MENJEJAKI SKOT TJP37 DI TAIPING
SHAZARINA MONICa
.28hb November 2012 bertolak ke Alor Setar untuk menghadiri mesyuarat. Pada pagi 28hb itu aku masih berada dalam pejabat kerana ada mesyuarat JTP dan diikuiti oleh mesyuarat rundingan harga pesawat BBJ dengan ASB. Tengahari itu aku membuka facebook sekejap dan ada menghantar mesej kepada skot aku Monica (bersara Kapten) yang sekarang menetap di Taiping. Aku tulis, bahawa aku berhasrat untuk singgah jumpa skot-skot yang ada di Taiping semasa perjalanan pulang dari Alor Setar pada hari Khamis (29hb). Aku tak sempat menunggu jawapan Monica kerana aku terlalu sibuk menyelesaikan kerja pejabat pada jam 1530H aku terus bertolak ke utara.
Aku berhenti solat Maghrib/Isyak di R & R Gunung Semanggol dan makan mee wantan. Boleh tahan sedap.
Dalam perjalanan ke utara malam itu aku membuat panggilan kepada Fuad, malangnya Fuad ada di Johor Bahru kerana baru mandapat cucu. Selepas itu aku menghubungi Lokman (Lokman Kupang), alhamdulillah Lokman ada dan bersetuju untuk berjumpa. Aku minta Lokman hubungi Marzuki di Ipoh kalau dia boleh datang dengan isterinya Zawiyah (suami isteri ini skot aku juga).
menghantar sms kepada Monica mengenai perkara yang sama (2053H). Dia balas dan katanya dia dah jawab mesej aku dalam facebook.
"Tak buka fb tengok msg ke? Dah jawab dah. Anyway as I said in FB I got no problem but nak tau ETA sebab boleh la prepare apa yang patut. But I have yet to confirm dengan Fuad and Lokman. Fuad baru dapat cucu so I am not sure whether he is in Taiping, Kedah or Johor. Lokman pun kena check dulu sebab dia dok kerja. Have you contacted them? Saya tengah meeting Amway kat Bagan Serai". (2104H).
Dari sms seterusnya Monica memberitahu ada seorang lagi skot di Taiping iaitu Mej Yusof Saidi (SSO Markas Stesen) dan dia memebrikan no hp Yusof. Aku sms Yusof dan perkenalkan diri. Dia kemudiannya menelefon aku dan memberitahu bahawa dia gembira untuk berjumpa esok.
Untuk makluman, Lokman, Fuad, Yusof dan Monica aku tidak pernah berjumpa sejak kami berpecah di SPK Port Dickson. Marzuki dan Zawiyah aku pernah jumpa sekali dalam tahun 2006 semasa reunion di Mes Semboyan Jalan Ampang.
Mesti ada yang nak tau kenapa dalam ramai-ramai skot di Taiping, aku contact Monica dulu. Sejak aku buka FB Group untuk skot TJP37, Monica merupakan antara skot yang mula-mula menjadi group member hampir 2 tahun yang lalu. Di kalangan 'ex-ladies cadet' dia merupakan member yang paling aktif. Manakala Lokman dan Fuad baru 2-3 bulan menjadi ahli. Lagi satu Monica selalu ada di rumah. Lokman kerja jauh dari Taiping (YTL Cement), jadi kalau aku nak singgah rumah dia tentu menyusahkan dia terpaksa ambik cuti atau pulang awal. Fuad pulak, ada rumah tapi tak ada tangga (single father) dan dia ni tak menentu hawanya. Yusof aku baru sahaja tau semalam yang dia ada di Taiping. Aku tiada pilihan, Monica sentiasa okay dan suami dia pun okay, maknanya aku dah pasti ada tempat untuk port.
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang dari Alor Setar aku pun membuat satu perjalanan JEJAK KASIH ke Taiping. Dah berpuluh tahun juga aku tidak melalui jalan lama Taiping ini. Kali terakhir adalah dalam tahun 1993 - bercuti ke Langkawi) semasa hiway PLUS masih belum siap lagi.
