SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, November 9, 2014

CHAPTER 076: KESAH SUKA DAN DUKA DI HUJUNG TAHUN

Penghujung tahun memang lazim bagi mana-mana individu untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Walaupun sekarang ini trend majlis perkahwinan di hujung tahun bukan lagi satu opsyen seperti dulu-dulu, namun bulan Disember masih tetap menjadi pilihan utama. Asas utama pemilihan ialah, musim cuti persekolahan yang panjang.

Kalau dilihat rekod majlis perkahwinan yang aku hadiri, ia telah bermula sejak se awal bulan Januari lagi. Hampir setiap minggu ada majlis.

Dari jumlah lebih 20 majlis perkahwinan  anak warga S37 sepanjang 2014, dalam bulan Disember ini, hanya dua skot 37 yang mengadakan majlis perkahwinan, iaitu skot Shohemi dan skot Hj Mohammad Yatim.

Manakala skot Mazlan Yusof pula yang merupakan 'Pemegang Pingat Emas Cucu Teramai' terus memperkukuhkan keunggulannya dengan menerima cucu ke 15 pada 11 Dis 2014. Tahniah Mazlan.

Namun, di celah-celah kegembiraan meraikan rakan seangkatan menerima menantu dan cucu, warga S37 telah kehilangan seorang rakan seangkatan iaitu skot Abdul Rashid bin Suhaimee. Skot Abd Rashid, yang berkhidmat sebagai KPPK Cawangan Operasi Udara APMM telah meninggalkan kita semua pada 8 Dis 2014. Innalillahi, wainna ilaihi rojiun. Takziah buat keluarga almarhum.


 MAJLIS PERKAHWINAN 

ANAK SAUDARA SKOT SHOHEMI HASHIM

1 DIS 2014

DEWAN KOMUNITI
TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2, BATU CAVES

Ini bukanlah perkahwinan anak skot Shohemi tetapi anak saudara beliau. Kebetulan beliau telah diamanahkan oleh adik iparnya untuk menguruskan majlis perkahwinan tersebut. Kalau orang lain yang jemput ni, memang sah aku tak pergi. 

Tapi inilah bukti persahabatan S37. Shohemi merupakan salah seorang ahli S37 yang paling rajin menghadiri apa jua jemputan dari rakan skot. Pantang diberitahu, sama ada majlis kecil atau besar, dia dan isteri (Rosnah) akan muncul. Selalunya mesti ada sahaja buah tangan yang dibawanya.

Untuk menunggu beliau sendiri menerima menantu, mungkin lama lagi. Sebab itu lah sebagai memberi penghormatan kepada semangat persahabatan yang ditunjukkan selama ini, maka rakan-rakan memberikan sokongan kepada majlis ini. ADA UBI ADA BATAS, ADA BUDI ADA BALAS.

Skot Roslan Hj Kadak (Lt Kol (B)) yang kini berkerja dengan PETRONAS di Dubai membuat penampilan kali pertama dalam majlis S37. Semoga selepas ini, peluang untuk bersama kawan-kawan akan diteruskan.
 
  
 
 
 
  


Walaupun selepas waktu Zohor hujan amat lebat sepanjang perjalananku dari rumah namun ramai juga skot yang turut sama meraikan majlis di atas, antara yang sempat dirakamkan ialah (1) Roslan Hj Kadak (2) Khairul Annuar Yaakob (3) Hj Abd Razak Hussain (4) Hjh Marmilah (5) Mohd Husin (6) Azman Daud (7) Hj Mohamad Yatim (8) Hj Mohd Saiful (9) Hj Azemi Mat Saud (10) Nasir Chong (11) Sabari Said (12) Hamdan Abdullah dan (13) Mohd Ariffin Saimun.  Skot Hj Salihuddin telah pulang semasa aku sampai. Skot Norzahari menghantar proksi (isterinya) sahaja.

Alhamdulillah.



 MAJLIS PERKAHWINAN 
LT MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMMAD YATIM TLDM
6 DIS 2014
DEWAN SEROJA 


Ini merupakan majlis perkahwinan pertama yang dihostkan oleh skot Hj Mohammad Yatim. Muhammad Afiq yang bertugas dengan TLDM merupakan anak sulong skot Hj Mohammad Yatim dan Puan Hjh Fauzia Hj Taha.

Hj Yatim yang kini dalam percutian sebelum menjalani latihan peralihan akan memulakan persaraan dari ATM pada 17 April 2015. Kita doakan agar majlis yang bakal diraikan akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Wajah Skot Hj Mohammad Yatim ceria menanti tarikh 6 Dis 14.


Pada 6 Dis 14, aktivitiku amat padat. Sebelum dan selepas Majlis perkahwinan anak Skot Hj Mohahmad Yatim, telah ada jadual perjalanan yang jauh antara satu sama lain.
  • 0500H  - bertolak ke Ipoh
  • 1230H - bertolak balik ke Kuala Lumpur
  • 1445H - tiba di KL
  • 1515H - ke Dewan Seroja
  • 1430H - pulang ke rumah
  • 1830H - bertolak ke Batu pahat, Johor
  • 2230H - tiba di kampung.

Passing Out Parade di ITU, Ipoh

Pada jam 0500H aku dan isteri telah bertolak ke TUDM Ipoh kerana menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda. Singgah di R n R Tapah untuk menunaikan solat Subuh. Tiba di Ipoh lebih kurang jam 0730H. Majlis selesai jam 1100H diikuti oleh jamuan makan tengahari. Selesai makan tengahari singgah di Cawang Materiel bagi memenuhi permintaan KCM.

Bertolak pulang dari Ipoh pada jam 1230H dan sampai di rumah lebih kurang jam 1445H.



Dewan Seroja

Setelah selesai menunaikan solat Zohor, aku dan isteri terus ke Dewan Seroja pada jam 1515 untuk menghadiri majlis perkahwinan anak skot Lt Kol Hj Mohammad Yatim.
.
 
antara skot-skot yang datang awal

tetamu khas dari Kota Bangkok (Datuk Hj Romlee)
tiga skot anak Abdullah (Johan Juan, Rizal Tan dan Firdaus Quah) diapit oleh Hj Razak (Pres) dan skot Hamdan)


skot Abd Razak bin Abd Majid TUDM dan skot Shuairi TUDM
(Razak ni sudah lama sangat tidak kelihatan bersama rakan-rakan lain walaupun duduk dalam kawasan KV. Beliau ditauliahkan dalam Kor Ordnans tetapi atas dasar kepakaran dalam bidang pemusnahan bahan letupan telah bertukar ke Cawangan Kejuruteraan TUDM semasa berpangkat Kapten)


tetamu dari Sungai Petani, skot Miswan Bujang (tengah baju hitam)

 
kumpulan Merah sedang menikmati gorengan cakoi

  
antara kumpulan awal rombongan Che Kiah di bawah awasan Ketua Kampong Ulu Segenting, 
Pak Aji Razak
 
kumpulan Penanggah dari kampong Ulu Segenting bersama Ketua Kampongnya
 
Ketua Steward (Norzahari) yang sedia memberikan khidmat
 
Tokeh Security baru turun dari seGenting, apa gua punya suwee, gua punya skot sulah kasi kincing sama gua
 
Mak Aji Aini pun nak berposing sama
 
dua late comer. satu lately amat sibuk menguruskan anak angkanya seramai 40 orang, sorang lagi lately asyik sesat jalan saja
Azmi: Ko ni jaudin, dah berpa kali nak try spek aku ni?, kalau teringin tu cakap je la 
 
Pak Pin tu nak lempang sapa la pulakkkkk.... Selalunya kalau jumpa Mahadhiaq je dia akan mabuk kuda kepang, tapi hari ni Mahadhiaq absent, entah sapa pulak jadik mangsa dia tu
  
gaya dan konsentrasi macam tengah menonton video cikarooo
 
Razak (Siran), bini ko dah stim semacam je tu, baik cepat ajak balik. Ni caterer si Yatim sudah terlebih bubuh buah kas-kas la kot. Razak pulak makan nasi beriani macam makan siput sedut.
 
Roslan: Aikk skot (Azmi), jangan buat-buat lupa. Masa main kat PD minggu lepas, ko ada utang RM50 kat aku. Sebelum aku hantar Mat janggut depan kau ni pergi belasah kau, baik bayar cepat 
 
Bersama atok SENIOR (Mazlan). Semua diet ni, kosonggg je meja. 
 
Sapa lebih OREN? 
 
makan kueh je? ini entah majlis ke berapa agaknya ni? perut masing-masing dah tak ada space lagi
 
tuan rumah mencuri luang masa untuk menemui skot-skot di luar dewan
 
Bila bini duduk di meja sebelah, ini adalah taktik Pak Pin untuk mencuci mata. 
 
Hanafiah dan Firdaus Quah sedang menyanyi lagu 'gendang gendut tali kecapi'. Mazlan pulak cuba nak sembunyikan perut.
 
Alaaaaahai Atok Mazlan. Bukan main manja dia dengan Bapak Presiden. Bpk Presiden nak berkursus setahun ni, tengah melobi nak jadi Pemangku Presiden ke??
 
kumpulan yang balik lewat berposing bersama pengantin


 
 
 
 
walaupn wajah begitu serius berposing namun hati Mak Datin (Zee) sedang berkira-kira untuk memulakan operasi mengoyak poket Dato Hazizan untuk majlis bulan April tahun depan
 

Alhamdulillah, agak ramai skot 37 yang muncul dalam majlis perkahwinan anak skot Hj Mohammad Yatim hari ini. Kebetulan, Hj Yatim pun amat rajin menghadiri majlis-majlis jemputan oleh rakan-rakan sebelum ini. Kelihatan meriah sekali dengan tambahan seperti kueh mueh dan cakoi goreng.

Lebih 30 skot yang hadir (berdasarkan gambar yang dirakamkan.

Tahniah skot Hj Mohamad Yatim dan Hjh Fawzia

Family ReUnion 2014

Selingan untuk rakan-rakan S37. Pada jam 1830H petang itu juga, aku bertolak balik ke Batu Pahat kerana keesokan paginya (7 Dis 14) ada majlis Doa Kesyukuran untuk kedua ibubapa kami cum Family Reunion di kampong.

antara anak/cucu/cicit yang hadir
 
Majlis Tahlil dan Doa Selamat
 
sebahagian cucu-cucu dan cicit-cicit
 
memotong kek 
 
bersama 8 dari 9 anak-anak
bersama anak-anak dan menantu-menantu yang hadir

bersama anak, menantu, cucu dan cicit yang hadir 


Perginya Seorang Lagi Perwira 37

Dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat pada hari Isnin (8hb) aku dikejutkan dengan berita kematian skot Abdul Rashid bin Suhaimee (Kepten Maritim) yang meninggal dunia di Damansara Specialist Centre akibat masalah pendarahan usus. Beliau yang bersara dari TUDM pada tahun 2006 telah menyertai APMM sebagai kumpulan pertama warga TUDM yang bertukar ke perkhidmatan APMM yang baru ditubuhkan.

 
kenangan bersama almarhum semasa menghadiri LIMA 13 di Mahsuri Exhibition Centre, Langkawi pada 27 Mac 2013.

pertemuan rasmi terakhir dan gambar terakhir dapat dirakamkan bersama almarhum, pada 7 Nov 2014 di Felda Villa (semasa menghadiri perkahwinan anak skot Hj Azemi Mat Saud TUDM)- iaitu genap sebulan sebelum pemergian almarhum ke rahmatullah

Semasa menjalani latihan di SPK (1980), almarhum adalah warga Batalion Jebat. Dipenghujung tempoh latihan (Jan 1981) almarhum bersamalebih 40 PK (Udara) yang lain telah diangkut ke TUDM Alor Setar untuk mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1.


almarhum Rashid (berdiri) bersama skot-skot TUDM semasa mengikuti latihan penerbangan di PULATIBANG I, Alor Setar. Duduk no 4 dari kanan ialah almarhum skot Haldin Sudin yang meninggal dunia pada tahun 1983.

Setelah beberapa bulan menjalani latihan penerbangan, beliau gagal meneruskan latihan (macam aku juga) beliau berpeluang menjalani latihan asas navigator (jurumalim) di New Zealand dan berjaya menerima sayap Navigator pada tahun 1982. Setelah lebih 23 tahun berkhidmat dengan TUDM, beliau telah menerima tawaran sebagai kumpulan pioneer penubuhan Cawangan Udara dalam Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Beliau dibersarakan dalam pangkat Lt Kol TUDM dan diberikan pangkat Komander Maritim.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Darurat (ICU) DSC pada 30 Nov 14 setelah tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam usus. Almarhum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 pagi 8 Dis 2014.

Semasa meninggal dunia, almarhum masih memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Cawangan Operasi Udara, APMM.

Semoga Allah melimpahi keampunan dan kerahmatan ke atas ruh almarhum.

Takziah buat keluarga almarhum

.

Program Ziarah Mantan Cikgu

Kalau pada 22 Nov lepas tiga skot  (Razak, Azmi dan Shohemi) dan seminggu sebelum itu skot Azlan Shah menziarahi mantan jurulatih PKW, pada 12 Dis 14, tiga skot wanita kita pula iaitu; Skot-skot Hjh Marmilah, Hjh Noraini dan Asmah telah menziarahi mantan jurulatih mereka, SSjn latipah di No 388, Lorong Anggerik 15, Bandar Sunggala, Port Dickson.

Apakah pertalian yang menyebabkan mereka bertiga bersusah payah berusaha mencari dan menziarah? Tidak lain dan tidak bukan kerana pertalian S37 dan SPK.

  

Tahniah untuk ketiga-tiga skot wanita yang telah meluangkan masa untuk menziarahi bekas cikgu mereka yang agak uzur.

Marmilah dan Asmah juga mengambil kesempatan melawat di mana mereka kena lanyak 34 tahun yang lalu. Ia itu berek Pegawai Kedet Wanita di Kem Segenting, Port Dickson.
.
  
.