SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Saturday, April 20, 2013

TJP37032 SKOT 37 BERPESTA CUCU


GENERASI  KE 2 
SKOT 37 

Aku pun tau, tak ada sapa orang lain dalam dunia ini yang sanggup membuang masa buat kerja mengumpul gambar cucu orang seperti yang aku buat ini.

Kali ini aku ingin mengabdikan kelahiran generasi ketiga S37.  Walaupun kelahiran cucu-cucu warga S37 telah bermula 3-4 tahun yang lalu namun kebanyakannya tidak dapat dikesan kerana mereka tidak mengkhabarkan maklumat tersebut.  Ini kerana mereka hanya pandai berfacebook kira-kira dua tahun lepas sahaja.  Kedua, mereka tidak menjadi ahli Group facebook pun.

Tetapi apabila musim perkahwinan anak-anak skot 37 mula diwarwarkan secara terbuka mulai tahun 2011, maka setahun selepas itu, satu demi satu skot-skot kita mula berpesta menerima kelahiran cucu.  Aku cuba mendapatkan gambar-gambar skot yang meraikan kelahiran generasi ketiga mereka.

Setakat hari ini, antara skot yang telah mengisytiharkan diri mendapat pengiktirafan dan gelaran 'GRANDFATHER/GRANDMOTHER' @ Datuk/Nenek @ Tok Ki/Tok Wan @ Tok Abah/Tok Ma @ Tok Tan/Tok Na @ Tok Daddy/Tok Mummy dan sebagainya adalah:
  1. Skot Mej Mazlan bin Yusoff (B) - 15 
  2. Skot Lt Kol Roslan bin Hj Shaari - 8
  3. Skot Mej Frizan Ali bin Safi Mohamad (B) - 5 
  4. Skot Kol Toharudin bin Abd Rashid TUDM - 5 
  5. Skot Lt Kol Nazli bin Alias (B) - 3 
  6. Skot Lt Kol Mohd Nordin TP Kunjipathy - 3 
  7. Skot Kapt Hamdan bin Abdullah (B) - 2 
  8. Skot Mej Saib bin Saiin TUDM (B) - 2 
  9. Skot Mej Jen Dato Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM - 2 
  10. Skot Mej Dato Adnan bin Hashim (B) - 2
  11. Skot Kapt Marzuki Shukor (B)/skot Kapt  Zawiah Ariffin (B) - 3 
  12. Skot Kapt Lokman Abdullah (B) - 2 
  13. Skot Kapt Hj Lukman bin Abd Rahman (B) - 2
  14. Skot Lt Mohd Fuad Abdullah Thani (B) - 1 
  15. Skot Kol Abd Malik bin Ali - 1  
  16. Skot Mej Aini binti Hitam TUDM (B) - 2 
  17. Skot Lt Kol Saiful Bahri bin Abdullah (B) - 1 
  18. Skot Lt Kol Mohd Hairudin bin Hj Mukri - 1 
  19. Skot Lt Kol Abdul Razak bin Hussein - 3 
  20. Skot Mej Jen Dato Abdul Halim Jalal - 1 
  21. Skot Kapt Hasnah binti Hashim (B) - 2 
  22. Skot Brig Gen Dato Hj Sanusi bin Samion TUDM - 2
  23. Skot Lt Kol Zulkurnain bin Ahmad - 1 
  24. Skot Kapt Siti Jameah bt Satiman (B) - 1 
  25. Skot Mej Raja Haji Zakaria bin Raja Mohamed (B) - 2 
  26. Skot Lt Aizan binti Idris (B) - 1 
  27. Skot Mej Salleh bin Amil TUDM (B) - 2 
  28. Skot Kapt Mahadzir bin Hashim (B) - 1 
  29. Skot Mej Siti Zaliha bt Che Rus (B) - 1 
  30. Skot PK Abu Bakar Kamarudin - 2 
  31. Skot Hashim bin Hamzah - 1 
  32. Skot Lt Kol Ku Ahmad Khir bin Abdullah (B) - 
  33. Skot LtGen Dato Seri Ahmad Hasbullah - 1
  34. Skot Kapt Hjh Marmilah Munajat (B) - 1
  35. dan aku amat pasti.....ramai lagi
Aku pun tau, tak akan ada sesiapa orang lain dalam dunia yang sanggup membuang masa buat kerja mengumpul gambar cucu orang seperti yang aku buat ini.

Gambar kita bulan lepas, tahun lepas, 5 tahun lepas atau lebih dari itu telah hilang, tak tau simpan di mana. Sekarang mana ada album macam dulu-dulu... simpan dalam kamera, dalam laptop (dsb), dalam hp dalam CD, berapa lama boleh tahan. bila banyak sangat kita delete, bila laptop, hp kena virus abis semua padam.

Aku harap sot-skot semua dapat mengirimkan gambar-gambar cucu yang telah dilahirkan supaya dapat aku abadikan dalam blog ini.

SUSUNAN GAMBAR- YANG TERBARU DI ATAS...


Skot Hashim Hamzah menerima cucu sulung pertama (lelaki) pada 7 Okt 2014

Skot Lt Kol Hj Abd Razak bin Hussain menerima kelahiran cucu ketiga
Putri Nur Husna Batrisyia pada 6 Okt 2014


skot Hajjah Marmilah menerima cucu pertama pada 10 Mei 14

xx
skot Aizan menerima cucu sulung pada 8 Mei 14


cucu kedua (perempuan) skot Mohd Jaudin lahir pada 26 Feb 14
.

cucu ketiga skot Nazli Alias lahir pada Jan 14


Aku menerima kelahiran cucu keempat (Muhammad Aariq Waqas) yang lahir pada 27 Sep 13


Waris terus bertambah apabila cucu kedua skot Lt Kol Abdul Razak lahir pada 21 Mei 2013


Skot Raja Haji Zakaria bersama cucunda sulungnya... pak Ya..wajah jangan serius sangat depan muka cucu tuu.... tau la cucu Mejar bersara.

Raja Muhammad Danish Kameel bin Raja Muhammad Zafrirullah bin 'Skot' Raja Haji Zakaria bin Raja Mohamed- lahir pada 21 Aptil 2013

18 April 2013- skot Hasnah Hashim senyum sampai ke telinga menerima cucu yang baru dilahirkan (Irfan Mikael)

Irfan Mikail (10 bulan)


skot Shafri Mohamad (Ipoh) bersama cucunya


Faiq, cucu sulong skor Mahadzir Hashim dan Lt Kol Azizah
(lahir 29 Mac 13)

 
Inilah perwira yang bakal mewarisi darah pahlawan skot Abdul Razak Hussain. Cucu sulung skot Razak dilahirkan pada 6 Mac 2013.

Majlis Aqiqah cucu skot Abdul Halim Jalal

skot Salleh Amil bersama cucunya

Hilang penat dan letih skot Lt Kol Saiful Bahri Abdullah menimang cucu sulungnya. Dilahirkan pada Nov 2012.


Antara cucu yang paling bertuah dalam dunia- kecik-kecik dah merasa memijak Tanah Suci: cucu sulung skot Adnan Hashim- Sofiyyah binti Asyraf Dinie bin Adnan (lahir 8 Mac 2012)
Hubungan antara datuk/nenek dengan cucu adalah satu hubungan yang luar biasa. Masa aku kecil dulu, dalam kampung aku, bapak aku amat terkenal dengan ke'GARANG'annya. Tapi garang dengan anak-anak dia saja. Dengan orang lain dia terkenal dengan tempat meinta khidmat nasihat- pakar rujuk hal ehwal kemasyarakatan.  Kira-kira macam ahli tetap dalam Dewan Ulama PAS atau Central Executine Committee DAP atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO la.
Kalau dalam seminggu aku tak kena belasah atau swing (sama ada rotan, kayu masak atau tangan) kira minggu itu tidak lengkap. Kalau dalam kedet aku ada Kapt Rahmat, kira-kira masa aku kat kampung dulu, bapak aku lebih kurang macam tu la. Kira nak swing je. Bukan aku sahaja, sama dengan abang, kakak dan adik-adik aku. Kakak aku pun dia belasah macam kami juga, tiada diskriminasi. Kalau boleh dalam satu hari tak jumpa bapak aku adalah satu kelegaan.  Aman dunia kita orang kalau bapak tak ada kat rumah. Perrrggghhh...seronok kalau bapak tak ada depan mata.

Tapi bila kakak aku berumah tangga pada tahun 1972 dan melahirkan cahaya mata pertamanya keadaan amat berbeza.  Hubungan antara bapak dengan cucunya amat berbeza dengan hubungan dengan anaknya.  Walaupun bapak aku ni walaupun suka dengan cucu tapi tetap tak mesra, maksud aku dukung cucu sana sini atau bermain-main dengan cucu.  Bapak tetap tegas dan keras.  Cuma dengan cucu dia tak pernah marah. Tapi tanda-tanda melebihkan cucu tetap ada.  Ada cucunya yang dibelikan kereta supaya dapat bantu dia apabila diperlukan.  Ada cucu yang dia bagi pinjam duit untuk beli kereta. Aku sendiri nak pinjam duit bapak pun takut.

Hari ini, aku sendiri melalui pusingan hidup ini.  Giliran aku menerima cucu.  Allah Maha Agong. Dalam dua tahun aku dikurniakan tiga cucu.

Aku pasti skot-skot lain juga seperti aku, apabila bersama cucu akan hilang penat hilang lelah. 

Kalau gambar aku dengan cucu lebih dari yang lain tu, janganlah kecik ati.  Aku punya blog, aku punya suka la...hahahahaha... Lagipun cucu aku ramai, kena lah lebih gambar.


Cucu keempatku dilahirkan pada 27 Sep 2013. Seorang putera dan dinamakan Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan
Blogger bersama cucu kedua dan ketiga pada 31 Mac 13
Generasi ketiga skot Toharudin
Tengah: cucu pertama (24 Okt 2011), kiri: cucu kedua (22 Ogos 2012) dan kanan: cucu ketiga (24 Nov 2012)
bersama cucu ke 3, Auny Humayra binti Muhammad Noor Hafiz (24 Nov 12)
bersama cucu kedua: Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus (lahir 22 Ogos 2012 dan meninggal dunia pada 9 Jun 2013 akibat kemalangan jalanraya)
Aku bersama cucu sulungnya Muhammad Aqeef Waqas binti Muhd Farihan

'
cucu sulung skot Hj Mohd Hairudin Hj Mukri

Alif Fahim- cucu skot Saib Saiin (lahir 15 April 2011)

Skot Lokman Abdullah (Lokman Kupang) bersama cucunya Mujahidah Fifie Humaira (2012)

Dua cucu puteri milik Lt Kol Nazli Alias: Andriana (lahir 2010) dan Alysandra (lahir 2011)

cucu skot Noraini Ahmad

Skot Mohd Nordin TPK dan isteri bersama dua cucunya
Cucu pertama: Muhammad Farish Baariq
Cucu kedua: Luftiyah Zahra

Tiga dari lima cucu Skot Frizan Ali
Sehingga tarikh ini, mengikut maklumat yang diperolehi, Skot Frizan Ali merupakan skot yang mempunyai cucu paling ramai, iaitu 5 orang.

Skot Ahmad Ali menyambut harijadi ke 57 bersama cucu

PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment