Biar tinggi mana pangkat kita, biar banyak mana harta kita, biar cantik mana isteri kita, biar bahagia mana hidup kita, atau kita ini miskin tiada harta, tiada keluarga, akan sampai waktu nya kita akan sakit. Ada pelbagai macam penyakit, ada yang berat ada yang ringan. Berat atau ringan hanya tuan punya diri sahaja yang merasainya.
SAKIT bukan penyebab kepada MATI. MATI itu PASTI. Tapi tidak semua yang MATI itu mesti SAKIT dahulu.
Ada PENYAKIT disebabkan wabak virus atau jangkitan kuman, ada penyakit akibat kemalangan, ada penyakit dari makanan, ada penyakit sebab kesalahan sendiri, ada penyakit disebabkan oleh orang lain. Ada sakit datang sekejap ada penyakit mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan ada penyakit membawa kematian.
Penyakit adalah salah satu UJIAN dari Allah untuk hamba ciptaanNya.
Oleh itu, selagi kita jangan sesekali SOMBONG atau TAKBUR kalau kita tidak pernah dihinggapi penyakit.
TUGAS yang sihat ialah menziarah yang sakit, menggembirakan yang sakit dan membantu sekadar yang termampu.
Pada 15 Feb 17, skot Dato Hazizan telah dimasukkan ke HAT Tuanku Mizan Wangsa Maju akibat tekanan jantung rendah.
Pada 16 Feb 17, beberapa skot yang mempunyai tugas rasmi di utara Semenanjung telah membuat inisiatif mengadakan MINI REUNION di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.
SKOT KU AHMAD KHIR
SKOT DATO HJ AZLAN
SKOT ISHAK
SKOT AMRAN
SKOT YUSRI AZHAR
SKOT RAZAK
SKOT KHALID
SKOT MISWAN
Skot Kapt Hj Khairul Anuar Ismail (B) (exRRD) yang tinggal di Kg Bukit Darat, Jalan Tanjung Kling, Melaka dimasukkan ke IJN pada pagi hari Sabtu 4 Mac 17. Menjalani proses angioplasty/angiogram pada pagi 10 Mac 17dan keluar pada 10 Mac 17.
Skot Hashim Hamzah di 306, Blok B7, Wangsa Maju mengalami masalah jantung dan juga kanser hati.
SEMOGA SKOT-SKOT YANG SEDANG MENERIMA UJIAN ALLAH TERUS TEGUH IMAN, SABAR DAN DIPERMUDAHKAN RAWATAN SEHINGGA SEMBUH