SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, December 27, 2013

TJP37059: JANUARI MEMBUKA CABARAN 2014


CABARAN MENANTI DI AMBANG 2014


Happy Birthday Skot

Hari ini, 1hb Januari Tahun Masehi 2014. Tiga skot 37 menyambut hari ulangtahun kelahirannya. Mereka dilahirkan pada hari pertama tahun tersebut. Mereka ialah:
  1. Azmi bin Abd Hamid (1960)
  2. Sazali bin Abd Rauf (1962)
  3. Hj Mohd Sabri bin Shamsudin (1962)
  4. Hj Mohd Hairudin bin Hj Mukri (1959)
Semalam 31hb Disember 2013, dua warga S37 merayakan Hari Jadi, iaitu antara bayi yang terakhir dilahirkan pada tahun berkenaan:
  1. Felix Gonsalvez a/l Alexander (1962)
  2. Mohd Jaudin bin Saad (1962)
TAHNIAH Skot!

PASTINYA, usia S37 bertambah setahun lagi pada 24 Januari ini dan begitu juga usia setiap warga S37 terus bertambah setahun lagi. Kita semakin tua dan semakin lemah. Semakin udah ditimpa atau dihinggapi penyakit. Semakin lemah untuk beribadah fizikal, kerana semakin lemah untuk berdiri lama, duduk lama, sujud dan rukuk yang lama. Kalau waktu kita Leftenan Muda dan kuat kita boleh solat Tarawikh 20 rekaat tanpa masalah,sekarang Solat Subuh 2 rekaat pun ada yang duduk atas kerusi sahaja.

Aku ingin mengingatkan diriku sendiri dan juga sahabat handai tercinta. Marilah kita buangkan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak membantu kita di akhirat kelak. Masa dan usia kita semakin pendek dan singkat.

Benson Kena Posting

Berita pertama yang melibatkan warga S37 di awal tahun 2014 ialah pertukaran skot Lt Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim (KJLJD) telah mengambil alih jawatan Komandan Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Sirusa, Port Dickson mulai 2 Jan 2014. Sebelum ini skot Benson bertugas di Markas Divisyen ke 3, Kem Terendak, Melaka.

Beliau sempat membuat kunjungan hormat ke pejabat skot Lt Kol Abdul Razak bin Hussein (KAD), Komandan PULAMOR di Kem Sebatang Karah, Port Dickson.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas baru untuk skot Benson. Semoga IJED akan lebih cemerlang di bawah pimpinan anda.


Presiden S37 bersama skot Lt Kol Fanashim Benson, Komandan IJED yang baru

Mantan Setiausaha S37

Pada 11 Januari, skot Husin ada memaparkan gambar skort Mohd Shah Abd Rahman. Mohd Shah baru sahaja bersara wajib pada bulan November tahun lepas (2013). Suatu ketika dulu (dalam tahun 2004/2005 hingga 2009), waktu Kelab S37 baru mula aktif membuat reunion, beliau amat aktif dan bertindak sebagai Setiausaha tidak rasmi. Namun sejak tahun 2009, beliau telah mula menghilangkan diri kerana amsalah kesihatan. Kita doakan skot Mohd Shah akan dikurniakan kesejahteraan dan kembali aktif dalam S37.


Lt Kol Mohd Shah Abd Rahman (Bersara)

Hamdan Masuk Sekolah

Pada 13 Jan 14, Sdra Presiden S37 juga mengirimkan maklumat bergambar semasa menghadiri Majlis Perasmian Program Sarjana (UM) di INSPEKA Port Dickson. Salah seorang peserta program tersebut ialah skot Hamdan bin Othman (RRD). Skot Hamdan merupakan Kedet JUO dalam Bn Kasturi semasa menjalani latihan di SPK. Turut hadir ialah skot Benson yang baru menyandang jawatan Komandan IJED.


