SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, August 27, 2016

TJP37101 AKTIVITI HUJUNG OGOS

AKTIVITI WARGA S37 DI PENGHUJUNG OGOS

MAJLIS
PERKAHWINAN DUA ANAK SKOT AHMAD KAMAL BIN HASSAN, LT KOL (B)
DI DEWAN PERDANA KRS,
TAMAN WARISAN PUTERI, SIKAMAT
SEREMBAN
27 OGOS 2016

DALAM PERJALANAN.....
Hari ini ada dua jemputan majlis perkahwinan, satu rakan sekelas Tingkatan 6 Rendah di Sek Alam Shah Cheras (1977) dan seorang lagi skot 37.

Aku bersama isteri dan seorang anak perempuan bertolak dari rumah lebih kurang jam 1130. Menuju ke Putrajaya untuk menghadiri jemputan Sdra Zakaria Md Alip, rakan sekelas L6 SAS 1977. Walaupun hanya beberapa minggu bersama di SAS namun tali silaturrahmi tetap terikat. Setelah terpisah dalam tahun 1977, kali pertama bertemu ialah dalam tahun 2012 (setelah 35 tahun) ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Ahmad Noh di Ampang.

Zakaria berasal dari Tangkak, Johor dan kini berkhidmat di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Antara sahabat lama yang dapat ditemui semasa majlis ialah Datuk Adam Sulong (UPE), Hj Sapini Mat Saman (Hakim Mahkamah Perusahaan), Hamid dan Engku Hamzah.




  
  
  
  
  


Dari Putrajaya terus menuju ke Seremban. Singgah solat Zohor di R n R Beranang, Kami tiba di Dewan Perdana KRS lebih kurang jam 1445. Ketika sampai, antara skot yang telah berada di sana ialah Hamzah, Hj Hairuddin, Hj Khalid Hamid, Khalid Ismail dan Nor Azmi.

Kemudian datang pula skot Jasni, Saiful Bahri dan Shohemi.












Razak Siran sampai ketika kami berjalan menuju ke kereta untuk pulang.



ZIARAH SKOT MAHAZIR
DI TAMAN ENGLAND, SIKAMAT, SEREMBAN


Tak masuk dalam perancangan pergerakan hari ini. Bila dah berkumpul di majlis skot Kamal di Taman Warisan Puteri, ada idea untuk menziarah skot Mahazir yang sedang sakit.

Selesai majlis Kamal aku/isteri bersama skot Shohemi/isteri dan Jasni/isteri menuju ke Taman England untuk menziarahi skot Mahazir Ibrahim (ex Arti) yang baru keluar dari IJN minggu lepas.

Alhamdulillah, di penghujung usia ini kita kuatkan lagi tali silaturrahmi sebagai membayar segala kecuaian kita semasa usia muda.

Terima kasih skot Mahazir dan isteri/keluarga dan semoga skot Mahazir segera pulih dan sihat.











DI AMBANG MERDEKA 
SESSI SEMBANG SAMBIL MENJAMU SELERA BUAH-BUAHAN: GRUP PENANGGAH S37
DI RUMAH SKOT SABARI,
TAMAN SELAYANG MUTIARA
31 OGOS 2016

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 











JEMPUTAN S37 DI BULAN SEPTEMBER 2016

031400H SEP 16 - OTHMAN BIN MD JAHIM, MEJ (B) TUDM


161400H SEP 16 - AJMAIN BIN HARITH, MEJ (B) TUDM


171100H SEP 16 - ROSLAN BIN MD KADAK, LT KOL (B) RAMD



No comments:

Post a Comment