SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 22, 2013

TJP37030 KEMUNCULAN 'BURN AFATS'


AKTIVITI APRIL '13
Sahabat Yang Baru Muncul


Skot Abu Bakar bin Kamarudin put on his request to be our facebook member (TJP37) on 13 March 13.  Initially, I did not recognise him because his picture was not clear. Furthermore he used his nick name Din Burnjr.  I made my acceptance after getting some clues from one of the group members. .

Abu Bakar was ex-AFATS (Port Dickson) prior to his cadet officers training in SPK. He left SPK sometimes in December 1980 couple of week before the commissioning day for unknown reason.


gambar Burn masa latihan di SPK 

After leaving SPK, based on his statement he received an offer to further his study in Japan in Manufacturing Technology & Engineering di Iwate Daihaku (University of Iwate), under the AOTS (Association Overseas Technical Scholarship) program.

Upon completion of his study, he worked in one of the Japanese factory in Bangi then he moved to Motorola/SMP (Bangi) and finally works with Texas Instrument (Keramat) until today. The rapid economic growth under the Look East Policy by Dr Mahathir showed the great influx of Japanese and Korean investor in Malaysia.  Abu Bakar was one of thr pioneer who share his hand to assist the development of Japanese manufactories in Malaysia, Singapore and  Thailand.

Abu Bakar and his family is now reside at Taman Desa Pelangi, Ulu Langat.  Looking into his facebook, I can say that his primary hobby is big-bike (high-power bike) adventures riding. 



Skot Bakar mengunjungi istana Paduka Presiden untuk mempersembahkan kad jemputan untuk rakyat S37

Pada malam 17 Mac 13, skot Abu Bakar telah mengunjungi rumah Presiden S37 (skot Lt Kol Abdul Razak) di Manjalara untuk menyampaikan kad jemputan perkahwinan anak lelakinya (Abdul Razak) beliau pada 7 April 2013 di Satay Station, Ampang Water Front.

Aku personally amat menyanjung cara skot Abu Bakar. Walaupun baru seminggu menyertai group, pastinya semua skot yang akan hadir majlis itu nanti bakal melupakan kehilangannya lebih 32 tahun yang lalu.  Persahabatan kembali bertaut.  Bertambahlah koleksi S37 yang masih hidup di atas muka bumi ini. 

Selain dari skot Abu Bakar, ramai lagi skot TJP37 yang tidak sukses menamatkan latihan atau pun menamatkan hampir kesemua peringkat latihan tetapi tidak ditauliahkan bersama-sama atas sebab-sebab yang tertentu.  Ada yang diberhentikan, ada yang memohon untuk berhenti kerana tidak dapat bertahan dengan latihan ketenteraan, mendapat peluang kerjaya yang lebih baik dan pelbagai sebab lain yang berbeza, antaranya yang aku masih ingat ialah:
  • PK Hazman bin Ahmad (Tuah) (antara yang paling aktif menyertai hampir semua aktiviti S37)
  • PK Mohd Salleh bin Hj Kasim (Tuah)
  • PK Ahmad Zainal bin Razali (Tuah)
  • PK Norhaili bin Abd Latif (Kasturi)
  • PK Mohd Yasib (Kasturi)
  • PK Abdillah (Tuah)
  • PK Mohd Natar bin Atan (Tuah)
  • PK Adnan (TUah)
  • PK Mohd Sabri bin Samsudin (Tuah) (telah meninggal)
  • PK Hanafiah (Tuah)
  • PK Rosli (Cikgu) (Jebat)
Tetapi atas kesibukan sendiri atau disibukkan dengan program latihan yang padat, maka sebahagian besar dari kita tidak menyedari kehilangan rakan-rakan kita itu.  Lama-kelamaan menjadi lupa (kecuali rakan rakat satu capoi atau sebelah capoi) dan seterusnya hilang dari ingatan.  Aku sendiri kalau terserempak, mungkin hanya Norhaili dan Cikgu Rosli sahaja yang aku kenali dan ingati wajahnya.  Yang lain aku 100% lupa.


Sementara menunggu pertemuan 7 April 13, aku masih meneruskan pemburuan untuk menjejaki rakan-rakan yang lain....
.
Pada 7hb tiba hari untuk pertama kali bersua muka dengan skot Abu Bakar Kamarudin sempena majlis perkahwinan putera beliau di Satay Station, Ampang Water Front.

Aku telah merancang memenuhi jemputan seawalnya pada jam 2.30 kerana aku mempunyai program melawat anakku (Heikal) di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling.  Kami bertolak dari rumah pada jam 1015 pagi dan singgah di TESCO Bukit Sentosa untuk membelikan sedikit bahan makanan ringan dan alatan untuk Heikal.  Kami sampai ke Kem pada jam 1150. Kami tidak dapat bersama anak terlalu lama kerana cuaca amat panas, cucu aku pun dah mula menangis kepanasan dan kawasan berbumbung untuk pertemuan dengan ibu bapa tidak mencukupi, kami pulang pada jam 1240.  



Sampai di rumah lebih kurang jam 1430.  Selepas solat Zohor aku bergerak ke Ampang Water Front dan sampai di lokasi lebih kurang jam 1530.  Agak lewat kerana tercari-cari lokasi majlis.  Sampai di sana yang ada ialah skot Mahadzir, Shohemi, Hj Jaafar Pangat, Sabari, Hussin dan Jaudin.  Kemudian datang pula skot Razak Salim dan Aini Hitam (bersama anak dan cucunya). Ini merupakan kumpulan terakhir sebelum majlis berakhir.


Budak Lanchang dengan penampilan baru, setelah tamat bertapa di Gua Lanchang selama beberapa tahun, kini sedang mencari pasaran baru..... selalu ada 5 escort, hari ini datang solo. 
Antara Aini dengan Siti Zaliha selalunya saling berganti untuk mewakili skot Hawa S37 untuk memenuhi jemputan skot2.  Yang lain-lain cuma datang sekali-sekala sahaja, tertakluk kepada kelulusan Panglima masing-masing.  Tapi yang tak ada Panglima macam Yohanez, Sarkiah dannnn...(ada lagi ke?) pun tak tunjuk muka juga.

Skot Abu Bakar mengkhabarkan ramai skot yang dah meninggalkan majlis, termasuk Tuan Presiden.  Ye la, aku sampai pun dah kat hujung waktu penutup.  Bila pulang ke rumah, aku buka facebook kerana aku pasti akan ada berita bergambar dari kamera Tuan Presiden.
Memang benar, ramai juga yang hadir lebih awal.  Inilah kelebihan S37.  Walaupun tak pernah bertemu, tak pernah dengar khabar berita dan kalau berlaga dahi di tengah jalan tak mungkin kenal antara satu sama lain, NAMUN bila dengar sahaja berita, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk hadir.  Setiap pertemuan adalah kemungkinan pertemuan terakhir bagi kita.
.

Datin kena buli Hj Wahid ke ni sampai latah..... 
  
Paduka Presiden dengan penampilan terbaru sebagai ketua Chef.  Tetapi setakat ini hanya mendapat recognition dari dapur PULAMOR sahaja. Persatuan Chef Malaysia tak mahu iktiraf kerana pakai songkok UMNO.

Ramai skot AFATS yang hadir meraikan skot Burn yang sekian lama menghilang dari komuniti S37- rupanya mencari ilmu sampai ke Jepun. 

Tiga skot Airforce ni, duduk dekat2 tapi masing-masing dengan strategy tersendiri.  Lokman, mantan CEO Desatra tengah test kualiti sajian.  Shuairi meikirkan masa depan anak-anak yang nak beribu baru.  Hashim, pun dah mula bosan hari-hari makan sorang-sorang. 
  
  

Ko dua orang ni tak payah nak lawan-lawan macho. Jawab sama ada NAK ke TAK NAK je.  

Tengok, kami masih anggun dan bertenaga.  Bapak2 skot jangan nak buat hal.. Group kami dah kuat sekarang. 

