SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Monday, May 19, 2014

CHAPTER 066: AIR FORCE CADETS FROM SSC 37

SKOT 37 
 -T-u-d-M
TAULIAH TANPA SEJARAH




Sebenarnya aku sendiri tidak ingat berapa jumlahnya SKOT TUDM dalam TJP 37. Semasa aku menjalani temuduga peringkat awal di Kem Majidee calun dari TUDM yang datang dari negeri Johor dan berjaya melepasi Temuduga Lembaga No. 3 ialah Lukman Abdul Rahman (Muar), Lokman Abdullah (JB), Abd Rahman Mohamed (Segamat), Kamarulzaman Wagiman (JB), Hashim Hamzah (JB),  Raveentheran (Segamat) dan Saleh Amil (Kulai).

Semasa melapor diri ke SPK pada bulan April 1980, kami semua diletakkan dalam Batalion Jebat di Kem Segenting. Masa itu masih kurang mengenali antara satu sama lain kerana tak sempat berkenalan lantaran semua kelam kabut dengan latihan ketenteraan. Hanya kenal yang duduk satu berek atau satu Kompeni sahaja. 

Setelah dua bulan berlatih, datang pula pegawai kedet (PK) Udara dari RMC seperti Romlee, Khairil Asri, Daud, S. Hamid, Shafie, Sanusi, Mohd Rahim, Mohd Asri, Badrul Hisham, Tamilenthy, Mohd Sabri, Razak Salim, Razak Mat dan lain-lain.

Kemudian kami dipecahkan kepada TIGA Batalion (Tuah, Jebat dan Kasturi). Perhubungan semakin sukar kerana kedudukan berek yang berjauhan. Tiada tanda pengenalan yang membezakan antara PK Darat dan PK Udara. Setelah masuk penggal kedua, baru dapat mengenali rakan skot Udara semasa kami memakai Pakaian No 3 (working dress).

Di penghujung tempoh latihan kedet (awal januari 1981), kami dipecahkan lagi. PK Udara yang telah dikenal pasti sebagai calun Juruterbang telah dibawa ke TUDM Alor Setar ketika rakan PK yang lain sedang bertungkus lumus membuat rehearsal untuk perbarisan tamat latihan dan penganugerahan tauliah.

PK (Udara) yang lain meneruskan raptai perbarisan bersama PK Darat. Di antaranya ialah Khairudin, S. Hamid, Mohd Asri, Sabri, Razak Salim, Razak Mat, Mohd Fadzil, Amin Nudin, Daud dan lain-lain. Termasuk juga dua PK (U) Wanita, Yohanez dan Sarkiah.

Semasa menjalani latihan asas penerbangan pula kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Calun juruterbang sayap kaku mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar, manakala calun juruterbang helikopter dihantar ke PULATIBANG 2 di TUDM Kluang. Kami terpisah jauh dan hubungan semakin renggang.

PK (Udara) yang ditauliahkan pada 24 Jan 1981 terus melapor ke unit atau menjalani kursus-kursus kerjaya masing-masing.

PK (Udara) yang menjalani latihan penerbangan pula menghadapi cabaran yang lebih besar. Selain dari tempoh orientasi (ragging) yang panjang oleh senior intake, mereka (termasuk aku) menghadapi risiko untuk gagal dalam latihan penerbangan.

Satu persatu terpaksa meninggalkan latihan penerbangan kerana gagal memenuhi tahap kecekapan dan kompetensi yang ditetapkan. Termasuk diriku yang hanya mampu mengunci hanya 19 jam penerbangan.

Mana-mana yang gagal latihan penerbangan telah diberi peluang untuk terus ditauliahkan ke Cawangan seperti Kejuruteraan, Logistik dan Urusetia. Sungguh malang bagi kami dari kategori ini kerana tidak merasai APA ITU PERBARISAN TAMAT LATIHAN atau PERBARISAN PENGANUGERAHAN TAULIAH. Kami dipakaikan pangkat Leftenan Muda (Udara) di dalam pejabat Pegawai Memerintah masing-masing, tanpa perbarisan, tanpa kehadiran ibu bapa, tanpa apa-apa yang boleh dibanggakan sebagai seorang PEGAWAI BERTAULIAH Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Lebih menyedihkan ialah, WATIKAH TAULIAH kami pun diambil dari Kerani di Pejabat Tadbir sahaja. Bukan dari YDP Agong atau mana-mana DYMM Sultan/Raja yang mewakili YDP Agong.

Skot kami yang berjaya menamatkan latihan penerbangan, lebih bernasib baik kerana mereka ada perbarisan tamat latihan dan penyampaian sayap penerbangan.

Pegawai Kedet (Udara) yang berjaya ditauliahkan dalam pelbagai kategori adalah:


ALMARHUM
KEPTEN (MARITIM) ABDUL RASHID BIN SUHAIME (371215)


Skot Abdul Rashid bin Suhaime dilahirkan pada tahun 1959 di X. Semasa menjalani latihan PK di SPK, skot Abd Rashid adalah dari Bn JEBAT.

Setelah menamatkan latihan Pegawai Kedet di SPK, Abd Rashid mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Abd Rashid bertukar ke Cawangan Jurumalim dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) setelah lulus Kursus Asas Navigator di New Zealand dalam tahun 1982 dan bertugas di skuadron Airlift/Maritime seperti No 4 Skn, No 14 Skn dan No 16 Skn serta di MINDEF.
Beliau bersara secara pilihan dari TUDM dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2006 kerana bertukar ke perkhidmatan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sebagai kumpulan pioneer APMM yang baru ditubuhkan.

Skot Rashid telah meninggal dunia akibat sakit pendarahan usus di Damansara Specialist Centre pada 8 Dis 2014 dan disemadikan di Sri Damansara.

Jawatan terakhir semasa berkhidmat ialah Ketua Penolong Pengarah Operasi Udara, APMM. Almarhum meninggalkan seorang balu, Puan Long Kamariah dan .....orang anak.

Semoga Allah swt melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum.




KAPTEN AHMAD ADLAN BIN ABDUL KADIR TUDM (BERSARA) 
(371216)




Setelah menamatkan latihan di SPK (Bn TUAH), skot Adlan mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Adlan bertukar ke Cawangan Kejuruteraan. Aku tidak berapa ingat pertemuan dengan skot Adlan sejak kami berpisah apabila aku ditukarkan ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang. 
Skot Adlan bersara dalam pangkat Kapten dalam tahun 1990.

