SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Monday, April 15, 2013

TJP37031 MEI PENUH PERISTIWA


BULAN MEI 2013 YANG PENUH PERISTIWA


Bulan Mei bermula dengan kemeriahan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.  Pada 3 April 2013, YAB PM telah mengumumkan pembubaran Parlimen (kemudian satu persatu diikuti oleh MB/KM mengumumkan pembubaran DUN, kecuali Sabah). Penamaan calon pada 20 April.  Pengundi Pos mengundi pada 28 April manakala pengundi awal (warga ATM dan PDRM) akan mengundi pada 30 April. Hari Mengundi PRU13 pula ialah pada 5 April 13.

Anggota melaksanakan tanggungjawab- mengundi secara pos (gambar hiasan)
mulai PRU13 terdapat kaedah Undi Awal untuk anggota ATM dan PDRM

Bagaimanapun kemeriahan PRU tidak seperti 20 tahun lalu atau masa aku kecil di kampong dahulu.  Masa itu kempen atau syarahan politik hanya boleh didengar selepas penamaan calon hingga jam 12 malam hari terakhir berkempen atau sehari sebelum hari mengundi. Tapi, sejak 10 tahun kebelakangan atau lebih jelas sejak PKR ditubuhkan pada tahun 1999 dan bergabung dengan DAP dan PAS dengan menggunakan nama Pakatan Rakyat (PR), setiap hari ada kempen di seluruh negara.

Sejak merdeka negara kita telah mengadakan 12 kali PRU, dengan tahun 1959 sebagai PRU Pertama.  Seterusnya PRU2 1964, PRU3 1969, PRU4 1974, PRU5 1978, PRU6 1982, PRU7 1986, PRU8 1990, PRU9 1995, PRU10 1999, PRU11 2004 DAN PRU12 2008.

PRU3 1969 merupakan PRU yang paling bersejarah kerana mencatat SEJARAH HITAM akibat dari rusuhan kaum. Seluruh rakyat Malaysia perlu belajar dari sejarah. Apabila sikap perkauman yang melampau diberikan tempat maka ia akan memberikan peluang kepada tindakan ekstrim.

Peraturan Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan .... Tahun 1972, secara ringkasnya menyatakan bahawa anggota ATM tidak dibenarkan menjadi ahli mana-mana pertubuhan politik, tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti parti politik dan yang berkaitan dengannya.  Contoh: mengiringi calon, berkempen, menampal poster, peraih undi, menyertai perarakan, membuat kenyataan dalam semua jenis media dan sebagainya. Apa lagi mengada-ngada nak jadi calun.

Bagaimanapun tiada larangan untuk mendengar kempen dengan syarat di luar waktu kerja dan tidak memakai uniform.

Pada jam 0800 pagi,  26 Apr 13, satu majlis Sarapan Pagi bersama Timbalan PM telah diadakan di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara KL.


 
 

Selamat Mengundi Kepada SKOT 37

Mengundilah dengan penuh rasional bukan penuh emosional.

Bagi kami skot yang masih berkhidmat, kami (dan isteri) akan mengundi awal pada 30 April 2013 di lokasi bertugas masing-masing. Manakala skot-skot yang berada di luar negara seperti Kol Muhammad Suhaimi Hj Ashaari (di Washington, USA), Kol Ir Mohd Asri Ismail (di Incheon, Korea Selatan), dan Kol Ajhman Hj Bakur (di Ankara, Turkey) mereka akan mengundi secara pos.

Buat semua skot 37, laksanakanlah tanggungjawab kita kepada negara dengan keluar mengundi.



MENGUNDI AWAL: 30 APRIL 13
aku menunggu di luar bilik mengundi
di dalam Dewan Angkasaraya, PU KL
bahan bukti (saya punya)

3 skot di hari mengundi
(skot Razak, skot Malik dan skot Mubin) 
  
sehingga menjilat jari......skot Abdul Razak Hussein
Jari Skot Mohd Ariffin dan permaisurinya 
Jari Skot Hj Mohd Hairudin dan adindanya



 Majlis Perkahwinan 
 anak Skot Siti Zaliha Che Rus (Bersara) 
 4 Mei 2013 

Pada 4 Mei 13, aku dan isteri menghadiri kursus sehari Ibadah Umrah di Kompleks Andalusia Travel and Tours, Kampong Pandan.  Ceramah disampaikan oleh Ustaz Dato' Daud bin Che Ngah (empunya syarikat).  Kursus yang bermula pada jam 0900 berakhir pada jam 1330 petang.

