SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, November 16, 2013

TJP37057: LAGI JEMPUTAN NOVEMBER

MENERUSKAN KEMERIAHAN BULAN NOVEMBER

Oleh kerana bulan November ini terdapat 4 majlis perkahwinan anak-anak skot, aku terpaksa membuka dua laman tajuk untuk bulan ini. Laman sebelum ini mungkin sudah terlalu panjang dan menjemukan pembaca.



TAHNIAH 
KONVOKESYEN ANAK-ANAK SKOT


Skot Zulkarnain Abu Bakar di UITM Shah Alam
   
 Skot Mazhar di UITM Pulau Pinang (16 Nov 13)

Mohammad Azriff bin Skot Azmi bin Abd Hamid (UITM Shah Alam- 20 Nov 13)


BERSYUKUR 
DAN ELAKKAN PEMBAZIRAN

Sebelum kembali ke berita-berita S37, marilah kita sambung sikit Tazkirah berkaitan dengan pembaziran serta keperluan bersyukur kepada Allah dan sesama manusia. Sebagai manusia kita selalu lalai, setelah lama menerima kesenangan dan kemewahan kita anggap kemewahan itu hak kita, bila menerima sedikit sahaja ujian seperti kerugian atau penyakit kita cepat kecewa dan menyalahkan sana sini. 

Walau hanya sedikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh kita sentiasa bersyukur. Lagi banyak rezeki, sepatutnya lagi banyak kita patut bersyukur. Bersyujur bukan setakat solat syukur atau berdoa mengucapkan alhamdulillah syukur kepada Allah. Tetapi bersyukur melalui amal jariah seperti menderma dan bersedekah kerana Allah.

Kita juga selalu kalah dengan hawa nafsu. Dalam melahirkan kesyukuran dan membuat sedekah jariah kita terperangkap dengan pembaziran. Kalau kita lihat dalam majlis-majlis perkahwinan, terlalu banyak pembaziran sama ada dari aspek makanan atau hiasan. Malah ada yang terlebih membazir sehingga membelanjakan ratusan ribu untuk perkara yang melalaikan seperti hiburan yang melalaikan dan juga haram.


Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad (Hanbali), Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab"

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: 
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Agama Islam amat menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).  

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luas skopnya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.


antara bentuk hiburan yang mengkhayalkan semasa majlis perkahwinan

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, ilmu, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah S.W.T. yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah S.W.T, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T (kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: 
"...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Oleh itu kita yang beragama islam mesti menghayati dan mengamalkan sifat terpuji dan suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir walaupun hanya sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah S.W.T, insya Allah.

Rujukan: www.ikim.gov.my


BERITA DARI LABUAN
.
 
Skot Kol Hj Khairil Asri Baharin TUDM menyerahkan tugas Komander Pangkalan Udara Labuan kepada Lt Kol Raja Ikram TUDM pada 14 Nov 13.


Pada 17 Nov 13, terdapat dua jemputan perkahwinan yang melibatkan S37, iaitu Kapt Hashim bin Hamzah TUDM (Bersara) dan Lt Kol Nazli bin Alias (RAMD). Majlis Hashim dekat sahaja dengan rumahku, tak sampai setengah jam dah sampai.

Aku keluar dari rumah selepas menunaikan solat Zohor.

17 november 
DEWAN SERBAGUNA 
TAMAN TASIK AMPANG HILIR
SKOT KAPT HASHIM HAMZAH TUDM (B) 
'

Yang awal sampai. Skot Shuairi. Skot Lokman membantu sedara seflying jadi penyambut tetamu

Skot Khairul Anuar, bekas Renjer dari Melaka. Pak Pin tersengih dapat mendahului kawan-kawan lain hari ini. Mantan instructor SPK, Kapt Fazlurrahman Mohd Irfan (Oic B Coy Kasturi Bn)- bersara Mej Jen Dato'. dan Lokman

Bapak pengantin yang serba biru, hari ini telah mengambil kesempatan untuk mengiklankan diri

 dah mula ramai yang datang; Jaudin, Halim, dan Othman Jahim.

Kain sampin tuan rumah dah terlondeh, dok layan tetamu terlupa makan tengahari

Skot-skot mencari tempat port di luar dewan. Nak balik awal lagi, skot lain belum sampai lagi

Ingatkan belakang aku tadi Samad Ismail....tapi orang tua tu dah meninggal...ghopanya orang Melaked (Melaka kawin dengan Kedah)

Azmi tengah buat pertunjukkan lawak. Tengah makan pun nak gyomi.

Dalam S237 dialah yang paling kurus...tapi tentang dia makan Ya Allah, kalo tak percaya dah berapa kali ganti skot bertukar kat belakang dia, dia tak abis lagi

Penuh atas meja dengan bekas kosong.... tu Azmi punya la tu

Haji Hirudin baru sampai dari Kuala Sg Baru, Melaka

Jimat cermat. Satu pinggan kongsi dengan anak dan isteri. Sabo je laaa Mak Aji

Haji Wahid kelihatan amat berdisiplin

Jaudin...yang hang dok azan belum masuk waktu tu apa hal????, Halau setan ke halau hantu geletek?

