SAY NO TO
aPRIL FOOL?
aPRIL FOOL?
Masa berlalu begitu pantas ye skot. Sekejap je dah masuk bulan April. Umur semua semakin meningkat. Kedut di dahi nampak berlipat, uban pun makin lebat, mata dah banyak yang rabun dekat. Yang pasti kematian semakin dekat.
Sebelum masuk bab aktiviti S37 untuk bulan April, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengimbas kembali beberapa kebodohan kita di masa lalu. Kebodohan di masa itu kita anggap sebagai bijak dan advance iaitu amalan 'mengenakan kawan' sempena April Fool.
Nasib baiklah masa aku (TJP37) melapor diri ke SPK dalah pada 2 April 1980. Kalau lapor 1 April pasti teruk kami kena buli oleh staf, senior dan instructor.
Nasib baiklah masa aku (TJP37) melapor diri ke SPK dalah pada 2 April 1980. Kalau lapor 1 April pasti teruk kami kena buli oleh staf, senior dan instructor.
Kalau masa zaman muda-muda atau zaman sekolah menengah dulu, apa yang aku tahu tentang April Fool ialah pada hari itu kita boleh permain-mainkan kawan-kawan kita dan dia tak boleh marah. Bila sampai tarikh 1 April, macam-macam lah kita buat, seperti sembunyikan barang dia, letak benda-benda yang dia tak suka dalam beg dia, lekatkan kertas di belakang baju dia (kertas yang bertulis sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain mentertawakan dia) dan macam-macam lagi. Apa dan kenapa ada April Fool, aku tak ambik tau.
Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun apabila zaman jahiliayah sudah beransur lenyap, dan melalui fasa pembelajaran lebih tinggi, barulah mendapat maklumat tentang apa sebenarnya April Fool itu. Begitu juga dengan Hari Valentine atau Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari. Hari yang menjadi kebanggaan anak-anak muda moden yang tidak tahu sejarah.
Skot semua, serta pembaca blog aku yang budiman. Aku nak ambil sedikit masa dan kesempatan ini untuk menyingkap sejarah April Fool supaya ianya tidak dijadikan amalan anak cucu kita.
Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Tentera Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, umat Islam sangat tidak layak merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopularkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.
Sumber: http://www.eramuslim.com
.
Pada 28hb Mac aku mengambil cuti untuk pulang ke kampung menziarahi kedua ibu-bapaku.
alhamdulillah emak masih sihat. Bapak, walaupun sudah berusia 87 tahun dan sudah kehilangan 'memory' tetapi fizikal tubuh badannya sihat, mata masih terang, telinga masih tajam pendengaran dan masih mampu berkerja membersihkan keliling rumah.
.
Majlis Perkahwinan anak Skot Lt Kol Jasni bin Mohd Noor (RSD) di Dewan Dato Jamil, Kem Sg Besi pada 5 April 14.
Walaupun setiap minggu ada dua atau tiga jemputan, tapi hanya ada satu sahaja jemputan perkahwinan melibatkan ahli S37 sepanjang bulan April 2014.
Hujung minggu ini program aku penuh. Awal pagi Sabtu 5hb April, aku menghantar anak ke sekolah kerana ada aktiviti sekolah di Dewan MPAJ. Ada dua jemputan majlis perkahwinan. Satu: perkahwinan anak rakan sekelas Tingkatan 6 Rendah Sekolah Alam Shah, Cheras (Engku Hamzah Tuan Mat) di Taman Ramal Suria, Kajang. Dua: perkahwinan anak skot Lt Kol Jasni Mohd Nor di Dewan Dato Jamil, Kem Perdana, Sg Besi.
Jam 2030H malamnya aku ada majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Materiel bersama AKS Materiel di PLPL Kinrara. Keesokan harinya, Ahad 6hb ada satu jemputan Majlis Perkahwinan anak Lt Kol Mohd Fauzim(KPTD) yang juga rakan jemaah surau di Dewan Seroja, MINDEF.
Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 12 tenghari, aku terlebih dahulu ke rumah Engku Hamzah di Taman Ramal Suria sehingga jam 1300. Kemudian ke Sungai Besi untuk menghadiri majlis skot Jasni.
Waktu aku dan isteri sampai, kata Jasni skot Dato Seri Hasbullah dan Che Jamal telah pulang kerana perlu menghadiri majlis yang lain. Yang masih sedang bergerak untuk balik ialah skot Raja Hj Zakaria dan skot Hj Ahmad Ismail. Skot-skot lain yang ada masa itu ialah Mohd Ariffin, Jaudin, Mustapha, Hashim dan Shuairi.
Skot Hj Marmilah merupakan satu-satunya skot wanita yang hadir.
Skot Hj Marmilah merupakan satu-satunya skot wanita yang hadir.
Yang datang selepas itu ialah skot Ajmain, Nordin TPK, Lod, Husin, Soheimi dan Hj Mohd Yatim.... dan yang sampai di saat akhir ialah Presiden S37 Hj Razak dan skot Hj Hamdan.
.
SKOT Dato Seri Ahmad Hasbullah (2 dari kanan) dan skot Che Jamal (kanan sekali) sampai awal dan kami tidak dapat menemui mereka
SKOT Ajmain (kanan) pun jarang kelihatan kerana tugasnya sebagai juruterbang yang kadang terpaksa memenuhi jadual penerbangan di hari minggu
Tuan Presiden S37 antara yang terakhir sampai kerana baru selesai menghadiri majlis pengkebumian jenazah besannya yang meninggal dunia malam tadi. SKOT Hj Hamdan Abd Rahim antara spesis yang jarang ditemui...muncul hari ini...
Ini pula adalah gambar-gambar yang diambil oleh keluarga skot Shohemi
.
