SEBATANG KARAH
DIGEMPUR LAGI
LAPORAN MAJLIS EID MUBARAK S37 TAHUN 1434H
Memang sedih bila awal-awal lagi aku dah tau yang aku tak dapat menyertai majlis Hari Raya Skot 37 tahun ini. Walaupun sebelum ini banyak perjumpaan dibuat sama ada secara dirancang atau secara impromptu, namun Majlis Hari Raya seperti ini agak berbeza.
Preparation
Skot 37 yang bertugas di PD bertungkus lumus merancang dan membuat persediaan untuk menyambut teman-teman seangkatan yang akan tiba.
Syabas untuk Presiden S37: Lt Kol Abd Razak bin Hussin, bersama satu-satunya orang kanan dan juga kirinya tak lain dan tak bukan dari skot Lt Kol Mubin bin Othman @ Mubing.
sempoi but attracting
background macam ni biasa keluarga Pak Pin yang akan ambil tempat dulu untuk bergambar
pandangan dari Rumah Libur PULAMOR
anak buah Lt Kol Rzak yang tekun membantu. Terima kasih.
persiapan begitu rapi, welldone Tuan Presiden and the gang
Acara Lain
Malang sungguh aku tak dapat sama-sama meraikan majlis S37 kali ini. Pada jam 1500H 23hb Ogos, berlaku acara rasmi di Markas Logistik Udara dimana skot Mej Jen Dato Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM yang telah menyandang jawatan Panglima Logistik Udara sejak Ogos 2010 telah bertukar ke Markas ATM. Pada petang 23hb itu diadakan Perbarisan Serah Menyerah Tugas antara skot Kamalruzaman dengan Lt Jen Dato' Che Akmar bin Mohd Noor TUDM.
Manakala pada malamnta di adakan Majlis Sambutan Hari Raya MLU di Dewan Angkasaraya PUKL. Majlis inilah yang menghalang aku dari menghadiri Majlis Hariraya di Sebatang Karah yang dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang sama. Dalam majlis di MLU ini terdapat empat warga S37 iaitu Mej Jen Dato Kamalruzaman, Kol Hj Hasaza, aku dan Lt Kol Hj Sabri Samsuddin TUDM.
D Day
Dengarnya ramai juga yang datang awal sebelah petang untuk bersembang dan bersantai di tepi pantai mengenang nostalgia 1980.
Malam itu aku tak ada, jadi aku tak tau apa yang berlaku kat sana. Jadi agak-agak je la. Tengok kat memek muka dan gerak bibir dia orang tu, aku rasa itulah agaknya yang dia orang sembangkan. Betul ke salah ke, aku mintak maaf bamyak-banyak la skottt...
Aku nak buang rasa kecewa kerana tak dapat hadir. Aku cuma nak bayangkan yang aku pun berada di situ pada malam itu. Korang baca je la...jangan nak banyak komplen. Kecuali kalau salah eja nama ke salah tulis nama pada gambar yang salah ke....
Tuan Presiden yang amat dedikasi, bersama isteri sabar menunggu kedatangan tetamu di pintu gerbang yang gah
Aduhaii, skot ni, janji jam 2000H ni dah jam 2200H masih tak nampak batang idung. Telefon dah 14 kali dahhh..
"hello skot, orang lain pun dah masuk 5 siri jugak, tapi jalan ke Sebatang Karah ni tak lak lupa...tapi hang ni tahun lepas datang, tahun ni dah lupa.
Inilah agaknya kesan Kapt Rahmat dulu dok balun kepala hang siang malam.
satu persatu mula tiba. kelihatan skot Hj Azemi sekeluarga
Azmi: alamakkkkk... kecewa betul aku, tengok ni baru terima SMS, Monica tak jadik datang pulokkkk. Hilang mood aku nak beraya malam niii...
masih menunggu ketibaan skot-skot yang datang dari jauh. Tengok tu Pak Pin pulak dah mamai bila dapat berita Aini tak dapat datang... perangai dah jadi macam budak spastik
Tuan Pres bersama tetamu paling senior malam itu, Mej Jen Dato Halim bersama ADC/batmannya Mat Kiwi
Pertemuan pertama sejak 1980
Dato Romlee: Apa hang buat lepas pencen Kapten ni Din??