SEHINGGA TARIKH INI KAMI TIDAK DAPAT MENGESAN DI MANA SKOT ADLAN.



MEJAR AHMAD BIN ALI TUDM (BERSARA) (371217)


Skot Ahmad bin Ali dari Bn JEBAT semasa di SPK dilahirkan pada tahun 1959 di Muar, Johor dan  telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Ahmad ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan. 

Ahmad berumah tangga dengan Puan Fauzah binti Abd Samad.


Ahmad bersara dalam tahun 2007 dalam pangkat Mejar dan kini menetap di Taman Bunga Negara, Shah Alam.


KAPTEN HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED TUDM (BERSARA)
(371218)



Skot Abd Rahman bin Mohamed dilahirkan di Segamat, Johor pada tahun 1959. Rahman merupakan bekas pelajar SBP Sekolah Dato' Abduk Razak (SDAR), Seremban sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Batalion KASTURI. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 3 Skn. 

Nota: Di dalam TUDM, ada ramai juruterbang yang bernama Abd Rahman (Rahman atau Raman), jadi untuk memudahkan ingatan Rahman yang mana satu, mereka menggelar dengan pelbagai gelaran atau nickname; contoh Rahman Beren, Rahman Besi, Rahman Kayu dan sebagainya. Skot Rahman ni dikenali sebagai Rahman Batuk.

Abd Rahman menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun ...... Kini bertugas dengan syarikat penerbanngan MHS di Kerteh, Terengganu.

Abd Rahman berkahwin dengan ....................


MEJAR AMIN NUDIN BIN ATAN TUDM (BERSARA)
(371219)



.

Skot Amin Nudin bin Atan dilahirkan di X dalam tahun 19xx. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn TUAH dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Amin Nudin ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba Udara.


Semasa dalam perkhidmatan, beliau telah beberapa kali menghadiri kursus kebombaan di luar Negara. Beliau bersara pada tahun 20xx untuk menyertai syarikat swasta. 


LEFTENAN KOLONEL HJ AZEMI BIN MAT SAUD TUDM (BERSARA)
(371220)

 (KASTURI) 



Skot Azemi bin Mat Saud dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada tahun 1959. Beliau adalah dari dari Bn KASTURI semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Azemi bertukar ke Cawangan Kejuruteraan dan terpilih mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Aeronautik di UTM Jalan Gurney.

Semasa dalam perkhidmatan, Azemi pernah mengikuti program pertukaran pegawai dengan RAAF/RMAF di Canberra dan seterusnya mengikuti kursus ijazah Masters in Engineering juga di Australia. Beliau juga mendapat ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dari UKM selepas menamatkan kursus di MPAT. 

Azemi bersara pada tahun 2012 dan kini bertugas sebagai Senior General Manager di AIROD Sdn Bhd. 

Azemi berumah tangga dengan Puan Hajjah Rusian bt Abd Rahman dan dikurniakan 4 orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan.


UNKNOWN
(371221)

TIDAK DAPAT DIKESAN
.


KAPTEN HJ AHMAD RAZLAH BIN AHMAT TUDM (BERSARA)
(371222)


Skot Ahmad Razlah dilahirkan di ..... pada tahun  19xx.  dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Tuah. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Ahmad Razlah seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL dan seterusnya berkhidmat di No 14 Skn menerbangkan pesawat C130H. Semasa menjadi Kapten pesawat C130 beliau pernah terlibat dalam kemalangan (semasa membuat pendaratan) di Lapangan Terbang Sibu dalam bulan Ogos 1990. 

Ahmad Razlah menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 1994. 

Ahmad Razlah berkahwin dengan .................... dan kini menetap di Kajang.



MEJAR AJMAIN BIN HARITH TUDM (BERSARA)
(371223)


Skot Ajmain bin Harith dilahirkan pada 4 Ogos 1961.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Ajmain ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Ajmain menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mej TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta (MAS) pada tahun 1996. Kini Ajmain berkhidmat dengan Syarikat MALINDO Air sebagai Flight Operations Manager.

Ajmain berkahwin dengan ....................dan dikurniakan ....... orang anak dan kini menetap di Laman Kemboja, Kota Seriemas, Nilai.


LEFTENAN KOLONEL AHMAD JAMARI BIN MOHAMAD TUDM (BERSARA)
(371224)


Skot Ahmad Jamari dilahirkan pada tahun .......  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1 (1FTC), TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Semasa di 1FTC, Ahmad Jamari telah terpilih mengikuti latihan penerbangan di RAAF Flying Training School, RAAF Base Point Cook. Bagaimanapun beliau kembali ke 1 FTC Alor Setar untuk menamatkan latuhan asas penerbangan dan seterusnya dianugerahi dengan sayap penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. Belaiu juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di 1 FTC Alor Setar. 

Ahmad Jamari bersara dari perkhidmatan dalam pangkat Lt Kol TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun ...... Beliau kini menerbangkan pesawat di Syarikat Fire Fly Sdn Bhd.

Ahmad Jamari berkahwin dengan ....................



MANTAN LEFTENAN HJ ABDUL WAHID BIN YUSOFF TUDM
(371225)



Skot Abdul Wahid dilahirkan di Kampong Baharu, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1961.   Wahid merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan sebelum menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK, beliau ditempatkan di Batalion TUAH. 

Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau bersama Pegawai Kedet (Udara) yang lain dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Abdul Wahid menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Leftenan TUDM untuk berkerja sendiri. Semasa perkhidmatan beliau pernah berkhidmat sebagai Juruiring kepada Timbalan PTU pada masa itu, Mej Jen Datuk Sharudin bin Ali TUDM.

Abd Wahid berkahwin dengan Puan Hajjah Rahana binti Abdullah dan dikurniakan 4 orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan. Abdul Wahid kini menetap di Desa Pinggiran Putra, Kajang.


LEFTENAN KOLONEL AHMAD ZAINI BIN MOHAMAD ALI TUDM (BERSARA)
(371226)



Skot Ahmad Zaini bin Mohd Ali dilahirkan di Peguh, Tampin, Negeri Sembilan dalam tahun 1957. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn Jebat dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Ahmad Zaini ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara (KLLU) dan bertugas sebagai Pegawai Bilik Operasi di TUDM Kuching sebelum terpilih mengikuti latihan asas Air Traffic officer di Australia. 

