SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, August 24, 2013

TJP37050 MUSIM RAYA MUSIM PENGANTIN

Musim raya
Musim pengantin

Setelah lebih 30 tahun, suasana semakin berubah. Semakin tahun semakin banyak skot-skot yang menerima menantu.

Apa yang seronok apabila menghadiri majlis perkahwinan ialah kebebasan berprotokol.  Walaupun dalam warga S37 terdapat pelbagai produk, ada pegawai yang masih berkhidmat dari pangkat Mejar (by 2013 semua dah pakai Lt Kol) hingga ke Lt Jen, ada yang bergelar Dato' dan Dato' Seri, ada yang pencen Lt Kol, Mej, Kapt malah Lt... ada yang tidak ditauliahkan atau tidak menamatkan latihan pegawai kedet namun apabila bertemu semua perbezaan darjat diketepikan. Tiada high table, tiada special reception.

Jumlah yang hadir juga semakin meningkat kerana komitmen terhadap 'friendship' atau 'comradeship'.

Ada yang konsisten sentiasa muncul dalam apa jua majlis, ada yang dulu selalu muncul sekarang menghilang, ada yang baru join the crowd tetapi terus aktif, ada yang sesekali sahaja muncul, ada yang muncul bersebab. Kalau dibuka semua entries dalam blog aku ini, pasti dapat membuat analisis siapakah yang aktif dan siapa yang tidak.

Dari hampir 300 warga S37, setakat ini yang mengambil inisiatif untuk mencari/menjejak sesama sendiri masih kurang dari 100. Walaupun keahlian dalam facebook group ialah 120 namun hanya 1/3 sahaja yang participate, lagi 2/3 silent partner.

Atas apa alasan sekali pun.... adalah diharapkan 'persaudaraan' akan berterusan tanpa mengira agama dan bangsa keturunan. Hanya kematian sahaja yang akan memutuskan hubungan duniawi kita. 

24 OGOS 13
MAJLIS PERKAHWINAN NOR IDYANA ELIANY BINTI KAPT ALIAS BIN HAMDAN TUDM (B)
DI NILAI CONVENTION CENTRE

Photo: Mother and daughter. Ucapan-ucapan tadi sangat sedih okey... Tahniah Puan @idyanaeliany
ye ye aku dah kawin, ye ye aku dah kawin.....

Majlis perkahwinan anak skot Alias ini menemukan aku dengan ramai skot Air Force yang amat jarang muncul dalam mana-mana aktiviti S37 iaitu skot Ajmain Harith, skot Syed Ahmad, skot Salleh Amil dan skot Ahmad Razlah.


lama tak jumpa dengan skot Salleh Amil, baru bertukar kerja sebagai jurulatih ground school di MALINDO Air (sebelum ini bertugas di APFTS Kota Bharu) 

berposing dengan 2 skot airforce, Ajmain (sekarang bertugas sebagai pilot di MALINDO Air) dan Othman Md Jahim (sekarang di AIROD) 

Dato' Kamalruzaman (kiri) dok garu kepala, jenuh nak mengingat semula nama-nama skot yang datang. Masa kedet dulu siap dengan nombop pun dihafalnya.

Skot2 Suhaimi, Saleh Amil dan Presiden S37 

bila sesekali bertemu, memang seronok, walaupun untuk beberapa ketika.. Kol Khairil dari Labuan, kelam kabut masa nak bertolak tadi, sampai terlupa mana dia letak songkok

Tuan Presiden nak ulangkaji Raja Sehari semula tu gua tatak helan, tapi kalau balik rumah lepas tu mau ulangkaji Malam Pertama, itu gua ala helan


warga S37 berbaris dengan penuh disiplin

Dato Zaman: Ustaz, apa hukumnya kawin no 2 kalau yang no 1 tak nak sign borang ye?
Ustaz Syed Ahmad: Kalao hukum syarak soh Tok, tapi hukum Malaysie tak lepas..jadi Dato keno pandai2 la pilih, nak ambik hukum syarak ke hukum Malaysie. Kalo kat Kelate sene sikit Tok, kita tubik sempade sebere sungai, saya bole uruske
Dato Zaman: Ooooooo macam tu. Nampaknya kita kat Malaysia kena ikut hukum Malaysia la yee.. melepas la saya yeee....

Tok Nan, Datin dan anak bujangnya

Kol Suhaimi: Eshhhh dalam banyak2 open house kita pergi siang tadi, tapi kat sinilah yang paling sodapp..ngapppppp

apa yang membezakan antara ketiga-tiga skot Air Force ni? Satu kebun masih subur, satu kebun bersih kering kontang, satu lagi tumbuh penuh dengan bunga lalang je..

Mustapha: Hei Ah Chong, kau tau tak, Alias marah kat engkau tau. Masa ko nyanyi tadi, separuh dari jemputan dah lari pulang sebelum selesai makan.

Tok Nan, Pak Pin, Abe Mede dan Abe Ajmain dah mula berbincang nak bertanding kerusi mana untuk PRU14 nanti. Hj Hasaza tak nak masuk campur, tak minat politik.