Presiden S37 bersama skot Lt Kol Hamdan Othman (tengah) dan skot Benson

Skot-skot Beriadah 


Pada 14 Jan 14, beberapa orang skot 37 mengadakan permainan golf di The Mines. Skot Hj Azemi yang sekarang berkhidmat dengan AIROD Sdn Bhd telah bermurah hati untuk mendapatkan penajaan.



jarang nampak wajah skot Hasbullah begitu ceria 

kelihatan dalam gambar, dari kiri: Mej (B) Ramli (AIROD), MG Dato Halim, Kol Jaafar, Kol Halim, BG Dato Zamrose, Kol Suhaimi, Lt Kol Razak, Mej (B) Dato Adnan, Lt Kol Roslan, Lt Kol Lod, LG Dato Seri Hasbullah dan Mej (B) Husin 
 
Skot Husin setiapkali turun ke padang golf akan menjadi tumpuan pemain-pemain yang lain kerana beliau amat gemar memakai seluar yang berwarna striking dan lain dari yang lain.


Jemputan Perkahwinan anak Saib

Jemputan perkahwinan anak-anak skot 37 untuk tahun 2014 sudah bermula sebelum masuk tahun 2014. Manakala majlis pertama bermula seawal bulan Januari dengan didahului oleh skot Mej Saib bin Saiin  TUDM (B). Skot Saib adalah skot yang sama-sama menjalani latihan penerbangan di TUDM Kluang pada awal tahun 1981 setelah menamatkan latihan asas Pegawai Kedet di SPK Port Dickson.

Saib berketurunan Jawa, berasal dari Felda Gedangsa, Tg Malim. Setelah mendapat sayap penerbangan, dia bertugas di beberapa skuadron penerbangan dan bersara dalam pangkat Mejar TUDM semasa berkhidmat di No 10 Skn PUKL. Setelah bersara dia menyertai syarikat penerbangan swasta.

Skot Saib jarang ditemui menghadiri majlis anjuran skot-skot lain kerana beliau berkerja di Kota Bharu, Kelantan sebagai jurulatih penerbangan di Asia Pacific Flying Training School (APFTS).


Skot Saib Saiin.

Pada hari Sabtu, 18 Jan 14, aku dan isteri bertolak ke Shah Alam lebih kurang jam 1145. Hari itu kurang prihatin kerana terlepas jalan masuk ke Puncak Perdana, terlajak sehingga simpang untuk ke Rawang dan Kuala Selangor. Rugi masa hampir sejam kerana terpaksa berpusing balik, rugi bayar tol dalam RM10. Apa nak buat. Hari ini, skot Saib mengadakan majlis perkahwinan anak  perempuan mereka Ardalisa  di No 30, Jalan Pulau Angsa U10/28, Taman Puncak Perdana, Shah Alam. Inilah kali pertama aku sampai ke kawasan ini. Dah masuk ke kawasan Puncak Perdana ini pun masih tergagau-gagau nak cari jalan U10/28. Pure map reading. GPS pulak buat pasal hari ini, asyik hanged je.

Semasa aku sampai, skot yang sudah ada ialah Razak (Presiden) dan isteri serta skot Suhaimi Ashaari. Semasa perjalanan pulang, skot Hazman baru saja sampai di kawasan tersebut juga tercari-cari jalan ke rumah Saib.

Selepas aku, Razak dan Suhaimi meninggalkan majlis, skot yang baru sampai ialah Hazman dan Datuk Hj Romlee. Selepas itu, maklumat yang diterima menyatakan skot Lokman Abdullah dan skot Lukman Abd Rahman (dua-dua expilot)  juga hadir.


.

masa aku sampai, yang dah ada ialah Razak, Suhaimi dan Zakaria 
 


yang sampai selepas aku pulang, Hazman dan Datuk Romlee 

Jemputan Majlis Doa Selamat Mustapha

Selain dari itu skot Mustapha bin Ahmad telah menjemput semua skot untuk majlis Doa Selamat/Tahlil dirumahnya  di Putra Heights, Shah Alam pada 18 Jan 14. Aku tidak dapat hadir kerana sepulangnya dari rumah skot Saib aku terus bertolak ke Seremban.
.
 