Wahid: Mata duit aku, ko kata nak datang hari ni bayar hutang aku, bukan sebulan bukan setahun tau, ini hutang beli aiskerim dengan Apek dekat tepi padang kawat SPK dulu tau....
Hazizan: Oooomak kau...kau nampak penampor ni, aku dah bayar, aku letak dalam poket PD Green ko. Aku tengah kawad ko pergi lari pergi Alor Setar, tak nak commission dengan kami sapa suruh...ko cempak je PD Green tu kat depan berek, abis la duit tu Mat sabun dah sapu.

Wahid: Jodin, kat mana toilet dewan ni??
Jaudin: Haaa. mintak maaf skot, kat dewan ni tak de toilet. Ko nampak tasik depan tu tak? ko pergi tepi tasik tu, ko pancut la la sorang, baru ko tau sapa PKK sebenarnya....

Hashim (tuan rumah) lupa nak sediakan skot corner... depa ni tak nak balik lagi... tempat duduk tak de, tu yang bersenggeh sana sini.....kan mengganggu lalu lintas.

kesian diaorang ni kan...kata ada jemputan lagi satu, tapi dok bergebang tak abis-abis... nak kata tak pernah jumpa, tiap2 minggu jumpa....

BAKAT S37 pun nak berposing juga

baru siap-siap nak bergambor tapi orang dah ambik gambo. Tengok si Azmi tu tengah tarik suo

haaaa..yang ni baru betul-betul bergambo... kenderaan berat rapat ke kanannnnnnnn (ni kat US sebab kalau kat Malaysia kena rapat ke kiri)

Tuan Presiden S37 merasmikan acara penutup mewakili Kumpulan terakhir S37.

Ramai juga yang hadir walaupun tidak bersaing kerana masing-masing ada urusan yang tersendiri.  Skot Lokman Abdullah yang sama-sama terbang dengan Hashim bertugas sebagai penyambut tetamu. Dari gambar-gambar di atas, yang hadir ialah skot-skot Shuairi, Khairul Anuar, Jaudin, Halim Idris, Mustapha, Hamdan, Azmi, Hazizan, Othman Jahim, Wahid, Nasir, Shohemi, Ariffin, Razak Siran, Husin, Hairudin, Lod dan Razak Presiden. Mungkin antara 20 - 25 skot yang muncul. Sebahagiannya tidak dapat ditemui.

Turut sama ialah mantan instruktor kami di SPK, Mej Jen (B) Dato' Fazlurrahman bin Mohd Irfan.

Lebih kurang jam 1500, aku ebrtolak ke Kem Perdana Sungai Besi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak angkatku (semasa dia study di UPNM) iaitu Kapt Siti Zubaidah bin Mohd Shukri yang kebetulan berkahwin dengan Lt Nizam bin Azahan TLDM, anak tiri kepada skot aku Lt Kol Nazli bin Alias (RAMD).

17 november 
DEWAN JAMIL AHMAD 
KEM PERDANA, SUNGAI BESI
SKOT LT KOL NAZLI ALIAS (RAMD) 
.

Dato Sanusi dan Datin sampai awal
Bapak pengantin pompuan adalah STAF (SO1) beliau, manakala bapak pengantin lelaki pulak adalah SKOT.

antara yang datang awal; dari kiri: Suhaimi Saad, Nazli (co-host), ariffin Saimun, tetamu lain dan Adi Mazlin

Husin juga datang awal, takut kalau skot rimua yang lain datang, boleh miss soru dia

Husun, Ni baju batik terbaru nampak..... ada sekali skot pak Pin dan Halim

TAR dan isteri bersama co-host skot Nazli dan isteri

Ketika kumpulan S37 dari Taman Tasik Ampang Hilir sampai, dewan dah kosong, atas meja semua pun dah bersih... tapi kami datang bukan nak makan, untuk menghormati jemputan skot. Datang tetap datang.

oooo..masih ada teh tarik, tpi pelayan semua dah balik, jadi kena self service

selalu Tok Zizan yang rajin layan tetamu...petang ni dia dah tak larat bangun...tu yang Shohemi ambik alih tu

tetap ceria walaupun dengan segelas sirap
BAKAT di sini, BAHKOT di hujung dewan sana.....mesti ada yang tak kena niiiiiii

apa Shohemi dok godek kat belakang wife dia tu?

ehhh Shohemi ni, tak abis-abis lagi. Apa agaknya yang diseluk kat belakang Rosnah tu...sampai geli geleman, abis orang kanan kiri jadi kecoh

ANDAIAN dan ANDAIAN
1. Tetamu tak sedor diri, orang dah kemaih abis, masih tak nak balik.
2. Semeja tapi tak sekata (muka masing-masing ada interest tersendiri)
3. Ada satu gelas sirap, empat orang nak sergap. 3 tangan dah hulur tapi muka buat tak nampak. Sorang lagi tunggu lepa.

