SKOT 37 TERUS TERIMA MENANTU
Agenda 1:
Mini Karnival Usahawan Surau Luqman Hakim
Selama 10 hari berada di luar negara, Moscow dan Paris dari 8hb hingga 16hb Disember 2012 aku tertinggal tiga majlis perkahwinan anak-anak skot iaitu Siti Zaliha Che Rus, Mohd Salleh Kassim dan Aizan Idris. Macam terlalu lama.
Pada 22 Disember 2012, skot Brig Jen Dato Hj Sanusi bin Hj Samion telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.
Hari itu program aku sangat padat. Surau Luqman al Hakim di Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa telah menganjurkan Mini Karnival Usahawan Islam selama dua hari. Selaku AJK Surau aku turut mengambil bahagian aktif dalam sessi perancangan dan pengurusan majlis. Bermula jam 0900, kemudian majlis pelancaran oleh KS Markas ATM, YM Lt Jen Dato Hj Raja Mohammad Affandi bin Raja Mohd Noor pada jam 1100.
Lebih kurang jam 1340 aku pergi ke Dewan Seroja untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Suhaila binti Hj Kamarudin anak kepada Kol Hj Kamarudin bin Mohamad TUDM dan isterinya Kak Ezana merupakan jiranku di Jalan Serikandi KPTOJ.
Oleh kerana Kol Kamarudin merupakan seorang pegawai kanan dalam Cawangan Materiel, maka ramai juga rakan-rakan seperjuangan dari Cawangan Materiel-Logistik-Supply yang ditemui dalam tempoh singkat di Dewan Seroja. Kebanyakannya orang-orang lama yang dah bersara melebihi 20 tahun.
Malangnya aku tak dapat berlama-lamaan di majlis ini kerana perlu berkejar ke Subang. Tetau je la, jalan ke Subang ni bukan boleh predict. Walaupun hiway tapi kalau kena waktu dia mau sejam lebih atau 2 jam baru sampai.
Agenda 2: Majlis Skot Hj Sanusi
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK
BRIG JEN
DATO SANUSI SAMION TUDM
(22 DISEMBER 2012)
Dewan Ababil, PU Subang
Setengah jam kemudian aku bergerak ke Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak tiri perempuan skot aku Brig Gen Haji Sanusi bin Samion.
Memang seperti yang dijangkakan. Sebaik sahaja keluar dari Tol Plaza Jalan Duta, pergerakan dah mula slow. Semakin lama semakin slow- rupanya berdekatan dengan Simpang exit Damansara terdapat lori terbalik. Lepas tu ok je.
Ketika memasuki Pangkalan Udara Subang, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik sebelum keluar rumah tadi aku teringat membawa payung kerana melihat mendung di langit. Sepanjang perjalanan tadi cuaca agak panas. Tetiba di Subang hujan lebat. Basah juga sebahagian dari pakaian aku semasa perjalanan masuk ke Dewan.
Sanusi adalah ex-RMC Boy merupakan skot aku yang sama-sama dalam Batalion Kasturi semasa di SPK. Dia rank-holder, Kadet Sarjan. Keetulan dia juga seJawa dengan aku dan berasal dari Kluang, Johor. Sebaik sahaja menamatkan latihan di SPK, kami sama-sama diangkut dengan 3 ton ke Stesen Keretapi Seremban untuk dibawa ke 1FTS, TUDM Alor Setar mengikuti latihan asas penerbangan. Semasa aku berada di 2FTS Kluang, aku dengar dia terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di Point Cook, Australia (bersama-sama skot Jamari). Bagaimanapun keduanya kembali ke tanah air dan meneruskan latihan di 1FTS Alor Setar.
Aku bertemu semula dengan Sanusi semasa aku bertukar ke TUDM Kuantan pada tahun 1983. Pada waktu itu dia sedang menjalani latihan peralihan pesawat pejuang dengan pesawat MB339A di 3FTS. Skot lain yang ada di sana pada waktu itu ialah Kamalruzaman, Khairil Asri, Rahim Ismail dan Felix Gonsalves.
Sebelum bertolak tadi, aku membaca FB dan skot Dato Hj Adnan telah dalam perjalanan ke Subang. Apabila aku sampai di Subang, dia telah pulang. Dalam perjalanan masuk ke dewan aku ternampak skot Abdul Razak Hussein dan skot Mohd Husin Abdullah dan isteri masing-masing sedang menikmati teh tarik di luar dewan. Selepas menemui tuan rumah dan selesai makan, aku menyertai Razak dan Husin di khemah luar. Pada masa ini hujan sudah agak reda. Hanya gerimis dan guruh sahaja.
Sebelum pulang aku sempat bertemu dengan skot Kol Hj Romlee Yahya. Dan kami sempat mengabdikan kenangan bersama skot Hj Sanusi.
Kalau berdasarkan gambar lain yang dipos oleh skot Abdul Razak, yang telah datang lebih awal ialah skot Mej Jen Dato Hj Kamalruzaman dan skot Dato Hj Adnan. Skot Zaman tentu tiada masalah untuk datang awal kerana beliau tinggal di OMQ di PU Subang.
Skot Tok Nan memang antara skot yang tidak pernah gagal menghadiri majlis-majlis skot selagi dia ada di kawasan KL.
.
siapa yang tinggi pangkat siapa yang tinggi perut?
TAHNIAH SKOT HAJI SANUSI
TAHNIAH SKOT HAJI SANUSI
Kalau mengikut catatan dalam facebook, skot-skot yang hadir di majlis skot Hj Sanusi ialah:
- Mej Jen Dato Hj kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM
- Kol Hj Romlee bin Yahya TUDM
- Kol Hj Toharudin Ab Rasid TUDM
- Kol Ir Mohd Asri Ismail TUDM
- Lt Kol Abdul Razak Hussein
- Mej (B) Dato Hj Adnan bin Hashim
- Mej (B) Mohd Hussin Abdullah.
Saroni adalah senior semasa Kedet di Sebatang Karah (Intake 36), kemudian berjumpa di TUDM Kluang (1981) senior juga dalam kursus asas penerbangan Helikopter (PULATIBANG 2) dan kami bersama sekali lagi semasa berkhidmat di TUDM Kuching (1982-83). Kali ini aku jadi senior beliau kerana beliau melapor ke TUDM Kuching selepas mendapat sayap penerbangan dan ketika itu aku sudah berada di sana.
Semasa berjalan ke lift untuk turun (pulang) bertemu pula dengan Skot Mej (B) Saib Saiin, yang juga rakan seangkatan TJP37 serta sekali menjalani latihan asas penerbangan di TUDM Kluang. Aku gagal dan beliau berjaya menerima sayap penerbangan. Selepas itu aku hanya pernah bertemu dia sekali dua sahaja- walaupun sama-sama berkhidmat dalam TUDM. Kami sempat mengabdikan gambar bersama.
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK
Dewan Dato Jamil Ahmad, Kem Perdana
Sungai Besi KL
KAPT HJH MARMILAH MUNAJAT (BERSARA)
(29 DIS 12)Dewan Dato Jamil Ahmad, Kem Perdana
Sungai Besi KL
Aku bergerak dari rumah selepas waktu Zohor. Cuma ada satu jemputan sahaja hari ini, jadi tak perlu tergesa-gesa. Biasanya ornag suka ke Majlis Perkahwinan lebih awal, kira-kira sampai tempat majlis dewan baru buka, juadah masih panas.
Dulu memang aku suka macam tu, cepat sampai cepat habis cepat balik. TAPI sejak beebrapa tahun kebelakangan ini kalau jemputan oleh skot-skot aku suka bertolak lepas solat Zohor. Pertama: tidak tergesa-gesa- sebab bila tengah makan tu sampai waktu azan dilaungkan, rasa tak sedap, hati tak tenteram. Bila satu persatu jumpa kawan, akan jedi lewat dan lewatlah untuk menunaikan solat Zohor. Itu belum tolak waktu tersangkut di jalanraya yang sesak. Kedua: Masa lebih santai, boleh sembang lama-lama dengan skot- tak tergesa-gesa untuk pulang.
SKOT Marmilah binti Munajat adalah salah seorang dari 22 skot wanita TJP37. Dia adalah skot wanita yang pertama aku temui di dalam koc keretapi dalam perjalanan untuk melapor diri ke SPK Port Dickson pada 2 April 1980. Aku naik di Stesen Kluang, masa itu dalam koc sudah ada skot Kamaruzaman Wagiman dan Lokman Abd Rahman (keduanya naik di Stesen JB). Marmilah naik di Stesen Segamat bersama skot Yohanez. Hari itu baru aku tau bahawa TJP37 ada pengambilan kedet wanita yang juga merupakan kumpulan pertama wanita dalam Pengambilan Pegawai Kedet Jangka Pendek. Pengambilan Tauliah Tetap di MTD bermula pada Jun 1980- tetapi mereka ditauliahkan pada Jun 1982. Sebelum ini pengambilan pegawai wanita dibuat melalui penyerapan dari pegawai Askar Wataniah.
Marmilah ditauliahkan dalam Kor Perkhidmatan. Beliau berkahwin dengan Nik Rahimi (Lt Kol - Kor Perkhidmatan DiRaja - TJP31). Kebetulan anak perempuan Marmilah yang ini berkahwin dengan anak lelaki junior aku, Lt Kol Hasni Suhaimi (TJP 39). Hasni pernah sama-sama bertugas dengan aku di TUDM Kuching pada tahun 1982. Hasni ditauliahkan dalam Cawang Kejuruteraan TUDM sebelum bertukar ke Kor Perkhidmatan TDM pada tahun 1983 (lebih kurang).
