SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Tuesday, September 10, 2013

TJP37051 WARISAN MURNI SKOT HJ ADNAN

USAHAWAN S37
WARISAN MURNI SKOT ADNAN

Sebelum ini aku menulis TAJUK: TERBILANG DARI S37 yang dikhususkan untuk skot-skot yang menempa kejayaan dalam kerjaya dalam perkhidmatan ATM.

Satu lagi agenda blog ini ialah untuk menonjolkan kejayaan skot-skot yang telah bersara dalam bidang keusahawanan. Melalui pertemuan demi pertemuan antara skot, dapat dilihat perbezaan antara skot-skot yang telah berjaya.  Secara duniawinya atau pandangan fizikalnya, kejayaan tersebut boleh dilihat dari saiz rumahnya, jenis kereta yang dipakainya dan kedermawanannya dalam pelbagai hal.

Penonjolan ini bukanlah untuk tujuan kemegahan individu tetapi sebagai satu dorongan atau rangsangan kepada pembaca khususnya anak cucu warga S37 tentang perjalanan dan cabaran yang dilalui sebelum sesuatu kejayaan itu dapat dikecapi. Aku pasti ramai yang bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ada yang telah mencapai cita-cita itu ada yang masih bertungkus lumus untuk mendaki puncak yang dicita-cita dan ada jatuh, bangun, merangkak dan terus berusaha tanpa mengenal erti penat dan bosan.

Pastinya ALLAH jua yang menetapkan segala rezeki dan kepada siapa DIA mahu mengurniakannya.

Sebagai permulaaan aku ingin menulis sedikit sebanyak tentang perjalanan salah seorang skot kita iaitu Mej Dato' Haji Adnan bin Hj Hashim (Bersara) serta liku-liku dan cabaran yang dilaluinya sebelum mencapai apa yang ada sekarang ini.


NTERVIU EKSKLUSIF

SESSI pertemuan pada 26 Sep 13 di HQ CTOne Forze Sdn Bhd, di mana aku mendapat 'first hand info' tentang pahit getir dan masam manis pengalaman yang dilalui oleh Skot Dato Adnan sebelum mencapai situasi sekarang. 

Bagaimanapun, pada permulaannya beliau agak keberatan untuk membenarkan aku memaparkan kesah hidupnya untuk bacaan umum.

"Skot, aku takut nanti kalau skot tulis, akan menyebabkan aku merasa riak, nanti segala niat suci dan amal ibadahku akan menjadi sia-sia"

 

Aku meyakinkan beliau bahawa tujuan utama aku menulis bukan untuk mengangkat atau menjulang nama beliau untuk dikenali ramai. Bukan juga untuk memaparkan kemewahan beliau. Ramai lagi jutawan, billionnaire, trillionnaire di negara kita yang jauh lebih berjaya tetapi hidup bagaikan Onassis. Tetapi atas dasar-dasar berikut:




  • Generasi muda  pembaca blog ini khususnya pegawai-pegawai muda yang ingin meninggalkan perkhidmatan lebih awal dapat mempelajari dugaan yang bakal menanti. Tawaran awal dengan gaji yang lumayan bukan satu jaminan yang berterusan.
  • Generasi muda dapat mempelajari hakikat dalam alam perniagaan. Sukar bagi kita untuk dapat mengenali kawan dan lawan. Kawan yang rapat sama-sama bergembira menikmati kejayaan bukan semestinya kawan yang mahu bersama ketika kita susah dan memerlukan bantuan.
  • Ingatan kepada anak-anak skot Dato Adnan sendiri yang bakal mewarisi peninggalan beliau kelak. Mereka bukan lahir di dalam sangkar emas. Mereka membesar dalam lautan titik peluh dan susah payah ayahanda mereka yang mungkin ayah mereka tidak berpeluang untuk menceritakan semua kepada anak-anaknya.
  • Hanya Allah kita memohon pertolongan. Apabila kita telah dikurniakan rezeki oleh Allah, jangan sesekali lupa diri. Banyakkan bersedekah dan membantu orang yang memerlukan. Jadikan rezeki kita sebagai penyambung amal jariah, bukan mengajak orang lain ke jalan yang mungkar.
Pelbagai Kesah dan Kesah ini

