SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, November 29, 2013

TJP37058: PENUTUP TAHUN 2013

SELAMAT TINGGAL20I3 
AKTIVITI HUJUNG TAHUN

Minggu keempat bulan November tiada majlis-majlis perkahwinan yang melibatkan skot 37. 



Skot Husin terjumpa dengan skot Kamaruzaman Aziz (Kam) di kafetaria MINDEF
(16 November 13)

Skot Husin menemui skot Hj Ishak Johar di Markas No 4 Div Kem Wardieburn
(26 Nov 13)

skot-skot Mubin Othman, Jaffar Marlan, Shafie Arshad dan Razak Hussain bertemu semasa (Ujian Kemahiran Brass Band dan Serunai (UKBAS) Tentera Darat di Port Dickson

3
Skot Kol Jumali Salamat TUDM sedang memeriksa perbarisan Komander Pangkalan Udara Kuching pada 4 Dis 13.
6
menyampaikan ucapan

Skot Samantha Sam Foong Sow (Lt Kol (Bersara) telah dimasukkan ke Hospital ATM Tuanku Mizan pada hari Khamis 5 Dis 13 untuk menjalani pembedahan colonscopy sebagai satu akedah rawatan bagi langkah rebakan penyakit kanser usus. Skot Ros Sanani sempat menziarahi skot Sam pada pagi 5 Dis 13. Skot Sam selamat menjalani pembedahan pada 6 Dis 13. 

 

Pada 6 Dis 13, Skot Ros sanani dan Skot Aini telah mengikuti kursus Pengendalian Produk Sejuk dan Beku anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran (JEHV) di Hotel Regency. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari.


Pada 6 Dis 13 juga, aku menerima gambar dari Korea yang menunjukkan skot Kol Mohd Asri Ismail telah menamatkan kursus Bahasa Korea sebelum meneruskan ke pengajian Strategik Pertahanan.

KUALA LUMPUR, 6 Dis 13 – Dua pegawai TUDM telah berjaya menamatkan Kursus Bahasa Korea Di Korea Defence Language Institute, Icheon-Si, Geonggi-Do Korea Selatan mulai 1 Mac sehingga 6 Dis 2013.
Kol Mohd Asri bin Ismail TUDM seterusnya akan meneruskan pengajian di Korea National Defence Univertity manakala Mej Mohammed Firdauz bin Osman TUDM akan menerukan pengajian di Airforce War College, Joint Forces Military Unversity.
Semasa dalam pegajian bahasa tersebut, kedua-dua pegawai tersebut telah diperkenalkan dengan penggunaan bahasa Korea rasmi serta bahasa harian. Mereka juga telah diperkenalkan dengan kebudayaan rakyat Korea melalui lawatan-lawatan ke pusat kebudayaan. Petikan dari Portal Rasmi TUDM



UNDANGAN MAJLIS
PERKAHWINAN ANAK
ANAK MEJ HJ OTHMAN BIN MD JAHIM
TUDM (B)
 DI DEWAN SIEKH DAUD FATHONI
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
PUTRAJAYA

Aku bertolak dari rumah selepas solat zohor. Ada dua jemputan perkahwinan hari ini. Satu di Dewan Angkasaraya, KL Base (Kol Hj Zainal Pie TUDM) dan satu lagi skot Othman. Plan asal nak ke KL Base dulu kemudian ke Putrajaya. Namun masuk jalan Tun Razak (persimpangan Ampang Park), jalan sudah sesak. Kalau masuk KL Base dulu kemungkinan akan terlewat sampai ke Putrajaya. Jadi aku menukar fikiran untuk membatalkan plan asal, masuk ke Lebuhraya MEX arah Putrajaya.

Dalam 1430 sampai ke Masjid Besi Putrajaya. Tak nampak skot yang dah ada di sana. Kata Othman, skot Hj Hasaza baru sahaja balik. Ketika aku menghabiskan hidangan, aku nampak Hj Wahid dan keluarganya masuk. Bersembang-sembang sekejap.

Ketika berjalan keluar untuk mencari dessert, aku nampak skot Norhaili dan isteri di satu meja dan aku pergi menemuinya. Selepas itu aku pulang ke Seremban.




