SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 8, 2013

TJP37018 HUT 32 INTAKE 37

HU32 TJ37

MESYUARAT KOORDINASI PADA 12 JAN 13

Assalamu'alaikum wr wb dan Salam Sejahtera Skot.

Kita jumpa kembali untuk mengingat kembali peristiwa 33 tahun yang lalu. Pegawai Kedet (TJP) Panggilan ke 37 yang mula melapor diri pada 2 April 1980 dan mengangkat Sumpah Perwira pada 5 April 1981 telah merayakan ulangtahun ke 33 pada malam 2hb Feb 2013.

Hari Ulang Tahun (HUT) TJP37 ini dilaksanakan di Wisma Perwira Markas 4 Divisyen, Wangsa Melawati.

Sukar untuk memilih tarikh sebenar Hari Ulangtahun TJP37 ini.  Kami melapor diri pada 2 April 1980, mengangkat sumpah pada 5 April 1980. Tetapi bagi ex Boy (RMC) pula melapor sebulan lewat.  Dalam pada itu ada yang gagal di peertengahan jalan dan di akhir perjalanan sebelum ditauliahkan pada 24 Jan 1981.  Malang bagi Pegawai Kedet Udara yang dipilih mengikuti latihan penerbangan.  Mereka dikeluarkan dari SPK beberapa hari sebelum perbarisan pentauliahan dan dihantar ke PULATIBANG 1 TUDM Alor Setar atau PULATIBANG 2 TUDM Kluang.  Yang mengikuti latihan terbang pula lagi banyak cerita. Yang gagal menamatkan latihan telah ditauliahkan secara berasingan, secara bersendirian. Macam aku, ditauliahkan sorang-sorang dalam pejabat Komandan PULATIBANG 2 TUDM Kluang pada 1 Julai 1981. Ada yang tauliah Ogos ada yang Oktober ada yang Disember 1981, ada yang tahun 1982.  Mana-mana yang berjaya menamatkan latihan dan mendapat sayap penerbangan ditauliahkan pada bulan Mei 1981.

Selain dari itu ada yang terpilih ke RMA Sandhurst, UK dan OCS Portsea, Australia dan ditauliahkan mengikut tarikh mereka menamatkan latihan.  Mana-mana yang gagal di luar negara diarahkan menyertai mana-mana intake yang sedang menjalani latihan di SPK. Ada yang masuk TJP 40 atau 42.

Maka untuk adil kepada semua, tarikh 24 Januari dipilih sebagai tarikh hari ulang Tahun tetapi tahun 1980 dipilih sebagai tahun kelahiran TJP37.

Mesyuarat Pro-Tem penganjuran Malam Hari Ulang Tahun ini diadakan di Wisma Perwira Markas 4 Div pada petang 121600H Jan 2013 di pengerusikan sendiri oleh Presiden Kelab S37.  Amat dukacita kerana aku sendiri tidak dapat hadir kerana pada waktu itu aku berada di Bukit Sentosa untuk menguruskan penyewaan rumah aku.

Kehadiran:
  1. Lt Kol Abdul Razak bin Hussein (Pengerusi)
  2. Lt Kol Hj Ishak bin Hj Johar
  3. Lt Kol Salihuddin bin Daud
  4. Lt Kol Abdul Razak bin Salim TUDM (B)
  5. Kapt Shohemi bin Hashim (B)
  6. Kapt Mohamad Sabari bin Mohd Said TUDM (B)

  
 
 
 
 

Keputusan:
Majlis Tahlil sempena Ulangtahun ke 32 TJP37
Tarikh: Sabtu, 2 Feb 13
Lokasi: Wisma Perwira Markas 4 Divisyen
Menu: Bar-BeQue.
Acara:
  • 1830 - Ketibaan warga S37 dan keluarga.
  • 1730 - Solat Maghrib berjemaah 
  • 2000 - Tahlil/Doa selamat
  • 2040 - Solat Isyak
  • 2100 - Jamuan dimulakan - diiringi oleh Slide Show.
  • 2300 - Sessi bergambar
  • 2345 - Majlis bersurai.
Pelaku utama dalam penganjuran majlis kali ini ialah  skot Lt Kol Salihudin Daud dan Skot Hj Ishak Hj Johar. Terima kasih skot di atas segala kerja kuat untuk membuat persediaan yang amat membanggakan.