Skot Adnan dilahirkan pada 3 Januari 1959 di Kota Bharu, Kelantan. Menyertai latihan Pegawai Kedet TJP37 di SPK, Port Dickson pada April 1980 dan ditauliahkan dalam Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) pada 24 Januari 1981. Beliau telah bertugas di beberapa buah unit RAJD di seluruh negara. 


Leftenan Muda Adnan bin Hashim
 


Skot Dato' Adnan juga menceritakan kenangannya semasa berpangkat Kapten telah diamanahkan untuk mengambil-alih jawatan Pegawai Pemerintah 92 Skn Jurutera (RAJD) dari Mej Tan Kon Swan. Jawatan ini merupakan salah satu jawatan yang lazimnya disandang oleh Mejar yang kanan dalam RAJD. Satu pencapaian yang membanggakan sepanjang kerjayanya dalam ATM.

Namun lantaran sifat iri-hari sesama rakan setugas, kedudukan tersebut telah tergugat. Namun prinsip hidupnya yang sentiasa mempercayai kesungguhan dalam bekerja serta menetapkan sasaran pencapaian disamping tidak pernah mengabaikan doa kepada Ilahi, walaupun perjalanan kerjaya dalam ATM tersekat, beliau terus berjaya apabila meninggalkan perkhidmatan dan menyertai bidang korporat.


Menyertai pasukan bantuan menyelamat semasa Tragedi  Highland Tower runtuh di Ulu Klang pada 11 Dis 1993


 
 
 
 

Beliau juga pernah menyertai tugas pasukan pengaman semasa berlaku konflik di Bornia Herzegovina dari Mei 1995 hingga Mei 1996.  Semasa di Bosnia beiau bukan sahaja melaksanakan tugas primanya yang dimandatkan bahkan turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan terutamanya  untuk memulihkan syiar Islam yang telah malap ditelan kemodenan duniawi dan kealpaan bangsa Bosnia dalam melaksanakan hukum dan budaya Islam.

"Saya berkhidmat sebagai Staff Officer Gred 2 Engineer Resources di HQ UNPROFOR bertempat di Sarajevo Bosnia mulai 18 May 1995 hingga 18 May 1996. Tugas saya sewaktu tu amat mencabar kerana perlu bergerak selalunya berseorangan kebanyak tempat yg membahaya melaksana tanggongjawab yang diberikan. Selepas gencatan senjata saya bergiat cergas membantu masyarakat islam di Sarajevo dan kawasan sekitarnya. Bantuan termasuk mengurus sumbang berpuloh kontainer stok makanan kepada mereka. Akhirnya saya telah diterima sebagai 'MEMBER OF HONOUR' kepada satu pertubuhan islam yang berpengaruh disana iaitu MLADI MUSLIMANI. Alhamdulillah"

 
 

Ke Bidang Korporat 

Skot Adnan bersara dalam tahun 1997 semasa berpangkat Mejar. Selepas bersara beliau menyertai beberapa buah syarikat tempatan sebelum menubuhkan syarikat sendiri dalam tahun 2005 untuk mengharungi dunia korporat tanpa bergantung kepada belas ehsan dan kongkongan orang lain.

Aku mendapat peluang untuk duduk berdua dengan skot Dato' Adnan dalam satu pertemuan eksklusif pada petang 26 Sep 13. Pertemuan tersebut beliau telah membuka rahsia pahit maung sepanjang tempoh pengalaman selepas menamatkan perkhidmatan ATM pada tahun 1997.

Sebaik sahaja bersara awal pada tahun 1997 Adnan menyertai Syarikat CITO Marketing yang memasarkan perbagai produk peralatan keselamatan. Namun di awal perjalanannya di alam korporat telah disaingi oleh zaman kemelesetan ekonomi dunia yang turut memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia sehingga awal 2001. 

Beliau beralih angin dan bertukar kepada syarikat Pesaka Astana. Berasaskan pengalaman selama 16 tahun sebagai pegawai RAJD, yang terlibat dalam pelbagai operasi dalam dan luar negara, Adnan banyak membantu syarikat tersebut untuk mendapat kontrak-kontrak yang bernilai tinggi.

Pertama kali aku bertemu beliau setelah meninggalkan SPK ialah pada tahun 2002 semasa aku bertugas di Perbendaharaan Malaysia Putrajaya. Ketika itu beliau menjawat jawatan Timbalan CEO Syarikat Pesaka Astana sedang menguruskan projek syarikatnya di Kementerian Kewangan. Pada waktu beliau diperkenalkan kepadaku oleh rakan sekerja di MOF (Lt Kol Ismail Moghiri), aku sudah tidak lagi mengingati beliau sebagai skot aku. Itu baru 20 tahun!

Setelah 10 tahun bekerja dan menimba pengalaman di beberapa syarikat korporat dan berbekalkan sedikit modal, pada tahun 2007 beliau memulakan perniagaan sendiri dengan menubuhkan syarikat CT-ONE Corporation Sdn Bhd.

Jatuh Dan Bangun




Bersama CT-ONE, kali ini beliau melalui perit jerih serta pelbagai dugaan berseorangan. Bukan mudah meniti jambatan dan mendaki bukit bukau dalam alam perniagaan. Setiap pengalaman mempunyai cerita sendiri. Pelbagai rupa dan sikap manusia yang dinamakan rakaniaga ditemui. Bukan puluh ribu atau ratus ribu, mungkin berjuta telah terbang bersama masa dan keadaan lanjutan beberapa projek besar yang diusahakan TIDAK MENJADI. Dalam pelaburan untuk mencari keuntungan, tidak sedikit yang menyebabkan kerugian. Pengalaman 'merempoh halangan serta hukuman 'forward roll' dan 'side roll' semasa latihan pegawai kedet' mungkin mengajar beliau untuk bangun setelah jatuh bagi meneruskan perjuangan menuju destinasi yang dicita-citakan.

Waktu menceritakan pengalamannya ketika mendapat kontrak pertama (melalui tender terbuka) bagi membekalkan 'Modular Steel Bridge' kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang begitu menduga kekuatan iman dan semangatnya. Waktu itu, beliau telah mendapat contact pembekal dari luar negara bagi membekalkan peralatan TAPI untuk membuka Surat Jaminan Bank memerlukan wang. 


Akhirnya atas dasar kekeluargaan, salah seorang insan dari kalangan ahli keluarga beliau bermurah hati untuk meminjamkan sedikit wang.

Itu halangan pertama. Halangan kedua, ialah pihak syarikat memerlukan bayaran penuh berbentuk 'Letter of Credit' bernilai RM1.4 Juta sebelum membuat penghantaran Jambatan. Mana aku nak cari duit niiii?. Untuk buka BG pun aku pinjam. Dengan nada yang amat sayu beliau berkata:

"Masa itu skot, aku tak ada duit satu sen pun untuk buat modal. Aku pergi bank, bank tak pandang aku, aku cari kawan-kawan lama yang sama-sama berniaga dengan aku untuk dapatkan pertolongan, termasuk kawan-kawan yang aku pernah tolong, sorang pun tak sanggup untuk menolong aku. Waktu itulah aku tahu siapa sebenarnya  kawan kita. Aku bermunajat kepada Allah yang esa untuk memohon pertolongannya"

Tetapi, rupanya masih ada insan yang berhati mulia. Allah membuka hati sesiapa yang dikehendakinya. Walaupun bukan ISLAM dan duduknya jauh di negara Eropah, hanya pernah berjumpa sekali dua sahaja, namun dengan sedikit modal yang dinamakan 'kepercayaan' pihak prinsipalnya bersetuju meneruskan pembekalan tanpa 'Letter of Credit' bayaran. Itu langkah pertama menjadi titik tolak kejayaan yang dicapai sekarang.



Bayangkan kalau Prinsipal enggan melepaskan peralatan kerana tiada bayaran, beliau akan kehilangan kontrak. Kesannya, kegagalan seperti ini menyebabkan beliau akan disenaraihitamkan untuk pembidaan yang akan datang. Katanya lagi;


"Selepas dapat menyempurnakan kontrak pertama dengan baik berkat doa mereka-mereka yang amat disayangi terutama ibu dan isterinya, JKR telah memesan tiga set lagi jambatan. Dan skot, betullah seperti kata skot, Allah Azzawajalla akan memberi rezeki kepada sesiapa yang ia kehendaki lebih-lebih lagi mereka yang besyukur'.. 'Kerana pada tahun 2006-2007, Kota Tinggi dan Batu Pahat telah dilanda banjir besar. Dan banjir ini telah membawa pihak Kerajaan untuk membeli secara Rundingan Terus sebanyak 11 set jambatan saya'. Menangis saya dibuatnya dengan pemberian Allah swt yang amat besar kepada saya"

Skot Adnan mengambung ceritanya:

"Dengan keuntungan yang didapati cita-cita saya yang mahu Membina Tahfiz di atas tanah peninggalan arwah bapa saya yang sebelum ini sesekali saya anggap sebagai 'ANGAN-ANGAN MAT JENIN' telah menjadi kenyataan. Pada Oktober 2010, saya mula membina Madrasah Tahfiz yang saya cita-citakan. Tanah peninggalan arwah bapa saya telah dapat digunakan untuk agama. Dan skot, tolonglah juga doakan supaya tindakan saya ini juga dinikmati oleh arwah bapa saya yang telah meninggal sejak tahun 1983"

Janji Allah itu berterusan.  Sewaktu Adnan memulakan pembinaan Maahad Tahfiz rancangannya, cadangannya kepada  kepada pihak Kerajaan melalui YAB Menteri Pertahanan supaya membina infrastruktur asas iaitu perhubungan darat (jalan) menggunakan tenaga kepakaran tentera dari Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) diluluskan. Selepas diluluskan sehingga sekarang, pihak Kerajaan telah membeli berpuluh set jambatan daripada syarikat beliau.

Semasa bercerita, beliau tidak malu untuk menyatakan kepadaku bahawa setiap kali Kontrak yang diterimanya ditandatangani, beliau akan melaksanakan sujud syukur kepada Allah Azzawajalla dengan sepenuh hati sehingga basah sejadahnya. Semasa bersujud beliau bernazar untuk membesarkan lagi Madrasah Tahfiz saya serta meluaskan lagi skop perjuangan agamanya. 

Dan kini terbinalah kompleks CT-ONE ISLAMIC CENTER (CIC).


"Skot, semuanya pemberian Allah kepada saya datang satu persatu. Kejayaan dalam bidang perniagaan terus diikuti dengan kejayaan mendidik anak-anak dalam bidang agama. Anak sulung kami, Siti Syazwani berjaya mendapat Ijazah Bahasa Arab dari UIA, puteri kedua kami Siti Syazana menerima Ijazah Perakaunan Muamalat dari USIM manakala anak bongsu Mohamad Syazwan berjaya menamatkan kursus Tahfiz tiga tahun lepas dan kini bergelar Al-Hafiz" 
.
 