 


Pemeriksaan Perubatan di HAT T.Mizan

Pada 20 Jan 14, aku ada appointment dengan Pakar Perubatan (Dr Nurul Ashikin) di HAT Tuanku Mizan sebagai susulan kepada rawatan PULHEEM pada bulan Ogos 13 dan rawatan lanjutan kardiologi (angiogram) di IJN pada 25 Okt 2013. Alhamdulillah banyak perubahan terutama dengan tahap kolesterol dalam darah yang telah menurun begitu menggalakkan dari 7.4 kepada 1.3 sahaja.

Sewaktu menunggu giliran dapat berjumpa dua skot lain yang juga ada appointment berasingan iaitu skot Lt Kol (B) Sarkiah Zenadin TUDM dan skot Lt Kol (B) Azman Daud (KOD). Tak sempat tangkap gambar, segan sebab orang ramai.

Aku ada lagi satu appointment dengan IJN pada 25 Feb 14.


Hazizan Masuk Sepital

Pada 20 Jan 14 skot Dato Hazizan telah dimasukkan ke Hospital KPJ Selangor Specialist Medical Centre, Shah Alam kerana menjalani pembedahan membuang batu karang.


Betul ke sakit ni Dato'. Baun semacammm je..
Aduhhhh bosan betui seharian dok baring macam niii...
Tengah sakit tu rehat je la... yang dok tergaru-garu tang situ apa hal.... doktor salah potong kangggg

Seluruh skot 37 mendoakan semoga Dato segera sembuh dan dapat kembali menyertai aktiviti S37.

Pada 23 Jan 14, aku telah diberi tugas untuk menyampaikan taklimat Prestasi Kewangan Markas Logistik Udara dalam Mesyuarat Pemerintahan PTU 1/2014 di KRTU Pangkalan Udara Subang. Antara skot-skot yang turut hadir dalam Mesyuarat tersebut ialah BG Datuk Hj Romlee (Komd PU Subang) dan Kol Jumali (Komd PU KUching).




Berita dan Cerita Ahmad Fuad

Skot Ahmad Fuad bin Abdullah Thani adalah sakot satu Kompeni dengan aku semasa di Bn kasturi SPK. Dia bersara dalam pangkat Kapt (tahun aku tak pasti, mungkin akhir 80an atau awal 90an). Fuad kini menetap di Taiping (kampung halamannya) tetapi sebahagian besar masanya berada di Johor Bahru tinggal bersama anaknya. Untuk menghabiskan masa tua bermain dengan cucu katanya.


skot Ahmad Fuad

Pada 24 Jan, skot Marzuki dan isterinya skot Zawiah mengunjungiku di pejabat. Mereka ada menceritakan serba sedikit berkaitan skot Fuad yang sekarang mengalami masalah kesihatan. Malam itu aku terus bertanyakan Fuad sendiri melalui laman facebook. Beginilah jawapan beliau:


Alhamdulillah skot, started end of Oct tahun lepas, cabut ear plug dan telinga berdengung macam turun flight. 

Selepas hari kelima masih tak hilang, aku cuba masukkan air dalam telinga. At that point aku pun dah tak tahu mana satu dengung air atau dengung high altitude. Telinga dah jammed dan aku jadi out of balance, rasa pening nak jatuh tapi gagah juga pi klinik. Doktor kata ear drum aku pecah. Doc bagi few medication ear drop untuk mengeringkan air dalam telinga, bagi antibiotic dan ubat radang. Doktor pesan, jika 3 hari tak hilang jumpa dia balik. 

Selepas dia hari aku masih sakit.  Aku pi ke Hospital KPJ, jumpa pakar ENT dan went for detail check-up. 

Doktor kata ear drum aku tak pecah tetapi banyak bubbles due to canal belakang telinga tersumbat dengan fluid (dalam bahasa perubatan dipanggil Baro Trauma). Kes seperti ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Doktor kata ia boleh dirawat dengan lekatkan satu benda halus dekat ear drum. Tetapi kena charge RM5k. 

