BERTANDANG KE
LAMAN PUTRA
LAMAN PUTRA
SATU haribulan MEI Tahun Masehi 2014 jatuh pada hari yang sama dengan SATU haribulan REJAB Tahun Hijriyah 1435. Banyak hadis yang menyatakan kelebihan bulan Rejab. Tapi aku terbaca juga tentang wujudnya banyak hadis palsu berkaitan dengan bulan Rejab. Apa pun, tambahlah ibadah kita di mana-mana bulan pun seperti berpuasa, berzikir dan membaca Qur'an. Hanya ALLAH swt sahaja yang berhak sama ada amalan kita mendapat ganjaran atau tidak.
Majlis Perkahwinan anak Skot Kapt Mustapha bin Ahmad (Bersara) dan Pn Hanita di No 22, Jalan Putera Mahkota 7/3C, Putra Heights, Subang Jaya.
1 Mei 14 sama jatuhnya dengan 1 Rejab 1435. Bulan terakhir sebelum Ramadhan. Banyak sekali jemputan majlis perkahwinan dalam bulan ini. Boleh dikatakan setiap minggu dan setiap weekend ada dua atau tiga jemputan.
Hari ini 3 Mei 14 bersamaan 3 Rejab 1435 memang agak memenatkan. Malam tadi (2 Mei) ada satu jemputan majlis resepsi perkahwinan anak Kapt Azhar Mohd Noor TUDM (PS3 SISGP C, MLU) di Dewan Angkasa Raya (DAR).
Tengahari aku keluar dari rumah lebih kurang jam 1215 ke DAR sekali lagi. Kali ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Mej Jen Dato Hj Mazlan Hj Abas TUDM. Usai majlis di DAR aku dan isteri terus ke Putra Height untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak skot Kapt Mustapha Ahmad (B).
Tahun lepas semasa majlis perkahwinan anak sulung Mus, aku tidak dapat hadir kerana waktu itu aku berada di Kota Kinabalu (tugas rasmi). Waktu itu flight yang dijangka berlepas pada jam 1100 telah ditangguh ke jam 1500. Kalau berlepas jam 1100 memang sempat singgah ke majlis masa on the way dari PU Subang nak balik ke rumah.
Walau apa pun, alhamdulillah kali ini dapat hadir. Kalau tak hadir pasti terkilan kerana Mus merupakan salah sseorang SKOT yang paling rajin menhadiri setiap majlis anjuran S37 khususnya majlis perkahwinan anak-anak skot. Ini juga kali pertama aku sampai ke kawasan ini. Agak exclusive.
Walau apa pun, alhamdulillah kali ini dapat hadir. Kalau tak hadir pasti terkilan kerana Mus merupakan salah sseorang SKOT yang paling rajin menhadiri setiap majlis anjuran S37 khususnya majlis perkahwinan anak-anak skot. Ini juga kali pertama aku sampai ke kawasan ini. Agak exclusive.
Berpandukan kepada facebook, beberapa orang skot telah hadir dalam majlis berinai malam tadi, iaitu Dato Hazizan, Jaudin, Nasir Chong, Shohemi dan Azmi serta isteri masing-masing.
Masa aku dan isteri sampai lebih kurang jam 1500, aku bertembung dengan skot Hj Wahid yang sudah masuk kereta untuk pulang dan skot Adi Mazlin yang baru keluar dari rumah Mus untuk pulang.
Wajah-wajah yang datang awal.
