DARI SYAWAL KE ZULQAEDAH
Syawal 1435 bukan setakat dipenuhi oleh Majlis Sambutan Hari Raya oleh beberapa organisasi dan juga perseorangan tetapi juga majlis perkahwinan. Tidak seperti dulu, musim majlis perkahwinan tertumpu dalam musim cuti sekolah, kini boleh dikatakan setiap minggu ada jemputan majlis perkahwinan.
Manusia (penduduk) semakin ramai, maka semakin ramai orang kawin. Kalau semua tunggu musim cuti sekolah yang tak seberapa hari itu, mungkin tetamu tak terkejar kerana setiap hari minggu mungkin setiap orang menerima 10 ke 20 jemputan.
Kita lupakan soal itu, let 'whom may concern' itu untuk menguruskan majlis mereka. We have 365/366 days in a year, pandai lah mereka menetapkan hari yang sesuai. Yang penting majlis akad nikah.
Affendi Balik Australia
Pada 22 Ogos 14, skot Affendi Yahya yang pulang berhari raya (dari Australia) sejak seminggu sebelum Raya telah pulang ke pangkuan keluarganya di Melbourne. Dalam percutian singkat, Affendi telah menghadiri hampir kesemua jemputan skot-skot.
Semoga kita dapat ketemu semula di masa akan datang.
Satu Perjalanan Yang Panjang
Kebetulan pada hari Sabtu (23hb) aku menghadiri majlis perkahwinan sepupuku Mohd Hamidy Abd Manap di Kg Charuk Mengkuang Ladang, Temerloh, Pahang. Dari Temerloh aku bersama isteri dan anakku Heikal terus balik ke rumah Seremban. Kami melalui perjalanan yang agak jauh dan mencabar (banyak sekali selekoh maut) yang belum pernah aku lalui sebelum ini. Dari Temerloh-Mentakab-Lanchang-Mempaga ke Karak, masuk ke jalan arah Kuala Pilah, melalui Kg Seri Telemong-Gapoi-Simpang Felda Chemomoi-Kg Safie-Mancis-Simpang Pelangai (sempadan Pahang/NS) - Durian Tipus-Simpang Durian- Simpang Pertang-Batu Kikir-Juasseh-Jemapoh dan sampai Kuala Pilah dan seterusnya jalan ke Seremban melalui Seri Menanti, Tg Ipoh dan Ulu Bendul (jarak keseluruhan hampir 200km atau mungkin lebih)
Masjid Sultan Ahmad Shah, Simpang Pelangai
Pekan Kg Telemong
sebahgian besar jalan dilalui mempunyai pandangan kiri-kanan seperti ini
Kampung Durian Tipus
Kampung Durian Tipus
Simpang Pertang
Pekan Juasseh
Bandar Kuala Pilah
Majlis Perkahwinan Anak Skot Che Jamal
Pada hari Ahad, 24 Ogos 2014, skot Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah dan isteri Puan Nina Abu Bakar telah mengadakan Majlis perkahwinan anak perempuan mereka Inna Malissa di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban.
.
Antara skot yang hadir ialah Razak Presiden, Ganese, Hamzah Hassan, Mazhar, Lod Atan dan pasangan Rahim dan Siti Hajar.
Tahniah Skot Che Jamal dan isteri!
Majlis Pernikahan Puteriku, Atikah
Pada 29hb Ogos 2014, berlaku sejarah lagi dalam keluargaku apabila anakku ke empat (puteri ke 3) Atikah Nur Ezzaty telah selamat dinikahkan. Aku sendiri yang menikahkan puteriku. Majlis akad nikah dilangsungkan di Surai Luqman Hakim, Kem KEMENTAH.
Antara skot yang hadir ialah Hj Abdul Razak Presiden dan isteri, Shohemi dan isteri, Dato Hazizan & isteri, Hj Mohd Saiful dan isteri, skot Norzahari dan isteri dan skot Hj Mohamad Yatim dan isteri. Maaf ye skot-skot yang lain. Memang aku tak maklumkan kepada semua kerana majlis resepsi akan adakan pada 6hb September.
Kebetulan grup ini akan mengikuti rombongan peminangan untuk skot Hazizan pada 30hb esok. Jadi, pertemuan malam ini sebagai platform untuk berbincang.
antara skot 37 yang hadir
Skot Hazizan Bakal Terima Menantu Sulung
Pada 30hb Ogos 2014, walaupun masih kepenatan menguruskan majlis eprnikahan anak aku, aku dan isteri masih berkesempatan untuk memenuhi hasrat skot Dato Hazizan dan isteri meneyrtai rombongan peminangan untuk anak sulung beliau Izham Firhad.
Rombongan berkumpul di Masjid Khalid al Walid KEMENTAH pada jam 1000H. Bertolak ke destinasi (Taman Ampang Indah) pada jam 1030. Rombongan yang besar, dah macam romboganmmenghantar pengantin untuk majlis pernikahan. Skot yang ikut serta bersama isteri masing-masing ialah; Hj Abd Razak (selaku ketua rombongan dan wakil keluarga lelaki), Mustapha, Norzahari, Yatim, Shohemi, Azmi Hamid, dan Sabari.
YB-YB ahli rombongan meminang. Sama ramai dengan rombongan marhaban
ketibaan YB Hazizan di rumah bakal besan
YB Sabari tak dapat pinggan, makan dalam plastik je
YB Mus bersilang kaki. Berbaju biru tu batman, dan yang berbaju ungu tu Setiausaha Sulit
Penyambut tetamu yang dibawa oleh rombongan keluarga peminang
ahli rombongan lain tension dan resah tunduk kepala, dia pulak sorang-sorang yang seronok
Tuan rumah tengah cari ilham untuk menjawab pantun
Ehhh..betul ke apa yang laki aku cakap, malam tadi laki ko nikah Dibah?
ooooo... lega, laki aku silap cakap la Dibahhhhh
Pantun apa yang si Razak baca tu, nak meminang ke nak menikah.... patut lah wakil tuan rumah tadi sebut pihak pengantin perempuan....macam konfiden je
bakal besan lega.... satu lagi anak aku lepas dari tanggungan, pas ni Tok Zizan ambik alih
woitttt dah perasan jadi pengantin niii...baru bertunang yopppp
haaaaaa... yang ni yang kita tunggu dari tadi
entah apa yang si Zahari kolom ni.... mkan la satu-satu... ni rambutan, dokong dan longan sekali masuk
yang ni penyebab darah tinggi, yang tu banyak kolesterol, yang tu manis sangat....aduiii..makan nasi kosong saja la aku macam niiii
aaaaahh, ubat kan ada..... belasah dulu, sakit kemudian, pandai-pandai laaaa
dah 3 lauk, ayam, daging, ikan....masih tak cukup, ulam tak ambik laiiiii
hemmmmm..makan lauk ni, lepas geram penat berpantun tadi
depa posing dengan Tiz Zaqiyah
Zahari, ko kan tau pungkoq aku besaq, satu kerusi mana cukuppp....hang cari la kerusi lagi satuuu...
(biasa la, batman kena detail)
No comments:
Post a Comment