.
Perjalanan jauh mencari kawan
Setelah terpisah dan tinggal berjauhan
Waktu di SPK menjadi idaman
Wajahnya manis lagi rupawan
Semakin hampir hala tujuan
Makin kuat hati debaran
Masih kenalkah wahai kawan
Hati risau tidak keruan
keluar dari Tol Plaza- jalan ke arah bandar Taiping yang redup dan tenang
petunjuk simpang ke Stesen Keretapi
nampak bangunan stesen yang sedang dalam pembinaan
Inilah stesen keretapi paling bersejarah di Tanah Melayu.
Rumah Monica di Kampung Tersusun Paduka Setia, Kampong Boyan, Taiping. Sebelum ini, kata Monica, kalau tidak biasa dengan Taiping, susah sikit nak cari rumah dia. So dia suruh tunggu sahaja di Stesen Keretapi. So semasa menelefon Lokman untuk berjumpa di Stesen Keretapi Taiping. Aku sampai agak awal, lebih kurang jam 1700. Dekat satu jam aku tunggu, lokman masih belum sampai lagi. Akhirnya Monica menelefon aku supaya tunggu hingga suaminya (Husni- Mej (Bersara) datang menjemput aku dan menunjuk jalan. Kebetulan suaminya dalam perjalanan pulang dari mengambil anak perempuannya pulang dari tuisyen.
stesen yang uzur
stesen lama dan yang baru di belakang (dalam pembinaan)
.
Stesen Keretapi Taiping merupakan stesen keretapi yang mula-mula dibina (oleh penjajah British) pada tahun 1885 adalah dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) untuk membawa hasil bijih timah dari kawasan lombong ke pelabuhan. Jalan keretapi ke Port Weld ini sekarang sudah tidak digunakan lagi.
stesen baru dan moden yang masih dalam pembinaan
motorsikal tu la suami Monica dan anaknya
pondok jual durian di simpang (junction) ke arah Kampung Boyan
.
Monica sedia menunggu ketibaanku di muka pintu
Setelah dipersilakan masuk dan dihidang dengan minuman ringan, setengah jam kemudian barulah Lokman (Kupang) sampai dengan menaiki kerata milik Marzuki. Ketika itu aku dengan Monica tengah membualkan perihal Marzuki yang diserang stroke beberapa bulan yang lalu. Rupanya mereka pun sesat. Tak jumpa cari rumah walaupun dah beberapa kali datang. Itu pun setelah mendapat panduan melalui telefon dari suami Monica. Ye lah dah suku abad tak buat compass marching.
Walaupun pada mulanya kami jangka Marzuki tidak datang kerana beliau pun bukan sihat sangat. baru sahaja pulih dari kena stroke beberapa bulan yang lalu. Tapi Marzuki datang tanpa isterinya skot Zawiyah. Kata Marzuki, dia baru dapat cucu baru (macam aku jugak). Jadi nenek Zawiyah tak dapat ikut serta kerana sibuk menjaga cucu. Aku terharu dengan kesudian Marzuki untuk memandu jauh dari Ipoh untuk menemui aku dan kawan-kawan di Taiping. Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepadanya dan memulihkan penyakitnya.
Dengan adanya Lokman dan Marzuki, meriahlah sedikit kerana kalau aku sorang-sorang pasti sukar sedikit. Satu, dengan Monica sendiri pun tak ada modal nak disembang, dengan suaminya pun baru pertama kali bertemu.
Petang itu, Monica menjamu kami dengan nasi beriani lauk kari ayam. Puhhhhh.