.APA PUN SEBELUM KITA MAKAN, KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH KUMPULAN BORIA LAMAN PUTRA
Pak Ya Raja Hj Zakaria antara skot yang terawal... bersama Presiden dan tuan rumah
Hj Wahid pun tak sempat jumpa (sempat lambai dari kereta saja masa aku sampai)
semua berbaris nak suap pengantin perempuan.... nasib baik pak mentua ada situ
sempat bergambar bersama pasangan pengantin
skot Salleh Kasmin (duduk baju merah)- inilah kali pertama aku (dan kebanyakan skot lain) jumpa
skot Radzi (kanan baju hitam) pun amat jarang ditemui
skot Lukman dan Ahmad Ali juga hanya muncul sesekali kerana komitmen tugas yang sukar untuk dirancang
skot Lukman - kami sama melapor ke Pulatibang 2 TUDM Kluang awal tahun 1981 dulu untuk latihan asas penerbangan helikopter
bersama skot Nordin TPK dan Norzahari
Skot2 Yatim, Lokman, Norhaili, Hashim dan Hamdan
menemani tetamu terakhir.....Husin lewat sampai sebab pagi jogging lepas tu main golf dan lepas tu main bola
kumpulan terakhir sebelum meja makan diangkat oleh kontraktor
Tak aci.... yang ni masa bila pulakkkkkk.....
BAKAT S 37
kena ramai berdiri sebab nanti 5 kerusi cuma 4 orang boleh duduk
jarang majlis pengantin dapat hidangan buah mangga
kalau setakat berpantang kat rumah je...wat pe makcikkkkk
bergambar dengan Kumpulan Boria
skot Nordin TPK sedang berpantun memujuk wife ajak balik....
bila penyanyi jemputan dah balik, mula la puak-puak kilauan gangsa ni berebut mic
akhirnya Nasir yang dapat mic kerana dia guna kuasa Sultan
selaaaamatttt...penganntin baaaruuuuuu........semogaaaaa... berbahgiaaaaaa...
yang kanan sekali tu Ketua Bouncer Kg Medan
PERTEMUAN DUA BEKAS PERAWAN S37
skot Aini dan skot Siti Hajar (hanya mereka yang mewakili skot wanita S37)
CHECK.... SAPA YANG DATANG?
(1) Pres Razak, (2) Hj Wahid, (3) Adi Mazlin (4) Dato Hazizan, (5) Azmi (6) Nasir Chong,
(7) Jasni, (8) Toha, (9) Nordin TPK, (10) Raja Zakaria, (11) Yatim, (12) Lokman, (13) Lukman, (14) Aminuddin, (15) Rahim, (16) Siti Hajar, (17) Aini, (18) Norhaili, (19) Norzahari, (20) Radzi, (21) Salleh Kasim, (22) Lod, (23) Hamdan, (24) Hashim, (25) Dato Adnan, (26) Shuairi,
(27) Husin (28) Sabari, (29) Saiful bahri (30) Ahmad Ali
TAHNIAH MUS & NITA!
Pertemuan Skot Lukman dan
Skot Yusof Saidi
Skot Yusof Saidi
Ini adalah pertemuan skot Kapt (B) Lukman Abd Rahman TUDM dengan skot Lt Kol Hj Yusof Saidi (Station Staff Officer (SSO), Taiping). Pertemuan berlaku semasa Lukman menerbangkan helikopter milik syarikat majikannya dan mendarat di Taiping pada 5 Mei 14.
Skot Yusof yang bertugas di Taiping sedia menunggu ketibaan Lukman sebagaimana yang dijanjikan dalam whatsapp.
Yusof menyambut ketibaan Lukman
skot Yusof sempat membawa Lukman makan malam.
Pertemuan 5 x S37 di Kuching
Pada 5 hingga 7 Mei 14, lima warga S37 terlibat dalam Mesyuarat Pemerintahan Operasi Udara di KUching.
.
dari kiri skot-skot Kol Hj Mohd Sabri, Lt Kol Shafie Ali, Kol Felix Gonsalvez, Kol Jumali dan saya
bergembar sebelum memulakan majlis BBQ
Pada pagi 7hb Mei semasa aku menziarahi adik iparku (Razak yang sakit kanser kolon) di Jalan Matang, Petrajaya, aku berkesempatan menemui skot Mej (B) Ahmad Nordin Roslan yang sekarang bermastautin di Kuching.