Pada 23hb Januari 2013, satu lagi pertemuan kecil secara berlaku.  Temujanji dibuat secara bersahaja melalui facebook dua tiga hari sebelum. Kebetulan pula malam itu adalah malam 24 Jan - tepat 32 tahun setelah skot TJP37 ditauliahkan.

Pertemuan diadakan di NZ Curry House, Wangsa Delima (Wangsa Maju). Seramai lapan skot yang hadir iaitu; Aku, Azmi Abd Hamid, Mohamad Yatim, Mohamad Sabari, Abd Razak Salim, Mohd Azrul Hardav, Mohd Shah Abd Rahman dan Shohemi Hashim.

Aku memang tak pernah jumpa Azrul sejak dia berhenti pada tahun 90an.  Nama asalnya Hardav Singh.


 
 
 
.

Macam biasalah, bila sesekali jumpa, macam-macam cerita la, mengimbau kesah SPK.  Azrul membawa cerita yang paling menarik mengenai pengalaman dengan Kapt Rahmat.  Sebut nama Kapt Rahmat, setiap PK tak kira lelaki ke wanita semua ada cerita tersendiri.  Mungkin ada yang terselamat. Jangan nak kena 'buah tangan' dia, tengok renungan mata dia pun dah tak lalu nak makan.  Aku sendiri dua kali mendapat 'hadiah/buah tangan' dia.  Sekali masa messnite, dia tikam dengan pisau kat rusuk bila aku tak dapat jawab pisu itu untuk makan apa (maksudnya daging atau ikan).

Kali kedua aku kena dengan sebatang kayu sebesar lengan singgah atas helmet aku bila lambat rebahkan diri (take cover) semasa amaran stand to. Masa tu tengah tolak bulb wire naik atas Bukit Broga.  Tengah mengah kepenatan kena belantan atas kepala lagi. Memang zalim.  Tapi apa nak buat, amsa tu instructor adalah Raja.  Kalau YDPA Agong dengan instructor yang suruh crawl, mesti arahan instructor yang dipatuhi dulu.

Cerita Azrul ada tertulis di bawah TAJUK 27: IMBAU MENGIMBAU 2.

Okay, kita kembali kepada HUT33 kita.  Bila tiba tarikh 2hb Mac maka satu demi satu skot (ada bersama keluarga) mendaki bukit ke aras Mes Perwira 4 Div di Wangsa Melawati.  Aku pun selama ini tak tau rupanya kat situ ada mes pegawai.

Waktu aku sampai, belum sampai separuh yang sampai. Maghrib pun dah hampir sangat.  Lepas itu satu persatu kereta skot masuk ke ruang parking mes.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan tazkirah dan doa selamat yang dipimpin oleh Mej Ust Muntaha.  Selepas Isyak semua beredar ke ruang jamuan.

Semasa majlis jamuan itulah diadakan pertunjukkan 'slide show' yang mengimbau sejarah dan perjalanan Skot 37 dari hari pertama melapor sehingga hari ini.  Rekaan itu adalah 100% hasil titik peluhku selama lebih sebulan.  Bermula dari mengumpulkan gambar dari facebook, album dan emel kawan-kawan.  Kemudian diikuti oleh mengarang plot cerita, menyusun gambar, membuat caption serta mencari, memilih dan membuat setting lagu atau muzik latar.  Dari tak tau sampai aku pakar dalam hal tersebut.  Tiap-tiap malam sampai jam 1-2 pagi aku melayani kerja tersebut.  Memenatkan tetapi seronok. Tayangan selama 40 minit itu mendapat sambutan yang menggalakkan.  InsyaAllah aku akan convert kepada CD untuk dijual kepada rakan-rakan.  

Sedikit bayaran yang bakal aku kenakan bukan untuk membayar penat lelah memerah otak tetapi hanya untuk subsidi membeli CD, upah merakam, sedikit bantuan bayar bil elektrik yang digunakan serta sebahagiannya bakal didermakan untuk Tabung S37.

Berikut adalah gambar-gambar yang menggambarkan kemeriahan Majlis pada malam itu.



