SPK KEM SEGENTING 1980

SPK KEM SEGENTING 1980

Friday, March 8, 2013

TJP37016 DERETAN MAJLIS YANG TERCICIR


 "I Missed Theirs"
 TWO WEEKS AWAY FROM HOME 

Tajuk ini aku tulis semasa berada di Moscow.  Hari kedua, Ahad petang tidak ke mana-mana kerana cuaca yang amat sejuk. Pagi tadi keluar ke bandar tapi sampai tengahari dah tak boleh tahan terus balik hotel.  Sambil menonton perlawanan bola Piala AFF12 antara Malaysia dan Thailand melalui TV1 online aku memulakan penulisan berdasarkan maklumat dari facebook.

Sepanjang tempoh beberapa minggu di penghujung November dan awal Disember merupakan tempoh yang amat sibuk.  Pada 24 November lepas anak ketiga aku, Aisyahnur Abid telah melahirkan cahaya mata sulungnya (cucuku yang ketiga).  Oleh kerana suami Aisyahnur yang bertugas di 13 RAMD (Seri Aman) sedang menjalankan Operasi, maka aku dan isteri telah mengambil alih tugas sepenuh masa mengendalikan segala urusan kelahiran bermula dari membawa ke Hospital, membawa pulang dan menguruskannya sehingga kini.

Jadual harian aku dan isteri menjadi semakin ketat dan padat. Ini menjadikan banyak jemputan yang tak dapat aku penuhi. 

Sisipan berita yang tertinggal:

Pada 1 Nov 2012, skot Brig Jen Dato' Hj Azlan bin Abd Rahman yang baru pulang dari kursus di Canberra, Australia telah mengambil-alih jawatan Panglima 12 Briged yang bermarkas di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur


TAHNIAH SKOT- SELAMAT BERTUGAS
.
 MAJLIS BERKHATAN 
Anak Skot Lt Kol Mohd Ariffin Saimon (RAMD)
Di OMQ Sg Besi pada 01 Dis 12

Pada 1 Disember 2012 skot Lt Kol Mohd Ariffin bin Saimon (RAMD) yang kini bertugas di UPNM telah mengadakan Majlis Berkhatan untuk anak lelakinya bertempat di rumah beliau di OMQ 3786, Jalan Teratai, Kem Perdana Sungai Besi.

Aku tidak dapat hadir ke majlis ini kerana besan aku dari Kluang Johor telah datang ke rumah dari pagi sampai ke petang kerana menziarahi cucu kami yang baru dilahirkan pada 24 November yang lalu.  Terkilan juga aku tak dapat hadir rumah Pak Pin kerana selain dari Tuan Presiden dan skot Azmi, skot yang sorang ini adalah antara skot yang paling aktif menghadiri majlis 'reunion' dan majlis perkahwinan walaupun beliau masih belum nampak lagi tahun bila nak terima menantu.  Aku harap aku masih sihat lagi apabila sampai waktu dia buat majlis nanti.


tuan rumah skot Ariffin bersama Hj Wahid dan skot Azmi Hamid
skot Shohemi (kiri) dan skot hussin (kanan)

Pada 7hb Dis, malam aku bertolak ek KLIA untuk terbang ke Moscow dan hanya pulang pada 17hb Dis.  Dalam tempoh tersebut banyak sekali jemputan perkahwinan yang aku tidak dapat hadiri.
  • Brig Gen Dato Hj Mohammad Saleh Osman, di Dewan Seri Udara, PU Kuantan (8hb)
  • Skot Lt Kol Ahmad Ismail di Club House Bandar Bukit Mahkota (8hb)
  • Skot Mej Siti Zaliha Che Rus (B) di Dewan Othman harun, Kem Wardieburn (9hb)
  • Skot Mohd Salleh Hj Kasim di Muar (9hb)
  • Mej Jen Dato Mohd Sulong (B) di Dewan Angkasaraya, PUKL (9hb)- aku wakilkan isteri dan anak/menantu aku.
  • Skot Kapt Aizan bt Idris (B) di Dewan Othman Harun, Kem Wardieburn (15hb)
  • Lt Kol Mohd Nazri TUDM (B) di PUKL (15hb)
  • Kapt Mohd Nor bin Rasip (B) di Pandan Indah (16hb)
  • Perkahwinan Kapt Mohd Redzuan Yusof (MLU) di Gombak (16hb).
  • Jemputan Mej Abd Aziz Darwis (B) (16hb)
mat kiwi terima menantu
Majlis Perkahwinan Anak Skot Lt Kol Ahmad Ismail (JLJD)
di Club House Bukit Mahkota 
08 Dis 12

Pada 8 Disember 2012 Skot Lt Kol Ahmad bin Hj Ismail @ Mat Kiwi telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau.  Majlis diadakan di Club House Bandar Bukit Mahkota.  Seminggu sebelum pergi ke Moscow aku telah menelefon/SMS beliau bahawa aku tidak dapat hadir.  Mengikut maklumat yang aku terima dari facebook TJP37, ramai juga yang hadir dalam majlis ini. Kalau megikut bukti gambar dan catatan perbualan dalam FB yang hadir majlis Mat Kiwi ialah:


1. Mej (B) Dato Hj Adnan Hashim, 2. Kapt (B) Dato Hazizan Ahmad, 3. Kol Halim Idris,
4. Lt Kol Mohd Nordin TPK, 5. Lt Kol Muhammad Shuairi Abdullah TUDM, 6. Lt Kol Saiful Bahri Abdullah, 7. Lt Kol Che Jamal Othman Shah, 8. Lt Kol Salihuddin Daud, 9. Lt Kol Ariffin Saimon, 10. Lt Kol Mubin Othman, 11. Lt Kol Abd Razak Siran, 12. Mej (B) Hussin Abdullah, 13. Mej (B) Suhaimi Saad, 14. Mej (B) Mazhar Hj Palil, 15. Kapt (B) Nasir Chong, 16. Kapt (B) Mohd Azmi Abd Hamid, 17. Kapt (B) Shohemi Hashim, 18. Kapt (B) Abu Zahrem Che Daud, 19. Lt (B) Hj Abdul Wahid Yusof dan 20. exPK Hazman Ahmad

Terima kasih skot-skot yang rajin mewakili skot2 yang lain. Aku tumpang sedih kerana tak dapat bersama meraikan majlis sahabat kita.

Gambar-gambar di bawah adalah antara skot yang hadir dan mungkin kerana jemputan yang datang melebihi quota yang dianggarkan, maka ramai yang terpaksa berkongsi pinggan nasi/lauk dengan isteri.

Skot-skot tetap ikhlas.  Keutamaan ialah memenuhi jemputan, kedua meraikan dan mendoakan pengantin dan ketiga redha dan tidak membawa apa-apa cerita tentang kekurangan di majlis.


Skot Tok Nan.... dah biasa makan sedap-sedap...Allah uji kali ini ...dalam keadaan yang tidak dijangka, keadaan telah menjadikan kasih sayang semakin teguh bertaut.
skot Che Jamal (CJ) dan isteri...turut melakar kasih sayang makan sepinggan sebagai kesinambungan tidur sebantal dan mandi sebaldi.  Kalau masa bersanding dulu makan beradab suap menyuap...setelah lebih 20 tahun buat sekali lagi apa salahnya. Kalau dapat begini selalu alangkah indahnya.

skot Kol Halim, Mubin dan Razak bersama tuan rumah 
Skot Shuairi, Hazizan, Abu Zahrem, Salihudin, Halim, Mubin dan Razak 
wehhh..bersihnya meja, sume puasa ke ni?? 
ehh meja ni pun bersih sama... baru la faham sekarang, rupanya skot2 ni semua datang untuk gotong royong bersihkan dewan 
tetap ceria walau pun sepinggan dikongsi lapan orang- inilah yang dinamakan ESPRIT DE CORPS 
YB Hazizan bersama bakal-bakal YB (Yang Bersara)

TAHNIAH SKOT MAT KIWI, maafkan saya dan isteri kerana tidak dapat hadir, kami doakan semoga Allah merahmati keluarga anda seluruhnya.

skot siti ZALIHA terima menantu
Majlis Perkahwinan anak Skot Siti Zaliha (exKPA)
Di Dewan Othman Harun pada 09 Dis 12

Majlis perkahwinan abak skot Mejar (B) Hajjah Siti Zaliha binti Che Rus pada 09 DIS 2012 di Dewan Dato Othman Harun dimaklumkan amat meriah.  Begitu ramai sekali skot S37 yang menghadirkan diri walaupun maklumat disampaikan melalui laman FB sahaja.

Siti Zaliha hadir dalam kedua-dua majlis perkahwinan anak-anak aku yang lalu. Siti juga merupakan skot wanita yang paling rajin menghadiri majlis reunion yang dianjurkan selama ini dan juga majlis-majlis perkahwinan anak-anak skot yang lain.  Ini yang membuatkan aku agak terkilan bila tidak dapat hadir dalam majlis perkahwinan anak beliau. Aku ada memberitahu beliau tentang pemergianku ke Moscow. Namun seminggu sebelum pergi aku ada mengirimkan pesanan melalui skot Kol Yohanez.

skot Ariffin, Abd Razak dan Nordin TPK bergambar bersama skot Siti Zaliha dan suami

skot Suhaimi Saad, Ariffin, Shuairi, Sabari, Dato Hj Adnan, Nordin, Razak dan skot Hjh Marmilah (masih anggun walaupun sudah memasuki 5 siri).
Presiden Razak bersama bakal tuan rumah majlis pada 15hb, skot Aizan
skot BG Datuk Hj Azlan, Suhaimi, Ariffin, Shuairi, Sabari, Dato Hj Nan, Nordin dan Presiden Razak
President of the SKOT dengan skot Sabari yang kali pertama muncul dalam majlis reunion TJP37
Kumpulan biasa Kelab Isteri S37 juga mempunyai tajuk sembang yang tersendiri. Pastinya bukan pasal kain terselak dalam gambar dulu. Mungin kali ini sibuk cerita pasal cucu.
skot Nasir Chong dan isteri.  padan muka kau skot, tak de kawan yang nak duduk semeja...tak ada orang yang jadi mangsa kutuk nampaknya
pandangan perspektif... dari kiri skot Dato Hazizan, skot Saifulbahri, skot Datuk Hj Azlan, skot Shohemi dan skot Sabari
berdiri skot Sabari, Hussin dan Ariffin 
duduk: skot Dato Hazizan, Datuk Azlan, Hamdan Abdullah dan Suhaimi
 
GAMBAR KIRI: skot Noraini Ahmad- kiri (pertama kali aku melihat gambar dia sejak terpisah di SPK) bersama skot Aizan.  Andaikata aku bertembung dengan si Noraini di mana-mana, mampuih aku tak kenal dia ni skot aku. 
skot Hussin dan Kapt (B) Sabari Said TUDM (juga dah terlalu lama tidak muncul dalam reunion)
skot JUO Hamdan - ni dukung anak ke cucu ni???
akhirnya skot Nasir berjaya mencelah mencari peluang untuk mengutuk
depan: skot Dato Hazizan, Dato Azlan dan Hamdan Abdullah; belakang: skot Sabari dan Razak 
dari kiri: skot Shohemi, Dato Hazizan, Abdul Razak, Nasir Chong, Aini Hitam, Siti Zaliha (host) dan kanan sekali skot Hamdan Othman.

Berdasarkan gambar-gambar yang aku kutip adri FB ni, ramai juga warga S37  yang hadir dalam majlis Siti Zaliha ialah:

1. Presiden Lt Kol Abdul Razak Hussein, 2. Brig Jen Datuk Hj Azlan Abd Rahman, 3. Mej Dato' Hj Adnan Hashim (B), 4. Kapt Dato' Hazizan Ahmad (B), 5. Lt Kol Nordin TPK, 6. Lt Kol Muhd Shuairi Abdullah TUDM, 7. Lt Kol Mohd Ariffin Saimon, 8. Lt Kol Hamdan Othman, 9. Lt Kol Saifulbahri Abdullah, 10. Mej (B) Aini Hitam TUDM, 11. Mej (B) Hussin Abdullah, 12. Mej (B) Suhaimi Saad, 13. Kapt (B) Shohemi Hashim, 14. Kapt (B) Hamdan Abdullah, 15. Kapt (B) Mohd Sabari Mohd Said TUDM, 16. Kapt (B) Hjh Marmilah Munajat, 17. Kapt (B) Aizan Idris, 18. Kapt (B) Noraini Ahmad, 19. Kapt (B) Nasir Chong Abdullah dan mungkin ramai lagi yang tiada dalam gambar.  
TAHNIAH SKOT SITI ZALIHA, maafkan saya dan isteri kerana tidak dapat hadir, kami doakan semoga Allah merahmati keluarga anda seluruhnya.

siapa masih kenal skot ini?
Majlis Perkahwinan anak Skot PK Mohd Salleh Kassim 
Di Muar pada 09 Dis 12 

Pada tarikh yang sama dengan skot Siti Zaliha, di Jalan Kim Kee, Muar Johor seorang lagi skot iaitu Salleh Hj Kassim telah mengadakan majlis walimah untuk anak perempuannya.

Sebenarya aku sendiri betul-betul lupa siapa skot Salleh ini. Puas gyro otak aku berputar, aku masih gagal mengingatinya.  Aku hanya mengenal semula Salleh melalui facebook kira2 sebulan yang lalu.  Rupanya dia tidak ditauliahkan bersama-sama skot lain kerana beberapa hari sebelum perbarisan tamat latihan di SPK beliau seperti juga skot Hazman Ahmad (Hazen Man) telah meninggalkan SPK kerana terpilih melanjutkan pengajian ke IPTA.  putuslah hubungan kami.

Oleh kerana beliau tidak berkhidmat dalam ATM maka semua skot pun melupainya dan tidak pernah berfikir mengesannya.  Skot Mustapha Ahmad adalah satu-satunya warga S37 yang bertekad ke Muar untuk menghadiri majlis beliau. Rupanya skot Mustapha dan skot salleh duduk satu double-dekker semasa di SPK.

Tapi bukanlah niat skot lain tidak mahu ke Muar. tapi mungkin terlampau jauh bagi orang di KL untuk turun ke Johor selepas menghadiri majlis skot Siti Zaliha di Kem Wardieburn.  Kalau sampai ke Muar pun mungkin bukan sahaja missed makan sepinggan, pinggan pun caterer dah angkut bawak balik.  Nanti Salleh kena masak lain.

Capoi-mate skot Mohd Salleh and Mustapha

KALAU ANDA BACA PENULISAN SAYA BERKAITAN 'REUNION' INI...perhatikanlah catatan kehadiran yang aku tulis, sama ada majlis perkahwinan, reunion, kematian, anniversary atau lain-lain gathering, majority (70% atau lebih) adalah muka yang sama.

TAHNIAH SKOT SALLEH, maafkan saya dan isteri kerana tidak dapat hadir, kami doakan semoga Allah merahmati keluarga anda seluruhnya.

jemputan skot aizan
Majlis Perkahwinan anak Skot Aizan Idris (exKPTD)
Di Dewan Othman Harun pada 15 Dis 12 


SEMASA Majlis perkahwinan anak skot Siti Zaliha (9 Dis 12), Skot Aizan sudah ada perkiraan tersendiri dengan Tuan Presiden (berapa persen agaknya Presiden mintak untuk setiap skot yang hadir nanti.....hahaha)

Pada 15 Dis 12, skot Aizan Idris (yang ditauliahkan dalam Kor Polis Tentera dan telah menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten awal tahun 1990an) telah mengadakan mejlis kenduri perkahwinan puteri beliau di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wardieburn. Aku tak pernah jumpa Aizan sejak berpisah di SPK Port Dickson awal tahun 1981.  Hanya pada 22 Sep 2012 semasa majlis perkahwinan skot Salihudin di UKM Bangi aku pertama kali bersua muka dengan Aizan.  Raut wajahnya tak banyak berubah dari dulu. Masih boleh dikenali kalau bertemu di mana-mana. Cuma usia yang membezakan rupa wajahnya- yang ini applicable kepada semua la.

Aku sekali lagi tercicir dalam meraikan kemeriahan majlis itu kerana masih berada di Paris atas keperluan tugas.  Aku sekeluarga mendoakan agar anak skot Aizan akan menemui kebahagiaan rumahtangga dan sentiasa mendapat keberkatan Allah sehingga akhir hayat.  Begitu juga dengan skot Aizan sendiri serta keluarga akan terus mendapat kerahmatan Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan kebaikan di atas duania dan di akhirat kelak.

Inilah gambar pertama diterima dari skot Mej (B) Dato Hj Adnan Hashim.


skot Dato Nan & isteri bersama skot Che Jamal & isteri


Gambar-gambar yang dipos oleh skot Abdul Razak (Presiden Kelab S37) pada 15 Dis 12 sewaktu aku masih berada di Paris.  Betapa seronok dan nostalgiknya dapat berkumpul dalam usia begini.  Kalau zaman muda-muda dulu kita boleh keluar bila-bila masa untuk berjumpa kawan.  Boleh balik ikut suka hati pukul berapa pun.  Tapi sekarag berbeza, dalam usia 50an, masa UNTUK HIDUP semakin singkat. Masa untuk kawan juga semakin singkat. Setelah ditolak masa untuk bekerja dari jam 0700 (keluar rumah- kadang lebih awal lagi) hingga jam 1800 (sampai rumah- kadang lebih lewat lagi).  masa untuk keluarga semakin singkat juga.

Tolak lagi waktu yang dihabiskan di surau waktu Subuh dan waktu Maghrib hingga Isyak. Masa untuk di rumah semakin pendek.  Seperti mana maksud HADIS...antaranya: akan datang 5 perkara sebelum 5 perkara...salah satunya ialah masa lapang sebelum sempit.  Terasa sungguh masa semakin SEMPIT.

Sekarang pulak, bila dah ada cucu, masa untuk anak isteri turut dicatu.  Jadi, sesekali dapat peluang bertemu kawan semasa majlis perkahwinan terasa amat seronok sekali.  Sejak mutakhir ini perhubungan antara kami semakin erat. Jauh lebih erat berbanding semasa latihan kedet dahulu.  Rapat dalam erti yang berbeza. Aku agak sentimental. Sesekali, selepas bertemu sahabat-sahabat ini dan pulang ke rumah malam-malam aku boleh berlinang air mata. Mengenang kesukaran yang dilalui lebih 30 tahun dulu.  Terpisah sekian lama. Hilang dari pandangan.  Malah ada yang terus lupa akan rupa wajah dan nama. Kini kembali bertemu satu persatu. Terus mesra, terus mengaku bersaudara seolah kehilangan selama lebih 20-30 tahun itu bagaikan tidak berlaku.

Setiap masa, kami mencari peluang untuk bertemu walaupun dalam bilangan yang kecil.




skot yang belum pernah kutemui lagi sejak terpisah di SPK Port Dickson ialah Rohani Kassim (bersara Kapt  dari Kor Semboyan DiRaja) -yang berdiri di belakang.
depan: skot Ariffin, Norzahari, Dato Hazizan, Razak dan Azmi


skot-skot bergambar dengan tuan rumah.
dari kiri: skot Suhairi, Jasni, Raja Zakaria, Razak, LtKol (B) Mokhtar (suami Aizan), Aizan, Hussin dan Ariffin.

Yang pasti Aizan mesti seronok sangat bila dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan yang terpisah lebih 30 tahun yang lalu- yang datang tanpa perlu kad jemputan atau sms atau panggilan telefon.  Kebanyakannya hanya melalui FB.


TERIMA KASIH kepada skot razak (pres) & skot2 lain yang membekalkan gambar- gambar untuk diabadikan dalam blog aku ini


TAJUK AKAN DATANG.......


Majlis Skot Sanusi  di Dewan Ababil, PU Subang - 22 Dis 12 

Skot Brig Gen Dato' Hj Sanusi bin Samion TUDM mengadakan Majlis Walimatul Urus anak perempuannya di Dewan Ababil, PU Subang pada 22 Dis 2012.

Majlis Skot Marmilah di Dewan Jamil Ahmad, Kem Sg Besi - 29 Dis 12 

Skot Kapt Hajjah Marmilah binti Munajat mengadakan Majlis Walimatul Urus anak perempuannya di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana, Sungai Besi pada 29 Dis 2012.



PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com

No comments:

Post a Comment