Jaudin: "Adalah sikit skot, ada botol kosong aku pungut, besi buruk aku angkut, surat khabar lama pun aku ambik juga."
"Kalau petang2 tu pi surau cuci longkag surau, sapu sampah. Kalau bilal lambat atau absent aku la yang akan azan. Masa kat Boy dulu waktu solat aku selalu sembunyi dalam toilet. Nasib baik la masa dalam unit dulu selalu karaoke, tu la bila azan boleh la berlagu sikit."
"Pernah juga dicalon Bilal Terbaik Bandar Baru Nilai tahun lepas....tapi melepas".
Skot Lokman (Abd Rahman) - yang amat jarang sekali ditemui... udah 5 siri tapi masih berwajah 'baby' lagi...
ala..cayang anja, cayang bucukkkkkk...
"Mana la lama sangat kamu hilang niiiiii.... sejak Kamar, Abu Hanipah dan Jabar meninggal ni, aku cukup risauuuu dengan skot2 yg tak pernah muncul ni."
Skot Sabari (dengan senyuman yang amat bermakna): "Huhh kali ni memang bertemu buku dengan ruas... ex Nuri pilot (Lokman) bertemu ex-Caribou pilot- rasalah kau gomolan Wahid".
Presiden: Selamat Datang Datu (wakil Datu Sultan Kiram) ... Jauh datang nii orang Tawau baaaa..., kata kerja kat ESSCOM tapi hari-hari nampak kat KL..
Dato Halim: Laaaa aku pun jadi mangsa Sang Gomol. Kena gomol tu aku tak kesah sangat, tapi kena janggut dia ni yang aku lemas dibuatnye...
ketibaan sahabat kita Zuraimi yang memandu kereta Formula One dari Nilai Sepang
bila masuk ke PULAMOR, ground dah tak sesuai untuk F1, lalu dipindahkan ke kereta Formula Two
kuatnya semangat setiakawan skot kita Zuraimi, walaupun dengan berkenderaan F2, masih gagahkan diri untuk hadir
skot Zamrose yang pandai, kalo gomol Zuraimi, pasti dia tak kan meronta-ronta punya
Wak Jeff je Si Wahid (Sang Gomol) tak berani nak gomol... takut tercocok iron rod
Mustapha Buli Mubin
Mustapha: Mubin! ko tengok ni, apa ko buat dari siang tadi, tido? nak kata main facebook ko tak jadi member pun!
"Ko tengok sana tu, tamu dah berduyun2 datang, ni kuali tak naik lagi atas tungku, api pun x pasang lagi..., tong gas pun tak ada lagi ni, aku datang nak makan, dah bawak pinggan, satu hapah pun tak siap... ko nak kena dengan aku ke?"
"Tengok tu, marah sikit dah berpeluh, kalau nak sangat berpeluh.... ambik forward roll sampai laut sana......"
Kesian Mubin, dah lah darling Aini tak datang, kena buli pulak tu.
tengok muka Mustapha, walaupun Mubin dah siapkan makanan, marah dia kat Mubin tak abis2 lagi
Mubin Balas Bendam
"Kau Jaudin, sebelum aku libas baik pergi makan cepat, jangan nak mengada2 macam Mus tu"
"Kalau tak nak libas, kau pilih satu, nak penampar Kapt Dahari ke, Kapt Hamid ke, Lt Amirudin ke, Kapt yang tak bawak rahmat ???
"Orang lain korang bukan main peluk dan gomol, tak de sapa pun tak nak peluk aku.... ye la, sapa yang nak peluk aku, badan berpeluh macam baru kelua dari dusun durian."
Skot Dato Zamrose dan Datin sedang menjawab soalan Presiden
"Maafkan kami la skottt..kami lewat sikit tadi, kalau nak ambik charge pun, tunggula kami abis makan dulu"
Isteri Ghazali sedang beri justifikasi kat Ibu Presiden
Kami memang jarang datang Buk, bukan kami tak suka, tapi.... tu laaa.... cuba Ibu tengok muka hubby saya sebelah ni....kadang saya kat sebelah dia pun dia tak perasaaannn..dok sibuk buat kerja je... nama pun Ketua Juruletih.
dah lama menghilang, skot Salihudin dengan gaya samseng dia.. macam la dia sorang yang ada uhum-uhum.........jalan pun dah tak straight tuuu...
