SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, September 15, 2013

TJP37052 SEPTEMBER 2013

37 SEPTEMBER 
Tujuh haribulan September adalah keberangkatan kumpulan pertama jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci bagi Musim Haji 1434 Hijriyah. Terkenang aku akan segala cabaran yang pernah dihadapi selama 43 hari semasa melaksanakan ibadah Haji pada tahun 2010. Rasanya baru sangat melalui cabaran itu.

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kaum muslimin yang mengerjakan ibadah Haji tahun ini, terutamanya sahabat-sahabat dari TUDM seperti Mej Jen Dato Sabri Adam dan isteri, Brig Jen Dato Jamal Abu Bakar dan isteri, Kol Mohd Zaki Ishak, Kol Dr Md Zaki Zain dan isteri, Lt Kol Zainal Manaf dan isteri.

10 Sep: Air Staff Talk- Turkish Air Force

Pada hari ini, aku mewakili Markas Logistik Udara dalam sessi dialog dengan wakil-wakil dari Turkish Air Force di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.


 
 
 

11 Sep: Majlis Konvo Atikah Nur Ezzaty

Pada 11 Sep 13 aku menghadiri Majlis Konvokesyen puteriku (anak keempat) di KUIS, Bukit Mahkota (Bangi).  Atikah berjaya menerima Diploma in Islamic Banking dan kini berkerja di Neural Allied Resources, Wangsa Maju. Syukur kepada Allah.

 
 
 


Kenduri Kendara

Pada 141630H Sep 13, aku menghadiri majlis pernikahan Rusdiliyana binti Dato Sri Roslan (TPTU) di rumah TPTU di Jalan Pertiwi (berhampiran dengan rumahku). Pada sebelah malamnya Majlis Resepsi di Dewan perdana FELDA.

Pada keesokan harinya aku dan isteri menghadiri majlis doa selamat di rumah Dato Sabri Adam pada jam 151100H di Jalan Serindit, Pangkalan Udara KL dan kemudiannya menziarahi Lt Kol Zainal Manaf di rumahnya di Jalan Negeri Sembilan.

Keluar dari KL Base terus menuju ke Kem Wardieburn, Jalan Setapak untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Kapt Kamarul Arifin, anak sulung kepada almarhum Skot Kol Ajhman bin Hj Bakur di Dewan Dato Othman Harun. Skot Ajhman meninggal dunia pada 9 Ogos 13.


MAJLIS PERKAHWINAN
KAPT KAMARUL ARIFFIN BIN AJHMAN
DEWAN DATO HARUN
KEM WARDIEBURN
15 SEP 13

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada ruh almarhum Ajhman semoga ruhnya dilimpahi rahmah dan pengampunan serta dalam ketenangan di alam barzakh.


 
KHUSUSAN ILA RUH AJHMAN BIN HJ BAKUR...
 

Aku dan isteri selamat tiba di Dewan Dato Othman Harun lebih kurang jam 1350 setelah menunaikan Solat Zohor di Masjid Kem Wardieburn. 

Skot Abdul Razak (Presiden S37) dan isteri menjadi orang paling sibuk hari itu kerana membantu mengelolakan majlis, khususnya menrima tetamu VIP yang sebahagian besarnya tidak dikenali oleh balu almarhum (Puan Salasiah). Tahniah Tuan Presiden.

Waktu aku dan isteri sampai, terdapat skot yang sudah pulang iaitu skot PK Abu Bakar Kamarudin (xAFATS) dan skot Azmi Mohd (KAD).

semeja dengan skot Sabari Said, Suhaimi Ashaari dan Dato Hj Romlee Yahaya. Berdiri ialah skot Abdul Razak Hussain (Presiden S37)
Presiden bersama Datin Rokiah, Dato Romlee, aku dan isteriku
Meja VVIP: Presiden S37 bersama skot Dato Seri Hj Ahmad Hasbullah dan Mej Jen Dato Mazlan Kasap (Panglima Latihan TD).
Presiden S37 bersama skot Azmi Mohd (KAD) (berbaju putih) yang tidak sempat ditemui kerana pulang lebih awal. Sejak ditauliahkan tahun 1981, aku tidak pernah bertemu dengan akot Azmi.
skot PK Norhaili Abd Latif (depan), skot Suhaimi Saad (tengah) bersama Mej Jen Dato Baharom
di luar dewan. kelihatan skot Hj Azemi Saud, Suhaimi, Sabari dan skot Nordin TPK. Kiri sekali ialah Mej Jen Dato Azizan
dari kiri: skot Mohd Yatim, Sabari, Kamalruzaman, Razak, Romlee dan Jasni
gelak gebang diteruskan cuma tukar kedudukan sahaja 
tetiba semua berwajah serius
Skot Dato Kamalruzaman, mengambil kesempatan untuk KUN sekejap akibat keletihan menghadiri banyak majlis pada hari ini. Berdiri di belakang ialah skot Lt Kol Ganese a/l Jaganathan, bekas tawanan perang tentera pemberontak Sierra Leone.
dari kiri: skot Jasni, skot Suhaimi dan skot Badrul Hisham Suda... Skot Badrul ni jarang kelihatan dalam aktiviti S37. Dalam setahun akan muncul satu ada dua kali sahaja. Mungkin dia memiliki Pas Lawatan TERHAD kot.
Skot Ariffin dan Skot Ros Sanani (dua lagi skot wanita yang hadir skot Aini dan Marmilah tidak dapat bertemu petang itu). 
aku bersama skot2 Suhaimi Saad, Ariffin Saimon, Abdul Razak, Ros Sanani dan Azemi Mat Saud
Presiden dan isteri bergambar dengan Puan Salasiah. Turut sama ialah skot Che Jamal dan isteri.
skot Suhaimi Saad, Mubin Othman, Mohd Husin Abdullah, Ariffin Saimon dan Ros Sanani
sebahagian skot yang berpeluang berposing dengan keluarga mempelai
berdiri dari kiri: skot Lod, Norzahari, Husin, Jasni dan Ahmad
duduk dari kiri: skot Marmilah, Presiden dan Aini.
(amboi amboiii...lebar senyum sampai ke telinga Tuan Presiden kita diapit oleh dua Grandy Granny)