Nak celoteh sikit. Monica nama sebenar yanga asal ialah Monica Mathilda Mowe. Satu-satunya gadis Serani dari 22 Pegawai Kedet Wanita Panggilan Pertama yang menyertai latihan bersama Pegawai Kedet TJP 37. Semasa latihan dulu, gadis kelahiran Melaka ini dikira sebagai skot wanita yang paling menarik perhatian pegawai-pegawai kedet lelaki. Perwatakannya agak lemah lembut berbanding skot wanita yang lain. Tapi masa kedet dulu semua sibuk sendiri, jadi tak ada masa nak mencuba untuk men'tackle' dia. Lagi pun adat orang Melayu (kebanyakan kedet lelaki), agak TAKUT dan SEGAN untuk memikat gadis bukan islam.
Dari 22 skot wanita; dua berbangsa China (Sam dan Ann Marie), seorang India (Usha Pannikar), seorang Iban (Lolly Maisie Joel), dan seorang Serani (Monica). Selebihnya adalah Melayu.
Bagi kami skot di Bn Jebat dan Bn Kasturi yang menempati Kem Segenting jarang dapat berjumpa dengan skot wanita yang ditempatkan bersama bn Tuah di Kem Sebatang Karah. Jika ada latihan yang berbentuk integrated seperti Map Reading, IMP dan Menembak sahaja kami dapat peluang berlatih bersama.
Monica yang ditauliahkan dalam Kor Perkhidmatan Am (Gaji) kemudiannya memeluk islam dan berkahwin dengan seorang pegawai RAMD (Mat Husni) semasa bertugas di Kuching. Nama islamnya ialah Shazarina. Namun kami skot semua sudah terbiasa dan mesra memanggilnya dengan nama Monica. Setelah bersara dalam pangkat Kapten dalam tahun 2001 dan menetap di Taiping, di rumah yang aku singgahi pada ketika ini.
Dan hari ini (29 Nov 2012- 7 hari selepas aku menyambut harijadiku ke 53) baru aku dapat menjejaki skot aku yang bernama Monica ini.
.
kami dijamu nasi beriani oleh Monica dan Mat Husni
berehat di pondok gazebonya sementara menunggu waktu Maghrib
Kami bersolat jemaah Maghrib di ruang tamu rumah Monica dan diimamkan oleh skot Mardzuki. Alhamdulillah.
Banyaklah cerita tentang keluarga Monica serta bagaimana Marzuki berjaya mengatasi serangan strokenya untuk meneruskan hidup. Aku respek dengan kekuatan semangatnya untuk melawan penyakit. Tidak mahu mengalah. Alhamdulillah walaupun masih terdapat kesan stroke pada dirinya seperti memory dan tenaganya dia mampu memandu kereta dan berjalan ke merata tempat.
Sesungguhnya, hari ini, 29 Nov 2012 adalah salah satu hari yang bersejarah dalam hidupku.
TERIMA KASIH SHAZARINA (MONICA) DAN SUAMI (HUSNI)- SEMOGA ALLAH MENABURKAN KERAHMATANNYA KEPADAMU SEKELUARGA.
AKU TAK TAU, DALAM USIA KAMI SEKARANG ENTAH BILA KAMI DAPAT BERTEMU LAGI. ENTAH ADA ATAU TIDAK. MUNGKIN INILAH PERTEMUAN PERTAMA DAN TERAKHIR UNTUK KAMI. AKU BERDOA AGAR ALLAH MEMANJANGKAN LAGI USIAKU DENGAN SEGALA KERAHMATANNYA AGAR AKU DAPAT MENEMUI LEBIH RAMAI LAGI SKOT AKU.
Semasa di rumah Monica, aku sempat mengambil semula gambar-gambar 'ladies cadet' di SPK untuk dibuat kenangan. Aku sukar untuk mengenali satu persatu. Yang aku boleh kenali dalam gambar hanyalah Usha, Zaleha Harun, Ann Marie, Hamidah, Siti Zaliha, Lolly (Sabarina), Che Gayah, Asmah, Hasnah, Aini, Yohanez, Marmilah, Sarkiah dan Siti Jamiah. yang lain aku ingat muka tapi lupa namanya. LIHAT 'CHAPTER 36: SERIKANDI 37'
TERIMA KASIH SKOT SHAZARINA MONICA
.
No comments:
Post a Comment