Azmi: kita jangan layan yang lain tu, depa nak melalak, depa punya pasal, kita anak beranak bedal dulu, kan kita tadi tak masak untuk makan malam....

ni tak tau dok gelak tengok apa, rasanya tengok budak down syndrome naik pentas la kooot 

No 2 dari kanan sedang memberi arahan, "yang merah sebelah kiri, yang biru masuk tengah, lain-lain masuk kanan... dalam tiga barisannnnnn GERAK!"

pertandingan fesyen  oleh Ratu 5 Siri

BAKAT S37 yang sentiasa kecoh

alamakkkk...sapa la yang snap gambo ni... muka aku tak nampak, ini macam kes sabotaj niii...

Tuan Presiden dan isteri mengharapkan agar angin dan aura Malam Pertama pengantin boleh berpindah ke dalam dirinya

Skot Nasir membuka gelanggangnya dengan lagu.... entah apa-apa..pelat, tak dapat tangkap ujung pangkalnya....

Skot Kamalruzaman dengan lagu 'Black Maria'

inilah kerenah S37 bila ramai macam ni.....
.
Kehadiran yang di luar dugaan. Dari 33 yang hadir, 16 adalah dari skot TUDM. (1) Mej Jen Dato Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, (2) Brig Jen Dato Hj Romlee bin Hj Yahya TUDM; (3) Mej (B) Dato Hj Adnan bin Hj Hashim RAJD; (4) Kapt (B) Dato Hazizan bin Ahmad RAMD; (5) Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM; (6) Kol Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM; (7) Kol Hj Toharudin bin Abd Rasid TUDM; (8) Kol Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM; (9) Lt Kol Abdul Razak bin Hussin KAD; (10) Lt Kol Lod bin Atan KOD; (11) Lt Kol Mohd Ariffin bin Saimon RAMD; (12) Lt Kol Hj Hairudin bin Mokri RAMD; (13) Lt Kol Hj Mohamad Yatim bin Mohd Noor RAMD; (14) Lt Kol Muhammad Shuairi bin Abdullah TUDM; (15) Lt Kol (B) Hj Azemi bin Mat Saud TUDM; (16) Mej (B) Mohd Husin bin Abdullah RAJD; (17) Mej (B) Hj Othman bin Md Jahim TUDM; (18) Mej (B) Salleh bin Hj Amil TUDM; (19) Mej (B) Aini binti HItam TUDM; (20) Mej (B) Lokman bin Abdullah TUDM; (21) Mej (B) Ajmain bin Harith TUDM; (22) Mej (B) Syed Ahmad bin Syed Abdullah TUDM; (23) Kapt (B) Mohd Azmi Abd Hamid RAMD; (24) Kapt (B) Shohemi bin Hashim RAMD; (25) Kapt (B) Jaudin bin Saad JLJD; (26) Kapt (B) Nasir Chong RRD; (27) Kapt (B) Hamdan bin Abdullah RRD; (28) Kapt (B) Mustapha bin Ahmad TUDM; (29) Kapt (B) Mohamad Sabari bin Said TUDM; (30) Kapt (B) Ahmad Razlah bin Ahmat TUDM; (31) Lt (B) Rosnani binti Othman KPA; (32) Lt (B) Hj Abdul Wahid bin Yusof TUDM; dan (33) exPK Hazman bin Ahmad JKDM.


Kenapa agaknya begitu ramai yang hadir dalam majlis perkahwinan anak Alias?. 


MAJLIS HARIRAYA- RUMAH TERBUKA TUDM
25 OGOS 13
DEWAN BANQUET, MES WIRA ANGKASA, PUKL


Dicelah-celah kegembiraan majlis perayaan dan majlis keraian perkahwinan, skot kita Hj Mohd Sabri telah menerima rawatan jantungnya pada 27 Ogos 13. Semoga segalanya yang terbaik dari Allah dipermudahkan untuk skot.




31 OGOS 13
MAJLIS PERKAHWINAN NOR THAIYIBAH BINTI HAMDAN BIN ABDULLAH RRD (B) 
DI DEWAN AS SYAFIE, SMKA HAMIDIAH
SG RAMAL, KAJANG

aku sampai dalam jam 2.30. kebetulan skot Hazman dan isteri pun sampai dan kebetulan juga hujan lebat pun turun menyambut kedatangan kami
semasa aku masuk dewan, skot Marmilah dan anak-anaknya telah selesai menjamu hidangan
skot D. Swami (dan isteri) yang tak pernah ditemui sejak keluar dari SPK. Beliau kini menetap di Pulau Pinang. Bersara Mejar dalam RRD.
 
aku bersama isteri dan 2 anak
meja yang telah dibuka semasa aku sampai. skot Lokman Abdullah, Razak Salim (kopiah), Hashim (kanan sekali), Mustapha dan Raja Zakaria
Kemunculan pertama: dua dari kiri ialah skot Mohd Noor Othman (RAD). Manakala dua dari kanan ialah skot Kol Zulkarnain Abu Bakar (juga RAD)
Skot D Swami (juga kemunculan pertama), Hj Hairudin dan Shohemi
Skot Nasir, Mus, Hazman, Zakaria, D.Swami, Hairudin dan Shohemi
kemudian masuk pula skot Hazizan, aku dan Sabari
kemudian masuk pelakun tambahan, Wahid
isteri dan anak-anakku (bila pergi jemputan skot je yang boleh bawa anak-anak ni)
jarang ditemui; Skot Rizal Tan (baju hijau) dan Jaafar Pangat (berkopiah)
Tok Nan (terlindung) baru sampai waktu aku sedia untuk balik
batch belakang: skot Norzahari, Yatim, Husin, Mazhar dan Lod
antara isteri-isteri yang mengikut sama
Skot Abu Bakar, Jaafar dan Mazhar
pasangan skot Husin dan Alias
kumpulan pertama
Depan: Hazman, Jaudin, Zakaria, Nazri, Hazizan, Hashim, D.Swami, Hairudin, Razak Salim, Johan Juan, Rizal Tan, Shohemi dan Nasier. Depan: Wahid, Mustapha dan aku.
Hj Wahid dan isteri
belakang: Mustapha, Hazizan, Zakaria dan Sabari
Tuan Rumah, skot Shohemi (ketua penyambut tetamu), Skot Suhaimi, Yatim dan Norzahari
skot Zulkarnain bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan dan isteri
Bapa pengantin dan orang kanannya
(Kali ini Azmi Abd Hamid hantar proxy sahaja)

Pasti skot Hamdan merasa amat berbesar hati dan amat gembira kerana majlis beliau berjaya meraih ramai skot yang hadir. Seramai 33 yang hadir dan dengan ini menyamai rekod majlis Alias minggu lepas. Selain yang aku catatkan di bawah mungkin ada lagi yang tiada dalam gambar atau sampai dahulu atau kemudian dari aku. Kalau ada satu lagi akan seri dengan Alias, kalau ada dua lagi Hamdan sudah potong Alias. Kalau di majlis Alias ada Ros Sanani dan Aini, kali ini skot Marmilah merupakan satu-satunya skot wanita yang hadir.

Kalau dalam majlis Alias minggu lepas ramai skot Air Force (yang jarang ditemui) telah muncul, kali ini kami dapat menemui ramai skot Renjer kerana kebetulan tuan rumah adalah mantan RRD.

Majlis perkahwinan anak skot Hamdan juga berjaya menemukan skot-skot di KL dengan dua muka baru yang baru pertama kali muncul dalam mana-mana aktiviti S37. Mereka ialah skot Mohd Nor bin Othman (Artileri) dan skot D.Swami (Renjer). Dikatakan skot Mohd Nor datang awal dan aku tidak berpeluang bertemu untuk pertama kali dengannya.

(1) Shohemi (disenaraikan di atas sekali kerana kali ini dia dan isteri jadi orang kuat tuan rumah) (2) Marmilah (3) Toharudin (4) Johan Juan (5) D. Swami (6) Sabari (7) Rizal Tan (8) Hazman (9) Hashim (10) Hj Raja Zakaria (11) Lokman Abdullah (U) (12) Zamrose (13) Hazizan (14) Adnan (15) Alias (16) Hj Wahid (17) Yatim (18) Norzahari (19) Lod (20) Suhaimi Ashaari (21) Jaafar Pangat (22) Husin (23) Zulkarnain (24) Razak Salim (25) Mazhar (26) Alias (27) Yatim (28) Abu Bakar (29) Jaudin (30) Nazri Isa (31) Mustapha (32) Mohd Noor Othman; dan (33) Puan Suraya (proxy Azmi A. Hamid)

Selepas pulang dari majlis skot Hamdan ada skot yang tak puas nak bersembang kerana dewan ditutup pada jam 1600H. Mereka berkonvoi ke Shah Alam dan mengadakan Teh Tarik Session di rumah skot Nasir.

Skot Affendi yang sedang bercuti dari mastautin di Australia yang sememangnya tak ada kerja nak dibuat di Malaysia selain dari merayau dan makan. Pada 7 Sep 13, skot Affendi telah melaksanakan satu inisiatif yang tak pernah dicuba oleh skot-skot lain di Malaysia. Affendi telah makukan satu misi sukar untuk menjejaki mantan jurulatih kami di SPK dulu. 

Ada berpuluh jurulatih kita tapi yang dicari ini amat spesel di mata dan di hati kesemua warga pegawai kedet SPK khussunya yang merasai zaman beliau menjadi instructor. Tidak lain dan tidak bukan dari Kapt Rahmat bin  Mohamad (Bersara).

Kapt Rahmat sekarang menjalankan perniagaan sendiri dan memiliki stesen minyak BHP di Angsana Johor Bahru.

Pertemuan dibuat di McDonald Ampang Park. WELLDONE and SYABAS skot Affendi.

 


Kita tunggu 15 Sep ini di majlis walimatul urus anak ALMARHUM SKOT KOL AJHMAN BIN HJ BAKUR di Dewan Othman Harun, Kem Wardieburn, Setapak.

No comments:

Post a Comment