Aku tak jadi buat la satu benda halus kat ear drum but charges will be RM 5k. So aku tak jadi buat la kerana aku dah nak balik Taiping. Aku plan bila balik Taiping nanti aku nak buat kat HAT ATM Lumut. Masa di Taiping dulu aku pi jumla pakar ENT (klinik kecik je) dan dia kata cuma ada tiny problem je dan dia terus buat. Dia koyak sikit eadrum dan sedut fluid belakang telinga aku. Sekarang problem tu dah 80% solved. Maknanya aku akan hanya ada problem kalau berada dalam bilik atau ruang kedap udara.  

Problem kedua pula, ketika rancangan nak balik ke Taiping tu hanya tinggal 3 hari lagi, selepas Maghrib  (lebih kurang awal Disember lepas) tetiba tangan kiri aku terasa kebas. Aku terus pergi ke klinik malam tu dan didapati bacaan BP aku sangat tinggi. Doktor nasihatkana ku supaya pagi esok n doc dapati bacaan pagi esok aku terus ke hospital (masa tu telinga aku masih berdengung lagi). Ini first time aku tahu yang aku ada high blood pulak. Tapi, esoknya aku tak pergi hospital sebab takut admitted dan tak boleh balik Taiping. Sehari selepas itu (sehari sebelum balik ke Taiping) jam lebih kurang 1100 pagi, rasa kebas kat tangan aku datang balik. Kali ini bukan sahaja tangan tetapi pipi sebelah kiri hingga ke kaki sebelah kiri hingga ke jari kaki pun dah melekat begitu juga jari tangan. Aku pun terus pi Hospital Sultanah Aminah JB. Doc kata minor stroke. Dan aku kena buat CT scan.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah, sudah back to normal but the signal has been given untuk lebih berhati-hati dalam permakanan. Kini aku makan sayur hijau banyak. No daging empat kaki, no susu pekat, no telur masin, no sea food.


Begitulah skot. Cuma rokok saja yang aku tak boleh nak berenti lagi. Apa yang kita makan itu yang kita dapat. What you eat thats what you are. Skot, makan pisang every day baik untuk jantung. Aku doakan you and everyone of us stay healthy. TQ skot. 

Begitulah cerita dari Fuad secara panjang lebar. Kita sama-sama doakan semoga skot Fuad dikurangkan penderitaannya dan kembali sihat.

Beberapa Pertemuan Skot

Majlis Makan malam sempena Mesyuarat Pemerintahan Latihan TD di Port Dickson
pada 27 Jan 14

 
 
Majlis Perkahwinan anak Kol Hassan bin Loman pada 26 Jan 14



Zamrose Naik Pangkat

Pada 28 Jan 2014, skot Brig Jen Dato' Zamrose bin Mohad Zain (RAMD) telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral. Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh YBhg PTD di Wisma Pertahanan. Degan kenaikan pangkat ini, pada tarikh ini skot Zamrose merupakan warga S37 yang ke 4 mencapai Gred setaraf JUSA selepas skot Lt Jen Dato' Seri Ahmad Hasbullah, skot Mej Jen Dato' Kamalruzaman TUDM dan skot Mej Jen Dato' Abd Halim Jalal.

Setinggi-tinggi TAHNIAH untuk skot Zamrose.



Majlis Pertunangan Anakku

Pada 1 Feb 2014, aku mengadakan majlis pertunangan anakku yang keempat (Atikah Nur Ezzaty) dengan Muhd Assyafiq bin Harun (dari Sg Gerang, Bt 18, Ulu Langat). Majlis yang bermula jam 1500H berakhir jam 1700H. Hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat dan kawan-kawan Atikah sahaja. Kebetulan semua jiran sebelah menyebelah tiada di rumah kerana long weekend sempena cuti Gong Xi Facai dan Hari Wilayah Persekutuan. Orang luar cuma Ustaz Kol Hj Nawawi (memberi Tazkirah dan Doa), Kdr Hj Badarudin dan Lt Kol Hj Mohd Yatim (geng-geng surau).


 
 
 



Banyaknya Agenda Skot-skot di PD

....... beberapa gambar dari skot Razak (Presiden) di Port Dickson. Antaranya ialah gambar-gambar sempena lawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke Port Dickson pada 7 Feb 14 dan Majlis Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kedet TD di KTD.



Skot Mej (B) Frizan Ali yang sekarang menjadi tokey pembekal pakaian kepada TDM bersama skot-skot yang ada di PD, Lod, Benson dan Razak.

Skot Kamaralzaman Aziz (berbaju Melayu) sekarang orang kuat Pejabat PAT bersama skot Lod. Dato Halim dan Razak semasa lawatan PAT ke Port Dickson. 

Pertemuan beberapa skot di PD semasa lawatan PAT, dari kiri; Ahmad Ghazali, Dato Halim, Mubin, Lod, Dato Azlan dan Razak 

Lagi kumpulan S37 semasa Perbarisan Pentauliahan Pegawai Graduan TD di KTD
dari kiri: Benson, Razak, Lod, Hairudin dan Padzil Mat 



Perbarisan HUT Markas PLDTD

Pada  12 Feb 2014, satu perbarisan sempena HUT PLDTD telah diadakan di padang kawad PUSASDA, Port Dickson.

Semua skot yang bertugas di bawah naungan Panglima Latihan telah turut menghadiri perbarisan tersebut kecuali skot Lt Kol Hj Hairudin bin Mukri dan skot Kamarudin bin Ibrahim.


 
 

Ketahuilah: 14 Feb Hari Valentine?


Wahai skot yang aku kasihi,

Jangan biarkan kita ditipu. jangan biarkan anak cucu kita tertipu. Janganlah sebab perkara kecil ini, iqtiqad dan iman kita tergelincir. Jangan ambil ringan. Jangan hanya mengikut membabi buta. Carilah ilmu.

Hj Sabri Naik Pangkat

Pada 14 Feb 2014, skot Lt Kol Hj Mohd Sabri bin Shamsudin TUDM yang bertugas sebagai Ketua AFPRO di AIROD Sdn Bhd telah dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM. Dengan kenaikan pangkat ini, Hj Sabri akan mengambil-alih jawatan Ketua Staf Bantuan, Markas No 1 Divisyen Udara, Kuala Lumpur.



Pemakaian pangkat disempurnakan oleh PTU


Skot Hj Sabri mengambil-alih jawatan tersebut dari skot TJP37 juga iaitu Kolonel Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM yang dipinjamkan kepada AIROD Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) berkuatkuasa pada tarikh yang sama.


Kol Muhammad Suhaimi Hj Ashaari TUDM
(Chief Operating Officer, AIROD Sdn Bhd)

Perjawatan Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace TUDM (ITAS) telah dinaiktaraf dari Lt Kol kepada Kolonel TUDM mulai 1 Feb 2014. Jawatan Pegawai Memerintah ITAS sekarang disandang oleh Lt Kol Thian Pian Kong TUDM (yang juga skot TJP37). Kita tunggu perkembangan terbaru pengisian jawatan tersebut.


Majlis Perkahwinan anak Hj Mohd Hairudin
di Kg Ayer Molek, Kuala Sg Baru, Melaka

    Lt Kol Hj Mohd Hairudin bin Hj Mokri (RAMD)  dan Puan Norhaidah bt Hj Ali mengadakan majlis perkahwinan anak  lelaki kedua mereka pada hari Sabtu, 15 Feb 2014 di Km 25, Kg Ayer Molek. Kuala Sg Baru, Melaka. Masa: 1200H hingga 1630H. Jemputan melalui kad yang dipaparkan dalam fb pada 23 Dis 13.



    Aku memang sangat-sangat berhasrat untuk ke Melaka. Tapi ada halangan. Minggu ini 10-17 Feb 14 aku kena bertugas sebagai Kolonel TUDM Bertugas. Hari Sabtu tersebut pagi dan petang ada pergerakan VIP yang perlu aku hadiri. Kebetulan, anak dara aku yang Tingkatan Dua tu pulak ada ko-kurikulum di sekolah sehingga jam 1500H. Nampaknya hamap harapan nak ke Melaka. Skot Hj Hairudin, aku berbanyak-banyak mohon maaf. 

    Aku mengikuti berita yang disampaikan oleh skot-skot melalui facebook dan watsapp. Berikut adalah gambar-gambar yang diposkan oleh skot Shohemi melalui facebook.
    .
     
     
     
     
     
     
     



    .

    Majlis Tahlil di Rumah Azmi, Bangi

    Skot Azmi Abd Hamid pula menjemput semua skot yang berkelapangan untuk majlis Doa Selamat/Tahlil  di rumahnya di Garden Terrace Homes,BB Bangi pada 16 Feb 14. Aku pun tak leh bayangkan kalau dibuatnya 30 orang S37 datang dengan anak isteri bagai... Mau kena bawa tetamu lain pergi Soho lepas majlis selesai.

    Sekali lagi, malang bagi aku kerana tak dapat sama-sama menyerikan majlis skot Azmi kerana aku masih 'on duty'. Pagi Ahad aku ke Seremban untuk rutin mingguan dan tengahari itu juga terpaksa balik KL kerana ada pergerakan VIP di PU Subang. 

    Ini adalah gambar-gambar yang diposkan oleh skot yang hadir:
    .






     .
    "Ops Melbourne"

    Empat orang skot wanita S37 telah membuat perancangan untuk menjejaki skot Usha Pannikar (KOD) yang kini menetap di Australia. Mereka ialah skot Datin Hamidah, Sam Foong Sow, Aini Hitam dan Noor Sabarina (Lolly). Perancangan awal sudah dipersetujuai sejak penghujung tahun 2013. Kerja-kerja membuat appresiasi dan persediaan ke sana dilaksanakan di pejabat Datin Hamidah pada 10 Feb 14.



    Mereka akan bertolak ke Melbourne pada 21 Feb 2014.  Bacalah kesah ini di CHAPTER 61: OPS MELBOURNE.


    Ada lagi Skot Yang Baru Dapat Di Jejaki.......

    Pada pagi 23 Feb 14, skot Mustapha Ahmad telah mengeposkan berita mengenai salah seorang warga S37 yang baru ditemui dalam fb iaitu skot Kamarulzaman bin Abd Karim. Diberitakan bahawa skot Kamarulzaman sekarang bertugas dengan Lembaga Air Melaka dan menetap di Melaka.

    Menurut kata Mustapha, skot Kamarulzaman dulu dari Bn TUAH telah membuat keputusan di saat akhir untuk menolak Tauliah setelah menamatkan latihan di SPK.





    Pada tarikh yang sama aku 'invite' beliau untuk menyertai laman fb S37...dan masih menunggu maklum balas.

    Majlis Perkahwinan anak Ros Sanani di Dewan Dato
    Othman Harun, Kem Wardieburn, Setapak KL
    Lt Ros Sanani binti Othman (B) - ex KPA  dan suami, Kapt (B) Adham Shah bin Sulaiman mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki sulungnya, Mohd Izham Shah pada hari Sabtu, 23 Feb 2014 di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn, KL Masa: 1200H hingga 1600H.



    Majlis Perkahwinan anak Raja Hj Zakaria di Subang
    Permai

    Mej Raja Haji Zakaria bin Raja Mohamed (B) (ex KPD)  dan isteri, Puan Molly Nooriah mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya, Raja Mohamed Zameerul Rasyed pada hari Sabtu, 23 Feb 2014 di No 60, Jalan U6/8, Desa Subang Permai, 40150 Shah Alam. Masa: 1200H hingga 1600H.

    .
    .