Melalui facebook, malam itu aku menerima gambar dari skot Abdul Razak Hussain (Pres S37) bersama isteri. Kelihatan juga skot Hashim Hamzah yang masih tercari-cari isteri. Mungkin ada lagi skot-skot lain yang hadir.

 
 

Pada 8 Disember, semasa dalam perjalanan pulang dari menghantar anakandanya di KUIM (Melaka), skot Raja Hj Zakaria telah memanfaatkan masa untuk menziarahi rumah skot Hj Mohd Hairudin di Kg Sungai Linggi, Melaka.





skot Haji Raja Zakaria bersama skot Hj Mohd Hairudin

Pada 10 Dis 2013, skot Abdul Razak dapat bertemu dengan sorang lagi warga S37 yang telah lama menyepikan diri iaitu skot Mej Hamzah bin Hashim (Bersara) yang sedang bercuti bersama keluarga di Rumah Libur PULAMOR, Port Dickson. Skot Hamzah bersama keluarga kini menetap di Melaka.


skot Abdul Razak Hussain bertemu skot Hamzah Hashim

Pada 111115H Dis 13, aku bertolak ke Bukit Merah Laketown (BMLR) untuk bercuti bersama keluarga. Aku dan isteri bersama anak-ana kami Hafeez, Aisyahnur dan Nurul Azyan. Turut serta ialah menantu (Musfirah) dan cucu, Auny Humayra (anak Aisyahnur). Kami sampai jam 1530. Dalam perjalanan singgah makan tengahari dan solat Zohor di R & R Sg Perak. Di BMLR kami menginap di Homestay di Jalan Waterfront View. Sebuah rumah Semi D. Keadaan perumahan di sini agak menyedihkan. Banyak rumah yang cantik-cantik tetapi terbiar tiada penghuni. Walaupun saban minggu terutamanya pada hari kelepasan, BMLR menjadi tumpuan ramai orang berekreasi bersama keluarga, namun tidak ramai yang menetap di sini kerana lokasinya jauh dari tempat yang menawarkan pekerjaan.

Pagi 12hb kami penuhi masa program rekreasi seperti melawat Pulau Orang Utan, naik kereta kabel dan skycycling. Petang itu hujan lebat. Aku menghabiskan masa berehat di rumah persinggahan. 

Lebih kurang jam 1715 aku menerima mesej SMS dari skot Monica yang memberitahu bahawa dia akan datang ke BMLR kerana bertandang ke rumah salah seorang saudara. Mengetahui aku dan keluarga ada di BMLR dia berhasrat untuk mengunjungi aku di homestay. Beliau dan suami (Mat Husni) sampai lebih kurang jam 1845 dan berada bersama kami lebih kurang sejam. Ini bagaikan kunjungan balas skot Monica kerana pada bulan Nov 2012 aku berkunjung ke rumahnya di Taiping. Dengan kunjungan ini, merupakan kali kedua aku dapat bertemu skot aku yang ini sejak keluar dari SPK. Kali ini, isteriku pula dapat bertemu mesra dengan skot Monica buat kali pertamanya.



Pada 13hb beberapa orang skot telah menghadiri Majlis Pelancaran Blue Print of Malaysian Peacekeeping Centre di MTC Port Dickson. Sdr Presiden S37 sempat berposing dengan beberapa skot yang ditemui.
.  

bersama skot Mej Jen Dato Hj Kamalruzaman Mohd Othman TUDM

bersama skot Lt Kol Sazali Abd Rauf (RGKM)

bersama skot Lt Kol Kamaruzaman Abd Azizi (RRD) dan skot Lt Ahmad Ghazali Puteh (RAMD)


Mess Night Markas Pemerintahan Latihan TD (14 Dis 13)


20/12/13, Hadiah untuk harijadi isteri (16 Dis 13)


Pada 26 November aku telah mengiklan cadangan tarikh di atas melalui facebook dan juga group watsapp untuk mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan Tabung Kebajikan S37 (TKS37).  Tempat yang dicadangkan ialah di Surau Luqman al Hakim, KPTOJ. Tarikh yang dicadangkan ialah 15 Disember.

Namun sambutan agak dingin, ramai yang tidak memberikan maklum balas. Kurang dari 15 yang memberikan maklum balas kebanyakannya tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain yang lebih penting.