Pertemuan Skot Yusof Awang dan
Skot Mazlan Samsudin
Skot Mazlan Samsudin
Gambar yang dikirimkan oleh skot Yusof Awang untuk merakamkan pertemuannya dengan skot Kapt (B) Mazlan Shamsudin (Armor) pada 7 Mei 14 di Deftech, Pekan.
5 x S37 di Perbarisan Hari Ulangtahun ke 40 Pemerintahan KDYMM Sultan Pahang (1974-2014)
Pada 9 Mei 14 diadakan Perbarisan sempena ulangtahun ke 40 pemerintahan KDYMM Sultan Pahang di atas tahta Kerajaan Negeri Pahang. Perbarisan diadakan di Padang Kemuning, MPK bermula jam 0830 pagi. Tabik hormat diambil oleh DYTM Pemangku Raja Pahang, Tunku Hj Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah.
Berkesempatan bergambar dengan skot-skot yang hadir pada hari tersebut.
Berkesempatan bergambar dengan skot-skot yang hadir pada hari tersebut.
HARAM MENYAMBUT
MOTHER'S DAY
Sejarah Dan Hukum Sambutan Hari Ibu
.
,
Walaupun ada banyak yang memberikan alasan terletak kepada niat, tapi kalau hanya SETAHUN SEKALI baru sibuk bagi ucapan, baru hantar kad, baru nak puji jasa ibu...pasti sesuatu yang tak kena. Macam ucapan Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Raya atau Selamat Tahun Baru pulak. Setiap hari adalah HARI IBU BAPA.
Dan yang amat jelas SALAH (walaupun tertakluk kepada apa NIAT) ialah ucapan-ucapan ini hanya berbunyi pada sekitar hari Ahad ke 2 dalam bulan Mei seperti mana yang rayakan oleh kaum Nasrani (kristian) untuk IBU (Mother's Church) mereka.
Dan yang amat jelas SALAH (walaupun tertakluk kepada apa NIAT) ialah ucapan-ucapan ini hanya berbunyi pada sekitar hari Ahad ke 2 dalam bulan Mei seperti mana yang rayakan oleh kaum Nasrani (kristian) untuk IBU (Mother's Church) mereka.
Majlis Perkahwinan anak Skot Kapt Asmah binti Mustapha (Bersara) dan Mej Mohd Jamil (B) di Lot 5009, RPT Sentang, Laluan 3, Jalan Tg Tualang, Batu Gajah, Perak.
Pada 17hb Mei 2014, skot Asmah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya, Amira Farisha di Batu Gajah Perak. Memang agak sukar untuk ke sana (bagi diriku) walaupun dalam hati teringin untuk pergi.
Pada hari yang sama aku ada jemputan majlis perkahwinan di KL dan pada hari keesokannya (Ahad) ada dua jemputan lagi.
Berdasarkan gambar di whatsapp, skot yang hadir dalam majlis Asmah ialah Lokman Abdullah, Syazarina Monica, Dato Hazizan, Noraini, Marzuki dan Zawiah, Nazli Alias dan skot Asran. Terima kepada skot-skot yang mewakili skot2 yang lain.
Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada skot Asmah dan suami kerana menerima menantu kedua pada tahun ini.
enam skot 37 antara yang sama-sama meraikan majlis skot Asmah
TRIO SW37 dapat bertemu: Zawiah, Noraini dan Shazarina (Monica Mowe)
Monica bersama pengantin dan emak pengantin
skot Nazli dan isteri bersama skot Asran
skot Nazli dan isteri bersama emak dan bapak pengantin
tahniah skot asmah!
Pada 20 Mei 14, skot Lukman bertembung dengan tiga orang skot 37 yang kini bertugas di AIROD yang sedang 'mengeteh' di Skypark Subang.
Lukman; Suhaimi, Hj Azemi dan Hj Othman
Pada 21 Mei 14, aku menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi TUDM tahun 2014 di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang.