Setelah selesai kursus aku singgah solat Zohor di Masjid Khalid al Walid KEMENTAH dan selesai solat aku dan isteri terus ke Majlis Perkahwinan Kapt Noor Farhana anak kepada skot Mejar (B) Hajjah Siti Zaliha Che Rus dan suami, Mej Hj Aminuddin bin Othman (B) di Kompleks KDN, Jalan Sri Hartamas 1 off Jalan Duta.  Kapt Noor Farhana adalah seorang juruterbang helikopter dalam Pasukan Udara TD. Saya sampai di dewan hampir jam 1500.  Waktu itu hujan. Sampai sama waktu dengan saya ialah skot Ros Sanani. Kali pertama dia berjaya mendapat permit untuk berjumpa skot.  Gembira betul dia. Ramai juga skot yang hadir seperti:

  1. skot Abdul Razak Presiden S37 dan isteri, 
  2. skot Hussin Abdullah dan isteri, 
  3. skot Hamdan Abdullah dan isteri, 
  4. skot Hazman, skot Hashim Hamzah, 
  5. skot Syed Azhar dan isteri, 
  6. skot Zainudin dan isteri
  7. skot Lokman Abdullah (TUDM)
  8. skot Shohemi dan isteri, skot Mahadzir dan isteri,
  9. skot Ariffin dan isteri dan
  10. skot Rosnani Othman (kemunculan pertama).  kebetulan Ros Sanani adalah pengapit semasa perkahwinan Siti Zaliha dengan Aminuddin pada tahun 1983 dulu.
 
bergambar dengan pasangan pengantin

 
 
 
skot Ros Sanani (first debut) 


TAHNIAH Skot Hajjah Siti Zaliha .,


Keputusan PRU13

20 APRIL 2013

HARI PENAMAAN CALUN- KEMPEN BERMULA



CERAMAH BN 
CERMAH BN
CERAMAH PR
CERAMAH PR


4 MEI 2013

2359H- SEMUA BENTUK KEMPEN/RAPAT UMUM DIHENTIKAN.

5 MEI 2013

0800H- RAKYAT MALAYSIA MUlA KELUAR MENGUNDI.
1700H- SEMUA PUSAT MENGUNDI DITUTUP.
1930H- SATU DEMI SATU KEPUTUSAN DIUMUMKAN.
2030H- KEPIMPINAN PR DAH MULA BERSEDIA UNTUK MEMBUAT PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU.

6 MEI 2013

0050H- BN MENDAPAT KERUSI KE 112 - simple majority untuk menubuhkan kerajaan.
1600H- DS NAJIB TUN RAZAK MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK PENGGAL KEDUA.


DS Najib angkat sumpah di hadapan SPB Yang DPertuan Agong


DS Anwar, masih tergamam..aku tak caya, aku tak terima, SPR menipu.....
bukan INI KALI...banyak kali dahhhhhhhhh

Lupakan PRU13...kembali ke Skot 37.

Pada 14 Mei 13, skot 37 Cawangan PD telah meraikan sambutan Hari Lahir ke 5x skot Mejar Jeneral Dato Abd Halim bin Jalal.  Skot halim sekarang bertugas sebagai Pengarah Keselamatan di Markas EESCOM, Lahad Datu.


 
 
 

15 Mei 13, pemilik blog telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 11 orang anggota LLP dalam satu perbarisan pemakaian pangkat di Markas Logistik Udara (MLU). Selain tugas utama sebagai Ketua Staf (Khidmat) MLU, pemilik blog adalah juga Pegawai Memerintah Markas.


 Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Markas Logistik Udara 
 Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Markas Logistik Udara 
 Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Markas Logistik Udara


Pada 16 Mei 2013, 3 squad S37 (Hazizan, Azmi dan Shohemi) telah melaksanakan 'OPS CARMA' ke pejabat Komander Pangkalan Udara Subang.  




aku bersama skot Lt Kol Khairudin Mohd Zahari TUDM (Bersara)

Pada 17 Mei 2013, berlaku pertemuan beberapa skot sempena dengan majlis penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM dan perlawanan akhir Ragbi ATM di Port Dickson.  Majlis dirasmikan oleh TPTD yang juga skot S37.

sarapan pagi: kiri sekali skot Lt Jen Dato Seri Ahmad Hasbullah (TPTD) dan disebelahnya skot Mej Jen Dato Kamalruzaman TUDM.
 
 
dari kiri: Kol Yohanez TUDM, Lt Kol Razak Presiden, Mej Jen Dato' Kamalruzaman TUDM dan Lt Kol Mubin.
Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2013
Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2013
TPTD menyampaikan hadiah kepada Naib Johan (TUDM). Johan ialah pasukan TDM


LAIN-LAIN PERTEMUAN TIDAK DIRANCANG



Skot Razak Presiden bertemu dengan skot Zulkhurnain Ahmad di PDG Golf Club pada 18 Mei 2013


Skot Razak Presiden bertemu dengan skot Jaafar Marlan semasa majlis penutup perlawanan bolasepak antara Kor TDM di Kem Sunggala pada 19 Mei 2013

Pada 20hb Mei, merupakan hari yang amat sibuk bagi saya. Ikut jadual aku perlu bertolak ke Kuantan pada jam 3pm untuk tugas Mesyuarat Tapisan Akhir Bajet 2014.  Namun saya ada tiga mesyuarat yang perlu dipengerusikan.  Dari jam 0900 hingga 1100 mengetuai pengurusan MLU dalam video conferencing dengan PANGOP.  Jam 1130 mempengerusikan sessi taklimat STC Sukhoi oleh Syarikat ATSC sehingga jam 1330.  Jam 1430 hingga 1730 mempengerusikan JTP (Pembaikan).  Akhirnya aku hanya mampu bertolak ke Kuantan pada jam 1840 dan sampai Kuantan pada jam 2130.

Pada 21 dan 22hb program penuh membahaskan Belanjawan 2014 dengan pegawai dari Treasury.  Agak tough berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Bertolak dari Kuantan pada 22hb jam 1730.

23hb Mei juga hari yang amat memenatkan. Mulai jam 0800, sudah menghadap first sigh yang ditinggalkan dua hari, menandatangani indent dan pelbagai GA. Belum habis membuka surat-surat, satu persatu pegawai MLU datang untuk berbincang berkaitan pelbagai perkara. Jam 1030 ada mesyuarat Price Nego dengan DPSB berkaitan senggaraan Fire Protection System. 1130 - 1330 aku menerima tetamu skot 37 seramai 7 orang.  Sesuatu suasana yang amat jarang ditemui.

 
 
dari kiri: skot Sabari; Marzuki, saya, Azman Daud, Hj Hasaza, Shahrin, Shohemi, Ros Sanani dan Zawiyah

Petang itu, aku ada tiga mesyuarat Price Nego berkaitan DVOR Kuantan, UPS Radar Labuan dan peralatan BAT. Selesai semua mesyuarat pada jam 1700 baru aku dapat mengadap semula first sight dan menyambung tandatangan indent dan surat-surat. Pergggghhhh.

PERINGATAN UNTUK JUN 2013

JEMPUTAN MAJLIS WALIMATUL URUS

SKOT LT KOL (B) SHAMSUDIN BIN SULAIMAN
DI TAMAN PERPADUAN, JALAN TAMBUN, IPOH
(1 JUN 2013)

SKOT LT (B) ROHANI BINTI KASSIM
DI NO 934, JALAN S2/D25, GARDEN CITY HOME, SEREMBAN 2
(1 JUN 2013)

SKOT LT KOL HAMDAN BIN OTHMAN
DI DEWAN ANGKASARAYA, PANGKALAN UDARA KL
(8 JUN 2013)

SKOT KAPT  (B) HASNAH BINTI HASHIM
DI DEWAN TIBA, KOMPLEKS TABUNG HAJI, KELANA JAYA
(15 JUN 2013)


PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment