SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, February 22, 2014

CHAPTER 062: AWAL TAHUN DAH BEEZEE


MENERUSKAN AGENDA FEBRUARI 14

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera skot semua, 

Dalam CHAPTER 59, banyak sekali berita yang dimuatkan berkaitan aktiviti S37. Berakhir pada 23 Feb 14, berita penemuan skot terbaru (melalui FB) oleh skot Mustapha. Mungkin kalau dapat dijejaki lebih awal skot ini boleh ditemukan dengan beberapa skot lain di majlis perkahwinan anak skot Hj Hairudin di Kuala Sg Baru, Melaka pada 15 Feb lepas.

Hari ini 23 Feb, ada dua jemputan perkahwinan anak-anak warga S37....
Lt Ros Sanani binti Othman (B) - ex KPA  dan suami, Kapt (B) Adham Shah bin Sulaiman mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki sulungnya, Mohd Izham Shah pada hari Sabtu, 23 Feb 2014 di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn, KL Masa: 1200H hingga 1600H.
Mej Raja Haji Zakaria bin Raja Mohamed (B) (ex KPD)  dan isteri, Puan Molly Nooriah mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya, Raja Mohamed Zameerul Rasyed pada hari Sabtu, 23 Feb 2014 di No 60, Jalan U6/8, Desa Subang Permai, 40150 Shah Alam. Masa: 1200H hingga 1600H.
.
Pada mulanya skot-skot membuat arrangement untuk ke Subang Permai dulu kemudian ke Dewan Dato Othman harun di Wardieburn. Namun terdapat cadangan balas dari kumpulan lain supaya kita ke Wardieburn dulu kemudian ke Subang Permai. Atas dasar toleransi persahabatan, ia DIPERSETUJUI.


Skot-skot Memadu Kasih di Bandung, Indonesia

Namun sebelum kita ke kedua-dua majlis di atas, kita berehat sebentar sambil mengimaginasi fikiran kita untuk mengembara ke Bandung menyertai ROMBONGAN MEMADU KASIH tiga warga S37 dari 19 hingga 22 Feb 14. Mereka ialah skot Mustapha Ahmad dan isteri, skot Azmi Abd Hamid dan isteri dan skot Shohemi dan isteri.

Ada kaitan juga pemergian mereka ini kerana skot Ros Sanani menjadi KERIAU kerana bimbang ketiga-tiga skot ini tidak dapat hadir ke majlisnya. Mana taknya tiga-tiga mereka adalah individu yang boleh dikatakan tidak pernah MISSED menghadiri mana-mana majlis anjuran rakan-rakan skot.
.
Mama sekarang on board..jaga mesin air tebu kat belakang rumah tu ye..ujung2 bulan ni bukan Mat Dadah je merayau, Pak Guard Nepal tu pun tak leh caya


kita orang nak gi shoppingggg...yang depa bawak pergi tengok kawah ni apa halllll..
kita orang hari-hari dah tengok kawah kat dapoq

Boring betui laki kitaorang ni..... dibawaknye kita ke tempat yg x de faedah mcm niiii

Banana Inn and Spa, Bandong

 
    
Para penonton
Bapak-bapak, Ibu-ibu, semuanya
Jangan heran kalau Inul sedang goyang, Rada panas, agak seksi
Ma'afkanlah

Para penonton
Bapak-bapak, Ibu-ibu, semua yang ada disini
goyang lagi yuuuk ahhhh

Seribu satu macam problema, sejenak kita lupakan saja
lihatlah goyang Inul, semoga terhibur, sayang

Bagi yang sedang putus bercinta, jangan bersedih jangan berduka
goyang Inul obatnya, mari kita gembira, sayang
Tapi janganlah lupa, sambil kita berdo'a, agar kita semua sehat sentosa

Para penonton
Bapak-bapak, Ibu-ibu, semua yang ada disini
Ada yang bilang, dangdut tak goyang bagai sayur tanpa garam
kurang enak, kurang sedap

