahirkan pada tahun 1959 di Muar, Johor dan  telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Ahmad ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan. 

Ahmad berumah tangga dengan Puan Fauzah binti Abd Samad.


Ahmad bersara dalam tahun 2007 dalam pangkat Mejar dan kini menetap di Taman Bunga Negara, Shah Alam.


KAPTEN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED TUDM (BERSARA)
(371218)



Skot Abd Rahman bin Mohamed dilahirkan di Segamat, Johor pada tahun 1959. Rahman merupakan bekas pelajar SBP Sekolah Dato' Abduk Razak (SDAR), Seremban sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Batalion KASTURI. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 3 Skn. 

Nota: Di dalam TUDM, ada ramai juruterbang yang bernama Abd Rahman (Rahman atau Raman), jadi untuk memudahkan ingatan Rahman yang mana satu, mereka menggelar dengan pelbagai gelaran atau nickname; contoh Rahman Beren, Rahman Besi, Rahman Kayu dan sebagainya. Skot Rahman ni dikenali sebagai Rahman Batuk.

Abd Rahman menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun ...... Kini bertugas dengan syarikat penerbanngan MHS di Kerteh, Terengganu.

Abd Rahman berkahwin dengan ....................


MEJAR AMIN NUDIN BIN ATAN TUDM (BERSARA)
(371219)



.

Skot Amin Nudin bin Atan dilahirkan di X dalam tahun 19xx. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn TUAH dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Amin Nudin ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba Udara.


Semasa dalam perkhidmatan, beliau telah beberapa kali menghadiri kursus kebombaan di luar Negara. Beliau bersara pada tahun 20xx untuk menyertai syarikat swasta. 


LEFTENAN KOLONEL HJ AZEMI BIN MAT SAUD TUDM (BERSARA)
(371220)

 (KASTURI) 



Skot Azemi bin Mat Saud dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada tahun 1959. Beliau adalah dari dari Bn KASTURI semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Azemi bertukar ke Cawangan Kejuruteraan dan terpilih mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Aeronautik di UTM Jalan Gurney.

Semasa dalam perkhidmatan, Azemi pernah mengikuti program pertukaran pegawai dengan RAAF/RMAF di Canberra dan seterusnya mengikuti kursus ijazah Masters in Engineering juga di Australia. Beliau juga mendapat ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dari UKM selepas menamatkan kursus di MPAT. 

Azemi bersara pada tahun 2012 dan kini bertugas sebagai Senior General Manager di AIROD Sdn Bhd. 

Azemi berumah tangga dengan Puan Hajjah Rusian bt Abd Rahman dan dikurniakan 4 orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan.


UNKNOWN
(371221)

TIDAK DAPAT DIKESAN
.


KAPTEN HJ AHMAD RAZLAH BIN AHMAT TUDM (BERSARA)
(371222)


Skot Ahmad Razlah dilahirkan di ..... pada tahun  19xx.  dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Tuah. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Ahmad Razlah seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL dan seterusnya berkhidmat di No 14 Skn menerbangkan pesawat C130H. Semasa menjadi Kapten pesawat C130 beliau pernah terlibat dalam kemalangan (semasa membuat pendaratan) di Lapangan Terbang Sibu dalam bulan Ogos 1990. 

Ahmad Razlah menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 1994. 

Ahmad Razlah berkahwin dengan .................... dan kini menetap di Kajang.



MEJAR AJMAIN BIN HARITH TUDM (BERSARA)
(371223)


Skot Ajmain bin Harith dilahirkan pada 4 Ogos 1961.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Ajmain ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Ajmain menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mej TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta (MAS) pada tahun 1996. Kini Ajmain berkhidmat dengan Syarikat MALINDO Air sebagai Flight Operations Manager.

Ajmain berkahwin dengan ....................dan dikurniakan ....... orang anak dan kini menetap di Laman Kemboja, Kota Seriemas, Nilai.


LEFTENAN KOLONEL AHMAD JAMARI BIN MOHAMAD TUDM (BERSARA)
(371224)


Skot Ahmad Jamari dilahirkan pada tahun .......  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1 (1FTC), TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Semasa di 1FTC, Ahmad Jamari telah terpilih mengikuti latihan penerbangan di RAAF Flying Training School, RAAF Base Point Cook. Bagaimanapun beliau kembali ke 1 FTC Alor Setar untuk menamatkan latuhan asas penerbangan dan seterusnya dianugerahi dengan sayap penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. Belaiu juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di 1 FTC Alor Setar. 

Ahmad Jamari bersara dari perkhidmatan dalam pangkat Lt Kol TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun ...... Beliau kini menerbangkan pesawat di Syarikat Fire Fly Sdn Bhd.

Ahmad Jamari berkahwin dengan ....................



MANTAN LEFTENAN HJ ABDUL WAHID BIN YUSOFF TUDM
(371225)



Skot Abdul Wahid dilahirkan di Kampong Baharu, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1961.   Wahid merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan sebelum menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK, beliau ditempatkan di Batalion TUAH. 

Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau bersama Pegawai Kedet (Udara) yang lain dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Abdul Wahid menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Leftenan TUDM untuk berkerja sendiri. Semasa perkhidmatan beliau pernah berkhidmat sebagai Juruiring kepada Timbalan PTU pada masa itu, Mej Jen Datuk Sharudin bin Ali TUDM.

Abd Wahid berkahwin dengan Puan Hajjah Rahana binti Abdullah dan dikurniakan 4 orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan. Abdul Wahid kini menetap di Desa Pinggiran Putra, Kajang.


LEFTENAN KOLONEL AHMAD ZAINI BIN MOHAMAD ALI TUDM (BERSARA)
(371226)



Skot Ahmad Zaini bin Mohd Ali dilahirkan di Peguh, Tampin, Negeri Sembilan dalam tahun 1957. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn Jebat dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Ahmad Zaini ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara (KLLU) dan bertugas sebagai Pegawai Bilik Operasi di TUDM Kuching sebelum terpilih mengikuti latihan asas Air Traffic officer di Australia. 

Pada tahun 1984 beliau bertukar ke Cawang Logistik dan mengikuti kursus Pegawai Logistik di TUDM Kinrara.

Ahmad berumah tangga dengan Puan ........

Ahmad Zaini bersara dalam tahun 2012 dalam pangkat Lt Kol TUDM. Jawatan terakhirnya ialah Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pengurusan Logistik di Kinrara. Beliau kini menetap di Seri Kembangan/Serdang.


MANTAN LEFTENAN MUDA ABDUL HAMID BIN TAN
(371227)




Skot Abdul Hamid bin Tan dari Bn Tuahtelah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Ahmad ditauliahkan sebagai Pegawai KLLU.  

Beliau pernah bertugas dalam tempoh yang singkat sebagai Pegawai Bilik Operasi di TUDM Kuching dalam tahun 1982 (ketika aku juga bertugas di sana). Selepas beliau bertukar keluar, aku tidak pernah lagi menemuinya. 


Dikhabarkan, beliau telah meninggalkan perkhidmatan semasa berpangkat Leftenan
.

KAPTEN HAJI BAKERI BIN HJ BAKI TUDM (BERSARA)
(371228)



Skot Bakeri bin Hj Bakee dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1959 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Bakeri menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun ...... . Sejak berpisah di TUDM Alor Setar dalam tahun 1981, aku tidak pernah berpeluang bertemu dengan skot Bakri.

Dikhabarkan bahawa beliau kembali ke bumi kelahirannya Sarawak dan menetap di sana.


MEJAR JENERAL FELIX GONSALVEZ A/L ALEXANDER TUDM
(371229)





Skot Felix Gonsalvez dilahirkan di Kg Langkap, Perak pada 31 Dis 1961.  Beliau mendapat didikan menengah di Holey Methodist Secondary School, Telok Intan sebelum menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang di No 9 Skn Kuantan (pesawat Tebuan) dan kemudiannyanya pesawat MB339A di PULATIBANG 3, juga di Kuantan.

Setelah menamatkan latihan conversion beliau bertukar ke No 6 Skn menerbangkan pesawat Skyhawk. Felix juga pernah menerbangkan pesawat F5E (No 12 Skn) dan juga Hawk (No 6 Skn).

Beliau berkahwin dengan gadis Ipoh bernama (Fenellia) Goh Suan Choo dan mempunyai 3 orang anak.


ALLAHYARHAM
KAPTEN HASHIM BIN HAMZAH TUDM (BERSARA)
(371230)




Skot Hashim dilahirkan di Johor Bahru pada 25 Julai 1960 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Hashim menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat swasta pada tahun 1994. 

Hashim meninggal dunia pada 12 Februari 2018.



KAPTEN AZRUL HARDAV BIN ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(371231)




Skot Hardav Singh a/l Sorajan Singh dilahirkan di Alor Setar pada 12 Oktober tahun 1961. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn TUAH dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting dalam Cawangan Urusetia TUDM. 

Setelah menamatkan kursus Asas Pegawai Urusetia beliau pernah betugas sebagai Jurulatih di Pusat Latihan Rikerut, TUDM Ipoh di awal tahun 1980an. 

Beliau memeluk agama Islam pada tahun ...... dan menukar nama kepada Azrul Hardav bin Abdullah. Beliau berkahwin dengan Puan Fadillah binti Kamdin pada tahun .....

Azrul menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sejak berpisah di SPK dalam tahun 1981, aku tidak pernah berpeluang bersemuka dengan skot Azrul hingga beliau menamatkan perkhidmatan. 

Kali pertama bertemu di N Z Curry dalam bulan Feb 2013 dalam satu sessi teh tarik bersama beberapa orang skot yang lain.

Beliau menetap di Keramat Permai.




ALLAHYARHAM
LEFTENAN HISHAM BIN AHMAD TUDM 
(371232)



Skot Hisham bin Ahmad dilahirkan di Kluang, Johor dalam tahun 1959. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Hisham ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan. Setelah menamatkan kursus asas Pegawai Kejuruteraan, bertugas sebagai Pegawai berkhidmat sebagai Pegawai Ground Elektronik di TUDM Kuantan. 

Semasa aku bertugas di Kuantan (1983-1986) beliau juga berkhidmat di sana sebagai Pegawai Penjaga di Flait Elektronik/Radio di Pusat Kawalan Trafik. 

Beliau telah menemui maut setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di hadapan Pangkalan TUDM Kuantan dalam tahun 1986 atau 1987 (setelah aku bertukar keluar)

Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan sahabatku ini.

MENINGGAL DUNIA
(akibat kemalangan jalanraya berhampiran Pangkalan  TUDM Kuantan pada tahun 1987 dan disemadikan di Kluang, Johor)




BRIGADIER JENERAL DATO' HAJI HASAZA BIN HANAFIAH TUDM
(371233)




Skot Hasaza bin Hanafiah dilahirkan di Jitra, Kedah dalam tahun 1959. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting. Hasaza ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Udara (JUDARA).



Setelah mengikuti Kursus Asas Pegawai Kejuruteraan, Hasaza telah melanjutkan pengajian ke UTM dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Kami sama-sama mengikuti Kursus Pegawai Skuadon di ITU Kinrara pada tahun 1991.

Beliau juga telah mengikuti kursus di peringkat Sarjana dalam bidang Business Engineering di UTM dan Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di UKM/MPAT.



Beliau kini menjawat jawatan Ketua Staf Sistem di Markas Logistik Udara sejak tahun 2008.



Hasaza berkahwin dengan Datin Hjh Hasmah binti Ismail dan dikurniakan x orang anak dan kini menetap di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
.



BRIGADIER JENERAL DATO' HJ JUMALI BIN SALAMAT TUDM
(371224)


Skot Jumali dilahirkan pada tahun 1960 di Klang, Selangordan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jumali menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson dan ditempatkan dalam Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.


Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Beliau berkelulusan dari National Defence University di Washington, USA.

Jumali kini berpangkat Brigadier Jeneral TUDM dan kini memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Butterworth.

Jumali berumahtangga dengan Datin Salina binti Sahat dan dikurniakan 5 orang anak, 2 lelaki dan 3 perempuan.


ALLAHYARHAM
MEJAR KAMARUDIN BIN IBRAHIM TUDM 
(371235)



Skot Kamarudin bin Ibrahim dilahirkan pada tahun 1959 di x.  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Kamarudin adalah dari Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 



Kamarudin telah meninggal dunia akibat kemalangan pesawat Bulldog 100B semasa melaksanakan tugas sebagai jurulatih terbang di TUDM Alor Setar pada 21 Sep 1994.



LEFTENAN JENERAL DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN TUDM (BERSARA)
(371236)



Skot Kamalruzaman dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun 1960. Setelah tamat menjalani latihan Pegawai Kedet (dalam Bn Jebat) di SPK Port Dickson, beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Selanjutnya beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang di No 6 Skn dan PULATIBANG 3 di TUDM Kuantan. Semasa bertugas di skuadron operasi, beliau pernah menerbangkan pesawat Tebuan, MB339A, Skyhawk dan MiG29.

Kamalruzaman kini berpangkat Mejar Jeneral TUDM. Jawatan sekarang ialah Assisten Ketua Staf J3 di Markas AB. Sebelum menyandang jawatan sekarang, Kamalruzaman pernah bertugas sebagai Jurulatih Penerbangan di 1FTC, Pegawai Memerintah No 17 Skn, Komander PU Kuantan, Pengarah Rancang Udara dan Panglima Logistik Udara.

Dari kalangan Skot Udara 37, Kamalruzaman merupakan skot pertama dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral, Mejar Jeneral dan juga Leftenan Jeneral.

Kamalruzaman menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2010.


Kamalruzaman berkahwin dengan Datin Hjh Zubaidah binti Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak.



KAPTEN KAMARULZAMAN BIN WAGIMAN TUDM (BERSARA)
(371237)


Skot Kamalruzaman dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 19xx di Johor Bahru. Kamarulzaman  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan. Semasa duduk di Mes Pegawai TUDM Kluang, beliau adalah rakan sebilikku.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 5 Skn.  

Kamarulzaman menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 1996. Kini bertugas dengan syarikat penerbangan MHS di Kerteh, Terengganu.

Kamarulzaman berkahwin dengan ....................



LEFTENAN KOLONEL KHAIRUDIN BIN MOHD ZAHARI TUDM (BERSARA)
(371238)



Skot Khairudin dari Bn Jebat SPK telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Khairudin telah ditauliahkanke Caswangan Logistik TUDM.

Kami sama-sama mengikuti Kursus Pegawai Skuadon di ITU Kinrara pada tahun 1991.

Khairudin bersara dalam tahun 2008 dalam pangkat Lt Kol TUDM. Antara jawatan yang pernah disandang semasa dalam perkhidmatan ialah Ketua Cawang Materiel PU Kuching dan juga PU Labuan, PS1 Khidmat Domestik MLU dan Ketua Staf Bantuan Markas No 2 Division Udara.


Khairudin berkahwin dengan Puan Nurul Azian binti Abdul Aziz dan kini menetap di Bandar Baru Bangi dan berkhidmat sebagai Pengurus Kanan dengan Syarikat Destini Prima Sdn Bhd sehingga kini.

KAPTEN HJ LUKMAN BIN ABDUL RAHMAN TUDM (BERSARA)
(371239)



Skot Lukman dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 19xx.  Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK China Pei Hwa, Sg Mati Muar dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 10 Skn KL dan No 5 Skn Labuan.  

Lukman menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 19xx. Kini bertugas sebagai Flight Operations Manager dengan syarikat penerbangan Westar Aviation di Labuan. Sebelum ini semasa bertugas sebagai Flait Operation Manager di Westar Kuala Lumpur, beliau menerbangkan pesawat A365 dan AW139.


Lukman berkahwin dengan Puan Hajjah Anita binti Mahzan dan dikurniakan ....................



MEJAR LOKMAN BIN ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(371240)



Skot Lokman dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1960. Mendapat pendidikan menengah di Maktab Sultan Abu Bakar dan Sek Men Teknik sebelum menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK beliau merupakan warga Batalion Tuah. 

Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan. Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Semasa berpangkat Lt Muda, beliau telah bertukar ke Cawangan Urusetia di awal tahun 80an. Semasa dalam perkhidmatan beliau berpeluang melanjutkan pengajiian dalam bidang Hotel Management di ITM Shah Alam. Lokman bersara dalam pangkat Mejar TUDM untuk menyertai Syarikat Desatera Sdn Bhd yang memberikan perkhidmatan katering di wisma ahli udara/junior rank beberapa pangkalan udara dan kem-kem TD. Kemudian bertukar ke syarikat KOMATRA Sajian Sdn Bhd. Setelah menamatkan kontrak dengan KOMATRA, beliau menjalankan perniagaannya sendiri.


Lokman berkahwin dengan Puan Norleza binti Abd Manan dan dikurniakan 6 orang anak. Lokman kini menetap di Shah Alam.



KAPTEN HJ MOHD FADZIL BIN AHMAD TUDM (BERSARA)
(371241)



Skot Mohd Fadzil dilahirkan di Perak pada tahun 19xx dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Tuah. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau ditauliahkan bersama skot Tentera Darat di Kem Segenting pada 24 jan 1981. Fadzil ditauliahkan ke Cawangan Bomba TUDM.

Kali terakhir aku bertemu dengan beliau adalah di awal tahun 1990 semasa kami sama-sama berpangkat Kapten dan berkhidmat di Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MPPU).


Beliau menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten kerana mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian Bachelor of Business Admin (BBA) di Amerika Syarikat selama 3 tahun dengan biayaan biasiswa JPA. Aku merupakan salah seorang penjamin beliau.


BRIGEDIER JENERAL MOHAMAD SHUAIRI BIN ABDULLAH TUDM
(371242)



Skot Mohamad Shuairi bin Abdullah dilahirkan di Tapah Road, Perak pada tahun 1962. Mendapat didikan menengah di Sek Men Buyong Adil, Tapah dari tahun 1974-1979. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Shuairi bertukar ke Cawangan Logistik dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara).

Beliau mengikuti kursus di MTAT Haigate pada tahun 1998. Di antara tahun 2005-2008, Shuairi (ketika berpangkat Mejar) beliau telah menyertai Tim Projek Perolehan Pesawat MB339CM di Milan, Itali.

Shuairi berumah tangga dengan Puan Zuraidah Mohd Yasin dan dikurniakan 4 orang anak. Bagaimana pun isteri beliau meninggal dunia dalam tahun 2009.

Shuairi kini berpangkat Kolonel TUDM bertugas sebagai Pengarah Materiel (2016) di Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara.


KAPTEN MAHAMAD SABARI BIN SAID TUDM (BERSARA)
(371243)



Skot Mohamad Sabari bin Mohd Said dilahirkan di Kedah pada 7 Okt 1959. Semasa menjalani latihan PK di SPK, skot Sabari adalah dari Bn JEBAT.

Setelah menamatkan latihan Pegawai Kedet di SPK, Sabari mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Sabari bertukar ke Cawangan Tadbir dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara), Beliau kemudiannyaterpilih mengikuti kursus Navigator di Australia. Setelah gagal meneruskan pengajian beliau kembali ke Cawangan Urusetia. 

Beliau menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten.

Sabari dan isterinya Puan Sharifah kini menetap di Wangsa Maju.



KAPTEN MOHD SABERI BIN SALLEH TUDM (BERSARA)
(371244)




Skot Mohd Saberi dilahirkan di Kelantan pada tahun 1962. Beliau merupakan pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Batalion Kasturi. 

Saberi ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Jan 1981 bersama skot TDM ke dalam Cawangan Urusetia. 

Skot saberi tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan perkhidmatan di awal tahun 1990an. Walaupun ada akaun facebook, beliau kurang aktif bersama skot-skot yang lain.



KOLONEL HJ MUHAMMAD SUHAIMI BIN HJ ASHARI TUDM
(371245)



Skot Muhammad Suhaimi bin Hj Ashari dilahirkan di Sayung, Kuala Kangsar, Perak pada 25 Julai tahun 1962. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Suhaimi ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Udara (JUDARA).

Setelah mengikuti Kursus Asas Pegawai Kejuruteraan, Suhaimi telah mengikuti kursus kejuruteraan di United Kingdom. Semasa berpangkat Mejar beliau pernah menyertai Tim Projek Perolehan Radar Martello di United Kingdom antara tahun 1992-1995.

Beliau juga telah mengikuti kursus di peringkat Sarjana dalam bidang Business Engineering di UTM dan Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di UKM/MPAT.

Di antara jawatan penting yang beliau pernah sandang ialah Pengarah PUSPEKA, Ketua Staf Bantuan di Mks No 1 Div Udara.

Beliau kini dipinjamkan ke ibu pejabat AIROD Sdn Bhd, Subang sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) mulai tahun 2014.

Suhaimi dengan Puan Fadzlina binti Abdul Aziz dan dikurniakan 3 orang anak.


BEKAS LEFTENAN MUDA (UDARA) HJ MOHAMAD ZUKI BIN ABD RAHMAN
(371246)



Skot Mohamad Zuki bin Abd Rahman dilahirkan di ..... pada tahun 19.... Semasa mengikuti latihan pegawai kedet di SPK beliau ditempatkan di Bn JEBAT. Setelah menamatkan latihan pegawai kedet di SPK beliau mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Beliau kemudiannya terpilh mengikuti latihan penerbangan di New Zealand.

Setelah menamatkan latihan penerbangan dan layak mendapat sayap penerbangan, Zuki pulang ke tanah air untuk menyertai Skn penerbangan pejuang. Namun atas masalah kesihatan beliau tidak dapat meneruskan hasratnya. Beliau menamatkan perkhidmatan dan melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam.

Setelah menamatkan kursus dengan Diploma in Computer Science, beliau menyertai Malayan Banking. Setelah beberapa tahun bersama Maybank, Zuki meletak jawatan dan menjalankan perniagaannya sendiri.

Zuki berkahwin dengan Puan Hjh Norhayati binti Mahmod dan kini menetap di Subang Jaya.


KAPTEN MUSA BIN SHARIFF TUDM (BERSARA)
(371247)




Skot Musa bin Shariff dilahirkan pada tahun 19xx di xx.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Tiada berita/maklumat mengenai beliau sehingga beliau menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 (perlu disemak).


MEJAR HJ OTHMAN BIN MD JAHIM TUDM (BERSARA)
(371248)



Skot Othman bin Md Jahim dilahirkan di Tampin, NS pada tahun 1956. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Othman bertukar ke Cawangan Logistik.

Othman adalah coursemateku semasa menjalani Kursus Asas Pegawai Logistik Siri 22 di ITU Kinrara dalam tahun 1983. Kami juga sekelas semasa mengikuti kursus staf di MTAT Haigate (Siri 28) dalam tahun 1999.  Othman bersara dari perkhidmatan dalam tahun 2007 semasa berpangkat Mejar. Jawatan terakhirnya ialah PS1 Perolehan di MTU-Materiel.

Othman berkahwin dengan Puan Hajjah Siti Mariam binti Siekh Hussein dan dikurniakan 3 orang anak.


ALLAHYARHAM MEJAR OSMAN BIN HARON TUDM (BERSARA)
(371249)




Skot Osman bin Haron dilahirkan di Kedah pada tahun 1957. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Osman bertukar ke Cawangan Logistik.

Osman bersara dari perkhidmatan dalam tahun 1996 semasa berpangkat Mejar.

Osman meninggal dunia pada tahun 15 Januari 2019 kerana komplikasi jantung.


MEJAR RAVEENTHERAN A/L RAMAN KUTTY TUDM (BERSARA)
(371250)




Skot Raveenthran a/l Ramankutty dilahirkan di Segamat, Johor pada tahun 19xx dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 3 Skn Butterworth, No 7 Skn Kuching menerbangkan pesawat Nuri (S61). Beliau juga merupakan bekas jurulatih terbang (QHI) TUDM. 

Ravee menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar TUDM dalam tahun 1996 untuk menyertai syarikat penerbangan swasta setelah berkhidmat selama lebih 16 tahun. Antara syarikat tempatan yang beliau pernah sertai ialah Boskym Udara, Kenari Air (Bell 206 Longranger/Jet Ranger) dan MHS (AS332).

Pada tahun 2002 Ravee berpindah (migrate) ke Australia untuk menyertai Australian Army dalam pangkat Captain. Beliau berkhidmat di AA di Townsville, Queensland selama 2 tahun 7 bulan sebelum menyertai syarikat Bristow Helicopters Pty Ltd di Perth, Australia menerbangkan pesawat EC225 dan Super Puma AS332.


Ravee berkahwin dengan Puan .... dan dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki.



ALMARHUM
MANTAN PEGAWAI KEDET (UDARA) MOHD SALLEH BIN ABD WAHAB
(371251)


TUAH
BEKAS PEGAWAI KEDET
 (MENINGGAL DUNIA 1996)

MEJAR SAIB BIN SAIIN TUDM (BERSARA)
(371252)




Skot Saib bin Saiin dilahirkan di Klang, Selangor pada tahun 1959 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 10 Skn.  

Saib menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 1994. Kini bertugas dengan syarikat penerbangan Asia Pacific Flying Training Academy di Kota Bharu.


Lukman berkahwin dengan Puan Shamsiah binti Hassan dan dikurniakan 5 orang anak. Keluarga beliau menetap di Puncak Perdana, Shah Alam.


ALLAHYARHAM
MANTAN PEGAWAI KEDET (UDARA) SABERI BIN SAMSUDDIN
(371253)


TUAH
BEKAS PEGAWAI KEDET


Skot Saberi bin Samsuddin dilahirkan pada tahun 19xx di.......  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH.

Beliau ditamatkan dari meneruskan latihan di SPK atas masalah tertentu.
Tiada berita/maklumat mengenai beliau sehingga beliau diberitakan telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan lebih kurang dalam tahun 1989.

(maklumat tentang kematian tidak diperolehi)



MEJAR SYED AHMAD BIN SYED ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(371254)




Skot Syed Ahmad bin Syed Abdullah berasal dari Johor Bahru dan dilahirkan pada tahun 19xx.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Tiada berita/maklumat mengenai beliau sejak beliau menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 (perlu disemak). Diberitakan beliau telah menyertai Penerbangan Malaysia.

Diberitakan beliau sekarang menetap di Lukut, Negeri Sembilan.


MEJAR SALEH BIN AMIL TUDM (BERSARA)
(371255)



Skot Mohamad Saleh bin Amil dilahirkan pada i November tahun 1959 di Felda Bukit Besar, Kulai, Johor.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Beliau menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 (perlu disemak) dan menyertai syarikat penerbangan swasta. Semasa kali pertama ditemui dalam facebook dalam tahun 2010, beliau berkhdimat dengan Asia Pacific Flying Training (APFIT) di Kota Bharu sebelum netertai Malindo Air pada tahun 2012.

Saleh dan keluarga kini menetap di Lukut, Port Dickson.


MEJAR JENERAL HJ TOHARUDN BIN AB RASID TUDM (BERSARA)
(371256)


Skot Toharudin dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada tahun 1959. Beliau adalah dari dari Bn KASTURI semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 2, TUDM Kluang mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Toharudin bertukar ke Cawangan Logistik.

Beliau pernah berkhidmat di Pangkalan TUDM Kuching dan TUDM Kuantan. Beliau mengikuti kursus diplima (1986) dan ijazah (1994) di ITM Shah Alam. Beliau mengikuti kursus di MTAT pada tahun 1999. Jawatan terakhirnya ialah AKS Logistik Pertahanan, Markas ATM.

Toharudin berkahwin dengan Puan Adibah bt Hj Taha dalam tahun 1983 dan dikurniakan 2 anak lelaki dan 4 perempuan.


LEFTENAN KOLONEL THIAN PIAN KHONG TUDM (BERSARA)
(371257)



Skot Thian Pian Khong dilahirkan di Sibu, Sarawak 22 Jun 1961. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting. Thian PK ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Udara (JUDARA).

Thian PK menghadiri Kursus Asas Pegawai Kejuruteraan di TUDM Kinrara dan juga kursus kejuruteraan di luar negara. Beliau juga telah mengikuti kursus di peringkat Sarjana dalam bidang Business Engineering di UTM dan Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di UKM/MPAT.

Beliau kini berpangkat Leftenan Kolonel TUDM dan bertugas di Directorate General of Technical Airworthiness.

.

MEJAR ZOLKEPLE BIN AYOB TUDM (BERSARA)
(371258)



Skot Zolkeple bin Ayub dilahirkan di Kedah pada tahun 1961. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Zolkeple bertukar ke Cawangan Logistik.

Zolkeple mengikuti kursus di MTAT pada tahun 2002 dan bersara dari perkhidmatan dalam tahun 2009 semasa berpangkat Mejar. Jawatan terakhirnya ialah Pegawai Pemerintah MATRA 1.

Zolkeple berkahwin dengan Puan xx dan dikurniakan x orang anak. Salah seorang anak lelaki beliau berkhidmat sebagai juruterbang TUDM. Kini menetap di Taman Manjalara, Kepong.


MEJAR ALIAS BIN HAMDAN TUDM (BERSARA)
(371259)



Skot Alias dilahirkan pada tahun .......  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Alias menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan Air Asia pada tahun 1994. 

Alias berkahwin dengan Puan Asniah binti Razali dan dikurniakan 5 orang puteri dan menetap di Nilai Impian.



LEFTENAN KOLONEL HJH SARKIAH BINTI TEMENGGUNG ZENADIN HIPNEY TUDM (BERSARA)
(371260)





Skot Sarkiah binti Zenadin Hipney dilahirkan di Miri, Sarawak dalam tahun 1956 dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Sarkiah ditauliahkan dalam Cawangan Urusetia

Sarkiah bersara dari TUDM dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2009 dan antara jawatan yang pernah disandang semsa berkhidmat dengan TUDM ialah PS1 PSTU dan PS1 Sajian di Bahagian Tadbir- Perkhidmatan, Markas Tentera Udara.

Sarkiah kini menetap di Shah Alam.




BRIGADIER JENERAL DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM
(371261)



Skot Yohanez binti Ahmad dilahirkan pada 4 April 1957 di Segamat, Johor. Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Yohanez ditauliahkan dalam Cawangan Logistik.

Beliau pernah menyandang jawatan Jurulatih di TUDM Kinrara, Ketua Cawang Materiel PU Butterworth, PS1 SISGP F di Markas No 3 Div Udara dan PS1 Belanjawan sebelum ke jawatan sekarang.

Yohanez bersara dari TUDM pada bulan April 2017 dalam pangkat Brig Jen TUDM dan jawatan terakhir sebagai AKS Materiel di Markas Tentera Udara. Beliau mencipta sejarah sebagai pegawai wanita TUDM pertama menyandang pangkat Lt Kol TUDM, Kol TUDM dan Brig Jen TUDM dalam sejarah ATM.

ALMARHUM LEFTENAN MUDA (UDARA) BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH
(371265)

X
KASTURI
CAWANG KEJURUTERAAN
LEFTENAN MUDA (UDARA)
MENINGGAL DUNIA
(akibat lemas dalam kemalangan bot karam di perairan Tanjung Tuan pada tahun 1983)



KOLONEL ABDUL RAZAK BIN MAT TUDM (BERSARA)
(371266)




Skot Abd Razak bin Mat dilahirkan pada 6 Januari tahun 1962 di Selama, Perak.  Razak merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Pertahanan Udara. 

Semasa di SPK, Razak adalah dari Bn KASTURI.

Razak berkahwin dengan Puan Rosalina binti Said dan kini menetap di Kuantan.


LEFTENAN KOLONEL ABDUL RAZAK BIN MAT SALIM TUDM (BERSARA)
(371267)




Skot Abd Razak bin Salim dilahirkan di Lanchang, Temerloh, Pahang pada tahun 1962. Beliau adalah bekas pelajar RMC Sg Besi sebelum menjalani latihan di SPK. Razak ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  

Semasa mengikuti latihan di SPK, Razak adalah dari BN JEBAT. Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Urusetia.

Razak bersara dari TUDM dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2013 dan jawatan terakhirnya ialah PS1 Tadbir di Markas No 1 Divisyen Udara.

Abd Razak kini menetap di Setapak, Kuala Lumpur.



MEJAR DAUD BIN MOHD SALLEH TUDM (BERSARA)
(371268)



Skot Daud ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Daud ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Pertahanan Udara

Daud menamatkan perkhidmatan TJP dari TUDM dalam pangkat Kapten TUDM dalam tahun 1988.

Daud kini menetap di ...................


MEJAR JENERAL DATO' HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM
(371269)




Skot Khairil Asri dilahirkan pada 9 Jul 1962 merupakan bekas penuntut MTD (RMC). Setelah tamat menjalani latihan Pegawai Kedet (dalam Bn Tuah) di SPK Port Dickson, beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan jet pejuang di PULATIBANG 3 TUDM Kuantan. Setelah lebih 10 tahun menerbangkan pesawat pejuang beliau bertukar ke skuadron angkut dan maritim. Hj Khairil dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada bulan Jan 2019.

Pada tahun 2014 Khairil telah mengikuti kursus peringkat Sarjana di Centre of Defence and Strategic Studies di Australian Defence College

Khairil Asri telah berkahwin dengan Datin Hajjah Wan Sharidah binti Ramli.



KAPTEN MOHD RAHIM BIN ISMAIL TUDM (BERSARA)
(371270)

 


Skot Mohd rahim bin Ismail dilahirkan pada tahun 1962 di Muar, Johor.  Rahim merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet. Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang Tebuan di No 9 Skn TUDM Kuantan sebelum bertukar ke PULATIBANG 3 untuk menerbangkan pesawat MB339A.

Semasa aku bertugas sebagai Pegawai Logistik di PULATIBANG 3 antara tahun 1984/1986 beliau masih berada di sana. 

Rahim menamatkan perkhidmatan semasa berpangkat Kapten TUDM dan sehingga kini tidak dapat dikesan di mana beliau berada.


KOLONEL IR MOHD ASERI BIN ISMAIL TUDM
(371273)





Skot Mohd Asri bin Ismail dilahirkan pada 12 Oktober 1962 di Kg Lundang, Kelantan. Beliau merupakan bekas pelajar RMC sebelum menyertai latihan di SPK. 

Semasa di SPK Port Dickson beliau dari Bn Kasturi. Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Jan 1981 ke Cawangan Kejuruteraan dans seterusnya terpilih mengikuti pengajian Diploma in Aeronautical Engineering di UTM Jalan Gurney.

Semasa dalam perkhidmatan, Asri telah berpeluang mengikuti pengajian Bachelor in Engineering di UTM dan pengajian peringkat Masters di Perancis. 

Beliau juga memiliki Sarjana dalam bidang Strategi Pertahanan dari UKM setelah menamatkan kursus di MPAT. Pada tahun 2013/2014 beliau telah mengikuti kursus di Korea National Defence University, Seoul.

Antara jawatan utama yang disandang oleh Mohd Asri ialah Pegawai Kejuruteraan No 15 Skn, Pengarah Technical Airworthiness dan Pengarah PUSPEKA. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace di Alor Setar.

Azemi berumah tangga dengan Puan Jaliah binti Osman.


KOLONEL HJ MOHD SABRI BIN SHAMSUDIN TUDM
(371274)




Skot Mohd Sabri bin Shamsudin dilahirkan pada tahun 1962. Beliau merupakan bekas pelajar RMC sebelum menyertai latihan di SPK. 

Semasa di SPK Port Dickson beliau dari Bn TUAH. Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Jan 1981 ke Cawangan Kejuruteraan dan seterusnya terpilih mengikuti pengajian Diploma in Aeronautical Engineering di UTM Jalan Gurney.

Beliau juga memiliki Sarjana dalam bidang Strategi Pertahanan dari UKM setelah menamatkan kursus di MPAT. Beliau juga pernah mengikuti kursus di Air War College, Lahore, Pakistan.

Antara jawatan utama yang disandang oleh Mohd Sabri ialah Pegawai Staf di Markas Logistik Udara, Ketua AFPRO di AIROD, Pegawai Memerintah ITAS dan Ketua Staf Bantuan di Markas No 1Div Udara. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace di Alor Setar (untuk kali kedua).

Azemi berumah tangga dengan Puan .......





MEJAR JENERAL DATUK HJ ROMLEE BIN YAHYA TUDM
(371275)



Skot Datuk Hj Romlee bin Yahya dilahirkan pada 6 Nov 1959 merupakan bekas penuntut MTD (RMC). Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson, beliau adalah penyandang pangkat JUO di Batalion JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Romlee kini berpangkat Brigadier Jeneral TUDM. Jawatan terakhir ialah Komander PU Subang sebelum mengikuti kursus National Defence University di Bangkok Thailand mulai awal tahun 2014-2015. 

Romlee menerima anugerah Panglima Setia DiRaja (PSD) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2012 dan juga Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Dato' serta Darjah Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada tahun 2016.

Romlee berkahwin dengan Datin Hajjah Rokiah binti Baba dan dikurniakan 10 orang anak.

Kini bertugas sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.


MEJAR JENERAL DATO' HJ SANUSI BIN SAMION TUDM
(371276)




Skot Romlee dilahirkan pada 10 September 1962 di Kluang, Johor. Beliau merupakan bekas penuntut MTD (RMC). Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson, beliau adalah penyandang pangkat Kadet Sarjan di Batalion KASTURI. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Sanusi kemudiannya terpilih untuk mengikuti kursus asas penerbangan di Point Cook, Australia dan kembali ke PULATIBANG 1 pada tahun 1981. Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sebelum ke PULATIBANG 3 untuk menjalani latihan peralihan ke pesawat MB339A pada tahun 1984.

Sanusi dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM dalam tahun 2011 dan mengikuti kursus di National Defence University di Beijing, PRC.  Antara jawatan utamanya adalah Pegawai Memerintah No 18 Skn, Komander PU Butterworth, Pengarah Sumber Manusia, Pengarah Rancang Operasi Udara dan Ketua Pengarah Cawangan Latihan di BOLP, Markas ATM. Beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Misi (International Monitoring Team) di Mindanao dari 2016 hingga Mac 2017.

Sanusi menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada tahun 2013 yang membawa gelaran Dato'. Sanusi dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada bulan Januari 2020.

Sanusi berkahwin dengan Datin Hajjah Hjh Siti Aishah binti Yeop Abd Rahman dan dikurniakan x orang anak.

LEFTENAN KOLONEL HJ S. HAMID BIN MOHD YUSOF TUDM
(371299)





Skot S. Hamid Bin Mohd Yusof dilahirkan di Rengit, Batu Pahat Johor pada tahun 1962. Beliau merupakan bekas pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK. Semasa di SPK, beliau ditempatkan di Batalion TUAH.

Beliau ditauliahkan pada 24 Januari 1981 ke dalam Cawangan Kawalan Trafik Udara TUDM. 

Kami pernah sama-sama bertugas di TUDM Kuching Sarawak (1981/83), TUDM Kuantan (1983-86) dan di MTU (MINDEF) (2004/2007). Kami juga sama-sama menghadiri Kursus Pegawai Skuadron di ITU Kinrara dalam tahun 1991.

Beliau mengikuti kursus Staf di MTAT Haigate dan juga mengikuti kursus  Diploma in Joint & Combined Warfare di National Defence University in Norfolk, USA

S. Hamid bersara dari TUDM dalam tahun 2008 semasa berpangkat Lt Kol TUDM.  Jawatan terakhirnya ialah PS1 Komunikasi di JTMK. 

Setelah bersara S. Hamid menyertai Air Asia Berhad sebagai Pengurus di Ramp Dept dan pada tahun 2013 diberi amanah untuk menyandang jawatan Head of Ground Operations di Ramp Services Dept. Beliau juga menjadi Pengerusi Koperasi Kakitangan Ramp Dept di situ.

S.Hamid berkahwin dengan Puan Norhazah dan dikurniakan dengan x orang anak.


LEFTENAN KOLONEL SHAFIE BIN MOHD ALI TUDM (BERSARA)
(371300)



Skot Shafie bin Mohd Ali dilahirkan pada tahun 1962. Shafie merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara. 

Semasa di SPK, Razak adalah dari Bn KASTURI.

Shafie bersara dalam tahun 2016 dalam pangkat Lt Kol TUDM dan jawatan terakhir sebagai PS Gred 1 di Markas Pemerintahan Operasi Udara. Kini bertugas di Air Asia.



BRIGEDIER JENERAL THAMILENTY A/L PERIASAMY TUDM
(371301)



Skot Thamilenty dilahirkan pada 19 Feb 1962 dan merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 11 April 1981 di Kem Segenting (bersama TJP 38).  Tamilenty ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan lalu Lintas Udara. 

Semasa di SPK, Tamilenty adalah dari Bn TUAH.




MEJAR RAJA KANDAN A/L RATNASINGAM TUDM (BERSARA)
(371560)

 


Skot Raja Kandan dilahirkan pada tahun 195x.  Sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet beliau merupakan seorang Ahli Udara (anggota TUDM) yang berpangkat Kopral. Semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson, beliau adalah dari dari Bn JEBAT.  

Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Rajakandan bertukar ke Cawangan Logistik.

Raja Kandan bersara dari TUDM semasa berpangkat Mejar TUDM dalam tahun 19XX dan jawatan terakhirnya ialah PS2 di Cawangan Perolehan.

Raja Kandan kini menetap di Bangsar.



KAPTEN SELVARAJ A/L MUTHU TUDM (BERSARA)
(703571)





Skot Selvaraj dilahirkan pada tahun 195x.  Sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet beliau merupakan seorang Ahli Udara (anggota TUDM) yang berpangkat Kopral. Semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson, beliau adalah dari dari Bn JEBAT.  

Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 2, TUDM Kluang mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Selvaraj bertukar ke Cawangan Logistik.

Kami pernah sama-sama bertugas di TUDM Kuantan dalam tahun 1985/86.

Selvaraj menamatkan perkhidmatan TUDM di penghujung tahun 1980an dan sehingga kini tidak dapat dikesan di mana beliau berada.



ALMARHUM
LEFTENAN MUDA (UDARA) HALDIN BIN SUDIN
(-)





Skot Haldin dilahirkan di Sarawak pada tahun 195x.  Sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet beliau merupakan seorang Ahli Udara (anggota TUDM) yang berpangkat Laskar Udara Kanan (ketukangan Air Frame). Semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson, beliau adalah dari dari Bn KASTURI.  

Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Rajakandan bertukar ke Cawangan Urusetia dan ditukarkan ke TUDM Kluang untuk menjadi Ajutan Pangkalan.

Semasa bertugas di TUDM Kluang, lebih kurang dalam tahun 1982 atau 1983 beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Jenazah almarhum Haldin dikebumikan di Sarawak.



 
Berdiri di hadapan sekali ialah almarhum skot Abdul Rashid Suhaime, manakala yang duduk di nombor 4 dari kanan ialah almarhum skot Haldin Sudin.

 
Skot Udara di PULATIBANG 1 menerima sayap penerbangan
skot Udara di PULATIBANG II menerima sayap penerbangan

.