SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, May 30, 2014

CHAPTER 066: BULAN JUN BULAN TUDM

jun 2014

Dalam bulan ini (Jun) 2014 mengikut percaturan asal, aku sepatutnya bertukar tempat kerja. Sebagai amalan biasa dalam perkhidmatan, setiap pegawai perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman supaya lebih matang dan berwibawa.

Setelah berkhidmat sebanyak dua kali di Markas Logistik Udara (MLU) sebagai PS1 Khidmat Pembaikan, KSK dan Pegawai Memerintah memang sudah sewajarnya aku berubah angin. Kali pertama aku diberi peluang berkhidmat di MLU ialah pada bulan April 2007 sebagai PS Pembaikan (ketika berpangkat Lt Kol TUDM) sebelum mengambil-alih jawatan KSK pada Julai 2008. Aku dinaikkan pangkat Kolonel pada 1 Jun 2009. Pada 1 Jan 2011 aku ditukarkan ke MTU-BPS sebagai Pengarah Pengurusan Transformasi, satu perjawatan (adhoc) yang baru diwujudkan selari dengan wawasan AIR FORCE NEXT GENERATION. Pada Feb 2012 aku sekali lagi dikembalikan ke MLU untuk menyandang jawatan lama sebagai KSK dan Pegawai Memerintah.

Sehingga 31 Mei 2014, tempoh khidmatku di MLU sudah mencapai ENAM tahun DUA bulan. Satu tempoh yang terlalu lama bagi penyandang jawatan bertaraf Kolonel ke atas. Apa lagi jawatan yang bersifat amat SENSITIF seperti KSK ini.

Bunyi dan suara untuk perubahan jawatan telah bermula sejak Feb 2014 dan diperkuatkan dengan berita yang disampaikan kepadaku oleh bossku pada April 2014. Jawatan baru pun sudah dinyatakan. Namun pada minggu terakhir Mei 2014, harapan tersebut kembali pudar apabila berita menyatakan cadangan pertukaran tersebut ditangguhkan. SEBAB?

Hari ini aku masih menunggu.

Bulan TUDM

1 Jun bukan sahaja hari kelahiran TUDM, tarikh ini juga tarikh kuatkuasa aku dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM (1 Jun 2009). Ini bermakna, hari ini merupakan genap 5 tahun aku menyandang pangkat ini.

Bulan Jun merupakan bulan yang paling sibuk bagi TUDM kerana 1 Jun 2014 adalah Hari Ulangtahun ke 56 TUDM. Bermula pada 29 Mei 14, majlis Tahlil dan Doa Selamat HUT diadakan di Masjid Jame' PUKL dengan menghadirkan penceramah @ pendakwah bebas kontemporari Ustaz Muhamamd Kazim bin Elias.

Pada 31 Mei 14, Khutbah Khas HUT 56 di Masjid PUKL juga dengan mencipta sejarah tersendiri apabila Khutbah dibacakan oleh seorang pegawai TUDM iaitu Mejar Jeneral Dato Hj Mazlan bin Hj Abas TUDM (AKS Sumber Manusia).

Pada 01 Jun 14, Perbarisan HUT ke 56 TUDM telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK). Inilah julung kali pangkalan ini dipilih menjadi tuan rumah. Lazimnya perbarisan HUT TUDM diadakan di PU Kuala Lumpur atau PU Subang. Pada tahun 2011, PU Butterworth telah dipilih menjadi hos.

Jam 0400, aku sudah bangun bersiap-siap untuk ke PUGK kerana mesti berada di Terminal PUSUB sebelum jam 0600. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 0535 (pemandu lewat sedikit) dan tiba di PUSUB tepat jam 0600.  Pesawat berlepas jam 0645 dan tiba di PUGK lebih kurang jam 0800.

REZ_0866 
REZ_0991 
REZ_1044 

Majlis selesai lebih kurang jam 1030. Selepas menikmati jamuan kami berlepas pulang ke PUSUB dengan menaiki pesawat C130H lebih kurang jam 1115 dan tiba di PUSUB jam 1230.

Sebaik sahaja meletakkan punggung di tempat duduk (para seats) pesawat masing-masing melepaskan kepenatan dan melelapkan mata. Masing-masing keletihan kerana pagi tadi kesemuanya rata-rata bangun sebelum jam 0400. Penerbangan satu jam ini diambil kesempatan sebaik-baiknya walaupun keadaan tempat duduk yang sesak (terpaksa duduk bersilang lutut) dan tidak selesa.

Selain dari HUT TUDM, 1hb Jun adalah Hari Raya bagi suku kaum Iban dan Dayak di Sarawak, iaitu Hari GAWAI DAYAK. Awal bulan Jun juga adalah Hari Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda YDP Agong. Acara bermula dari 5hb Jun dengan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Masjid Negara (selepas Solat Maghrib). Dalam majlis tersebut aku bertemu dengan skot Razak (Presiden S37), skot Dato' Zamrose dan skot Dato' Azlan.

Sebaik sahaja selesai Solat Isyak di Masjid Negara, aku bergegas ke Surau Luqman Hakim kerana malam itu rakan sejemaah Lt Kol Nasarudin mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan anak beliau yang baru dinikahkan pada siang tadi.

Pada 6hb Jun pula adalah Khutbah Khas Keputeraan YDP Agong di Masjid Putra, Putrajaya. Walaupun aku dah siapkan pakaian No 2 bersama songkok No 1, aku tidak pergi ke Putrajaya kerana hanya pegawai yang dijemput sahaja perlu ke sana. Jadi, aku bersolat Jumaat di Masjid PUKL. 

Skot Razak ada hantar gambar beliau di Masjid Putra bersama skot Dato' Azlan.



Jemputan Majlis Perkahwinan anak Skot Mohd Saiful di Country Height, Kajang
7 Jun 2014

Bulan Jun 2014 seiring dengan bulan Syaaban tahun Hijriyah 1435. Ini bermakna, sebulan lagi kita akan menyambut bulan besar dalam kalendar Islam, iaitu bulan Ramadhan. Biarpun begitu, ramai yang mengambil bulan ini untuk menyelesaikan majlis perkahwinan sebelum tiba bulan puasa.


Pada 7 Jun 14, giliran skot Kapt Mohd Saiful Abd Rashid (B) bekas pegawai RAMD dan Puan Rahimah binti Sulaiman untuk mengahwinkan anak perempuan mereka Azza Sofya.

Hujung minggu ini aku tak dapat balik ke rumah Seremban lantaran program yang padat. Pada siang 7hb aku ada jemputan perkahwinan. Sebelum ke rumah skot Mohd Saiful, aku dan isteri menghadiri jemputan perkahwinan anak Lt Kol Nasarudin Che Om (dan Puan Norjannah) rakan jemaah surau Luqman Hakim. Majlis dia adakan di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn. Setelah keluar dari majlis jemputan di situ dan menyempurnakan solat Zohor di Masjid Kem Wardieburn kami terus menuju ke rumah skot Saiful di Jalan Cinta Alam F, Country Height, Kajang.

Semasa aku tiba, skot-skot yang telah ada di sana ialah Razak Hussain, Dato Hazizan, Hamdan Abdullah Shohemi Hashim , Azmi Hamid, Lod Atan dan Razak Siran. Selepas aku sampai, beberapa skot lagi turut sampai, antaranya skot Husin Abdullah, Norzahari Zeelan, Hazman, Hj Hairudin dan Nazli. Manakala skot yang sampai setelah aku pulang ialah Hjh Marmilah. Skot yang telah sampai awal dan telah pulang semasa aku sampai ialah skot Mubin Othman dan Halim Idris.

Aku terpaksa pulang lebih awal kerana pada malamnya aku perlu menghadiri Majlis Makan Malam sempena HUT TUDM ke 56 di Oriental Mandarin, KLCC.

