SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Sunday, January 18, 2015

CHAPTER 080: MEMBUKA LEMBARAN 2015

Awal tahun Jan 2015 bermula dengan agak muram kerana beberapa buah negeri di Pantai Timur telah menerima bencana banjir yang agak teruk. CIC (CT One Islamic Complex) milik skot Dato Hj Adnan yang baru digunakan tahun lepas turut menerima bencana dan mengalami banyak kerugian. Semoga skot Nan sekerluarga tabah dan redha dengan musibah yang menimpa.

Pada 5 Jan 2015, skot Lt Kol Hj Abdul Razak Hussain yang juga Presiden S37 memulakan pengajian Sarjana Pengajian Strategik Pertahanan di MPAT/UKM. Didoakan agar skot Razak akan bersemangat dan sukses dalam pengajiannya.


 Januari 15 

15 JAN 2015


Mej (B) Mardzuki yang mempunyai aktiviti perniagaannya di MINDEF sempat mengunjungi kami di pejabat Kol Yohanez pada 15 Jan 2015

Di Majlis Perkahwinan ROSHAIRI BIN ROSLAN (ANAK YBHG PTU)
di Dewan Perkasa, WPATM pada 17 Jan 2015




24 JAN 2015

Ramai yang lupa, hari ini 24 Jan 2015 adalah tarikh rasmi Hari Ulangtahun SSC/TJP 37. Oleh kerana Majlis Reunion baru sahaja diadakan di Wisma Kem Segenting pada 27 Dis 2014 yang lalu, maka tiada apa-apa majlis dianjurkan pada hari ini.

Pada hari ini, anak sulungku mengadakan Majlis Aqiqah dan Tahniq, untuk anak keduanya, iaitu selepas genap 7 hari dilahirkan (16 Jan 14). Pada malam ini juga cucuku ke 5 ini akan dinamakan.





 
 
 
 
Antara skot yang hadir dalam Majlis Aqiqah dan Tahniq cucundaku yang ke lima (Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus) pada 24 Jan 2015 di Surau Luqman Hakim KPTOJ

25 JAN 2015

 
 
 
Skot Sabari yang turut hadir dalam majlis Aqiqah malam tadi (24 Jan) telah dikejarkan ke IJN pada jam 0300H, 25 Jan kerana serangan jantung. Alhamdulillah setelah menerima rawatan angiogram/angioplasty pada 26hb berikutnya dan dibenarkan keluar IJN pada 27 Jan 15.


Skot Mohd Tahar (Armor) dan skot Khalid Ismail (RSD) bertemu skot Mohd Yusof Awang (DRB Hicom) -ex JLJ

Februari 15

MAJLIS PERKAHWINAN
HALIMATONNABILAH BINTI MOHD HUSIN
(1 FEB 2015)

Skot Mohd Husin bin Abdullah dan isteri Puan Che Roma mengundang semua skot sekeluarga ke majlis walimah untuk puterinya Halimaton Nabilah di Dewan Othman Harun, Kem Wardieburn, Jalan Setapak pada 1 Feb 15.


1 Feb 2015 adalah Hari Wilayah Persekutuan ke 41. Oleh kerana ia jatuh pada hari Ahad, makan hari cuti umum diberikan pada hari Isnin 2hb Feb.

Aku bertolak ke Dewan Othman Harun, Kem Wardieburn lebih kurang jam 1400H bersama isteri, Nurul (anak bungsu) dan Auny (cucu- anak Aisyahnur).

Ramai juga skot yang hadir dalam majlis ini; antaranya 1. Hamidah KPA, 2. Zamani RAMD, 3. Azman KPD, 4. Ahmad Ismail KOD, 5. Hashim Hamzah TUDM, 6. Yusof Awang JLJ, 7. Sabari TUDM, 8. Jaudin KOD, 9. Dato Halim RAMD, 10. Nordin TPK RAJD, 11. Roslan Shaari KOD, 12. Yatim RAMD, 13. Suhaimi Saad JLJ, 14. Suhaimi Ashari TUDM, 15. Hj Azemi TUDM, 16. Mazlan Yusof  RAMD, 17. Mustapha KPD, 18. Norhaili SPK, 19. Hjh Marmilah KPD, 20. Hjh Nor Sabrina KKD, 21. Saiful Abd Rashid RAMD, 22. Mahadzir RAMD, 23. Abd Razak (Pres) KAD, 24. Razak Salim TUDM, 25. Norzahari KPD, 26. Jaafar Marlan KPD, 27. Dato Hazizan RAMD, 28. Khairul Anuar RGK, 29. Khairul Anuar RRD, 30. Lod Atan, 31. Razak Siran KOD, 32. Kamarudin JLJ, .....................