Co-organizer skot Salihudin tak cukup tangan dan mulut melayan panggilan skot2 yang sesat jalan menuju ke Mes Perwira.

satu demi satu tiba di perkarangan Mes Perwira Markas 4 Divisyen.  Disambut mesra oleh skot Dato Hj Azlan, skot Salihudin dan skot Hj Ishak

Tuan Presiden (seumur hidup) memberikan taklimat program

Ustaz Muntaha memberikan tazkirah berkisar tentang sifat kepimpinan Rasulullah saw.

semuanya khusyuk mendengar tazkirah


mengaminkan doa selamat untuk S37 dan hadiah doa untuk rakan-rakan yang telah pergi ke alam baqa'  mendahului kita



selesai majlis di surau- bersalam-salaman mesra

bermesra sebentar sebelum beredar ke ruang jamuan
Banner menyambut kehadiran warga S37

Norzahari: Alaaaaa budak kecik ni, pantang nampak bapak kamu sembang dengan pompuan lain, mesti datang menyelit.
Ishak:  Ni mesti mak dia yang suruh datang niiiii buat risikan.  Ini skot bapak la nakkkkk...

Nuuuuuun di sannnnaaaaa....beeeeeribu batuuuu....kau ku tinggalkannnnnnn, bersama hatikuuuu. Entah apa mende yang dikelentongkn oleh skot Mubin kepada
skot Hazman dan skot Ghazali

Razak:  Bagi nombor, bagi nombor....... aku tengah nak cari besan niiiih. Razak suka simpan nombor untuk dia mintak belanja teh tarik masa dia boring tak de kerja kat rumah.

Yatim: Dato Seri, masih boleh tahan jugak lagi skot kita ni yek, dah 5 siri pun masih mantap lagik.
DS Hasbullah: Betui la Yatim apa yang hang cakap.... tapi jangan la cakap kuat-kuat, Datin aku ada sebelah tuuu.

Ohhhh...skot . Lama bebenor kita tak bertemu... bila perut bertemu perut....nak memelok tangan dah tak sampai.  Kalau macam ni saiz ko masa kedet dulu skot, mampuih aku tak larat nak buat fireman lift.
Zamani: Lama aku cari kamu, baghu dapek jumpo.  Ko ingat tak? dulu ko pinjam aku RM1 beli ghokok kat kantin Jebat. Aku ingat lagi, 16hb Jun 1980. Lepaih 32 tahun ko kali je la setiap tahun naik 7%.  Aku bagi masa ko seminggu je untuk settle.  Kalau tak..... tau la apa aku nak buat.
RAMBUT sama putih HATI lain-lain. 
Malik tak pandang Hairudin, Hairudin pun tak pandang Malik. Tapi depa dok bercakap. Dalam hati, dua-dua berkata: Dia ni la yang curi track suit aku masa kat SPK dulu....
Lepas Hamdan datang jadi moderator barulah dua-dua ok. Kita lupa hutang lama la skot. 
Isteri Salihudin (Raha):  Kalau selalu laki aku bawak ke reunion skot dia macam ni, lagi banyak aku duduk sama2 dengan  nenek-nenek ni, lagi cepatlah aku jadi tua.
 
Che Lan: Ko jangan ingat aku jalan dengkot ni aku dah tak de power skot. Walaupun lutut aku ni dah terketaq-ketaq bila nak naik atas katil, tapi bila dah ada kat atas katil, ketaq tu dah naik ke atas, mende lain pulak yang bergetaq.
masing-masing dengan ceritanya sendiri. memang seronok sesekali dapat bertemu macam ni 
 
Mubin:  Hee Norhaili, ko ni sebenarnya business apa ni? Tak kan dari dulu dok jadi pengedar sabun je skot.
Salih dengan Hashim masih ok.  malik dengan Zamani dan mula tanam kapas. Mat Kiwi dah tebas abis rumput di padang
Smokers Corner
Ehhh...Razak, lu jengket macam mana pun, lu tetap tak boleh tinggi laaaa
 
Ko tengok apa kat atas tu Leha.  Teringat seluar skot ko terkoyak masa panjat tali dulu ke?
pertanyaan biasa ialah khabar berita, khabar anak menantu dan cucu 

biasa la...sesekali jumpa semua bertukar2 nombor telefon. Masih ada lagi yang tak tau macam mana nak hantar sms.  Cuma tau panggil dan jawab sahaja. Itu sebab kalau jemput reunion dengan sms dia tak baca.

ehhhh BAKAT pun nak berposing jugak ke.  Ye la, Agong ni Raja kita semua tau, bukan milik Askar Melayu sahaja

Romlee:  Shim... ko tak usah nak cakap besar laaa.... aku punya lagi besaqqq..ko ingat tak? ko ingat takkk? Sapa King? Jawabbbbbb????

Si Yatim ni memang serius 24 jam.  Geram betul aku dengan Din ni, cakap tak tau nak berenti.  Satu ayat aku nak mencelah pun dia tak nak bagi peluang langsung.

Macam baisa, skot Salihudin dengan temberangnya

Kita berpecah tapi kita adalah satu. satu skot. Skot Razak Salim, Azrul Hardav, Razak Hussein dan Husin.



Zamani: Ehh rasa macam kenal ko je la,  ko ni skot aku ke? Ko Bn apa hah? Ooo ye, kau dulu Prebet dalam Platun Demo masa kedet belajar IMP dulu ke???
Hashim: Nasib baik la ramai orang ada kat sini, kalau tak aku sepak muka kau bersepah gigi ko kat Mes ni. Aku Hashim la. Aku Jebat.  Cakap tak ingat udah le, jangan sampai kata aku Mat sabun Platun Demo.

skot Che Ruzlan, Hamzah, Hamdan Othman, Azmi, Norzahari dan Razak Hussein.  Hamdan:  Si Mezoh ni bunting anak kembar lima kot.

skot Nasir Sulaiman membaca doa makan, doa selamat dan doa panjang umur yang panjang


MEWAHnya...sajian yang melimpah ruah...ini baru satu meja

sekor kambing terkangkang menjadi mangsa habuan rimau-rimau S37


mengaminkan doa yang disempurnakan oleh skot Nasir Taliban

Dengar sini baik-baik Romlee. Aku dengar ko nak pakai satu bintang minggu depan ye. Tahniah la.  Tapi ko kena ingat, makin tinggi kita naik, makin sikit kawan kita tau. Kita sibuk, nak turun jumpa depa kita tak ada masa. Nak harap depa naik jumpa kita, depa segan pulak....

mencari geng masing-masing

pulut kuning lambang melekat rapat  sebagi simbol keakraban persahabatan

upacara memotong kek harijadi S37 ke 32

Geng Tuah

geng Jebat

geng Kasturi

geng BAKAT pun dah pandai cari geng sendiri untuk bergosip

Hamzah, Adnan, Hamdan Rahim, Che Ruzlan, Husin, Zulkarnain dan Ahmad

Para pesara mendaftar nama untuk mengambil BR1M.... kali ni cuma dapat satu cawan

Tahun lepas anak aku kawin, kemudian aku pulak kawin....abis kosong tabung aku.  Skot-skot semua tolong la aku. Kalau tak cukup duit bagi lah jam tangan ke gelang ke...

Empat orang ni punya kerja, abis licin food container dibuatnya

Kita jangan persia-siakan hidangan yang ada, laki kita dah bayo

the only lady skkot yang hadir malam itu, Siti Zaliha



Baham, bedal, bantai.... jangan risau kalau badan kita gedempol pun apa risau, kita semua dah ada laki.  Tak usah risau takut tak laku...

Yang tinggi ke kanan yang rendah ke kiri. Nak bagi balance, Jaafar dan Zamrose kena duduk

Mesti ada yang mencuit hati.  atau kena kelentong dek Salihudin

Kau tau takkk?..eh tak kan tak tau???? Tak kan tak tau kalau si pot pet pot pet pot pettttt

skot Zainudin, Mazhar, Hashim dan Shuairi

Puan Rahah cepat matang sebab tiap-tiap bulan kena brain wash oleh geng Opah


SEMUA SKOT YANG HADIR

Ahli BAKAT S37 yang hadir

the TUAHANS

The Tuahans and their spouse

The JEBATANs

The Jebatans and their spouse

The KASTURIANS

The Kasturians and their spouse

The 'RAMDs' mengambil tempat
the Generals

Skot Army yang menyinar bersama isteri masing-masing
dari kiri: BrigGen Dato Halim, LtGen Dato Seri Hj Ahmad Hasbullah, BrigGen Dato Hj Azlan dan Brig Gen Dato Zamrose

Presiden dengan skot Army yang telah berbintang.

Dari lebih 60 orang di SPK, ini sahaja skot Airforce yang hadir malam itu

Saya Lt Kol je Dato Seri. Tak mampu nak bagi lebih-lebih.  Jawatan presiden ni pun bukan ada elaun.  Kalau DS nak hadiah besar sikit tahun depan, kalau ada gojet merah lebih2 tu pas la sepasang kat saya.  Time BMI saya masih okay ni....