Berikut dipaparkan beberapa foto kemeriahan di rumah skot Saiful.

.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
   
bersama ibu pengantin perempuan, Puan Hjh Rahimah 

 
 
bersama pasangan pengantin 
  
 
berat betul kaki kakak-kakak ni nak melangkah pulang
teringin memiliki rumah seperti mahligai milik keluarga Saiful

TAHNIAH  UNTUK
SKOT HJ MOHD SAIFUL DAN HJH RAHIMAH!
.


Seperti aku sebut tadi, walaupun belum puas bersembang dengan skot-skot di rumah Saiful, aku terpaksa meninggal majlis kerana untuk bersiap menghadiri Majlis Makan Malam sempena HUT TUDM ke 56 di Mandarin Oriental, KL. Majlis bermula jam 1930.

Aku bertolak dari rumah jam 1900 dan bersolat magrib di hotel. Majlis turut dihadiri oleh DYMM Sultan Pahang selaku Kolonel YDP TUDM.

Bagi yang masih gemarkan hiburan, malam itu memang menyeronokkan mereka. Seperti yang dilalui sejak aku menyertai TUDM lebih 30 tahun yang lalu, hiburan masih tetap menjadi agenda utama dalam mana-mana Majlis Makan Malam rasmi. Masih ada yang menjadi dansa sebagai hobi ataupun terapi diri melepaskan tekanan kerja atau meluahkan rasa kegembiraan. Masih banyak yang belum berubah dari warisan penjajah Barat. Malam itu ada artis-artis seperti Fauziah Latiff, Zehra Zambri, Eja, Dato Siti Norhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Dato Khaty Ibrahim.

Melalui whatsapp, aku juga menerima berita dari skot Dato Zambrose yang mengikuti rombongan YB MENHAN ke kawasan Operasi ESSCOM. 

Pada 8hb Jun, aktiviti hujung minggu ini diteruskan dengan menghadiri Majlis Jamuan Teh DiRaja di Istana Negara yang baru.  Inilah kali pertama aku memasuki istana baru bernilai lebih RM800 juta yang mula didiami oleh SPB YDP Agong XXIII mulai 15 November 2011. Semasa menikmati jamuan aku bertemu dengan skot Mej Hj Othman Md Jahim TUDM (B) bersama isteri dan anaknya.

Pada malam 12 Jun 2014 Kor Armor DiRaja (KAD) mengadakan majlis makan malam meraikan pegawai-pegawai kanannya yang telah bersara. Dalam majlis itu skot Abdul Razak (Presiden) telah bertemu dengan skot Lt Kol Ganese (B).



18 Jun 14 
Taklimat PERHEBAT kepada bakal Pesara di Port Dickson

Aktiviti ini melibatkan beberapa skot yang bakal menjalani latihan peralihan tahun hadapan seperti Lt Kol Hj Mohd Hairudin bin Mokri, Lt Kol Mohd Kamal Hassan dan Lt Kol Mohamad Yatim bin Mohamad Noor (kesemuanya RAMD). Dalam acara tersebut mereka bertemu dengan skot Mej (B) Aini yang kini bertugas dengan PERHEBAT.


Pertemuan-pertemuan lain di bulan Jun


Pada 23 Jun 2014, skot Dato Hj Adnan Hashim yang terbang ke Miri atas urusan perniagaan telah bertemu dengan skot Lt Kol Johan Juan di Ruang lobi, Terminal Lapangan Terbang Miri.


Pertemuan di kantin MPAT 25 Jun 14


Pertemuan di Air Movement Terminal, PU Subang pada 27 Jun 14

next news:
MALAM SEMBANG-SEMBANG S37
FELDA VILLA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
222000H JUN 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH
LOT 512, JALAN CINTA ALAM F
COUNTRY HEIGHT
KAJANG
121830H JULAI 2014

No comments:

Post a Comment