SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, November 21, 2015

TJP37092 NOVEMBER 2015

Kembara Telekomunikasi ke Utara Semenanjung

Pada 2 dan 3 Nov 2015, aku membuat lawatan kerja ke Utara Semenanjung. Bertolak dari KL jam 011115H Nov 15. Kawasan liputan dalam program lawatan tersebut ialah Kem Bukit Keteri dan Kem Chowder (Perlis), Kem Sungai Layar dan Kem Lapangan Terbang (Sg Petani), Kem Sg Ara dan Kem Tun Razak (Pulau Pinang) dan Kem Markas Staf Stesen dan Kem Sangro (Taiping).


Kem Bukit Chowder, Perlis


Kem Sungai Layar, Sungai Petani

Semasa di Pulau Pinang, aku menginap di Hotel Vistana. Sempat menghubungi skot yang ada di sana, Ishak dan Asran. Kami jumpa jam 2030H di Restoran Kayu Nasi Kandar.




Selesai tugas di Penang, tengahari 031130H, aku bergerak ke Taiping melalui jambatan kedua Pulau Pinang. Sampai taiping lebih kurang jam 1300H. Terus buat lawatan ke PUSKOM MSST dan ibu sawat telefon di 2 RAJD Kem Sangro. Selesai tugas jam 1500, lepas makan tengahari di Restoran Kamunting Timur, aku berehat di rumah tumpangan MSST.

Sebelum sampai Taiping aku ada skot Fuad, Yusof Saidi dan Monica Shazarina. Monica dan suaminya Mat Husni datang awal ke rumah tumpangan kemudian datang pula Fuad dan Abu Zahrem. Abu sebenarnya dalam perjalanan dari KL untuk pulang ke Kuala Kangsar.  Kebetulan semasa sedang memandu di atas lebuhraya PLUS melepasi Ipoh, dia dihubungi oleh Fuad yang mengatakan aku ada di taiping. Dia pun mengubah haluan untuk singgah Taiping, menyertai kami.

Begitulah akrabnya kami walaupun puluhan tahun tidak berjumpa.




Kali terakhir aku sampai Taiping ialah bulan Nov 2012. Masa itu, aku purposely singgah (dalam perjalanan dari Butterworth - pulang ke KL) untuk menziarahi rumah skot Monica di Kg Tersusun Paduka Setia, Kg Boyan.

Selepas bersembang di rumah tumpangan, terkandas kerana hujan turun dengan lebat, kami pergi minum petang di bandar Taiping. Kami minum di Doli Kuew Tiaw, Taiping.

Usai minum petang di Doli, Shazarina dan suami pulang ke rumah. Abu dan Fuad menghantar aku ke Stesen Keretapi Taiping kerana keretapi (ETS) bertolak jam 1826H.



Stesen Keretapi Taiping yang lama


Stesen Taiping sekarang
.


Grand Finale untuk bulan November 2015 adalah milik skot Mej Alias bin Hamdan (Bersara). Alias yang kini berkhidmat sebagai juruterbang Air Asia Bhd melaksanakan majlis Akad Nikah dan Resepsi Perkahwinan puteri keempatnya Azilia Elliany dengan Muhd Hafizz Shah.

Majlis Akad Nikah Azilia Eliany binti Alias
(puteri kepada skot Alias bin Hamdan) 
Laman Dahlia, Nilai Impian
272000H Nov 15

.











.

Majlis Resepsi diadakan di De' Seri Endon, Puspanitapuri pada hari Ahad, 29 Nov 15.

Resepsi Majlis Perkahwinan Azilia Eliany binti Alias
Dewan Seri Endon, Puspanitapuri
Pesiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya
pada 291100H Nov 15








   










GOLF AMAL S37
Glenmarie Golf and Country Resorts
28 Nov 15
.
Pada 28 Nov 15, warga golfers S37 telah menganjurkan permainan Golf. Selain bertujuan untuk beriadah dan merapatkan tali silaturrahmi di kalangan golfers, pertemuan kali ini mempunyai misi tersendiri yang dirahsiakan sehingga tamat permainan.

  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
.
Peserta pertandingan selain membawa pulang pelbagai goodies, telah dikejutkan oleh Presiden S37 bahawa semua lebihan kos yuran permainan serta pungutan tabung S37 pada hari tersebut didermakan kepada Maahad Tahfiz Al Falah, Kuala Krai melalui penguasa CIC sendiri iaitu skot Dato' Hj Adnan bin Hashim.