Tarikh: 31 Dis 2016
Lokasi: Rumah Skot Hajjah Sarkiah bt Zenadin Hipney di Sek 11 Shah Alam.
Jam: 1400H.
Inilah julung-julung kalinya kumpulan pertama 22 Pegawai Kadet Wanita (PKW) dalam Intake TJP 37 berjaya mengumpulkan diri secara terorganized. Selama ini, setiap kali ada reunion tahunan S37, hanya segelintir yang hadir. Paling ramai pun 5 atau 6 orang sahaja.
Reunion kali ini diaturkan melalui watsapp group Wanita 37 lebih kurang awal Disember 2016. Kebetulan aku adalah grp admin yang membukakan grp untuk mereka sejak 31 Ogos 2015. Alhamdulillah, sejak ada group watsapp keakraban mereka semakin ketara. Selepas lebih 35 tahun ada di antara mereka yang tak pernah berjumpa (sejak tamat latihan di Port Dickson). Sebahagian besar dari mereka telah meninggalkan perkhidmatan lebih awal dalam pangkat Kapt atau Leftenan untuk menumpukan masa kepada keluarga.
Kumpulan 22 PKW ini melakar sejarah mereka sendiri dalam Sejarah ATM. Ini merupakan kumpulan pertama Pegawai Kadet Wanita ATM dalam perkhidmatan tetap (Tauliah Jangka Pendek) dengan mengikuti latihan 9 bulan sepenuh masa bersama Pegawai Kadet lelaki TJP 37. Sebelum ini semua pegawai wanita ATM adalah ditauliahkan dari Askar Wataniah atau Pegawai Ikhtisas dalam Kor Kesihatan (dulu dikenali sebagai Kor Ubatan dan Gigian).
Dari jumlah 22 orang, 13 telah hadir.
Yang tidak dapat hadir:
Kali pertama bertemu pada 2 April 1980, sama-sama cap jari 10 dan mengangkat sumpah setia untuk menyerahkan jiwa raga berkhidmat kepada ibu pertiwi. Selepas ditauliahkan pada 24 Jan 1981, masing-masing mengejar kerjaya dalam bidang masing-masing.
Tiada pertemuan secara teratur kerana kehidupan sebagai pegawai muda amat mencabar. Kerap berkursus dan bertukar ke sana sini. Bila jodoh mula ditemui, keadaan bertambah terkawal dan terbatas. Ada yang menamatkan perkhidmatan lebih awal untuk menumpukan perhatian kepada rumah-tangga.
Ada yang tabah meneruskan khidmat sehingga ke umur persaraan wajib dalam berbagai pangkat dan kedudukan.
Terputus kerana tiada alatan komunikasi seperti sekarang. Awal 80an dan 90an, tiada hand phone, tiada kemudahan internet, tiada facebook tiada watsapp, tiada telegram, tiada instagram, tiada twitter.
Hinggalah ke tahun 2010 apabila sistem komunikasi bertambah moden dan mudah. Masing-masing mula mencari dan menjejaki. Pertemuan-demi pertemuan dilakukan atau secara kebetulan. Lokasi lazim bagi pertemuan ialah dalam majlis perkahwinan anak-anak mereka atau skot lelaki yang lain.
Dalam majlis reunionumum S37, mereka datang juga, tapi bilangannya amat terhad. Tidak melebihi 5 orang.
Hari ini kesemua kumpulan pertama 22 Pegawai Kedet Wanita TJP masih hidup dan kesemuanya telah berada di luar perkhidmatan.
Masing-masing membawa haluan kehidupan sebagai pesara sepenuh masa, sebagai isteri/ibu dan nenek sepenuh masa, sebagai ahli perniagaan dan sebagainya.
Gembira, sayu, sedih, bangga,syahdu, kasih sayang dan rindu semua bercampur baur. Semoga pertemuan terbesar untuk pertama kali ini akan menjadi langkah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan mereka sehingga akhir hayat. Semoga akan ada pertemuan lagi.
Saya doakan agar skot-skot Wanita TJP37 akan dianugerahi Allah dengan kerahmatan, kesejahteraan, keluarga yang bahagia dunia dan akhirat untuk yang bertaqwa.
END

- Brig Jen Dato' Yohanez bt Ahmad TUDM
- Lt Kol Hjh Sarkiah bt Zenadin Hipney TUDM (Bersara)
- Lt Kol Hjh Nor Sabrina (Lolly Maisie Joel) bt Abdullah - Kor Kesihatan
- Lt Kol Sam Foong Sow (Bersara) - Kor Semboyan
- Mej Siti Zaliha bt Che Rose (Bersara) - KPA (JRP)
- Mej Datin Hamidah bt Hamidin (Bersara)- Kor KPA (Gaji)
- Kapt Shazarina (Monica Mathilda Mowe) bt Abdullah (Bersara)- KPA (Gaji)
- Kapt Hasnah bt Hashim (Bersara) - Kor Ordnans
- Kapt Marmilah bt Munajat (Bersara) - Kor Perkhidmatan
- Kapt Zaleha bt Harun (Bersara) - KPA (Gaji)
- Kapt Asmah bt Mustapha (Bersara) - Kor Risik
- Lt Noraini bt Ahmad (Bersara) - Kor Polis Tentera
- Lt Aizan bt Idris (Bersara) - Kor Polis Tentera
Yang tidak dapat hadir:
- Mej Ann Marie Ng Lui (Bersara) - Kor Ordnans
- Mej Aini bt Hitam TUDM (Bersara)
- Kapt Zawiah bt Ariffin (Bersara) - Kor Perkhidmatan
- Kapt Siti Jameah bt Satiman (Bersara) - Kor Kesihatan
- Kapt Che Gayah bt Mahmud (Bersara) - KPA (Gaji)
- Kapt Usha Panikkar (Bersara) - berhijrah ke Australia) - Kor Ordnans
- Kapt Siti Hajar bt Syed Hassan (Bersara) - Kor Risik
- Lt Rohani bt Kassim (Bersara) - Kor Semboyan
- Lt Ros Sanani bt Othman (Bersara) - KPA (Gaji)
Sam bersenda gurau dengan Sabrina (Lolly)
Aizan, Asmah, Noraini dan Hasnah
Hasnah, Marmilah, Hamidah dan Sam
Siti Zaliha dan Lolly
Alhamdulillah, mereka kelihatan sungguh ceria.
Bukan mudah untuk berkumpul macam ni, khususnya bagi kaum wanita yang telah mempunyai komitmen tersendiri, khususnya sebagai isteri yang perlu mendapat keizinan suami. Perlukan pengorbanan semua pihak yang berkaitan.
Antaranya, skot Dato' Yohanez sudah sekian lama tidak dapat menyertai mana-mana majlis anjuran skot 37 kerana komitmen beliau menjaga kedua-dua orang tua yang uzur sejak beberapa tahun lalu. Sebahagian besar hari hujung minggu terpaksa diberikan untuk menjaga dan merawat kedua orang tuanya. Bapa beliau meninggal dunia pada bulan April 16 mana kala bondanya baru sahaja meninggal pada awal bulan Dis (semoga Allah limpahi rahmat ke atas ruh keduanya). Sebab itu skot Yohanez baru boleh muncul.
Kebetulan skot Nor Sabrina (Lolly) masih berkabung kerana pemergian ayahandanya yang tercinta. Sama tarikh dengan pemergian ayahanda skot Yohanez.
Tuan rumah sendiri, skot Sarkiah sejak bersara pada tahun 2010 kini menjadi penjaga setia bonda yang tercinta. Sesekali bila ada saudara yang boleh membantu menjaga ibu, barulah beliau boleh keluar berjumpa rakan-rakan.
Skot Zaleha Haron baru sahaja pulih dari pembedahan jantung tahun lepas. Alhamdulillah syukur.