Kebetulan salah satu pencalunan dari Markas Logistik Udara (MLU) yang mana aku sendiri sebagai Pegawai Memerintahnya telah menerima Johan Anugerah Inovasi bagi Kategori Teknologi Maklumat. Alhamdulillah.
Projek bertajuk MLU-LIAS (Life Item Alert System) di MATRA 3 telah memenangi anugerah itu.
menerima hadiah dari PTU
Pada 24 Mei 14, Presiden S37, skot Hj Abdul Razak menjemput rakan untuk ke majlis Doa Selamat di rumahnya di bandar Manjalara. Majlis bermula jam 1200. Tapi aku sampai agak lewat. Memang niat nak keluar dari rumah jam 1100 tapi bila tunggu anak-anak bersiapkan, apa lagi nak bawa cucu, yang dirancang sukar untuk menjadi. Dekat pukul 1200 lebih baru bertolak. Tolak silap jalan lagi, sampai dah jam 1230 lebih. Majlis doa selamat pun baru saja abis.
Masa aku sampai, skot Dato Hazizan dan isteri dah sampai. Selepas aku yang tiba ialah Dato Adnan bersama Datin dan cucu, skot Shohemi macam biasa dengan isteri dan anak manjanya dan akhir sekali ialah skot Mustapha dan isteri.
Selain hidangan nasi dengan lauk kampung yang amat menyelerakan, hidangan istimewa pada hari ini ialah KAMBING GOLEK.
Bertemu Skot Asran
Seperti biasa, setiap kali ada peluang untuk menjejak dan mengesan kawan-kawan (S37), aku akan usahakan. Kali ini aku dapat menemui skot Asran bin Borhan.
Pada 27 April 14, aku menghadiri satu mesyuarat di Pangkalan Udara Butterworth. Aku dapat menghubungi skot Hj Asran bin Borhan yang menetap di Juru/Seberang Jaya. Kami berjumpa antara jam 1430 - 1600H di Restoran Taman Robina, Teluk Air Tawar.
Banyak sekali yang diceritakan oleh Asran tentang pengalaman pahit manis mencari rezeki sesuap nasi semenjak meninggalkan perkhidmatan pada tahun 1992, ketika berpangkat Kapten dalan RAMD.
Asran mempunyai kepakaran memasak khususnya pakej nasi beriani dan nasi kandar. Kini Asran menjalankan perniagaan catering bersama ahli keluarga di Seberang Jaya dengan menerima tempahan untuk majlis-majlis jamuan di sekitar Pulau Pinang.
Seperti biasa, setiap kali ada peluang untuk menjejak dan mengesan kawan-kawan (S37), aku akan usahakan. Kali ini aku dapat menemui skot Asran bin Borhan.
Pada 27 April 14, aku menghadiri satu mesyuarat di Pangkalan Udara Butterworth. Aku dapat menghubungi skot Hj Asran bin Borhan yang menetap di Juru/Seberang Jaya. Kami berjumpa antara jam 1430 - 1600H di Restoran Taman Robina, Teluk Air Tawar.
Banyak sekali yang diceritakan oleh Asran tentang pengalaman pahit manis mencari rezeki sesuap nasi semenjak meninggalkan perkhidmatan pada tahun 1992, ketika berpangkat Kapten dalan RAMD.
Asran mempunyai kepakaran memasak khususnya pakej nasi beriani dan nasi kandar. Kini Asran menjalankan perniagaan catering bersama ahli keluarga di Seberang Jaya dengan menerima tempahan untuk majlis-majlis jamuan di sekitar Pulau Pinang.
Semoga skot Asran terus sukses dunia dan akhirat serta dimurahi rezeki dan kesihatan
YOU ARE ALSO INVITED TO VISIT MY OTHER BLOGS
coltoras1959.blogspot.comand
toharudinairforce81.blogspot.com
.
No comments:
Post a Comment