 
   
  

yang semua dok gelak ni pasai apa???
Isu 50an tak kenal 50an. masa ni tengah kutuk Khairul (RRD) yang tak dapat direcognise oleh Lod Atan semasa di reunion di PD pada 27 Dis tahun lepas.











masih menunggu gambar dari rakan-rakan lain....

6 FEB 2015


PADA 6 FEB 2015, SKOT KOL HJ MOHD SABRI BIN SHAMSUDIN TUDM TELAH MENGAMBIL-ALIH JAWATAN PEGAWAI MEMERINTAH INSTITUT TEKNOLOGI AEROSPACE TUDM, DI PANGKALAN UDARA ALOR SETAR DARI SKOT KOL IR MOHD ASRI BIN ISMAIL TUDM. SEBELUM INI, KOL IR MOHD ASRI MENGAMBIL-ALIH DARI SKOT LT KOL THIAN PIAN KHONG TUDM


2-14 FEB 2015


Skot Abdul Razak (Presiden) dalam kesibukan sebagai student telah diuji oleh Allah swt apabila isteri beliau terpaksa duduk di wad di HAT Mizan kerana masalah tulang belakang.  Puan Zuraini dibawa ke hospital pada 2 Feb lepas sepulangnya dari menghadiri majlis skot Husin di Kem Wardieburn. Oleh itu, skot Razak terpaksa bercuti dari menyertai majlis-majlis S37 untuk memberi tumpuan kepada isteri dan pengajiannya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Puan Zuraini dan skot Razak dalam menghadapi ujian ini.


Skot Kol Hj Jaafar Marlan juga dimasukkan ke Hospital (RSAT) MSS Taiping selama seminggu pada 8 Feb 15 kerana mengidap demam dengue.

14 FEB 2015

TERDAPAT TIGA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SKOT 37 PADA TARIKH INI

Hari ini memang agak eklam kabut kerana aku mendapat lima undangan perkahwinan. 
  1. Prof Dr Fauziah Noordin (bekas pensyarah di UITM) di Shah Alam;
  2. Mej Gen Dato Hj Mohd Noh Md Said (B) di Dewan Angkasaraya, PUKL;
  3. Lt Kol Mohd Nordin TPK (skot) di Tun Rahah Ballroom, Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang;
  4. Kapt Mohd Jaudin Mat Saad (skot) di Nilai Impian; dan
  5. Lt Kol Kamarudin Ibrahim (skot) di IJED, Port Dic. 



Perkiraan asal; Dari rumah ke majlis Nordin TPK, kemudian ke majlis Dato Mohd Noh, kemudian ke majlis Jaudin dan kalau sempat terus ke PD (majlis Kamarudin) dan akan berakhir ke destinasi di rumah Seremban. Majlis Prof Fauziah memang dah terkeluar dari agenda kerana, kalau aku memilih ke Shah Alam, majlis yang lain di KL akan terlepas. Kalau ambik satu di KL kemudian ke Shah Alam pun tak sempat sampai kerana majlis di Shah Alam selesai jam 1600H, dan traffic ke Shah Alam pada hari Sabtu memang sulit.



Yang menambah sesak program aku hari ini ialah program rasmi TUDM yang tidak dapat dielakkan. Aku menghadiri Mesyuarat Pemerintahan PTU (MPPTU) yang bermula dari 12 Feb sehingga 14 Feb15 di Mes Wira Angkasa, PUKL yang dijangkakan akan selesai jam 1200H.




MAJLIS PERKAHWINAN
DR FARAH SYAKILA BINTI MOHD NORDIN TPK
DI DEWAN TUN RAHAH
BANGUNAN YAYASAN TUN RAZAK
JALAN BUKIT BINTANG, KL

Majlis hari terakhir hanya selesai jam 1300H. Peserta tetap MPPTU lain terus proceed ke majlis perkahwinan anak Mej Jen Dato Hj Mohd Noh TUDM (B) di Dewan Angkasaraya kerana isteri mereka ada bersama (menyertai program BAKAT). Aku sebagai peserta subsidiari terpaksa balik mengambil wife. Maka jadual asal yang aku rancang menjadi bertambah kacau kerana waktunya semakin singkat.

Tiba di rumah jam 1330, solat Zohor, tunggu wife siapsiaga, gitu-gini bergerak dari rumah dah jam 1415. Sampai ke Dewan Tun Rahah dah jam jan 1445. Dapat bertemu skot Hj Zakaria, skot Hj Yatim, skot Firdaus Quah dan skot Razak Salim. Beberapa skot telah sampai lebih awal dan telah bergerak ke selatan.

Sajian lauk kampung, ada pulak sambal goreng (menu Jawa), daging lemak, ikan kering bercili dan ulam-ulaman..perghhhh. Tahniah skot Nordin yang menerima menantu kedua.


