Khamis 20 Okt 2016 adalah hari yang agak sibuk. Pagi dan petang ada mesyuarat. Mesyuarat petang itu selesai pada jam 1630, aku terus balik dan mengarahkan pemandu supaya datang semula jam 1715 untuk bertolak ke Taiping kerana esok ada tugas rasmi meninjau perkembangan kerja-kerja pengkabelan talian telefon din kem-kem kawasan Taiping.
Bertolak dari rumah lebih kurang jam 1530 dan sampai Taiping lebih kurang jam 21.30 malam. Setelah check in di Wisma Perwira KP, Kem Kamunting, Taiping. Kami terus ke Restoran Wan Two Seafood untuk makan malam.
Keesokan harinya, 21 Okt, aku ada program rasmi di beberapa lokasi seperti 2 RAJD Kem Sangro dan MSS Taiping.
Selesai tugas di Taiping, kami bersolat Jumaat di Masjid Kamunting. Usai solat kami terus check out dari Wisma Perwira lebih kurang 1430H untuk makan tengahari.
ehsan: http://www.penang-traveltips.com/asia/malaysia/perak/kamunting/masjid-kamunting.htm
Selesai makan tengahari aku bertolak ke Ipoh untuk misi seterusnya yang bakal dilaksanakan keesokan harinya (22 Okt 16). Tiba di Ipoh lebih kurang jam 1700. Beberapa hari sebelum bertolak, aku merancang untuk menginap di Mes Pegawai ITU Ipoh tetapi membatalkan hasrat dan bertukar menempah hotel melalui Trivago. Aku memilih untuk menginap di MH Hotel, Ipoh kerana amat berdekatan dengan Dewan RISDA.
Malam itu, aku dan isteri dijemput oleh skot Shafri dan isteri serta skot Yusof Saidi untuk amkan malam.
Majlis Perkahwinan anak Skot Hasnol bin Abdullah
di Dewan RISDA Negeri Perak, Jalan Raja Azlan Shah, Ipoh pada 22 Okt 2016.
Alhamdulillah, ramai juga skot dari KL yang dapat hadir, mengalahkan skot-skot dari Perak sendiri.
Antara yang hadir dan dapat ditemui ialah skot Yusof Saidi, Hj Zakaria, Hj Abd Razak Hussain, Shohemi, Khairudin Wahid, Suhaimi (TUDM), Sam Fong Sow, Abu Zahrem, Ahmad Fuad, Shafri dan Nazli Alias.
Yang hadir selepas kumpulan ini meninggalkan majlis ialah skot Jasni Md Noor.
Kami meninggalkan majlis Hasnol lebih kurang jam 1400 untuk meneruskan misi yang masih belum selesai.
Program ZIARAH dan BANTU skot Azahri di Kampung Lawan Kuda, Gopeng Perak.