Petua orang tua-tua dulu, kalau Sang Kelembai (jubah hitam) tegur kita jangan di jawab, nanti jadi batu, sebab tu sorang pun tak ambik tau
meriah, meriah, meriahhhhh...
Datin Tok Ne: Ooooo' olohhhh, ingat demo tak maghi dohhh...ado jugok ghuponyaaa..
Ibu Presiden: Ho laaaa.... tok laki kito ghoyak dohh... dia nak maghi, kawe keno la ikut samo... kalo tak ikut nanti dio ambik balik potonge gaji 10% setiak bule tuuu, dia bagi kat oghe laee, putih mato kawe nanti... Mek Datin lae looo, bule-bule masuk juto-juto...
Zuraimi dan isteri bersama sahabat lama
makin ramai supporter nak bergambar
Puhhhh..lagi ramai ni
Syabas Zuraimi (dan wife). Walaupun sedang menderita serangan stroke, banyak memories yang dah hilang, namun skot Zuraimi kuat semangat untuk datang juga ke majlis Hariraya S37.
TABIK SKOT.
Tuan Presiden dan isteri sedang memujuk Razak Siran yang merajuk kerana tak dapat ais krim
Suhaimi: "Skot, aku tau mu ni Komande kem niii, tapi mu jange lebih-lebih nak bagi muko oghe-oghe BN bagi masuk kem mudoh-mudoh gitu.... mu kena adil skot, mu keno bagi jugok kat oghe PR masukkk.."
Presiden: (dengan mata jegil) "eeeehh aku Komandan, aku punya pasal la aku nak bagi sapa pun masuk kem aku nii... mana ada aku tak adil ke? itu Wak JP tu selalu masuk sini, dia bukan orang PR ke?"
Hairudin (Tok Sidang Sg Linggi): "Wong loro iki kok tukaran wae kerjane... wes kei panganan, kei ngombe, kei duren, kok ijeh koyok ngene... engko tak cengkiweng kupinge karo-karo lhoo"
Safri (mantan ADC Datuk Bandar Ipoh): "Maakk aiiii..kat sini pun sama, aku ingat kat Ipoh je yang kecoh macam ni".
Mak aiiii...Tok Jijan ni, kalau ye pun mabuk durian, janganlah sampai nak sergah bini tuu.. terpelanting bijik durian kawan tu nanti
Skot Othman Jahim (Mej (B) kena temuduga Lembaga No 3 kerana terlalu lama absent.
Skot Husin: "skot, kita ni kena ada strategi...... tapi sebelum tu, aku risau la tengok perut mu ni, sebelum kamu rembat baik aku letak kulit durian ni jauh-jauh sikit".
Skot Safri: "kamu lewat dah Sin.... tinggal tu je la kulit yang aku belum sempat telan".
Skot Romlee dah gian nak jerit ambik roll call. Tapi semua buat dakkkk je. Bukan dah tak ambik kesah...tapi semua dah hilang pendengaran...
antara sajian yang jadi tumpuan
Tok Jijan kalau dah sengseng lengan baju ni, masyarakat durian akan menjerit dan merayu minta belas ehsan ni..
"Kalau setakat 4 bijik ni, kau bagi je la kat driver aku tuuu... kan aku dah bagi tau 4 hari lepass, aku nak 4 bakul, 4 bakul untuk aku sorang...."
Si Mubin pulak, sebijik tu dia belek dan kelebek dari lepas Asar tadi... sampai ke Isyak masih belum kupas lagi.. lastly bila Presiden suruh dia jaga dapur, durian tu dah kena sambar si Jaudin.
Bang Emiiii.... naper buka sekarang, tak nampak ke bapak budak baju kuning depan niii..., kalau kita bukak sekarang, alamat tak merasa la kita makan durian free malam niii
Huhh... sebab tu aku pakai baju kuning...yang isi kuning semua aku punya... korang kupas je, Tok Nan diam2 dapat satu ulas
dari petang tadi, si Mubin terkial-kial (pulak tu guna parang bodoh SPK 1980), satu bijik pun tak terkupas... ko kupas rambutan tu udah laaa. Kesian betul aku tengok orang tua niiii
Macam aku kata tadi, akhirnya sebiji yang di tangan Mubin pun terlepas..... maka melepas la diaaa
Mana durian yang banyak2 tadi? Mana pulak orang tua baju kuning tadi?...