Selalunya skot Dato Seri Ahmad Hasbullah akan memberikan sedikit masa untuk bergebang dengan skot-skot TAPI kali ini keluar dari dewan terus laju menuju ke kereta. Pastinya beliau rushing mengejar waktu untuk agenda lain yang lebih penting. Biasanya, paling tidak beliau mesti akan lambai tangan. Apa pun kita amat maklum dengan agenda beliau dengan jawatan yang disandang. 

MAN OF THE DAY ialah Tuan Presiden kita. Bukan sahaja menjadi 'rightman' kepada keluarga pengantin bahkan dengan gambar-gambar yang dipaparkan, beliau berada di mana-mana dan setiap masa. 

diakhir-akhir majlis sebelum satu persatu memohon izin untuk meninggalkan majlis.
Lt Kol Badrul Hisham Suda, Mej (B) Mohd Husin Abdullah, Lt Kol Hj  Mohamad Yatim Mohd Noor, Lt Kol Jasni Mohd Noor, Mej (B) Suhaimi Saad, AKU, Brig Jen Dato Zamrose Md Zain, Lt Kol Mohd Ariffin Saimon, Kol Muhammad Suhaimi, Lt Kol (B) Hj Azemi Mat Saud dan Mej Jen Dato Hj Kamalruzaman Mohd Othman

Skot AirForce yang hadir pun agak menggalakkan:
  • Mej Jen Dato Hj Kamalruzaman
  • Brig Jen Dato Hj Romlee
  • Kol Muhammad Suhaimi
  • Kol Hj Toharudin
  • Lt Kol (B) Hj Azemi
  • Mej (B) Aini Hitam
  • Kapt (B) Mahamad Sabari
Skot Armor (KAD) yang hadir:

  • Lt Kol Abdul Razak Hussain
  • Lt Kol Ganese Jaganathan
  • Lt Kol Che Jamal Othman Shah
  • Lt Kol Mubin Othman
  • Mej (B) Azmi

Skot wanita yang hadir:
  • Mej (B) Aini Hitam
  • Kapt (B) Marmilah Munajat
  • Lt (B) Ros Sanani Othman
Yang hadir tetapi tidak berpeluang bergambar ialah 
  1. mantan PK Abu Bakar Kamarudin.
  2. Lt Kol Roslan Shaari
Masih menunggu laporan yang boleh dipercayai kerana terdapat skot duduk berkerja dalam Kem Wardieburn tetapi tidak kelihatan. Mungkin ada tugas lebih penting yang tidak boleh diabaikan, mereka ialah:
  • Brig Jen Dato Hj Azlan Abd Rahman
  • Lt Kol Hj Ishak Hj Johar
  • Lt Kol Salihudin Daud.
Bila mereka ini tiada kelihatan mesti terasa seperti ada yang tak kena. Mereka ini (suami isteri) tidak pernah missed setiap aktiviti S37 tetapi kali ini tidak nampak batang hidung ialah:
  1. Kapt (B) Dato Hazizan Ahmad
  2. Kapt (B) Azmi Abd Hamid
  3. Kapt (B) Shohemi Hashim
Tahniah
    Apa pun kami semua ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Puan Salasiah bt Ahmad (balu almarhum Skot Ajhman) yang begitu tabah menerima dugaan. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah swt.

    Menjejaki 3 pasangan skot yang absent.....

    Kajian selanjutnya mendapati pasangan skot Hazizan/Rina dan Azmi/Suraya menghadiri majlis perkahwinan di Alor Gajah, Melaka dan Pedas, Rembau. Sebagai menghormati mereka aku paparkan bahan bukti bahawa mereka bukan PKK. 


    Kg Pedas
    di Rombau
    patutlah mereka pergi ke sebelah sana, kat sana depa boleh pakai seluar Jeans.....