Pada tahun 1984 beliau bertukar ke Cawang Logistik dan mengikuti kursus Pegawai Logistik di TUDM Kinrara.

Ahmad berumah tangga dengan Puan ........

Ahmad Zaini bersara dalam tahun 2012 dalam pangkat Lt Kol TUDM. Jawatan terakhirnya ialah Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pengurusan Logistik di Kinrara. Beliau kini menetap di Seri Kembangan/Serdang.


MANTAN LEFTENAN MUDA ABDUL HAMID BIN TAN
(371227)




Skot Abdul Hamid bin Tan dari Bn Tuahtelah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Ahmad ditauliahkan sebagai Pegawai KLLU.  

Beliau pernah bertugas dalam tempoh yang singkat sebagai Pegawai Bilik Operasi di TUDM Kuching dalam tahun 1982 (ketika aku juga bertugas di sana). Selepas beliau bertukar keluar, aku tidak pernah lagi menemuinya. 


Dikhabarkan, beliau telah meninggalkan perkhidmatan semasa berpangkat Leftenan
.

KAPTEN HAJI BAKERI BIN HJ BAKI TUDM (BERSARA)
(371228)



Skot Bakeri bin Hj Bakee dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1959 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Bakeri menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun ...... . Sejak berpisah di TUDM Alor Setar dalam tahun 1981, aku tidak pernah berpeluang bertemu dengan skot Bakri.

Dikhabarkan bahawa beliau kembali ke bumi kelahirannya Sarawak dan menetap di sana.


KOLONEL FELIX GONSALVEZ A/L ALEXANDER TUDM
(371229)





Skot Felix Gonsalvez dilahirkan di Kg Langkap, Perak pada 31 Dis 1961.  Beliau mendapat didikan menengah di Holey Methodist Secondary School, Telok Intan sebelum menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang di No 9 Skn Kuantan (pesawat Tebuan) dan kemudiannyanya pesawat MB339A di PULATIBANG 3, juga di Kuantan.

Setelah menamatkan latihan conversion beliau bertukar ke No 6 Skn menerbangkan pesawat Skyhawk. Felix juga pernah menerbangkan pesawat F5E (No 12 Skn) dan juga Hawk (No 6 Skn).

Beliau berkahwin dengan gadis Ipoh bernama (Fenellia) Goh Suan Choo dan mempunyai 3 orang anak.

Beliau kini merupakan Komander Air Warfare Centre berpangkat Kolonel TUDM.



KAPTEN HASHIM BIN HAMZAH TUDM (BERSARA)
(371230)




Skot Hashim dilahirkan di Johor Bahru pada 25 Julai 1960 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Hashim menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat swasta pada tahun 1994. 



KAPTEN AZRUL HARDAV BIN ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(371231)




Skot Hardav Singh a/l Sorajan Singh dilahirkan di Alor Setar pada 12 Oktober tahun 19xx. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn TUAH dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting dalam Cawangan Urusetia TUDM. 

Setelah menamatkan kursus Asas Pegawai Urusetia beliau pernah betugas sebagai Jurulatih di Pusat Latihan Rikerut, TUDM Ipoh di awal tahun 1980an. 

Beliau memeluk agama Islam pada tahun ...... dan menukar nama kepada Azrul Hardav bin Abdullah. Beliau berkahwin dengan Puan Fadillah binti Kamdin pada tahun .....

Azrul menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sejak berpisah di SPK dalam tahun 1981, aku tidak pernah berpeluang bersemuka dengan skot Azrul hingga beliau menamatkan perkhidmatan. 

Kali pertama bertemu di N Z Curry dalam bulan Feb 2013 dalam satu sessi teh tarik bersama beberapa orang skot yang lain.

Beliau menetap di Keramat Permai.




ALMARHUM
LEFTENAN HISHAM BIN AHMAD TUDM 
(371232)



Skot Hisham bin Ahmad dilahirkan di Kluang, Johor dalam tahun 1959. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Hisham ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan. Setelah menamatkan kursus asas Pegawai Kejuruteraan, bertugas sebagai Pegawai berkhidmat sebagai Pegawai Ground Elektronik di TUDM Kuantan. 

Semasa aku bertugas di Kuantan (1983-1986) beliau juga berkhidmat di sana sebagai Pegawai Penjaga di Flait Elektronik/Radio di Pusat Kawalan Trafik. 

Beliau telah menemui maut setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di hadapan Pangkalan TUDM Kuantan dalam tahun 1986 atau 1987 (setelah aku bertukar keluar)

Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan sahabatku ini.

MENINGGAL DUNIA
(akibat kemalangan jalanraya berhampiran Pangkalan  TUDM Kuantan pada tahun 1987 dan disemadikan di Kluang, Johor)




BRIGADIER JENERAL HAJI HASAZA BIN HANAFIAH TUDM
(371233)




Skot Hasaza bin Hanafiah dilahirkan di Jitra, Kedah dalam tahun 1959. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting. Hasaza ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Udara (JUDARA).



Setelah mengikuti Kursus Asas Pegawai Kejuruteraan, Hasaza telah melanjutkan pengajian ke UTM dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Kami sama-sama mengikuti Kursus Pegawai Skuadon di ITU Kinrara pada tahun 1991.

Beliau juga telah mengikuti kursus di peringkat Sarjana dalam bidang Business Engineering di UTM dan Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di UKM/MPAT.



Beliau kini menjawat jawatan Ketua Staf Sistem di Markas Logistik Udara sejak tahun 2008.



Hasaza berkahwin dengan Puan Hjh Hasmah binti Ismail dan dikurniakan x orang anak dan kini menetap di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
.



BRIGADIER JENERAL JUMALI BIN SALAMAT TUDM
(371224)


Skot Jumali dilahirkan pada tahun 19xx di Klang, Selangor. Jumali menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson dan ditempatkan dalam Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.


Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 


Beliau berkelulusan dari National Defence University di Washington, USA.


Jumali kini berpangkat Brigadier Jeneral TUDM dan kini memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Butterworth.

Jumali berumahtangga dengan Puan Salina binti Sahat dan dikurniakan x orang anak.


ALMARHUM
MEJAR KAMARUDIN BIN IBRAHIM TUDM 
(371235)



Skot Kamarudin bin Ibrahim dilahirkan pada tahun 1959 di x.  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Kamarudin adalah dari Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 



Kamarudin telah meninggal dunia akibat kemalangan pesawat Bulldog 100B semasa melaksanakan tugas sebagai jurulatih terbang di TUDM Alor Setar pada 21 Sep 1994.



MEJAR JENERAL DATO' HJ KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN TUDM
(371236)



Skot Kamalruzaman dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun 1960. Setelah tamat menjalani latihan Pegawai Kedet (dalam Bn Jebat) di SPK Port Dickson, beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Selanjutnya beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang di No 6 Skn dan PULATIBANG 3 di TUDM Kuantan. Semasa bertugas di skuadron operasi, beliau pernah menerbangkan pesawat Tebuan, MB339A, Skyhawk dan MiG29.

Kamalruzaman kini berpangkat Mejar Jeneral TUDM. Jawatan sekarang ialah Assisten Ketua Staf J3 di Markas AB. Sebelum menyandang jawatan sekarang, Kamalruzaman pernah bertugas sebagai Jurulatih Penerbangan di 1FTC, Pegawai Memerintah No 17 Skn, Komander PU Kuantan, Pengarah Rancang Udara dan Panglima Logistik Udara.

Dari kalangan Skot Udara 37, Kamalruzaman merupakan skot pertama dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan Mejar Jeneral.

Kamalruzaman menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2010.


Kamalruzaman berkahwin dengan Datin Hjh Zubaidah binti Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak.



KAPTEN KAMARULZAMAN BIN WAGIMAN TUDM (BERSARA)
(371237)


Skot Kamalruzaman dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 19xx di Johor Bahru. Kamarulzaman  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan. Semasa duduk di Mes Pegawai TUDM Kluang, beliau adalah rakan sebilikku.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 5 Skn.  

Kamarulzaman menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 1996. Kini bertugas dengan syarikat penerbangan MHS di Kerteh, Terengganu.

Kamarulzaman berkahwin dengan ....................



LEFTENAN KOLONEL KHAIRUDIN BIN MOHD ZAHARI TUDM (BERSARA)
(371238)



Skot Khairudin dari Bn Jebat SPK telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Khairudin telah ditauliahkanke Caswangan Logistik TUDM.

Kami sama-sama mengikuti Kursus Pegawai Skuadon di ITU Kinrara pada tahun 1991.

Khairudin bersara dalam tahun 2008 dalam pangkat Lt Kol TUDM. Antara jawatan yang pernah disandang semasa dalam perkhidmatan ialah Ketua Cawang Materiel PU Kuching dan juga PU Labuan, PS1 Khidmat Domestik MLU dan Ketua Staf Bantuan Markas No 2 Division Udara.


Khairudin berkahwin dengan Puan Nurul Azian binti Abdul Aziz dan kini menetap di Bandar Baru Bangi dan berkhidmat sebagai Pengurus Kanan dengan Syarikat Destini Prima Sdn Bhd sehingga kini.

KAPTEN HAJI LUKMAN BIN ABDUL RAHMAN TUDM (BERSARA)
(371239)



Skot Lukman dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 19xx.  Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK China Pei Hwa, Sg Mati Muar dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 10 Skn KL dan No 5 Skn Labuan.  

Lukman menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 19xx. Kini bertugas sebagai Flight Operations Manager dengan syarikat penerbangan Westar Aviation di Labuan. Sebelum ini semasa bertugas sebagai Flait Operation Manager di Westar Kuala Lumpur, beliau menerbangkan pesawat A365 dan AW139.


Lukman berkahwin dengan Puan Hajjah Anita binti Mahzan dan dikurniakan ....................



MEJAR LOKMAN BIN ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(371240)



Skot Lokman dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1959 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Tuah. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.
Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 


Semasa berpangkat Lt Muda, beliau telah bertukar ke Cawangan Urusetia di awal tahun 80an. Semasa dalam perkhidmatan beliau berpeluang melanjutkan penjagian dalam bidang Hotel Management di ITM Shah Alam. Lokman bersara dalam pangkat Mejar TUDM untuk menyertai Syarikat Desatera Sdn Bhd yang memberikan perkhidmatan katering di wisma ahli udara beberapa pangkalan udara.


Lukman berkahwin dengan Puan Norleza binti Abd Manan dan dikurniakan.... orang anak. Lukman kini menetap di Shah Alam.



KAPTEN MOHD FADZIL BIN AHMAD TUDM (BERSARA)
(371241)



Skot Mohd Fadzil dilahirkan di Perak pada tahun 19xx dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Tuah. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau ditauliahkan bersama skot Tentera Darat di Kem Segenting pada 24 jan 1981. Fadzil ditauliahkan ke Cawangan Bomba TUDM.

Kali terakhir aku bertemu dengan beliau adalah di awal tahun 1990 semasa kami sama-sama berpangkat Kapten dan berkhidmat di Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MPPU).


Beliau menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten kerana mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian Bachelor of Business Admin (BBA) di Amerika Syarikat selama 3 tahun dengan biayaan biasiswa JPA. Aku merupakan salah seorang penjamin beliau.


KOLONEL MOHAMAD SHUAIRI BIN ABDULLAH TUDM
(371242)



Skot Mohamad Shuairi bin Abdullah dilahirkan di Kampar, Perak pada tahun 1962. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Shuairi bertukar ke Cawangan Logistik dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara).

Beliau mengikuti kursus di MTAT Haigate pada tahun 1998. Di antara tahun 2005-2008, Shuairi (ketika berpangkat Mejar) beliau telah menyertai Tim Projek Perolehan Pesawat MB339CM di Milan, Itali.

Shuairi berumah tangga dengan Puan Zuraidah dan dikurniakan 4 orang anak. Bagaimana pun isteri beliau meninggal dunia dalam tahun 2009.

Shuairi kini bertugas sebagai Pengarah Materiel di Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara.


KAPTEN MAHAMAD SABARI BIN SAID TUDM (BERSARA)
(371243)



Skot Mohamad Sabari bin Mohd Said dilahirkan di Kedah pada 7 Okt 1959. Semasa menjalani latihan PK di SPK, skot Sabari adalah dari Bn JEBAT.

Setelah menamatkan latihan Pegawai Kedet di SPK, Sabari mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Sabari bertukar ke Cawangan Tadbir dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara), Beliau kemudiannyaterpilih mengikuti kursus Navigator di Australia. Setelah gagal meneruskan pengajian beliau kembali ke Cawangan Urusetia. 

Beliau menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten.

Sabari dan isterinya Puan Sharifah kini menetap di Wangsa Maju.



KAPTEN MOHD SABERI BIN SALLEH TUDM (BERSARA)
(371244)




Skot Mohd Saberi dilahirkan di Kelantan pada tahun 1962. Beliau merupakan pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Batalion Kasturi. 

Saberi ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Jan 1981 bersama skot TDM ke dalam Cawangan Urusetia. 

Skot saberi tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan perkhidmatan di awal tahun 1990an. Walaupun ada akaun facebook, beliau kurang aktif bersama skot-skot yang lain.



KOLONEL MUHAMMAD SUHAIMI BIN HJ ASHARI TUDM
(371245)



Skot Muhammad Suhaimi bin Hj Ashari dilahirkan di Sayung, Kuala Kangsar, Perak pada 25 Julai tahun 1962. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Suhaimi ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Udara (JUDARA).

Setelah mengikuti Kursus Asas Pegawai Kejuruteraan, Suhaimi telah mengikuti kursus kejuruteraan di United Kingdom. Semasa berpangkat Mejar beliau pernah menyertai Tim Projek Perolehan Radar Martello di United Kingdom antara tahun 1992-1995.

Beliau juga telah mengikuti kursus di peringkat Sarjana dalam bidang Business Engineering di UTM dan Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di UKM/MPAT.

Di antara jawatan penting yang beliau pernah sandang ialah Pengarah PUSPEKA, Ketua Staf Bantuan di Mks No 1 Div Udara.

Beliau kini dipinjamkan ke ibu pejabat AIROD Sdn Bhd, Subang sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) mulai tahun 2014.


Suhaimi dengan Puan Fadzlina binti Abdul Aziz dan dikurniakan 3 orang anak.


BEKAS LEFTENAN MUDA (UDARA) MOHAMAD ZUKI BIN ABD RAHMAN
(371246)



Skot Mohamad Zuki bin Abd Rahman dilahirkan di ..... pada tahun 19.... Semasa mengikuti latihan pegawai kedet di SPK beliau ditempatkan di Bn JEBAT. Setelah menamatkan latihan pegawai kedet di SPK beliau mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Beliau kemudiannya terpilh mengikuti latihan penerbangan di New Zealand.

Setelah menamatkan latihan penerbangan dan layak mendapat sayap penerbangan, Zuki pulang ke tanah air untuk menyertai Skn penerbangan pejuang. Namun atas masalah kesihatan beliau tidak dapat meneruskan hasratnya. Beliau menamatkan perkhidmatan dan melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam.

Setelah menamatkan kursus dengan Diploma in Business Studies, beliau menyertai Malayan Banking. Setelah beberapa tahun bersama Maybank, Zuki meletak jawatan dan menjalankan perniagaannya sendiri.

Zuki berkahwin dengan Puan Hjh Norhayati binti Mahmod dan kini menetap di Subang Jaya.


KAPTEN MUSA BIN SHARIFF TUDM (BERSARA)
(371247)




Skot Musa bin Shariff dilahirkan pada tahun 19xx di xx.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Tiada berita/maklumat mengenai beliau sehingga beliau menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 (perlu disemak).


MEJAR HJ OTHMAN BIN MD JAHIM TUDM (BERSARA)
(371248)



Skot Othman bin Md Jahim dilahirkan di Tampin, NS pada tahun 1956. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Othman bertukar ke Cawangan Logistik.

Othman adalah coursemateku semasa menjalani Kursus Asas Pegawai Logistik Siri 22 di ITU Kinrara dalam tahun 1983. Kami juga sekelas semasa mengikuti kursus staf di MTAT Haigate (Siri 28) dalam tahun 1999.  Othman bersara dari perkhidmatan dalam tahun 2007 semasa berpangkat Mejar. Jawatan terakhirnya ialah PS1 Perolehan di MTU-Materiel.

Othman berkahwin dengan Puan Hajjah Siti Mariam binti Siekh Hussein dan dikurniakan 3 orang anak.


MEJAR OSMAN BIN HARON TUDM (BERSARA)
(371249)




Skot Osman bin Haron dilahirkan di Kedah pada tahun 1957. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Osman bertukar ke Cawangan Logistik.

Osman bersara dari perkhidmatan dalam tahun 1996 semasa berpangkat Mejar.

Osman berkahwin dengan Puan xxxxxx.


MEJAR RAVEENTHERAN A/L RAMAN KUTTY TUDM (BERSARA)
(371250)




Skot Raveenthran a/l Ramankutty dilahirkan di Segamat, Johor pada tahun 19xx dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 3 Skn Butterworth, No 7 Skn Kuching menerbangkan pesawat Nuri (S61). Beliau juga merupakan bekas jurulatih terbang (QHI) TUDM. 

Ravee menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar TUDM dalam tahun 1996 untuk menyertai syarikat penerbangan swasta setelah berkhidmat selama lebih 16 tahun. Antara syarikat tempatan yang beliau pernah sertai ialah Boskym Udara, Kenari Air (Bell 206 Longranger/Jet Ranger) dan MHS (AS332).

Pada tahun 2002 Ravee berpindah (migrate) ke Australia untuk menyertai Australian Army dalam pangkat Captain. Beliau berkhidmat di AA di Townsville, Queensland selama 2 tahun 7 bulan sebelum menyertai syarikat Bristow Helicopters Pty Ltd di Perth, Australia menerbangkan pesawat EC225 dan Super Puma AS332.


Ravee berkahwin dengan Puan .... dan dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki.



ALMARHUM
MANTAN PEGAWAI KEDET (UDARA) MOHD SALLEH BIN ABD WAHAB
(371251)


TUAH
BEKAS PEGAWAI KEDET
 (MENINGGAL DUNIA 1996)

MEJAR SAIB BIN SAIIN TUDM (BERSARA)
(371252)




Skot Saib bin Saiin dilahirkan di Klang, Selangor pada tahun 1959 dan menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson (dari Bn KASTURI). Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 2, TUDM Kluang untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang helikopter dan ditugaskan di No 10 Skn.  

