SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, November 13, 2016

TJP37104 MAJLIS PERKAHWINAN ANAK HAZMAN DAN NORHAILI

ZIARAH DARI SKOT HAZIZAN DAN NOR AZMI
5 NOV 16
JABATAN ARAH ARMOR
MINDEF









MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT HAZMAN AHMAD
6-6-16
DEWAN SERBAGUNA KOMPLEKS KASTAM WPKL
KELANA JAYA

Pada 6 Nov 2016, sampai giliran majlis walimatul urus anak perempuan kepada skot hazman bin Ahmad dan Puan Robuna bt Harun.

Hari itu program akau agak padat kerana sebelah pagi ada Hari Keluarga KOMLEK di Kem Paya Jaras. Aku dan isteri keluar dari rumah jam 0645H. Setelah selesai Hari Keluarga pada jam 1330, aku mandi bertukar pakaian di Mes Pegawai RPS dan setelah selesai menunaikan solat Zohor kami bertolak ke Kelana Jaya.

Skot Hazman tidak ditauliahkan wapaupun telah menyempurnakan latihan Pegawai Kadet di SPK. Beberapa hari sebelum ditauliahkan, skot Hazman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke UKM Bangi dan pihak MINDEF membenarkan beliau menamatkan perkhidmatan untuk emlanjutkan pengajian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


KESEDIHAN DI CELAH-CELAH KEGEMBIRAAN

Pada 14 Nov 16, warga S37 kehilangan seorang lagi rakan seperjuangan, iaitu Kapt Mazlan bin Shamsudin (B). Beliau meninggal di Hospital Serdang akibat sakit jantung dan darah tinggi.

  

Sebelum ini pada beliau telah menjalani pembedahan akibat darah beku dalam kepala dan aku pernah menziarahi beliau bersama skot Razif Atan di rumahnya di Pekan Pahang pada bulan Mei 2016.

 

Berita kematian skot mazlan disampaikan oleh skot Yusof Awang melalui group whatsapp pada petang 14hb, lalu aku mengaturkan derma kilat di kalangan skot pada petang itu juga. Pada tengah malam itu jumlah kutipan mencecah RM3350.

Pada pagi 15hb Nov aku mendapat kebenaran boss aku untuk menziarahi jenazah skot MAzlan di kampung halamannya di Rumah Rakyat Juasseh, Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Aku bertolak jam 0700H dan sampai lebih kurang jam 0915H. Aku disertai oleh skot Shohemi dan Azmi Hamid. (kami RV di Stesen Minyak PETRONAS Paroi). Di Juasseh kami dapati beberapa orang skot telah pun sampai seperti Ahmad Kamal dan Abd Ghaffar.
Kemudiannya Ahmad Ghazali, Saiful bahri dan Hairuddin pula sampai. Solat jenazah disempurnakan (dimamkan sendiri oleh putera almarhum).

Kami bertolak pulang selepas solat jenazah.

  
S37 m3ngadakan tahlil ringkas
  
menyampaikan sumbangan S37
  
  
  


Pada 16 Nov 2016, Aku menyertai beberapa skot lain (Nasir, Mustapha, Shohemi dan Azmi Hamid) telah menziarahi skot Hashim Hamzah (Kapt Bersara) yang berada di Wad Hospital UKM sejak 14 Nov 16.

Menziarahi skot Hashim di Wad 5B HUKM

Pada 18 Nov 16, aku menghadiri Majlis Santapan Menjunjung Kasih SPB Yang Dipertuan Agong XIV di Wispa Perwira RPS. Sempat bergembar dengan beberapa orang skot. Ada beberapa skot lagi yang hadir tetapi tidak dapat bergambar sama seperti Lt Jen Dato Seri Hasbullah dan Mej Jen Dato' Abd Halim.

  
  


MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT NORHAILI BIN ABD LATIF
19-6-16
23, JALAN KEMBOJASARI 8
BANDAR SG BUAYA, RAWANG, SELANGOR

Pada 19 Nov 2016, skot Norhaili bin Abd Latif mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Walaupun skot Norhaili tidak berjaya menamatkan latihan Pegawai Kadet di SPK dan tidak ditauliahkan, hubungan persahabatan kami tetap kekal abadi. Ramai juga skot yang hadir di Sungai Buaya, Rawang memeriahkan majlis tersebut.