SEMUA KELIHATAN PANIK. KENAPA?
RUPANYA DUA SKOT KITA NI TENGAH BERTEGANG URAT
Zamrose: Dulu masa kat Jebat ko kebas suo dalam aku, mentang2 lah ada 3 bintang, tak nak mengaku pulak ye....kat KL ni ko jangan nak eksyen skot!!
Hasbullah: Apa skot-skot, memandai je ko tuduh aku ye, bukan aku yang kebas, saiz ko cuma Jaafar dengan Zizan je yang boleh pakai. Lagi pun masa ko repot suo dalam ko ilang tu, aku dah pegi Portsea. Pande la ko tuduh orang. Aku hempok dengan mug ni pecah muka koooo.


Dah malam niiii...apa korang tunggu lama-lama. Belah la cepattttt..... Limit aku jam 2300H jeee. Lepas tu Dato Seri ke Dato Mah Meri ke...aku akan tinggal balik.


Rasanya masa berjalan amat cepat.  Setiap perjumpaan akan diakhiri dengan perpisahan. Nampak gembira tetapi sebenarnya berat untuk meninggalkan rakan-rakan seperjuangan. Bukan mudah nak dapat berkumpul seramai ini.

Malam itu seramai 58 skot yang dapat dikumpulkan.  Ramai lagi yang berjanji untuk hadir tetapi tidak dapat atas berbagai alasan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin akan jumpa atau mungkin tak akan jumpa lagi untuk selama-lamanya.

Marilah kita sama-sama mendoakan sesama kita agar sentiasa mendapat keampunan dan kerahmatan Allah selamanya.

SELEPAS 2HB MAC

Beberapa hari selepas reunion, beberapa skot turut terJUMPA dengan skot yang lain dalam situasi yang lain.  


Shohemi jumpa dengan Ishak Hashim dan Ku Ahmad Khir di Sg Petani
Skot Razak jumpa Ku Ahmad Khir juga di HAT Mizan 
aku jumpa Skot Sam Fong Seow di HAT Mizan (pada hari yang sama jumpa juga dengan skot Siti Zaliha dan skot Ku Ahmad Khir


I plucked this memorable words posted by skot Kamaruzaman Tun Abd Aziz in our group facebook.

Yesterday, 2 Feb 2013, a group of men and women gathered to celebrate the 33th Anniversary of the Officer Cadet School Short Service Commission Intake 37. 

In 1980, young men and women enlisted into the Officer's Cadet School in what was to be the most momentous and eventful journey of their lives. Little did any of them knew the first hello that they greeted their newly found friends then would bloom a camaraderie which would last a lifetime, in and out outside, the Service. 

Three decades and three years ago, the geo-strategic landscape was all but tensed with the imminent launching of the infamous "Domino Theory" which had put Malaysia within the radar of external harm. Concurrently, the fight against Communist Terrorists in our jungles, was at that juncture, endless. These young men and women were not overly concerned with the geo-strategic environment but rather answered the noblest calling in life to be 'Always in the Forefront (Sentiasa Di Hadapan)'. Haunted by the tragic deaths of friends during the opening days of the course, Intake 37 concluded the gruelling 9 months with many dropping out for various reasons. The Intake commissioned in 1981 and members went on to engage the insurgency threat while preparing for the invasion which never came. Many did not live to see the sunset while those who survived, completed their Service to King and Country to retire. 

Today, quite a number are still in Service with a handful bearing the general's star on their shoulders, a far fetched conclusion from the bars on their appaulettes 33 years ago. Whatever paths this eventful journey led each and every one of them, they have given the noblest sacrifice to the nation during a period of uncertainty and tension. 

On the 2 Feb 2013, they gathered to honour their friends who have since died with much glory. They grouped to remember the long and winding road travelled, and introspect the journey ahead. They reaffirmed the esprit d'corps embraced when they took the oath to defend the country 33 years ago. They gathered to celebrate being "Always in the Forefront" in whatever they did. They came to be amongst their brothers and sisters whom they depended their lives upon. Happy anniversary IntAKE 37: DIRGAHAYU

PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com/
toharudinairforce81.blogspot.com

No comments:

Post a Comment