SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, April 23, 2016

TJP37096 AKTIVITI BULAN APRIL 2016

Bulan Januari, Februari dan Mac telah berlalu. April pula menghampiri penghujungnya. Sepanjang April hanya ada dua sahaja majlis jemputan ke majlis perkahwinan anak-anak skot 37.


.
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT
KOL MUHAMMAD SUHAIMI BIN HJ ASHARI TUDM
DI DEWAN SEROJA, KEM KEMENTAH
PADA 16 APRIL 2016

Skot Kol Suhaimi dan isteri Puan Fadzlina

Pada 16 Apr 2016, tibalah hari bersejarah bagi skot Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashari TUDM dan isterinya Puan Fadzlina binti Abd Aziz. Mereka berdua meraikan majlis menyambut menantu pertamanya. Majlis diadakan di Dewan Seroja KEMENTAH.

Skot Suhaimi adalah Pegawai Kejuruteraan dalam TUDM dan kini bertugas sebagai Chief Operating Officer di AIROD Sdn Bhd dalam Program Smart Partnership TUDM/AIROD.

Lihatlah gambar-gambar yang dirakamkan untuk menggambarkan kegembiraan skot 37 meraikan majlis skot Suhaimi.

  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
    
  
  





DSA 2106 di PWTC










MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT
LT KOL HJ KAMARUDIN BIN IBRAHIM (JLJ)
DI DEWAN ASTANA ZEMI, PAROI JAYA, SEREMBAN
PADA 23 APRIL 2016

Skot Lt Kol Hj Kamarudin bin Hj Ibrahim dan isteri Puan Hjh Jahidah telah mengadakan majlis perkahwinan puteri mereka Nur Afiqah Nadzirah di Dewan Astana Zemi, Taman Palma Jaya Perdana, Paroi Jaya, Seremban.

Walaupun agak jauh ke Seremban, ramai juga skot dari KV yang datang memeriahkan majlis skot Kamaruddin. 


  

Antara yang datang awal dan tak dapat ditemui (Lt Kol Hj Abd Razak Hussain, Lt Kol Fanashim Benson dan Mej Lokman Abdullah (B).

Aku keluar rumah di KL lebih kurang jam 1130 pagi. Aku dan isteri pergi ke Ampang dulu kerana mengambil anak perempuan di sekolah di Taman KOSAS, Ampang (ada majlis ihtifal). Dari Taman Kosas melalui Jalan Ampang dan Kg Pandan Indah masuk ke MRR2 dan masuk PLUS highway. Exit Kajang ke arah LEKAS.

Singgah di R n R Beranang untuk Solat Zohor. Sampai destinasi di Astana Zemi, Taman Palma Jaya Perdana. Masa aku dan isteri sampai, yang dah ada di sana ialah Dato Hazizan, Ariffin, Che Jamal, Saifulbahri, 

Rupanya di satu meja lain beberapa lagi skot dari Kor JLJ dan AFATS telah lama berkumpul sesama mereka di kalangan warga JLJD/AFATS yang lain, antaranya Kadari Yaakob,  Jaffar Pangat dan Abu Bakar. Kemudian satu persatu skot lain yang datang, satu persatu seperti Rahim, Mahadzir, Shohemi, Razak Siran, Mazlan dan Marmilah.


.
 
 
 
 
 
 
 
 

Skot yang terakhir sampai ialah Skot Azmi Ismail (Pengarah Penguatkuasa MPS) yang sampai lebih kurang jam 16005H kerana motorsikal beliau mengalami masalah semasa dalam perjalanan.


 



Majlis yang akan diraikan pada bulan Mei ialah:

1 Mei 2016:
Majlis Perkahwinan anak Skot Azmi bin Ismail. 
Venue: Dewan Dato Nik Mukhyiddin Musa, IPG Pendidikan Islam, BB Bangi.

1 Mei 2016:
Majlis Perkahwinan anak Puan Salasiah binti Ahmad (balu almarhum Skot Kol Hj Ajhman Hj Bakur)
Venue: Astana Era Mewah, Jalan Paya Jaras Barat off Jalan Pinggiran Sg Buluh, U19 Shah Alam.

28 Mei 2016:
Majlis Perkahwinan anak Skot Noraini binti Ahmad.
Venue: Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 6, Putrajaya.






.















.