Dari itu Inul goyang, agar semuanya senang, Bagi yang kurang berkenan
melihat Inul bergoyang, jangan marah, ma'afkanlah

Para penonton
Bapak-bapak, Ibu-ibu, semua yang ada disini
Ma'afin Inul ya...Udah dulu ah

  
Isshhhh.... bosannyaaaaa...selagi kita ada kat sini, selagi itulah diorang ni dok nanyi lagu bosan macam ni...jom kita balik bilik... esok kita nak gi shopping niii.... kita caya je la dengan diorang ni....



semua ceria..... poket masih tebal....  

waitress... ibu pergi shopping puas-puas ya buuu...bagi letih badan cepat tidur... malam nanti bantu uruskan bapak-bapak.. ibu usah bimbang... bapak-bapak akan selamattt  
  

Hallo hallo Bandung
Ibukota Periangan
Hallo hallo Bandung 
Kota kenang-kenangan
Sudah lama beta
Tidak berjumpa dengan kau
Sekarang telah menjadi lautan api
Mari bung rebut kembali.
.
 
last breakfast sebelum bertolak balik

Nita, tinggal Rp2000 je, you punya excess baggage kalau kira tadi tak kurang dari Rp2 juta.

8 bulan aku kumpul duit, habis dalam masa 3 hari. Nak tunggu kompeni bank in kena tunggu 4 hari lagi. Alahaiii Su, 3 hari ni kita gunakan sayur belakang rumah tu buat lauk je la. Itu pun kalau anak-anak kita tak perabih beras kat rumah tu....kalo tak kita puasa buka maggie je laaaa..

Berita seterusnya......

Movement and Gathering Schedule for S37:

1200 - 1330 - Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardieburn

1500 - 1700 - Subang Permai

Majlis Perkahwinan anak Ros Sanani di Dewan Dato
Othman Harun, Kem Wardieburn, Setapak KL


SKOT ROS SANANI
. 
Ros Sanani telah berkempen mengenai majlis ini sejak bulan Ogos tahun lepas lagi. Dia eager sangat untuk majlis ini. Maklumlah kali pertama. Lagi satu, sejak dia aktif menyertai aktiviti S37 setelah menghilang diri lebih 30 tahun dia boleh dikatakan tidak pernah missed dengan semua undangan skot.

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Alhamdulillah ramai skot yang hadir di majlis Nani. Kebetulan, suami Nani, Kapt (B) Adham Shah Sulaiman (TJP33) adalah rakan sekelas aku semasa dalam Tingkatan 3P1 di Sekolah Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat dalam tahun 1974.


 
Tok Nan tak boleh lekang dengan cucu kesayangannya Sofiyyah
(ni dah dapat cucu kedua, aku nak tengok dia larat ke tak nak dukung dua-dua sekali)
pinggan semua dah kosong, entah apa lagi yang makcik ni dok kopek tak abis-abis ni 
 
skot Khalid (baju kotak-kotak merah)- sekarang jarang ditemui. Sibukkkkk dan banyak outstation
 
 
blogger tengah buat promosi
 
skot Dato Zamrose dan Hamdan Othman
 
dua orang Tok Sidang sedang berbincang menyelesaikan masalah makin ramai skot yang lapor sakit kat HAT Mizan
 
skot Lod.... monyok je, tak lalu makan. Ni mesti teringat bini kat rumah. Sapa suruh datang solo...
 
pertemuan dua nenek 
Ros Sanani tetap kecoh walaupun jadi tuan rumah. Tetamu lain dia lupa bila nampak ramai skot datang