Biasanya hari cuti hujung minggu aku akan menimbal balas tidur ku mulai jam 1000 hingga 1200. Stelah isteriku menyiapkan juadah untuk anak-anak barulah kami bersiap untuk solat Zohor. Sebelum aku bertolak aku ada terima SMS dari skot Azmi Hamid. Katanya, beliau sudah berada di dewan dan skot-skot yang dah ada di sana ialah B/Gen Dato' Halim Jalal, Kol Jaafar Marlan, Lt Kol Abd Razak (Presiden) dan skot Azman Anuar.
Biasalah, disebabkan aku tak dapat jumpa, maka aku akan menunggu berita gambar-gambar yang akan dipos oleh Presiden. First Wave Attack Platoon.
skot Dato Halim, Azman, Marmilah, Razak dan Azmi
skot Azman, Azmi, Dato Halim, Jaafar Marlan, Razak dan Sabari
Waktu aku dan isteri sampai dalam dewan (alhamdulillah, skot Marmilah masih boleh recognise) tiada skot yang ada dalam dewan. Aku makan semeja dengan adik tuan rumah (Lt Kol Nik)- kebetulan isterinya adalah bekas staf aku di MTU-Kontrak 8 tahun dulu (namanya aku pun dah lupa). Masa aku tengah makan skot Hussin dan isteri sampai. Kemudian skot Aini pulak sampai.
Lepas makan, aku keluar ke khemah di luar dewan. Ada portion (Anjung 37) yang dikhususkan untuk jemputan Skot 37. Di sana sudah ada Kol Malik Ali (Komandan KTD Port Dickson) dan skot Lt Kol Padzil Mat (Komandan PUSWATAN Ipoh).
Di meja yang satu lagi ada skot Razak Siran. Di meja itu ada seorang lagi skot aku (Rohani kasim) yang aku tak dapat mengenalinya. Jadi, tegur pun tidak. Aduuyai. Memang dia ni aku tak pernah jumpa sejak keluar dari SPK Port Dickson. Macam mana aku tau dia Rohani. Selepas dia bergerak pulang, skot Razak Siran yang bagi tau, itu lah skot Rohani.... Sorry la skot. Sama-sama tidak mengenali. Dua-dua fizikal sudah berubah. Second Wave Attack Platoon.
Semasa masing-masing nak beredar dari majlis, skot Jasni dan isteri pulak sampai. Semaptlah bergambar sekali.
skot Malik, Hussin, aku, Jasni dan Padzil Mat
Semasa kelam kabut bersalam dengan tuan rumah dan kawan-kawan serta tengah ajak tuan rumah bergambar sama sebelum beredar pulang, skot Lt Kol Zulkhurnain Ahmad baru sampai bersama isterinya. Terus tarik masuk dalam barisan. Skot Zulkhurnain (KJLJD) adakah juga coursemate semasa aku menghadiri kursus staf di MTAT pada tahun 1999.
sempat bergambar dengan pasangan mempelai dan juga skot Marmilah (ibu pengantin perempuan)
Selepas aku pulang, rupanya ada Third Wave Attack Platoon. Ini berdasarkan gambar yang diposkan oleh skot Noorzahari yang aku buka pada 30hb Disember. Dalam kumpulan berikut aku sempat bertemu dengan skot Zulkhurnain dan Aini. Tapi isteri aku kata dia ada nampak skot Yatim sedang makan ketika kami hendak berundur.
Berasaskan kepada ketiga-gambar di atas, catatan kehadiran adalah seperti berikut:
TAHNIAH SKOT HAJJAH MARMILAH
.
Berasaskan kepada ketiga-gambar di atas, catatan kehadiran adalah seperti berikut:
- Brig Jen Dato Abd Halim bin Jalal
- Kol Hj Jaafar bin Marlan
- Kol Abdul Malik bin Ali
- Kol Hj Toharudin Abd Rasid TUDM
- Lt Kol Abdul Razak Hussein
- Lt Kol Abd Razak bin Siran
- Lt Kol Zulkhurnain bin Ahmad
- Lt Kol Mohammad Yatim Mohd Noor
- Lt Kol Padzil bin Mat
- Lt Kol Jasni bin Mohd Noor
- Lt Kol Mohd Shah Abdul Rahman
- Lt Kol Hj Ahmad Ismail
- Mej Noorzahari bin Zeelan
- Mej (B) Aini bt Hitam
- Kapt (B) Mohd Azmi Abd Hamid
- Kapt (B) Mustapha bin Ahmad
- Kapt (B) Shohemi Hashim
- Kapt (B) Mohd Sabari Said TUDM
- Kapt (B) Mohd Azman bin Anuar
- Kapt (B) Rohani bt Kasim
- ........ada lagi..yang aku tidak dapat maklumat
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY
ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com
No comments:
Post a Comment