SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Wednesday, August 14, 2013

TJP37047 RUMAH TERTUTUP S37

6 SYAWAL 1434H
BERSAMA S37
Seperti yang dimaklumi, pada petang 1 Syawal 1434 warga S37 dikejutkan dengan peristiwa yang memilukan iaitu kehilangan seorang sahabat kami almarhum skot Ajhman bi Hj Bakur akibat kemalangan jalanraya di Sabak Bernam. Ini bermakna, bagi warga S37, Syawal tahun ini untuk bermula dengan kesedihan dan dihayati dengan penuh keinsafan.

Dalam tempoh setahun ini, S37 telah kehilangan 4 warganya. Sebelum ini ialah almarhum skot Kamar bin Manja (Ogos 12), almarhum skot Abu Hanipah BIN Ab Rahman (Sep 13) dan almarhum skot Jabar bin Ahmad (Mac 13).

Biarpun masih dalam kesedihan, kehidupan ini perlu diteruskan. Apa yang penting ialah pengisian kepada kehidupan ini sendiri yang perlu diutamakan agar ia sentiasa dalam ketaqwaan dan diterima sebagai amal ibadah.

Pada 12 Ogos 13, Presiden S37 dan skot Lod bin Atan telah mengunjungi rumah skot Dato' Hj Adnan (Tok Nan).  Secara spontan mereka bertiga telah membincangkan tarikh untuk mengadakan Majlis Hari Raya S37 di Kem Sebatang Karah pada 23 Ogos 13 selepas waktu Isya.

Seperti biasa, warga S37 tidak pernah mempertikaikan siapa yang membuat keputusan untuk aktiviti kami. Apa sahaja yang dicadangkan sama ada oleh individu atau kumpulan yang bersesuaian akan dipersetujui. Sebab akhirnya, kehadiran adalah hak individu.

unplanned committee yang bermesyuarat pada 12 Ogos 13

Sebelum itu, pada 11 Ogos 13 juga aku telah menerima SMS dari skot Lt Kol Abdul Razak Salim TUDM (B) yang ingin berhariraya bersama keluarga ke rumahku. Kebetulan anak-anak kami pun telah saling mengenal semasa perjumpaan HUT 32 pada 2 Feb 13 lepas.  Mereka ingin bertemu. Aku tanpa banyak soal terus bersetuju dan menetapkan tarikh 13 Ogos selepas waktu Isya' dan dipersetujui.

Selepas menetapkan tarikh, aku pun terlintas untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain yang ingin menyertai ziarah raya pada tarikh tersebut.  Dalam fikiranku, kalau ada 2-3 family mungkin lebih meriah tidaklah terlalu bosan bersembang dua orang sahaja. Lagi pun aku dah lama tak test air tangan aku. Lama tak memasak. Sebenarnya salah satu hobby aku adalah memasak. Jadi aku pun masukkan pelawaan secara tidak rasmi dalam facebook Intake 37. Ramai pulak yang respond dan berminat untuk datang sama. Aku dan isteri pun membuat persediaan, membeli belah di Jaya Jusco (Aeon) AU2 Keramat pada 12hb dan sehari suntuk pada 13hb aku dan isteri dengan dibantu oleh anak-anak dan menantu bagi membuat persediaan dan masak memasak dari pagi hingga ke petang. Menu aku pada malam itu ialah:
  • Laksa Sarawak
  • Lontong dengan rendang dan kuah lodeh
  • Meehun sup
  • Soto Ayam
  • Kueh castard
  • Air Teh Tarik
  • Air Batu Bandung Cincau dan Jus Oren.
  • Kueh-kueh raya
Petang itu skot aku Ros Sanani datang membawa dadih buatannya sendiri yang enak itu. Terima kasih Nani.

Selepas isyak, satu persatu tetamu aku datang.  Yang pertama sekali sampai ialah keluarga skot Hamdan Abdullah dan dalam masa setengah jam rumah aku telah dipenuhi oleh skot dan ahli keluarga mereka. Sungguh meriah dan di luar dugaan. Ada juga yang bermurah hati membawa buah tangan sebagai hidangan tambahan. Syukran jazakallah khairan semua skotku yang dikasehi.

