Appointment
& Promotion
& Promotion
"Wahhhh...bestnya kalau aku berpangkat Kapten". Mana taknya, 3 paku atas bahu, dari jauh dah nampak.
ITU DULU, Masa aku menjalani latihan pegawai kadet (Port Dickson), aku tenguk Kapten macam punyalah besar. Dah lah tu, instructor pulak tu. Powerful. Macam hulubalang istana dalam cerita zaman Kerajaan Melayu dahulu. Apa dia nak buat, dia punya suka. Nak bagi frog jump, duck walk, crawl bawah capoi, star jump 100 kali, foward roll, side roll sampai muntah hijau, nak bagi terjun dalam kolam longkang (lubang beruang), nak bagi penampar, penendang, penumbuk, malah nak hempuk kepala dengan kayu sebesar lengan PUN BOLEH (sebab aku dah rasa)...... semua boleh, atas nama 'TRAINING'.
Skot TJP37 (dan sebahagian senior dan junior lain), siapa yang tak kenal nama seperti Kapt Rahmat (RAD), Kapt Hamid (RAD), Lt Amirudin (RAMD) dan lain-lainnya. Bukan sahaja SICKENING tapi juga SADIST.
Kami faham, itu tugas mereka melatih kadet. Tapi ada juga yang reasonable. Aku masih ingat cara jurulatih seperti Kapt Wong Ah Tai (RAJD), Kapt Salehuddin (RSD), Kapt Nazarudin (KAD) dan Kapt Dahari (RAMD). Mereka pun boleh tahan juga, tapi berhemah dan berkesan.
ITU DULU, Masa aku menjalani latihan pegawai kadet (Port Dickson), aku tenguk Kapten macam punyalah besar. Dah lah tu, instructor pulak tu. Powerful. Macam hulubalang istana dalam cerita zaman Kerajaan Melayu dahulu. Apa dia nak buat, dia punya suka. Nak bagi frog jump, duck walk, crawl bawah capoi, star jump 100 kali, foward roll, side roll sampai muntah hijau, nak bagi terjun dalam kolam longkang (lubang beruang), nak bagi penampar, penendang, penumbuk, malah nak hempuk kepala dengan kayu sebesar lengan PUN BOLEH (sebab aku dah rasa)...... semua boleh, atas nama 'TRAINING'.
Skot TJP37 (dan sebahagian senior dan junior lain), siapa yang tak kenal nama seperti Kapt Rahmat (RAD), Kapt Hamid (RAD), Lt Amirudin (RAMD) dan lain-lainnya. Bukan sahaja SICKENING tapi juga SADIST.
Kami faham, itu tugas mereka melatih kadet. Tapi ada juga yang reasonable. Aku masih ingat cara jurulatih seperti Kapt Wong Ah Tai (RAJD), Kapt Salehuddin (RSD), Kapt Nazarudin (KAD) dan Kapt Dahari (RAMD). Mereka pun boleh tahan juga, tapi berhemah dan berkesan.
Besarnya pandangan saya ke atas insan berpangkat 'Kapten' berterusan semasa mengikuti latihan penerbangan. Semua instructor terbang (QFI/QHI) berpangkat Kapten. Dari TUDM Alor Setar ke TUDM Kluang ke, semuanya sama sahaja- Kapten tetap paling berkuasa dan paling berleluasa. Instructor boleh buat apa sahaja, dalam pesawat boleh tumbuk, boleh cubit (bukan macam emak aku cubit masa kat kampung dulu tapi), boleh maki hamun, boleh FUCK HELL in YOUR ASS HOLE. Kalau turun dari pesawat bibir tak pecah atau dagu bengkak kena penumbuk atau rusuk dan lebam biru kena cubit, tak sah. Bukan sahaja dalam pesawat, dah turun dari pesawat - masuk briefing room, belasah lagi. Tak puas hati, malam boleh panggil ke mess dan lanyak lagi. Besarnya Kapten. Seronok betul jadi Kapten ni beb!
Skot flying aku di PULATIBANG II, siapa tak kenal Kapt Syed Busry, Kapt Abdul Hadi, Kapt Hashim, Kapt Ghaffar dan lain-lainnya. Dan aku dengar, skot-skot aku yang jadi KAPTEN (jurulatih) kemudiannya pun beraksi serupa juga. Itu aku tak nak sebut KAPTEN-KAPTEN jurulatih di No 6 Skn (Tebuan) dan PULATIBANG III di TUDM Kuantan. Sebahagiannya sudah jadi arwah, maka biarlah ia menjadi legasi kepada rakan-rakan fighter pilot.
Tak lah aku nak kata semua Kapten (flying instructor macam itu). Kawan-kawan aku dapat jug instructor yang gentlemen seperti Kapt Adnan Ibrahim, Kapt Nasron Omar, Kapt Nordin Kasim, Kapt Tunku Adnan, Kapt Wee Ho Chong dan Kapt Hashim Darus. Student mereka ini pun ramai juga jadi Jeneral??.
Selepas di Tauliah
Skot flying aku di PULATIBANG II, siapa tak kenal Kapt Syed Busry, Kapt Abdul Hadi, Kapt Hashim, Kapt Ghaffar dan lain-lainnya. Dan aku dengar, skot-skot aku yang jadi KAPTEN (jurulatih) kemudiannya pun beraksi serupa juga. Itu aku tak nak sebut KAPTEN-KAPTEN jurulatih di No 6 Skn (Tebuan) dan PULATIBANG III di TUDM Kuantan. Sebahagiannya sudah jadi arwah, maka biarlah ia menjadi legasi kepada rakan-rakan fighter pilot.
Tak lah aku nak kata semua Kapten (flying instructor macam itu). Kawan-kawan aku dapat jug instructor yang gentlemen seperti Kapt Adnan Ibrahim, Kapt Nasron Omar, Kapt Nordin Kasim, Kapt Tunku Adnan, Kapt Wee Ho Chong dan Kapt Hashim Darus. Student mereka ini pun ramai juga jadi Jeneral??.
Selepas di Tauliah
Nak lepas dari seksa latihan kedet satu cerita. Dah masuk dalam TUDM, nak panjat tangga kerjaya another story. Cita-cita masa itu satu sahaja, nak jadi pilot, malangnya hasrat tak kesampaian.
Bila masuk bidang baru, Logistik, sebenarnya pada masa itu (semasa memilih untuk masuk Logistik), aku sendiri pun tak tau apa benda Cawang Logistik itu). Nak masuk Engineering, masih trauma dengan kegagalan di UTM sebelum masuk kedet. Nak masuk Admin, takut kena hantar kursus komando, kena terjun..... nak masuk ATC, aku tak konfiden dengan English aku, takut kena hantar kursus overseas.... tu yang 'end up' pilih Logistik.
Bila masuk bidang baru, Logistik, sebenarnya pada masa itu (semasa memilih untuk masuk Logistik), aku sendiri pun tak tau apa benda Cawang Logistik itu). Nak masuk Engineering, masih trauma dengan kegagalan di UTM sebelum masuk kedet. Nak masuk Admin, takut kena hantar kursus komando, kena terjun..... nak masuk ATC, aku tak konfiden dengan English aku, takut kena hantar kursus overseas.... tu yang 'end up' pilih Logistik.
Bermula kakiku menapak masuk ke Cawang Logistik pada tahun 1981, bermula lah juga perjalananku memanjat tangga kerjaya dalam kareer baru ini yang aku sendiri tidak nampak arah tujunya. Ada jalan, lalu, bila jumpa simpang, ikut mana orang lain lalu. Bila jumpa sungai atau parit, naik apa yang ada, kalau ada jambatan atau titi, menyeberanglah. Kalau tak ada, kadang naik sampan, kadang naik rakit, kalau parit tohor, redah je. Kalau parit kecik, lompat je. Bila lompat, kadang jatuh, kaki terkehel, kalau nasib baik, ada kawan tolong, kalau tidak ada,merangkaklah, cari tempat teduh, rehat dan rawat.
Dalam melalui liku-liku kerjaya, tidak kurang juga cabaran dari aspek lain yang bersifat penganiayaan, hasad dengki dan sebagainya. Biasa la (patut ke benda itu jadi kebiasaan) bangsa kita ni penuh dengan sifat-sifat ini. Eh, bangsa kita je ke? Bangsa lain tak ada sifat itu ke?.
Terminologi seperti CARI MAKAN, CARI PASAL, PASANG CABLE, TAI CHI, CINGAY adalah suatu yang biasa didengari. Banyak BOSS yang bijak pandai, berkelulusan luar negara TAPI masih gagal membezakan antara BLOOD SUCKER dan GOOD WORKER.
Dalam melalui liku-liku kerjaya, tidak kurang juga cabaran dari aspek lain yang bersifat penganiayaan, hasad dengki dan sebagainya. Biasa la (patut ke benda itu jadi kebiasaan) bangsa kita ni penuh dengan sifat-sifat ini. Eh, bangsa kita je ke? Bangsa lain tak ada sifat itu ke?.
Terminologi seperti CARI MAKAN, CARI PASAL, PASANG CABLE, TAI CHI, CINGAY adalah suatu yang biasa didengari. Banyak BOSS yang bijak pandai, berkelulusan luar negara TAPI masih gagal membezakan antara BLOOD SUCKER dan GOOD WORKER.
Sebenarnya, sejak awal kerjayaku, aku tak punya cita-cita tinggi dalam TUDM ini. Aku tak pandai nak meminta-minta. Tak pandai nak 'slow talk', tak pandai nak lobi, sebab itu banyak benda yang sepatutnya aku dapat tapi aku tak dapat, aku dilupakan, aku diketepikan. Banyak juga tempat (points) dalam liku-liku perjalanan 'career' ku agak mencemaskan.
LPK (L2)
KURSUS ASAS PENERBANGAN
PUSAT LATIHAN TERBANG 2
TUDM KLUANG
(JAN 1981 - OKT 1981)
Sebaik sahaja menamatkan latihan asas ketenteraan di Sekolah Pegawai Kedet Port Dickson, aku berserta hampir 40 kedet Udara (yang dikenalpasti untuk menjadi juruterbang) di hantar keTUDM Alor Setar dan TUDM Kluang (Pulatibang I dan II) untuk menjalani latihan penerbangan (dalam pangkat Pegawai Kedet Udara). Aku bersama 5 yang lain dihantar ke Kluang untuk menjalani latihan juruterbang helikopter.
Hayat kerjayaku di TUDM Kluang amat singkat. Hanya dari Februari hingga September 1981 sahaja. Aku gagal menamatkan latihan penerbangan (pada Jun 1981) dan memohon untuk menjadi pegawai dalam Cawang Bekalan serta ditumpangkan sementara di Skuadron Bekalan TUDM Kluang. OC (KCB) ialah Mej Mohammed bin Hussein (salah seorang pioneer TUDM pada 01 Jun 1958). Di TUDM Kluang aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) berkuatkuasa mulai 1 Julai 1981 dan tarikh kekananan dikebelakangkan pada 24 Januari 1981.
Skot kedet aku yang lain sama ada di SPK atau yang lulus sayap penerbangan, mereka ada commissioning parade, ahli keluarga datang meraikan. Mereka ada graduation night di hotel. Grand. Boleh buat kenang-kenangan. Skot di SPK dapat tabik hormat dan terima watikah dari Sultan Perak. Tapi aku ditauliahkan di pejabat Komandan TUDM Kluang. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Mej Abd Razak Abdul Aziz (Pemangku Komandan) dengan dihadiri oleh OC-OC yang lain. Watikah kena collect sendiri di MINDEF beberapa tahun kemudian semasa aku dah berpangkat Kapt.
Ada kesilapan plus kecuaian berlaku di pihak BPA mengenai tauliah aku (alasan terlepas pandang). Sampai sekarang tidak digazetkan. Bayangkan, aku ditauliahkan pada 1 Jul 1981 (masa itu Sultan Pahang jadi Agong) tetapi watikah aku di tandatangani pada tahun 1986 oleh Sultan Johor (Agong 1984-1989).
Bagi skot di Kluang, mereka dapat tauliah dan tabik hormat dari Sultan Johor, manakala skot di PULATIBANG 1 Alor Setar aku kurang pasti. Mungkin Sultan Selangor Kolonel YDP TUDM masa itu.
Ada kesilapan plus kecuaian berlaku di pihak BPA mengenai tauliah aku (alasan terlepas pandang). Sampai sekarang tidak digazetkan. Bayangkan, aku ditauliahkan pada 1 Jul 1981 (masa itu Sultan Pahang jadi Agong) tetapi watikah aku di tandatangani pada tahun 1986 oleh Sultan Johor (Agong 1984-1989).
Bagi skot di Kluang, mereka dapat tauliah dan tabik hormat dari Sultan Johor, manakala skot di PULATIBANG 1 Alor Setar aku kurang pasti. Mungkin Sultan Selangor Kolonel YDP TUDM masa itu.
PEGAWAI BERTUGAS PERGERAKAN UDARA 'SYIF B'
TUDM KUCHING
(OKT 1981 - APR 1983)
Setelah menjalani satu kursus singkat (Modula Air Movement) di SKKT Kinrara (satu kursus yang tidak diiktiraf- kerana tida sijil diberikan- dan inilah satu-satunya kursus kepakaran Logistik yang pernah aku hadiri sepanjang perkhidmatanku), aku (dengan Lt (U) Zambri Ahmad) telah dihantar ke TUDM Kuching untuk menjawat Pegawai Pergerakan Udara Bertugas (DAMO) Shift B mulai Oktober 1981. Kalau di Pangkalan lain, Air Movement diletakkan di bawah OC Flying tapi di TUDM Kuching, ia di bawah OC Supply.
OC Supply TUDM Kuching masa itu ialah Kapt (U) Samsudin Sulaiman (allahyarham) (kemudian diganti oleh Kapt (U) Johari Rais) dan SAMO ialah Kapt (U) Ahmad bin Ismail (kemudian digantikan oleh Kapt (U) Chin Hoong Shing). Base Commander masa itu ialah Lt Kol (U) Nagaratnam Ampalam (kemudiannya digantikan oleh Lt Kol (U) Khong Kah Sing.
Bertugas di Kuching memang menyeronokkan. Bujang pulak tu. Ada motorsikal dah okay. Dapat merayau ke bandar Kuching atau pergi picnic ramai-ramai semasa weekend. Masa di TUDM Kuching, pangkat pegawai TUDM ditukar dari memakai 'embroided bar' kepada 'pip' seperti Army. Orang yang bertanggungjawab menukar ialah PTU masa itu allahyarham Lt Jen (U) Datuk Mohamed bin Taib. Ye la, dia pun ex-army- jadi, dia nak "Air Foce to be looked as 'segak' as army" juga la.
Aku berada di TUDM Kuching selama 17 bulan sahaja. Walaupun tempohnya singkat, aku banyak mendapat pengalaman di sini. Aku dapat pergi ke banyak tempat seperti Pontianak (Indonesia), Pulau Tekajung, Bau, Miri, Sibu, Gua Niah, Bako dan hingga ke Labuan dan KK.
LPK (L3)
KURSUS PENGURUSAN PEGAWAI LOGISTIK
INSTITUT TEKNOLOGI UDARA
(APR 1983 - OKT 1983)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 70/83 KTW 190700H Apr 83. LT M(U) TOHARUDIN BIN ABD RASID (371256)- Ditumpangkan dari Senarai LPK(L2) kepada TUDM Kinrara mulai 11 Apr 83 hingga 23 Okt 83 untuk mengikuti kursus Pengurusan Pegawai Logistik Siri 22/83.
Setelah berkhidmat di TUDM Kuching sebagai pegawai bertauliah selama 17 bulan, aku pun dipanggil untuk menghadiri kursus asas Pengurusan Pegawai Logistik (Siri 22/1983) di Sekolah Logistik (SEKLOG), Institut Teknologi Kinrara (ITU). Kursus ini mengambil masa 6 bulan meliputi modul asas pengurusan dan asas perakaunan materiel (logistik).
Seramai 18 pegawai menyertai kursus Siri ini di mana separuh darinya merupakan pegawai 'fresh' dari SPK Port Dickson manakala bakinya adalah pegawai-pegawai yang 'remaster' dari Cawangan lain atau yang gagal dari latihan asas penerbangan (termasuk diriku). Separuh lagi adalah pegawai dari TJP43 yang baru saja ditauliahkan di SPK Port Dickson.
Ketua SEKLOG ialah Mej (U) Ng Poh Wah manakala Koordinator Kursus ialah Kapt (U) Azizan bin Shaari.
Aku menamatkan kursus ini pada bulan Okt 1983 dengan kedudukan ke 2 dalam kursus. Sebaik sahaja tamat kursus, semasa bercuti seminggu sebelum melapor ke unit baru, aku melangsungkan perkahwinan dengan Adibah pada 16 Okt 1983. Bestman aku ialah Lt M (U) Sulaiman bin Idris (TJP36). Kumpulan sword bearer adalah terdiri dari rakan sekelasku, iaitu Sakir, Razali, Abu Hanifah, Razali, Rusli dan Yusnillah.
KETUA SKN PERGERAKAN UDARA
TUDM KUANTAN
(OKT 1983 - JUN 1986)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 182/83 KTW 050954H OKT 83. LT M(U) TOHARUDIN BIN ABD RASID (371256)- Ditukarkan dari Senarai LPK(L2) kepada TUDM Kuantan untuk menjawat jawatan Ketua Skn Pergerakan Udara mulai 24 Okt 83.
Setelah menamatkan kursus asas Pengurusan Pegawai Logistik di ITU, Kinrara, aku ditukarkan ke TUDM Kluang untuk memegang jawatan Ketua Skn Pergerakan Udara (KSPU). Walaupun aku masih berpangkat Lt M(U), aku telah diberi jawatan pangkat Kapt (U).
Pegawai Memerintah (CO) Pangkalan ialah Kol (U) Nawi bin Alias (kemudian digantikan oleh Kol (U) Hussein bin Supian. Manakala Ketua Cawang Logistik (KCL) ialah Mej (U) Nik Hishamuddin bin Ibrahim (digantikan oleh Mej (U) Azizan bin Shaari pada 1 Jan 1986).
Di TUDM Kuantan aku tidak melaksanakan tugas sebagai Ketua SPU, tetapi ditugaskan sebagai Ketua Skn Domestik (KSD) yang menguruskan Stor Perabut, Rangsum, Pakaian dan Alat Tulis.
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 517/84 KTW 021328H Ogos 84. LT M(U) TOHARUDIN BIN ABD RASID. Ditumpangkan dari TUDM Kuantan kepada PULATIBANG 3 untuk menjawat jawatan Pegawai Logistik mulai 8 Okt 1984.
Pada bulan 1 Ogos 1984 aku dialihkan tugas ke Skn Kenderaan (job rotation). Bagaimanapun pada 8 Okt 1984, aku ditumpangkan ke Pulatibang 3 atas permintaan Komandannya Lt Kol (U) Abdul Aziz Iskandar untuk membuat tugas Pegawai Logistik. Semasa di PULATIBANG 3 aku dinaikkan ke pangkat Leftenan (Udara) berkuatkuasa 14 Jan 1985. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Pemangku Komandan, Mej (U) Shubli bin Ismail (allahyarham- meninggal dunia akibat kemalangan pesawat MB339A pada Jun 1985).
Nak pakai pangkat ni pun ada cerita juga. Dalam kawat dari Bahagian Anggota mengenai pemakaian pangkat pegawai TJP 37 namaku tidak tersenarai. Rakan-rakan seangkatan (skot) di Kuantan yang lain seperti LtM S.Hamid, LtM Hisham telah dinaikkan pangkat. Setelah menelefon pegawai staf Bahagian Anggota, dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan yang tidak menyenaraikan namaku. Mereka mungkin mengambil tarikh 1 Jul 1981 aku ditauliahkan di TUDM Kluang, tanpa menyedari terdapat proviso yang menyatakan tarikh kekananan di kebelakangkan mulai 24 Jan 1981.
Semasa di PULATIBANG 3, Komandan telah menyokong untuk Pangkat Pemangku Kapt (U) untuk aku, namun sungguh malang, BAT D 11 yang dibuat oleh Komandan (Lt Kol Aziz) telah ditolak oleh Panglima Mk HANUD dengan alasan penilaian terlalu tinggi. Aku pun tak faham- tapi kemudiannya aku mendapat tahu bahawa hubungan antara boss aku (Aziz) dengan Panglima agak kurang baik (lain kem la kot). Jadi, sokongan boss aku tak berapa laku. Jadi, proses untuk pangkat aku tergendala dan memerlukan satu penilaian baru. Bertambah malang, semasa proses penghantaran semula, aku telah ditawarkan ke ITM. Sekali lagi, permohonan tidak diluluskan dengan alasan "tak kan nak dua-dua, dah dapat ITM, pangkat tak payah laaa..". Sakit hati aku mendengarnya.
Pada bulan Mei 1986, jawatan Pegawai Logistik PULATIBANG 3 dimansuhkan dan aku ditugaskan semula ke Cawang Logistik membuat tugas Ketua Flt Kawalan Stok dan Perakaunan.
Pada bulan Jun 1986 aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian (Diploma in Business Studies) di ITM Shah Alam di bawah program biasiswa pendidikan ATM.
LPK (L2)
KURSUS 'DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES'
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
(JUN 1986 - JUL 1989)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 162/86 KTW 211526H JUN 86. LT (U) TOHARUDIN BIN ABD RASID. Ditukarkan daripada Ketua Skn Pergerakan Udara TUDM Kuantan kepada LPK (L2) mulai 28 Jun 1986 kerana mengikuti kursus Diploma in Business Studies di ITM Shah Alam mulai tarikh yang sama.
Kegagalan di UTM pada tahun 1979 mewujudkan trauma dalam diriku. Kembali ke meja belajar setelah 7 tahun meninggalkan dunia akademik, untuk kembali sebagai seorang pelajar adalah suatu yg mencabar. Kena pulak classmates semuanya budak2 fresh lepasan SPM, beza usia 10 tahun!. Terasa jadi budak-budak semula. Di ITM ini, aku telah menebus semula kegagalanku di UTM (1979), akhirnya aku dapat juga berjalan di atas stage untuk mengambil segulung diploma, hadiah untuk ayahandaku.
Pengarah: Datuk Nik Abd Rashid Nik Majid kemudian diganti oleh Dr Mohd Mansor
Ketua Kajian: Dr Ghazali Abdullah kemudian diganti oleh Tuan Hj Abdullah bin Ghazali.
Yang agak terkilan ialah, aku yang sepatutnya layak memakai pangkat P/Kapt pada tahun 1985 telah terpaksa menunggu untuk 3 tahun lagi, kerana tiada kenaikan pangkat untuk pegawai dalam LPK.
PS3 LOGISTIK 3
BAHAGIAN BANTUAN
MARKAS PEMERINTAHAN PERTAHANAN UDARA
(OGOS 1989 - DIS 1991)
Kawat: UDARA/ANGGOTA(PEG) 199/89 KTW 211008H OGOS 89. LT TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan dari LPK(L2) kepada PS3 LOG 3 Mk HANUD mulai 1 Ogos 1989.
Setelah tamat pengajian di ITM, aku ditukarkan ke Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (Mk HANUD) sebagai PS3 Log 3. Sel yang menguruskan bahan letupan. PS2 aku ialah Mej Mohd Zaki bin Ishak (beliau ditumpangkan ke DTU untuk projek komputerisasi logistik). Namun aku tak lama di sel itu, kemudian ditukarkan (internal reshuffle) sebagai PS3 SISAIR 3B di bawah Mej Mohamad Saifullah (PS2 SISAIR 3). Di sel ini aku bertugas membantu pengurusan sistem pesawat C-130, MB339A dan PC7.
Di Mk HANUD aku dinaikkan ke pangkat Kapt (Sebenar) berkuatkuasa 1 Ogos 1989. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Brig Jen Dato' Hj Abdul Ghani Aziz TUDM, Panglima Pertahanan Udara. Walaupun Kalau ikutkan tarikh sub-rank Lt, sub-rank Kapt sepatutnya pada 24 Jan 1989. Tapi aku di ITM masa itu (dalam LPK), maka kenaikan pangkat tidak diproses, terpaksa tunggu tamat belajar. Oleh kerana tarikh naik pangkat aku ialah 1 Ogos, maka secara teknikalnya aku telah kehilangan 'seniority' selama 6 bulan 6 hari. Sungguh malang perjalanan kerjayaku.
Panglima Pertahanan Udara: Mej Jen Dato' Abdul Ghani Aziz TUDM
Ketua Staf Bantuan: Kol Danny Loh Chong Kwee TUDM
PS1 Logistik: Lt Kol Rajaratnam a/l Nadeson
Dalam bulan Okt atau Nov 1991, aku telah dipanggil temuduga kerjaya oleh PS1 SISLOG di DTU, Lt Kol Ahmad Haidir TUDM. Meneliti latarbelakangku dalam bidang akademik, aku ditawarkan untuk mengisi jawatan PS2 Latih/Wang di DTU Latih (menggantikan Kapt Ahmad Zaini yang baru dinaikkan ke pangkat P/Mej TUDM dan ditukarkan sebagai KCL ITU Kinrara.
PS2 LATIH B
JABATAN ARAH LATIH
DEPARTMEN TENTERA UDARA
(DIS 1991 - FEB 1993)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 1/92 KTW 201506H JAN 92. KAPT TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan daripada PS3 Logistik 3 Markas HANUD kepada PS2 Latih B, DTU-Anggota (Latih) mulai 15 Dis 01.
Lanjutan dari temuduga dengan PS1 SISLOG, aku pun ditukarkan ke DTU sebagai PS2 Belanjawan Latihan. Walaupun namanya PS2, ia merupakan perjawatan bertaraf Kapt TUDM yang dikhususkan kepada Pegawai Logistik. PS1 Latih masa itu ialah Lt Kol Mohd Yusof Abd Kadir, seorang pegawai Kejuruteraan.
Di sini aku bertugas menguruskan hal ehwal peruntukan bajet/kewangan (OE) latihan TUDM, meliputi kursus dalam dan luar negara. Aku dibantu oleh seorang EO iaitu Puan Wan Rokiah Wan Idris. Selain mengendalikan bajet, aku juga diberi tugas mengurus pelaksanaan semua kursus logistik di institusi latihan ATM. Manakala untuk kursus luar negara aku diberi tugas mengendalikan kursus-kursus di UK dan Jordan. Semasa bertugas di sini aku kenal dengan En Goh Peng Seng dan En Chan Huan Seng (PSU Kewangan). En Goh aku jumpa balik semasa bertugas di Treasury- sekarang (2011) sudah JUSA.
Antara PS2 lain di DTU Latih (selepas 'RMAF reorg' pada tahun 1993 ditukar menjadi MTU-Latih) masa itu ialah Mej Ali Karwi (Urusetia- bersara Brig Jen Dato'), Mej Ali Abdullah @ Ali Kogia (Juruterbang- bersara Mej), Mej Ahmad Fauzi (KLLU- bersara Mej), Kapt Azhar (Kej- bersara Mej) dan Kapt Hafizan Abu Bakar (Log- bersara Mej) yang menjaga urusan pergerakan/tiket penerbangan.
Pada bulan Mei 1993 aku ditukarkan ke Bahagian Materiel (SISMAT) untuk menjawat jawatan PS2 SISMAT C (Perancangan Sumber Manusia). Tempat aku di MTU-Latih diambilalih oleh Kapt Zainudin Sahak TUDM.
Sebenarnya, bermula di sinilah, kerjaya aku dalam Cawang Materiel ini mula menunjukkan kilauannya. Satu persatu aku diberikan peluang memegang jawatan yang mencabar dan membolehkan aku membuka network dalam kerjaya di hadapan.
Sebenarnya, bermula di sinilah, kerjaya aku dalam Cawang Materiel ini mula menunjukkan kilauannya. Satu persatu aku diberikan peluang memegang jawatan yang mencabar dan membolehkan aku membuka network dalam kerjaya di hadapan.
PS2 BELI B
BAHAGIAN MATERIEL
(FEB 1993 - JUN 1993)
(DITUMPANGKAN KE JAB LATIH - GPT MEJ TUDM)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 43/93 KTW 041808H MAC 93. KAPT TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan dari PS2 Latih B, DTU-Anggota (Latih) kepada PS2 Beli C DTU-Materiel (Pembelian) mulai 1 Mac 93. Ditumpangkan ke DTU Latih mulai tarikh yang sama HDK.
Walaupun 'on paper' aku dtukarkan sebagai PS2 Beli B, tapi atas permintaan Pengarah Latih, aku dikekalkan di DTU-Latih membuat tugas PS2 Latih/Wang. Pertukaran jawatan ini melayakkan aku menerima Gaji Pangkat Tinggi Mejar mulai 1 Mac 1993.
Aku ditamatkan tumpangan ke MTU-Latih dan ditukarkan ke jawatan PS2 SISMAT C mulai 1 Jul 1993 untuk menggantikan Mej Rodzuan Abd Ghani TUDM yang melanjutkan pengajian ke ITM. Terima kasih kepada Rodzuan yang mencadangkan nama aku untuk mengagntikannya dan memberi jalan kepada aku untuk naik ke pangkat Mejar.
PS2 ANGGOTA C
BAHAGIAN ANGGOTA
(JUN 1993 - JUN 1994)
(MEMBUAT TUGAS PS2 SISMAT C, BAHAGIAN MATERIEL)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 181/93 KTW 091548H JUL 93. KAPT TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Meletak jawatan PS2 Beli C, Bhg Materiel- Pembelian mulai 30 Jun 1993 dan menjawat jawatan PS2 Anggota C, Bhg Anggota mulai 1 Jul 1993. Diteruskan membuat tugas PS2 SISMAT C mulai tarikh yang sama. Dinaikkan ke pangkat P/Mejar TUDM mulai 1 Jul 1993.
Pengalaman bertugas sebagai pegawai staf di Bahagian Latihan selama setahun 5 bulan, banyak memberi pengalaman kepadaku. Pengalaman itulah yang membantuku untuk bergerak ke tahap kerjaya yang lebih tinggi.
Aku ditukarkan ke Bahagian Materiel- SISMAT ketika TUDM masih dalam keadaan 'huru-hara' akibat proses reorganisasi secara besar-besaran oleh PTU pada masa itu (Lt Jen Dato' Ghani). Semua nama unit dan perjawatan telah ditukar baru. Konsep pemerintahan TUDM juga berubah menjadi 'centralised command' tetapi pemerintahan di peringkat unit berubah menjadi 'decentralised'. Sila baca Tajuk 21: MINDEF Siri 1.
Di sini aku dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar TUDM berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Kol Hj Abd Rahman Rais TUDM, APTU Materiel. Mejar pokai, jamuan mee kari sahaja.
Kepimpinan di Bahagian Materiel masa itu ialah:
- APTU Materiel - Kol Hj Abdul Rahman Rais TUDM. (bersara dalam pangkat Brig Jen pada tahun 1996 dan meninggal dunia pada Sep 2004).
- Pengarah Materiel ialah Kol Ahmad Haidir bin Mohd Yusof TUDM (bersara Kol 1997) manakala PS1 SISMAT ialah Lt Kol Mahamad Fazim bin Ismail TUDM (bersara Kol TUDM -2004).
Pada bulan Jun 1994 aku mendapat tawaran mengikuti kursus Diploma Lanjutan di ITM Shah Alam selama 2 tahun. Jawatan PS2 SISMAT C diserahkan kepada Mej Mohd Zawawi bin Osman TUDM. Ada kesahnya mengenai cabaran dan halangan untuk aku ke ITM ni. Sila baca blog (www.coltoras1959.blogspot.com) Tajuk 69: Kursus dan Lawatan.
LPK (L2)
KURSUS 'ADVANCED DIPLOMA IN BUSINESS ADMINISTRATION (HRM)
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
(JUN 1994 - JUN 1996)
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG) 0045/95 KTW 111532H FEB 95. MEJ TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan daripada PS2 Anggota C, Bhg Anggota kepada LPK(L2) mulai 3 Jul 94. Mengikuti Kursus Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) di ITM Shah Alam.
Pengarah: Datuk Ir Ahmad Zaidie bin Laidin.
Dekan: Prof Dr Hj Tahir bin Abd Hamid (kemudian Datuk).
Ketua Kursus: Puan Fauziah bt Noordin (kemudiannya Puan Normala Amir Ishak)
Kesah aku di ITM diceritakan dengan lengkap di bawah Tajuk 8 dalam blog aku yang satu lagi: www.coltoras1959.blogspot.com
PS2 LOGISTIK 2
MARKAS PEMERINTAHAN PERTAHANAN UDARA
(JUN 1996 - DIS 1998)
(TUMPANGAN KE MTU-MATERIEL)
(TUMPANGAN KE MTU-MATERIEL)
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/224/96 KTW 070524H JUL 1996. MEJ TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan dari LPK(L2) kepada PS2 LOG 2 Mk HANUD dan ditumpangkan ke MTU-Materiel menjawat jawatan PS2 SISMAT B mulai10 Jun 1996.
Setamatnya kursus di ITM, aku ditugaskan di MTU-Materiel sebagai PS2 SISMAT B. Aku dimaklumkan bahawa tugas ini adalah sementara sahaja kerana aku telah dicadang untuk mengambil-alih jawatan KCM TUDM KL yang bakal dikosongkan oleh Mej Rosly Misbah TUDM yang akan bersara. Namun setelah beberapa minggu di Bahagian Materiel, Brig Jen Mohd Idris TUDM (APTU Materiel) dan Kol Othman Majid TUDM (Pengarah) enggan melepaskan aku dari situ. Maka aku dikekalkan di MTU-Materiel manakala jawatan KCM TUDM KL diisi oleh Mej Zaharin Zainudin TUDM.
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/374/96 KTW 130256H NOV 1996 - ditamatkan membuat tugas PS2 SISMAT B dan seterusnya membuat tugas PS2 SISMAT C mulai 4 Nov 1996.
Kurang 5 bulan dalam jawatan PS2 SISMAT B, aku ditukarkan ke jawatan PS2 SISMAT C (dalam bahagian yang sama) kerana terdapat kekosongan yang perlu diisi serta berdasarkan pengalamanku dalam jawatan tersebut (Jun 93-- Jun 94) sebelum aku ke ITM.
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/240/97 KTW 230210H OGOS 1997 - ditamatkan membuat tugas PS2 SISMAT C dan seterusnya membuat tugas PS1 SISMAT mulai 17 Ogos 1997.
Pada bulan Ogos 1997, Mej Zahari TUDM yang menyandang jawatan PS1 SISMAT pada masa itu telah dipilih untuk bertugas di UK sebagai ADA di MALAWAKIL London.
Pada satu malam dalam satu majlis tahlil di Masjid TUDM KL, Kol Othman (Pengarah) telah membisikkan satu keputusan kepada aku, katanya "saya dah bincang dengan APTU, kamu akan ambil-alih jawatan PS1 SISMAT".
Maka bermulalah era buat kerja lebih tinggi tapi tidak mendapat Gaji Pangkat Tinggi. Aku bertugas sebagai PS1 SISMAT sehingga akhir tahun 1998 apabila aku dicalonkan untuk mengikuti kursus staf di MTAT.
Jawatan PS1 SISMAT diserahkan kepada Mej Bardan bin Majid TUDM yang baru menamatkan kursus di MTAT.
LPK (L2)
KURSUS STAF
MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA
HAIGATE, KL
(04 JAN 1999 - 26 DIS 1999)
Kawat MTU/BSM/ANG(PEG)/239/98 KTW 160304H DIS 1998. MEJ TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM (371256. Ditukarkan ke LPK(L2) untuk menghadiri Kursus Staf di MTAT mulai 4 Jan 199 hingga 11 Dis 1999.
Komandan MTAT semasa aku melapor diri ialah Brig Jen Dato Hidayat Shariff bin Abd Ghaffur. Pada pertengahan tahun beliau bersara dari perkhidmatan dan tempatnya digantikan oleh Brig Jen Dato' Mohd Amin bin Mohd Salleh. Panjang lebar, kesah perjuangan di MTAT ditulis di bawah Tajuk 26.
PS2 URUSETIA
BAHAGIAN BEKALAN, KEMENTAH
(12 DIS 1999- 31 JAN 2004)
(TUMPANGAN KE PERBENDAHARAAN MALAYSIA)
(TUMPANGAN KE PERBENDAHARAAN MALAYSIA)
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/162/99 KTW 030016H DIS 1999- ditukarkan dari LPK(L2) kepada PS2 Urusetia Bahagian Bekalan KEMENTAH mulai 12 Dis 1999.
Setelah menamatkan kursus setahun di MTAT, aku ditukarkan ke satu dunia baru dalam kerjayaku. Aku ditugaskan di Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Perbendaharaan Malaysia untuk menggantikan Mej Kabul Surat TUDM (ke MTAT).
Mula-mula aku terasa 'demoralised' kerana sebelum ke MTAT aku telah membuat tugas PS1 SISMAT (satu jawatan Lt Kol yang kanan dalam Cawang Materiel) dan sekarang aku ditugaskan ke jawatan yang bertaraf lebih rendah. Kes PERASAN la niiii.
Bagaimanapun setelah beberapa bulan di Perbendaharaan (sebagai Pegawai Khas TUDM), aku merasa tugas ini amat sesuai dengan diriku. Aku cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia 'civil service'. Rata-rata mereka (civil servants) amat menghormati 'profesionalisma' pegawai tentera yang bertugas di sana.
Di BPK aku diberi tugas menguruskan semua hal ehwal perolehan dan kontrak peralatan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan pesawat dan alat dukungannya. Si sini aku bukan sahaja menjaga keprluan TUDM sahaja tetapi meliputi Unit Udara TLDM, Pasukan Udara TD, Unit Udara Polis, Unit Udara JBPM dan DCA. Selain dari itu turut mengendalikan kontrak perkhidmatan sewaan khidmat penerbangan untuk Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan HE Orang Asli dan Jabatan Alam Sekitar.
Semasa melapur di BPK pada hujung Dis 1999, Setiausaha Bahagian (SBPK) ialah Hajjah Kamariah Hussin (bersara Dato), kemudian digantikan oleh Dato Hjh Kamesah Abu Bakar pada tahun 2001. Manakala Timbalan SBPK (Kerja) ialah Tuan Hj Mohd Shamsuddin Mohd Salleh. Pada tahun 2002 terdapat perubahan organisasi di BPK dan unit Kapal Terbang diletakkan di bawah TSBPK (Bekalan) iaitu Hjh Safiah bt Basrah (bersara Dato').
Ketua Penolong S/Usaha (KPSU) Unit Kapal, Kapal Terbang (KK) ialah En Abd Ghaffar bin A.Tambi (sekarang Dato'), kemudian digantikan oleh En Ghani Talib (bersara) dan kemudian digantikan oleh En Abd Shukur bin Ibrahim (sekarang Dato').
Aku berkhidmat di BPK selama 4 tahun 1 bulan sebelum kembali bertugas ke MINDEF mulai 1 Feb 2004. Tugas PKTU di Bahagian Perolehan, Perbendaharaan Malaysia diambil alih oleh Mej Noor Azmi bin Abd Rahman TUDM.
PS1 WANG
BAHAGIAN MATERIEL
(01 FEB 2004 - 31 MEI 2009)
Kawat: N/A
Sekembalinya dari Perbendaharaan, aku bertugas ke MINDEF untuk kali ke 3 dan membuat tugas PS1 SISMAT (untuk kali kedua) dan dinaikkan ke pangkat Pemangku Lt Kol TUDM berkuatkuasa mulai 1 Feb 2004. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh TPTU, Lt Jen Dato' Azizan bin Ariffin TUDM.
Kali ini aku bertugas sebagai PS1 SISMAT dengan pangkat dan gajinya sekali. Ada sedikit pengurangan tugas kerana jawatan PS2 SISMAT C (pengurusan sumber manusia) telah diambil alih oleh Bahagian Sumber Manusia yang baru ditubuhkan pada tahun 2002. Jadi PS2 Rancang SM (Materiel) bertanggungjawab kepada AKS Simber Manusia.
Pegawai atasanku semasa di sini ialah Dato Amir bin Hashim TUDM sebagai AKS Materiel dan Kol Azizan bin Shaari TUDM sebagai Pengarah Materiel.
Pada bulan Oktober 2005 terdapat rombakan kecil dalam Bahagian Materiel. Aku ditukarkan untuk menjawat PS1 Pengurusan Kontrak, manakala penjawatnya Mej Khidzri Hj Ahmad mengambil-alih PS1 SISMAT. Berdasarkan pengalaman mengurus kontrak dan 'network' aku semasa bertugas di di Cawangan Kontrak.
Khidmat aku sebagai PS1 Kontrak berakhir pada bulan Apr 2007 apabila berlaku 'major reshuffle' di MLU selepas berlaku peralihan pucuk pimpinan TUDM pada akhir tahun 2006.
TUMPANGAN KE MARKAS LOGISTIK UDARA
Kawat: N/A
Dalam gejolak ombak Tsunami MLU yang telah bermula pada Okt 2006, satu rombakan besar-besaran telah dilakukan. Rombakan ini dibuat dalam 2 peringkat, Fasa 1 pada bulan Feb 2007 manakala Fasa 2 dalam bulan April. Di MLU aku diletakkan di Cawang Pembaikan, satu tempat yang menghadapi masalah paling kronik, dan menjadi sasaran utama 'BOI' yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Brig Jen.
Terlalu banyak peristiwa pahit dan masam sewaktu bertugas di Cawang Pembaikan ini. Setiap hari, waktu pagi untuk memulakan kerja adalah cabaran.
Pucuk pimpinan MLU pada masa itu ialah Panglimanya Brig Jen Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (naik Mej Jen pada Okt 2009 dan naik Lt Jen pada Okt 2010), Ketua Staf Khidmat (KSK) ialah Kol Azizan Shaari TUDM dan Ketua Staf Sistem (KSS) ialah Kol Hj Ab Razak bin Mohd Khairan TUDM.
Jawatan PS1 Pembaikan aku sandang sehingga 30 Jun 2008 apabila aku menerima arahan untuk mengambil alih jawatan KSK dari Kol Azizan yang ditukarkan ke MTU-Materiel untuk mengambil alih jawatan AKS Materiel.
Mulai 1 Jul 2008 (officially handed over on 14 Jul 08), aku mengambil-alih jawatan KSK yang lebih mencabar dan menyesakkan. Sebagai KSK aku bertanggungjawab ke atas Cawangan Pembelian, Pembaikan, Kawalan Aset dan Stok, Kewangan, Khidmat Domestik dan secara tak langsung juga cawangan R & P. Walaupun begitu, aku tidak layak untuk mendapat ganjaran seperti elaun menanggung tugas atau pun Gaji Pangkat Tinggi.
Sebagai KSK, aku juga diberi tugas sebagai Pegawai Memerintah Markas. Maka PS1 Tadbir dan Khidmat Tempatan juga terletak di bawah kawalanku.
Pada bulan Ogos 08, Kol Hj Ab Razak digantikan oleh Lt Kol Hj Hasaza (PS1 SISGP B) yang kemudiannya dinaikkan ke pangkat Kol TUDM. Awal 2009, Kol Hj Hasaza mengikuti kursus di MPAT (setahun) dan digantikan oleh Kol Md Zaki bin Md Zain TUDM sehingga Jan 09 apabila Kol Md Zaki pula pergi ke MPAT dan Kol Hj Hasaza kembali mengambil alih semula jawatan KSS.
Pada bulan Ogos 08, Kol Hj Ab Razak digantikan oleh Lt Kol Hj Hasaza (PS1 SISGP B) yang kemudiannya dinaikkan ke pangkat Kol TUDM. Awal 2009, Kol Hj Hasaza mengikuti kursus di MPAT (setahun) dan digantikan oleh Kol Md Zaki bin Md Zain TUDM sehingga Jan 09 apabila Kol Md Zaki pula pergi ke MPAT dan Kol Hj Hasaza kembali mengambil alih semula jawatan KSS.
PENGARAH RANCANG OPERASI
MARKAS TENTERA UDARA
(MEMBUAT TUGAS KETUA STAF KHIDMAT, MLU)
(01 JUL 2009 - 31 DIS 2010)
(01 JUL 2009 - 31 DIS 2010)
Kawat: N/A
Setelah 15 bulan 'menanggung' siksa sebagai KSK tanpa ganjaran, akhirnya rezeki yang bulat datang bergolek. Berkat kesabaran dan usaha serta sokongan semua pihak, aku diberikan hakku dengan pangkat Kolonel TUDM berkuat kuasa mulai 1 Jun 2009. Jadi seksa yang dibayar balik ialah selama 5 bulan.
Setelah menanggung tugas KSK selama 10 bulan, aku telah dinaikkan ke pangkat P/Kolonel TUDM berkuatkuasa mulai 01 Jun 2009. Kenaikan pangkat ini adalah menggunakan jawatan Pengarah Rancang Operasi. Sebenarnya, aku sendiri tidak pernah bermimpi untuk sampai ke sini. Semoga Allah akan memberi diriku kekuatan untuk aku meneruskan sumbangan kepada TUDM dan negara.
Pada bulan Sep 10, Mej Jen Dato Ackbal telah digantikan oleh Brig Jen Dato Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM. My intake of SSC37. With his coming, the top three in MLU are from SSC37. Jawatan KSS disandang oleh Kol Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM.
Pada bulan Okt 10, aku bercuti hampir dua bulan kerana berangkat menunaikan ibadah Haji sehingga 19 Dis 10.
Pada bulan Sep 10, Mej Jen Dato Ackbal telah digantikan oleh Brig Jen Dato Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM. My intake of SSC37. With his coming, the top three in MLU are from SSC37. Jawatan KSS disandang oleh Kol Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM.
Pada bulan Okt 10, aku bercuti hampir dua bulan kerana berangkat menunaikan ibadah Haji sehingga 19 Dis 10.
PEGAWAI MEMERINTAH
NO 17 SKUADRON
TUDM KUANTAN
(01 JAN 2011 - kini)
(MEMBUAT TUGAS PENGARAH PENGURUSAN STRATEGI)
(01 JAN 2011 - 07 FEB 2012)
(MEMBUAT TUGAS PENGARAH PENGURUSAN STRATEGI)
(01 JAN 2011 - 07 FEB 2012)
Semasa aku berada Mekah mengerjakan Haji, aku menerima SMS dari Kpl Latif (my PA) yang memaklumkan bahawa aku telah ditumpangkan ke MTU sebagai Pengarah Pengurusan Strategik mulai 13 Dis 2010.
Kawat MTU/BSM/PENG(PEG) 300/2010 KTW 151945H DIS 2010. KOL TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM (371256) - Ditamatkan tumpangan tetap kepada MLU daripada MTU mulai 31 Dis 2010. Ditukarkan daripada Pengarah Rancang dan Operasi MTU kepada Pegawai Memerintah No 17 Skn mulai 01 Jan 2011. Ditumpangkan kepada MTU membuat tugas Pengarah Pengurusan Strategik mulai tarikh pertukaran.
Organisasi Bahagian Pengurusan Strategik (BPS) itu sendiri wujud bersama-sama dengan tarikh aku melapor diri ke satu organisasi yang tiada perjawatan dan tiada pejabat. ANEH BUKAN? Sebagai Pengarah, aku tiada pejabat, tiada staf, tiada peralatan pejabat. Bekerja di meja 'coffee corner' dan menggunakan laptop yang dibawa sendiri.
Di BPS aku melalui satu likuan perjalanan yanga amat sukar. Walaupun tugas utama di BPS ialah untuk melaksanakan hala tuju TUDM sehingga 2020, namun perjalanan kerjayaku di BPS tidak ada hala tuju. Sebagai PIONEER kepada BPS itu sendiri aku tidak mempunyai term of reference. Segala tugas harian bergerak mengikut keperluan semasa.
Nama jawatanku juga berubah-ubah dari Pengarah Pengurusan Strategi kepada Pengarah Pembangunan Strategi, kemudian kepada Pengarah Pengurusan Transformasi.
Di BPS aku melalui satu likuan perjalanan yanga amat sukar. Walaupun tugas utama di BPS ialah untuk melaksanakan hala tuju TUDM sehingga 2020, namun perjalanan kerjayaku di BPS tidak ada hala tuju. Sebagai PIONEER kepada BPS itu sendiri aku tidak mempunyai term of reference. Segala tugas harian bergerak mengikut keperluan semasa.
Nama jawatanku juga berubah-ubah dari Pengarah Pengurusan Strategi kepada Pengarah Pembangunan Strategi, kemudian kepada Pengarah Pengurusan Transformasi.
(MEMBUAT TUGAS KETUA STAF KHIDMAT, MLU)
(08 JAN 2012 - kini)
Perjuanganku dalam jawatan Pengarah Pengurusan Transformasi tidak lama. Ini adalah jawatan yang paling singkat aku sandang dalam sejarah kerjaya TUDM aku. Kawat diterima pada 9hb Feb 12, tapi tarikh kuatkuasa mulai 8hb Feb 12. Wah, bunyinya macam '24 hrs posting'. Biasanya kalau macam ni mesti ada kes besar? Biarlah RAHSIA. Begitu pantas aku masuk begitu pantas juga aku keluar.
Biarpun banyak yang PAHIT dari kemanisan yang aku rasa selama di BPS, apa pun aku mempunyai kebanggaaan sendiri yang boleh aku katakan ia adalah hasil tanganku selama setahun di BPS.
Kawat MTU/BSM/PEMB(PEG) 823/2012 KTW 081430H FEB 2012. KOL TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM (371256) - DITUMPANGKAN SEMENTARA DARIPADA MTU DASH BPS KEPADA MLU MEMBUAT TUGAS KETUA STAF KHIDMAT MULAI 8 FEB 2012.
Bermulalah era ke dua penugasanku sebagai KSK di MLU. Hanya pada 11 Mei 2012, aku menerima kawat pertukaran (tumpangan tetap) dari BSM iaitu MTU/BSM/ PENG(PEG)/137/2012 KTW 101910H MEI 2012 yang menyebut 'DITAMATKAN TUMPANGAN TETAP KEPADA MTU DRP NO 17 SKN TUDM MULAI 07 FEB 12. DITUMPANGKAN TETAP DRP NO 17 SKN TUDM MEMBUAT TUGAS KETUA STAF MATERIEL MULAI 08 FEB 12.
Second tour di MLU lebih memudahkan aku melaksanakan tugas. Pengalaman selama empat tahun (first tour) banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Khususnya menghadapi cabaran duniawi yang kebanyakannya membawa kepada kerosakan diri dan organisasi.
Aku terus diamanahkan untuk memegang jawatan Pegawai Memerintah disamping tugas Prima sebagai KSK. Panglima masih lagi disandang oleh Dato Kamalruzaman yang kini telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM. Dengan itu, pucuk pimpinan MLU (top 3) masih kekal di tangan SKOT TJP 37. Ini adalah pertama kali berlaku dalam mana-mana organisasi sama ada Unit atau Markas dalam TUDM. Mungkin juga seluruh ATM.
RINGKASAN KENAIKAN PANGKAT
- Leftenan Muda (Udara) - 1 Julai 1981 (kekananan pada 24 Jan 1981).
- Leftenan (Udara) - 24 Jan 1985.
- Kapt TUDM Sebenar - 1 Ogos 1989.
- Pemangku Mej TUDM - 1 Jun 1993.
- Mej TUDM Sebenar - 1 Ogos 1994.
- Pemangku Lt Kol TUDM - 1 Feb 2004
- Lt Kol Sebenar - 1 Feb 2004
- Pemangku Kol TUDM - 1 Jun 2009.
- Kol TUDM Sebenar - 1 Jun 2009.
Akronim:
LPK ialah (L) Latihan, (P) Peralihan dan (K) Kontijensi.
L1- latihan jangka panjang, melebihi 12 bulan atau semua latihan luar negara.
L2- latihan dalam negara kurang 12 bulan tapi melebihi 6 bulan.
L3- latihandalam negara kurang 6 bulan.
APA SELEPAS INI?.....
MENANTI KETIBAAN UNTUK DIBEBASKAN DARI 'AKTA ANGKATAN TENTERA 1972'
BAKI PERKHIDMATAN 'BERKESAN' (JIKA MASIH ADA USIA)
31 DIS 2011 - 0 BULAN
31 DIS 2012 - 0 BULAN
31 DIS 2013 - 1 BULAN +
31 DIS 2014 - 12 BULAN
31 DIS 2015 - 12 BULAN - pilihan pertama
31 DIS 2016 - 12 BULAN
31 DIS 2017 - 12 BULAN - pilihan kedua
31 DIS 2018 - 12 BULAN
21 NOV 2019 = 10 BULAN 20 HARI - tiada pilihan
31 DIS 2017 - 12 BULAN - pilihan kedua
31 DIS 2018 - 12 BULAN
21 NOV 2019 = 10 BULAN 20 HARI - tiada pilihan
JAWATAN BARU MUNGKIN SEBAGAI ORANG TUA YANG MENOLONG TOK SIAK MASJID TAMAN PANCHOR JAYA MEMBERSIHKAN KARPET DAN MENYUSUN SEJADAH.
WALAUPUN PADA JAN 2012, TARIKH BERSARA TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA USIA 60 TAHUN (MAKNANYA TARIKH BARU PERSARAAN AKAN JATUH PADA TAHUN 2019). sukar rasanya untuk AKU AKAN BERKHDIMAT SAMPAI 60 TAHUN.
SEJAK LEBIH 30 TAHUN YANG LALU (1977), SEBAGAI ANAK AKU TIDAK PERNAH MEMPUNYAI MASA MERAIKAN KEDUA IBU BAPAKU. KINI USIA MEREKA TELAH MASUK KE ERA YANG MEREKA TIDAK MENGENALI AKU, TAPI AKU MASIH SIBUK DENGAN KERJA AKU. NAK AMBIL CUTI SEMINGGU SUSAHNYA MACAM NAK NAM MINTAK CUTI HAJI.
BEGITU JUGA, SEBAGAI SUAMI DAN BAPA, SAMPAI AKU DAH BERCUCU, AKU MASIH KERAP MENGABAIKAN KEBAJIKAN ISTERI DAN ANAK-ANAKKU. ADAKAH AKU HANYA AKAN MELEPASKAN SEGALA KENIKMATAN DUNIA SEKARANG KETIKA MANA AKU SUDAH TIDAK BERDAYA ATAU SUDAH TIDAK BOLEH LAGI MENGINGATI NAMA-NAMA CUCU AKU??
TERIMA KASIH TUDM
TERIMA KASIH ATM
MENJUNJUNG KASIH YDP AGONG
MENJUNJUNG KASIH YDP AGONG
TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA
BERSYUKUR KEPADA ALLAH
BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Pangkat-pangkat selepas ini yang semakin sukar atau mustahil untuk dicapai:
BRIGADIER JENERAL
MEJAR JENERAL
SUKAR TAPI TIDAK ADA SATU YANG MUSTAHIL UNTUK DICAPAI 'BAGAIMANAPUN' KURANG BERMINAT UNTUK MENGEJARNYA SEBAB DIA PUNYA CABARAN, KERENAH DAN TANGGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL TAK BERBALOI DENGAN GANJARAN YANG DITERIMA
LEFTENAN JENERAL
JENERAL
TAK ADA CITA-CITA DAN SECARA LOGIKNYA MEMANG 'IMPOSSIBLE' UNTUK MENCAPAINYA
LIMA BINTANG??
"NOTHING IS POSSIBLE"
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com
Assalamualaikum tuan..sy juga berminat nk jdi pgwai tudm dibwh skim pegwai graduan.. permilihan akan dilakukakn pd oktober 2015.. doakn sy brjaya tuan..hehe
ReplyDelete