Lagi satu, lokasi kediaman bukan dekat. Mungkin majority mereka tinggal di kawasan Lembah Klang tapi yang tinggal berjauhan seperti Shazarina (Monica) dari Taiping. Asmah dan Sam Foong Sow dari Ipoh, Zaleha dari Seremban. Mereka tentu memerlukan 'right time" untuk menyertai reunion ini. Di samping memerlukan bantuan suami masing-masing untuk menghantar ke lokasi reunion.
Itulah pengorbanan.
Marmilah, Monica, Zaleha dan Noraini
Hasnah dan Asmah
Sam, emak Sarkiah, Hamidah, Siti dan Lolly
Aku kurang pasti bagaimana hubungan skot Wanita dengan ibu Sarkiah boleh rapat. Malah sebelum reunion ini, Sarkiah ada mengatakan bahawa ibunya amat merindui Sam dan Lolly. Mungkin semasa mereka young officer, mereka rajin melepak atau port kat rumah Sarkiah. Kenyang makan masakan emak Sarkiah. Sebab emak Sarkiah tak lupa mereka semua.
Tapi respect kat emak Sarkiah masih kuat ingatannya. Bayangkan budak-budak yang dia kenal waktu berusia awal 20an kini dah naik pangkat setaraf dengan beliau, iaitu dah jadi Nenek atau Opah atau Tok Wan atau Mak Tok atau Tok Ma dan yang sewaktu dengannya.
Itu pun satu halangan juga. Bila dah ada cucu, masing-masing liat nak jalan tinggalkan cucu. Terutama Asmah, Aizan dan Hasnah.
Sam, emak Sarkiah, Hamidah, Sarkiah dan Lolly
Sam dan Siti Zaliha
Zaleha, Monica, Sam dan Yohanez
Aiiiiiii......Marmilah rindu nak bermanja dengan Sam
Aizan rindu bona kat Lolly Sabrina
Shazarina (Monica) dan Hamidah
(dua-dua mantan Pegawai UGAT)
Hasnah dan Asmah
Kali pertama bertemu pada 2 April 1980, sama-sama cap jari 10 dan mengangkat sumpah setia untuk menyerahkan jiwa raga berkhidmat kepada ibu pertiwi. Selepas ditauliahkan pada 24 Jan 1981, masing-masing mengejar kerjaya dalam bidang masing-masing.
Tiada pertemuan secara teratur kerana kehidupan sebagai pegawai muda amat mencabar. Kerap berkursus dan bertukar ke sana sini. Bila jodoh mula ditemui, keadaan bertambah terkawal dan terbatas. Ada yang menamatkan perkhidmatan lebih awal untuk menumpukan perhatian kepada rumah-tangga.
Ada yang tabah meneruskan khidmat sehingga ke umur persaraan wajib dalam berbagai pangkat dan kedudukan.
Terputus kerana tiada alatan komunikasi seperti sekarang. Awal 80an dan 90an, tiada hand phone, tiada kemudahan internet, tiada facebook tiada watsapp, tiada telegram, tiada instagram, tiada twitter.
Hinggalah ke tahun 2010 apabila sistem komunikasi bertambah moden dan mudah. Masing-masing mula mencari dan menjejaki. Pertemuan-demi pertemuan dilakukan atau secara kebetulan. Lokasi lazim bagi pertemuan ialah dalam majlis perkahwinan anak-anak mereka atau skot lelaki yang lain.
Dalam majlis reunionumum S37, mereka datang juga, tapi bilangannya amat terhad. Tidak melebihi 5 orang.
Hari ini kesemua kumpulan pertama 22 Pegawai Kedet Wanita TJP masih hidup dan kesemuanya telah berada di luar perkhidmatan.
- Seorang bersara dalam pangkat Brigedier Jeneral (menerima gelaran Dato').
- Tiga orang bersara dalam pangkat Leftenan Kolonel.
- Dua bersara dalam pangkat Mejar.
- Dua bersara dalam pangkat Kapten.
- Yang lain menamatkan perkhidmatan TJP (kurang 20 tahun) sama ada dalam pangkat Kapten atau Leftenan.