ops melbourne
MENJEJAKI SKOT USHA PANIKKAR
MENJEJAKI SKOT USHA PANIKKAR
Ku ingin coretkan kesah ini khusus untuk salah seorang skot wanita dalam TJP37 yang bernama Usha a/p Panikkar.
Usha semasa berpangkat Lt Muda
Latar Belakang
Skot Usha a/p Panikkar ditauliahkan bersama angkatan TJP37 pada 24 Jan 1981 dan berkhidmat dalam Kor Perkhidmatan Diraja..
Usha merupakan anak kepada Lt Kol Panikkar (Bersara) seorang pegawai ATM dalam Kor Perkhidmatan Am (Pelajaran). Aku mengenali ayah Usha kerana beliau pernah menjadi Pegawai Pelajaran di TUDM Alor Setar (mengajar Bahasa Inggeris) semasa aku menjalani latihan asas penerbangan di sana pada tahun 1981.
Skot Usha menamatkan perkhidmatan TJP semasa berpangkat Kapten. Setelah menamatkan perkhidmatan beliau pernah berkhidmat sebagai seorang staf di Pejabat Australian High Commission di KL. Selepas itu berita mengenainya hilang dan hubungan dengan rakan-rakan skot 37 juga terputus.
Hanya setelah lebih 30 tahun baru terdapat sumber berita yang menyatakan beliau berhijrah sama ada ke Australia atau New Zealand. Malah ada yang menyatakan pernah melihat kelibat Usha di New Zealand.
Namun akhirnya, ada sumber yang mengesahkan bahawa skot Usha berhijrah ke Australia dan menetap di Melbourne.
Empat orang skot wanita S37 telah membuat perancangan untuk menjejaki skot Usha Panikkar (KOD) yang kini menetap di Australia. Mereka ialah:
- Mej Datin Hamidah bt Hamidin (B)
- Lt Kol Sam Foong Sow (B)
- Lt Kol Nor Sabrina bt Abdullah (B)
- Mej Aini bt Hitam TUDM (B)
Usaha Jejak Kasih
Perancangan awal sudah dipersetujui sejak penghujung tahun 2013 apabila Hamidah ada mempelawa beberapa skot yang ingin menyertai usahanya untuk menjejaki skot Usha Pannikar yang telah berhijrah ke Australia (tidak diketahui bila) dianggarkan lebih 10 atau 15 tahun yang lalu.
Pastinya, ia bukan satu impian yang mudah untuk direalisasikan. Memerlukan PENGORBANAN. Bagi Hamidah dan Lolly yang mempunyai suami pastinya lebih sukar kerana keredhaan suami adalah perkara yang paling utama. Bagi Aini, agak lebih mudah kerana anak-anak sudah besar dan ada sedikit kebebasan untuk bergerak. Sam mungkin yang paling mudah kerana tiada halangan kecuali kesihatan (jika ada). Pengorbanan material (wang) juga penting selain masa dan usaha. TAHNIAH kepada empat skot wanita kita yang memiliki kesungguhan yang amat tinggi untuk menjejaki skot Usha.
Kita, skot lelaki yang begini ramai, mulanya ingin mewakilkan KUASA kepada skot Shahrin namun beliau mempunyai komitmen lain kerana mempunyai program pengembaraan yang lain, iaitu ke Nepal. Jadi harapan sekarang hanya kepada skot Affendi yang menetap di Melbourne.
Kerja-kerja membuat appresiasi dan persediaan ke sana dilaksanakan di pejabat Datin Hamidah pada 10 Feb 14.
Kiri: Sam dan Aini sedang mencari maklumat mengenai Restoran Kangaroo dalam internet. Kanan: Noor Sabarina, terikut-ikut cara doktor bekerja kerana lama sangat berkhidmat di Hospital ATM. Setiap maklumat yang diberi oleh Sam dan Aini akan diuji dan diteliti sebelum diberi pertimbangan
skot Affendi Yahya
skot Harbhajan Singh dan skot Raveentheran
"Special Ops Group" ini berangkat ke Melbourne melalui KLIA pada 212230H Feb 2014.
Seluruh warga S37 mendoakan keselamatan skot-skot Hamidah, Aini, Lolly Sabrina dan Sam F.S.
menunggu flight di KLIA
Ketibaan 'Four S37 Ladies' di Melbourne International Airport pada pagi Sabtu, 22 Feb 14 telah disambut oleh skot Affendi Hj Yahya. Inilah semangat S37 'comradeship' yang tak akan luntur sampai akhir hayat.
Bersyukur kepada Allah kerana Affendi ada di sana, semuanya menjadi lebih mudah. Berdasarkan gambar-gambar yang dikirimkan, aku rasa skot Affendi telah melaksanakan tugasnya dengan TERBAIK. Welldone SKOT.
Bersyukur kepada Allah kerana Affendi ada di sana, semuanya menjadi lebih mudah. Berdasarkan gambar-gambar yang dikirimkan, aku rasa skot Affendi telah melaksanakan tugasnya dengan TERBAIK. Welldone SKOT.
'
Satu Pertemuan
Akhirnya pada hari yang sama ketibaan, 'The 4 S37 Ladies' yang diiringi oleh skot Affendi Yahya telah diketemukan dengan insan yang ingin dijejaki, iaitu skot Usha Panikkar. Aku pasti pertemuan ini diiringi dengan deraian air mata yang tidak dipaksa untuk keluar.
Waktu menerima gambar-gambar dari skot Affendi, aku berada di rumah Seremban. Aku dapat merasai suasana pertemuan (yang mengharukan dan menggembirakan) itu. Jika aku ada di sana pasti aku juga akan menitiskan air mata. Lupakan bangsa, lupakan anutan agama. Angka 37 mengatasi hubungan kekeluargaan.
bumi Melbourne menyaksikan pertemuan ini
Oh my SUO Sam....tak sangka kita akan dapat kembali bertemu setelah hampir 30 tahun terpisah
Usha: I never forget..You Hamidahhhhhhh!!!!
Usha ceria sekali bertemu rakan sama-sama meredah selut paya di hutan Negeri Sembilan 34 tahun lalu
Setelah 10 tahun ramai yang terputus hubungan kerana sebahagian besar telah menamatkan tempoh perkhidmatan jangka pendek selama 7 tahun. Ada yang menyambung secara berperingkat dan ada yang menamatkan perkhidmatan melalui persaraan wajib atau persaraan pilihan.
Hari ini 22 Feb 14, mereka bertemu dalam keadaan yang berbeza. Rupa wajah, bentuk badan, kesihatan serta pembawaan yang telah jauh berubah. Walaupun mereka tiada pertalian darah (kecuali semunya dari darah Nabi Allah Adam alaihissalam) silaturrahmi mereka dikekalkan melalui hikmah angka 'S37'.
.
hari pertama dan kedua masih rasa sedap..
Tengoklah muka dua-dua makcik ni... setelah seminggu di Melbourne. Tengok makanan lain macam je, dah kebulur nak makan nasi lauk lemak nangka dengan ikan asam pedas
Setinggi penghargaan kepada skot Affendi Yahya yang sentiasa memberikan update ke atas aktiviti Ops Melbourne bagi membolehkan aku menulis blog ini.
Aku amat tertarik dan ingin mengutip tulisan skot Suhaimi Saad dalam facebook bertarikh 24 Feb 14 (dengan sedikit editing):.
"Walau pun hanya lebih kurang setahun kita bersama semasa latihan, tapi kenapa akrabnya umpama ada talian darah sehingga kehujung nyawa. Masa kita sekolah dulu ada ramai rakan sekelas dari Darjah Satu sehingga Tingkatan 5 atau 6. Selama 11-13 tahun atau lebih. Namun kita tidak seakrab begini. Itulah kelebihan tentera. Ia mengajar, melatih dan mendidik menjadi seorang tentera yang terlatih, biar pun letih. Memiliki sifat setia kawan (esprit de corps) yang tinggi......."
biar darah kita mengalir dari tubuh ini kering,
namun S37 BERPISAH TIADA
*
Slide Show perjalanan 4 sekawan ke Melbourne ini ada di'attached' di bawah
*
Slide Show perjalanan 4 sekawan ke Melbourne ini ada di'attached' di bawah
No comments:
Post a Comment