skot Sabari dan Hj Azemi
antara yang tiba awal
skot Hj Wahid, walaupun masih kepenatan kerana baru turun dari puncak Broga pagi tadi, tetap muncul untuk membuat persembahan malam ini
sini: skot Azmi dan Hamdan, sana: skot Razak dan Yatim
hidangan yang simple tapi meng'confuse'kan- nak makan kena explain dulu..
meehun ni kalau lalu jalan ni sampai ke kuah ini jadi Laksa Sarawak, tapi kalau allu jalan ini menuju ke kuah ini akan jadi Meehun Sup. Nasi ketupat ni kalau masuk rendang dan bubuh kuah lodeh akan jadi Ketupat Lontong tapi kalau bubuh perencah ini dan bubuh kuah sup ayam ini akan jadi Soto Ayam.
sebahagian besar masih bertumpu di meja makan
baru isi minyak, belum masuk gear dua lagi
masing-masing khusuk mengisi perut dulu sebelum sessi bersembang
di sini juga sibuk menikmati juadah
ruang tambahan di beranda tepi rumah yang di'convert' jadi ruang tamu kecil
keluarga skot Shohemi mengambil giliran- si Boboy sedang menasihati ibunya tentang menu permakanan yang baik- tambahkan cili api....

skot Pak Zek dan Norzahari
 
inilah Barisan Kita...Gempur! Wira!
Barisan Platun Bantuan yang sentiasa bersedia 24/7 bagi memastikan Barisan Perwira sentiasa bersemangat dan bersiap sedia bertempur. Merekalah yang melahirkan generasi kedua S37, tanpa mereka banyak duit pun tak guna, dan jika kehilangan mereka, segera kena cari ganti.... tak caya cuba tanya skot Khairul Anuar, Nazli, Salihudin dan Sahar... 
walaupun sebahagiannya baru berkenalan kurang dari 5 tahun tapi mereka telah membina barisan skot tersendiri
ini mesti tengah tengok sapa yang baru datang.... tetamu yang tidak dijangka, skot Affendi yang pulang bercuti dari Australia
skot Tok Nan, Affendi, Razak dan Azmi
ruang untuk anak-anak beramah mesra
dah masuk gear 3, dua-dua sektor dah mula riuh rendah masa ni
kalau dah mula duduk bersila tu maknanya dah masuk kesah-kesah nostalgia atau bab anak, cucu, menantu atau tambah satu. Pak Pin tengah belajar macam dengan Hamdan macam mana nak jadi wali nikahkan anaknya. Tak sabar dia nak jadi pak mentua.

Selamat Hari Lahir Puan Suraya

Kebetulan juga, pada hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran isteri Skot Azmi, Puan Suraya. Azmi sendiri ingin membuat kejutan kepada isterinya, dimana tanpa pengetahuan isterinya dia telah memesan kek harijadi yang dibawa oleh Dato Hazizan dan isteri. 

Sejam sebelum tengah malam, majlis telah dikejutkan dengan pengumuman oleh Presiden S37 mengenai acara impromptu tersebut. Kami pun spontan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Puan Suraya. Wah, kira bertuah rumah aku telah ditentukan untuk jadi tempat sambutan harijadipasangan bahagia ini. Punya ramai yang turut meraikannya. Yang paling untung, Azmi tak keluar modal untuk jamuan hari jadi isterinya. Bijak, memang bijak kamu skot.

Tapi, skot Azmi tetap degil nak buat jamuan jugak cuma dilewatkan ke 17hb Ogos nanti.

Jam 2300, Skot Azmi dah tak sabar untuk mengumumkan ketibaan kek Harijadi untuk isteri tersayang.... 
Happy Birthday Puan Suraya... 
(dalam hati Pn Suraya berkata, "oooo ingat rupanya dia hari jadi aku, aku dah siap teks ceramah balik nanti kalau dia lupa tarikh besday aku....nasibbbbbaikkk...)
Orang belakang tu senyum sinis je..."elehhh, kek kemetot macam tu eksyen pulak dia, nanti sampai birthday aku, aku suruh Shohemi beli bakul durian nak bawak kek untuk aku.

Perggghhh..tengok, punya la meriah, macam keluarga besar di pagi Raya pertama, kalau bukan quarters gomen, lepas raya ni aku renovate bagi besar lagi rumah ni...
kalau sessi bergambar elok macam ni maknanya ada yang dah mula nak berundur diri 
Senarai Lengkap
Berdiri: dari kiri- Norzahari, Hazizan, Lokman, Affendi, Yatim, Azemi
Duduk kerusi: dari kiri- Zakaria, Sabari, Hamdan, Ariffin, Shohemi, Mahadzir, Husin dan Rosnani.
Duduk di lantai: dari kiri: Razak, Wahid, Azmi, Adnan, aku dan Razak
Skot....... bila aku kata GO, aku kira sampai 5, aku nak tengok kamu forward roll sampai kat ujung sana tu.... GO!..
Tolongla skottt...sekarang bukan macam 1980 lagi skot...kita dah tua, dah masuk 5 siri kita ni..tengok lutut aku ni...pedih dan berdenyutttt je raso, mana larat nak forward roll lagi.... TAPI kalau nak rock and roll... rasa-rasanya masih boleh lagi niii..
Tadi Toha ragging aku, kali ni nasib ko pulak Yatim. Ko nampak hampas kelapa ni tak Yatim. Aku bagi 30 saat, ko telan dan habiskan hampas kelapa ni. Syaratnya, ko makan jangan guna tangan.....
Bila dah ramai perangai pun banyak,
Ada yang suka berbuat lawak,
Ada yang cuma pandai gelak terbahak,
Ada yang sampai nafas tersedak
 
Bila mama bertudung rapi,
Nampak anggun bagaikan permaisuri.
Entah apa yang Puan Ros dok tunjuk sampai semuanya berminat nak tengok ni... Jamu brand baru ke??

Tahlil Untuk Skot Ajhman

Semangat setiakawan S37 bukan sekadar untuk yang hidup. Ia kekal walaupun jasadnya telah tiada dan hancur dimamah bumi. Walaupun kami dalam kegembiraan menyambut Syawal eidil fitri, namun doa untuk yang telah pergi tetap diberi. Kesempatan dalam pertemuan singkat sebilangan kecil warga S37 diambil untuk menghadiahkan Fatihah, Tahlil dan Doa untuk sahabat yang dikasihi, almarhum Skot Ajhman Hj Bakur yang meninggal dunia pada Hari Raya pertama lepas. 

Atas permintaan majoriti mereka meinta aku untuk mengetuai majlis Tahlil tersebut. Semoga ruh almarhum tenang di alam barzah. Agar kuburnya diluaskan dan diterangi cahaya kerahmatan sehingga Hari Kiamat.

Mengetuai majlis tahlil untuk almarhum Skot Ajhman
Bila mama jumpa geng dia,
Gelak ketawa semuanya lupa,
Papa pun ikut gumbira,
Nak jalan mana pun mama tak tanya
gaya muslimah semua ni macam tengah mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias je!!
Azmi: Kali ini aku bangun bukan nak apa. Aku dengar ada orang nak cadang nama aku jadi Presiden, nak ganti Razak. Tapi, dengarlah baik-baik skot semua: Aku tau aku ada tokoh nak pegang apa jawatan pun. Tan Sri Ahmad Johan AIROD bekas Kapten, Tan Sri Syed Azman Westar pun bekas Kapten. Aku pun tak de kurangnya.  Tapi nak jadi Presiden S37, aku mintak nyawa la skot semua. Biar aku jaga 10 Tan Sri, 20 Dato' Seri....aku boleh jaga (sebab aku ada syarikat security). Tapi nak jaga muka korang semua ni, aku mintak ampun la, aku tak larat.......
Tuan Presiden yang belum dicabar dan tak ada sapa yang sudi mencabar sedang membuat pengumuman untuk agenda aktiviti S37 akan datang. Sambil tunjuk bahawa kedua-dua tapak tangan yang kena operate sebelum puasa ari tu dah ok dan boleh guna sepenuhnya... menampao, menguli dan meramas...

semua dah bersandar kekenyangan sambil mendengar taklimat Tuan Presiden

Next Meeting in August

1
17hb Ogos - Majlis Raya di rumah skot Azmi A.Hamid di Sek 15, BB Bangi
2
23hb Ogos - Majlis Hari Raya Rasmi S37 di Kem Sebatang Karah
3
24hb Ogos - Majlis Perkahwinan anak skot Alias Hamdan di Nilai
4
31hb Ogos - Majlis perkahwinan anak skot Hamdan Abdullah di Sg Ramal

MENAKLUKI PUNCAK BROGA

Sebenarnya pada pagi 13hb Ogos tersebut, dua orang skot kita yang KURANG (kurang kerja) ingin mengembalikan nostalgia mendaki Bukit Broga yang mereka lakukan 33 tahun yang lalu. Walaupun mereka berdua mereka telah KURANG tenaga, KURANG upaya, KURANG angin (mudah pancit), mereka nekad untuk membuat pendakian.

Alhamdulillah mereka membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang. Walaupun serba keKURANGan, mereka mampu untuk sampai ke puncak Broga dengan jayanya. Tahniah Skot Affendi Yahya dan skot Hj Wahid Yusoff.

 
skot Azman, walaupun tinggal di kaki Bukit Broga, bila di ajak mendaki, awal-awal dia dah declare lemah lutut.  Tengoklah kawan2 datang pun dia duduk saja.....
nasib baik korang berdua, skot kita ni (Azman Annuar) dari KP, dia faham keperluan dukungan logistik sebelum berperang....
 
 
 
 
 
Sentimental value: Budak ni masih lagi simpan track top SPK ni????
 
 
puncak Broga penuh kenangan pahit dan getir
.


No comments:

Post a Comment