  


  
 
  


MAJLIS PERKAHWINAN
MUHAMMAD FIERDAUZ BIN MOHD JAUDIN
DI NO 83, JALAN ISORA 2, NILAI IMPIAN


Keluar dari dewan jam 1515H, keluar Jalan Bukit Bintang, masuk Jalan Tun Razak, masuk MEX keluar di Bukit Jalil/Seri Petaling pecut ke Nilai Impian, Sampai dah jam 1615, majlis dah selesai pun. Tapi kerana skot Jaudin buat di rumah, maka kelewatan tidak menjejaskan program. Lagi pun niat bukan untuk makan semata-mata, DEMI SKOT.

Sampai rumah Jaudin, berselisih dengan skot Noraini yang baru keluar (pulang) dengan suaminya Nasir, kami sembang kejap. Suhairi pun baru keluar dari khemah.

Majlis dah dipenghujung tapi masih ramai skot yang masih bersenggeh. Dato Hazizan, Azmi, Sabari, Mustapha, Shohemi, Khairul Anuar, Nazli, Hazman dan Ariffin. Oleh kerana aku sampai pun dah lewat, ramai yang aku tak dapat jumpa. Tak kesah, yang penting sukses.

Yang datang lebih lewat dan melampaui tempoh waktu juga ialah Mazhar, Yatim dan Razak Salim. tapi teman semua memang tak kesah, janji sampai untuk mengutuk atau dikutuk

Ramai skot yang manupulate perjalanan supaya sampai juga ke rumah Jaudin biarpun amat lewat (majlis dah selesai). Kenapa? Kerana Jaudin merupakan skot yang sejak dari dulu lagi amat jarang sekali tidak kelihatan dalam majlis anjuran skot-skot yang lain.

Tahniah Jaudin yang menerima menantu KETIGA.


skot Norhaili dan isteri sampai awal

tiga dara member kamcheng di SPK ni... Noraini, Siti jameah dan Rohani

Penampilan pertama skot Siti Jameah Satiman (bersama suami Mej B Malek Putra)




sesekali jadi pelayan sebab selalu dah dilayan



kenderaan berat sebelah kiri
 
 
Pak pin tersandar kekenyangan


Nak rasa naik pelamin tapi jaudin tak bagi chance




skot Lias, tak sempat tanggal uniform, turun cockpit terus terjah ke majlis Jaudin. Cbo tengok muka Jaudin tu, banyak sangat kena air ketum?

Patut Sabari lewat balik, dia tunggu Alias rupanya. Mereka ini ada hutang yang belum selesai sejak tahun 1981. Adegan cabar mencabar, sapa lebih Cobra?

Adegan terakhir
Hj Yatim: Aiya cik Aziiiya, kita manyak lewat, meja sutak lipat, nasik sutak angkat...
Hjh Fawzia: Ala abang Yatimmma, keleta manyak lambat, jalan sekat-sekat, lagi jalan kita sesat,...
Hj yatim/Hjh Zi: Malah pun tala guna, kita singkili salah, mali kita masuk Nyaudin punya lapo (dapur)...



MAJLIS PERKAHWINAN
MUHD IKHWAN HAZMAN BIN KAMARUDIN
DI DEWAN JENTERA, IJED
KEM KG SAWAH, PORT DICKSON

Selesai rumah Jaudin dah jam 1745H. Memang majlis Kamarudin pun dah solosai by this time. Maka, perjalanan pulang ke rumah Seremban diteruskan. Namun masih menerima laporan bahawa majlis Kamarudin juga meriah dan ramai juga skot di sebelah kawasan Seremban, Melaka dan PD hadir. Skot Jasni juga menyampaikan beberapa gambar skot-skot yang menghadiri majlis Kamarudin. Nampak yang hadir ialah Norhaili, Che Jamal, Ahmad Ghazali dan Jasni.

Skot Kamarudin Ibrahim masih berkhidmat dan kini bertugas di IJED Port Dickson.

Tahniah Kamarudin yang menerima menantu pertama.


 
 
 


Majlis Menyambut Menantu oleh skot Lokman bin Abdullah (Kapt Bersara) 
No 211, Jalan Bakar Sampah,
Kampung Pinang
Kamunting
Taiping

Tarikh: 21 Feb 2015
Masa: 1500H - 1900H

Aku memang teringin sangat sesekali nak menghadiri majlis skot di kawasan luar dari kawasan Lembah Klang. Namun kali ini aku juga tidak berkesempatan kerana pada 19hb aku berada di kampung menziarahi kedua orang tuaku. Bapak semakin uzur, aku berhasrat untuk balik kampung seberapa yang kerap yang boleh.

Tahniah Lokman. Terima kasih kepada skot-skot lain yang berkesempatan untuk hadir memeriahkan majlis skot Lokman. Mustapha, Nazli, Shazarina, Norzahari, Shafri dan Abu Zahrem.

 
 
 
 
 




No comments:

Post a Comment