Tiada gunung terlalu tinggi, akan ku daki di siang hari. Tiada jurang terlalu dalam, akau ku redah di malam kelam. Begitulah tabahnyya Tok Nan mengharungi kehidupan korporatnya
 
 

Akhirnya, permata yang dicari dan digali mula ditemui. Satu persatu rezeki diperolehi. Prinsip hidup yang menjadi pegangan beliau dalam perniagaan ialah 'rezeki perlu dikongsi bersama'. Oleh itu, 'berSEDEKAH akan menambah rezeki' menjadi prinsip hidupnya. Firman Allah taala yang bermaksud:


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." 
(QS. Al Baqarah: 261)

Selain membekalkan jambatan logam, CT-ONE juga menjadi pengedar di Malaysia bagi kenderaan Renault Trucks Defence dan AUSA compact industrial vehicles. Sebagai langkah untuk mempelbagaikan perniagaannya, CT-ONE telah membuka CT-ONE FORZE CAFE di Wangsa Maju.


Ibu Pejabat CTONE FORZE Sdn Bhd di 38 Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju
 
 
 
 

ARKIB : 12/03/2010


Kafe CT-One Forze ala-tentera



Adnan Hashim bersama isterinya, Azizah Ibrahim.


MEJAR (B) Adnan Hashim percaya dalam perniagaan 'jangan buat apa yang orang lain sudah buat'. Dengan kata lain, jangan ikut apa yang orang lain sudah mulakan.
Buat sesuatu yang berbeza. Cari kelainan, kumpul idea, fikirkan bagaimana hendak mencapainya dan kembangkan idea tersebut.
Kini perniagaan beliau yang berbeza idea itu sudah menjadi kenyataan. CT-One Forze Cafe, kafe milik beliau sepenuhnya merupakan satu-satunya kafe yang berkonsepkan ketenteraan di Malaysia.
Penubuhan CT-One Forze Cafe adalah atas inisiatif Adnan sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan besar tentera dan komuniti kepada negara.
Harapannya semoga ingatan seluruh rakyat terhadap pengorbanan besar tentera akan terus segar lebih-lebih lagi apabila mereka kerap makan, bersantai dan berurusan di kafe tersebut.
Bertemu janji dengan Adnan, 51, di CT-One Forze Cafe yang terletak di Wangsa Maju, terbukti betapa beliau amat menyanjung tinggi kerjaya sebagai tentera yang telah diceburi selama 19 tahun.
Berhadapan dengan kafe itu dapat dilihat sebuah kenderaan Ausa, sejenis kenderaan tahan lasak yang dicat celorong-celoreng. Ausa ini seumpama daya tarikan kepada pelanggan dan lebih menonjolkan lagi kafe ini.
Menurut Adnan, keseluruhan hiasan dalaman kafe yang dibuka dengan modal sebanyak RM500,000 itu turut menggambarkan ketenteraan seperti dinding yang dilukis dan dicat hijau dengan gambar kenderaan tentera dan kereta kebal. Meja dan kerusi turut dicat hijau serta dilapik dengan alas meja warna yang sama malah semua pekerja memakai kemeja-t bercorak celorong-celoreng.
Bagi memberikan lebih gambaran kepada kehidupan tentera di hutan, terdapat beberapa jenis makanan yang dinamakan dengan cara ala tentera serta dihidangkan dalam mainsteen, bekas ayan yang berbentuk empat segi bujur dan bertangkai. Bekas ini digunakan untuk memasak makanan semasa mereka bertugas di hutan.
Antara makanan yang disediakan di sini ialah Nasi Forze Bentara, Nasi Perajurit, Nasi Hijau dan Nasi Lemak Insurgensi. Beberapa jenis nasi turut diwarnakan hijau. Kebanyakan makanan yang dihidangkan dijual pada harga yang amat berpatutan seperti Nasi Perajurit dan Nasi Forze Bentara yang dijual pada harga RM3.50 satu hidangan.
Selain makanan Melayu, pelanggan yang gemarkan makanan Barat dan Itali juga boleh menikmatinya di sini. Pendek kata hidangan di CT-One Forze Cafe memenuhi cita rasa semua peringkat usia dan masyarakat.
"CT-One Forze Cafe Sdn. Bhd., iaitu salah satu anak syarikat Kumpulan CT-One telah dibuka pada Julai tahun lalu dan mula diperbadankan pada 2 Februari 2008. Syarikat milik keluarga yang 100 peratus bumiputera itu telah memilih untuk melebarkan bidang perniagaannya kepada makana dan minuman (F&B).
"Bidang perniagaan lain CT-One ialah membekalkan peralatan tentera, ladang agro dan sekolah tahfiz yang akan memulakan pembinaannya pada bulan Mac ini di Kuala Krai, Kelantan,'' ujar bapa kepada tiga orang anak itu.
CT-One Forze Cafe yang boleh memuatkan 50 orang pelanggan pada satu-satu masa ini dinamakan sempena nama tiga orang anak beliau, iaitu Siti Syazwani, 23, Siti Syazana, 21, (CT) dan yang bongsu Mohamad Syazwan (One), 19. Sementara isteri beliau, Azizah Ibrahim bertindak sebagai Pengarah Urusan.
Kata Adnan yang juga penasihat, CT-One Forze Cafe juga akan memulakan khidmat katering bagi dihantar ke pejabat, rumah atau majlis.
Kafe itu turut dilengkapkan dengan dewan majlis yang dihias dengan hiasan tentera dan dipakejkan dengan pelbagai jenis makanan. Antara majlis yang sesuai diadakan di sini ialah mesyuarat, seminar, kursus, kelas agama, majlis sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Bagi melebarkan sayap CT-One Forze Cafe dan memberi peluang kepada ramai remaja bumiputera untuk menceburi bidang F&B, beliau merancang untuk membuka tiga lagi cawangan di Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan sebelum bulan Januari 2012 dan tiga buah lagi sebelum Januari 2014, iaitu di Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang.


Namun, perniagaan tetap perniagaan. Panas yang disangka hingga ke petang tidak seperti yang disangka. Tetiba hujan turun di tengahari. Beliau tidak dapat memberikan tumpuan sepenuh masa kepada perniagaan cafenya kerana tumpuan kepada tugas-tugas di luar KL. Perniagaan restoran memerlukan komitmen yang tinggi serta mempunyai persaingan yang amat tinggi. Walaupun pelaburan yang telah dikeluarkan begitu tinggi dan memperkenalkan pelbagai konsep yang berbeza dengan restoran yang lain ia tetap tidak memberikan pulangan yang baik. Pada akhir tahun 2012, setelah dua tahun lebih beroperasi, perniagaan CT-One Forze Cafe yang pada peringkat awalnya nampak begitu menggalakkan terpaksa dihentikan sementara kerana 

Beliau kini lebih memberikan tumpuan kepada kontrak pembinaan Mabey Bridge kerana produk ini semakin menerima banyak kepercayaan dari pihak Kerajaan. Kebanyakkan kontrak pembinaan yang diperolehi melibatkan kawasan pendalaman Sarawak dan Pahang.


 
 

Pada tahun 2012 beliau telah dikurniakan dengan Darjah kebesaran 'Dato Indra Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' oleh KDYMM Sultan Pahang. Pencalonan ke atas kurniaan ini dibuat oleh Panglima Tentera Darat atas titah perintah KDYMM Tuanku sendiri sebagai mentakrifkan rasa kebanggaan baginda di atas kejayaan syarikat milik Adnan menyempurnakan pembinaan 3 buah jambatan panjang di Sungai Lembing dalam tempoh yang cepat. KDYMM juga amat menghargai Skot Adnan yang bermurah hati mendirikan enam (6) buah rumah untuk keluarga termiskin di Sg Lembing.

Tahniah SKOT!