Saib menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan swasta pada tahun 1994. Kini bertugas dengan syarikat penerbangan Asia Pacific Flying Training Academy di Kota Bharu.


Lukman berkahwin dengan Puan Shamsiah binti Hassan dan dikurniakan 5 orang anak. Keluarga beliau menetap di Puncak Perdana, Shah Alam.


ALMARHUM
MANTAN PEGAWAI KEDET (UDARA) SABERI BIN SAMSUDDIN
(371253)


TUAH
BEKAS PEGAWAI KEDET


Skot Saberi bin Samsuddin dilahirkan pada tahun 19xx di.......  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH.

Beliau ditamatkan dari meneruskan latihan di SPK atas masalah tertentu.
Tiada berita/maklumat mengenai beliau sehingga beliau diberitakan telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan lebih kurang dalam tahun 1989.

(maklumat tentang kematian tidak diperolehi)



MEJAR SYED AHMAD BIN SYED ABDULLAH TUDM (BERSARA)
(371254)




Skot Syed Ahmad bin Syed Abdullah berasal dari Johor Bahru dan dilahirkan pada tahun 19xx.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Tiada berita/maklumat mengenai beliau sejak beliau menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 (perlu disemak). Diberitakan beliau telah menyertai Penerbangan Malaysia.

Diberitakan beliau sekarang menetap di Lukut, Negeri Sembilan.


MEJAR SALEH BIN AMIL TUDM (BERSARA)
(371255)



Skot Mohamad Saleh bin Amil dilahirkan pada i November tahun 1959 di Felda Bukit Besar, Kulai, Johor.  Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Beliau menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 (perlu disemak) dan menyertai syarikat penerbangan swasta. Semasa kali pertama ditemui dalam facebook dalam tahun 2010, beliau berkhdimat dengan Asia Pacific Flying Training (APFIT) di Kota Bharu sebelum netertai Malindo Air pada tahun 2012.

Saleh dan keluarga kini menetap di Port Dickson.


KOLONEL TOHARUDN BIN AB RASID TUDM
(371256)


Skot Toharudin dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada tahun 1959. Beliau adalah dari dari Bn KASTURI semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 2, TUDM Kluang mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Toharudin bertukar ke Cawangan Logistik.

Beliau pernah berkhidmat di Pangkalan TUDM Kuching dan TUDM Kuantan. Beliau mengikuti kursus diplima (1986) dan ijazah (1994) di ITM Shah Alam. Beliau mengikuti kursus di MTAT pada tahun 1999.

Toharudin berkahwin dengan Puan Adibah bt Hj Taha dalam tahun 1983 dan dikurniakan 2 anak lelaki dan 4 perempuan.



LEFTENAN KOLONEL THIAN PIAN KHONG TUDM
(371257)



Skot Thian Pian Khong dilahirkan di Sibu, Sarawak 22 Jun 1961. Semasa di SPK beliau ditempatkan di Bn KASTURI dan telah ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting. Thian PK ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Udara (JUDARA).



Thian PK menghadiri Kursus Asas Pegawai Kejuruteraan di TUDM Kinrara dan juga kursus kejuruteraan di luar negara. Beliau juga telah mengikuti kursus di peringkat Sarjana dalam bidang Business Engineering di UTM dan Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di UKM/MPAT.



Beliau kini berpangkat Leftenan Kolonel TUDM dan bertugas di Directorate General of Technical Airworthiness.

.

MEJAR ZOLKEPLE BIN AYOB TUDM (BERSARA)
(371258)



Skot Zolkeple bin Ayub dilahirkan di Kedah pada tahun 1961. Beliau adalah dari dari Bn TUAH semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Zolkeple bertukar ke Cawangan Logistik.

Zolkeple mengikuti kursus di MTAT pada tahun 2002 dan bersara dari perkhidmatan dalam tahun 2009 semasa berpangkat Mejar. Jawatan terakhirnya ialah Pegawai Pemerintah MATRA 1.

Zolkeple berkahwin dengan Puan xx dan dikurniakan x orang anak. Salah seorang anak lelaki beliau berkhidmat sebagai juruterbang TUDM.


MEJAR ALIAS BIN HAMDAN TUDM (BERSARA)
(371259)



Skot Alias dilahirkan pada tahun .......  menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson di Batalion Jebat. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Alias menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mejar TUDM untuk menyertai syarikat penerbangan Air Asia pada tahun 1994. 

Alias berkahwin dengan Puan Asniah binti Razali dan dikurniakan 5 orang puteri dan menetap di Nilai Impian.



LEFTENAN KOLONEL HJH SARKIAH BINTI TEMENGGUNG ZENADIN HIPNEY TUDM (BERSARA)
(371260)





Skot Sarkiah binti Zenadin Hipney dilahirkan di Miri, Sarawak dalam tahun 1956 dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Sarkiah ditauliahkan dalam Cawangan Urusetia

Sarkiah bersara dari TUDM dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2009 dan antara jawatan yang pernah disandang semsa berkhidmat dengan TUDM ialah PS1 PSTU dan PS1 Sajian di Bahagian Tadbir- Perkhidmatan, Markas Tentera Udara.




BRIGADIER JENERAL DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM
(371261)



Skot Yohanez binti Ahmad dilahirkan pada 4 April 1957 di Segamat, Johor. Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Yohanez ditauliahkan dalam Cawangan Logistik.

Beliau pernah menyandang jawatan Jurulatih di TUDM Kinrara, Ketua Cawang Materiel PU Butterworth, PS1 SISGP F di Markas No 3 Div Udara dan PS1 Belanjawan sebelum ke jawatan sekarang.

Yohanez masih berkhidmat dengan TUDM dan kini berpangkat Kol TUDM dan menyandang jawatan Pengarah Kewangan di Markas Tentera Udara. Beliau merupakan pegawai wanita pertama menyandang pangkat Kolonel dalam sejarah TUDM.


ALMARHUM LEFTENAN MUDA (UDARA) BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH
(371265)

X
KASTURI
CAWANG KEJURUTERAAN
LEFTENAN MUDA (UDARA)
MENINGGAL DUNIA
(akibat lemas dalam kemalangan bot karam di perairan Tanjung Tuan pada tahun 1983)



LEFTENAN KOLONEL ABDUL RAZAK BIN MAT TUDM
(371266)




Skot Abd Razak bin Mat dilahirkan pada 6 Januari tahun 1962 di Selama, Perak.  Razak merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Pertahanan Udara. 