.
DSA 2014 berlangsung di PWTC adri 14 hingga 18 April 2014. Aku mengambil kesempatan membuat tinjauan singkat pada petang 14 Apr 14. Dalam lawatan tersebut aku menemui beberapa skot dan sahabat lama yang sama ada sebagai peserta pamiran atau pelawat.
menemui skot Lt Kol Mohd Yusof Awang (B) di booth Deftech Services Sdn Bhd
menemui skot Mej Dato Hj Adnan Hashim di booth CTOne Sdn Bhd
menemui Lt (M) Zainal Abidin. Zainal bersara Kapt TUDM dan menyertai APMM. Zainal juga pernah berkhidmat bersama aku semasa aku mula-mula melapor diri ke TUDM Kuching pada tahun 1981. Ketika itu aku berpangkat Lt Muda (U) sebagai DAMO dan beliau berpangkat AC II.
.
President with Taipingites
Pada 24 Apr 14, Presiden S37 telah menghadiri Lembaga Jurulatih TDM di PULMAT, Taiping. During his short stint in Taiping, he was entertained by our skot Lt Kol Mohd Yusof Hj Saidi (Taiping SSO). Usop brought him around historic Taiping Town (City?). At night the other Taipingites skot joined in and having Nasi Kandar dinner at Penang Is.
Joining Razak and Yusof for the Nasi Kandaq dinner were couple of skot Marzuki and skot Zawiah, skot Lokman and his wife.
Affendi Celeberates ANZAC Day
25 April 14 adalah ANZAC Day. Apa itu ANZAC Day? ANZAC Day is a national day of rememberance in Australia and New Zealand that broadly commemorates all Australian and New Zealanders who served and died in all wars, conflicts and peacekeeping operatons throughout the world. It also remembering the contribution and suffering of all those who have served.
Originally, 25 April every year was to honour the members of Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) who fought at Gallipoli in the Ottoman Empire during World War I.
ANZAC Day boleh disamakan dengan HARI PAHLAWAN yang disambut di Malaysia pada setiap 31 Julai. Hanya pengisiannya dari aspek menghargai jasa pahlawan atau mengenang perwira dan pahlawan yang terkorban semasa bertugas masih amat begitu rendah. Hanya pada tahun 2013, Hari pahlawan disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka. Ini pun disebabkan Tragedi Lahad Datu yang menggemparkan negara.
Tahap sambutan hari Pahlawan sebelum ini agak kurang memberangsangkan mungkin ini disebabkan wujudnya HARI ATM yang dirayakan pada 16 September setiap tahun. Selain dari itu Hari Pahlawan adalah gabungan kepada hari memperingati kepahlawanan anggota pasukan keselamatan, yang tidak terhad kepada warga ATM. Ia juga melibatkan warga PDRM.
Our skot Affendi Yahaya who is now residing in Australia joined the crowd during ANZAC Day parade in Melbourne. Below are some photographs sent by Affendi via facebook.
Welldone and Syabas atas sifat keperwiraan skot Affendi yang masih tegar.
President with Taipingites
Pada 24 Apr 14, Presiden S37 telah menghadiri Lembaga Jurulatih TDM di PULMAT, Taiping. During his short stint in Taiping, he was entertained by our skot Lt Kol Mohd Yusof Hj Saidi (Taiping SSO). Usop brought him around historic Taiping Town (City?). At night the other Taipingites skot joined in and having Nasi Kandar dinner at Penang Is.
.
Joining Razak and Yusof for the Nasi Kandaq dinner were couple of skot Marzuki and skot Zawiah, skot Lokman and his wife.
Affendi Celeberates ANZAC Day
25 April 14 adalah ANZAC Day. Apa itu ANZAC Day? ANZAC Day is a national day of rememberance in Australia and New Zealand that broadly commemorates all Australian and New Zealanders who served and died in all wars, conflicts and peacekeeping operatons throughout the world. It also remembering the contribution and suffering of all those who have served.
Originally, 25 April every year was to honour the members of Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) who fought at Gallipoli in the Ottoman Empire during World War I.
ANZAC Day boleh disamakan dengan HARI PAHLAWAN yang disambut di Malaysia pada setiap 31 Julai. Hanya pengisiannya dari aspek menghargai jasa pahlawan atau mengenang perwira dan pahlawan yang terkorban semasa bertugas masih amat begitu rendah. Hanya pada tahun 2013, Hari pahlawan disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka. Ini pun disebabkan Tragedi Lahad Datu yang menggemparkan negara.
Tahap sambutan hari Pahlawan sebelum ini agak kurang memberangsangkan mungkin ini disebabkan wujudnya HARI ATM yang dirayakan pada 16 September setiap tahun. Selain dari itu Hari Pahlawan adalah gabungan kepada hari memperingati kepahlawanan anggota pasukan keselamatan, yang tidak terhad kepada warga ATM. Ia juga melibatkan warga PDRM.
Our skot Affendi Yahaya who is now residing in Australia joined the crowd during ANZAC Day parade in Melbourne. Below are some photographs sent by Affendi via facebook.
Welldone and Syabas atas sifat keperwiraan skot Affendi yang masih tegar.
.
.
Presiden bertemu skot Lt Kol (B) Che Jamal (KAD) yang kini memiliki petrol station di Pagoh
skot Hamdan bertemu Kapt (B) Hanafiah (RGKM)
Antara pertemuan skot dan skot di penghujung April 14.
Presiden bertemu skot Lt Kol (B) Che Jamal (KAD) yang kini memiliki petrol station di Pagoh
skot Hamdan bertemu Kapt (B) Hanafiah (RGKM)
No comments:
Post a Comment