 
batang pokok di belakang kita tu akan menjadi saksi pertemuan ini

Antara skot yang hadir ialah: 1) Hj Abdul Razak Hussain (Presiden); 2) Azmi Abd Hamid; 3) Shuairi Abdullah; 4) Hashim Hamzah; 5) Hamdan Abdullah; 6) Hj Mohd Yatim Mohd Nor; 7) Norzahari Zelan; 8) Dato Hj Adnan Hashim; 9) Dato Zamrose Mohd Zain; 10) Hamdan Othman; 11) Abu Bakar Kamarudin; 12) Shohemi Hashim; 13) Abd Razak Salim; 14) Jasni Mohd Nor; 15) Hj Azemi Mat Saud; 16) Dato Hazizan Ahmad; 17) Mahadzir Hashim; 18) Norhaili Abd Latif; 19) Siti Hajar Syed Hasan; 20) Mohd Rahim Osman; 21) Hjh Marmilah Munajat; 22) Aizan Idris; 23) Siti Zaliha Che Rus; 24) Hasnah Hashim; 25) Dato Hj Romlee Yahya; 26) Lod Atan; 27) Mohd Khalid Ismail; 28) Mohd Husin Abdullah; 29) Mohd Ariffin Saimun; 30) Muhd Suhaimi Ashaari dan 31) aku.

 
 
pelayan dah tak sempat nak layan skot-skot. Masing-masing uruskan sendiri. Kira halal je.
Mahadzir memang biasa buat part time waiter niii
 
skot2 yang datang second batch...

skot Rahim (duduk kiri sekali) pun jarang ditemui. Apa lagi isterinya skot Siti Hajar (berdiri belakangsebelah Rosnani. Ini pertama kali aku jumpa sejak keluar dari SPK tahun 1981.

skot Marmilah, Norhaili, Husin, Ariffin dan Jasni

Husin sempat posing dengan pasangan mak/bapak pengantin

Agak ramai kehadiran skot S37 ke majlis Ros Sanani kali ini. Dan mungkin antara majlis yang mengumpulkan ramai skot wanita TJP37. 6/22. Mereka yang hadir ialah Siti Zaliha Che Rus, Hasnah Hashim, Aizan Idris, Marmilah Munajat, Siti Hajar Syed Hassan dan Noraini Ahmad.

Ini adalah kali pertama aku bertemu dengan skot Siti Hajar (isteri kepada skot Rahim) sejak keluar dari SPK Port Dickson.

Aku berjumpa skot Noraini semasa keluar dari Masjid Kem Wardieburn (solat zohor) setelah selesai dari majlis Ros Sanani. Beliau baru sampai dari Kajang. Beliau sempat kirim salam untuk skot Zakaria kerana tidak dapat ikut serta ke Subang Permai. Memang jarang bebeno nak ada peluang jumpa denga skot2 wanita ni.


Majlis Perkahwinan anak Raja Hj Zakaria di Subang
Permai


Skot Haji Raja Zakaria

Sebahagian besar skot yang hadir di majlis Ros Sanani tadi meneruskan perjalanan ke rumah Hj Zakaria di Desa Subang Permai. Skot-skot wanita tidak ada yang menyertai rombongan ini kerana ada komitmen dengan suami masing-masing.

Kami berkonvoi dari Kem Wardieburn ke Desa Subang Permai melalui MRR2 hingga ke arah Sungai Buloh hinggalah ke Subang.

skot Hj Zakaria kurang sihat- masalah gout - terpaksa bertongkat
 
Hashim: Sebelah aku, ko jangan sebut-sebut nama Erra Fazira. Itu aku dah booked. Tunggu eddah je. Aku dengar kau sebut sekali lagi, aku lesing kanggggg... 
 
 
 
Dato Romlee: Sampai la ni, dah lebih 30 tahun, aku pening kepala bila duduk depan ko ni Wahid.  Dari kat Pulatibang lagi ko ni asyik nak lawan cakap aku je. 
 
Burn tengah promote cucu dia. Nak jodohkan cucunya dengan cucu Presiden atau Hamdan
 
Time's up. Meja dah bersih licin tuuu... bila lagi nak angkat kaki......
 
Hilang rasa sakit Pak Ya bila melayan skot-skot
 
Makcik dan Tok Wan pun rancak lagi sembang tuuuu
 
 
 
 
 
Setiausaha Tabung Khairat S37 menjawab soalan-soalan skot.....
 
Teh tarik memang tiada dalam senarai menu catering. Tapi atas nama S37, teh tarik dari dapur tuan rumah dikeluarkan
 
Ini pun satu lagi special kat majlis Pak Ya. Tak pernah terjadi sekor ayam bulat dihidangkan atas meja. Memang masalah kalau orang tua banyak berpenyakit makan. Makanan cepat hadam. Baru sejam makan nasi beriani di majlis skot Ros, sampai rumah Zakaria dah kebulur semula
 
 
 
 
tetamu istimewa- high table
 kelihatan skot-skot Hj Wahid, Mustapha Ahmad, Suhaimi Saad dan Lokman Abdullah yang tidak kelihatan di majlis Ros Sanani tadi
.

Menziarahi Skot Nasir Chong

Semasa menghadiri majlis skot Ros dan Zakaria, kami menerima mesej dari skot Nasir yang menyatakan beliau dihidapi demam dan tidak dapat menghadiri kedua-dua majlis. Pada masa yang sama rumahnya dimasuki oleh seekor ular tedung.

Sepulangnya dari rumah skot Raja Zakaria, beberapa orang skot (dan isteri) mengambil peluang untuk menziarahi skot Nasir di rumahnya di Sek 10 Shah Alam. Mereka ialah skot Razak Hussain, Razak Salim, Mustapha, Hazizan dan Azmi


 
 



AKSI-AKSI SKOT DI PADANG GOLF

  
 
 

skot Zulkurnain Ahmad dan skot Razak



1 Mac 14- Hari Tentera Darat

Skot Hj Hairudin dan skot Razak di sebelah Dewan Tan Sri Sany, Port Dickson. Dalam dewan ini mereka menerima watikah Tauliah dari DYMM Sultan Perak (almarhum Sultan Idris Shah)
1 Malaysia, 1 ATM, 1 TDM, 1 Skot tapi 2 Loreng..
kalau masa kedet dulu instruktor selalu sebut "macamana kamu nak jaga satu platoon, kamu dua orang puuuuun tak boleh nak kerjasama"
.
2 Mac 2014- Mengingati Setahun Tragedi Lahad Datu
(skot Razak dan skot Dato Kamalruzaman)

 
4 Mac 2014- skot Ros Sanani ditimpa musibah apabila cermin tepi (depan) keretanya dipecahkan oleh penjenayah yang kemudiannya meragut beg tangannya yang diletak di seat kiri hadapan


Pada 6 Mac 2014 skot Kol Abd Halim Idris telah bertemu dengan skot Kapt (B) Ishak bin Hashim di Masjid Sg Petani, Kedah. Skot Ishak sebelum menyertai Pegawai Kedet di SPK bersama TJP37 merupakan seorang anggota TUDM (Tred Airframe) yang berpangkat LUK dan telah berusia 26 tahun. Ishak kemudiannya ditauliahkan ke RAMD


7 Mac 2014
Skots with their goodies Nilai Spring Golf Resort


Majlis Perkahwinan anak Nazli Alias di Jalan Telok Batik, Telok Muruh, Lumut


Majlis bertandang pengantin lelaki di rumah skot Lt Kol Nazli Alias di Teluk Muruh, Lumut. Ramai skot yang tidak dapat memenuhi undangan. Selain dari agak jauh, sebenarnya kebanyakan skot telah pun hadir di majlis sebelah perempuan di Dewan Dato Jamil, Kem Perdana Sungai besi pada 17 Januari lepas.

Tahniah kepada skot Nazli. Sedikit gambar yang diperolehi dari facebook.