Skot 2 orang ni duduk berpasang-pasang, mesra dan romantik lagi, ni apa hal?????
CATATAN: Kanan sekali ialah Allahyarham skot Ajhman. Ini adalah kali terakhir kami bertemu dengan beliau yang sedang bercuti dari tugas di Ankara-Turki. Beliau meninggal dunia pada 8 Jun 13 dalam kemalangan jalanraya di hariraya pertama di Kuala Selangor. Al fatihah.

Ramai juga geng S37 ex-AFATS yang sama-sama meriahkan majlis seperti skot Suhaimi Saad, Hussin, Mat Kiwi, Mahadzir dan Jaafar.

Aku dan isteri meninggalkan majlis skot Abu Bakar lebih kurang jam 1615H- melebihi tempoh waktu jemputan.  Kumpulan yang sama-sama meninggalkan majlis ialah skot Hussin, Sabari, Mahadzir dan Shohemi.


Tahniah Skot Abu Bakar dan isteri!


Skot Halim Jalal Naik Pangkat

Pada 10 April 2013, Presiden S37 menyampaikan maklumat bahawa skot Brig Jen Dato' Abdul Halim bin Jalal (RAMD) telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral.  Skot Halim akan bertukar ke Markas East Sabah Security Command (ESSCOM) yang baru sahaja ditubuhkan untuk menyandang jawatan Pengarah Sektor Pertahanan.


Skot Halim dari Bn Kasturi SPK ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja.  Beliau adalah antara skot 'Army' yang agak awal dapat aku temui kerana kami berpeluang sam-sama melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam.  Dia ambil Diploma Undang-Undang dan aku DBS antara tahun 1986-89. Sekali lagi bertemu apabila kami sama-sama melanjutkan pengajian di tempat yang sama untuk Diploma Lanjutan antara tahun 1994-96.  Seterusnya beberapa kali kami sama-sama bertugas di MinDef.

Sebelum dinaikkan ke pangkat sekarang, beliau pernah menjawat Panglima 11 Briged dan Panglima 5 Briged dan jawatan terakhir sebelum ini ialah Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD.

Dengan kenaikan pangkat ini, Skot Halim merupakan skot 37 yang ketiga mencapai tahap jawatan yang setaraf denga JUSA selepas skot Lt Jen Dato' Seri Ahmad Hasbullah dan skot Mej Jen Dato' Kamalruzaman TUDM.

Tahniah Skot Dato' Halim Jalal!


Khidmat Pelanggan S37

Pada 11 April 2013, Skot Ros Sanani Othman (Nani) dan seorang kawannya telah ziarah ke pejabat Kebetulan suami Nani, Adham Shah yang kebetulan adalah  'classmate' aku semasa di Tingkatan 3 di Sek Tunku Mahmud Iskandar (STMI), Pt Saidi.  Ini satu lagi kes perjumpaan pertama selepas tarikh 24 Jan 1981.

Pada 12 April 13, skot Azmi, Shohemi dan Dato Hazizan pula telah membuat appointment bagi membuat kunjungan ke pejabatku. Seronok sesekali  kawan2 lama datang melawat.  Nak harapkan aku yang keluar jumpa mereka memang tak ada harapan. Kalau nak jumpa pun tunggu majlis perkahwinan anak-anak skot atau pun reunion gathering.



15 April 13

Pertemuan 4 skot dalam satu program ATM di Kuching.


dari kiri: Lt Kol Che Ruzlan Che Ishak,  Kol Jumali Salamat TUDM, Lt Kol Ishak Hj Johar dan Lt Kol Salihudin Daud (duduk)

19 April 13
Gambar berikut adalah pertemua dua ex-RMAF pilot di Kota Bharu.  Skot Alias bin Hamdan sekarang bekhidmat dengan Air Asia, manakala skot Saleh Amil bertugas dengan Asia Pacific Fligh Training School (APFTS) sebuah akademi penerbangan di Kota Bharu.  Alias menghadiri majlis graduasi anak perempuan beliau yang telah berjaya mendapat sayap penerbangan komersial (APL).
skot Salleh Amil (kiri) dan skot Alias Hamdan 
Coursemate No 1 FTS, TUDM Aloq Staq 1981 

PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:

coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment