Skot Khairul was commissioned into Ranger Regiment (3 Ranger Bn) and he left the Army in 1993 in the rank of Captain.
During his service, he lost one of his eye sight caused by bobby trap splinter in one of military operation at Malaysia-Thai border in year 19xx. I do not have much information about him after leaving SPK and also the service. If i am not wrong, he joined (worked) with Beras Nasional (BERNAS).
First time i met him was in 2009 during one of the reunion hosted by skot Dato Adnan Hashim in his business premis in Wangsa Maju. Second meeting was on 2nd Feb 13 at Wisma Perwira 4 Div and in the wedding kenduri of skot Dato Seri Hasbullah's son on 10 March 13.
I was informed that, his wife passed away in 19xx and he married again later with Salinda binti Saad. Khairul is now settled down at Kampung Bukit Darat, Melaka since 19xx.
Pada 24hb Mac 13 beliau mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki beliau di Ballroom Stadium Hang Jebat.
Demi memenuhi jemputan sahabat skot ini, dan mempastikan tidak berlaku kelewatan pada tarikh tersebut aku telah membuat tempahan bilik di Hotel Seri Malaysia pada 23/24 Mac 13.
Menunggu Panggilan Hang Jebat
Sementara menunggu tarikh 24 Mac, beberapa pertemuan antara skot telah dilaporkan melalui facebook.
Pada 17 Mac 13, skot Abdul Razak Hussein (Presiden S37) telah mengadakan majlis Aqiqah untuk cucu sulungnya di rumah beliau di Taman Manjalara. Malangnya aku tidak dapat hadir memenuhi jemputan beliau kerana berada di Seremban untuk menguruskan hal renovasi rumahku. Dalam gambar kelihatan skot Dato Hazizan, Hj Raja Zakaria, Hj Wahid dan Abdul Razak Salim.
Pada 19 Mac 13, salah seorang skot yang bertugas di AIROD Sdn Bhd telah datang mengunjungi aku di pejabat atas urusan syarikat. Beliau ialah skot Mej (B) Hj Othman bin Md Jahim (dulu Bn Tuah) Sebelum ini beberapa kali juga beliau datang tetapi tidak berkesempatan untuk mengambil gambar.
Skot Othman adalah juga sama-sama menghadiri kursus di MTAT pada tahun 1999. Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 2008 dalam pangkat Mejar TUDM. Jawatan terakhirnya ialah PS1 Perolehan di Markas Tentera Udara. Setelah menamatkan perkhidmatan beliau menyertai beberapa buah syarikat sebelum menyertai ASB pada tahun 2011.
Berjumpa beliau semasa menghadiri kursus intensif Haji di Kelana Jaya pada tahun 2010 tetapi beliau menunaikan ibadah tersebut pada tahun 2011.
Skot Othman adalah juga sama-sama menghadiri kursus di MTAT pada tahun 1999. Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 2008 dalam pangkat Mejar TUDM. Jawatan terakhirnya ialah PS1 Perolehan di Markas Tentera Udara. Setelah menamatkan perkhidmatan beliau menyertai beberapa buah syarikat sebelum menyertai ASB pada tahun 2011.
Berjumpa beliau semasa menghadiri kursus intensif Haji di Kelana Jaya pada tahun 2010 tetapi beliau menunaikan ibadah tersebut pada tahun 2011.
Hari Sabtu, 23hb Mac 13, aku sekeluarga (isteri + 4 anak dan seorang cucu) bertolak ke Melaka. Bergerak dari rumah jam 1030. Aku dah buat booking bilik di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh (online) 3 minggu lepas kerana aku tahu di musim cuti sekolah memang sukar untuk mendapat bilik hotel terutama bandar-bandar destinasi pelancong seperti Melaka dan Port Dickson. Perjalanan dari KL agak lancar sehinggalah melepasi exit Bukit Mahkota. Lebuhraya mula sesak dan bergerak perlahan sehingga ke exit Seremban. Mungkin weekend ni ramai orang KL yang berkelah ke PD. Setelah melepasi exit Seremban, lalulintas lancar hinggalah keluar di exit Ayer Keroh dan sampai di hotel tepat jam 1300. Tapi hanya boleh check-in jam 1400- so pergi ke R & R berdekatan untuk solat zohor dahulu.
Malam itu, kami makan di Medan Selera MPHTJ. Hidangan lauk asam pedas ikan bawal, ikan pari bakar, sambal udang petai, sup sayur, sotong goreng tepung dan telor goreng. Lazat boleh tahan lazat. RM166.00. OK jugak tu....
Keesokan harinya, aku check out hotel pada jam 1100 dan bertolak menuju Kompleks Sukan Hang Jebat di Krubong. Jalan lebuhraya SPA yang lurus dan baik. Welldome Melaka, 15 minit sahaja dah sampai Stadium. Awal sangat nak amsuk. Jadi pusing area situ untuk proses familiarisasi. Lebih kurang jam 1150 baru melangkah amsuk dewan.
Seorang sahaja skot yang dah sampai iaitu Kapt (B) Hashim Hamzah TUDM. Lepas aku sampai dan hampir selesai makan, skot Lt Kol Razak (Presiden) dan isteri pula sampai, lepas itu diikuti oleh skot Lt Kol Robert Foo dan isteri.
.
Aku terpaksa pulang awal (jam 1300) tidak dapat menunggu kawan-kawan lain kerana flight ke Langkawi (LIMA) pada jam 2115H, perlu buat persediaan. Selepas aku meninggalkan majlis, skot yang sampai ialah skot Kapt (B) Sabari (TUDM). Razak sempat jumpa dia di car park. Kalau mengikut perbualan dalam fb, skot yang beria-ia nak datang ialah skot Mahadzir Hashim. Kita tunggu berita dari skot-skot lain yang sampai selepas aku.
Alhamdulillah ramai lagi yang sampai petang itu. Kalau ikut gambar di bawah setelah skot Sabari, adalah skot-skot Kol Abd Malik Ali, Mahadzir Hashim, Shohemi Hashim, Hussin Abdullah dan Lt Kol Khairul Anuar Yaakob.
TAHNIAH SKOT KHAIRUL ANUAR & PUAN SALINDA
"LIMA 2013"
"LIMA 2013"
24hb malam aku terbang ke Langkawi menaiki pesawat AK6320 dari LCCT Sepang - departure time 2115H. Ramai pegawai-pegawai ATM yang satu peenrbangan dengan aku. Kesemuanya pergi untuk bertugas dengan LIMA 13. Perjalanan mengambil masa 55 minit dan sampai LTA Langkawi pada jam 2200. Take off awal tadi. Di langkawi aku diinapkan di Hotel Four Point, berhampiran (kurang 1 km) dari Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC).
Semasa LIMA 2013 ini aku ditugaskan menjadi LO kepada Menteri Pertahanan Republik Indonesia (MENHAN RI) Bapak Prof Ir Dr Purnomo Yusgiantoro dan anggota rombongannya.
pagi 25hb, aku bersama beberapa pegawai yang dilantik untuk mengendalikan delegasi Indonesia membuat urusan pentadbiran dan juga lawatan familiarisasi ke lokasi-lokasi penting. Lt Kol Hashumi TUDM (AO kepada PAT TNI), Lt Kol Mohd Noorashid TUDM (AO kepada KASAU), Lt Kol Ridzuan (AO kepada KASAD) dan Kdr Nizam (AO kepada KASAL), En Shamsul (LO), Hajjah Rahmah (Pegawai Penginapan) dan Inspektor Yazid (SPO).
Delegasi tiba pada jam 1630 petang dengan menaiki pesawat TNI-AU B737. Berlaku sedikit kelewatan mengendalikan delegasi kerana jumpa delegasi yang agak ramai serta gabungan beberapa rombongan kecil yang sepatutnya sampai secara berasingan. Satu tugas yang agak mencabar kali ini berbanding dua pengalaman menajdi AO sebelum ini iaitu LIMA 2007 (mejadi AO Korean Chief of Air Operations- wakil Chief of ROKAF) dan LIMA 2009 (menjadi AO kepada Qatari Chief of Air Ops- wakil Chief of RQAF).
Satu lagi cabaran ialah, aku duduk di Four Points Hotel, tetamu aku duduk di Langkawi Lagoon, lebih kurang 3km dari penginapanku. Sebaik selesai mengurus penginapan, aku mendapat tugasan mengejut..kerana terpaksa membelikan ubat untuk Bpk Menteri di farmasi. Itu, lebih kurang jam 2015H. Farmasi terdekat di Chenang -perjalanan 45 minit pergi/balik. Pergi bersama Bpk Lt Kol Muhammad Nafis (Pegawai Khas Pak Menteri) yang memegang preskripsi dalam bahasa Indonesia. 10 minit selepas serahkan ubat, dapat keperluan lagi satu, ubat terkurang satu jenis (tambahan)- keluar lagi ke farmasi. Balik dari farmasi, singgah Four Points tukar uniform (pakai batik) kerana Pak Menteri ada dinner di hotel jam 2030.
Gitu gini jam 2300 baru balik semula ke Four Point. Lepas solat Isyak, terbongkang sampai jam 0550 pagi.
Keesokan paginya (26hb) jam 0700 sudah ke Langkawi Lagoon Resort untuk menjemput Pak Menteri dan delegasi ke MIEC untuk majlis pelancaran LIMA 13. Semasa menghantar pak menteri ke kerusinya, terjumpa dengan skot Lt Jen Dato Seri Hasbullah (TPTD). Sempat menembak gambar.
Selesai pelancaran sudah jam 0920. Pak Menteri hanya ada 25 minit sahaja untuk melawat booths di dalam MIEC. Sempat melawat 2 booths sahaja iaitu PTDI (IAe) dan Sapura. Jam 0945 bertolak ke Hotel Helang kerana Pak Menteri ada 3 temujanji di sana. Terdapat 2 temujanji yang tidak dapat dipenuhi kerana lokasi dan kesuntukan masa.
Bersama Insp Yazid PDRM (PSO)
Selesai temujanji, bawa semula Pak Menteri ke MIEC untuk makan tengahari bersama PM, TPM, MENHAN dan mantan PM Tun Dr Mahathir sambil menonton air show. Gempaq juga petang itu dengan bunyi pesawat membelah awan Langkawi dengan pelbagai gaya. Cuaca memang panas. Walau bagaimanapun, bagi aku yang telah menyertai LIMA sejak tahun 1997, sudah tak ada apa yang menarik lagi. Sama sahaja. Alhamdulillah tiada tragedi.
Selesai makan dan pertunjukan pada jam 1415, Pak Menteri terus berangkat ke LTA Langkawi untuk berlepas pulang ke KL seterusnya Jakarta dengan menaiki pesawat TNI-AU.
Apabila pesawat Boeing 747 TNI-AU menderas naik ke angkasaraya, maka selesailah tugasanku sebagai AO, lebih kurang jam 1550. Alhamdulillah syukur segala-galanya berjalan lancar. Menanti LIMA 15- menjadi AO siapa pulak nanti.
27hb adalah hari untuk aku berpeluang melawati isi MIEC dengan bebas.
Hari ini juga aku bernasib baik dapat menemui beberapa skot di dalam MIEC. Mula-mula aku jumpa Dato Hazizan di boothnya EMT yang memasarkan pesawat UAV (jenis Luna X) buatan Germany. Pekena Teh O dan kueh. Jumpa juga dengan Dato Jamil Osman (Laksdya Bersara) yang juga konsultan syarikat berkenaan.
Selepas itu aku merayau lagi, singgah di booth Defence Australia dan ada sedikit perbincangan dengan John Gwyer (dari UTC Inc) dan Shamsul (Dinson). Tengah berbincang masuk pula boss/skot aku (Mej Jen Dato' Kamalruzaman)- sambung perbincangan. Dalam setengah jam, aku mohon diri untuk meneruskan lawatan. Bertemu pulak dengan skot Zamani di hadapan Sukhoi/Irkut/MiG Company.
bersama skot Mohd Zamani
Aku bawa Zamani dia ke booth Dato Hazizan. Tetapi Hazizan ada di booth sebelah. Disana jumpa pula dengan dua lagi skot, Kepten (M) Abdul Rashid Suhaimee (ex-TUDM) dan Mahazir Ibrahim (ex RAD). Lima orang semua dapat reunion hari ini. Meriah. Pekena nasi lemak spesel.
mini reunion: Dato Hazizan, Rashid Suhaimee, aku, Zamani dan Mahazir.
Aku sepatutnya pulang pada 1 April 13 (tarikh tiket yang telah ditempah). Tetapi aku emmbatalkan penerbangan tersebut dan memilih untuk meniki pesawat TUDM. Aku pulang ke KL dengan menaiki pesawat CN235 pada 281100 Mac 13 dan tiba di PU Subang pada jam 12. Selamat sampai ke PU Subang pada jam 1340. Lewat 20 minit kerana lama menunggu giliran untuk take off semasa di LTA Langkawi.
MAJLIS AQIQAH CUCU
BRIG JEN DATO' ABD HALIM JALAL
Laporan berita bergambar dari Tuan Presiden S37 pada 30 Mac 13, bahawa skot Brig Jen Dato' Abdul Halim telah mengadakan majlis aqiqah untuk cucu beliau di Port Dickson. Kalau mengikut gambar yang dipaparkan, antara skot yang hadir ialah Abdul Razak Siran, Shafie Arshad, Mubin Othman, Mohd Rizal Tan, Lod Atan dan Saiful Bahri Abdullah.
\
sehari sebelum ke majlis Burn
.
MILITARY COMMUNITY
VOLUNTEERING DAY
DI PANGKALAN UDARA KL PADA 6 APR 13
.
MILITARY COMMUNITY
VOLUNTEERING DAY
DI PANGKALAN UDARA KL PADA 6 APR 13
Pada 6 April 13, di 32 lokasi (kem/pangkalan tentera) di seluruh negara telah dilancarkan satu program yang dinamakan "Military Community Volunteering Day (MCDC). Ia di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS) sebagai usaha merapatkan kerjasama antara masyarakat awam dan tentera. Aku menghadiri majlis pelancaran di PU KL yang disempurnakan oleh YBhg Timbalan PTU.
Semasa majlis pelancaran tersebut dapat bertemu dengan skot Brig Jen Dato' Hj Azlan bin Abd Rahman (Panglima 12 Bgd) dan skot Felix Gonsalvez.
Majlis Perkahwinan
anak skot Kapt (B) Asmah bt Mustapha
DI IPOH PADA 6 APR 13
anak skot Kapt (B) Asmah bt Mustapha
DI IPOH PADA 6 APR 13
laporan dari skot Kapt (B) Azmi Abd Hamid yang berada di Ipoh menghadiri majlis perkahwinan anak skot Kapt (B) Asmah binti Mustapha. Dilaporkan antara skot yang hadir ialah Dato' Hazizan dan isteri dan skot Mardzuki bin Shukor dan isteri (skot Zawiyah bt Ariffin)
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com
No comments:
Post a Comment