  


Lagi Berita Aktiviti Skot 3

Skot Hj Ahmad Nadzari Akan Bersara


10 Mac 2014
skot Lt Kol Hj Ahmad Nadzari bin Isa membuat kunjungan untuk temuduga akhir sebelum memulakan cuti persaraan dan latihan peralihan dengan Pengarah Infantri TDM, skot Brig Jen Dato Hj Azlan bin Abd Rahman

Skot Hj Sabri Menjalani Pembedahan


12 Mac 2014
Skot Kol Hj Sabri Shamsudin TUDM telah menjalani pembedahan lutut di Shah Alam Medical Centre. Datang menziarahi ialah skot  Mej (B) Hj Othman Md Jahim (kiri) dan skot Kol Muhd Suhaimi Hj Ashaari TUDM (kanan)

Bersama skot-skot di AIROD


13 Mac 2014
Sempena lawatan Panglima Bantuan Udara ke AIROD Sdn Bhd. Tiga warga S37 berkhidmat di ASB (2 dari kiri: Lt Kol (B) Hj Azemi, 4 dari kiri: Mej (B) Hj Othman Md Jahim dan kanan sekali: Kol Muhammad Suhaimi Hj Ashaari TUDM)


14 Mac 2014 di Port Dickson


14 Mac 2014 di Port Dickson
(hari terakhir skot Ahmad Nadzari memakai uniform)
20 Mac 2014
Skot Presiden kita memang murah rezekinya dalam mencari dan menjejaki skot2 yang hilang dari kawalan radar. Kali ini berjumpa dengan skot Tajri bin Jonid (RAD)


21 Mac 2014
Skot Abd Razak bin Hussain melepaskan tugasnya sebagai Komandan Pusat Latihan Armor (PULAMOR) yang disandang sejak tahun 2009. Beliau ditukarkan ke Jabatanarah Armor di Markas Tentera Darat untuk menyandang jawatan PS1 Teknikal.
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Majlis Perkahwinan anak Skot Lt Kol Abdul Razak bin Siran (KOD) di Dewan Orang Ramai, Taman Tuanku Jaafar, Senawang pada 22 Mac 14



22 Mac 2014 aku menerima 3 undangan majlis perkahwinan. Satu di Subang, satu di Sg Besi dan satu di Senawang. Optimising effort. Jadual aku setiap hari minggu (Sabtu) ialah balik ke Seremban. Perjalananku ke Seremban melalui Sg Besi. Maka, aku bertolak ke selatan lebih awal iaitu jam 1115. Singgah di Kem Sg Besi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Lt Kol Mustaffa Kamal di Dewan Dato Jamil Ahmad. Mustaffa (Bob) tinggal di KPTOJ dan merupakan rakan sejemaah surau Luqman al Hakim.

Dari Sg Besi terus pecut ke Seremban melalui hiway LEKAS, singgah solat Zohor di R & R Beranang. Sampai di Taman Tuanku Jaafar (Senawang) lebih kurang jam 1513. Kurang biasa jalan di sini, sesat sikit. Alhamdulillah sampai.

Walaupun agak jauh dari KL, namun ramai skot yang datang ke majlis Razak Siran.


skot Razak (Presiden S37) dan Azmi serta pasangan masing-masing
 
skot Roslan di tengah-tengah

skot Azmi, Saiful Bahri, Nazli Alias, Pres Razak, Mustapha, Nasir Chong dan Jaudin

Pres Razak bersama Khairul Anuar Ismail (Khairul datang dari Melaka dengan menaiki bas ekpress ke Seremban)

bersama pasangan tuan rumah








Penutup Aktiviti Mac 2014
  • Majlis Perkahwinan anak Skot Mej (B) Hj Azmi bin Mohd (x KAD) di Dewan Serbaguna, Menara TM, Jalan Lembah Pantai, KL pada 23 Mac 14.


Ahad 23hb Mac aku masih ada di Seremban. Jadi aku tidak dapat menghadiri jemputan skot Hj Azmi. Hanya menerima gambar-gambar dari skot Norzahari melalui watzapp.




Next Month.......
.
Majlis Perkahwinan anak Skot Lt Kol Jasni bin Mohd Noor (RSD) di Dewan Dato Jamil, Kem Sg Besi pada 5 April 14.



YOU ARE ALSO INVITED TO VISIT MY OTHER BLOGS
coltoras1959.blogspot.com
and
toharudinairforce81.blogspot.com
.