Pengantin kenalkan diri kepada tetamu

 skot bergambar dengan pengantin

BAKAT pun nak bergambo dengan pengantin juga

Last pose, sisa-sisa laskar pajang - kumpulan tetamu terakhir

Sebahagian dari skot yang datang ke sini lebih awal ialah Suhaimi Saad, Hamdan, Husin, Halim, Dato Sanusi, Ariffin, dan Roslan Shaari. Manakla skot yang bertolak dari Dewan Taman Tasik Ampang Hilir ke Sungai Besi bersama aku ialah; Khairul Anuar, Jaudin, Azmi, Hazizan, Wahid, Nasir, Shohemi, dan Razak Siran.

Arabian nite mplDtd 
port dickson

Pada 21 Nov 13, pegawai-pegawai di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD di Port Dickson telah mengadakan Majlis Makan Malam berkonsepkan Arab. Ramai warga S37 yang bertugas di PD yang menyertai majlis ini.
dari kiri skot Mej Mohd Norzuki, Lt Kol Rizal Tan, Lt Kol Lod Atan, Lt Kol Abdul Razak Hussein, Lt Kol Hj Hairudin Mokri dan Lt KolAbd Razak Siran.  
kanan sekali, Lt Kol Mubin Othman 

 TAKZIAH ANN MARIE

Pada jam 2223H, 17 Nov 13, aku telah menerima mesej melalui WhatsApp dari skot Shazarina (Monica Mowe) di Taiping yang menyatakan bahawa ibu kepada skot Ann Marie Ng Mui Lee telah meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 1800H. Ann yang menetap di Rawang sempat menemui ibunya sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhirnya.

Takziah untuk skot Ann sekeluarga.

May memories of your beloved mom and the love of family surround you and give you strength in the days ahead.



 hari keputeraan


Hari ini 22 Nov 2013 merupakan hari ulang tahun kelahiranku ke 54. Sejak semalam berpuluh-puluh utusan 'Happy Birthday' masuk melalui facebook, sms dan whatsapp. Terima kasih ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakan kenalan yang mengingatiku serta mendoakan diriku agar mendapat kerahmatan Allah, dimurahi rezeki, diberikan kesihatan yang baik, panjangkan usia dan sebagainya. Sebenarnya utusan dan ucapan seperti inilah yang boleh mengingatkan diriku tentang hari lahirku.

Sejak ada hari jadi, aku memang tidak pernah menyambutnya secara formal. Kalau ada di rumah cukup setakat menerima ucapan dan hadiah hari jadi dari isteri dan anak-anak sahaja. Cuma sejak 3 ke 4 tahun ini apabila anak-anakku sudah besar dan mempunyai pekerjaan, mereka ada membelikan hadiah hari jadi untukku.

Kadang-kadang aku sendiri lupa kepada tarikh ulang tahun ini. Sejak tahun 2010, apabila Tunku Ibrahim Ismail menaiki takhta Kerajaan Johor, setiap tahun aku diingatkan tentang tarikh hari jadi kerana baginda memiliki tarikh lahir yang sama denganku. Daulat Tuanku.

23 november 
DEWAN PULNORD
KEM BATU KANTONMEN
SKOT LT KOL ROSLAN HJ SHAARI (KOD)
.
Aku tak dapat hadir majlis skot Roslan kerana terpaksa menghadiri Bengkel 'Perfomance-Based Contract' di Equatorial Hotel Bangi. Hari kerja dah tak jumpa untuk buat bengkel, terpaksa buat weekend. Aku checked in hotel  pada hari Jumaat 22hb Nov. jam 2030 malam. Keadaan lalu-lintas petang itu amat sesak bemula aku keluar dari Smart Tunnel. Dari rumah ke hotel mengambil masa lebih dari dua jam.

Pada 23hb Nov, bengkel bermula jam 0830. Majlis berehat pada jam 1200 hingga 1430. Aku mengambil kesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabatku, Lt Kol Rosli bin Samsudin TUDM di Dewan Angkasaraya, PU KL. Itu sahaja yang sempat aku pergi. Hari itu, selain dari Rosli dan skot Roslan, aku ada dua lagi jemputan di Taman Seri Mahkota, Kuantan iaitu perkahwinan anak saudaraku Umi Humaira binti Amer. Satu lagi jemputan ialah dari rakan sekelas semasa di UTM Jalan Gurney, Hj Mohd Fuad Ahmad di Taman Metropolitan, Batu Caves.

Sampai semula di hotel jam 1430 dan selepas menunaikan solat Zohor terus masuk kembali ke dewan seminar sehingga jam 1830.


Melalui laman facebook TJP37, kelihatan yang hadir dalam majlis perkahwinan skot Roslan Shaari ialah skot Dato Hj Adnan Hashim, Razak Siran, Dato Zamrose, Mohd Jaudin, Mohd Husin Abdullah dan Mazhar Hj Palil.


 aktiviti disember '13  

07 DISember 
DEWAN MASJID BESI
(MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN) 
PUTRAJAYA
SKOT MEJ (B) HJ OTHMAN BIN MD JAHIM TUDM
(1100H - 1600H)

28 DISember 
DEWAN ORANG RAMAI
TAMAN MELATI, SETAPAK
SKOT LT KOL (B) ABD RAZAK BIN SALIM TUDM
(1200H - 1600H)

No comments:

Post a Comment