Tau lah kita sapa sebenonya yang melantak semua durian yang banyak2 tadi
Hemmmm...Tok Jijan dah tak ada, baru lah kita semua dapat makan dengan aman...termasuk Mubin...dapat jugak akhirnya' sebelum dia buang angin dia dan datang balik, baik kita belasah puas2.
nampak elok sopannn je, meja pun bersih, satu pinggan share 3-4 orang
dah mula dahhh
Tiga orang, habis 13 pinggan???? perghhhhhh. Memang berbaloi kalau bawak pegi majlis ni
PEMENANG MEJA TERBAIK MALAM S37
PEMENANG KEDUA MEJA TERBAIK
ayoyo Datinnnn, berapa banyak durian nak pokah niiii.. bersepah satu meja
Datin Rokiah dah mabuk durian + air sirap bandung.....
Penjaga gerai buah-buahan.... nampak muka Salihudin ni dah tak ceria macam dulu nii... salah makan makjun la ni koott. Maalam ni ambik dose awal sangat
Tok Ketua Kampung Baru Port Dickson sedang bincang dengan konsultan Datuk Bandar Shah Alam, hala tuju nak runtuhkan Kem Sebatang Karah ni
Shohemi: "Ghaz, depa semua malas nak pokah durian, yang elok2 ni kita simpan masuk bawah meja, nanti depa semua dah balik kita kenduri dua keluarga."
BAKAT S37: aikkks muka yang samaaaa je??
barisan ibu pertiwi
Zuraimi: hampeh punya skot, bila dah jumpa durian, mapuih ditinggalnya aku dudu sorang-sorang kat sini..kalao la aku boleh jalan drive, aku dah cabut
Skot Mubin: Kalau badan tak berpeluhhh..bukan Tongkat Ali namanyeeeee
tiga2 muka dah boring tahap gaban
kalau dah hantu durian, kat tepi laut yang tak ada pokok durian pun tetap nak sesah durian jugak
Skot Romlee: Mazhar, kadang menyesal pulak aku masuk RMC dulu... dah tua-tua macam ni pun depa dok gelaq kita budak Boy budak Boy....
inilahhhhh barisan kitaaa...siap sedia menjadi sasaran tembakan..
jommm... kita bergambo ramai-ramai kat depan pulakkkkk
Susunatur tempat duduk: Yang dah tua-tua (isteri-isteri Dato') semua duduk depan yeee.. kita orang masih muda, masih kuat berdiri belakang...
akhirnya dapat juga bergambar dengan baik dan tersusun
sessi untuk bergambar, announce dah berpa kali announce dahhh, semua buat dakkkk je
sessi untuk bergambar, announce dah berpa kali announce dahhh, semua buat dakkkk je
nak tunggu satu persatu, bukan main susah bila tak ada JUO dan SUO macam dulu.. tengok tu, ada yang bukak bukan main beso.... awat tak leh rapat sikit ke...
walaupun macam-macam rupa kerenah, akhirnya dapat juga full strengh
Kalau tengok dari gambar-gambar di atas ni skot-skot yang hadir:
- Abdul Razak Hussin
- Shohemi Hashim;
- Mustapha Ahmad;
- Azmi A. Hamid;
- Ariffin Saimon;
- Jaudin Saad;
- Safri Mohamad;
- Suhaimi Saad;
- Hairudin Mokri;
- Wahid Yusoff;
- Mubin Othman;
- Salihudin Daud;
- Othman Md Jahim;
- Dato Romlee Yahya;
- Ahmad Ghazali Putih;
- Sabari Said;
- Muhammad Suhaimi;
- Azman Daud;
- Azemi Mat Saud;
- Dato Hazizan Ahmad;
- Mohd Husin Abdullah;
- Razak Siran;
- Ahmad (Kiwi);
- Dato Halim Jalal;
- Zuraimi Mohamad;
- Dato Zamrose Mohd Zain;
- Zulkarnain Abu Bakar;
- Lukman Abd Rahman;
- Mazhar Palil
- Dato Adnan Hashim
- Padzil Mat
- Jaafar Marlan
- Abu Bakar Kamarudin
Terima kasih kepada skot-skot Abdul Razak Hussin, Shohemi Hashim dan Dato Hj Adnan di atas gambar-gambar yang diusahakan.
.
No comments:
Post a Comment