SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, September 13, 2014

CHAPTER 073: SELEPAS 6 SEP 2014

DI CELAH-CELAH KEsibukAN  
S37 meneruskan lagi AKTIVITI   

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT
RUMAH SKOT HJ KHALID HAMID
NO 5 JALAN 3/R, BANDAR SERI PUTRA, KAJANG

Pada 7 Sep 14, skot Khalid Hamid (Lt Kol B) mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediamannya di Bandar Bukit Putra, Kajang.

Skot Hj Wahid, Jaudin, Azmi dan Shohemi
Sue (Azmi), Zizi (Yatim) dan Nita (Mus)

Menghadiri Kawalan Kehormatan Utama 
Sempena Persaraan PTU di MINDEF pada 11 Sep 14

Pada pagi 11 Sep 2014, satu perbarisan Kawalan Kehormatan Utama TUDM telah diadakan untuk memberikan tabik hormat terakhir kepada YBhg Tan Sri Rodzali Daud TUDM sempenan persaraan beliau.

Sebelum acara perbarisan 'sending off' pada pagi itu diadakan majlis pemakaian pangkat dua orang pegawai kanan TUDM di Eagle Nest. Kebetulan kami ada 4 skot 37 yang ada dalam majlis tersebut dan sempat bergambar.


dari kiri, Kol Yohanez, Mej jen Dato Hj Kamalruzaman, aku dan Lt Kol Mohamad Shuairi

Menghadiri Perbarisan Persaraan PTU
di PU Kuantan pada 12 Sep 14

Pada 12 Sep 14, telah diadakan Perbarisan Persaraan dan Majlis Makan Malam Rasmi untuk PTU, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud TUDM di Pangkalan Udara Kuantan. Ramai juga warga S37 yang turut hadir dalam kedua-dua majlis tersebut, antaranya Mej Dato Hj Kamalruzaman, Brig Jen Dato Hj Sanusi, Kol Hj Hasaza, Kol Muhamamd Suhaimi, Kol Hj Mohd Sabri dan Lt Kol Muhammad Shuairi.
.
Pada malam sebelumnya (11 Sep 14) telah diadakan Majlis Membaca Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat untuk YBhg Tan Sri Rodzali di Surau atTaqwa, PU Kuantan.
.
 
Majlis Doa Selamat di Surau atTaqwa PU Kuantan

di lobi Hotel Vistana, Kuantan

bersama skot Hj Hasaza
 
  
 
 
 
 
 


Presiden S37 di PU Subang

 

Pada 12 Sep 14 juga, Skot Presiden S37 telah menyertai delegasi ATM yang menyambut kepulangan Kontijen MALBATT 850-2 di PU Subang. Di antara skot yang turut serta dalam penerbangan yang membawa Kontinjen MALBATT ialah Skot Brig Jen Hj Azlan (Pengarah Infantri) dan skot Lt Kol Ghazali Puteh (Timbalan Komandan PLPM).

Skot Aini Berangkat ke Baitullah

13 Sep 14 Majlis Doa Selamat untuk skot Aini yang akan berangkat ke Makkatul Mukarramah pada 14 Sep 2014. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan mengerjakan ibadah Haji dan Umrah dan dikurniakan Haji yang Mabrur.

Antara skot yang sama-sama menghadiri majlis ialah skot Mustapha dan skot Azmi serta isteri masing-masing. Presiden S37 dimaklumkan telah hadir lebih awal (sebelum Maghrib) kerana ada urusan lain sebelah malam. Aku memang ingin sangat untuk sama-sama menghadiri majlis doa selamat skot Aini tetapi tidak dapat ahdir kerana petang itu baru sahaja sampai dari Kuantan.

skot Mustapha dan skot Azmi serta isteri masing turut menghadiri majlis yang diadakan di Surau al Husna, Taman Wawasan, Puchong

Perlu diketahui bahawa skot Aini adalah kalangan skot wanita S37 yang paling rajin menghadiri majlis-majlis reunion dan apa-apa majlis anjuran skot. Semoga Allah memberi kemudahan kepada beliau.


Majlis Doa Selamat dan Khutbah Khas HUT ATM ke 81 di Masjid Khalid ibnu Walid KEMENTAH


Majlis Perkahwinan anak skot Mazlan Yusof
di Bukit Beruntung


Pada hari ini, 20 Sep 14 skot Mej (B) Mazlan bin Yusof (x RAMD) dan isterinya Puan Faridah binti Osman telah mengadakan majlis walimatul urus puterinya (anak ke 7) Maisarah Aiman binti Mazlan di rumahnya di Jalan Mawar 1C, Sek BB3, Bandar Bukit Beruntung.

Skot Mazlan adalah pemegang rekod warga S37 yang paling ramai cucu setakat ini. Hasil dari perkahwinan enam orang anaknya, beliau kini mempunyai seramai 14 orang cucu. Weldone skot. Keluarga bahagia dan ceria.

aLhamdulillah ramai skot (S37) yang hadir bersama isteri masing-masing, antaranya yang sempat ditemui ialah; Abd Razak Hussain, Mustapha Ahmad, Shohemi Hashim, Hj Jaafar Marlan,  Nor Azmi Abd Karim, Halim Idris, Khalid Ismail, Norhaili Abd Latif, Muhd Suhaimi Ashaari, Hj Azemi Mat Saud, Ariffin Saimun, Zamani Johar, Safri Mohamad, Khairudin Mohd Zahari, Hashim Hamzah, Mohd Hussin Abdullah, Hj Mohd Yatim Mohd Nor, Norzahari Zeelan, Hamzah Hassan, Hj Mohd Hairudin Mokri  dan Aizan Idris (satu-satunya skot wanita yang hadir).

Mungkin ada lagi sampai lebih awal atau lewat yang tiada dalam gambar-gambar di bawah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah skot Mazlan dan isteri


BERITA SKOT DI SANA SINI 

 
23 Sep 2014: Presiden mengunjungi skot Ariffin di Pusat Marin UPNM 

23 Sep 2014: Adik kepada skot Azman Ali (gambar) iaitu YB Azmin Ali telah dilantik menjadi YAB Dato' Menteri Besar Selangor yang ke 15.


25 Sep 14: Berpeluang makan semeja secara santai dengan YBhg PAT dan PTD selepas selesai Majlis Pelancaran "Pocket Show of KL International Tattoo 2014 di Pavilion Mall, Kuala Lumpur


26 Sep 2014: 4 S37 bertemu di Pergerakan Udara PU Subang untuk majlis menyambut kepulangan Tim MALBATT dari Lubnan
.
26 Sep 2014: Skot Salihudin Daud dan isteri berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji

Erti Persahabatan: Mentakedarah di Rumah Skot Azmi
di Sek 15, BB Bangi
27 Sep 2014

Pada 27hb Sep 2014, aku dan isteri serta anakku Heikal balik ke Seremban untuk melihat rumah yang masih dalam proses kerja-kerja renovation (Fasa 4) iaitu pembinaan pagar dan porch. Dalam perjalanan ke Seremban, kami singgah di rumah Azmi di Sek 15 BB Bangi.

Sebenarnya sehari sebelum, kami telah membuat temujanji untuk Projek Mesin Air Tebu. Hanya beberapa skot sahaja yang diajak. Special edition. Kami sampai lebih kurang jam 1115H. Masa kami sampai skot Hj Razak (Presiden) dah nak balik. Dia datang awal (jam 1000H dah sampai) kerana perlu segera ke Melaka untuk urusan keluarga yang lain.

Ingatkan kena tebang pokok tebu dulu, rupanya Azmi dah siapkan, tinggal nak bersihkan dan mesin (perah) sahaja. Kami pekena nasi lemak dulu. Lepas kena nasi lemak, aku tolong Azmi mengupas kulit tebu dan seterusnya memesin.

  
teringat masa kecik dulu tolong emak dan embah memotong daun rumbia untuk buat atap 
  
ujian praktikal, kursus peralihan


makan tengahari, ulam raja dan timun padang yang dipetik dari belakang rumah 
 

skot Shohemi memang banyak menyimpan cerita dan pengalaman bersama RAMD, sampai aku tak sempat nak rakam dalam kepala otak aku untuk ditulis balik

nasi tengahari pun tak settled lagi dalam perut...dah pekena kopi O dan kueh-mueh pulak
 
masing-masing dah mula menguap, tinggal Askar Melayu dua orang je yang masih dok bersembang

Waktu tengahari, Musatapha dan Shohemi serta isteri masing-masing pun sampai. Tengahari itu kami menjamu makan tengahari di rumah Azmi dengan lauk ikan baung masak cili api, sambal petai, berulamkan petai, ulam raja, timun padang serta budu. Pencuci mulutnya ialah buah dokong yang dibawa dari Temerloh. Dari cadangan nak minum air tebu, dah jadi program BREAKFAST + LUNCH + TEA sekali.

Timun padang? korang tau ke? aku pun first time dapat tau. Azmi yang menanam pun tak tau. Hawau betul. Ia seperti mentimun biasa tapi saiz kecil macam terung pipit je. Masa muda isinya seperti mentimun biasa, tapi bila tua bertukar menjadi merah. Selepas pulang ke rumah, aku search dalam internet, baru aku temui, rupanya ia bernama mentimun padang atau Ivy Gourd (basa saintifiknya Coccinia Grandis.

Coccinia

Ini baru apa dikatakan oleh orang Melaka sebagai mentekedarah.

Dimaklumi bahawa setelah kami pulang, Norzahari dan isteri/anak pula sampai. Biasalah, skot Norzahari merupakan recovery team. Kereta kembalik (KPD) memang tak boleh jalan laju, tu yang lambat sampai.

TERIMA KASIH Azmi dan Suraya (Sue).



Majlis Perkahwinan anak skot Nor Azmi Abd Karim
di Sek 14, Shah Alam
28 Sep 2014

Pada 28 Sep 2014, giliran skot Mej (B) Nor Azmi bin Abd Karim (xRAMD) dan isterinya Puan Nazimah binti Yusof pula mengadakan majlis perkahwinan putera keduanya Nor Muhammad Fareq bin Nor Azmi di Dewan N'Dah, Jalan Ikhtisas 14/6, Shah Alam.


 


Majlis skot Nor Azmi juga berjaya meraih ramai skot 37. Satu peningkatan positif ke atas trend kehadiran warga S37 kebelakangan ini. Alhamdulillah. Kalau dulu lazimnya hanya antara 15 hingga 25 pasangan/keluarga sahaja yang hadir dalam majlis seperti ini.

Skot yang hadir ialah:
  1. Dato Hj Azlan Abd Rahman
  2. Dato Hj Romlee Yahya
  3. Dato Hj Sanusi Samion
  4. Dato Hj Adnan Hashim
  5. Dato Hazizan Ahmad
  6. Hj Abd Wahid Yusoff
  7. Hashim Hamzah
  8. Muhammad Suhaimi Ashaari TUDM
  9. Hj Mohd Hairudin Mokri
  10. Hj Abdul Razak Hussain
  11. Hj Toharudin Ab Rasid
  12. Mohd Ariffin bin Saimun
  13. Khairudin Mohd Zahari
  14. Abd Halim Idris
  15. Hj Asran Borhan
  16. Jaudin Mat Saad
  17. Hazman Ahmad
  18. Alias Hamdan
  19. Zainudin Abd Hamid
  20. Azmi Abd Hamid
  21. Shohemi Hashim
  22. Aizan Idris
  23. Mustapha Ahmad
  24. Hj Jaafar Pangat
  25. Norzahari Zeelan
  26. Hamzah Hassan
  27. Mohd Husin Abdullah
  28. Hj Mohamad Yatim Mohd Nor
  29. Hj Azemi Mat Saud
  30. Mohd Khalid Ismail
  31. Abd Razak Mat Salim
  32. Mohd Nasir Abdullah
  33. Mohd Zamani Johar
Aku percaya, ada beberapa skot lagi yang hadir tetapi aku tidak temui.


 
 


 
 
 





TAHNIAH SKOT NOR AZMI DAN PUAN NAZIMAH!


Bila sebut pasal makan, aku tak faham dengan S37 ni. Betul-betul tak pakai law. Entah bila depa plan aku pun x perasan. Lepas abis majlis Nor Azmi depa boleh sambung mentekedarah kat rumah Nasir pulak (di Sek 10). Dengarnya depa duduk sampai ke malam.







SKOT YANG MENJAGA KESIHATAN!


Pada hari Selasa 14 Okt 2014 beberapa warga S37 bertemu di HAT Tuanku Mizan. Secara kebetulan, masing-masing mempunyai temujanji masing-masing. 

Pada pandangan kasar kita mungkin akan kata mereka ini SAKIT dan kehilangan sebahagian dari keupayaan fizikal akibat perubahan pusingan hidup. Tidak kira sama ada berpunca dari permakanan, kemalangan, persekitaran kerja dan hawa (cuaca), akibat latihan atau aktiviti fizikal seperti latihan tentera, sukan  dan sebagainya.

Tetapi dipandang dengan secara lebih halus, sebenarnya mereka lebih beruntung dari yang kelihatan segar bugar tetapi tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi. Yang tidak mengetahui masalah kesihatan yang kemungkinan ada dalam diri masing-masing. 


dari kanan: skot Mohamad Rahim, Ku Ahmad Khir, Hj Presiden dan skot Haji Raja Zakaria
skot Ganese Jaganathan dan Rahim

Apa pun, kita berpandangan positif, bahawa yang sihat itu memang benar-benar sihat. Manakala yang sakit dan ada appointment dengan doktor (termasuk diri saya yang mempunyai 3 appointment tetap setiap 3 dan 6 bulan) dapat mengikuti nasihat doktor pakar serta mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan kesihatan.

Selain dari ujian Allah, sakit adalah satu NIKMAT yang diberikan oleh Allah agar kita sedar dan insaf dengan kelemahan kita, tidak takbur atau sombong dan yang penting semakin MENGINGATI ALLAH.






Majlis Perkahwinan di bulan November ialah:
  • Majlis Perkahwinan anak skot Lt Kol Abd Razak bin Mat TUDM pada hari Ahad, 2 November 2014;
  • Majlis Perkahwinan anak skot Hj Azemi bin Mat Saud pada hari Ahad, 9 November 2014 di Felda Villa, Jalan Perumahan Gurney, KL;
  • Majlis Perkahwinan anak skot Jaudin bin Mat Saad pada hari Sabtu, 29 November 2014 di Nilai Convention Hall, BB Nilai; dan
  • Majlis Perkahwinan anak skot Hj Mohd Yatim bin Mohd Nor pada hari Sabtu, 6 Disember 2014 di Dewan Seroja, KEMENTAH.