Semasa di SPK, Razak adalah dari Bn KASTURI.

Razak kini berpangkat Lt Kol TUDM dan menjawat Juru Arah di MTAT Haigate. 

Razak berkahwin dengan Puan Rosalina binti Said dan kini menetap di Kuantan.


LEFTENAN KOLONEL ABDUL RAZAK BIN MAT SALIM TUDM (BERSARA)
(371267)




Skot Abd Razak bin Salim dilahirkan di Lanchang, Temerloh, Pahang pada tahun 1962. Beliau adalah bekas pelajar RMC Sg Besi sebelum menjalani latihan di SPK. Razak ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  

Semasa mengikuti latihan di SPK, Razak adalah dari BN JEBAT. Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Urusetia.

Razak bersara dari TUDM dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2013 dan jawatan terakhirnya ialah PS1 Tadbir di Markas No 1 Divisyen Udara.

Abd Razak kini menetap di Setapak, Kuala Lumpur.



KAPT DAUD BIN MOHD SALLEH TUDM (BERSARA)
(371268)




Skot Daud ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting bersama skot TDM.  Daud ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Pertahanan Udara

Daud menamatkan perkhidmatan TJP dari TUDM dalam pangkat Kapten TUDM dalam tahun 1988.

Daud kini menetap di ...................


BRIGADIER JENERAL DATO' HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM
(371269)




Skot Khairil Asri dilahirkan pada 9 Jul 1962 merupakan bekas penuntut MTD (RMC). Setelah tamat menjalani latihan Pegawai Kedet (dalam Bn Tuah) di SPK Port Dickson, beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan jet pejuang di PULATIBANG 3 TUDM Kuantan. Setelah lebih 10 tahun menerbangkan pesawat pejuang beliau bertukar ke skuadron angkut dan maritim. 

Pada tahun 2014 Khairil telah mengikuti kursus peringkat Sarjana di Centre of Defence and Strategic Studies di Australian Defence College

Khairil Asri telah berkahwin dengan Puan Hajjah Wan Sharidah binti Ramli.



KAPTEN MOHD RAHIM BIN ISMAIL TUDM (BERSARA)
(371270)

 


Skot Mohd rahim bin Ismail dilahirkan pada tahun 1962 di Muar, Johor.  Rahim merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet. Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson beliau adalah dari Bn TUAH. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang Tebuan di No 9 Skn TUDM Kuantan sebelum bertukar ke PULATIBANG 3 untuk menerbangkan pesawat MB339A.

Semasa aku bertugas sebagai Pegawai Logistik di PULATIBANG 3 antara tahun 1984/1986 beliau masih berada di sana. 

Rahim menamatkan perkhidmatan semasa berpangkat Kapten TUDM dan sehingga kini tidak dapat dikesan di mana beliau berada.


KOLONEL IR MOHD ASERI BIN ISMAIL TUDM
(371273)





Skot Mohd Asri bin Ismail dilahirkan pada 12 Oktober 1962 di Kg Lundang, Kelantan. Beliau merupakan bekas pelajar RMC sebelum menyertai latihan di SPK. 

Semasa di SPK Port Dickson beliau dari Bn Kasturi. Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Jan 1981 ke Cawangan Kejuruteraan dans seterusnya terpilih mengikuti pengajian Diploma in Aeronautical Engineering di UTM Jalan Gurney.

Semasa dalam perkhidmatan, Asri telah berpeluang mengikuti pengajian Bachelor in Engineering di UTM dan pengajian peringkat Masters di Perancis. 

Beliau juga memiliki Sarjana dalam bidang Strategi Pertahanan dari UKM setelah menamatkan kursus di MPAT. Pada tahun 2013/2014 beliau telah mengikuti kursus di Korea National Defence University, Seoul.

Antara jawatan utama yang disandang oleh Mohd Asri ialah Pegawai Kejuruteraan No 15 Skn, Pengarah Technical Airworthiness dan Pengarah PUSPEKA. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace di Alor Setar.

Azemi berumah tangga dengan Puan Jaliah binti Osman.


KOLONEL HJ MOHD SABRI BIN SHAMSUDIN TUDM
(371274)




Skot Mohd Sabri bin Shamsudin dilahirkan pada tahun 1962. Beliau merupakan bekas pelajar RMC sebelum menyertai latihan di SPK. 

Semasa di SPK Port Dickson beliau dari Bn TUAH. Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Jan 1981 ke Cawangan Kejuruteraan dan seterusnya terpilih mengikuti pengajian Diploma in Aeronautical Engineering di UTM Jalan Gurney.

Beliau juga memiliki Sarjana dalam bidang Strategi Pertahanan dari UKM setelah menamatkan kursus di MPAT. Beliau juga pernah mengikuti kursus di Air War College, Lahore, Pakistan.

Antara jawatan utama yang disandang oleh Mohd Sabri ialah Pegawai Staf di Markas Logistik Udara, Ketua AFPRO di AIROD, Pegawai Memerintah ITAS dan Ketua Staf Bantuan di Markas No 1Div Udara. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Memerintah Institut Teknologi Aerospace di Alor Setar (untuk kali kedua).

Azemi berumah tangga dengan Puan .......






MEJAR JENERAL DATUK HJ ROMLEE BIN YAHYA TUDM
(371275)




Skot Datuk Hj Romlee bin Yahya dilahirkan pada 6 Nov 1959 merupakan bekas penuntut MTD (RMC). Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson, beliau adalah penyandang pangkat JUO di Batalion JEBAT. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat angkut di No 1 Skn TUDM KL. 

Romlee kini berpangkat Brigadier Jeneral TUDM. Jawatan terakhir ialah Komander PU Subang sebelum mengikuti kursus National Defence University di Bangkok Thailand mulai awal tahun 2014. 

Romlee menerima anugerah Panglima Setia DiRaja (PSD) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2012 dan juga Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Dato'.

Romlee berkahwin dengan Datin Hajjah Rokiah binti Baba dan dikurniakan 10 orang anak.