 
 
 

Walaupun telah menikmati pencapaian yang membanggakan dari sebahagian dari cita-citanya dalam dunia korporat, beliau tidak pernah melupai prinsip SEDEKAH dalam hidupnya. Atas dasar itu CT-ONE telah menubuhkan CT-ONE Islamic Centre (CIC). CIC dibuka di Kg Tualang, Kuala Kerai, Kelantan, iaitu kampung halaman tempat kelahiran skot Dato' Adnan. Di kawasan Kompleks CIC ini juga, beliau membina sebuah Masjid yang dinamakan 'Masjid al Hashimi' - mengambil sempena nama ayahanda beliau. Skop aktiviti perniagaan CIC meliputi bidang berikut:
  • CIC-i Baby Care
  • CIC-i Child Care
  • CIC-i Mother Care
  • CIC-i Marriage Hub
  • Sekolah Agama Al Adnani
  • Maahad Tahfiz Al Hashimi
  • CIC i-College (dalam perancangan)
  • CIC i-University (dalam perancangan)
Untuk maklumat lanjut, sila buka website ini: www.cic.org.my

CT ONE ISLAMIC CENTRE
KUALA KERAI
ANTARA WARISAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

 

IMPIAN & CITA-CITA

 
 

 

 
 
 
 


IMPIAN JADI KENYATAAN

 
 


Pelan Jangka panjang dan pendek CIC



Tuan presisen S37 dan isteri disambut oleh Tok Nan dan Datin setibanya di rumah persinggahan milik keluarga Tok Nan di PCB.

.1/2 Sep 13- Kehadiran Presiden S37 di CIC

bersama anak-anak penuntut ilmu di CIC

Tuan Presiden mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan bakal Hufaz di CIC. Entah apa yang dikelentong kat budak-budak tu hanya Tok Nan sahaja yang tahu. Pastinya bukan berkempen supaya anak anak ini masuk askar khususnya Kor Armor.

Skot Adnan dan isteri/anak sedang bersarapan bersama Tuan Presiden S37 di CIC
Inilah barisan bakal Hufaz muda yang sedang mengikuti pengajian di CIC

PEMBINAAN CHALET CIC

Chalet di kawasan Kompleks CIC ini siap dibina pada penghujung tahun 2013 dan bakal beroperasi di awal tahun 2014.







DI SEBALIK KEJAYAAN


majlis perkahwinan anak sulung

melancong ke luar negara bersama keluarga 
insan yang sentiasa berada di sisi sama ada di waktu senang dan sewaktu menghadapi kegetiran.
Datin Azizah binti Ibrahim, pendorong di sebalik kejayaan skot Dato' Adnan


minum teh petang bersama TKSU MinDef

sesekali nak bergayo

rezeki Allah dikongsi bersama golongan yang memerlukan


Kerja-kerja juga, kesihatan perlu dijaga. Beriadhah bersama kengkawan 


Walaupun..... skot Dato Adnan tidak pernah melupakan rakan-rakan seperjuangan. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan dan  aktiviti S37. Malahan boleh dikatakan beliau tidak pernah missed dari menghadiri semua majlis dan aktiviti yang dianjurkan kecuali beliau tiada di KL.


PKK = Pegawai Kuat Kerja dengan PKK = Pegawai Kuat ........

menaja majlis berbuka puasa skot 37 di Putrajaya Lake Cruise

bersama orang kampong, majlis perkahwinan anak skot Hj Azemi

kulitku, kulit mu sama............

bersama ADC

majlis HUT TJP37 ke 32

salah satu majlis perkahwinan skot

dalam kesibukan dunia korporat tetap meluangkan masa mencari sahabat untuk bersantai

majlis buka puasa 1434 di Shah Alam

beraya di rumah BLOGGER

majlis Hari Raya TJP37 2013 di Kem Sebatang Karah

bersama skot2 lain menghadiri majlis perkahwinan anak skot Hamdan Abdullah


SEMOGA ALLAH TERUS MEMPERMUDAHKAN USAHA DAN JALAN MURNI SKOT DAN DILIMPAHI DENGAN REZEKI DAN KETEGUHAN IMAN



No comments:

Post a Comment