Pada 30 November aku mencadangkan tarikh baru, iaitu 25 Disember
...... dan masih menunggu maklum balas.

Pada hari terakhir sebelum mesyuarat seramai 16 telah mengesahkan diri untuk hadir manakala 22 skot yang telah mengesahklan tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. 
Untuk makluman skot-skot semua, sehingga tarikh 08 Dis 13, walaupun TKS37 masih belum dilancarkan, aku telah menerima sumbangan dari 4 orang skot dan jumlah pungutan sekarang ialah sebanyak RM900.00.

Pada tarikh sebenar mesyuarat pada 25 Dis 13, hanya 16 warga S37 yang hadir.  Tapi 16 yang hadir bukanlah 100% dari senarai yang berjanji untuk hadir. Ada dari kalangan skot yang tidak memberikan apa-apa komitmen tetapi telah hadir.
  1. Abdul Razak Hussain- Presiden
  2. Toharudin Ab Rasid
  3. Mustapha Ahmad
  4. Mohd Husin Abdullah
  5. Hj Mohd Saiful Abd Rashid
  6. Nordin TPK
  7. Datuk Hj Romlee Yahya
  8. Norzahari Zeelan
  9. Fanashim Benson Hashim
  10. Mahadzir Hashim
  11. Mohammad Shuairi Abdullah
  12. Dato Hazizan Ahmad
  13. Shohemi Hashim
  14. Azmi Abd Hamid
  15. Mohammad Yatim Mohd Nor
  16. Hamdan Abdullah
Mesyuarat Penubuhan TKS37 di Surau Luqman al hakim, Kem KEMENTAH pada 25 Dis 2013

Berita penuh bersama gambar-gambar di CHAPTER 54.

Pada 26 Dis 2013, skot Hj Wahid Yusoff bertemu dengan rakan seskot Kapt Asran Borhan (B) di Seberang Jaya.  Skot Asran kini mengusahakan restoran nasi beriani gam di kawasan berhampiran Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang.

skot Asran Borhan dan Skot Hj Abd Wahid Yusoff

MELATI DAN MELAWATI

Pada waktu yang sama 28 Dis 2013 terdapat dua majlis perkahwinan yang melibatkan dua warga S37 iritu Lt Kol Abdul Razak bin Salim TUDM (B) @ Lanchangboy Razak di Dewan Orang Ramai Taman Melati, Setapak dan skot Kapt Azrul Hardav bin Abdullah TUDM (B) (dulu Hardav Singh) di Dewan Berlian, Wisma LJT, Jalan Perak, Taman Melawati. KEBETULAN kedua-duanya adalah SKOT TUDM. Apa yang bagusnya ada dua jemputan yang dekat-dekat seperti ini ialah cuma satu pakaian sahaja.


JEMPUTAN SKOT ABD RAZAK SALIM
DI TAMAN MELAWATI 


Skot Lt Kol Abd Razak bin Salim TUDM (B)

Aku dan isteri serta puteri bungsuku bertolak dari rumah lebih kurang jam 1240, terus ke Majlis Perkahwinan anak Lt Kol Abdul Razak bin Salim TUDM (bersara) di Dewan Orang Ramai Taman Melati. Dekat sahaja, lebih kurang 20 minit dari rumahku. Masa aku tiba, beberapa skot telah ada di sana iaitu Mustapha/isteri, Datuk Romlee/isteri, Nasir Chong/isteri, Mazhar, Razak Mat dan Hashim Hamzah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 











  



JEMPUTAN SKOT AZRUL HARDAV
DI TAMAN MELAWATI


Skot Kapt Azrul Hardav bin Abdullah TUDM (B)

Dari Dewan Orang Ramai Taman Melati, aku dan isteri menyertai beberapa skot lain menuju ke Dewan Berlian, Wisma LJT, Taman Melawati untuk memenuhi jemputan skot Kapt Azrul Hardav bin Abdullah TUDM (Bersara). Semasa menaiki tangga Wisma LJT kami bertembung dengan kumpulan skot yang baru keluar dari Dewan untuk bergerak ke Taman Melawati. Mereka ialah skot Nazli/isteri, Sabari/isteri dan skot Norhaili dan isteri.

  
  
  
  











Good bye 20I3
SEMOGA 2014 LEBIH MEMBAWA KEBARKATAN