BRIGADIER JENERAL DATO' HJ SANUSI BIN SAMION TUDM
(371276)




Skot Romlee dilahirkan pada 10 September 1962 di Kluang, Johor. Beliau merupakan bekas penuntut MTD (RMC). Semasa menjalani latihan Pegawai Kedet di SPK Port Dickson, beliau adalah penyandang pangkat Kadet Sarjan di Batalion KASTURI. Setelah tamat menjalani latihan di SPK beliau dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk menjalani latihan asas penerbangan.

Sanusi kemudiannya terpilih untuk mengikuti kursus asas penerbangan di Point Cook, Australia dan kembali ke PULATIBANG 1 pada tahun 1981. Beliau ditauliahkan pada Julai 1982 dan menerima sayap juruterbang. Beliau seterusnya mengikuti latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sebelum ke PULATIBANG 3 untuk menjalani latihan peralihan ke pesawat MB339A pada tahun 1984.

Sanusi dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM dalam tahun 2012 dan mengikuti kursus di National Defence University di Beijing, PRC.  Beliau kini menyandang jawatan Pengarah Cawangan Latihan di BOLP, Markas ATM.

Sanusi menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada tahun 2013 yang membawa gelaran Dato'.

Sanusi berkahwin dengan Datin Hajjah Umi Kalsom binti Tulos dan dikurniakan x orang anak.

LEFTENAN KOLONEL HJ S. HAMID BIN MOHD YUSOF TUDM
(371299)





Skot S. Hamid Bin Mohd Yusof dilahirkan di Rengit, Batu Pahat Johor pada tahun 1962. Beliau merupakan bekas pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK. Semasa di SPK, beliau ditempatkan di Batalion TUAH.

Beliau ditauliahkan pada 24 Januari 1981 ke dalam Cawangan Kawalan Trafik Udara TUDM. 

Kami pernah sama-sama bertugas di TUDM Kuching Sarawak (1981/83), TUDM Kuantan (1983-86) dan di MTU (MINDEF) (2004/2007). Kami juga sama-sama menghadiri Kursus Pegawai Skuadron di ITU Kinrara dalam tahun 1991.

Beliau mengikuti kursus Staf di MTAT Haigate dan juga mengikuti kursus  Diploma in Joint & Combined Warfare di National Defence University in Norfolk, USA

S. Hamid bersara dari TUDM dalam tahun 2008 semasa berpangkat Lt Kol TUDM.  Jawatan terakhirnya ialah PS1 Komunikasi di JTMK. 

Setelah bersara S. Hamid menyertai Air Asia Berhad sebagai Pengurus di Ramp Dept dan pada tahun 2013 diberi amanah untuk menyandang jawatan Head of Ground Operations di Ramp Services Dept. Beliau juga menjadi Pengerusi Koperasi Kakitangan Ramp Dept di situ.

S.Hamid berkahwin dengan Puan Norhazah dan dikurniakan dengan x orang anak.


LEFTENAN KOLONEL SHAFIE BIN MOHD ALI TUDM
(371300)



Skot Shafie bin Mohd Ali dilahirkan pada tahun 1962. Shafie merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara. 

Semasa di SPK, Razak adalah dari Bn KASTURI.

Shafie kini berpangkat Lt Kol TUDM dan menjawat PS Gred 1 di Markas Pemerintahan Operasi Udara. 



LEFTENAN KOLONEL THAMILENTY A/L PERIASAMY TUDM
(371301)



Skot Thamilenty dilahirkan pada tahun 1962 dan merupakan pelajar RMC sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981 di Kem Segenting.  Razak ditauliahkan sebagai Pegawai Pertahanan Udara. 

Semasa di SPK, Razak adalah dari Bn TUAH.

Razak kini berpangkat Lt Kol TUDM dan menjawat sebagai Pegawai Staf Gred 1 di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, PU Subang.






MEJAR RAJA KANDAN A/L RATNASINGAM TUDM (BERSARA)
(371560)

 


Skot Raja Kandan dilahirkan pada tahun 195x.  Sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet beliau merupakan seorang Ahli Udara (anggota TUDM) yang berpangkat Kopral. Semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson, beliau adalah dari dari Bn JEBAT.  

Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Rajakandan bertukar ke Cawangan Logistik.

Raja Kandan bersara dari TUDM semasa berpangkat Mejar TUDM dalam tahun 19XX dan jawatan terakhirnya ialah PS2 di Cawangan Perolehan.

Raja Kandan kini menetap di Bangsar.



KAPTEN SELVARAJ A/L MUTHU TUDM (BERSARA)
(371561)





Skot Selvaraj dilahirkan pada tahun 195x.  Sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet beliau merupakan seorang Ahli Udara (anggota TUDM) yang berpangkat Kopral. Semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson, beliau adalah dari dari Bn JEBAT.  

Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 2, TUDM Kluang mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Selvaraj bertukar ke Cawangan Logistik.

Kami pernah sama-sama bertugas di TUDM Kuantan dalam tahun 1985/86.

Selvaraj menamatkan perkhidmatan TUDM di penghujung tahun 1980an dan sehingga kini tidak dapat dikesan di mana beliau berada.



ALMARHUM
LEFTENAN MUDA (UDARA) HALDIN BIN SUDIN
(-)





Skot Haldin dilahirkan di Sarawak pada tahun 195x.  Sebelum menyertai latihan Pegawai Kedet beliau merupakan seorang Ahli Udara (anggota TUDM) yang berpangkat Laskar Udara Kanan (ketukangan Air Frame). Semasa menjalani latihan ketenteraan di SPK Port Dickson, beliau adalah dari dari Bn KASTURI.  

Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, Alor Setar mulai awal Januari 1981. Setelah gagal dalam latihan penerbangan, Rajakandan bertukar ke Cawangan Urusetia dan ditukarkan ke TUDM Kluang untuk menjadi Ajutan Pangkalan.

Semasa bertugas di TUDM Kluang, lebih kurang dalam tahun 1982 atau 1983 beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Jenazah almarhum Haldin dikebumikan di Sarawak.



 
Berdiri di hadapan sekali ialah almarhum skot Abdul Rashid Suhaime, manakala yang duduk di nombor 4 dari kanan ialah almarhum skot Haldin Sudin.

 
Skot Udara di PULATIBANG 1 menerima sayap penerbangan
 
skot Udara di PULATIBANG II menerima sayap penerbangan

.

No comments:

Post a Comment