    Haaa... skot Shohemi dan Rosnah lain pulak arahnya. Mereka menuju arah utara, balik kampung kerana ada hal keluarga yang perlu diuruskan. Tapi bahan bukti kurang memberangsangkan. Tiada kaitan dengan urusan rasmi keluarga.


    Shohemi dan keluarga menjamu selera Char Koay Teow di Sungai Dua Butterworth

    17 Sep: Tugas di Butterworth

    16 Sep 13 adalah Cuti Umum HARI MALAYSIA yang juga kebetulan merupakan hari Angkatan Tentera ke 80. Pada petang itu, lebih kurang jam 1700 aku bertolak ke Pangkalan Udara Butterworth kerana acara lawatan Inovasi ke MATRA 3 dan Mesyuarat Dukungan AGSV/AGSE.

    Lebih kurang jam 2100, ketika sampai ke persimpangan Bukit Tambun sebelum Plaza Tol Juru, kereta stafku telah terlibat dalam kemalangan kecil. Ini berlaku apabila kereta di hadapanku membuat brek mengejut. Kereta stafku serta kereta di belakang kereta staf (Proton Wira) juga membuat brek mengejut. Tetapi kenderaan pacuan 4 roda Hilux di belakang PWira tidak sempat mengawal breknya lalu melanggar PWira. Ini menyebabkan PWira tersebut teranjak ke hadapan dan melanggar kereta stafku.

    Malam itu aku pekena Mee Udang di Sungai Dua dan seterusnya menginap di Mes Perwira PU Butterworth.

    keadaan belakang my staff car 
    keadaan hadapan kereta Proton Wira (teruk menyodok Proton Waja)
    keadaan belakang Proton Wira (rabak disodom oleh Hilux)
    keadaan kenderaan HiLux (tak ada apa-apa)

    Keesokan paginya, 17 Sep aku melaksanakan tugas dengan bermula di MATRA 3. Lawatan kerja selesai pada jam 1300. 

    menandatangani Buku Pelawat MATRA 3 disaksikan oleh Ketua M3, Mej Saiful Safrim TUDM
    salam perkenalan dengan warga M3
    menerima taklimat peralatan RFID dari staf M3 (Lt Amrin TUDM)
    Majlis Dialog dengan warga M3

    Sebelah petangnya, aku menghadiri mesyuarat bersama pegawai-pegawai Kejuruteraan dari Pangkalan Udara Butterworth bagi membincangkan permasalahan dan halacara menyelesaikan masalah kenderaan khas. Selesai mesyuarat pada jam 1730 terus beertolak pulang ke KL. Sempat singgah pekena mee udang sekali lagi. Sampai KL lebih kurang jam 1230 malam.kk

    Inilah Mee Udang Sg Dua yang begitu popular itu


    19 Sep: Pertemuan S37 di Tanah Perkuburan

    Pada 19 Sep 13, empat warga S37 dari Kor Armor DiRaja (KAD) telah bertemu di Tanah Perkuburan Islam Kg Jelatang, Alor Gajah. Mereka mengiringi jenazah isteri salah seorang sahabat (bekas pegawai KAD) yang telah meninggal dunia. Mereka yang bertemu ialah skot Lt Kol Abdul Razak Hussin, Lt Kol Mubin Othman, Lt Kol Che Jamal Othman Shah dan Kapt Mahamad Bokhari (B).




    21 Sep: Perarakan Raksaksa HUT ke 80 ATM
    .
     
     


    Skot kita yang kini berada di Korea Selatan; Kol Abdul Malik bin Ali (Penasihat Pertahanan di MALAWAKIL Seoul) dan Kol Ir Mohd Asri bin Ismail TUDM (mengikuti kursus di National Korean Defence University) turut merayakan Hari ATM di Seoul.
    .



    26 Sep: Pertemuan di HAT Mizan


    skot Zaleha haron dan Ros Sanani  
    Skot Dato Adnan, Lt Kol Ganese dan Kapt (B) Zaleha 
    aku dan Tok Nan di HQ CTONE FORZE Sdn Bhd 


    27 Sep: Convo Dinner UPNM

    Skot Lt Kol Mohd Ariffin Saimon (Ketua Jurulatih PALAPES UPNM) bersama skot Mej Ahmad Azan Ridzuan (B) yang mengahdiri Majlis Makan Malam Graduasi Sempena Konvokesyen UPNM 2013 di Palace of the Golden Horses Hotel, Sungai Besi.


    28 Sep: Majlis Perkahwinan Skot Lt Kol Sahar bin Said (RAMD) di Kompleks Kolam Renang Kuala Kangsar 

    Gambar yang diterima dari skot Nazli Alias yang hadir bersama isteri ke majlis perkahwinan skot Sahar Said di Kuala Kangsar.

    .

    NEXT MINUM TEH PETANG S37
    DI RUMAH SKOT DATO HJ ADNAN
    DI NO 15, JALAN SG7/8, TAMAN SERI GOMBAK
    68100 BATU CAVES, SELANGOR
    20 OKT 2013